Share

Cerita Billionaire muda dari Thailand

Dua jam!

Tapi dua jam yang bermakna!

Kat bawah ni (kalau masih boleh tonton) aku embed video kat youtube cerita 'The Billionaire - Top Secret' yang sangat best. Dah lama sebenarnya tak tengok filem2 dari youtube ni, ada pulak cerita yang best macam ni, layan je lah. Cerita yang diadaptasi dari kehidupan seorang Billionaire muda (dalam bhat) yang baru berumur 26 tahun (tahun 2011)

enjoyyy


Komen sikit

Entah aku sorang je ke atau korang pun perasan jugak, kat Malaysia ni memang takde cerita-cerita yang adaptasi dari cerita benar orang-orang yang berpengaruh macam ni. Pernah korang jumpa? Kalau jumpa bgtau kat bawah ok. Pelik jugak sebabnya kita bukannya takde pengarah yang berbakat nak bikin filem macam ni, ataupun kita bukannya tiada tokoh untuk dijadikan cerita, kat mana kurangnya aku pun tak tahu

Harap sangat ada cerita-cerita yang mengangkat tokoh2 di negara kita ni. tak gitu?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Harimau Malaya lawan FC Barcelona Ogos 2013

Sungguh excited bila dengar FC Barcelona akan datang ke Malaysia dan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan team Harimau Malaya pada bulan ogos ni. 


PETALING JAYA - Kelab bola sepak perdana Sepanyol FC Barcelona mengekalkan rancangannya untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Ogos, iaitu hari ketiga sambutan Aidilfitri.
   
Ketua pegawai eksekutif FC Barcelona Antoni Rossich berkata 10 Ogos adalah tarikh paling sesuai bagi kelab itu untuk mengadakan perlawanan jelajah pra musimnya kerana kebanyakan pemainnya dijangka dipanggil untuk mewakili negara masing-masing selepas tarikh itu.
   
"Sepanjang Ogos, pintu pertukaran pemain akan dibuka dan kelab Eropah, termasuk FC Barcelona, akan sibuk mencari pemain baharu bagi memperkukuh pasukannya," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman rasmi tentang perlawanan itu di sini hari ini.
   
Dalam laman webnya sebelum ini, FC Barcelona mengumumkan mereka akan mengadakan tiga perlawanan pertunjukan dalam program Jelajah Asia Ogos ini, termasuk di Shanghai pada 3 Ogos dan di Bangkok, Thailand, empat hari kemudian.
   
Rossich berkata kelab itu akan menurunkan pasukan pertamanya untuk menentang Malaysian XI Selection.
Effendi Jagan Abdullah, pengarah urusan BSC Soccer (M) Sdn Bhd yang merupakan promoter perlawanan itu berkata beliau yakin peminat bola sepak tempatan akan memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menonton perlawanan berkenaan.
   
"Melalui strategi pemasaran yang baik, kami yakin akan dapat menarik penonton memenuhi stadium, walaupun ia diadakan pada musim perayaan," katanya.
   
Tiket untuk menyaksikan perlawanan itu ditetapkan pada RM668 untuk tempat duduk VIP dan RM98 hingga RM388 untuk tempat duduk biasa.    
Ia dijual mulai hari ini di beberapa lokasi seperti pusat beli-belah One Utama, Suria KLCC, pusat beli-belah Midvalley, The Curve dan Subang Parade.
   
Sementara itu, timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang turut hadir pada majlis itu menasihati pemain negara supaya memanfaatkan sepenuhnya perlawanan berkenaan untuk meningkatkan permainan masing-masing, di samping mencari pendedahan.
   
"Ini kali pertama kelab dari Sepanyol ini datang ke negara kita...oleh itu, saya harap pemain kita, terutama pemain muda, akan mendapat pendedahan melalui perlawanan ini," katanya.
   
Tengku Abdullah juga mengumumkan FAM bercadang menghantar pasukan futsal kebangsaan menjalani latihan dengan kelab bola sepak Sepanyol itu tidak lama lagi. - Bernama (sinar harian 18 April)

Masa aku tengok tv semalam pengumuman hebahan perlawanan tersebut, tiba-tiba terpandang satu benda yang familiar pada logo-logo penaja rasmi



yeah, HERBALIFE!

Branding + promotion

Ramai jugak lah yang tanya kat aku 'Herbalife tak masuk tv ke? Herbalife tak keluar radio ke? Herbalife tak letak iklan di surat khabar ke?' Memang susah nak jawab pada mulanya, ya lah company dengan jualan 6.4 Billion USD pada tahun lepas takkan takde duit nak buat pengiklanan ye tak? Jawapannya - company go to branding first!


Kalau korang atlet, atau tokoh nak mintak sponsor dari Herbalife, memang taknye dia bagi. Apa yang boleh Herbalife buat, korang ambil produk dulu dengan pengedar Herbalife berdaftar, pihak company tahu dan kalau korang tu 'ada nama' maka company akan sponsor korang pulak. Macam Messi yang dah consume produk 2-3 tahun dulu barulah sekarang company sponsor terus!

Herbalife dan sukan

Actually kat Malaysia ni Herbalife sinonim lagi dengan turun berat. Walhal produk Herbalife merupakan produk nutrisi. Apabila cakap nutrisi, memang semua boleh guna termasuk ibu mengandung. Kalau kat US tu, memang dah glamer dahlah Herbalife boleh improve ahli sukan dieorang, cuma kat Malaysia baru nak popular. Harap-harap dengan kelibat FC Barcelona yang antara kelab yang disponsor oleh Herbalife akan buat masyarakat kita lebih aware dengan benda ni

Alright, nak tingkatkan prestasi sukan korang - carilah pengedar Herbalife berdekatan dengan korang sekarang. Takde? contact je lah aku terusssssss :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wordless Wednesday : TG Nik Aziz #RESPECT


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pengalaman melihat perempuan bersalin

Malam pertama berpisah dengan cik bini, rindu menerkam jiwa, maka update la satu entry!

amboi starting dia kan? syahdu betul. Mula2 aku nak ucap terima kasih kat korang yang ucap takziah, bagi semangat tak kira kat blog, twitter mahupun facebook. Ia sangat bermakna ok. terima kasih! pagi tadi tiba ke kota bharu dari sungai petani, ada urusan kat KB ni dan urusan kat sana pun dah selesai, baliklah semula ke rumah. cik bini still kat sana, doktor kata kena pantang macam orang bersalin pantang. biarlah dia ada kat sana, jiwa pun tak kuat lagi tu, at least ada keluarga dia kat sana kuat sikit ye tak

Lihat perempuan bersalin

Ni kisah beberapa hari lepas, takpelah sekarang baru nak cerita. Selepas aku type entry ni (keguguran anak pertama) malam tu jugak sebenarnya aku alami sendiri pengalaman melihat orang bersalin. siapa lagi kalau bukan isteri sendiri kan. walaupun baby masih kecik - tak cukup bulan - mati dalam kandungan tapi dia punya azab - sakit mata memandang, sakit lagi yang alaminya!

Malam tu, setelah doktor bagi ubat untuk kendurkan rahim, doktor ada cakap anytime saja boleh keluar baby dalam perut tu. Lebih kurang pukul 11.00 pagi camtu doktor masukkan ubat kendurkan rahim tu. entah betul ke tak istilah aku pakai - kendurkan rahim - tapi tu lah yang aku faham. Pukul 4 petang camtu doktor datang balik check dan kata, rahim belum buka pun lagi. cuma dah lembut je



Sakit

Masa tu cik bini dah mula-mula sakit. Nurse ada bgtau aku yang sakit tu memang sakit, macam sakit period datang, macam aku pernah rasa kan? Tapi tengok cik bini yang tak keruan tu, memang taulah sakit sangat tu. Pukul 5 petang camtu, dia mintak cucuk ubat tahan sakit, kata dah tak tahan sangat dah.

Dari pukul 5 sampai 10 memang duk sakit-sakit je lah kerja dia. Kejap ok, kejap sakit, kejap ok, kejap sakit. Masa tu mak mertua dan mak aku pun dah balik dah, aku yang suruh dieorang balik tengok penat je kan, lagipun doktor kata kena masukkan ubat lagi sekali esok baru baby bleh keluar. Pukul 10 malam, dia mintak satu lagi suntikan untuk tahan sakit.

Suntikan kedua

Tak lama selepas suntikan kedua tu, sakit semakin menjadi-jadi. haaishh, pelik jugak sebab ubat tahan sakit dah cucuk, tapi dia still mengerang kesakitan camtu. Dan dan dan dan pukul 11 camtu, cik bini kata macam sesuatu keluar....

nurse bukak....

tengok ada macam benda kecik camtu yang terkeluar!

Aku memang terkejut jugaklah, ingatkan esokkan lepas doktor masukkan ubat kedua baru baby keluar, ni malam tu terus jugak keluar. 

Kecik je...

Dah ada kulit...

Tangan kecik sangat....

Mata pun nak nak ada....

Nurse panggil doktor sebab 'barang' dalam perut cik bini tak keluar habis. Hanya baby je yang keluar. Kesakitan cik bini tu tak habis lagi. Nurse yang ada tu pun kata yang selagi tak keluar habis, memang akan still sakit. Adusss, kesian sangat dah aku tengok cik bini masa tu

Sejam kemudian lebih kurang, barulah semua keluar dan kali ni.... haishhh lagi banyak darah yang keluar!

Esoknya, doktor tahan sekali lagi kat ward, lusanya baru bleh balik ke rumah


******

Kalau nak diikutkan, baby yang keluar tu bukannya besar sangat, tapi kesakitan yang aku tengok cik bini alami tu, pieewwww tuhan sajalah yang tahu. Tak boleh bayangkanlah kalau baby tu dah betul-betul saiznya, keluar, ahhhh camnelah kesakitan dia kan?

Patutlah orang kata, bila kita tengok sendiri anak kita dilahirkan, kasih sayang kat mak kita tu jadi bertambah-tambah. Ya lah, mak kita dulu pun ngerang bagai nak rak untuk lahirkan kita jugak.

Kepada ibu-ibu diluar sana - terima kasih kerana 'tahan sakit' lahirkan kami!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW