Share
Memaparkan catatan dengan label traffic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label traffic. Papar semua catatan

Tutorial blog : Traffic ketika 'offline'

Ok, tutorial blog datang lagi dan kali ini mahu share beberapa tips yang aku gunakan untuk increase traffic di blog ini sehingga berlaku peningkatan sebanyak 139 peratus dari segi pageviews pada bulan June walaupun jarang online! Tutorial ini dipanggil 'tips dapatkan traffic ketika offline'



1)Permainan SEO


Kuasai SEO anda akan kuasai Internet!



Sememangnya tidak dinafikan Search Engine Optimazation (SEO) ini sangat penting untuk peningkatan traffic ketika offline. Untuk kali ini, aku tak mahu cerita pasal SEO sebab banyak sangat tips tips menarik yang korang boleh search sendiri di internet. Ada tips lain yang ingin aku kongsikan




2) Melabur untuk blog


Jangan kedekut keluarkan duit untuk blog!


Ramai orang menganggap blog ini sebagai hobi. Tetapi dalam masa yang sama tidak menjadikan blog ini sebagai hobi. Kenapa? Cuba bayangkan kalau hobi kita mengumpul stem, sudah pasti kita akan beli stem2 yang menarik di kedai. Ok, kalau hobi kita bermain bola, sudah pasti kita membeli kasut, stokin dan jersi bola untuk bermain. TAPI. Jika hobi kita berblog, begitu lokek untuk kita 'membeli' sesuatu untuk menjadikan blog kita lebih menarik

Benda ini sudah menjadi stigma, cukup benci kalau orang fikir blog ni sebagai hobi tapi kedekut untuk membeli hosting, domain atau mengupah orang mencantikkan blog kita. Kalau kedekut, itu bukannya hobi dah! Apa la sangat untuk melabur dalam blog ni, bukannya untuk sesiapa, untuk kepuasan kita juga kan?

Jangan terkejut jika aku katakan, ada yang suka datang ke blog seseorang disebabkan rumahnya yang lawa. Aku pun tergolong dalam golongan ini! Walaupun contentnya 'biasa-biasa' saja, tetapi disebabkan rumahnya lawa, esok rasa ingin datang lagi! Yuppp, inilah dinamakan menjana traffic ketika offline! Nak lawakan blog, kenalah 'upah contractor' yang handal. Kenalah keluarkan duit skit ;)


pss : aku memiliki domain dan hosting sendiri, tapi memilih untuk berblog di blogspot





3) Hasilkan produk blog offline

Produk offline aku yg kedua sedia di download disini!



Ini mungkin agak tricky tapi tidak susah untuk dijalankan. Kalau perasan, aku sekarang dah mulakan penghasilan bahan bacaan berbentuk PDF dan boleh di download oleh sesiapa sahaja. Secara FREE! Trick ini bukan sahaja sebagai penghargaan kita kepada reader, tetapi juga dapat menjana traffic ketika kita offline!


Kalau produk kita ini dirasakan berguna, mereka akan share (tanpa paksaan) dan dalam masa kita akan dapat reader yang baru. Untuk memahami produk offline ni, cukup luas pasaran dia, cuma apa yang boleh aku kongsikan sebab aku dah buat adalah, hasilkan entry dalam bentuk PDF dan juga video untuk tontonan orang lain.




4) Jadi pengiklan bergerak


Read my blog ok!



Pelik kenapa sesetengah kita takut untuk promosikan blog tetapi ingin dapat traffic tinggi. Kalau tak kejar traffic, tak pe lah, tapi blogger yang kejar traffic ni, mahu traffic beribu, tetapi nak promote blog, cukup takut!


Maksud iklan bergerak adalah mulut kita sendiri. Masa lepak dengan kawan, masa berbual dengan member, masa berbincang dengan kenalan, jangan lupa bagitau yang 'aku ada blog' dan bagitau terus urlnya! Iklan ini dahla free, mudah pulak tu. Aku kalau berbual pasal internet dengan kawan kawan, pasti akan promote blog. 'eh, ko kalau pasal ni, aku dah tulis dalam blog' 'haha, apa yang penceramah ni cakap aku dah tulis dalam blog la' dan macam macam lagi


Cuma, content dalam blog tu biarlah 'worth it' untuk orang baca =)



Ok, cukuplah dulu 4 tips yang boleh aku kongsikan dengan korang. Apa yang aku buat, dapat hasil positif, aku kongsi. Alahhhh, bukannya kena bayar kalau berkongsi pun kan?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Laporan statistik Bulan June

Alhamdulillah, untuk bulan June, berlaku lagi peningkatan di blog joegrimjow. Walaupun berada di Malaysia tetapi masih lagi berlaku peningkatan untuk blog ini. Nampaknya joegrimjow sudah berjaya memikat beberapa 'loyal reader' baru dan ini membuatkan penulis bersemangat untuk hasilkan entry bermutu lagi *senyum*


Peningkatan sebanyak 119 peratus dari segi uniq visitor dan 137 peratus dari segi page views ini sebenarnya di dorong oleh traffic 'waktu offline'. Aku akan buat entry khas tips ini bagaimana untuk tingkatkan traffic di blog walaupun kita tidak online. Memang tips ini aku gunakan untuk bulan ini dan kesannya, boleh lihat sahaja di bawah ini dari segi peningkatannya!


Bulan May



Bulan June
Screen shot 2010-07-01 at 01.46.02


Alexa juga sudah bertambah ok dengan sekarang 143 k! Apa apa pun, terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca, jasa kalian amatlah dihargai! Jangan lupa untuk membaca cerita joegrimjow dan joana serta perempuan-perempuannya (klik link). Semoga bermanfaat kepada semua



pss : Hari ni ke Kota Bharu mahu jalan jalan sampai penat

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Laporan statistik bulan ini

klik untuk doa menusuk kalbu!






statistik histats untuk bulan May





statistik histats untuk bulan april, naik 2 kali ganda!




TERIMA KASIH PADA SEMUA!
YANG SUDI
membaca
mengomen
menjenguk
melawat
meletak link dalam blog
meletak link dalam facebook
meletak link dalam twitter



TERIMA KASIH!!

bulan jun ni rasanya akan slow skit
maklumlah
nak balik Malaysia katakan
Internet susah skit nak dapat. huhu


cuba teka bila ku balik Malaysia?
siapa dapat teka, bagi hadiah ;-)



psss : jangan lupa teruskan berdoa untuk teman di GAZA. boleh tengok live stream video kat sidebar atas tu. tinggalkan satu video world cup versi gaza ni kat bawah. 'enjoy' watching







Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tutorial blog : Menjana traffic dengan SEO (1)

SEO ini merupakan benda yang sangat penting dalam dunia blog. Search Engine Optimazation. sebenarnya ilmu aku sendiri dalam bidang ni sangat terhad sebab tak explore habis lagi, oleh itu, part 1 ini hanya akan cerita apa itu SEO dan kesan SEO kepada blog its all about journey ini. dalam part seterusnya mungkin akan di fokus kepada cara untuk tingkatkan SEO. Pergi baca blog yg memang tak kedekut dalam mencurah ilmu macam kak dahlia, kak jie dan ariff. Aku pun belajar dari mereka dan... lepas exam akan tulis tutorial. Mungkin dalam bentuk komik? *senyum*



Apa itu SEO : rehat + bersenang lenang pun traffic masuk


Basic kepada SEO ini adalah dalam enjin carian. banyak enjin carian yang popular seperti google, yahoo dan macam macam lagi. Kenapa traffic boleh masuk walaupun kita tak update blog dan bersenang lenang, sudah pasti dengan bantuan enjin carian ni! Sebab itu kalau kita perasan, yang 'otai2' dalam dunia blog ni, ada dieorang pergi blogwalking gila2 tapi traffic masih beribu sehari? tak, mereka bermain dengan SEO dan dapat traffic yang menakjubkan! Nantibarulah boleh masuk dalam top blogger malaysian blogger



Kesan SEO : Blogger biasa pun boleh dapat traffic beribu sehari!


Kesilapan aku dulu adalah sangat merendahkan kesan SEO ni. maklumlah, tak yakin pada diri sendiri dan lagipun, tak guna domain sendiri, mesti tak mesra SEOnya... SALAH! sesiapa saja boleh jadi raja SEO! Untuk menunjukkan betapa berkesan taktik SEO ni dan bila ada tajuk SEO di post akan datang membuat korang terus mahu klik blog ni, akan dipaparkan print screen yang sempat ditangkap!



no 4 dalam enjin carian google 'keputusan akademi fantasia 8'



no 4 dalam enjin carian google 'pemenang akhir akademi fantasia 8'


no 2 dalam enjin carian google 'juara akademi fantasia 8'

dan
ada lagi yang best
ini yang menyumbang traffic paling banyak dalam blog 2 hari lepas
yang bestnya sampai hari ini masih ada referrer dari sini!




no 1 dan no 2 dalam enjin carian google 'keputusan akhir akademi fantasia 8'


mahu lihat kesannya kepada traffic?



23 may - traffic dari search engine visitor 75!! new visitor 65!!



22 may - traffic dari search engine visitor 180!! new visitor 147!!



22 may - traffic by keyword




23 may - kalau aku cakap ni diambil pukul 11 tengahari caye tak? ;-)





Segala paparan diatas bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Tapi untuk menaikkan semangat yang gila traffic ni untuk mendalamai lagi bidang SEO ni. Bukan fokus kepada blogwalking semata-mata. Blogwalking dibuat untuk membina jalinan perhubungan dalam dunia blog, bukan untuk kejar traffic semata2! Entry berikutnya akan menerangkan lebih detail dan paling mudah cara untuk dapatkan mesra SEO ini. Nantikan!



ooh, jangan lupa untuk join Gathering Gengblogger di putrajaya. Masih lagi mencari AJK untuk memeriahkan gathering ini. Walaupun lambat lagi, tapi dah 3 meeting online dijalankan. Berminat mahu jadi ajk? sila email nama, url blog ke (joegrimjow@gmail.com)


(klik untuk makumat lanjut)
Ramai juga blogger yang hebat akan turun,
takkan taknak belajar face-to-face dengan mereka kan?



pss : Dah daftar topblog iluvislam? jom daftar jom

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Ranking terbaru TOPBLOG iluvislam mengujakan!

Semalam traffic di blog agak pelik. SANGAT tinggi dari biasa! aku pun terkejut dengan jumlah unique visitor yang terlalu banyak semalam. berapa? biarlah untuk tatapan peribadi sahaja ;-) cuma kali ini mahu share skit mengenai TOPBLOG iluvislam yang pernah ku buat entry pasal joegrimjow menghampiri denaihati dulu


Topblogs @ iLuvislam
(ranking terbaru - klik untuk mengundi)



Apakah dia TOPBLOG ILUVISLAM


Pasti yang tahu pasal website iluvislam. tak payah nak cerita website yang memang sudah sangat glamer ni. aku sendiri pun dah pernah jumpa dengan 3 dari 5 pengasas website ni dan memang mereka semua cukup positif dalam membangunkan website iluvislam ini. TOPBLOG iluvislam ini merupakan salah satu sub domain dalam iluvislam yang menyediakan kemudahan untuk kita melihat prestasi blog kita


Sistem yang digunakan


Memang aku tak tahu formula sebenar yang digunakan. Rasanya hanya berdasarkan uniq visitor semata-mata. uniq visitor ini akan di kira berdasarkan average. jadi kira adil bagi sesiapa yang mahu berdaftar sekarang. apa lagi, jom daftar sekarang! boleh bagi free traffic dan backlink ;) daftar disini


Komen peningkatan untuk topblog iluvislam

Dengan kekuatan 100 ribu lebih ahli dalam iluvislam, ku rasa perlu untuk web developer di iluvislam untuk memajukan lagi subdomain topblog ini. Galakkan ahli untuk mendaftar di topblog ini. Banyak cara boleh dilakukan untuk naikkan penggunaan topblog ini, antaranya adakan contest, promote di laman web iluvislam dan macam2 lagi. Lagipun ku duk perhati lama dah yang ranking alexa iluvislam semakin menurun. Walaupun iluvislam semakin dikenali di luar, tapi di alam maya tidak segah di luar. Mungkin ini salah satu cara untuk tingkatkan ranking iluvislam? mungkin....


janganlah serius sangat joe.. hehe


Mungkin disebabkan minggu ni traffic pelik skit dari biasa, rankingku dulu 7 sekarang dah jadi 4!! wahh, tadi tengok dah potong Denaihati. Memang satu kepuasan. terima kasih yang sudi membaca tak putus-putus ni. Harap dapatlah sesuatu dari blog ni. jadi ku akan buat list skit siapa top blog di iluvislam ni


1) ustaz azhar idrus - memang sempoi habis ustaz ni


2) kuliyyah.net - lebih kepada himpunan mp3 ceramah


3) pondok habib - banyak artikel menarik untuk dibaca



4) joegrimjow - blog ni pun masuk jugakkk ;-)



5) denaihati - alexanya sangat tinggi!



senarai lengkap boleh tengok sini
untuk senarai top malaysian blogger boleh klik sini



ok, itu sahaja dulu update ringkas. komik cartoon baru dah siap. tunggu q untuk dipublish je. bukan wonder joe-grim-jow tapi ada cartoon baru yang... mengenakan blogger... siapa???.... tungguuu (hint : pergaduhan blogger terbesar!))


pss : cuba type 'keputusan akhir akademi fantasia 8' kat google. banyak lagi yang minat AF rupanya ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tutorial blog : kelebihan menggunakan HISTATS

salam 1tutorial!


Ada senior yang disni tanya tentang bagaimana aku melihat statistik di blog. selalu cakap, hits hari ni tak banyak, visitor hari ni lebih pulak, blog ni refferer paling banyak dan macam macam lagi yang aku bebelkan. jadi kali ini, sedikit perkongsian bagaimana aku dapatkan statistik ini semua.


histats.com


sepanjang aku memiliki blog ini, perkhidmatan histats ni adalah paling baik! tambahan pula, banyak lagi menu yang menarik yang baru saja diperbaharui oleh histats. hebat! kagum dengan perkhidmatan seperti ini. jadi, jom kita lihat apa yang ada pada histats


traffic


berbanding free website statistics service yang lain, histats begitu banyak menyediakan kemudahan kepada penggunanya. disamping boleh mengetahui berapa pageview, visitor dan new visitor histats juga membolehkan penggunanya untuk mengetahui berapa tempoh yang digunakan untuk reader melihat blog anda.(formula baru ranking alexa ada juga memasukkan unsur ni) hebatkan? pengguna juga boleh untuk melihat traffic di blog mengikut tempoh yang dikehendaki, hari atau bulan. ini membolehkan lebih senang untuk kita mengetahui sihat atau tidak blog kita sebenarnya


siapa online ni?

contoh lain boleh lihat disini




ini yang paling ku suka! kita boleh mengetahui siapa yang tengah online yang membaca blog kita. sama dengan free website statistics service lain? tidak, histats membolehkan kita mengetahui dari mana pembaca itu datang, apa browsernya, apa OSnya, dari mana referernya dan sudah berapa minit dia membaca blog kita. begitu banyak detail yang kita dapat. yeah, benda ni paling ku suka.


referrer dari mana?


disini anda boleh mengetahui siapakah referrer yang banyak menyumbang kepada blog anda. ini adalah salah satu cara untuk kita mengetahui blog yang mana banyak buat link kepada blog kita. penting sebab dengan mengetahui referrer banyak ini, kita boleh tinggalkan link lagi banyak di blog itu. tips mudah katakan. selain itu, boleh juga ketahui referrer dari keyword. kadang2 jumpa keyword yang pelik2, kalau banyak sangat yang search pasal keyword tu, apa salahnya kita buat entry pasal keyword tu. hargai yang melawat blog anda!


di ruangan sidebar ini, ku ada sediakan senari blogger yang menyumbang traffic kepada blog ini dalam masa seminggu. ini tanda berterima kasih kepada mereka, kadang2 meraka ada backlink blog kita dalam entry mereka. inilah yang menaikkan traffic dalam blog. petua untuk terus berjaya, jangan main terima je, bagi la jugak skali skal ;)



applikasi2 lain?


Traffic by Url - entry mana yang glamer dilihat
Traffic by Title - tajuk apa yang kerap dilihat
Geolocation - ketahui dari mana reader yang datang, negeri, nak tahu bandar mana pun boleh!



memasang histats


tak susah untuk memasang histats. orang tak pandai komputer internet bagai ni pun boleh pasang pergi ke website histats, click register, isi apa yang patut, masukkan code dalam blog, DONE. anda sudah boleh tengok 'kewibawaan' blog anda. bagi yang tak mahu tunjuk statistik blog, ada juga 'hidden' tracker yang boleh dipasang. jadi, hanya anda sahaja yang boleh melihatnya.


JOM pasang histats ;-)



sebarang komen, pertanyaan, boleh di tinggalkan di ruangan bawah.


pss : belum baca tazkirah, boleh baca entry tiket ke syurga ini

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kan bagus kalau......

1) Setiap detik banyak orang online di blog kita

60 user online : masa entry scene yang dipotong dalam adamaya ini dipublish






2) Ada blogger yang menyumbang traffic yang banyak gila ke blog kita



top referrer untuk 13 mei (semalam) sahaja! THANK YOU BEN





3) Ada orang menghargai video yang kita buat


thank u pooji tulis entry pasal video khusyuk dalam solat ni




4) MALAYSIA berjaya mengalahkan CHINA dalam piala thomas separuh akhir semalam!










walaupun geram dengan kekalahan yang agak mudah semalam, tapi nak buat macam mana, memang itu adalah takat permainan kita sekarang. nampaknya semua kena bekerja lebih keras lagi untuk menang pingat emas olimpik 2012 nanti. harap-harap perkara 'memalukan' ini tidak berulang lagi. GO MALAYSIA GO!!!


psss : kesian kat hafiz hashim tak sempat main. huhu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Top 40 Malaysian Blogger

kali ini ku datang dengan satu lagi projek iaitu top 40 malaysian blogger. kalau dulu top 40 gengblogger yang jelas banyak top top blogger lain yang belum mendaftar di gengblogger tidak tersenarai. maklumlah, takkan che det dan PM kita nak daftar kan? hehehe. cuma harap nanti di gengblogger itu kita dapat kumpul semua blogger2 dari malaysia disana!





~~~~

Macam mana mereka terpilih?

-Rakyat malaysia
-Berdasarkan ranking alexa dunia semata-mata (12 mei 2010)
-Page Rank di dalam kurungan




http://paultan.org/ - 13k (6)


http://www.liewcf.com/ - 26k (5)


http://uk.asiancorrespondent.com/ - 29k (6)


http://beautifulnara.com - 31k (3)


http://ohartis.com/ - 44k (3)


http://www.friedbeef.com/ - 49k (5)


http://ohtidak.com/ - 71k (4)


10) http://rohaizad.com - 72k (3)


http://chedet.co.cc/ - 73k (4)


http://www.kennysia.com/ - 76k (3)


http://anwaribrahimblog.com/ - 82k (5)


http://www.blogtactic.com/ - 90k (4)


http://www.kujie2.com/ - 91k (3)


http://blog.limkitsiang.com/ - 96k (5)


http://zaharuddin.net/ - 98k (5)


http://ariffshah.com/ - 102k (3)


20) http://cheeserland.com - 125k (5)


http://denaihati.com/ - 125k (4)


http://idhamlim.blogspot.com/ - 130k (4)


http://www.ridzuanrichie.com/ - 133k (3)


http://www.isuhangat.net/ - 160k (2)


http://myjazmanie.com/ - 163k (4)


http://ohmalaysia.com/blog/ - 169k (2)


http://saifulislam.com/ - 172k (5)


http://www.kyspeaks.com/ - 177k (4)


http://www.shaolintiger.com/ - 180k (3)




http://amanz.my/ - 196k (5)


http://kulanzsalleh.com - 204k (4)


http://redmummy.com/ 209k (3)


http://www.restnrileks.com/ - 209k (3)


http://jomphp.com/ - 233 (3)


http://blog.smartusaha.com/ - 233k (0)


http://www.1malaysia.com.my/ - 244k (7)


40) http://wawwi.com/ - 247k (3)











untuk senarai ranking alexa lain boleh rujuk disini : Top Malaysian Blogger

*****

projek ini masih jauh untuk mencapai objektifnya memandangkan tenaga kerjanya adalah individu. jadi, sebarang penambahan dan juga pembetulan, boleh untuk hubungiku disini (joegrimjow@gmail.com)

kenapa ranking dunia alexa dipilih - alexa ranking sudah memperbaharui sistemnya pada 31 march 2009 dan merupakan satu website yang paling 'ideal' untuk melihat ranking blog yang merangkumi page view per user, site linking, bounce rate dan time on site.



kenapa tidak page rank - projek ini hanya untuk alexa. DH ada juga buat senarai 100malaysian blogger yg ada PR ini. boleh tengok di blog dia. PR tidak dikira sangat sebab diupdate 3 bulan sekali(setahun 4 kali je) dan cukup susah untuk melihat prestasi blog dari dengan jarak yang jauh ini. lagipun. untuk yang tidak berdomain sendiri, susah nak capai PR yang tinggi (aku la tu)


*****


kalau perasan, di sidebar ada senarai 'top blogger-lanjakan saujana' yang mana blog blog ini dipilih berdasarkan ranking alexa yang semakin mantap. perbandingan dibuat antara 2/5/2010 dan tarikh akhir 12/5/2010 iaitu hanya 10 hari! kita lihat blog mana yang rankingnya turun dengan laju ni!


pss :

dulu (2/5/2010)

sekarang (12/5/2010)

formula peratusan penurunan (100 - (sekarang / dulu x 100) )



http://ohmalaysia.com/blog/

dulu 191 k
sekarang 169 k
penurunan sebanyak 12 %


http://dahliajournal.blogspot.com/

dulu 233 k
sekarang 190 k
penurunan sebanyak 19%



http://myjazmanie.com/ -
dulu 204 k
sekarang 163 k
penurunan sebanyak 21%



http://ignorantbrat.blogspot.com/
dulu 515 k
sekarang 387 k
penurunan sebanyak 25%




http://www.benashaari.com/
dulu 259 k
sekarang 188 k
penurunan sebanyak 28%


tahniah kepada kelima lima yang terpilih. ben yang paling hebat (review ben boleh baca disini) semoga lebih ramai lagi blogger2 yang bersemangat untuk naikkan ranking. ingat, ranking alexa bukan bergantung pada hit semata mata, tetapi juga kepada page view per user, site linking, bounce rate dan time on site.cabaran kepada blogger diluar sana! acecece, macam aku ni hebat. kekeke


juga tahniah kepada kak jie dan ustaz zaharuddin, yang berjaya masuk ke kelompok bawah 100 k. ariff shah bila lagi? hehehe. formula penurunan ini adalah seperti di atas. tekan kalkulator, akan dapat nilai dia.


pss : blog joegrimjow dulu 491 k, sekarang 351 k. cuba teka berapa penurunan? ;-) klu suka entry ini, jangan lupe like di bahagian sidebar ni. boleh dapat update dengan lebih cepat!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tutorial blog : Kesan program terjah@review@jelajah blog orang

salam 1blogger!

mula entry ringkas ini dengan memberi penghargaan kepada penyumbang traffic terbesar blog joegrimjow. traffic yang datang dari blog ini sungguh mengkagumkan dan mengalahkan pingsite gengblogger sendiri. siapakah orangnya?


website referrer pada 1-11may 2010



ya, dialah ben ashaari. seorang blogger yang otai. otai dalam bidang traffic!! kalau dilihat dari gambar atas, jumlah pelawat yang datang dari blognya adalah seramai 134 orang! cukup ramai. terima kasih kepada ben juga disebabkan dengan blognya, blog joegrimjow dikenali ramai. 105 new visitor pada bulan may saja dari blognya?? mantap! kalah GB ok




sedikit celoteh mengenai ben

-tidak kedekut dalam link blog orang ke blognya

-seorang blogger yang bercita besar dalam industri ini. sudah mengalahkan blogger otai seperti redmummy dah sekarang!

-blogger yang mempunyai body yang paling sasa stakat ini.

-glamer dalam segmen jelajah

-pengasas group kelab blogger



sememangnya ben ini cukup mesra blogger. ingat lagi ku pergi komen di blognya jemput untuk masuk contest weekend @ sheffield, dia dengan cepat terus membalas, bukan balas dengan komen, tapi balas dengan entry! kagum dengan tindakannya yang pantas. satu benda yang wajar dipelajari dari ben!




kesan backlink

ku dah buat tutorial mengenai blacklink disini dan nyata kesan backlink ini cukup kuat. contohnya lihat sendiri blog cik ben, hasil dia memberi link free kepada orang, orang balas balik dengan link ke blognya. sebab itu kita jangan kedekut dengan backlink ni. apa yang penting? kerjasama



review blog orang

segmen ini ku adakan untuk menghargai blog blog yang agak rapat di dalam arena blogging ini. setakat ini dah ada 2 segmen yang ku buat iaitu blogger yang tua setahun dariku dan juga emak yang hot di arena blog. berkenaan dengan alexa, ku ada senaraikan geng 500 k blogspot yang mana ku rasakan ada penambahan dah dalam group ini. ada juga entry mengenai blog yang telah kembali ke rahmatullah, tak sempat jumpa pun dengan bro hisham. Tak lupa juga siap post lagu lagi untuk blogger2 yang bakal ibu dan juga dah jadi ibu. ooh, chika dah lahirkan anak ek?




projek lepas ini

ku akan varietykan lagi segmen terjah ini. tapi segmen ini tidak boleh dilakukan terlalu kerap disebabkan mahu menjaga reader yang datang sini untuk membaca input2 menarik. jadi kena slow slow. harap semua faham.


psss : Malaysia mara ke suku akhir piala thomas. jumpa china pulak! malaysia boleh!!


nota kaki:
1) nak tengok kehebatan ben? cuba tengok berapa yg online sekarang di blog ben. mantap kan?
2) taknak join contest yang bagi peluang PM baca blog kita ke? sempat lagi nak join (link)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

3 fenomena KEBABOWW di dalam industri blog

ini adalah pendapat peribadi, tiada paksaan untuk menerima 100% segala input hasil pemerhatian individu yang bergelar joegrimjow ;-)


~~~~~

GengBlogger



dari cita cita murni seorang gadis berbadan kecil tetapi nama cukup besar, KONG, website yang menunjukkan kemajuan mendadak ini (ranking alexa malaysia 239, dunia bawah 50 ribu) memiliki kekuatan yang begitu jitu. dengan cita cita murni yang mahu mengumpul blogger blogger di malaysia di dalam satu website, nampaknya ping site ini sudah mencapai klimaksnya



ranking terbaru GB di alexa



walaupun baru berusia kurang setahun, rankingnya sudah mengatasi website lama lain seperti nuffnang dan iluvislam sendiri. banyak lagi pembaharuan yang bakal di lakukan oleh admin2 GB dan ini memungkinkan gengblogger akan tersenarai di 100 website popular di malaysia!


pingsite ini yang kehijauan dan mendamaikan mata yang memandang cukup mesra pengguna (kekeke). bagi blogger malaysia yang belum mendaftar, bolehlah berbuat sedemikian untuk menyokong industri blog di tanah air. klik sini untuk mendaftar








RED MUMMY


sebenarnya nak buat entry pasal red mummy ni berkenaan entrynya kebelakangan ini dah malap dan dah tidak 'bommm' sampaikan aku pun dah tak follow dia sekarang. tapi sejak artikel ini dikeluarkan oleh mymetro, ramai yang sudah mula tertarik dengan blog. kat sini pun sebab tahu aku ni seorang blogger, dah ada orang tanya macam mana boleh kaya dengan menulis blog


pada masa artikel itu dipost, ramai blogger yang membuat review mengenai blog redmummy ini. kegilaan ini menjadi jadi bila melihat 5 angka yang diperoleh oleh seorang suri rumah semata mata dengan berblog. dah ramai yang tidak memandang enteng akan industri blog ini dan dah mula target blog sebagai sumber pendapatan


fenomena yang aku klasififikasikan sebagai fenomena redmummy ini ada baik dan buruknya, yang baik sudah pasti akan memandang industri blog bukan industri sebarangan lagi dan yang buruknya sudah pasti akan wujud mat mat spam dan minah minah nuff lepas ini untuk tingkatkan traffic masing masing



pada kak red, teruskan sumbat kami dengan ilmu2 rumahtangga yang berguna, hehe









fenomena zackzuhairi


dia bukan pelakon, dia juga bukan penyanyi. jadi ini sudah jelas menunjukkan dia bukanlah seorang artis, siapakah dia? dialah zackzuhairi. seorang lelaki yang belajar di matahari terbit dan telah mencetuskan satu fenomena yang diklasifikasikan dengan fenomena zackzuhairi


15 tahun dahulu, sebelum wordpress dan blogspot tercipta, seorang 'otai' internet sudah meramalkan bahawasanya sesiapa akan jadi famous di dalam internet dan zack zuhairi adalah bukti yang nyata. dia merupakan sama seperti blogger lain tetapi entrynya yang sedap dibaca sedap dilihat sedap dihayati menjadikan dia lebih special dari orang lain


cuba lihat entry dibawah ini, siapa yang tidak jatuh hati?















tapi sayangnya, fenomena ini tidak berkekalan lama. zack sudah pergi... pergi untuk selama lamanya... eh eh, silap, dia sudah jarang untuk update blognya. dah 4 minggu zack ooi, update la cepat2!. kita sama sama mintak dia update lagi kerana setiap entrnya umpama dadah, yang mampu buat orang ketagih!




adakah 20 april ini akan timbul satu lagi fenomena? kekeke!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

review blogger (1) : tua setahun tidak menanda anda lebih matang dari saya

terima kasih kepada kak jie yang menyenaraikan aku antara 5 blogger tampan seluruh dunia. haha, baca tajuk memang tak boleh blah. thx ya kak jie. tak sangka blogger hebat macam dia sanggup mencemar duli otai membuat review blog yang tak seberapa ni. skrg aku nak buat review aku plak, berkongsi dengan reader aku blog2 yang suka ku baca. suka baca tak semestinya dia glamer dan kali ini kesemuanya memiliki umur yang sama - 23 ;)



~~~~


nurfarhana : doktor cinta yang luar biasa

dia merupakan blogger aktif yang selalu memberi komen kepada aku sejak dari dulu lagi. sejak berpindah blog yg berhosting sendiri, pindah balik ke blogspot, dia setia dengan blog aku ni. dan yang best, dia ni dari dulu lagi dan antara blogger yang follow blog aku ni. masa follower aku tak sampai seratus pon lagi. kan kan kan?


suka dengan gambar pingu kat blog dia ni


mengenai blog dia, sekarang ni banyak plak entry yang cinta cintun ni dibuat. aik, ada apa apa ke ni? hehe. tengah bahagia ek sekarang? bagus bagus. cuma apa yang aku ingat, entry dia pasal wat tejo tu menarik, banyak pengertian yang mendalam, so, keep it up. hasilkan lagi entry2 begitu untuk santapan reader anda. semoga terus maju dalam arena blog








cik lolly : bukan sekadar lollypop biasa

mungkin sikap dia yang peramah di dalam arena blog ini membuat dia glamer di dunia ini. haa, tidak mudah untuk jadi peramah ini melainkan anda sebetulnya peramah. selalu berada di ranking pertama paling glamer di gengblogger kini tewas sikit dengan cik GT yang mengambil alih dominasi tempat pertama. caiyook cik lolly, berusaha lagi!


cik lolly : jangan pk bukan2 walaupun saya suka lollypop



mengenai blog dia pula, cukup best dibaca bila waktu lapang. memang akan melawat blog dia bila ada entry baru dari dia. entry yang simple serta tidak berat merupakan keistimewaan blog dia yang femes ini. sebab dia selalu drop komen kat entry ku, mungkin itu menambah lagi keakraban kami di dunia blog. ooh, ore klate ni! hehe ;-)


entry ini paling aku suka baca, kekeke!







zara - lord the great : pahlawan novel yang bakal glamer


cik zara mempunyai gaya yang sungguh unik dalam berblog. penat kot nak menulis gaya yang dia tulis tu. sebab terlalu dalam maksudnya. banyak entry yang bermuka muka dia tulis, kena baca dan paham betul betul baru boleh paham. walaupun susah nak paham, sebab itulah ku suka baca ;)


Shafaza Zara Syed - legasi cinta alisia



walaupun sekarang ni dia dah jarang singgah sini, maklumlah sebab sibuk berkhemah ke apa, tapi blog dia menjadi antara blog yang pasti ku lawati. novel yang dia tulis pun kak jie pernah buat review, maknanya pasti best tu. ada masa dan peluang, ku baca ya cik zara, baca dalam flight ke nak balik malaysia nanti. hehe. keep blogging zara!






ariffshah : saya single dan masih available, minat saya?


erkk, jarang ku minat baca blog lelaki ni. ada la beberapa orang je yang ku memang follow betol betol. tapi sebab ranking alexa dia mak oi, hebatnya, sebab itu ku nak tak nak tengok jugak blog dia ni. belajar katakan. macam mana nak menjadi hebat di arena blog, semua benda kita kena buat termasuklah follow blog yang hebat hebat ni


source( facebook) cuba cari mana die, kekeke ;)



blog dia banyak ceritakan pasal kehidupan dia di moscow dan juga banyak tutorial berguna. kalau pasal kehidupan ni, buat apa nak baca kehidupan lelaki kan? macam gay la plak, hehe. so memang ku tak klik tapi kalau ada keywords alexa, tutorial, pagerank, cepat je ku baca. hehe, so ariff, banyakkan lagi ya tutorial kat blog tu. erkk, masih single dan sedang mencari gadis untuk dibuat isteri. ahaa, apa lagi, gadis2 diluar sana, terjah la blog arif ;)








dihatisara : mia sara oh sarah oh sarangeyo


cik sarah merupakan blogger yang kebelakangan ini selalu ku singgah. walaupun jarang komen sebab tak baca habis, tapi semenjak entry ini dibuatnya, kerap pulak aku drop di blog dia. entry yang ringan dan lebih sikit berinformasi dari cik lolly tadi, buat senang untuk lelaki ganas seperti aku ni untuk membaca


cik sara dan kawan2nya : dicilok dari facebook, agaga



aku rasa kebanyakan masa online cik sara ni dihabiskan di GB, setiap kali aku online, pasti dia ada. berpantun la, sajak la, semua dia nak. masa aku nak chatting pun dia ada jugak. haha, setia betul dia dengan GB. kalau GB nak buat anugerah paing setia, ku calonkan cik sara. kong, ambik perhatian tu ;-)






~~~~~


ok, ini je dulu buat setakat ni. nanti ada lagi part part yang menarik akan ku kongsikan dengan reader reader aku. tungguuuu!


bagi yang belum lihat gambar aku dieksploitasi, boleh klik sini ;)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW