Share
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Engineering? Really?

Ada satu kisah yang sampai sekarang takkan lupa. Walaupun dah bertahun tapi masih segar dalam ingatan. Elok sangat untuk adik-adik yang dah lepas SPM baca kisah ini sebagai pengajaran. Boleh la ubah sikit mentaliti tu

Masa satu perjumpaan persatuan chess, boleh katakan aku ni top 5 player jugaklah bukan sebab aku ni hebat sangat tapi takde yang hebat dalam persatuan tu. hehe. So kita yang suam-suam kuku ni tiba-tiba jadi hebat. Bila dah semakin ramai join, ada yang join tu tiada basic pun, so kenalah mengajar dan share knowledge gitu

Dipendekkan cerita, ada seorang minah saleh ni rasanya orang local melalui accent dia tu, sempatla berbual-bual. Elok sangat accent yorkshire vs accent budu berbual kan. Dia ada tanya, aku ambil course apa, dan bila aku cakap 'Electiral Engineering' dia kata

'Really?'

Dengan muka separuh terkejut campur pelik (korang imagine la sendiri) dia cakap macam tu, Aku pun tak tahu kenapa reaksi dia macam tu. So aku tanya 'why'

Dia kata nak kerja apa nanti? Dan teruslah krik krik krik

Untuk krik krik krik berlalu pergi aku tanya dia ambil course apa dan dia dengan bangga menjawab 'Geologist' dan huraikan pekerjaan yang dia akan dapat nanti bila dah grad nanti

Moment tu la aku rasa macam ambil engineering ni macam sampah. haha. Ternyata course yang kononnya agak 'tersohor' kat Malaysia ni rupa-rupanya course yang orang tak nak ambil. haha

Belajar pandai tapi last tiada pekerjaan

Sekarang ni tengah hangat isu budak farmasi, budak dentistry dan ada yang ambil medic sendiri pun 'lambat' dapat kerja. Compare dengan yang course biasa-biasa ni cepat je dapat kerja. Actually aku rasa benda ni selain boleh salahkan kerajaan sebab tak sediakan peluang pekerjaan yang cukup untuk pelajar pintar kita ni, kena salahkan diri kita sendiri jugak. Aku tak pasti modul usahawan ada ke tak dia selit dalam course tu tapi untuk course aku rasanya tiada. Walaupun tiada, tapi banyak je aktiviti luar yang ajar benda tu. Terpulang kepada kitalah nak join atau nak mengadap untuk exam je

Nasihat kat adik-adik SPM

Mungkin lepas dah dapat result ni semua tengah berkira-kira nak sambung kat mana kan. Matrik la, Diploma la dan ada jugak STPM. Malas nak hurai semua tu dan semua ada kebaikan dia tersendiri, cumanya please masa muda ni sibukkan diri dengan kegiatan luar yang berfaedah. Join banyak persatuan kat dalam institusi tu or NGO kat mana-mana. Otak orang muda ni cepat pick up, manfaatkannya

Dan dan dan, cuba belajar dua benda ni (tak kira course mana korang ambil nanti) iaitu, Agama dan Komputer! Agama tu maksudnya hafallah beberapa surah, dalami sedikit sebanyak hadith dan beberapa hukum hakam yang popular. Komputer pulak bukannya mengadap fb je kerjanya, cuba belajar asas programming, nak buat website sendiri ke atau apa-apa yang berkaitan dengan komputer. 

2 benda ni aku rasa sangat perlu untuk orang muda sekarang sebabnya,,,, nak story panjang pulak. Buat ajelahhhhh dengar nasihat abam dan dewasa ni. hehe

Ok, tu je, 

Entah kenapa mengigau tulis blog. Entry pertama tahun ni. ciyaa ciyaa ciyaaa

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kisah adik nak diet tapi tiada sokongan

Sekarang ni aku kat MRSM Merbok. Ada chess tournment. Waktu rehat sekarang ni, geram kalah last game tadi (3 point drpd 4 perlawanan) terus ke kedai makan  utk makan banyak2! Geram kononnya


Kat kedai makan, standardlah area sekolah memang ramai adik-adik ajelah yg beratur utk amek makanan, kat depan aku yang sedang que ni ada sorang budak laki lebih kurang darjah 4-6 camtu yang berbadan agak besar. Gemuk la bahasa kasar dia

Masa dia nak isi nasi tu, punyalah sikit nasi dia isi. Boleh kira dengan jari - adalah lebih kurang 7-9 biji nasi je letak dalam pinggan. Ada beberapa budak pompuan baya-baya dia gelak-gelak macam tu. Dia pun aku nampak sengih ajelah

Masa pergi jumpa dengan cg dia, mungkin nak suruh cg bayar gamaknya, cg dia kata dengan bada bergurau "awat hang amek nasi sikiq ja? diet ka? p tambah lagi nasi tuuuu"

Kesian kat adik tu, niat dan ACTION ada dah tapi support takda! Semoga dia berjaya jaga badan dia

pss : korang tengok orang amek nasi sikit tapi badan besar korang gelak jugak ke? jangan ok! Hanya org berbadan besar saje faham betapa tak bestnya berbadan besar :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Cerita Billionaire muda dari Thailand

Dua jam!

Tapi dua jam yang bermakna!

Kat bawah ni (kalau masih boleh tonton) aku embed video kat youtube cerita 'The Billionaire - Top Secret' yang sangat best. Dah lama sebenarnya tak tengok filem2 dari youtube ni, ada pulak cerita yang best macam ni, layan je lah. Cerita yang diadaptasi dari kehidupan seorang Billionaire muda (dalam bhat) yang baru berumur 26 tahun (tahun 2011)

enjoyyy


Komen sikit

Entah aku sorang je ke atau korang pun perasan jugak, kat Malaysia ni memang takde cerita-cerita yang adaptasi dari cerita benar orang-orang yang berpengaruh macam ni. Pernah korang jumpa? Kalau jumpa bgtau kat bawah ok. Pelik jugak sebabnya kita bukannya takde pengarah yang berbakat nak bikin filem macam ni, ataupun kita bukannya tiada tokoh untuk dijadikan cerita, kat mana kurangnya aku pun tak tahu

Harap sangat ada cerita-cerita yang mengangkat tokoh2 di negara kita ni. tak gitu?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Terapi jatuh cinta

Dulu-dulu, angkasa lepas merupakan satu bidang yang menjadi perlumbaan antara kuasa dunia untuk menjadi negara pertama menghantar rakyatnya melepasi atmosfera bumi ini. US, Rusia, China dan banyak lagi negara kuasa dunia masing-masing berlumba untuk menjadi yang pertama. 

Akhirnya Rusia menang

Kapal angkasa yang dicipta oleh orang Rusia memang besar, tapi hanya memuatkan seorang sahaja angkasawan. Orang Rusia itu jadi orang pertama yang terbang ke angkasa lepas menggunakan kapal angkasa. US kecewa kerana dipotong Rusia!

Ketika naik ke angkasa lepas, angkasawan Rusia itu pertama kalinya melihat bumi dari atas. Juga pertama kali dalam sejarah penerokaan angkasa. Semakin dia terbang jauh dari bumi, semakin kecil bumi ini kelihatan di matanya.



25 hari

Ya, itulah masa dia di ruangan kecil mengelilingi orbit bumi. Beberapa hari kemudian, berlaku masalah di dalam kapal angkasanya. Bermula dengan sedikit 'error' kerosakan di kapal angkasanya semakin merebak. Dia rasakan mungkin hari itu adalah hari terakhir untuknya. Tidak mahu mengalah, dia cuba perbaiki dan akhirnya dia berjaya

Masalah timbul, entah dari mana muncul satu bunyi tik - tik - tik - tik - tik - tik dari kapal angkasanya dan bunyi tik - tik - tik - tik - tik - tik itu sungguh mengacau fikirannya. Kapal sudah diperbaiki, tapi bunyi tik - tik - tik - tik - tik - tik pula yang datang. Puas dia mencari dari mana bunyi itu datang, tapi usahanya gagal

tik - tik - tik - tik - tik - tik

hari berikutnya masih berbunyi

tik - tik - tik - tik - tik - tik

bunyi itu terus mengacau fikirannya

tik - tik - tik - tik - tik - tik

dia hampir menjadi gila dengan bunyi itu

tik - tik - tik - tik - tik - tik

tik - tik - tik - tik - tik - tik

tik - tik - tik - tik - tik - tik

tik - tik - tik - tik - tik - tik

Pada hari ketujuh, masih berbaki beberapa belas hari lagi untuk dia turun semula ke bumi, dia pejamkan matanya, dia mengukir sebuah senyuman, dia cuba JATUH CINTA dengan bunyi itu. tik - tik - tik - tik - tik - tik dia cuba menghayati bunyi satu nada itu tik - tik - tik - tik - tik - tik tat kala dia bukakan matanya, bunyi tik - tik - tik - tik - tik - tik itu hilang. 

Yang dia dengari hanyalah satu alunan muzik yang indah. sangat indah!

Bunyi yang mengganggu fikirannya itu kini menjadi satu alunan muzik yang sungguh merdu menemani dirinya untuk beberapa hari mendatang. Dia terselamat dari menjadi gila! Lebih lagi, dia temui cintanya!

*****

Apa yang berlaku di dunia sekarang ini hanyalah sekecil otak fikiran kita. Masalah kita hadapi akan jadi masalah bila kita fikirkan ia masalah. Masalah yang kita hadapi akan jadi peluang bila kita fikirkan ia peluang. Malahan perkataan masalah mungkin tidak wujud dalam fikiran kita jika kita tidak pernah memikirkannya langsung

Dan, fikiran yang bermain di fikiran kita tiada siapa yang mampu mengubahnya selain dari kita!


pss : selamat hari Jumaat

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Orang Tua Berkualiti

Alahai sweetnya.....


Nampak Tun share gambar ni di laman facebook tadi. Ya Allah, sweet betul keduanya. Walaupun tak nampak siapa kat belakang, tapi dari caption gambar 'still loving' aku rasa kat belakang yang buat tanda peace tu adalah isterinya. 10 July nanti genap usia Tun Mahathir 87 tahun. Semoga dia diberi kekuatan untuk meneruskan hidup dan semoga hidupnya dirahmati Allah


Kursus Orang Tua Berkualiti!

Jangan jeles ya orang Herbalife, minggu lepas aku hadiri kursus selama 2 jam di Hotel Grand River View bersama the only 20k Pres Team Herbalife (No 1 kat Malaysia sekarang) yang bertajuk Orang Tua Berkualiti. Kursus yang paling best dan rasa begitu banyak input yang dapat walaupun 2 jam saja. 



Dia kata

'Sekarang ni pak yang tengok dalam Herbalife ramai sangat orang muda yang join dan sangat berjaya. Amalina, Rudi, Firdaus, Yana, Maryam, average yang dapat bulan2 lebih 20-30 kali ganda dari masa pak yang dapat muda dulu. Nak cakap jeles memang jeles sebab masa pak yang muda dulu makan gaji 2 ribu lebih je.
Entah apa yang akan jadi pada dieorang bila umur dah cecah 30, 40 atau 50 nanti
Masa muda tak boleh nak patah dah, jadi pak yang fikir-fikir, tak boleh nak jadi muda, jadi pak yang nak ajak kawan-kawan pak yang seusia dengan pak yang ni, 5 series terutamanya untuk jadi Orang Tua yang berkualiti'

Mukaddimah baru tu. waha!

Okeh, sebab aku tak boleh ingat satu persatu apa yang dia cakap, ni ringkasan dia. 3 benda yang perlu ada masa ketika tua nanti untuk jadi orang tua berkualiti

1) Kesihatan

Kalau kita tengok rata-rata orang yang dah cecah 50 sekarang penuh package penyakitnya. Dari kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, buah pinggang, macam-macamlah. Kalau korang pergi hospital, ayat biasa ditanya antara mereka 'kencing manis berapa?' seolah kencing manis tu memang wajib akan dapat

Ramai orang banting 4 kerat tulang kerja siang malam diusia muda dengan abaikan kesihatan, dah tua guna duit tu balik untuk dapatkan kesihatan mereka balik. alangkah ruginya kan?

2) Masa dan duit

Bagi mereka yang tidak punyai masalah kesihatan, ada lagi masalah lain yang dapat - masa dan duit. Bila dah cecah separuh abad ni, memang belanjawan tu dah berkurang sebab anak semua dah besar. tapi ia tak jadi berkualiti bila nak spend masa dengan cucu contohnya nak beli mainan ke, nak pergi melancong ke, cukup-cukup je boleh bagi. 

Bukan tak nak bagi, tapi sebab duit tak cukup. Bila dah tak cukup, masa yang diluangi bersama terus jadi hambar.

3) Ilmu

Inilah benda yang paling penting untuk jadi orang tua berkualiti. ada kesihatan, ada duit, ada masa tapi kurang ilmu pun tak boleh. jenis yang kurang ilmu ni, terutamanya ilmu agama semakin tua semakin aktif berdangdut, perempuan simpanan bersepah dan macam-macam lagilah. Kalau lelaki, duit banyak, isteri dah menopause, dia masih kuat, memang cari anak daralah ye tak. Ada ilmu, memang tak jadinye

Pak yang bagitau lagi, masa tua nanti dia kalau boleh nak share ilmu yang dia ada bagi inspirasi kat anak muda tentang ilmu kejayaan dalam bisnes dan juga pasal nutrisi. Barulah hidupnya nanti diberkati!

Kepada anak anak muda yang lain, jom kita siapkan diri kita untuk menjadi orang tua yang berkualiti di kemudian hari :)

pss : baru balik dari zero2hero, terbaik!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Itu pilihan kita

Semalam masa aku balik dari Kelab di Wakaf Che Yeh, sedang sibuk shopping baju, ternampak seorang akak ni yang sedang meminta sedekah. rasa hiba pun ada. tengok sendiri gambarnya


Kalau korang tengok betul-betul, akak ni takde tangan yang sempurna. sampai siku lebih-lebih sikit je. Kaki masih ada. Nak ambik gambar kat depan, kata kat orang pulak kan? ambik gambar sipi2 je lah. Dulu memang aku sangat pantang bagi sedekah kat orang yang minta sedekah, setelah ditipu bulat-bulat oleh pakcik buta yang mintak sedekah rupa2nya pakcik tu tak buta, memang aku dah tak pernah bagi sedekah kat peminta sedekah ni. Tapi sejak aku dengar satu perkongsian dari press team dari indonesia, tanggapan aku berubah

'Itu rezeki dia'

Kata dia, duit yang kita ada ni bukannya milik kita. ia milik Allah. Mungkin masa kita tengah ada duit, peminta sedekah datang sentuh kita minta sedekah, atau kita terjumpa dengan orang macam mak cik ni yang sedang minta sedekah kat jalan, hulurkanlah walau sedikit - sebab kita ditemukan dengan dia pasti ada sebabnya. dia tak ikhlas, ada sindiket ke, itu lain kira. yang penting kita ikhlas hulurkan bantuan

another story


Kalau korang ke pasar payang, mesti jumpa dengan kak kamariah ni. penjual keropok! orangnya baik, takde kaki takde tangan, hanya gunakan kerusi roda elektrik untuk bergerak. Aku jumpa dia pertama kali masa di STS di Terengganu. Ingatkan pengguna macam orang lain, rupa-rupanya dia pun buat bisnes Herbalife jugak. Dah jadi World Team dah pun! Memang hebat!

Nak dikira dari segi kesusahan dan kekurangan dia, jauh sangat bagi yang sempurna anggota badan macam kita ni untuk berjaya berbanding dengan dia. Tapi itulah, pilihan tu berada di tangan kita. Kalau pilihan kita untuk tidak melakukan, memang kita takkan lakukan


Pilihan kita

Aku bukan nak kutuk akak yang minta sedekah tu dan agongkan kak kamariah yang buat Herbalife ni, tapi itu pilihan mereka masing-masing. Kita ketepikan akak berdua kat atas ni, kita tengok diri kita. Kalau aku nak bandingkan dengan kawan-kawan sebaya aku sekarang, rasa sangat-sangat bersyukur dengan apa yang dah aku ada sekarang. Aku ada tanya kawan satu sekolah rendah dengan aku dulu, saving kat bank takde sesen kurap pun. Dan umur dah cecah 20 tahun masih mengharap duit mak bapak lagi. 

Perlukan berbangga diri?

Tak, tak payah nak berbangga, cuma rasa bersyukur dengan pilihan yang kita sudah buat diawalnya sekarang ni dah membuahkan hasil. Tapi kalau nak dibandingkan dengan ramai lagi kenalan aku yang sama baya tapi sekarang ni ada dah bergelar jutawan, dikenali ramai sebab perwatakan mereka, memang jauh sangat aku dengan mereka. Perlu rendah diri? tak perlu. apa yang perlu aku buat, selalu keluar dari zon selesa aku dan kerja lagi dan lagi dan lagi.

jadi kawan, adakah dah bersedia buat pilihan dalam hidup? atau dah buat, tapi rasa tak selesa-selesa lagi, masih tak terlambat untuk mencipta masa depan yang lebih cerah. WE DESERVE THAT!

pss : esok ke Kuala Lumpur lagi!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Sikap awal

Pagi jumaat yang indah! Like betul-betul indah. Sekarang aku berada di Putrajaya, kalau Messi jadi pemain terbaik FIFA untuk tiga tahun berturut-turut, aku pulak sehebat Messi, berhujung minggu di Putrajaya 3 kali berturut-turut! Huh, kerja punya pasal kan?

Orite, sebab dah lama tak menulis kat blog ni, hari ni aku nak menulis sesuatu benda yang bermakna sikit. At least korang yang 'terperangkap' kat blog aku pada hari jumaat ni dapat sesuatu dan sebar-sebarkanlah ia untuk kita jadi orang yang bertambah berkualiti. Acececeh


Kisah penjual laptop

Ada dua orang jurujual laptop, satu jenama Apple dan satu lagi jenama Acer. Sebelum apa-apa, ini cerita rekaan ok. Aku tak dapat apa-apa royalti daripada kedua-dua syarikat ni. Memandangkan kedua-dua brand ni aku pernah guna, sebab tu pakai tu :)



2 orang jurujual ni dihantar ke sebuah kampung yang mana diketahui oleh sumber bahawa penduduk kampung tu betul-betul berada. Jenis banyak duit. Tapi malangnya, kesemua penduduk kampung tu buta IT, jadi, tiada seorang pun yang pernah menggunakan laptop

Penjual Acer tu telefon bosnya dan bagitau 'Bos, kita kena balik, takde seorang pun kat kampung sini yang pakai laptop, macam mana nak jual?'

Sebaliknya penjual Apple tu telefon bosnya dan bagitau 'Bos, hantar 100 lagi laptop, takde sorang pun kat sini yang pakai laptop, pasaran sungguh luas'


Actually dalam hidup ni, sikap kita di awal akan pengaruhi hasilnya lebih dari segala yang lain. Setuju? Macam kisah diatas, dah sah-sah yang penjual Acer tu takkan dapat jual sebijik pun laptop mereka. Sebaliknya, penjual Apple tadi mungkin dapat jual, atau mungkin tak dapat jual. Probabiliti 50-50.

Pandangan awal kita untuk melihat sesuatu benda tu sangat penting!


1 batu bawah 4 minit

Pada awal 1900an, ramai ahli sukan dan jurulatih sukan mengakui bahawa tiada pelari yang dapat berlari 1 batu dibawah 4 minit. Ianya mustahil untuk dilakukan. Sehinggalah pada tahun 1954, ada seorang pelari British yang bernama Roger Bannister yakin yang dia mampu menamatkan larian itu dibawah 4 minit. Nak jadi yang pertama katakan. Akhirnya, dia berjaya menghabiskan larian 1 batu dalam masa 3 minit dan 59.4 saat. Tak lama kemudian, seorang pelari lain juga menghabiskan larian 1 batu dibawah 4 minit. Sekarang ni, kalau kita tengok rata-rata pemenang yang menghabiskan larian 1 batu adalah dibawah 4 minit

Ini salah satu lagi powernya sikap awal kita – ia mengubah segalanya!

Sebelum aku berhenti menaip untuk entry ini, just nak share dengan korang pengalaman peribadi. Ada waktu yang kadang-kadang kita kena percayakan gerak hati berbanding otak kita. Statement ni mungkin kontroversi, tapi percayalah, aku dah alaminya, berfikir terlalu 'lama dan dalam' tak dapat buahkan apa-apa hasil pun. Last-last tarik diri pada awalnya lagi

Sama kes aku nak ngorat lisa hari tu, macam tak boleh je, last-last dia kawin dengan yusry dah. Ok saja buat lawak :p

Apa-apa pun, trust me, kita semua lebih hebat dari apa yang kita fikirkan. Cuma kena explode je. Orite, semoga bermanfaat. BTW, 2 cerita ni aku dapat dari buku 'the complete 101 collection' dari John C Maxwell. Sebuah buku yang best untuk dibaca. Menghadap internet lama sangat duk komen-komen status orang, baik baca buku ye dak? Waha!


Pss : bulan ni kan... bulan ni kan... saya nak...... saya nak.... jeng jeng jeng :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

#DontGiveUpBecause

She Didn't!!!



pss : macam nak nangis ....

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa sikap cemburu hanya menyusahkan sesama kita?

Morning!!

Susulan entry wordlesswednesday semalam! Bil tu bukannya bil sebulan aku bayar ok. Tapi bil tu adalah untuk clear nama aku dari kena black list. Kopak jugak duit semalam bayar bil tu dan terus pergi amek pakej celcom iPlan, bulan-bulan RM 148, kena bayar pulak upfront RM 600. memang kopak! Cuma yang sadisnya pasal Maxis ni, banyak betul charge-charge tersembunyi dia. Sebab tu nasihat dari kawan-kawan, kalau nak amek postpaid, JANGAN AMBIK MAXIS. Sebab Digi punya postpaid (internet khususnya) memang lembap kat Kelantan ni, terpaksa ambik jugak yang Celcom punya.

Jauhi sikap negatif

Actually aku nak share dengan korang mengenai kisah hidup aku yang memang berbaloi untuk korang baca. haha. Ok, macam ni. Dulu lepas Maxis contact aku by email semasa aku kat UK, memang tak habis-habis sumpah seranah aku hembur kat Maxis. Ini lah, itu lah, memang betul-betul marah lah. Kat blog pun dulu memang hembur-hembur je dekat Maxis ni.

Tapi, aku ingat ada satu ceramah agama anjuran badan Islam kat sana, speaker tu (serius tak ingat nama) mengingatkan aku pasal sikap positif ni. Kita akan menarik orang yang sama dengan kita. Kita banyak negatif, maka banyaklah benda negatif akan berdamping dengan kita. Sebaliknya jika kita selalu positif dalam hidup, even keadaan masa tu agak porak peranda, maka akan hadir banyak benda positif dalam hidup kita

See, ceramah agama memang sangat berguna

Lepas tu aku dah mula berubah. macam tak kutuk sangatlah kat Maxis ni. Balik kat Malaysia memang dah tekad tak nak bayar. haha. jahat gile. Tapi benci pun, cuma diam-diam jelah. Buat bising pun, memang tak boleh buat apa-apa jugak kan? Tup-tup, dah balik kat Malaysia ni dapat offer Maxis 10, review hp dari Maxis dan dapat handphone free pulak. Jual handphone tu dengan harga RM 1700, bayar black list ni masih dapat untung lagi

haha. maxis ooh maxis

Sama jugak dengan orang kat luar sana yang cemburu, benci dengan kejayaan yang kita ada. Jangan berprasangka buruk kat dieorang, sejahat mana pun dieorang, selagi tak kacau kita, cubalah bersikap positif dengan dia. Kalau dah teruk sangat, jangan maki-maki, buat tindakan professional dan anggaplah benda tu adalah dugaan yang Allah nak bagi kat kita untuk kita lebih berjaya!

Tamatkan entry ini dengan cartoon kat 9gag ni

*******














pss : 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Hadiah terbaik sempena Maal Hijrah

1 Muharram 1433 Hijrah

Tarikh ni memang tarikh keramat bagi kita. Hari pertama dalam tahun 1433 Hijrah. Apabila sebut tahun baru, ramai yang menetap azam baru dan berkira-kira sama ada azam yang lepas dah ditunaikan atau belum. Aku menyeru kepada pembaca blog ini, sama-sama kita bagi hadiah terbaik untuk diri kita sebagaimana yang sepatutnya kita dapat



Perubahan sikap kepada yang lebih baik!!!


Berubahlah menjadi seorang yang baru. Sentiasa positif dengan hidup. Selalu dahagakan kejayaan. Semoga apa yang kita azam pada hari ini, diiringi dengan perancangan yang jitu, kita mampu menjadi
  • Anak yang lebih berguna untuk ibu
  • Ahli kominiti yang lebih berguna untuk masyarakat
  • Rakyat yang lebih berguna untuk negara
  • Orang yang lebih berguna untuk bangsa
  • Dan yang paling penting - seorang ummat yang lebih berguna untuk agama Islam

Salam Maal Hijrah dari joegrimjow

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Jangan mengata orang, kita adalah apa yang kita kata


United Parcel Service, Inc. (NYSE: UPS), typically referred to by the acronym UPS, is a package delivery company. Headquartered in Sandy Springs, Georgia, United States, UPS delivers more than 15 million packages a day to 6.1 million customers in more than 220 countries and territories around the world.


DHL Express is a division of Deutsche Post providing international express mail services. Originally founded in 1969 to deliver documents between San Francisco and Honolulu, the company expanded its service throughout the world by the late 1970s. The company was primarily interested in offshore and inter-continental deliveries, but the success of FedEx prompted their own intra-US expansion starting in 1983. DHL aggressively expanded to countries that could not be served by any other delivery service, including the Eastern Bloc, Vietnam and the People's Republic of China.


Pada suatu hari, 2 orang kawan bertemu di pasaraya setelah masih-masih selesai membeli belah. mereka singgah di kedai kopi untuk makan-makan dan minum-minum. Berlakulah perbualan diantara mereka

UPS : Eh, lama tak nampak, pergi mana?
DHL : ada je kat rumah. lepak-lepak. u kerja apa skrg?


UPS : alah, takkan tak tahu, i kan UPS, syarikat courier yang paling mantap kat dunia
DHL : haaa? syaikat courier jugak ke? i pon sama

UPS : u syarikat apa?
DHL : syarikat courier la. i ni paling bagus di dunia tau

UPS : tak tak. u punya syarikat sangat teruk tau
DHL : ehh, kenapa?

UPS : u tu DHL - Dua Hari Lambat, selalu lambat hantar barang!
DHL : oooh, sedap mengata orang. U pun teruk jugak tau

UPS : kenapa?
DHL : UPS - U Pon Samalah


pss : jom main futsal malam ni kat Shah Alam!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Nina belajar naik basikal



Bagi youtubes tegar di Malaysia, mesti kenal dengan budak atas ni, Nina! budak cute ini jangan terkejut sebab ada channel sendiri di youtube yang mana hampir 6 juta pageview dah dilihat. Ohh, sudah pasti bukan dia yang buat, bapak dia lah yang buatkan. Mak nina berasal dari jepun dan ayahnya US kalau tak silap. sebab tu lah dia pun comel pelik je kan. Orang kacukan ni comel-comel je ek?


Macam best la pulak kan, buat channel untuk anak sendiri dan upload untuk simpanan masa tua nanti. Konpem masa nina dah besar nanti, mesti terharu dengan kegigihan ayah dia yang buat video tu semua. Sejak kecik, dari video makan pisang, 4 tahun lepas (serius comel masa nangis bila pisang dah habis) sampailah video terbaru pasal naik basikal, semua comel-comellah

Jom tengok video nina terbaru!





comel je kan? kawaiii

Pasal naik basikal ni, ada 2 benda yang terlibat. Pertama nina dan kedua ayahnya. Kalau korang tengok video ni, boleh tengok nina yang masa ni baru 5 tahun dah nak give up sebab tak pandai pandai nak naik basikal, tapi dengan sikap ayahnya yang cukup positif dia akan berjaya, akhirnya nina berjaya jugak. Dalam soal kehidupan pun sama. Jangan berhenti kita untuk support orang yang kita rasa mampu berjaya. Kadang-kadang orang tak nampak keupayaan sendiri, memang dah tugas kita untuk sedarkan mereka. Walaupun mereka nak give up beberapa kali, kita yang nampak jangan sesekali berhenti memberi semangat positif kepada mereka

Dan kita yang dah besar2 ni, jangan nak mengalah, kalau nina tu bolehlah sebab dia budak kecik, dah besar panjang kalau dah nak jatuh, pandai-pandailah bangun sendiri!


pss : ada maksud mendalam =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Katak dalam periuk

Pagi selepas balik dari Putrajaya, terus memacu kenderaan ke Pasir Putih. Jarak dari rumah aku lebih kurang 34KM. Bunyi macam dekat. ya dekat kalau highway. Macam Putrajaya ke Times Square je jaraknya, yang mana hanya ambil masa 17 minit untuk sampai. Tapi kita cakap situasi jalan di Kelantan, jalan kecik, kereta penuh, hari cuti - jam lah jawabnya!

Penat tak habis lagi semalam kesejukan dalam bas, janji tetap janji. Kena tunaikan!

Aku mula terfikir, apa yang aku buat sekarang ni? Kerja? Cari duit? Untuk apa? Mula aku berkira, grad bulan 7 ni di Sheffield, waktu nak tunggu aku grad, aku boleh berada di rumah main Playstation - God of War 3 yang masih belum sempat aku habiskan lagi permainan tu. Tak pun aku boleh baring di atas katil, bagi rehat kepada badan sambil memasang lagu di radio dan mata ligat membaca novel Jodoh atau Cinta. Hurm, tapi aku memilih untuk mengharungi sesak jalan ke pasir putih untuk jumpa dengan orang. Ahh, nak duit ke?

Sebut pasal duit, keluarga aku bukannya dari golongan susah. Golongan sederhana setakat 2 bulan ni, boleh sangatlah nak pelihara anak bongsu dia. Nanti lepas grad, dah ada ijazah semua, bolehlah aku start mencari kerja makan gaji. Bulan 8 atau 9, dah kerja dengan orang, sebelum tu, kasilah can untuk rehat2 kat rumah. ye tak?

******


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

3 orang kuat di belakang Justin Bieber

Video Justin Bieber di Malaysia

Beberapa hari lepas aku ada tengok cite Hollywood story : Justin Bieber kat Astro. Memang tahu yg budak ni datang dari youtube tapi kisah dia jadi popular tu tak tahu macam mana. Ragu-ragu jugak kan. sebab tu melekat kat tv tu. Heh, aku bukan peminat dia okeh. pernyataan awal tu. wohooo. Kesimpulan yang aku boleh buat, ada 3 orang yang dibelakang budak berumur 13 tahun ini (sekarang dah 16 eh?) yang membawa kepada famous dia sampai sekarang


1) Mak dia : Pattie Mellette


Memang hobi mak dia yang upload video anak dia (justin bieberlah) ke youtube. Tengah nyanyi ni upload, tengah nyayi tu upload. Sampailah JB dikenali begitu ramai di youtube hasil dari video yang diupload oleh mak dia. Kenapa mak dia orang kuat, normallah, anak katakan, usia pulak baru 13 tahun ketika tu, mesti puas hati kalau dia yang jaga sendiri. Sekarang ni pun mak dia masih jaga. Yang aku respek, mak dia ni takdelah jenis mata duitan sangat. Ada majalah playboy tawar mak dia untuk posing 'separuh bogel' di majalah pkayboy dengan bayaran 50 000 dia tolak bodoh je. kuat beragama sikit dan aku rasa sebab JB tak 'riak' lagi skrg ni hasil dari ajaran mak dia lah


2) Pengurus dia : Scooter



Setelah nampak kualiti dalam JB, orang pertama approach adalah lelaki bernama scooter. Bukan pertama jugaklah, ramai kot tapi yang diterima mak dia adalah lelaki ni - scooter. Tak sama dengan pengurus lain, scooter ni memang jalankan tugas dengan terbaik punya. Hasil kepala dia jugaklah yang dapat memasarkan JB ni kat pasaran Hollywood. Taktik scooter yang terbaik dalam memasarkan JB adalah dengan walaupun JB ni dah famous amous gitu, dia masih lagi upload video JB kat youtube. hasilnya orang akan rasa JB ni milik dieorang. fan JB lah. So bila fan rasa dihargai, maka album pun meletuplah. platinum kot!


3) Pengurus dia : Usher



Yang jadikan JB kebabow meletup adalah disebabkan Usher. Penyanyi rap kulit hitam. ada tak kenal ke? Dengan populariti Usher dan kualiti dari JB, maka meletup kebabow lah JB di industri Hollywood. Yang bestnya pasal Usher ni, dia nampak dirinya dalam JB. sebab dia pun glamer masa usia kecil jugak dan dia nampak ramai budak2 yg glamer ketika kecil jadi hanyut bila dah tua. Sebab tu dia jaga JB dengan ikhlas, bukan sebab duit semata-mata. ye ke tak tak tahulah, tapi sampai skrg kta tngok JB ni masih diterima umum dan semakin glamer dah, aku rasa ya lah tu.


**********

Siapa orang kuat kita?

Okeh, berhenti cakap pasal JB. cakap pasal diri sendiri. Heh. Korang rasa siapa orang kuat di belakang korang sehingga korang seperti korang sekarang. Takdelah famous amous macam JB, tapi kalau ada apa-apa benda yang hebat korang pernah kecapi, siapa agak2nya orang di belakang korang yang support? 


Bagi aku mak aku sendirilah

Dia yang tak bantah bila anak dia ni nak buat bisnes dengan tak kerja pakai degree yang ada. Dia jugak yang selalu support bila anak dia ni rasa macam lagho dalam hidup. Dia jugaklah yang bagi pinjaman bila anak dia perlukan (bayar terus okeh)

Ayah? walaupun ayah aku dah takde 6 tahun yang lepas, tapi memang aku rasa banyak kehidupan aku dipengaruhi oleh ayah aku. Hebatkan kuasa motivasi ni, walaupun dah takde tapi semangatnya masih ada. 

Ourselves

Orang kuat dibelakang kita sebenarnya adalah diri kita sendiri. Orang lain termasuk ibu bapa hanyalah pembantu untuk kejayaan kita. Mereka mesti suka tengok kejayaan anak dieorang, mestilah akan bantu kita sehabis baik. Tapi, yang menentukan kita boleh atau tidak, adalah diri kita. So dalam kes aku tu, hanya aku je lah yang dapat tentukannya. wahaa, 2 tahun lagi nak jadi jutawan ni. kena kerja kuat2 joe!


okeh, tamat bebel

aku pun tak tahu kenapa dari cite pasal JB ni cerita pasal diri sendiri pulak. keh keh keh. takpelah, korang kaitakan lah benda ni dengan diri korang. sebab ni blog aku, jadi aku citelah pasal diri aku sendiri je. haha. takkan nak cite pasal lisa surihani pulak kan? lalala


pss : your success only limited by your own imagination and your hardwork

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

First Impression



Orang ni memang kurang ajar kan?
Masak guna kaki?
Gila la ko wehhhh, tak syukur dengan nikmat tangan yang tuhan bagi
Jijik la, ko bagi sape makan makanan tu? anak2 ko? bini ko? tak payah la masak guna kaki
JIJIK





Tengok tu, lap muka dengan kaki?
GUNA TANGAN WEEEIIII

hina orang islam je kejenya, ada ke amek air smayang sapu muka pakai kaki!!!
takde pale otak!!!


************

First Impression sangat penting. Orang akan menghakimi kita melalui pandangan pertamanya kepada kita. Kita buat kat orang pon sama jugaklah kan? Contoh biasa - orang berseluar pendek, singlet pagoda minum teh tarik kat kedai. Gaya macam orang miskin je. Tak lama lepas tu, dia keluar kunci dan tekan. Lampu Mercedez CLS menyala dan lelaki bersinglet tadi naik. Terlopong mata tengok kan?

Tu benda biasa. First Impression ni ada yang kena dan ada yang tak kena!

Kat bawah ni ada video sorang mat saleh ni pakai topeng dan keluar membeli belah. Tengok reaksi orang yang berhadapan dengan orang macam ni macam mana, macam2 ada! jom tengok




Tapi aku tak salahkan penonton, cuba kita berhadapan dengan situasi macam tu, memang lari jugaklah kan?


Dalam soal FISRT IMPRESSION ni, ada 2 yang terlibat. Satu si pelaku dan satu lagi yang menghakimi. Kalau kita si pelaku, memang kita kena berjaga-jaga agar tindak tanduk kita tu tak disalah paham oleh yang melihat. Tapi sebab mulut orang ni tak boleh nak jaga, layan je lah apa orang nak tuduh kita apa-apa pun. Yang penting kita buat benda yang betul


Lagi satu situasi ketika kita menghakimi. Dalam soal ni, kita tak payah lah nak bersungguh-sungguh jadi nujum pak belalang dengan buat kesimpulan sendiri. Tengok orang buat pelik sikit, terus kita fikir pelik. Kadang2 ada benda tersurat yang kita tak nampak. Jangan menyimpul terlalu cepat. Nanti timbul fitnah tak pasal2 dosa kering je dapat


Pasal gambar kat atas, tengok video bawah ni. tersentuh hati tengok ada orang macam ni....





Antara reaksi kawan twitter mengenai first impression







pss : ramai orang boleh bersabar tapi tak ramai orang yang sentiasa bersyukur

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa mesti aku??

Kenapa mesti aku - jadi orang susah

Tengok orang lain pakai merc, pakai mini cooper, kenapa mesti aku masih lagi menunggang motosikal untuk ke pejabat. motosikal yang dah tunggu masa nak tercabut tayar. nak tukar tayar yang dah botak tu pun tak mampu, inikan pula nak beli sebijik kereta? arrrghhh, kenapa mesti aku jadi orang susah!


Kenapa mesti aku - lahir di negara politiknya kotor

bosan-bosan-bosan. Masa pilihanraya nak dekat, macam-macam berita aku disajikan dan kadang-kadang tak logik dek akal pun pernah. Masa nilah wakil rakyat yang bertanding sebelum ni batang hidung pun tak nampak tapi sekarang siap berada di dalam rumah untuk berkempen. arghh, politik kotor! Kenapa mesti aku lahir kat Malaysia, taknak!!!!


Kenapa mesti aku - berbadan besar

Diet pun dah, bersenam pun dah, tetapi kenapa badan ni bertambah-tambah besar saiznya. Lemak kat badan aku degil nak hilang, geram nak curah asid je bagi lusuh. Tapi bahaya pulak. Tengok pompuan pakai baju lawa-lawa, aku pun nak merasa jugak. Kenapa mesti aku berbadan besar? takde orang lain ke?



Kenapa mesti aku - selalu fail dalam bisnes

Buat benda ni tak gagal. buat benda tu gagal. meniaga dobi pernah tapi lingkup sebab hujan. meniaga burger pernah tapi lingkup sebab ada orang tuduh gerai aku kotor. Meniaga tudung pernah tapi lingkup kena tipu dengan pemborong. Meniga lembu pernah tapi lingkup lembu sakit. benci-benci-benci. Kenapa mesti aku selalu fail dalam bisnes ni??


Kenapa mesti aku - lahir dalam keluarga bermasalah

Mak ayah baru bercerai. Abang tak habis masalah dia dengan dadah. best sangat ke dadah tu sampai ketagih huh?? kakak tak habis2 masalah dia dengan boyfriend keliling pinggang. sampai sekarang ni sibuk menyorok takut bekas bf dia pukul sebab tipu. Adik aku? baru masuk sekolah juvana sebab pukul junior sampai masuk icu! arghhh. kenapa mesti aku lahir dalam keluarga yang bermasalah ini!!!


Jom tengok video ni



pss : ketika ditimpa musibah, ingatlah masih ada orang yang lagi malang dari kita. live life fullest. 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Not the primrose path - Finale Episode

Salam, dukacita sy maklumkan adinda sy Mas Afzal telah kembali ke rahmatullah, sama2lah kita mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan para solihin... - Mas Affendi


Baru pagi tadi dapat forward msg mengenai berita terbaru keadaan senior aku yang menghidap kancer, Mas Afzal yang dia sudah tiada. Sedih memang sedih tapi itulah perjalanan hidup bagi seorang manusia, ajal itu pasti. Cuma bagaimana dan bila sahaja tidak diketahui sesiapa

‘joe tau tak yang doktor sini cakap Mas dah takde peluang nak sembuh?’

Dulu memang aku sibuk dengan pelbagai urusan di Uni. Mas nak balik ke Malaysia pun aku antara orang terakhir yang tahu. Sebab itu apabila tahu yang dia pulang ke Malaysia sebab doktor sini (UK) dah takde cara rawatan yang boleh dibuat, terus aku jadi tak betul. Msg tu aku dapat ketika aku naik bas stage coach pulang dari darnall dan sebab dapat msg macam tu, terus terlajak sehingga ke endclife sebab tak dapat fokus! air mata masa tu tak payah nak cakap turun dengan laju. ada mak cik mat saleh yang caring siap tegur, ‘u alright love?’

Tahu bila ajal - positive

Bagi penghidap cancer yang tahu ajal mereka tidak lama, aku syorkan baca blog dia. Walaupun tuannya dah takde untuk mengarang lagi, hasil tulisan dia mampu memberi semangat kepada sesiapa saja yang baca. Yang aku respek, dia sentiasa positive. Kali terakhir aku jumpa dia pun, masih bersemangat nak cerita itu ini sampaikan pak sdare dia suruh dia rehat jangan cakap terlalu banyak.

Sepanjang dia berada di Malaysia, ada beberapa program yang dia sendiri menjadi speaker. Tak pernah berhenti mengalah mahu motivasikan orang lain. Penat dan tertekan dengan penyakit tu seolah tiada dalam diri dia. Kalau boleh, dia mahu jadi orang kuat yang mahu orang yang dia kenali menjadi lebih kuat darinya walaupun hakikat badan dia tersangat lemah!

2008

2009

2010



Last word

Sama-samlah doakan agar dia ditempatkan di kalangan para solihin. Sedekahkan al-fatihah kepada arwah agar rohnya dicucuri rahmat. Dia begitu banyak menolong orang, kalau aku sendiri pun tak terkira jasa yang dia berikan ketika aku berada di sana, orang lain aku pasti yang mengenalinya dengan lebih lama akan merasai perginya pejuang tentera Allah ini!


Video dedikasi khas untuk Mas dari warga Sheffield




Last Speech by Mas




Video dia buat untuk kita...





Not the primrose path 1
Not the primrose path 2
Not the primrose path 3

His blog

pss : lepas zohor ni akan dikebumikan di bentong. 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Siput Babi (entry terpendek)

Tahun baru sudah pasti ramai yang ingin melalukan hijrah. Hijrah kepada yang lebih baik sudah pasti. Sedikit perkongsian untuk berhijrah, 2 komponen utama perlu kita ada. Muhasabah diri akan perancangan yang kita lakukan yang lepas kenapa tidak berjaya atau kurang berjaya dan sesuaikan ia  dengan merancang perancangan yang lebih mantap untuk tahun baru ini berubah kepada yang lebih baik! 


Siput babi

Jangan jadi macam siput babi
yang sangat lambat berjalan!

Kenapa binatang ini jalan lambat?

kerana dia 'sibuk' memikirkan
sama ada dia siput
atau babi!

Jika tahu itu terbaik untuk anda - Just Do It, be yourselves =)


pss : Selamat tahun baru!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tazkirah Ramadhan : Durian di perantauan?

Kisah yang dikongsi oleh sahabat yang begutu banyak ilmunya. Diterjemah dalam bentuk penulisan oleh joegrimjow


ilmu pertama

kebejatan masalah global yang dialami oleh individu itu dicanang oleh individu itu sendiri, hakiki, mahupun naluri. sifat tidak mempunyai visi yang nyata jelas memberi kecelaruan status antara islam dengan kafir.

"kalau kita tanam durian, buah durian la hasil tuaiannya, xkan keluar jagung atau rambutan"

realitikan kepercayaan yang utuh kepada sang maha pencipta, segala usaha yang dimenifestasikan untuk satu niat yang ampuh, sudah pasti kelazatan hasil usaha itu berbaloi. dikongsi bersama, mungkin lagi enak rasanya. wujudkan visi yang jelas, misi yang nyata dan rasailah hulwah dengan usaha yang setimpal.


durian oh durian, sedap!


ilmu kedua


teka teki, macam mana seorang yang terjatuh dari satu titian, mati lemas walhal sungai itu hanyalah sedalam 6 inci. terhantuk dengan batu?? tidak tepat. sudah ajalnya?? mmg la, tapi ajal pon ada sebabnya, kurang tepat.dibaham ikan yu??toyol nye jawapan, sungai la, mana ada ikan yu, jauh terpesong dari norma2 kehidupan.


jawapan paling tepat, disebabkan mukanya tersembam dalam air n dia tidak bangkit selepas itu.
~gelak mendengar jawapan, lepas tu, diam seketika~


berapa kali kita gagal, tidak penting. bukan masalah yang harus di martabatkan, di agungkan. susahnya ada masalah..

putus cinta?ambik pisau, bunuh diri
bangkrupt? bakar rumah, termasuk anak bini skali
peperiksaan? dah malas ak study, sama je!!

nafsu hitam terus menyebar propaganda, kau seorang yang gagal, loser. putus asalah!!! kalah dengan kejian nafsu ini, kalah la anda dalam dunia fatamorgana ini.

itu semua fitnah durjana, berapa kali gagal tidak penting, yang membawa signifikasinya, berapa kali kita bangun, dan berusaha untuk mengecapi matlamat yang belum terlaksana itu. berjaya menguasai dengan syumul hal ini, tidak mustahil nama akan tercoret di mana2 ingatan orang.
kaitan dengan yang lemas? boleh olah sendiri teka teki itu...


sungai best


pss : esok ke lusa ni nak balik ke KB smula ni...

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Just do it and u will get duit

Just do it and you will get duit

Tempoh hari di Bali, ada seorang ‘ibu’ yang berkongsi kejayaan dalam kehidupannya. Seorang yang selalu gagal dalam hidup akhirnya berjumpa dengan satu jalan keluar dari segala masalah yang dihadapinya. Terharu dengan jalan cerita dia yang mahu meminjam duit dengan ahli keluarganya tetapi dicemuh dan dihina oleh ahli keluarganya sendiri.


Bertukar lawak


Ada dia ceritakan bagaimana dia bercakap dengan batu di tepi jalan rumah ahli keluarganya itu dan perbualan itu menjadi seseuatu yang melawakkan.


‘batu batu, kesiankan kat aku kan ya batu’

‘mahu pinjam wang sebab wangnya tiada’

‘anak mahu kahwin aku tiada duit untuk adakan kenduri’

‘harapkan keluarga, keluarga hina cemuh aku’

‘aku janji dengan engkau batu’

‘suatu hari nanti aku akan kembali dengan menjadi yang kaya’

‘aku tidak akan dihina lagi untuk sekian kalinya dalam hidup aku!’




Saat dia berdiri di pentas itu memang sudah diketahui yang dia sememangnya seorang yang sudah berjaya. Walaupun mengambil masa yang begitu lama, iaitu 11 tahun untuk berjaya, tetapi kejayaannya itu sangat berbaloi. Nah, janjinya pada batu yang lawak itu sudah menjadi realiti yang pasti


Just do it, u will get duit

Pepatah yang dia keluarkan ini memang sangat menarik. Ramai yang takut untuk memulakan sesuatu yang baru. Ok, kita ubah persepsi kepada duit. Dunia yang perlukan duit untuk menjadi salah satu entiti di dalamnya ini. Bercakap pasal duit, ramai yang berasa ragu-ragu dengan apa yang dia cuba lakukan. Terutama bagi yang berbisnes, tak kira apa soal bisnesnya, memang sangat takut untuk memulakannya


Mungkin pepatah ini boleh menjadikan kayu lonjak untuk sesiapa sahaja berjaya dalam bisnes yang diceburi. Just do it, u will get duit! Lakukan sesuatu tanpa berkira ini jarang bangsa melayu suka lakukan. Apa yang bangsa kita ni suka adalah, wait, u get duit and i will follow. heh, jangan jadi macam golongan ini sudah

just do it
u will get duit
=)

pss : aku kat mydin kubang kerian sehari suntuk hari ni. terjumpa jangan lupa tegur2 =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW