Pak belalang hari ni mengajak Hamdi dan Hamdan ke hutan belakang rumahnya untuk proses menyiapkan tempat tanaman sayur-sayuran segar. Agak tension bila dia ke kedai membeli sawi, dah la mahal, tak segar pulak tu dan menyedihkan lagi pilihan pun kurang. Lantas dia membuat langkah proaktif dengan mahu menanam sendiri sayur-sayuran di belakang rumahnya.
Sambil bekerja, dia mahu menduga anak terunanya itu
Pak Belalang : so hari ni, korang kena spend masa dengan abah ok. ambik sabit ni sorang satu
Hamdi : ok
Hamdan : orite
Pak Belalang : kita ni keja kerja efisyen. sekarang pukul 8 pagi, pukul 12 karang kita siap. ibu kamu tu bukannya boleh pisah dengan abah lama-lama
Hamdi : ala abah, ibu yang takleh pisah lama ke, abah yang takleh pisah lama ni?
Hamdan : haha. betul-betul-betul
Pak Belalang : issh korang ni. mana macho lelaki rindu kat perempuan. dah dah. pergi buat kerja tu. hamdan, pergi tebang lalang tu kat area sana, hamdi, tebang kat area sana. amek sabit masing-masing
Hamdi dan Hamdan : baiklah abahku sayang!!!
Setelah membahagi kawasan, pak belalang pun tak terkecuali sama untuk menebang lalang yang begitu banyak di belakang rumahnya tu. Dia melihat kedua anak terunanya sibuk menyabit lalang, sambil menggelengkan kepala, pak belalang duduk bersila dan mengasah sabitnya terlebih dahulu
Setelah mengasah sabitnya, dia pun meneruskan dengan memotong lalang-lalang yang berkeliaran
Setelah 4 jam berlalu....
Pak Belalang : ok semua, dah pukul 12, jom balik
Hamdi : eh, abah ni tak padan tua, cepat betul buat kerja
Hamdan : ye lah, kami berdua sabit lalang ni, sama dengan kerja abah buat sorang!
Pak Belalang : itulah nama kekuatan batin. hanya dah kahwin boleh guna power ni. hehehe
Hamdi : ha?
Hamdan : erk?
Pak Belalang : takdelah, gurau je. korang berdua ni pun, tak tengok ke abah sebelum potong lalang-lalang ni, abah asah dulu sabit abah. dah betul-betul tajam, barulah abah sabit bagi licin. amek masa lebih lama untuk asah sabit ni, kerja nak memotong lalang ni pun bertambah senanglah
Hamdi : herm, patutlah macam susah je nak potong lalang ni
Hamdan : abah tak bagitauuuuuu
Pak Belalang : ni nak bagitau la ni. hehe. benda ni boleh dipraktikkan dalam bisnes jugak
Hamdi : bisnes?
Hamdan : abah dah mula nak bagi ceramah bisnes dia dah ni.....
Pak Belalang : eh korang ni, nak dengar tak?
Hamdi dan Hamdan : NAKKKK (Nada terpaksa)
Pak Belalang : untuk berbisnes, benda utama kita perlu bagi perhatian adalah diri kita. bukan jenis bisnes yang kita buat tu. dalam sehari-hari tu, amek masa lebih lama untuk pembangunan diri sendiri. baca buku motivasi, tambah amalan dengan tuhan, jumpa dengan orang yang positif-positif dan masa yang lebih tu barulah digunakan untuk berbisnes tu. Diri dah mantap, bisnes pun akan mantap!
Hamdi : ooooo
Hamdan : oooooooo
Pak Belalang : oo oo oo, mulut dua-dua terlopong ni paham ke tidak? ahhh, lantak lah, yang penting kite balik sekarang, abah nak jumpa ibu kamu sekarang ni
Hamdi : haa, kantoi abah rindu kat ibu
Hamdan : hahaha
Pak Belalang : opsssss
0 ulasan:
Catat Ulasan