Share
Memaparkan catatan dengan label pak belalang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pak belalang. Papar semua catatan

Pak Belalang : Potong lalang

Pak belalang hari ni mengajak Hamdi dan Hamdan ke hutan belakang rumahnya untuk proses menyiapkan tempat tanaman sayur-sayuran segar. Agak tension bila dia ke kedai membeli sawi, dah la mahal, tak segar pulak tu dan menyedihkan lagi pilihan pun kurang. Lantas dia membuat langkah proaktif dengan mahu menanam sendiri sayur-sayuran di belakang rumahnya.





Sambil bekerja, dia mahu menduga anak terunanya itu


Pak Belalang : so hari ni, korang kena spend masa dengan abah ok. ambik sabit ni sorang satu
Hamdi : ok
Hamdan : orite


Pak Belalang : kita ni keja kerja efisyen. sekarang pukul 8 pagi, pukul 12 karang kita siap. ibu kamu tu bukannya boleh pisah dengan abah lama-lama
Hamdi : ala abah, ibu yang takleh pisah lama ke, abah yang takleh pisah lama ni?
Hamdan : haha. betul-betul-betul



Pak Belalang : issh korang ni. mana macho lelaki rindu kat perempuan. dah dah. pergi buat kerja tu. hamdan, pergi tebang lalang tu kat area sana, hamdi, tebang kat area sana. amek sabit masing-masing
Hamdi dan Hamdan : baiklah abahku sayang!!!


Setelah membahagi kawasan, pak belalang pun tak terkecuali sama untuk menebang lalang yang begitu banyak di belakang rumahnya tu. Dia melihat kedua anak terunanya sibuk menyabit lalang, sambil menggelengkan kepala, pak belalang duduk bersila dan mengasah sabitnya terlebih dahulu

Setelah mengasah sabitnya, dia pun meneruskan dengan memotong lalang-lalang yang berkeliaran

Setelah 4 jam berlalu....



Pak Belalang : ok semua, dah pukul 12, jom balik
Hamdi : eh, abah ni tak padan tua, cepat betul buat kerja
Hamdan : ye lah, kami berdua sabit lalang ni, sama dengan kerja abah buat sorang!


Pak Belalang : itulah nama kekuatan batin. hanya dah kahwin boleh guna power ni. hehehe
Hamdi : ha?
Hamdan : erk?


Pak Belalang : takdelah, gurau je. korang berdua ni pun, tak tengok ke abah sebelum potong lalang-lalang ni, abah asah dulu sabit abah. dah betul-betul tajam, barulah abah sabit bagi licin. amek masa lebih lama untuk asah sabit ni, kerja nak memotong lalang ni pun bertambah senanglah
Hamdi : herm, patutlah macam susah je nak potong lalang ni
Hamdan : abah tak bagitauuuuuu



Pak Belalang : ni nak bagitau la ni. hehe. benda ni boleh dipraktikkan dalam bisnes jugak
Hamdi : bisnes?
Hamdan : abah dah mula nak bagi ceramah bisnes dia dah ni.....


Pak Belalang : eh korang ni, nak dengar tak?
Hamdi dan Hamdan : NAKKKK (Nada terpaksa)


Pak Belalang : untuk berbisnes, benda utama kita perlu bagi perhatian adalah diri kita. bukan jenis bisnes yang kita buat tu. dalam sehari-hari tu, amek masa lebih lama untuk pembangunan diri sendiri. baca buku motivasi, tambah amalan dengan tuhan, jumpa dengan orang yang positif-positif dan masa yang lebih tu barulah digunakan untuk berbisnes tu. Diri dah mantap, bisnes pun akan mantap!
Hamdi : ooooo
Hamdan : oooooooo


Pak Belalang : oo oo oo, mulut dua-dua terlopong ni paham ke tidak? ahhh, lantak lah, yang penting kite balik sekarang, abah nak jumpa ibu kamu sekarang ni
Hamdi : haa, kantoi abah rindu kat ibu
Hamdan : hahaha


Pak Belalang : opsssss

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Susah sangat nak percaya

Salam,

rutin harian pagi adalah baca Malaysiakini. Tapi hari ini entah kenapa tak boleh nak masuk. Penting baca paper ni bukan apa, nak jadi orang yang selalu tahu isu semasa. kalau compare dengan paper lain, malaysiakini ni tak berat mana-mana sangat. tu yang best tu. Entah kenapa aku takleh masuk paper ni pun aku tak tahu, korang boleh?


jadi, tadi duduk-duduk tunggu pukul 9, aku jumpa satu video yang menarik. animation video terbaik punya.




Formula hidup


Kekadang aku fikir, kenapa masa kecik kita lagi mudah nak berjaya dari sekarang ni yang dah besar sampai dah nak kawen dah pun. Dulu aku ingat masa UPSR, cikgu duk bising-bising, kita kena kumpul seramai yang boleh untuk dapat 5a UPSR. Setiap yang dapat 5a, akan diberi sebuah basikal seorang. haaa, semua duk study hard lah konon walaupun tak tahu betul ke tidak study tu, tapi semua duk pulun habis-habisan sebab nak dapat basikal. 5a, dapat basikal. bukannya tahu nilai 5a tu, tapi nilai basikal tahulah. boleh 'gendong' gewe pergi pasar malam. kehkehkeh



Video atas tu, dia imagine masa kecik, nak jadi superman kita pakai selimut dan kita jadilah superman

Video atas tu, dia imagine nak jadi ahli sihir, naik atas penyapu dan jadilah kita ahli sihir di dunia kita

Video atas tu, dia imagine nak panjat pokok sebab nak tengok pemandangan dari atas, tak kire patah kaki kalau jatuh sampai jugak atas pokok dan dapat jugak lihat pemandangan yang kita nak tengok


Senangkan main imagine-imagine ni. layan je, imagine je, terus dapat. hek hek. bestlah dunia macam tu. Tapi benda ni tak mustahil, aku ingat lagi masa UPSR tu, aku duk imagine imagine boleh bawak nining, gadis cina yang satu-satunya kat skolah pakai skirt, kire hotlah bagi budak darjah 6 naik basikal aku sebab dapat 5a. sebab imagine tu, tup tup dapat 5a. ekeke. pk lucu pulak tapi sebab nining pon dapat 5a, tak jadilah nak gendong dia naik basikal sama-sama.




Bila dah besar, jadi berubah. klik jelah video atas kalau belum tengok sampai habis dulu, baru best nak story.


dah jadi besar ni, mula berfikir LOGIK. banyak sangat fikir sampai tak buat pun benda tu. takyah bagi contoh orang, aku je. dulu masa aku tengok cerita slamdunk, kire-kire masa form 4 ke form 5 tu, tengok hanamichi sakuragi yang berkepala merah main dengan hebat, mulalah fikir nak jadi basketballer yang hebat macam dia. lepas tu fikir logik, ish, boleh ke aku ni, dia tinggi, aku takde setinggi dia, dia cartoon, aku manusia normal, dia ni dia tu sampaikan dia ada haruko aku takde awek pun boleh fikir. heh, sebab tu masa HKSBP, permainan jadi tak menonjol, last-last kalah diperingkat kumpulan lagi. Masuk matrx, aku tak main dan masuk u pon aku dah tak main.


sebab kurang percaya pada diri sendiri
aigooo.....


******


pak belalang dengan mak belalang di dalam bilik, pukul 9 pagi. suasana sepi dirumah sebab pasangan kembar mereka tengah khusyuk tidur lagi. halimah ke sekolah pulak. tinggallah pak belalang dan mak belalang di kamar mereka


belly : saya belajar sesuatu hari ini!
bella : apa dia? bunyi macam semangat je ni


belly : creativity start from belief
bella : hek eleh. tu benda lama tu. apa yang ayang nak belief nye?


belly : saya belief, kita akan punyai 12 orang anak!
bella : *telan air liur


belly : saya yakin, sungguh yakin! sekarang ada 5, kita tambah 7 lagi!
bella : dah tu, nak buat creativity apa pulak?


belly : hehehehe (sambil memandang ke bawah ke atas)
bella : jangan duk mengarut, pukul 9 pagi abang oi, bukan 9 malam. batal puasa siap kena puasa 2 bulan berturut-turut, sanggup ke?


belly : erk, tak ingat sekarang bulan puasa!


pss : jumaat di bulan Ramadhan. fuhh, hebat tu!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pak Belalang : Cara Control Bini

Di kampung pak belalang tinggal, begitu ramai golongan seusia dengannya yang mempunyai masalah keluarga. Ada yang kereta BMW 5 series pun rumah sentiasa bising-bising dengan pertengkaran ahli keluarga, ada bungalowww 3 tingkat pun hujung minggu pergi lokap untuk bayar duit jaminan anak yang kena tangkap. Macam-macam lagilah!


Zakwan merupakan ahli politik dan korporat yang berjaya tetapi mempunyai masalah dengan isterinya. Dia dalam diam mengagumi keluarga pak belalang, walaupun pak belalang tak hensem mana, tapi isterinya memang terbabow. eh eh, silap. isterinya memang akur dengan perintah dan suruhan pak belalang. Suatu hari, zakwan berjumpa untuk berbual kosong dengan pak belalang



Zakwan : belly! (nama samaran pak belalang adalah belly)
Pak Belalang : iye, ada apa ahli politik kampung kita?


Zakwan : hehe, ko ni, tak habis-habis nak sindir aku ya
Pak Belalang : aiyok, apa pulak sindir, betul lah ko kan wakil rakyat kampung ni


Zakwan : yelah yelah. amacam bini ko? sihat?
Pak Belalang : aik, apsal tanya bini aku pulak ni?


Zakwan : ekeke, bini ko kan gadis hot di kampung ni, kena lah selalu bertanya
Pak Belalang : eh eh. anak-anak aku taknak pulak tanya ya? gatai gatai


Zakwan : terkena lagi aku. ni ha belly, aku ada problem ni
Pak Belalang : problem apa? duit aku takde nak kasi hutang


Zakwan : bukan duit, pasal bini aku ni
Pak Belalang : kenapa pulak dengan bini ko? dia main dengan laki lain?




Pak belalang sengaja menduga. Memang dia ketahui yang isteri kawannya itu sungguh busy body. semua masalah kampung dia mahu ambil tahu. sampaikan yang tiada masalah pun jadi bermasalah dek desakan pertanyaan isteri kawannya itu. mentang-mentanglah suaminya wakil rakyat, dia pun mahu jadi wakil rakyat yang sama




Zakwan : ish ko ni. ada pulak. bukannya ko tak kenal dengan bini aku kan...
Pak Belalang : hehe. kenal kenal. kenal sangat. semua penduduk kampung ni kenal bini ko tu


Zakwan : sebab tulah aku nak tanya pendapat ko ni, ada ek perlu aku buat untuk control bini aku ni?
Pak Belalang : senang senang. sangat senang


Zakwan : apa dia?
Pak Belalang : meh aku cerita satu kisah kepada engkau. kisah sirah ni. dulu masa nabi kita jalan2 dengan isterinya aisyah, ada seorang yahudi menyapa dengan sapaan 'assamu' yang membawa maksud, celakalah keatas kamu


Zakwan : ok ok. sambung
Pak Belalang :aisyah yang mendengar terus menjawab yang membawa maksud lebih kurang 'celakalah dan laknatlah keatas kamu juga'


Zakwan : hoho, boleh tahan.
Pak Belalang : haaa, time ni nabi kita bijak. dia senyum dan menegur aisyah jangan cepat marah. cool cool saja. buat apa nak marah. nabi terus cakap kat yahudi tadi 'waalaikum' yang membawa maksud dan kepada kamu juga


Zakwan : ooh, memang nabi kita sangat cool!
Pak Belalang : ok, dapat tak point yang aku nak sampaikan ni?


Zakwan : jangan cepat marah?
Pak Belalang : ye lah, itu satu. yang point utamanya, cara nabi kita tegur bini kita tu. berhikmah. ko kena buat macam tu lah kat bini ko. tegur elok elok. bagitau kat dia, urusan politik adalah tugas ko, jangan dia nak sibuk sibuk


Zakwan : tu lah... dia tak makan nasihat punya
Pak Belalang : ko buat la contoh bekas isteri tun mahathir. tun hasmah. tengok dia ada campur tak urusan pentadbitan tun mahathir dulu? takde kan? yang dia buat, urut-urut suami dia, buat makanan sihat pada suami dia dan paling penting, waktu malam bila tun mahathir perlukan dia, dia ada. macam tulah baru isteri no 1 malaysia


Zakwan : wah, banyak jugak ko tahu?
Pak Belalang : hek elek. google kan banyak. type je kat google. link ni best untuk dibaca


Zakwan : hehe. ok la belly. time kasih. tengok la malam ni aku cuba slow talk balik dengan dia
Pak Belalang : kalau dia tak makan slow talk, ko buat la teknik nakal skit. baru dia aku


Zakwan : teknik nakal?
Pak Belalang : alah, ko pun tahu kan


Pak belalang tersenyum. muka zakwan blur tak paham


pss : esok sabtu =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pak Belalang : Kuasa joget

Hamdi merupakan anak sulong pak belalang yang belajar di UK. Walaupun jarang menelefon keluarganya di kampung tetapi setiap hari khamis dia pasti akan telefon keluarganya itu. Seminggu sekali sudah mencukupi untuk dia melepaskan rindu pada keluarganya!


Hamdi : Assalamualaikum
Hartini : Wasalam. shape ni?


Hamdi : abang di la. ni tini ke ni?
Hartini : iye iye. waaaa, abang di kat mana ni?


Hamdi : kat mana lagi, kat sini la
Hartini : bila nak balik? tini dengan qal rindukan abang ni


Hamdi : nanti nak balik abang bgtau. abah ada?
Hartini : abah kat bilik dengan ibu. buat apa pun tini tak tahu


Hamdi : panggil abah kejap, abang nak cakap dengan dia
Hartini : baikk!


Setelah memanggil abahnya yang berada di dalam bilik, hartini kembali menyiapkan kerjanya sebagai budak berumur 5 tahun, menconteng buku kakaknya Halimah!


Pak belalang : assalamualaikum
Hamdi : wsalam bah, sihat?


Pak belalang : sihat sihat. dah agak dah hamdi akan call
Hamdi : hehe. mana tau?


Pak belalang : alah, abah ni, tergerak je hati hamdi nak call pun abah tahu ok
Hamdi : wah wah. hebat hebat


Pak belalang : tengok la siapa kan. hehe. ada apa ni?
Hamdi : takde pape, saja call


Pak belalang : ooo. minggu lepas kenapa tak call?
Hamdi : minggu lepas... ermm.. ooh, hamdi pergi ke chicago


Pak belalang : mak oi. jauh tu. kenapa pergi sana?
Hamdi : kawan hamdi dari us ajak. dia ajak pergi tengok konsert oprah, black eyed peas pun ada


Pak belalang : mak oi. kumpulan yang ada perempuan hot tu ke?
Hamdi : ish abah ni. bab perempuan ingat saja. iyelah kot. tu la kot


Pak belalang : ooo. ok. best konsert tu?
Hamdi : best bah best. abah tak tengok ke dalam youtube video yang seorang boleh pengaruh ramai orang tu?


Pak belalang : erkk, yang mana ni?
Hamdi : kejap, nanti hamdi send kat email abah


5 saat kemudah


Pak belalang : ok, abah dah dapat. ooh, video ni, memang abah dah tengok
Hamdi : lorh, tadi cakap tak tengok lagi


Pak belalang : tak pasti yang mana. kalau yang ni abah dah tengok
Hamdi : hebat kan bah minah yang joget awal tu, habis semua penonton follow dia



Mula-mula seorang


Dah mempengaruh bahagian depan join sama


Hampir kesemua di bahagian depan turut join sama


Hampir keseluruhan penonton join sama!



Video yang diperkatakan



Pak belalang : mesti, itu kuasa excitement!
Hamdi : apa ke benda tu bah?


Pak belalang : Manusia ni akan lebih terpengaruh kepada benda yang seronok seronok
Hamdi : iye?


Pak belalang : iye. contohnya kuasa seronok yang perempuan tu tunjuk, habis semua penonton yang tengok kan?
Hamdi : betul betul betul


Pak belalang : haa, sepatutnya kita kena tiru dia lah!
Hamdi : erkk, takkan nak joget sama jugak bah?


Pak belalang : bukan bukan. tiru dia punya spirit of excitement. Joget tu memang benda yang tak elok. Setiap benda elok yang kita buat, pastikan ada excitement. pasti akan ramai yang ikut
Hamdi : ermm. macam law of attraction la kan bah?


Pak belalang : lebih kurang. Tapi law of attraction tu lebih kepada kuasa positif tertarik kepada positif dan negatif akan selalu negatif. Dalam bab ni, kuasa positif akan selalu menang jika lawan dengan negatif
Hamdi : ooo. ok, paham paham


Pak belalang : tipu lah kalau paham!
Hamdi : erkk. mana abah tahu?


Pak belalang : hehe, abah ambil masa lama untuk paham benda ni, ni mesti kedekut takut kredit habis ni pura-pura paham apa yang abah cakap, lepas tu nak letak telefon. ye tak?
Hamdi : haha, terbaik la bah. memang paham betul


Pak belalang : hehe, abah pun pernah jadi student. Ok. take care son!
Hamdi : salam


Setelah meletakkan telefon, Hamdi cuba mengaitkan apa yang abahnya ceritakan itu dengan kehidupan dia di bumi orang ini. ya, memang logik dan pernah terjadi!


Pak belalang sebaliknya di Malaysia tanpa sebarang kata, terus masuk ke dalam bilik. Ada attraction lain yang menunggunya!


pss : hari ini berbakti pada rumah

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pak Belalang : Malang bertanding kekayaan

Salam,

Sebab dah lama tak buat kisah pak belalang ni, bagi yang baru ikuti blog ini, dulu aku selalu buat cerita pak belalang dan mak belalang. sejak zaman mereka kahwin sampailah sekarang ni dah ada 5 orang anak. Hamdi, Hamdan, Halimah dan sepasang kembang, Hartini dan Haiqal. Alah, baca je lah, lagipun dah lama tak mengarang ni, jadi best pulak nak mengarang



Hartini : qal, jom kacau abah
Haiqal : tak mahu la, nanti abah marah


Hartini : kacau ibu jom
Haiqal : takleh, nanti ibu tak masak tengahari, lapar lah kita


Hartini : ye tak ya jugak
Haiqal : kacau kak halimah jom


Hartini : hehe, dia nak upsr, tak elok. kita takpelah baru nak masuk tadika
Haiqal : dah tu nak kacau syape ni? booooosaaaaannnnnn


Pak belalang yang terdengar kisah perbualan anak mereka berdua tu terus menuju anak kembar kesayangannya itu, ada benda yang mahu diceritakan, seperti biasalah!


Pak belalang : Anak abah buat apa ni?
Hartini : takde pape bah, booosan
Haiqal : qal pun bosan la bah...


Pak belalang : meh abah ngajar baca ali ba ta
Hartini : ala.....
Haiqal : olo.....


Pak belalang : tengok tu, abah nak ajar ilmu sikit, terus taknak!
Hartini : bukan taknak bah, tapi malas
Haiqal : betul betul betul. hihi


Pak belalang : ok, abah cite satu story, lepas tu janji kita baca alif ba ta sama2 ok?
Hartini dan Haiqal : waka waka eh eh. ok!




Pak belalang : abah cite pasal pertandingan siapa yang kaya
Hartini : alah abah ni, asyik2 kaya je
Haiqal : betul betul betul


Pak belalang : hehe, nak dengar ke tak?
Hartini : ok lah, dengar


Pak belalang : pada suatu hari, ada 2 orang pemuda naik kapal terbang dari UK ke Malaysia. Baru pulang dari belajar oversea, pulang beraya katakan
Hartini : macam kisah sendiri je ni bah
Haiqal : betul betul betul


Pak belalang : ishh, mana ada. ok, 2 pemuda tadi kebetulan duduk di seat yang berdekatan. Sebab satu row ada 3 orang, ada 2 pemuda tadi dan seorang gadis yang agak comel
Hartini : mesti nak masuk jugak gadis comel abah ni!
Haiqal : betul betul betul


Pak belalang : penambah kesedapan katakan. sambung balik. Ok, sebab nak memikat hati gadis tadi, 2 pemuda tadi mulalah menunjuk-nunjuk di depan gadis tadi
Hartini : dieorang menunjuk apa bah?


Pak belalang : mula2 seorang keluarkan handpone blackbery. lepas tu seorang lagi keluarkan handhone 4g yang baru sebab tak mahu kalah
Hartini : wah wah, kaya betul dieorang ni


Pak belalang : nak menunjuk katakan. ok, yang keluar blackberry tadi tak puas hati, dia pun keluarkan slr canon dia. seorang lagi sebab tak mahu kalah, dia keluarkan slr nikon dia
Haiqal : hohoho, semakin menarik ni!


Pak belalang : sebab tak mahu kalah, seorang lagi keluarkan laptop dia. dan yang seorang lagi keluarkan ipad dia. perempuan tadi hanya senyum saja perhatikan gelagat mereka berdua
Hartini : sape yang menang bah?


Pak belalang : entah lah. 2 2 kalah kot sebab perempuan tu tak pandang pun semua tu
Hartini : habis tu perempuan tu pandang apa?
Haiqal : takkan dia pandang abah pulak?


Pak belalang : hehe. cerita tak habis lagi. Sampai sahaja di airport, selepas ambil barang semua, 2 pemuda tadi check balik barang-barang mereka, habis hilang!
Hartini : kenapa bah?
Haiqal : orang curi ke bah?


Pak belalang : haah, rupa2nya, perempuan tadi adalah pencuri! dia curi semasa 2 pemuda tu tengah ttidur sebab flight lama katakan
Hartini : hahaha
Haiqal : waka waka eh eh


Pak belalang : kenapa tini dengan qal gelak?
Hartini : ye lah, siapa suruh menunjuk-nunjuk. kan dah kena dengan pencuri
Haiqal : betol3. kalau mereka tak menunjuk, mesti perempuan tu tak tahu dan barangan pun tak dicuri


Pak belalang : hehe, tahu takpe. itulah dia pengajaran dia. lagipun, student yang pergi oversea ni, duit yang mereka beli semua tu adalah duit biasiswa. Bukan duit mereka pun. janganlah berlagak! kalau duit sendiri ok lah jugak
Hartini dan haiqal: waka waka eh eh


Habis sahaja cerita, pak belalang terus mengajar alif ba ta kepada mereka berdua. Penting untuk mengenal huruf jawi diusia awal supaya mereka fasih dalam bacaan quran nanti. tetapi, apa yang merunsingkan pak belalang, sejak bila anak dia apabila mahu gelak, terus menyebut waka waka eh eh, mungkin demam piala dunia gamaknya!


pss : awak balik saya happy

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pak Belalang : Sebab 30 sen

Salam,

baru sampai ke putrajaya. ya tahu 4 hari lepas baru balik. Nak buat macam mana, sebabnya dah ada komitmen, kenalah tunaikan. Sekarang online kat kedai mamak kembar, pejabat rasmi aku untuk online sambil menikmati roti tisu, haha, kalori kalori. Tak pe, sebab berat dah ideal gitu. Ahaksss




Halimah : Pappppaa
Pak belalang : apsal ada tashdid ni?


Halimah : hehe, excited la abah, dah lama tak masuk blog ni
Pak belalang : eleh, masuk blog pun excited


Halimah : cepat bah cepat bah, dahagakan cerita ni
Pak belalang : aisehh, nak cerita ape ni? pasal abah jumpa wonder girl ke?


Halimah : aik, abah jumpa wonder girl ke?
Pak belalang : abah jumpa wonder joegrimjow. ekeke


Halimah : aiseh, abah malawak pulak
Pak belalang : ok, abah cite pasal orang kaya yang berlagak


Halimah : hehe, ok, proceed!
Pak belalang : gini, ada seorang kaya yang sangat berlagak tinggal di sebuah bandar. Takdelah kaya sangat pun. berlagak je lebih


Halimah : ok ok
Pak belalang : pada suatu hari, dia keluar outstation ke kelantan. di kota bharu, dia pergilah beli buah jambu


Halimah : hek eleh, kaya tapi beli buah jambu
Pak belalang : ala, dia pun manusia, makan jambu jugak apa. Ok, lepas tu, harga jambu tu RM 4.70. dan dia bayar RM 5. Masa orang jual jambu tu nak pulangkan baki, dengan berlagaknya dia kata, keep the change, tak main lah duit syiling2 ni!


Halimah : mak oi, berlagaknya!
Pak belalang : hehe. lepas beli jambu, dia makan makan. tiba tiba mahu ke toilet. sebab takde toilet free, semua kena berbayar, dia kata takpelah sebab dah tak tahan ni. masa nak masuk, kena bayar 30 sen. Dia cari cari duit dalam dompetnya, tak jumpa!


Halimah : haha, sape suruh tak ambik baki tadi
Pak belalang : tau takpe. lepas tu dia tengok, duit yang paling kecik yang dia ada, rm 50. Dia fikir, kalau bagi rm 50, ada ke baki. kalau takde baki, rugi woo. Jadi dia tetap bagi duit rm 50 tu. penjaga tandas tu kata, ni skill orang nak masuk free ni bang. guna wang besar. kecik takde ke?


Halimah : hahaha
Pak belalang : malu bukan kepalang la dia. jadi dia pun dengan berlagaknya kata, keep the change. i selalu masuk tandas mahal2. apa kisah rm 50 ni!


Halimah : perghh, berlagaknya!
Pak belalang : tau takpe. tapi, dia tetap rugi la kan. 30 sen jadi rm 50. banyak tu beza


Halimah : sambung bah sambung
Pak belalang : ok, lepas tu, dia jalan2 ke pasar dan teringat yang dia belum beli lagi hadiah untuk awek dia. dia terpandang seutas rantai. menarik. dia tengok harga, rm 400. Cun, dia murah! lagipun dia ada cash 8 keping lagi duit rm 50. Lagipun dia pun ada credit card jugak


Halimah : dia beli la bah?
Pak belalang : ni yang menarik ni. Masa nak bayar, dia hulur credit card dia. tak bernasib baik untuk bayar credit card rosak. haha. lepas tu dia cuba nak bayar cash, apakan nasib, tak cukup sekeping duit rm 50.


Halimah : ooo, sebab dia dah bagi kat penjaga tandas tadi kan?
Pak belalang : yupp. maka, dia tak jadilah beli rantai tu


Halimah : tu la siapa suruh berlagak!
Pak belalang : malang lagi halimah, bila dia balik ke kuala lumpur, awek die marah sebab tak belikan apa2 untuk dia. Terus clash!


Halimah : waka waka eh eh
Pak belalang : hehe. tu lah nasib orang suka berlagak. bayangkan kalau dia ambil saja duit baki 30 sen tadi, konpem semua jadi satel


Halimah : iye iye. lagipun bah, janganlah berlagak kalau taknak terima baki pun. ish2. teruk betul
Pak belalang : iye, itulah pengajarannya


Halimah : yahuuu, dah habis ke bah?
Pak belalang : haah, dah habis, nape?


Halimah : bolehlah halimah makan roti tissue ni, dah lama dah ni
Pak belalang : hahaha, makan makan


pss : ok, makan roti tissue dulu =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

nak capai impian top blogger pun kena ada caranya




kedengaran seorang anak yang menyanyi-nyanyi dengan riang

'dimana dia, abah saya sorang, abah saya sorang tengah tidur atas katil'


ada sambungan lagu itu dari 2 suara yang lain


'can mali can hop hio, can mali can hop hoi'


dan mereka bertiga menyanyi serentak


'ketipungggg payung'

pak belalang terpaksa mengalah. digagahkan badannya untuk bangun dan melayan kerenah anaknya yang cukup manja itu


'halimah... hartini... haiqal.... kenapa kacau abah ni? nak tido pun tak boleh....'

'abah ni, dari semalam lagi penat. dah dah la tido tu. jom main masak masak dengan kami'



'abah penat la halimah. main dengan hartini dan haiqal je la ek'

'halimah nak main dengan abah....'

'kami berdua puuuunn'



melihat reaksi muka anak2nya yang seolah merajuk, pak belalang bingkas bangun dan membetulkan kain pelikatnya. dia duduk kembali di penjuru katil, mengusap kepala ketiga anak2nya dengan bergilir-gilir



'ok, nak main ape rini'

'kami nak dengar ceritaaaa'



'tak bohsan ke nak dengar cerita ni?'

'takkkkkkk'



'ok ok, hari ni abah cerita pasal pentingnya kita tahu kaedah atau cara yang betul'

'erk... macam boring je cerita abah ni'



'hehe, sebelum kata boring, abah tunjuk dulu gambar. tengok ni'




'nape dengan gambar ni bah? gemok skit makcik ni'

'ni gambar dulu, nah ni gambar sekarang'










ketiga anak anaknya melopong. senyap tak berkata


'haa, nak abah sambung tak cite ni?'

'sambung2!'



'ok, perempuan ni cite2 dia, dia nak jadi penari ballet. tapi sebab berat badan dia terlebih, macam gambar atas tu, dia terpaka kena kuruskan badan dia. perempuan ni pun cubalah sedaya upaya untuk kuruskan badan dia'

'dia berjayalah kan?'



'yup, berjaya. tapi dengan cara salah. dia tak makan apa apa pun selama beberapa bulan. hanya minum air. dia paksa diri dia untuk tidak makan apa2 untuk kurus. last2, jadilah dia begini'

'kurus sangat ni bah....'



'yup, dari 72 kg kepada 32 kg. masalahnya, badan dia sekarang sudah tidak berfungsi dengan normal. kebanyakan organ dalam badan dia tidak dapat berfungsi. tiada nutrisi. jadilah dia sekarang yang terpaksa ambil makanan pun dengan bantuan wayar'

'kesian kat die....'



'haa, itulah abah nak cite ni, hidup kita ni, untuk buat sesuatu, kita kena tahu kaedah yang betul. baru berjaya'

'contohnya bah?



'ok, kalau nak dapat no1 dalam exam kena buat ape?'

'belajar'



'bagus, betul. bukan meniru ok. kalau nak jadi kaya kena buat macam mana?

'kerja rajin2'



'bagus, betul. bukan dengan mencuri. kalau nak dapat ramai kawan buat macam mana?'

'baik dengan semua org'



'bagus, betul. bukan tipu orang ok. kalau nak jadi top blogger macam mana?

*senyap*



'belajarlah dengan blogger2 yang hebat!'

abah... xde kaitan dengan kami lah....'



'hahaha. abah terexcited skit ni. hehe. ok ok. point abah, semua impian yang kita mahukan tu, pasti boleh tercapai. syaratnya, pastikan kita guna saluran dan kaedah yang betul. dapat?'

'dapat bah.....'



'nape monyok je ni?'

'tetibe mengantuk....'



'aik, tadi kata abah cepat mengantuk. baru pukul 3 ptg ni. takpe2, jom kita tido sama2'

'ibu??'



'ibu tengah masak nasi ayam, masuk asar kita bangun haiqal kat tepi ni, halimah dengan hartini kat tepi ni'

'jooooommmmm'



pak belalang dengan 3 orang anaknya sambung kembali tidur. walaupn anak anaknya sudah menutup mata, pak belalang masih terfikir, macam mana dia mahu jadi top blogger ni.... jeng jeng jeng

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

kenapa perempuan period tetapi lelaki tidak

terima kasih kepada cik sarah kerana mereview blog aku di entry ini. hotkah? haha. ternyata entry ini membuat diri yang tension sepagi sepetang kembali ceria. sekarang ini tengah tersangat sibuk dengan menyediakan slide presentation untuk project nanotube aku. dari 6 pagi sampailah pukul 1 tengahari dan sambung balik dari pukul 5 petang sampailah pukul 8 malam. sekarang? masih lagi di IC, pukul 10 sampailah slide akan siap baru pulang. dah 9 jam aku di IC, baru 10 slide disediakan! mana tak tension, jadi entry ini betul betul menceriakan diri ini.


ok,
fokus lebih sikit lepas type satu entry!


~~~~


pak belalang meluangkan masa dengan 3 orang anak kembarnya malam ini. halimah dan 2 orang anak kembarnya, hartini dan haiqal. ada cerita baru yang mahu diceritakan kepada mereka bertiga. kot....


'anak abah sihat sihat ke hari ini?'

'sihattttttttttttttttttttttt' ketiga tiga menjawab serentak



'siapa yang paling nakal hari ini'

'akak halimah' hartini dan haiqal menjawab serentak



'aik, halimah nakal ke hari ni? apa yang halimah buat ni?'

'heee, halimah tak buat apa apa, cuma tunjukkan gambar kawan halimah je'



'lorhh, takdelah nakal sangat kalau macam tu'

'akak halimah nakallllll' hartini dan haiqal menjawab serentak lagi



'kenapa kenapa?'

'dia cakap gambar tu boifren die, kecik kecik dah ada boifren'



'halimah......?'

'takde la bah, halimah gurau je dengan mereka berdua ni. kan abah dah pesan, jangan ada sesiapa pun lelaki dihati halimah selain abah sehinggalah halimah dah besar. halimah ingat tu'



'hoho. bagus masih ingat. mana gambarnya, abah nak tengok gambar mana'

'ni ha, masa ni dia kecik lagi, kawan halimah kat facebook. nama dia richard hogg'


richard hogg



'hoho, mat saleh. hebat betol anak abah ni'

'abah tengok la kaki dia tu' haiqal menegur

'dia takde kaki cam kite kan qal...' hartini membalas



'erkk, abah pun baru perasan. mana pergi kaki dia ni halimah?'

'cacat. memang kalau tengok 1st time, mesti tak perasan yang dia ni takde kaki. sebab muka dia ceria sangat. macam takde masalah langsung'



'betul, abah setuju!'

'dia cakap, walaupun takde kaki, tuhan masih sayangkan dia dengan bagi dia tangan, mulut, telinga, mata, hidung, dan anggota badan yang lain'




*senyap*



koleksi kaki



'dia cakap lagi, sikap yang mempengaruhi diri kita. positif dengan hidup kita, maka positif la hidup kita hari hari mendatang. kalau sikap kita sentiasa negatif, negatif la jadinya'




berlari menuju impian



'nampaknya hari ini halimah pulak yang motivate abah!'

'hehe, dia la bah. kagum kan. walaupun kecik, masih boleh berfikiran positif. walaupun bangsa dan agama lain dari kita, semangat dia ni kita kena tiru!'



'betul, abah setuju. setiap orang memiliki keistimewaan masing masing. yang baik, kita ambil untuk contohi, yang jahat, kita sempadankan'

'setujuuuu' ketiga tiga jawab serentak



'kalau semua setuju, pergi masuk bilik dan tidur. esok abah bawak pergi jalan jalan. ok?'

'nak kisss' ketiga2 tersengeh


selepas memberi good night kiss kepada anak2nya, pak belalang masuk ke bilik. dia juga mahu beradu. masuk ke bilik, juga mahu bagi good night kiss versi lain kepada isterinya


'sayang.....'

'tak boleh!'



'erkk, apsal marah marah ni?'

'tak bolehhhhh'



pak belalang pelik, dia melihat kalendar. dia tersengih sorang sorang lantas menegur isterinya


'12 hb, datang bulan rupanya. hehe, baru saya tahu kenapa perempuan je yang datang bulan, bukan lelaki'

'kenapa?'



'kalau dua dua datang bulan, alamaknya kucar kacirlah rumahtangga. masing2 nak marah2. at least time sayang marah marah, saya paham kenapa. hehe'

'erk....'




pss : cuba untuk call mak, dia tak angkat pulak. try esok...




nota kaki :

1) gambar dari email, nama rekaan semata mata.
2) richard hogg adalah 2nd marker aku. haha
3) happy bestday kepada ariff shah, haha, banyak betol besday boy bulan 4 ni kan, sape lagi ek bulan 4 ni? heheheheeee
4) masa untuk menyiapkan entry ini hanyalah 34 minit ;)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

2 jiwa dalam satu badan

'qal, rini kita main masak masak ek'

'xmo xmo xmo. kita main la robot robot. power ghanjes'



'alaaaa, masak masak la. tini masak telur dadar kat qal'

'xley makan pun. semalam masak ayam, takleh makan jugak'



'main masak masak ek'

'xmooooooooooo'



mak belalang yang berada di dapur terus bergegas ke ruang tamu melihat anak kembarnya seolah olah bertekak. ini mesti ada benda yang tak puas hati ni. haiqal dan hartini, 2 orang anaknya yang selalu bising, tapi dengan kebisingan itulah mengubat kebosanan hidupnya di rumah



'anak anak ibu ni kenapa bergaduh ni?'


senyap


'main elok elok la. jangan bergaduh'

'tini ni bu, dia ajak main masak masak. qal dan main robot'



'qal main je la dengan dia... boleh? kan lelaki kena jadi macho'

'yeayy, ibu sokong kitaaa'

'tengok tu bu, sokong lagi dia.... dah tu, bila nak main robot robot?'



'main robot esok. boleh?'

'tak nakkkkkkkkkk'



'ok ok, jangan main apa apa la kalau macam ni. dengar ibu bercerita!'

'aik, ibu pun dah jangkit dengan abah ke ni nak cerita cerita?'



'hehe. isteri, kena la follow suami. nak dengar ke tak ibu cite ni?'

'nakkkkkkkkkkk' dua dua menjawab



'ok, ni cite pasal pamela dan anderson'

'2 orang ke seorang bu? macam nama artis pamela anderson je'



'2 orang, tapi satu badan. 2 jiwa tapi satu badan'

'erkk, tak paham.....'



'ni ha gambar dieorang'





'comel kan dua dua ni?'

'waghhh, alien! takot takot'

'apa la tini ni, tu bukan alien, qal pernah baca blog, tu namanya kembar. kembar siam'



'wawah, anak ibu baru 6 tahun dah mula baca blog ya?'

'tengok la anak shhape kan. hehe'



'bagusss. ok, ibu sambung cite ek. masa kecik dulu, memang susah nak jaga kedua dua ni. ibu dieorang serba salah untuk jaga dan ramai orang setempat menyuruh di matikan salah seorang dan tinggalkan hanya satu kepala sahaja'

'kejamnya....'



'memang kejam, tapi itulah untuk kesenangan dikemudian hari'

'dah tu ibu tu potong la kepala dieorang?'



'kasih sayang ibu tini. takkan benarkan sesiapa membunuh anaknya. walaupun pelik dan susah, ibu itu tetap menjaganya'

'macam ibu sayang kat kiteorang la ek?'



'iyeee. tapi bukan itu ibu mahu ceritakan. ni cerita setelah mereka dah besar. dah boleh berfikiran sendiri. cuba bayangkan, ada satu badan tapi 2 fikiran. boleh ke hidupn bersama'

'tak bolehhhhh' dua dua jawab serentak



'nah, tengok gambar ni lagi





'bahagianya mereka qal....'

'ye la, tak macam kita asyik gaduh je'




'haaa, tau pun anak anak ibu ni. kalau mereka satu badan 2 jiwa berlainan boleh hidup bersama, kenapa anak anak ibu ni yang normal tak boleh nak bertolak ansur? anak ibu nikan kembar jugak, sayang sayang la antara satu sama lain. ok'


senyap....


'olololoo. 2 2 senyap ni nape? ibu bukan marah, ibu nasihat sahaja'

'ok lah, kita main masak masa hari ni. ok tini?'

'tak pe tak pe, kita main robot. esok kita main masak masak'



'takpe la, qal ok je main masak masak'

'tini nak main robot...'





'aiyoyoyo. ni anak ibu ni apsal masing masing mengalah pulak ye. comel la kamu berdua ni. dah nak masuk maghrib dah ni. pergi mandi mandi, ambik air sembahyang. abah kamu balik, kita sembahyang sama sama. ibu nak masak ayam percik kat abah kamu tu kat dapur. nanti lepas abah dan halimah balik, kita makan dan solat sama sama. ok?'

'ok!' dua dua jawab serentak


cerita dan nama adalah rekaan semata mata. tiada kaitan yang hidup atau mati. gambar diambil dari email. semoga bermanfaat




psss: i love u ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

pak buaya, pak tenggiling dan pak belalang

atuk belalang semasa hayatnya memiliki 3 orang anak, pak buaya, pak tenggiling dan pak belalang. ketiga-tiga anak teruna atuk belalang ini cukup berdisiplin dalam membentuk peribadi seorang pemuda mantap. setiap gerak geri mesti diperhatikannya


melepaskan tanggungjawab


setelah ketiga-tiga anaknya matang, dia melepaskan anaknya untuk bekerja di bandar. dia mahu mereka bertiga belajar cara mendapatkan duit masing-masing. maka, ketiga-tiga pun pergilah merantau dan kebetulan bekerja di tempat yang sama


setelah 2 tahun bekerja


pak buaya mendapat gaji 2000 sebulan
pak tenggiling mendapat 3000 sebulan
pak belalang mendapat 4000 sebulan



rasa pelik di hati atuk belalang dengan gaji yang diperoleh oleh anak-anaknya kerana meraka bekerja di tempat yang sama. untuk memastikan keadaan sebenar, dia pun ke tempat mereka bekerja untuk menanya hal yang sebenar!


taukey yang menjaga mereka hanya senyum. 'kau tengoklah sendiri atuk belalang bagaimana mereka bekerja, nanti kau nilai sendiri' atuk belalang lagi la bengang, jawapan yang mahu dicarinya tidak dapat diketahui!


panggilan telefon



ada barang baru sampai di kargo. jadi taukey mengarahkan pak buaya untuk kesana meninjau keadaan. pak buaya pun pergilah, 3 jam kemudian, pak buaya balik dengan list yang dia peroleh


'saya mendapati kapal kargo mempunyai setan kain sutera. kalau kita jual, keuntungan yang kita dapat mungkin mencecah rm100 000!'



taukey tersenyum dan mengarahkan pak tenggiling pula untuk pergi melihat keadaan sebenar kargo. atuk belalang yang melihat berasa sungguh teruja dengan kehebatan anaknya, pak buaya tadi. 10 jam kemudian, pak tenggiling pun sampai dan berkata


'saya mendapati kapal kargo ada 1.2 tan kain sutera, 100 biji televisyen yang rosak dan pokok buluh yang buruk. kalau kita jual semuanya, keuntungan yang kita dapat mungkin mencecah rm150 000!'


taukey senyum lagi. atuk belalang lagi la bangga dengan kecekapan anaknya pak tenggiling. sekarang taukey mengarahkan pak belalang pula untuk melihat keadaan kargo. setelah 3 hari, barulah pak belalang pulang dan berkata



'saya mendapati ada 1,2 tan kain sutera, saya dah call designer tempatan untuk jadikannya baju. keuntungan boleh cecah rm200 000. saya juga tengok ada televisyen yang rosak dan kalau dibaiki balik, kita boleh jualnya. keuntungan rm100 000. pokok buluh saya rasa tak memberi apa-apa faedah, jadi saya tinggalkannya sahaja. untung bersih kita di kargo itu adalah rm300 000'



taukey senyum
atuk belalang bangga!


taukey pon berkata


'sekarang kamu tau kenapa saya bagi gaji yang berlainan kepada mereka brtiga? pak buaya tak lakukan apa yang saya suruh, pak tenggiling hanya lakukan apa yang saya suruh, pak belalang pula lakukan tanpa kita suruh dia buat pun dia akan buat!'


~~~~~~

u get what u do

~~~~~~


idea dari email


nota kaki : 350 350 350!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

adakah cinta itu bulat part 2


akhirnya seluruh keluarga belalang berkumpul. pak belalang mengetuai bacaan doa untuk memulai makan-makan. hartini dan haiqal ada di ruang tamu. makan secara bersila ala-ala kampung memang diajar oleh pak belalang, sebab rumah mereka tiada meja untuk memuantkan semua


setelah selesai makan, pak belalang mengajak mak belalang ke kamar mereka. mungkin ada hal mustahak yang ingin dibincangkan


sayang=mak belalang=bella
ayang=pak belalang=belly


"tadi halimah tanya sayang pasal macam mana kita jumpa"

"sayang bagitau ke?"

"mestilah bagitau, ala, kita punya percintaan bukannya romantik sangat pun. ayang kan bukan romantik dulu, sekarang je terlebih-lebih romantik"

"terkenang masa first date dulu kan...."

~~~~~

percaya atau tidak, soal perkahwinan bella di beri terus kepada atuk belalang untuk uruskannya. setelah balik cuti summer, maka berkahwin lah bella dan belly. malam pertama terlalu cencored untuk dicerita. tetapi yang penting, bulat yang dijanjikan oleh belly kepada bella tidak tertunai. esok katanya akan diberi semasa 1st date mereka.

belly : puas malam tadi?
bella : mestilah, tapi kecewa jugak la tak tunjuk bulat kat sayang

belly: ala, bulat tu perumpamaan je
bella: tapi ayang janji nak tunjuk..

belly: sebenarnya bulat yang ayang maksudkan, tiada bersegi
bella: tiada bersegi?

belly: ye la, tiada penjuru, tiada bucu
bella: oooh. jadi

belly: dimana kita mula, disitu kita berakhir
bella: oooh, jadi

belly: macam kita sekarang ni, dah jadi pasangan yang sah
bella: ok

belly: cinta kita bermula sekarang, dan akan berakhir pun bersama
bella: maksudnya nak mat bersama?

belly: haissh, bukan la
bella: dah tu?

belly: nanti di syurga, bidadari untuk lelaki yang paling lawa apa?
bella: entah, taylor swift kot

belly: ishh, bukan. isteri dia
bella: oooh. tapi kan...

belly: apa yang tapi-tapi
bella: sayang tak yakin la masuk syurga

belly: kenapa pulak
bella: sayang ni banyak dosa. tudung pun tak pakai, dulu selalu je pakai sexy. selalu sakitkan hati orang. sembahyang pun tak lekat

belly: hehe, tu pasal kita kahwin
bella: napa?

belly: kalau bab bertudung dan sexy2 ni, dia atas didikan, pengaruh dan kata nafsu
bella: meaning?

belly: kalau didikan dari kecil tak beratkan, sampai besar akan sexy2 la
bella: ooh

belly: kalau pengaruh kawan dan suasana kuat, akan terikut sama la
bella: ooh

belly: kalau nafsu nak tunjuk aurat tu membutakan iman, maka akan sexy la
bella: ooh, boleh tak nak masuk syurga dengan keadaan sayang macam ni?

belly: tu kuasa DIA. kita cuba sekuat daya usaha. sayang nak berubah tak?
bella: susah la ayang, sayang dah biasa dengan pakaian macam ni, rambut sayang ni rimas kalau pakai tudung. lagi satu, kalau tak sexy, mana ada laki nak pandang sayang nanti. nanti umur 40-50, balik haji ayang berubah. ok?

belly: wah wah. kalau mati esok?
bella: hurmm

belly: slow-slow ek
bella: ok, cuba...

belly: sebenarnya, bab pakai tudung dan sexy2 ni tak boleh nak slow2. sebab tu tuntutan agama. tapi ayang mahu sayang sendiri tahu, kenapa perlu tak pakai sexy2 ni
bella: ok...


tiba-tiba waiter datang membawa banana split cake. ice cream kegemaran penulis (tiba-tiba nama ku masuk)

-inilah rupanya-


belly: nah, 2 bulat untuk sayang
bella: waaah, ice cream. suka suka

belly: makan la, 2 scoops, satu untuk sekarang, satu untuk masa depan
bella: heee. sayang makan dulu

belly: sedap??


bella memasukkan suapan pertama. ada benda keras... dikeluarkan...cincin!


bella: apa ni??


belly: cincin khas untuk sayang
bella: waahh, romantiknya. sayang suka.

pipi belly di kiss, bella mengizinkan, sebab kini mereka susah sah


belly: suka?
bella: mestilah. kan da bagi masa kawin..watpe beli lagi?

belly: tu duit ayah ayang, ni duit ayang sendiri. tak mahal tapi bermakna
bella: so sweeeett

belly: cincin ini tanda cinta ayang pada sayang
bella: cincin je??

belly: mahal tuuu, keje cleaner 3 bulan baru boleh kumpul duit beli
bella: hehe, sayang gurau je

belly: cubit dia baru tauu
bella: hehe

belly: sayang.... i love u
bella: i love u too

belly: three four five
bella: six seven eight

belly: taknak taknak, anak 5 je
bella: hehe, ok


nota kaki : banyak yang salah paham kan? hurmm... otak exam adalah otak suci

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

dirogol bergilir-gilir

-ini gambar hiasan-


ainurily memang hebat. setiap jejak langkahnya pasti memikat setiap yang memandang. tak kira muda, tua atau pun kanak-kanak, pasti di toleh dua kali untuk melihat kejelitaannya. kalau mahu dibandingkan dengan artis kita? tidak sapa buleh mengalahkan ke"cute"an ainurily

tapi malang, dia selalu berpakain menjolokkan mata. terdedah disana-sini. bonjol-bonjol jelas kelihatan. dah la cantik, sexy pula tu, cuba bgtau kenapa orang tak pandangnya buat kali ke3? tiada sebab melainkan orang itu nafsunya kundur, atau mahu menjaga otak yang masih jernih.

dijadikan cerita, ainurily berjalan-jalan untuk window shopping. ooh, pemandangan yang indah bagi sesiapa yang berada di tesco ampang kerana boleh melihat ke"sexy"an dan kecantikan ainur.

6 jejaka yang gersang menoleh. wow, kata dalam hati. keputusan untuk merogol ainurily telah dikata sepakati.

hurmmm...

agak-agaknya dapatkah jejaka-jejaka itu meratah bahagia tubuh ainurily? yeee, mereka dapat. setiap inci tubuh ainurily diratah dengan penuh nafsu... ainurily tesungkur...keletihan
sexy membuat dia rugi, hilang kegadisan....

kejadian? di tempat parking kereta



















~~~~~

9 bulan telah berlalu. pak belalang gembira dengan usahanya selama ini telah membuat hasil. bakal peroleh cahaya mata yang baru!!! hamdan dan pak belalang di ruang tamu. ketiadaan ruang untuk belajar terpaksa hamdan belajar di ruang tamu

"hello hamdan"

"ni apsal abah tersengih sorang-sorang ni? teringat kat sapa plak ni malam2? ish2..."

"ala, abah nak tgok anak abah belajar je, sengih kan sedekah. study apa?"

"yer la... esok ada test bio. cikgu bio hamdan tu garang. kalau tak lulus, kami kene duduk bawah kerusi. ade ke patut. berdiri atas kerusi ok la jugak..."

"aiyok, ni salah konsep ni"

"konsep apa plak ni?"

"yer la, hurmmm, hamdan tahu makna riak?"

"buat untuk orang lain tengok."

"bukan! riak adalah tak buat sesuatu perkara takut orang lain tengok. kalau buat untuk orang lain tengok, tu namanya syirik"

"iye ke bah?"

"yupppaaaa"

"ye jugak kan, tadi hamdan study sebab takut cikgu bio hamdan denda.bukan kerana allah. nyaris-nyaris syirik. mengucap-mengucap....mekasih bah"

"no worries. kan menjadi tanggungjawab abah untuk bgtau apa yang abah tahu"

"adehhhhhh"
-mak belalang menjerit-

"alamak, apa plak ibu kamu tu"

"ayang, anak kita nak makan nasi beriyani kambing dengan mempelam cecah dengan kicap taruk gula"
-jerit mak belalang dari bilik lagi-

"mana nak cari sayang oiii, dah pukul 11 malam dah ni"

"sayang kat sayang ke tak??"

"sayang..... ok la, ayang cari"

-hamdan tersenyum-

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

2 bulan 2 hari lagi

ooh, fikiran selalu terbayang akan malaysia. tiket sudah di beli, tunggu masa untuk balik je. adakah kat sini tak best? tidak, sebab terlalu rindukan kg halaman.

entah klcc dah semakin tinggi ke x
entah pavi dah jual brg murah2 ke x
entah pantai cinta berahi dah semkin bersih ke x
entah kbmall dah ada wayang ke x

boleh je tahu dengan menanya kat orang, tapi tahu sendiri lagi masyuk. seperti roti canai, buat sendiri dengan beli kedai, jauh sedap buat sendiri. sama juga dengan beli sendiri dengan orang blanje. kenikmatan membuat dan di belanja itu ada memang hebat perasaannya.

sebut roti canai, ku telah bedal 3 biji pagi tadi. sedap! home-made (kuah je kot) terima kasih pada p-san. terbaik!!!

~~~~~

halimah dan hamdan di padang permainan. janji halimah dengan amirul untuk berjumpa bermain jongkang jongkit. nak tak nak, hamdan kene tolong ikut sekali

"halimah ni hebat betul la, kecik-kecik dah ada orang minat. kalah abang hamdan tau"

"hehe. cinta bang, usia kecik pun boleh hadir"

"berfalseto la pulak"

"hehe, biasa la tu. bergaul ngan abah"

"tu ha dah datang, suka la tu"

amirul datang bersama bekas di sisinya

"assalamualikum"

"waalaikumussalam. waah, awalnya awak datang hari ni halimah"

"abang saya teman. ok kan? lagipun nak main jongkang jangkit je"

"ok ok. ni ha, saya buat khas untuk awak. kek lapis 3 rasa"

"3 rasa?"
-hamdan tertanya-

"kasih, sayang dan cinta"

"aishh kamu ni. kecik-kecik dah pandai ye"

"hehe, biasa la tu bang. tapi ni untuk halimah, terpulang la halimah nak makan atau bagi he kat sapa-sapa pun"

"halimah nak makan dlu! abag jgan ambik"
-di suap kek dalam mulut-

"wah, sedapnya! abang tak boleh makan. halimah je yang boleh. amirul buat untuk halimah je ni"

"bagi la skit kat abang, nak try jugak"

"tak boleh, tak boleh"

"ye la, ok, abg duk kat tepi, main la jongkang jangkit tue. abg nak layan novel. kul 6 kita balik"

-halimah dan amirul main bersama. gelak ketawa boleh di tafsir mereka berdua gembira bersama. setelah amirul beredar, halimah dan hamdan berjalan pulang ke rumah-

"ibu masak apa la ek bang, lapar la plak"

"aishh, kan da makan kek, lapar lagi? napa halimah tak bagi kat abg kek tadi, biasanya selalu je kongsi kat abang"

"cuba abang rasa"

-hamdan try-

"buwekkk, masinnya!"

"agaknya die tertukar gula dengan garam kot"

"ces, nanti kene amirul tu dengan abg"

"tu pasal tak bagi kat abg tadi, nanti kan kecik kati dia abg cakap macam tu"

"ooh, pandai betul halimah ni. nak jaga hati dia la ni. bagus-bagus"

"anak perempuan mak n pak belalang katakan..hehe"

nota kaki : soal bisnes nanti story next time, tunggu follower dah sampai 200

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW