Lagenda Budak Setan di Holberry Close
entry bukan gay : housemate yang namanya zakwan
'saya joe, ketua kat BMI' msg ringkas dan dia reply 'okok, zakwan ni' itulah bagaimana start hubungan kami ini
memang tak rapat masa mula mula datang ke UK ni. maklumlah, ada hal masing masing. aku elektrikal dan dia chemical. memamg dua jurusan yang beza. start baik dengan dia bila nak masuk rumah, bila aku tekad nak duduk dengan orang yang aku tak berapa kenal masa tahun ketiga dan kebetulan, aku dengan dia ditakdirkan satu rumah
bertiga dengan syeikh
memang mula mula kagum dengan zakwan ni. sebab utama kagum adalah dia sanggup penuhkan bilik dia dengan barang2 SMSA. haha. aku ingat lagi masa aku masuk bilik dia tanya 'ko ok ke banyak barang ni? kotor je ak tengok bilik ko' dengan slumber dia cakap 'takpe, aku dah biasa dengan hidup macam ni, bilik rumah aku pun dlu pun kotor' dalih itu aku tahu dia tak nak bebankan ahli lain. ye lah, mana sanggup bilik penuh dengan barang2 yang bukan milik kita. ishh, aku pun tak sanggup. last2 aku ambik separuh dan letak dalam bilik aku, tlong dia, kata nak jadi presiden yang bagus. kekeke
masak lemak cili api
satu lagi keistimewaan dia adalah masakan. hehe. lelaki kalau kat obe c ni tak reti masak, jangan duk berangan nak kawen la. zakwan ni aku rasa, lulus la. masakan dia walaupun selalu masak lemak cili api (2 hari lepas baru makan masak lemak) tapi masakan tu sentiasa sedap. masak dengan kasih sayang ye? hehe. bila dia masak, dia akan selalu masak lebih. biasa aku masak 5 chicken leg (1kilo lebih) tapi dia sekali masak, terus 2 kilo! bila tanya kenapa masak lebih, dia cakap 'ala, housemate aku jugak yang makan, ko kan ada herbalife, makan la banyak2 pun tak' sweet kan? bagi aku sweet walaupun ada sindiran pedas disitu. kekeke
korban untuk masak walaupun bukan turn
aku ni sentiasa sibuk. kat rumah pulak ada jadual masak. maklumlah, dulu aku kerja petang, tak kerja petang pun selalu ada meeting kat luar dan pulang lewat. kalau hari tu aku masak dan macam tak sempat je nak masak, terus aku msg dia suruh dia masak hari tu. reply dia kepada aku, tak pernah menolak. mesti sanggup je. tu yang buat sayang lebih tu. agagaga
gaya hidup mewah
sebab duit banyak, kami buat keputusan untuk lancarkan gaya hidup mewah. apa tu? beli barang yang mahal lah. idea bengong tu datang dalam satu malam je. duduk makan malam, aku cakap dengan dia 'wan, esok aku nak beli ps3, ko beli tv ek, ok' jawapan dia? memang tak mengecewakan. kadang2 sengal kiteorang ni terlebih. malam tu jugak dia tempah tv 38 inci bravia dan esoknya dia teman aku beli ps3. sengal kan kiteorang ni
anak kunci tak bawak... tulun....
aku ingat lagi masa aku balik dari bercuti, lebih kurang pukul 2 pagi akan sampai ke sheffield. kebetulan aku tak bawak anak kunci. serius cuak. dah la loceng flat kami rosak. jadi pukul 11 malam, aku call dia cakap aku tak bawak anak kunci. dia tak reply.... serius aku dah pk kena tido kat bawah dah. tapi dalam pukul 1 lebih, dia msg, 'wei, tak sampai lagi ke? aku ngantuk dah ni, penat nunggu ko' dapat msg tu, lega hati aku. dan... pukul 3 baru sampai dia masih belum tido tunggu bukakan pintu. serius sweet!
bincang soal kawen
bila aku cakap nak kawen, dia orang pertama runsing. haha. yang ko runsing tak tentu pasal tu kenapa? dah sah sah aku tipu. nak nak je setiap aku cakap, dia caye. caye bulat bulat plak tu! siap bagi tazkirah lagi. tazkirah dia pulak.... MENYOKONG! haha. 'walaupun aku tak caye ko dengan 'tutttttt' ada affair, aku izinkan, yang penting ko kena jaga agama bla bla bla bla' haa, aku rasa jarang ada kawan yang bagi nasihat panjang berjela2 ni pasal kawen. sebab nasihat dia tu la aku jadi semangat nak kawen ni. hehe.
lebih tua tapi sangat perangai sama umo
dia lagi tua dari aku. persediaan dia 2 tahun untuk ke obe c ni, aku setahun je. bukan sebab aku pandai ke ape, cuma aku nasib baik. walaupun umo jarak setahun, tapi bila datang bengong + jadi budak kecik, kami orang utama. aku maksudkan bila bersama dengan geng2 kamilah. entah nape die bile dengan budak2 junior, perangai jadi matang. haha, mungkin dia bukan anak bongsu kot. aku bongsu sebab tu perangai nak budak2 je sentiasa. kekadang bila aku terlebih, dialah yang cakap dan tego, 'joe, behave jo, behave...' hehe, at least ada orang menego kan
bil rumah.... semua satel!
aku ni jenis yang tak sistematik. serius, bab bab bayar sewa ni aku tolak ketepi. rumah pulak api air kena bayar pakai pos. nasib baik duduk sama dengan dia, jadi semua tu dia uruskan. aku ingat lagi masa mula mula datang sini, duit aku sangat kering, bayangkan ada 30 pound je dalam bank. suruh je dia guna duit dia dulu, tanpa sebarang mengungkit dia akan satelkan dulu. benda ni sampai sekarang aku ingat lagi....
~~~~~
kawan - sanggup korbankan space bilik untuk kesenangan orang
kawan - bila kite sindir dia selalu masak benda sama, dia balas dengan senyum dan masak benda tuuu jugak
kawan - time kite sibuk nak tukar turn masak, dia selalu cakap ok
kawan - bila timbul idea sengal, dia akan jadi sengal sama
kawan - sanggup tak tido sampai pukul 3 pagi semata mata tunggu kita untuyk buka pintu
kawan - selalu bagi nasihat membina bila ada soal serius nak di bincangkan
kawan - bila kite lalai, dia akan berada untuk menegur dengan hikmah
ni blog dia, (link link) jom wish besday kat die ramai2. huhu ;-)
tutorial blog : mencari ilham untuk entry
1) terlihat baby dalam jamban kat entry ni, kenapa kita begitu kejam??
2) redmummy dapat 10 k sebulan?? haha, semakin ramailah yang gila blog lepas ni
semalam aku ada tegur housemate aku
'ko cite dalam blog pasal cuti ester ko, tak letak gambar pun, ade ke patut'
'ye jugak ek, patut la tak menarik'
'hahaha'
'ko bukannya nak ajar aku camne berblog pun. huhu'
hehe, housemate aku ni pun ade blog (klik sini, ni blog org class1 ni, hehe). duk bangga sebab dia pakai wordpress dan aku pakai blogspot. tapi blog tak update update. buat ape jugak kan? alasannya, takde idea untuk update.haha. mula mula aku agak pelik, takde idea nak update? biar betul. kan banyak benda boleh kita ceritakan. fikir punya fikir, apu pun pernah alami benda yang sama! tiada idea untuk update
bila dah capai 500 visitor
sebenarnya tak susah untuk capai 500 dan keatas visitor sehari. apa yang susah, nak maintainkannya! setuju? untuk maintain ni, kita perlukan idea yang hebat hebat untuk di ceritakan, masalahnya, macam mana nak cari idea yang bermutu. kali ini aku mahu share macam mana aku mendapat idea untuk berblog. status sekarang ni, aku update blog 3 entry dalam masa 2 hari. hehe
entry ini adalah untuk keadaan kritikal. yang mana dah tak tahu nak update ape dah. dah blur sangat dah. jadi boleh gunakan cara2 di bawah ini
1) melihat youtube
ada senior aku yang jadikan youtube sebagai enjin carian. nak tengok nota kuliah dia pun dia check kat youtube! lawak? tidak, ini menunjukkan youtube adalah salah satu cara untuk kita mencari ilham. cuba search keyword2 yang menarik hari ini di youtube, ada video menarik, copy paste je lah youtube ni dan ceritakan serba sedikit berkenaan dengan video
2) ceritakan pasal peribadi
orang lain boring?ape kisah, sebab blog sendiri kan? kalau dah takde idea nak berblog, ceritakan je apa yang kita buat pada hari ini. takut reader boring? janganlah cuk cerita benda yang sama setiap entry. pelbagaikan. ramai makcik2 yang nak baca kisah student, so student boleh ceritakan kehidupan dia kat university. begitu juga ada student yang nak tahu kehidupan suami isteri, so apa lagi makcik2, ceritakan je lah kehidupan anda. jangan fikirkan sangat reader, fikirkan kenikmatan berblog itu jugak ;)
3) jalan jalan tengok blog orang
ini adalah cara yang paling efektif. dengan membuat lawatan dengan membaca blog orang, ilham untuk update blog akan datang dengan sendiri. ada benda yang menarik diceritakan di dalam blog orang, kita buatlah benda yang sama jugak. cuma bagilah sedikit penghargaan kat blog orang tu seperti, 'tadi masa blogwalking kat blog dia ni, timbul pulak.... bla bla bla' dapat?
4) ke website yang best best
dulu aku selalu ke website http://funzu.com/ untuk cari ilham. cubalah ke website ni kalau dah ketandusan idea sangat. cuma janganlah copy paste bulat bulat. ingat, anda cari ilham, bukan cari sesuatu untuk di copy paste.
5) olah dari email
banyak cerita pak belalang yang aku buat adalah berdasarkan email. ada gambar menarik, aku akan gunakan gambar itu untuk di buat cerita. agak banyak aku dapat email ni, mungkin sebab subscribe yang ntah apa apa. tapi sekarang ni, subscribe itu yang menolong untuk aku update. kadang kadang ada jugak email yang diforward yang menarik, menarik tertarik? share lah dalam blog
6) jalan jalan tengok alam sekitar
aku tak setuju yang nak cari idea, kena gunakan komputer semata mata. sebabnya, kalau jalan jalan ke luar, banyak pulak idea mahu update blog timbul. contohnya hari tu jalan nak shopping, terlihat papan tanda 'comment' terus aku buat entry ni bila balik. ahaaa, ilham tu akan datang bila bila je. semakin banyak berjalan, semakin banyak la ilham akan dapat. tak setuju? layan je laa
7) update berita terkini
dah takde idea, mungkin boleh update berita terkini di dalam blog. berita berita tergempar ini memang boleh menarik orang untuk membaca. cuma gaya penceritaan itu kenalah sesuai agar orang yang membaca akan tertarik. tak reti? aku pun tak reti, sama sama lah kita try and error ;)
8) update dari buku
ada sesetengah orang yang tak update blog sebab baca novel. baca buku banyak sangat. haiish, gunakanlah buku anda tu untuk di update. dari tak berupdate seminggu, update la sesuatu. kadang kadang dengan update dari buku ni, contohnya novel, kemungkinan kita akan jumpa dengan org yang sama dengan kita, suka baca novel jugak. last last kita dengan yang membaca blog kita tadi boleh jadi kawan rapat. tak rugi kan?
cereto menggembirakan kami serumah
sejak kereta nissan sunny hilang, hidup kami berempat seolah tidak seperti dulu. kalau dulu nissan sunnylah yang membawa kami ke masjid, ke restoran mohammed, meadowhall dan macam macam tempat lagi. tetapi disebabkan salah parking, kereta itu dirampas.
kejam kan?
kat sini kalau kereta tak parking di tempat yang betul, pasti kena rampas. nak ambil balik? tidak berbaloi. kereta tu dibeli dengan harga 300 pound dan kalau nak ambil balik dari piak berkuasa, lebih kurang sama bayarannya. jadi, pergilah nissan sunny meninggalkan kami semua
kehadiran kia cerato
kini hidup kembali ceria! dirasakan bagai hujan bunga yang turun, sungguh wangi dicampur pula dengan gadis gadis yang bersorakan gembira, itulah perasaan bila kia cerato sampai di rumah. sebab harga kereta ini 'boleh tahan' juga, jadi kena jaga dan sayang lebih akan kerata ini
menggunakan dengan sebaiknya
semalam telah ke masjid dengan kereta. haha. memang tak jauh pun masjid dengan rumah, tapi disebabkan nak pergi shopping di ASDA, terus naik kereta ke masjid. berempat naik kereta. terlihat pelajar malaysia lain yang jalan kaki, diperlahankan kereta, turunkan tingkap, terus tegur
'bang nak tumpang bang?'
pecah satu kereta gelak. walaupun orang diluar sana masih blur dengan teguran mengejut itu, kami terus terusan gelak. lantas diingatkan kembali, jangan gembira sangat, nanti cerato pon meninggalkan kami seperti sunny baru tau! ok ok, terus insaf.
ke ASDA
sesudah sembahyang isya, terus ke ASDA. tak banyak barang dibeli, cuma kalau convert ke duit malaysia, habis juga dalam rm500. dalam keletihan shopping, terpandang satu bahagian budak budak. waahh, ada mask iron man! lantas disuruh seseorang untuk menangkap gambar untuk diletak dalam blog
ok, macam biasa, yang merah adalah imaginasi semata mata. ade ke kedai mamak kat uk ni? hahaha. kalau ada, konpem kami akan pergi. dah habis shopping, apa lagi, terus balik ke rumah. penat masih terasa. tapi kepenatan itu ada sinar kebahagian... kerana kia cerato bersama kami sekarang ;-)
layan video dulu
pss : tadi main badminton, esok main bowling. best best. dah daftar untuk contest cornetto da ke? klu belom, baik cepat cepat. 10 000 tuuu
cerita housemate dan kekecewaanku
housemate aku yang berasal dari perak menyuruh aku masukkan cerita die dalam blog aku. walaupun die antara silent reader yang menyayangi aku sentiase, tiada cerita menarik dapat aku tulis tentangnya.
yang pasti die hensem
hensem itu subjektif
bagi aku die hensem
ada 4 di dalam rumah kecil ini. semuanya gantang2, dan yang paling hensem, pati korang tau
-senyum-
semua orang pelik sebab rumah kami tiada jadual masak. tiada duit rumah. tidak sistematik kata orang. malahan rumah kami tiada jag untuk buat air bila tetamu datang.hurmm
tapi aku tidak kisah. berat aku tak berkurang pun walaupun tiada jag air. aku happy, mereka happy, kami bahagia.
untuk hidup serumah, perlukan komitmen yang tinggi. setiap orang perlu rasa ada tanggungjawab. barulah akan wujud suasana harmoni di antara ahli rumah. rancang mahu pergi ke paris. habiskan masa bersama. ooh, bahagianya nanti
"MAK, mak masak apa mak?"
aku rindukan suara itu saat ini. ketika aku fokus untuk masak, itulah selalu kedengaran. lucu. dan itu juga yang aku akan balas kalau salah satu antara kiteorg masak. die lah yang menjadi mak untuk hari itu. selalunya aku lah menjadi mak. tapi aku tak boleh menjadi mak asli kepada mereka, sebab aku tiada susu asli untuk di beri minum...
~~~~~
"dah la bah, jangan la macam ni"
"bukan apa hamdi, abah tersangat kecewa ni"
"ala, bagi la can kat ibu plak. hari tu kan abah dah puas gelakkan mak"
"hamdi, kau tak paham naluri orang dewasa ni. sedih campo geram. tambah2 plak ibu kamu tu.suka sangat ngejak abah...."
"macam budak2 la abah ngn ibu ni. malu kat halimah tau. budak kecik pon tak macam ni!"
-mak belalang datang bersama halimah menuju ke ruang tamu, sengaja dikuatkan suara-
"halimah, berapa bilangan adik beradik halimah?"
"3, termasuk halimah bu, napa?"
"bnyak tak 3?"
"sikit je la bu, kawan halimah ada 7 orang adik beradik"
"memang pun. tapi kalau dah bolos 3 gol, tu maknanya banyak"
-menjeling kepada pak belalang-
"sayang! dah la tu...."
"lalalala"
nota kaki : sangat kecewa bila teamku kalah...
