Share
Memaparkan catatan dengan label biodata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biodata. Papar semua catatan

tutorial blog : mencari ilham untuk entry

nota awal :
1) terlihat baby dalam jamban kat entry ni, kenapa kita begitu kejam??
2) redmummy dapat 10 k sebulan?? haha, semakin ramailah yang gila blog lepas ni

~~~~

semalam aku ada tegur housemate aku


'ko cite dalam blog pasal cuti ester ko, tak letak gambar pun, ade ke patut'

'ye jugak ek, patut la tak menarik'


'hahaha'

'ko bukannya nak ajar aku camne berblog pun. huhu'


hehe, housemate aku ni pun ade blog (klik sini, ni blog org class1 ni, hehe). duk bangga sebab dia pakai wordpress dan aku pakai blogspot. tapi blog tak update update. buat ape jugak kan? alasannya, takde idea untuk update.haha. mula mula aku agak pelik, takde idea nak update? biar betul. kan banyak benda boleh kita ceritakan. fikir punya fikir, apu pun pernah alami benda yang sama! tiada idea untuk update



bila dah capai 500 visitor


sebenarnya tak susah untuk capai 500 dan keatas visitor sehari. apa yang susah, nak maintainkannya! setuju? untuk maintain ni, kita perlukan idea yang hebat hebat untuk di ceritakan, masalahnya, macam mana nak cari idea yang bermutu. kali ini aku mahu share macam mana aku mendapat idea untuk berblog. status sekarang ni, aku update blog 3 entry dalam masa 2 hari. hehe


~~~~


entry ini adalah untuk keadaan kritikal. yang mana dah tak tahu nak update ape dah. dah blur sangat dah. jadi boleh gunakan cara2 di bawah ini



1) melihat youtube

gerbang video anda... erk?

ada senior aku yang jadikan youtube sebagai enjin carian. nak tengok nota kuliah dia pun dia check kat youtube! lawak? tidak, ini menunjukkan youtube adalah salah satu cara untuk kita mencari ilham. cuba search keyword2 yang menarik hari ini di youtube, ada video menarik, copy paste je lah youtube ni dan ceritakan serba sedikit berkenaan dengan video




2) ceritakan pasal peribadi

orang lain boring?ape kisah, sebab blog sendiri kan? kalau dah takde idea nak berblog, ceritakan je apa yang kita buat pada hari ini. takut reader boring? janganlah cuk cerita benda yang sama setiap entry. pelbagaikan. ramai makcik2 yang nak baca kisah student, so student boleh ceritakan kehidupan dia kat university. begitu juga ada student yang nak tahu kehidupan suami isteri, so apa lagi makcik2, ceritakan je lah kehidupan anda. jangan fikirkan sangat reader, fikirkan kenikmatan berblog itu jugak ;)




3) jalan jalan tengok blog orang


gambar google : blogwalking joom


ini adalah cara yang paling efektif. dengan membuat lawatan dengan membaca blog orang, ilham untuk update blog akan datang dengan sendiri. ada benda yang menarik diceritakan di dalam blog orang, kita buatlah benda yang sama jugak. cuma bagilah sedikit penghargaan kat blog orang tu seperti, 'tadi masa blogwalking kat blog dia ni, timbul pulak.... bla bla bla' dapat?




4) ke website yang best best

dulu aku selalu ke website http://funzu.com/ untuk cari ilham. cubalah ke website ni kalau dah ketandusan idea sangat. cuma janganlah copy paste bulat bulat. ingat, anda cari ilham, bukan cari sesuatu untuk di copy paste.




5) olah dari email

banyak cerita pak belalang yang aku buat adalah berdasarkan email. ada gambar menarik, aku akan gunakan gambar itu untuk di buat cerita. agak banyak aku dapat email ni, mungkin sebab subscribe yang ntah apa apa. tapi sekarang ni, subscribe itu yang menolong untuk aku update. kadang kadang ada jugak email yang diforward yang menarik, menarik tertarik? share lah dalam blog





6) jalan jalan tengok alam sekitar

berkawan dengan alam sekitar ada faedahnya


aku tak setuju yang nak cari idea, kena gunakan komputer semata mata. sebabnya, kalau jalan jalan ke luar, banyak pulak idea mahu update blog timbul. contohnya hari tu jalan nak shopping, terlihat papan tanda 'comment' terus aku buat entry ni bila balik. ahaaa, ilham tu akan datang bila bila je. semakin banyak berjalan, semakin banyak la ilham akan dapat. tak setuju? layan je laa




7) update berita terkini

dah takde idea, mungkin boleh update berita terkini di dalam blog. berita berita tergempar ini memang boleh menarik orang untuk membaca. cuma gaya penceritaan itu kenalah sesuai agar orang yang membaca akan tertarik. tak reti? aku pun tak reti, sama sama lah kita try and error ;)



8) update dari buku

ada sesetengah orang yang tak update blog sebab baca novel. baca buku banyak sangat. haiish, gunakanlah buku anda tu untuk di update. dari tak berupdate seminggu, update la sesuatu. kadang kadang dengan update dari buku ni, contohnya novel, kemungkinan kita akan jumpa dengan org yang sama dengan kita, suka baca novel jugak. last last kita dengan yang membaca blog kita tadi boleh jadi kawan rapat. tak rugi kan?


~~~~


ok, banyak sangat sampai 8. kalau tak sesuai semua pun, pakailah satu 2 pun jadi. mungkin ada yang sesuai. update blog ni tersangat penting untuk kita meneruskan kehidupan seorang blogger. sebab entrylah, nyawa bagi blog.


tanpa entry, blog akan terkubur


pss : semangat berblog akan timbul bila membaca entry yang membuat kita tersenyum sepanjang hari. make me smile ok ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

about me


dah lama berblog ni, nak jugak kongsi pasal diri aku. haha, konpem takde orang baca. ni entry 1st time untuk kepuasan peribadi ;-)




nama :
panggil joe. macam mana dapat nama ni, sejak berusia 4 tahun lagi ok. bukan baru-baru je dapat nama gelaran ni. mak cakap ada sorang mamak penjual karpet yang bagi nama joe ni, sampai sekarang melekat. nak sangat jumpa dengan penjual karpet tu




joegrimjow :
minat baca bleach. ada satu watak grimjow jagarjek. stylo je mamat tu. jadi, campo joe dengan nama dia. jadilah joegrimjow. kat ym, email, dan hampir semua aplikasi internet, pasti guna nama joegrimjow. sampai la domain ni sendiri




hobi :
main chess. basketball. internet. ping pong. masak (wakaka!)




makanan :
nasi ayam




minuman :
neslo!!!



keluarga :
-mak khadijah abdullah
-ayah mat arifin daud (sudah meninggal 2004..alfatihah buat arwah ayahku)
-adik beradik, selang seli, laki perempuan laki perempuan. faizal, fazni, fazmil, fazila, fadzli, fazida dan aku yang paling disayangi.. kekeke!
-anak sdare, 8, 6 laki dan 2 perempuan... bunyi khabar nak tambah lagi 2..haha..koleksi koleksi




pendidikan :
-SK Peringat (darjah 1 sampai 6)
-SMKA Melor (form 1 sampai form 3)
-SBPI Kuantan (form 4 sampai form 5)
-matrikulasi melaka 05/06
-UITM Shah Alam (sempat 2 bulan, actuarial science)
-BMI 07/08 1st year degree
-Uni of Sheffield sekarang dah 3rd year,electrical!!!




pengalaman kepimpinan :
-jadi ketua kelas tadika. haha
-pernah jadi pengawas sekolah masa sekolah rendah. darjah 6 jadi ketua pengawas.
-sekolah menengah kat kuantan pernah jadi ketua rumah sukan(juara ok), ketua PBSM tapi kena lucut semua tu sebab terpaksa jadi ketua pengawas masa form 4 sampailah form 5. pioneer katakan
-kat KMM jadi YDP JPP. bnyak pengalaman yang ni oooh. best best!
-currently jadi presiden SMSA (sheffield malaysian student association)




pengalaman duit-money :
-dapat upah kait rambutan dari kebun atuk(alfatihah kepada atukku..)
-buat bisnes gameboy. banyak untung bagi budak berumur 12 tahun!
-bisnes kerepek, malu nak jual last last semua aku bedal sorang
-top up mymode. rugi rugi rugi
-pernah bukak gerai jual jagung bakar dan air pelbagai jenis
-currently sebagai world team dalam herbalife best month income - rm 4k




barangan dirasakan mahal yang pernah dibeli :
-desktop
-iphone
-nikon d60
-tv 42 inci!!
-macbookpro



pengalaman bercinta (wakaka!)
-gf pertama berpisah sebab aku... tak sesuai dengan dia yang super pandai. sekarang masih berkawan. nanti pergi nott jumpa ya ;-)
-gf kedua berpisah sebab aku...gemuk kot? haha, sapa suruh jadi gemok? sekarang masih berkawan, baru wish besday dia june lepas, tapi kantoi besday sebenar bulan july..hahaha
-gf ketiga berpisah sebab aku...tak pernah jumpa pun, declare dalam internet..haha, bodohkan? tak sampai seminggu berpisah. dah lost contact dah
-gf keempat? jeng jeng jeng. masih meraba-raba mencari. bahagia dengan status single tapi kadang kadang murung dahagakan kasih sayang(tak bley bla ayat)
update terkini : not available. waka waka eh eh





pernah menjelajah ke :
-jakarta dan palembang
-bangkok
-incheon, korea
-taiwan
-france..ooh eiffel tower
-uk tak explore habis lagi




misi belum tercapai :
-jadi millionaire sebelum 30
-jadi billionare sebelum 50
-hafal alquran 30 juzu
-fasih bahasa arab
-dapat isteri super duper cute+solehah





rasa mempunyai kelebihan :
-boleh memimpin..kot
-cepat mesra dengan orang
-membawa kereta dengan laju
-memasak nasi ayam sambil menaip siapkan satu entry




kelemahan pasti ada :
-cepat jatuh hati pada perempuan yang berbuat baik pada diri
-pemalu... kalau besorangan lagi la malu
-cepat merajuk
-suka mendapat perhatian..sigh~~




ciri perempuan idaman :
sebab nak kawen sorang je, mestilah cari yang terbaik untuk hidup bersama!
-lemah lembut
-kulit putih halus mulus pulus
-rela melayan aku yang suka manja-manja
-perangai mesti baik walaupun aku tak berapa baik
-mempunyai blog
-tak pandai masak takpe sebab boleh belajar sama-sama di dapur ;-)
nak dapat perempuan baik, diri kena jadi baik...ok, joe berubah jadi baik!!



kenapa berblog?


sekarang memang untuk kepuasan hati sahaja. rasanya dah matang sikit dari dulu yang kebudak-budakan, sekarang punyai misi yang jelas. mencari kepuasan peribadi disamping berkongsi pengalaman hidup. kenapa ni mungkin akan berubah mengikut mood dan masa, jadi tak mo cakap panjang2... aku suka blog!!!!



nota kaki : aku baca 2 3 kali sebelum di post...nyata diri ini puas. sorry lah kalau bosan ;-)


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

supervisor itu

sigh~~~
tadi ada jumpa dengan supervisor
3rd year memang kritikal
sebab projek pemberat dia cukup banyak
menyumbang suku kepada markah tahun ni
nak tak nak kena score projek


apa kaitan dengan supervisor?


dialah yang akan marking report kita!
dapat supervisor perempuan
mak cik de souza
lalala~


Mula-mula


'you did a god job in literature review'
'thank you'
'but.......'
dah but tu, panjang lebar plak mistake yang dibuat
kena berdikari
saya bukan mak kamu
saya nak tengok progress kamu
ni kamu tahu tak?
ni kamu paham tak?
apa maksud nanotube?
apa maksud ni
apa maksud tu


sigh~~~


satu patah je puji
lepas tu terus kena tegur kaww kaww punya!
moral??
jangan thank you awal sangat ;-(


berkenaan projek


tahun ni projek CNTFET
carbon nanotube field effect transistor
(ada gaya engineer tak? hehe)
memang kena ada basic semiconductor yang cukup hebat


analogi


tak cukup dengan asas semiconductor sahaja
kena ada basic lain juga
sebab benda ni begitu detail
maklumla... nano katakan
pengetahuan aku dalam bidang ni

macam nak buat basikal
tapi hanya playar je aku tahu


sigh~~


tapi orang cakap
zaman masa belajar ni paling best
so
kena enjoy jugak
susah mana pun
hidup jangan tertekan
nanti diri jadi gila
;-)


nota kaki : supevisor asyik duk cakap pasal anak dia, nak jodohkan aku dengan anak dia ke ape?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW