Share

menghargai komen : pandangan semalam

semalam pasal entry ini mengenai kes buang bayi, dapat banyak komen yang ku rasa patut dikongsi. sebab utama paparkan komen ini adalah menghargai komen2 dibawah ini yang kurasa wajar dikongsi dengan reader yang hanya membaca entry, tapi tidak komen. jom kita tengok


mama nak syusyuuuu




1)farhana

Hebat juga kamu berbahasa.. Menyentuh hatiku.. Huhu..

Mase2 mcm ni orang akan ckap, haiwan pon sayangkan anak.. Hmmmmmm.. Kita dah dicompare dengan haiwan.. Kita ada akal, tapi haiwan takde..

pss : suka yang ku higlight warna biru tu





2) iman

serious sebak when going trough it. lots tried to show how bad it is the phenomenone buang bayi, but less can show whats they baby's feeling. Of course they do have feeling.

I'm much more interested in the foot note as in UK, there are very little and somehow i think i never heard of the issue here.

Had been into the discussion about this. We could touch about Sex Education in Malaysia where most of the teenagers Do It but less know how to prevent Pregnancy.

But we have issues about having Sex Education at school. In my opinion, it is important, but we cant 100% copied UK's syllibus. We need to tailored it to our objective.

The second thing is: the community. How we support the single mother. How we look at them. I involved in charity and found Baitul Islah, a place helping those remaja liar yg mahu bertaubat. There is where dakwah take place.

As a good community, it is true that they are wrong, but blaming them, accusing them is not the right way. We need to grab them and show the right way.

In UK they have single mother organization. Supporting these people.There are pro and cons and of course we need to tailored things to our need depending on our culture before implementing them.

wallahualam

- i can make a new post if i keep on deeper- huhu


pss : sex education.... bak kata hemy, istilah sex education kena branding semula.





3) nurin khairi


kat sini memang la takde kes buang bayi. because..

1. they go into sex education seriously. kat malaysia, they thought sex ed is just a way for the kids to go kinky. heh.

2. it is not a moral issue so much for unmarried woman to have babies. mereka tak malu, so tak buang bayi. kalau mereka taknak, boleh kasik adopt kat orang lain.
religion dan kehidupan disekularkan.

3. most importantly, single mothers are usually those yang belum kawin (besides those yang bercerai) tapi dah ada anak. and they get BENEFITS! ni yang orang2 taxpayer dok bising sbb benefits ni. so buat apa diorang nak buang bayi? mereka dapat duit lagi untuk kehidupan mereka and jaga bayi tuh


pss : pernah dengar yg single mother dapat benefit. malaysia? dapat kutukan.... kalau orang dah nak bertaubat, kenapa kita masih mahu bersikap zalim dengan dia?





4) zaid haris


mungkin,
di UK,
anak luar nikah itu biasa.

yang perlu diubah,
fikiran orang malaysia.

dikandung anak luar nikah,
dicaci hina.

kita semua sama.

siapa kita untuk menghitung dosa/pahala?


pss : agree bro! fikiran kena ubah. sikap skali patut diubah.





6) sesayang

kadang orang rasa islam bila unsur islam dikaitkan,
bila sendiri diperlakukan bersifat iblis,
agama sekadar ritual semata tapi pegangan dilepaskan, nafsu diutamakan.
Islam cuma dalam Kad Pengenalan, hati busuk lebih teruk dari yang kafir.

pss : mmg ku nak buat entry pasal islam pada IC ni




7) ain

mungkin sebab adat disane tak kisah terime anak luar nikah, so takde sebab diorang nak buang baby, keluar pun sudi terime.lain dengan negare kite, yang sanggup buang anak,putus sedare kalau anak mengandungkan anak luar nikah ;( somehow, im not here blaming the 'adat' kite. its our culture and kite yang sepatutnye paham adat tu dan hayati nilai murni yang nak diterapkan.

pss : sepatutnya dah tahu masyarakat tak boleh terima, janganlah buat awal awal lagi. tapi benda sepatutnya tak terjadi....





8) nursarah


bila kes buang anak, semua melenting,tunjuk emo.tunjuk protes bla bla bla. tapi masyarakat kita sendiri yang menekan si ibu yg tersasar tu supaya buang anak. tapi kita tak sedar. masyarakat sebenarnya yg patut'bertanggungjawab'. kita tak berhak 'menghukum' orang lain. sedangkan kita tak dapat 'menolong' mereka, malah menambahkan tekanan yg ada. kalau kita tak pernah nak 'hulurkan tangan', jangan pelik kalau pembuangan anak akan terus meningkat. bukan menangkan si ibu yang tersasar, tapi sama2 fikir. sebenarnya Allah bukan hanya 'menguji' dia, tapi Dia menilai kita semua.


pss : masyarakat sendiri yang menyuruh...its happen sometimes without we notice it





9) frodo

joe ~ aku pun sedih dgn mende ni.
kat negara org, xder lagi aku dgr
nak bakar2 buang bayi bagai .. hell!


... di mana silapnya? :(
sudah2lah, aku dah letih
apsal keji sangat manusia dajal ni
ada cara lain dr MEMBUNUH!


(wa emo ~~~)


pss : ku pon emo jugak






10) jard

hmm.. kat negara-negara mcm UK dan US.. takde kes buang bayi sbb kalau ade remaja yg mengandung.. ada badan kebajikan yg akan jaga ibu2 muda ini.. dan mana2 bayi yang tak mampu di jaga keluarga ibu2 muda itu akan put up for adoption.

tuh yg memang takda org buang bayi. org buang bayi kat mesia sbb takmo diketahui keluarga. takut MALU. takut diKUTUK. dipulaukan. dipandang HINA.

kat us dan UK.. benda itu tidak MEMALUKAN sgt.. kalau termengandung pun.. org takkan pulaukan die atau terus ngecam/kutuk perbuatan die. siap ade had umur utk hilangkan dara/teruna.. minima 14 tahun. hmmm. ibu bapa galakkan lagi explore sexuality mereka. ar. peranan ibu bapa.

Malaysia tak begitu... =p



pss : bile lah malaysia nak jadi begitu ya =p



nota awal : banyak lagi yang memberi pendapat, ini adalah antara yang ku sempat kumpul. terima kasih semua!


~~~~~



ku mahu berkongsi mengenai macam mana tidak bayi itu dibuang. ok, formula senang, jangan hampiri maksiat. walhal dalam alquran dah cakap yang jangan hampiri zina. apa tah lagi buat. kalau benda ini kita buat. semua buat. kes buang anak ini dah takkan terjadi.


ok, ini terlalu sempurna untuk dibincangkan. kenapa? aku rasa dengan sumber untuk melakukan maksiat ini berleluasa, ada concert campur laki perempuan, pakaian yang tidak menutup aurat tambahan lagi menjolok mata, kemudahan access laman web lucah dengan mudah, aku rasa masyarakat kita kebanyakan akan gagal untuk tidak menghampiri zina. setuju?


jadi, untuk bincang kes buang bayi ini jadi lebih relevan, mentaliti masyarakat terhadap mengandung anak luar nikah ini perlu ubah. kalau perempuan itu dah bertaubat ( Allah menerima taubat manusia selain dosa mensyirikkannya) kenapa kita perlu berlaku kejam dengan memulaukan dia? sepatutnya TOLONG!



jiwa perempuan itu halus, aku rasa jiwa dia pasti menderita saat nak buang anak itu. tetapi terpaksa buang sebab desakan masyarakat....



jom kita sama sama berdoa (jangan cakap saja) agar musibah yang Allah bagi ini kita tidak terus untuk selama-lamanya. jika aku di UK boleh doa untuk kesejahteraan orang malaysia di malaysia, kenapa tidak anda yang berada di malaysia itu sendiri?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

mama sayang saya tak? saya sayang mama

mama...
hari tu masa saya mula dengar org luar cakap
saya sungguh seronok
tapi berada dalam perut mama
saya tak pernah rasa mama gembira



mama...
hari tu saya dengar mama marahkan seseorang
mama cakap kenapa tak mahu bertanggungjawab
saya tak paham dan mama selalu memekik
saya nak tutup telinga sebab bising
tapi tangan saya tak sampai



mama...
hari tu mama nangis
ada suara laki yang sebut 'gugur' 'gugur'
walaupun tak paham ape itu gugur
tapi saya takut dengan perkataan tu
betul... saya takut sangat sangat



mama...
hari tu saya dengar mama doa sesuatu
mama nanges mintak petunjuk
mama kata keluarga mama dah tak terima mama
mama kata lelaki itu dah tak sayang mama
mama kata mama dah takde sape sape
cuma ada saya
dan juga Dia




mama....
saya syukur mama dah bertaubat
saya syukur mama mahu lihat saya
saya syukur mama mahu lahirkan saya
saya syukur sebab mama sayangkan saya



tapi mama....
kenapa masa mama lahirkan saya
mama buang saya kat rumah orang?
mama sayang saya tapi mama bagi saya kat orang lain...
tali pusat saya pun masih ada
cuma selimut pakaian saya



mama tak tahu ke saya sangat sejuk masa tu?
mama tak runsing kalau saya mati ketika itu?
mama tak takut kalau orang jahat ambik saya?
mama tak kesiankan ke anak mama yang kecik ini?



syurga dibawah kaki ibu


walaupun saya tak tahu apa dosa saya
walaupun saya tak tahu apa kesalahan saya
maafkan saya jika saya ada buat salah pada mama
maafkan saya jika saya ada singgung perasaan mama
ampunkan saya sebab saya mahu masuk syurga tuhan



saya akan sentiasa doa untuk mama nanti kita boleh jumpa lagi kat syurga....
(source)




pss : tak pernah lagi jumpa kes buang anak kat UK sepanjang duk sini. kadang2 rasa malu negara kita islam tapi.... astaghfirullahhalazim.... minta komen untuk dimatangkan isu ini

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

entry bukan gay : housemate yang namanya zakwan


Happy Birthday .mp3


Found at bee mp3 search engine


pss: tekan play ;)


masa di BMI lebih kurang 2 tahun lepas, aku ada contact budak MICET yang akan juga fly kesana. sopi yang aku kenal bagi no ketua dieorang. katanya, baik berhubung dengan ketua dengan ketua, baru senang maklumat dapat 1st hand. ok, aku layan dan contact dia



'saya joe, ketua kat BMI' msg ringkas dan dia reply 'okok, zakwan ni' itulah bagaimana start hubungan kami ini



memang tak rapat masa mula mula datang ke UK ni. maklumlah, ada hal masing masing. aku elektrikal dan dia chemical. memamg dua jurusan yang beza. start baik dengan dia bila nak masuk rumah, bila aku tekad nak duduk dengan orang yang aku tak berapa kenal masa tahun ketiga dan kebetulan, aku dengan dia ditakdirkan satu rumah


bertiga dengan syeikh


memang mula mula kagum dengan zakwan ni. sebab utama kagum adalah dia sanggup penuhkan bilik dia dengan barang2 SMSA. haha. aku ingat lagi masa aku masuk bilik dia tanya 'ko ok ke banyak barang ni? kotor je ak tengok bilik ko' dengan slumber dia cakap 'takpe, aku dah biasa dengan hidup macam ni, bilik rumah aku pun dlu pun kotor' dalih itu aku tahu dia tak nak bebankan ahli lain. ye lah, mana sanggup bilik penuh dengan barang2 yang bukan milik kita. ishh, aku pun tak sanggup. last2 aku ambik separuh dan letak dalam bilik aku, tlong dia, kata nak jadi presiden yang bagus. kekeke




masak lemak cili api


satu lagi keistimewaan dia adalah masakan. hehe. lelaki kalau kat obe c ni tak reti masak, jangan duk berangan nak kawen la. zakwan ni aku rasa, lulus la. masakan dia walaupun selalu masak lemak cili api (2 hari lepas baru makan masak lemak) tapi masakan tu sentiasa sedap. masak dengan kasih sayang ye? hehe. bila dia masak, dia akan selalu masak lebih. biasa aku masak 5 chicken leg (1kilo lebih) tapi dia sekali masak, terus 2 kilo! bila tanya kenapa masak lebih, dia cakap 'ala, housemate aku jugak yang makan, ko kan ada herbalife, makan la banyak2 pun tak' sweet kan? bagi aku sweet walaupun ada sindiran pedas disitu. kekeke




korban untuk masak walaupun bukan turn


aku ni sentiasa sibuk. kat rumah pulak ada jadual masak. maklumlah, dulu aku kerja petang, tak kerja petang pun selalu ada meeting kat luar dan pulang lewat. kalau hari tu aku masak dan macam tak sempat je nak masak, terus aku msg dia suruh dia masak hari tu. reply dia kepada aku, tak pernah menolak. mesti sanggup je. tu yang buat sayang lebih tu. agagaga




gaya hidup mewah


sebab duit banyak, kami buat keputusan untuk lancarkan gaya hidup mewah. apa tu? beli barang yang mahal lah. idea bengong tu datang dalam satu malam je. duduk makan malam, aku cakap dengan dia 'wan, esok aku nak beli ps3, ko beli tv ek, ok' jawapan dia? memang tak mengecewakan. kadang2 sengal kiteorang ni terlebih. malam tu jugak dia tempah tv 38 inci bravia dan esoknya dia teman aku beli ps3. sengal kan kiteorang ni


sengal? hehe



anak kunci tak bawak... tulun....

aku ingat lagi masa aku balik dari bercuti, lebih kurang pukul 2 pagi akan sampai ke sheffield. kebetulan aku tak bawak anak kunci. serius cuak. dah la loceng flat kami rosak. jadi pukul 11 malam, aku call dia cakap aku tak bawak anak kunci. dia tak reply.... serius aku dah pk kena tido kat bawah dah. tapi dalam pukul 1 lebih, dia msg, 'wei, tak sampai lagi ke? aku ngantuk dah ni, penat nunggu ko' dapat msg tu, lega hati aku. dan... pukul 3 baru sampai dia masih belum tido tunggu bukakan pintu. serius sweet!




bincang soal kawen


bila aku cakap nak kawen, dia orang pertama runsing. haha. yang ko runsing tak tentu pasal tu kenapa? dah sah sah aku tipu. nak nak je setiap aku cakap, dia caye. caye bulat bulat plak tu! siap bagi tazkirah lagi. tazkirah dia pulak.... MENYOKONG! haha. 'walaupun aku tak caye ko dengan 'tutttttt' ada affair, aku izinkan, yang penting ko kena jaga agama bla bla bla bla' haa, aku rasa jarang ada kawan yang bagi nasihat panjang berjela2 ni pasal kawen. sebab nasihat dia tu la aku jadi semangat nak kawen ni. hehe.



lebih tua tapi sangat perangai sama umo


dia lagi tua dari aku. persediaan dia 2 tahun untuk ke obe c ni, aku setahun je. bukan sebab aku pandai ke ape, cuma aku nasib baik. walaupun umo jarak setahun, tapi bila datang bengong + jadi budak kecik, kami orang utama. aku maksudkan bila bersama dengan geng2 kamilah. entah nape die bile dengan budak2 junior, perangai jadi matang. haha, mungkin dia bukan anak bongsu kot. aku bongsu sebab tu perangai nak budak2 je sentiasa. kekadang bila aku terlebih, dialah yang cakap dan tego, 'joe, behave jo, behave...' hehe, at least ada orang menego kan




bil rumah.... semua satel!


aku ni jenis yang tak sistematik. serius, bab bab bayar sewa ni aku tolak ketepi. rumah pulak api air kena bayar pakai pos. nasib baik duduk sama dengan dia, jadi semua tu dia uruskan. aku ingat lagi masa mula mula datang sini, duit aku sangat kering, bayangkan ada 30 pound je dalam bank. suruh je dia guna duit dia dulu, tanpa sebarang mengungkit dia akan satelkan dulu. benda ni sampai sekarang aku ingat lagi....


aku dengan zakwan lagi



~~~~~


kawan - sanggup korbankan space bilik untuk kesenangan orang

kawan - bila kite sindir dia selalu masak benda sama, dia balas dengan senyum dan masak benda tuuu jugak

kawan - time kite sibuk nak tukar turn masak, dia selalu cakap ok

kawan - bila timbul idea sengal, dia akan jadi sengal sama

kawan - sanggup tak tido sampai pukul 3 pagi semata mata tunggu kita untuyk buka pintu

kawan - selalu bagi nasihat membina bila ada soal serius nak di bincangkan

kawan - bila kite lalai, dia akan berada untuk menegur dengan hikmah


~~~~



ok, tu je la dulu kisah aku dengan zakwan. hari ini besday dia. erkk, semalam, 28hb. aku plan nak tulis entry ni semalam, tapi sebab jadual terlampau pack, terpaksa tulis lewat skit. aku tau dia dah tido sekarang ni, so esoklah dia mungkin akan baca ni. so wan, happy belated besday. terima kasih sebab layan aku dengan baik dalam setahun ni. bagi aku nasihat, bagi aku makan ayam banyak ketul, tlong uruskan SMSA baik2 dan macam2 lagilah. ko cakap ko nak jadi pengapit aku masa aku kawen, tapi aku cam rasa ko je akan kawen dulu. kekkeke. kek epal?? kekeke. so, aku jadi pengapit ko dulu la kot. lalala~



ni blog dia, (link link) jom wish besday kat die ramai2. huhu ;-)



Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

the intern : nak biskut free ke donut free?

nota awal : sanggup budak ni ignore gengster cam aku ni? nak kena ni!


baru habis The Intern pusingan ketiga, keputusan? pasukan kami layak ke pusingan seterusnya! yahuuu! tapi nyaris nyaris dipanggil ke board meeting sebab pasukan ke 5 dan ke bawah akan dipanggil ke board meeting dan kemungkinan disingkirkan adalah tinggi. jadi, tadi betul betul bernasib baik!


cabaran pusingan ketiga


setiap kumpulan dikehendaki membuat deal dengan mana mana kedai makanan di sekitar sheffield. deal yang dibuat mestilah tiada lagi dalam menu asal kedai makanan tersebut. selepas deal dibuat dengan kedai makanan itu, buat voucher dan distribute kepada orang ramai. pasukan mana yang orang ramai gunakan voucher yang dibuat, akan bergelar juara!


201 voucher digunakan


walaupun pasukan kami print 1000 lebih voucher, tapi hanya 201 yang digunakan. rasanya pasukan pertama tadi menggunakan 300 lebih voucher. kire ok lah tu, asalkan tidak tersingkir sudah. deal yang kami buat adalah dengan kedai makanan eat-with-us yang mana mempunyai 9 kedai di serata univeristy


ala-ala kedai mamak mat saleh


cuma takde roti canai, kari dal, anney dan sebagainya. hehe. macam lain terus je. sebenarnya deal yang kami buat dengan pihak eat-with-us agak baik. beli large hot drink, dapat donut atau biskut percuma. untung besar tu kalau orang tahu!


contoh (hot chocolate)
regular - £2.10
large - £2.30
biskut - £1.20


jadi jika beli dengan voucher yang kami sediakan, kire untung £1.20 jugak! banyak tu. terima kasih kepada pihak eat-with-us yang bekerjasama dengan elok. kekeke, macamlah dieorang baca blog ni, kalau baca pun, mana nak paham sebab bahasa melayu. kekeke sekali lagi


lepak di bai hoi - bar untuk orang buddha


semasa nak dengar keputusan tadi, tak tahu kenapa bar ni yang dipilih. walaupun banyak perhiasan keagamaan buddha di letak dalam bar ini seperti patung besar, tanglung dan tulisan tulisan cina lain, tapi kebanyakan orang di dalam bar ini sana semuanya student mat saleh. mungkin ini konsep semata mata? ok, jom berkenalan dengan pasukan aku, vicky, robyn dan will




robyn paling kiri dan will paling kanan


vicky yang cemas semasa nak dengar keputusan


kalau gambar atas tu, perasan tak patung yang berwarna putih tu? sebab tu nama tempat ni bai hoi. memang berkonsepkan agama buddha. gambar bawah pulak vicky selaku ketua pasukan kami yang agak cuak nak dengar keputusan. aku bgtau kat vicky, abang joe kan ada, adik vicky janganlah risau risau. (ok, merah ni tipu)



bila agama letak ditepi


sempat berbual dengan mereka ni pasal agama. aku cuma banyak mendengar, tidak memberi apa apa pandangan. bagi pandangan pun bila mereka tanya. tapi pada pengamatan aku, kebanyakan mereka ni, (mereka bertiga adalah kristian) sudah mengasingkan agama dengan nilai hidup. aku sudah kupas benda ni di entry champagne ni minggu lepas, cuma kali ni ada benda yang menarik mahu share skit


tak tahu agama adalah cara hidup


betul, mereka ni seolah mengasingkan terus semua aktiviti harian mereka dengan agama. golongan agama hanya untuk di church. hari ester yang merupakan perayaan agama pun mereka sambut hanya sekadar ritual. urmm, inilah yang aku rasakan benda negatif kalau kita cuba mengasingkan aktiviti harian kita dengan agama. akan wujud golongan yang tidak pentingkan agama, golongan yang tidak sukakan agama


nauzubillah


tadi letih aku nak jawab hari jumaat nanti aku terpaksa off dari pukul 1 hingga 2 sebab nak sembahyang jumaat. takot kalau mereka tanya bukan bukan. tapi apa yang aku respek dengan dieorang, bila aku cakap nak sembahyang jumaat sebab agama, mereka tak banyak soal. cuma senyum saja. walaupun jauh dari agama, mereka ni hormat dengan orang yang mengamalkan agama.


oklah, sampai sini saja update ringkas (ringkas ke?). pusingan ke4 adalah hari jumaat ni. 2 hari lagi. adakah aku berjaya mara pusingan seterusnya atau..... you are fired!!!!



nota kaki : luffy aka kapten, nak berkenalan dengan vicky? hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

tutorial blog : kesan tag facebook kepada traffic

salam 1blogger!


sesudah keputusan wish joegrimjow happy besday sudah diumumkan, bolehlah ku hasilkan entry yang lebih bersikap mesra reader. entry sebelum ni lebih kepada syok sendiri. so kali ini, nak kongsi satu lagi tips untuk naikkan traffic dalam blog. kan semua duk kejar benda tu kan? ku kongsi apa yang telah dibuat


tag facebook


facebook merupakan medium terbaik untuk promote blog. ada networked blog yang menyediakan platform ping automatik blog kita dalam facebook. klik sini untuk lanjut. tapi kali ini aku bukan mahu cerita pasal networked blog, tapi perihal tag yang cukup mudah. bukan tag gambar, tapi tag nama di status. ok, sebelum itu kita lihat bukti supaya entry ini dibaca dengan khusyuk




(10 april) tanpa tag nama di facebook




(25 april) tag nama di facebook



macam mana? hebat kan? dengan tag nama di facebook, peningkatan sebanyak 4 kali ganda orang klik di sana. inilah kuasa tag nama di facebook! jadi, mahu ragui lagi keberkesanannya? jom baca dengan lebih lanjut




cara untuk tag


setelah post satu entry baru, copy url itu ke dan paste ke wall kita. jika ada button share atau anda ping blog dengan GENGBLOGGER, lagi senang, hanya tekan ping dan jangan tekan terus share, tapi tag nama orang dulu di entry itu. untuk tag, hanya type '@' dan kemudian disertakan dengan nama orang yang mahu kita tag. maksimum untuk tag adalah sebanyak 6 orang dalam satu status




kesan positif dalam tag


a yang mempunyai 1500 orang kawan
b yang mempunyai 500 orang kawan
c yang mempunyai 300 orang kawan


jika a tag nama b, kesemua kawan a dan kawan b berpeluang untuk membaca entry yang dihasilkan (2000 peluang orang klik)


jika a tag nama b dan c, kesemua kawan a, b dan c berpeluang untuk membaca entry yang dihasilkan (2300)


inilah yang membuatkan gambar pertama dan kedua diatas mempunyai perbezaan yang ketara! kesan tag nama orang!





syarat untuk tag nama (mungkin lebih tepat, AMARAN?)


1) pastikan entry yang ditulis berkaitan dengan nama yang ditag
maksud berkaitan adalah kita buat review pasal blogger itu dalam entry kita, kita letak link yang agak banyak blogger itu dalam entry kita atau entry itu berkaitan dengan blogger yang kita tag itu. ingat, tag boleh diremove, jadi, berhati-hatilah



2) jangan terlalu kerap tag nama orang yang sama
hari ni tag nama a, esok pun tag nama a, lusa pun tag nama a. mentang mentang a ada 4000 orang kawan, main tag a je. ingat, friend boleh diremove, berhati-hatilah




3) jangan terlalu taksud dengan tag nama
macam biasa, tag ini banyak yang positifnya, tapi jika tidak digunakan dengan cara yang betul, kesan negatif akan timbul lagi banyak. gunakan kebaikan tag ini dijalan yang betul, yang mana bila kita tag nama orang tu, orang tu akan senang dengan entry yang kita hasilkan, bukannya menyampah.




ok, itu sahaja dulu tips untuk naikkan traffic. macam biasa, walaupun entry ini berkenaan traffic, berblog janganlah kejar sangat traffic yang NOTHING kalau compare dengan keakraban sesama blogger yang boleh kita dapat dari blog ni. contohnya entry ini. wonderful kan? thx u cik farhana




erkk, lepas ni mungkin akan wujud golongan u tag i, i tag u? kekeke




pss : banyak lagi cara untuk tingkatkan traffic dengan blog. slow slow akan diterokai. ini bukannya tips gempak ke apa, tapi hanya percubaan kepada diri sendiri dan menjadi. tak salah kalau berkongsi kan? kalau ras entry ini bermanfaat, tekanlah butang like kat bawah ni ;)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

it's all about joegrimjow and the number 22

Hari ini 20 April 2010Tarikh di mana seorang jejaka kegilaan gadis remaja dari Kelantan dilahirkan ke muka bumi.. Bersempena dengan hari lahirnya yang ke-22, entry ini dikarang khas agar hari lahirnya pada tahun ini diukir dengan penuh makna..



* * * * * * * * * * * * * * * * * *



Cerita ini hanya rekaan semata namun fakta di dalamnya adalah benar-benar belaka.. Ampun maaf dipinta kepada tuan empunya atas sebarang bentuk grafik di dalam entry ini.. Minta izin menggunakannya.. Minta izin awal sangat, tak surprise.. Jadi, minta izin lewat sedikit.. Ngee..



Scene pertama : Dalam sebuah limousine

Watak: 3 orang gadis.. Gadis J, Gadis H dan Gadis S




3 orang gadis berpakaian ala-ala princess macam nak pergi party, menaiki sebuah limousine menuju ke satu tempat rahsia untuk makan malam indah bersama Joegrimjow.. Masuk saja ke dalam kereta, Gadis H dan Gadis S terkejut melihat Gadis J..



H: Apa ko polah sitok J?

J: Kikiki.. Aku ada special invitation.. Hehe.. Tahniah weh H & S atas entry join venture korang yang menang untuk contest malam indah bersama Joe tu..

S: Thanks J.. Mana kekanda kamu? Tak bawa sekali?



J: Hihi.. Kekanda segan.. =p





H: Tak sangka akhirnya ku dapat juga bertemu Joegrimjow.. Walaupun dia dah tak single dan tak available.. Uhuk uhuk..

S: Haha.. Kamu minat dia ke?



H: Admire.. Sikit jek tapi.. Hik hik.. Nok wat guano.. Oghe doh berpunyo.. Huuuu..

J: Ku pun minat juga walau umur jauh beza.. Tapi kekanda lebih pantas mencuri hati.. Hik hik.. =p

S: Haha.. Joegrimjow pujaan gadis seMalaya.. Tapi sayang sudah berpunya..



H: Siapa tahu gaya Joe berblog awal-awal dulu? Blog dia lahir 1hb Januari 2009 kan?

S: Haah.. Joe dulu skema okey.. 6 entry pertama dia, tajuk semuanya mula dengan perkataan PERJALANAN..

J: Haha.. Dan dulu-dulu dalam entry, dia bahasakan diri dia "MI".. Comel arr.. Ingat lagi entry dia pasal hijrah..


Mi mahu hijrah..
Bukan kerana mi Melayu..
Tetapi kerana mahu merasai kenikmatan hijrah..
Kamu? Bila lagi?


H: Betul.. Lagi satu.. Awal-awal dulu, dia masuk contest lipice.. Dah masuk baru dia tahu, syarat contest, perempuan saja.. Gambar untuk contest tu.. Mak aih.. Menggerunkan..



S: 22.. Muda lagi Joe.. Dah business untung besar.. Travel sana sini.. Taiwan, Korea, Bangkok, mana lagi..

H: Lepas turun 5kg masa hari lahir dia ke-20, terus dia jatuh cinta dengan HerbaLife.. Setia sampai sekarang.. Daripada makan, sekarang dah jadi tukang jual..

J: Ku rasa nak makan HerbaLife jugak arr.. Tak lama lagi nak naik pelamin.. Hihi..




H: Sebut pasal kahwin.. Joe macam dah sampai seru nak kahwin kan?

S: Tanah dan pokok.. Serious aku suka.. Hoho..

J: Gamaknya dia kahwin dulu dariku..



H: Joe sejiwa denganku.. Ku pun suka bab-bab kahwin.. Wakaka..Tapi Joe lagi advance, bulan March tahun lepas dia dah pergi kursus kahwin.. Bukan main suka lagi dia..

S: Dia pernah mention dulu pasal teori kahwin dia kan?



S: Isterinya.. Cinta yang ke-12.. Dah 11 kali having crush kan mamat tu? Ekeke..Mesti Cik Tanah pandai buat neslo dan pandai goreng ikan keli.. Syarat nak jadi calon isteri Joe tu..

H: Haha.. Wajib sangat dah kahwin Joe tu.. Ingat lagi dia cakap dia suka peluk..

J: Ada ada.. Siap tunjuk gambar peluk-peluk dia lagi kan.. Huhu..



H: Joe joe.. Tercapailah hasrat dia nak kahwin 12.12.2012..



S: Lelaki hebat masak macam dia, dah lulus dah kalau nak kahwin..

J: Aku tak pandai masak pun.. Joe.. Sebut ajer.. Roti canai, karipap, kek, ikan keli goreng, semua hebat!!!

H: Hoho.. Bak kata Joe, lelaki seksi di dapur.. I think that's why he loves to be in the kitchen.. To looks sexy.. Ahaks..




S: Hmm.. Multipurpose betul budak jambu ni.. Pandai masak, pandai business, otak kreatif..

H: Betul.. Tengok saja Pak Belalang ciptaannya..

J: Aku suka Belly a.k.a Pak Belalang.. Aku follow semenjak Belly kenal Bella di Facebook.. Kahwin dan ada 5 anak.. Hamdan, Hamdi, Halimah, Haiqal dan Hartini..



S: *menjegil mata - tekejut - terkesima memandang J*

H: Dahsyat kau J.. Aku suka bila Belly lamar Bella dengan dua bola-bola yang digumpalkan bersama cincin.. Bola-bola aiskrim.. Sweet sangat..



S: Aku dengar Pak Belly itu ada banyak skill hebat.. Betul ke?

J: *blushing*

H: Hohohohoho.. Betul.. Skill beruang kutub dengan SKAH..



S: SKAH???

J: Skill Kelamin Amat Hebat.. Doktor namakannya sebab Pak Belly dapat anak kembar seorang lelaki dan seorang perempuan.. Hebat!!! *blushing lagi*



S: Wawawa.. *gelak guling-guling* Lawak sungguh idea Joe..

H: Weh.. Dalam banyak-banyak entry Joe, mana paling korang tangkap cintan?



S: Aku suka entry OTAK KANAN BERGETAR, OTAK KIRI BERDENTUM.. Joe cerita pasal rajin dan genius.. Mantop arr!!!




J: Ku suka entry Kekasih Baru Yang Menawan Hati Kalbu.. Nota kaki dia bagus.. Boleh ku guna sebagai pesanan untuk kekanda.. Hik hik..


Hanya nak kawen 1 nanti!! Kawen 2 susah.. 3 lagilah.. 4? Mustahil, mustahil..


H: Aku tak ingat tajuk entry tu.. Tapi dia ada sebut macam ni..


Cinta hadir dari hati..
Nafsu wujud juga dalam hati..
Jangan salahkan nafsu untuk bercinta..
Jangan juga menjahanamkan cinta kerana turuti nafsu..
Walaupun 2 entiti itu berjiran..
Tidak semesti 2 itu sama..


S: Fuhh.. Mendalam ayat.. Pesanan pun bagus..

H: Tahun lepas dalam entry dia masa hari lahir dia ke 21, dia ada sebut pasal 6 misi.. Ingat tak misi dia? Aku ingat-ingat lupa arr..

J: Mesti laaaaaaa ingat..



H: Tercapai juga number 6.. Bertuah badan.. Huhu..

S: Rezeki dia.. Heehee..

J: Eh.. Dah sampailah.. Berdebar-debar mahu jumpa Joe..




H: Macam nak meletup jantung.. Ekeke..

S: Macam mana rupa dia LIVE ya.. Jangan rambutnya digunting pendek lagi oleh Shasha.. Aku suka dia rambut lebat.. Lebih macho.. Hehe..




* * * * * * * * * * * * * * * * *



Scene kedua: Di sebuah rumah di kawasan perumahan di Peringat..

Watak: 3 orang gadis bersama Joegrimjow.. Dan.. Rahsia..


* * * * * * * * * * * * * * * * *

Turun dari kereta.. Masuk ke dalam rumah.. Salam diberi oleh 3 gadis sunti itu.. Salam berbalas.. Joegrimjow muncul di muka pintu dan menjemput mereka masuk.. Segak dia berbaju Melayu hijau pucuk pisang.. Di sisinya, seorang gadis tersenyum manis.. Tangan mereka bercantum.. Rapat-rapat.. Mata menjeling mesra.. Dua bentuk cincin menyilaukan pandangan mata 3 orang gadis itu.. Gadis-gadis itu menjerit kecil..


J, H & S: CIK TANAH???? JOE???? DAH KAHWIN????


Jeng jeng jeng..


Setelah puas diselongkar.. Akhirnya gambar 3 orang gadis bertuah yang makan malam bersama Joegrimjow dijumpai.. Tadaa..



J - Jard H - Hana S- Sara


Maaf, tuan blog ini HANCUR dalam bab mengedit gambar.. Oh ya.. Macam mana Hana dan Sara boleh menang contest makan malam dengan Joegrimjow? Sebab video di bawah inilah.. Hik hik.. Enjoy watching.. Dan entry rekaan di atas ini adalah segalanya tentang jejaka bernama Joegrimjow yang anda kenali, aku kenali, kita semua kenali.. Yang belum kenal, silalah berkenalan.. Jejaka 22 tahun yang pemalu, nice, sweet, baik but TAKEN.. Ngee..



Buat Joe.. Hope usia 22 yang baru kamu kecapi hari ini, bawa seribu makna buat kamu.. Semoga berjaya dalam kehidupan di dunia juga di akhirat.. Amin..







*******


entry dari cik farhanaDr. sweet kan? terharu ok baca entry macam ni. dan 10 kali lebih baca 10 10 ku rasa terharu. walaupun tak pernah kenal, tak pernah jumpa, tak pernah apa apa lah, cuma baca blog masing masing tapi boleh kenal sampai macam ni sekali. this is the magical thing about blog =)


kepada cik farhana, sila silalah buat perancangan yang elok elok. rm 200 banyak tu kalau nak makan2. nak makan kat mana, menunya apa, dengan siapa dan tarikhnya bila. nanti bgtau kat facebook. erkk, kalau boleh, ajak la blogger2 lain skali join sebab. ajak akak jard n cik sarah pun dah ok. tak pun sapa sapa la yang cik farhana suka. tapi memang tak boleh berdua. heee.


kepada yang lain, ada masa kita keluar jumpa. ku balik pertengahan bulan 6 sampailah pertengahan bulan 9, ada 3 bulan, takkan takde masa yang boleh jumpa kan? cuma belanja ke tidak tu, orang dekatlah kena belanja orang jauh. hehehe. thank you semuaa!



psss : awak kena kenal semua yang saya rapat dalam dunia blog ni, cuma jangan komen blog dieorang, takot nanti perasan ;)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW