Share

Not the primrose path (1)

Ramai yang tengah menantikan perlawanan chelsea lawan man u petang nanti (malaysia, malam r) debaran perlawanan itu ku rasa akan berkahir seri. hehe, biasalah, bukan team kita yang lawan, jadi seri merupakan advantage besar! man u punya supporter mesti tak suka seri seri ni dan mengharap kemenangan, tengok je la sapa yang menang ok


seperti biasa


weekend yang jarang orang update dan jarang orang berblog. sebab minggu ni tiada hal diluar, jadi orang yang selalu berada di depan ldesktop ni boleh melihat kesugulan blogger mengupdate. layan je la. duk godek godek gambar tadi, terjumpa satu gambar yang mengingatkan aku akan seseorang, rasanya dah hampir 2 minggu tak jumpa dah. jadi kali ini, aku mahu dedikasikan entry ini untuk dia. blogger yang memiliki hati yang cekal






tajuk blognye - aku pun tak tahu maksud apa, tapi boleh agak macam rose rose ni mestilah sesuatu yang cantik, tambah pulak dengan prim di depan, sudah pasti sesuatu yang sangat cantik. tapi sayang, ada not di depan, maksudnya bukan sesuatu yang indah untuk di lalui



sesuai dengan tuan empunya blog



dia merupakan pelajar lepasan medic di sini, dah bergelar doktor dah pun. ok, cakap pasal medic, sudah pasti terbayang akan kesusahan dan kepayahan untuk belajar habiskan belajar kos tu, ishh, hanya yang ambik medic saja yang tahu. tapi ada satu benda yang membuat dia lebih specel dari orang lain. benda inilah aku rasa perlu dikongsi dengan sesiapa sahaja yang memiliki masalah hidup, supaya terus bangung dan terus berusaha untuk berjaya


6 bulan sebelum final exam, dia didapati menghidap satu cancer (tak ingat dah nama saintifik dia) dan sebut pasal cancer ini, satu benda yang paling dekat adalah.. MATI. aku tak faham bagaimana perasaan menghidap cancer macam mana, tapi kalau aku tahu kemungkinan besar untuk aku hidup tinggal beberapa tahun atau beberapa bulan, atau beberapa minggu mungkin beberapa hari sahaja, sudah pasti tekanan yang aku dapat amatlah banyak!



living with uncertainty



berita baik yang diperoleh adalah cancer itu tidak di peringkat akhir lagi, namum memang sudah banyak yang merebak. apa yang perlu dia lakukan adalah untuk menjalani proses kimoterapi. aku pun takde idea pasal kimoterapi macam mana, tapi orang cakap memang sakit. dan bagi dia yang untuk periksa final 6 bulan lagi, memang cukup perit untuk dihadapi


bayangkan


selama 5 tahun belajar benda-benda berkaitan perubatan ni dan di tahun terakhir sebelum exam final dikehendaki menjalani kimoterapi, memang sesuatu yang MENYAKITKAN. inilah dugaan dari DIA yang maha kuasa. serius kalau aku yang kena, memang tak terdaya untuk menerima penyakit seumpama ini. ya allah, syukur kau berikan aku kesihatan sebegini...



seminggu kimo dan seminggu lagi belajar. begitulah rutin hariannya untuk 10 kali kimo. walaupun kimo hanya mengambil masa sejam dua, tapi kesan selepas kimo itu memang jelas aku lihat, dia tak dapat bangun, tidur sahaja dalam masa seharian!



peranan jiran tetangga dan kisah nasi lemak


~~~~~


Assalamualaikum & salam sejahtera kawan-kawan,:D

Sebagaimana yang telah kita tahu,kini saudara Mas Afzal sedang menjalani rawatan chemotheraphy dan amat memerlukan sokongan kita.

Jadi,beberapa minggu lepas, saya telah menghantar email secara personal kepada beberapa orang ahli smsa di kawasan Broomhall menanyakan kesudian mereka memasak dan menghantar makanan kepadauntuk saudara Mas Afzal.

Di bawah saya sertakan jadual giliran memasak pada mereka yang telah membalas email saya

HARI - RUMAH

ISNIN - 10 HOLBERRY (ROY )

SELASA - 27 HAVELOCK (SOFIAH)

RABU - 82B BRUNSWICK (SHAHNOM)

KHAMIS - 5 FILEY (KAK ELI)

JUMAAT - ABG ZAKARIA

SABTU - ABG SAFUAN


~~~~~


takde kan nama aku? mestilah takde sebab tahun lepas baru first year kat sini, nanti kalau aku masuk dalam senarai, tak termasak pulak kepada dia, naya jadinya. semangat untuk menyumbang tetap ada walaupun masak pun tak berapa pandai lagi tahun lepas. masakan paling simple? nasi lemak


ingat lagi pada hari tu, aku masak nasi lemak dan pergi kerumah dia. tapi sayang, semua housematenya keluar dan aku tahu kalau aku tekan loceng, sudah pasti akan jadi bebanan kepada dia untuk bangun membuka pintu. jadi aku hanya letak di pintu nasi lemak dan msg kepada salah seorang ahli rumahnya untuk mengambil selepas pulang.



tapi sayang



nasi lemak sudah sejuk ketika dieorang pulang dan dieorng satu rumah memang ada belikan makanan untuk dia. jadinya, sia sialah nasi lemakku itu. tapi takpe, kenangan masak nasi lemak tetap ada untuk di kongsi ;-)



doktor berjaya



sekarang dia sudah lulus exam final. lulus exam 5th year dalam keadaan sakit cancer. memang satu benda yang aku respek! tahniah doktor mas!


sekarang dia masih lagi berada di hospital untuk teruskan rawatan. kesudahan ceritanya aku tak tahu, harap dia tabah untuk menjalani rawatan disini. dia tidak pulang sebab kos untuk rawatan di hospital malaysia kena bayar walhal kat sini free aje. semoga dia cepat sembuh dan terus tabah untuk jalani kehidupan sebagai doktor yang hebat nanti.



-masa ni ok lagi-



-masa ni dah takde rambut dah, tapi tetap boleh senyum-



ada masa lawat la blog dia, tinggalkan kata-kata semangat untuk dia terus berjuang memerangi cancer dalam dirinya.... kalau rasa down sikit, aku suka ke blog dia, baru ada komitmen skit nak blajo...

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

39 ulasan:

Blog Eazy Izzuddin berkata...

hype2...
hik
xD

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Seriously.. Respect giler.. Rase sperti dtg smangat baru utk blajo lebih extraaassss.. Alasan saje kan blaja medik susah.. Adeh.. Kalau rajin, takde yg susah.. Farhana oo farhana.. Bangkit!!! Huhu.. Thanx joe for sharing.. Hoping dat Allah give him strength to get through the hardship.. ;)

anaklaut berkata...

salam...


best makan nasi lemak kan..:)

tq singah anaklaut..

Unknown berkata...

saport la selagi mampu..
lawat la selagi ada masa..
masak la sementara dia masih boleh merasa..

HEMY berkata...

aku baca pasal kanser...ada sbnrya ubat yg nk cegah n bunuh kanser..tp sebab kanser ni dh sebati ngn sel badan org tu sendri..tu yg nk bg ubat..sel sendiri pn terkena gak..hmm hmm

miss lolly berkata...

hurm. arap beliau tabah :(



mr_joe_smart anda nampak semart sekali memakai baju kot sekian :)

miss lolly berkata...

hurm. arap beliau tabah :(



mr_joe_smart anda nampak semart sekali memakai baju kot sekian :)

Ibu Ammar berkata...

fuh..respect 181%!

nnti ada masa aku lawat blog dia..

green berkata...

joegrimjow,
sgt tersentuh bila baca cerita ni.Memberi inspirasi untuk terus belajar dan ibadat tak kira usia..

pernah dgr cerita dr senior di rusia, tentang kawan mereka yang di expel dr universiti, course medic, gagal sebab lalai dan MALAS.

thanx la sbb kongsi cerita mcm ni.

SYAFIQAHSALEH berkata...

hmm..felt sad when read his blog just now..

moga die tabah :)

Azuan berkata...

respek2!!
aku ni ntah berjaya ke tidak gamaknya huhu

cikNiarun berkata...

setahu aku la kan, primrose tu adalah sejenis herb, besenye omputih guna lam masakan, but its also remedy untuk penyakit2.kan ade pil primrose kat farmasi..hihi

aku harap dia takkan putus harapan, sbb tuhan tu adil kan.kita yang sihat ni kena amek pedoman

beskot berkata...

tabah kwn ko hadapi dugaan yg cmtu..
mesti dia dpt sokongan menggunung dr org yg knal dia..
tersentuh ak dgr..
nnti kim slm kt kwn ko tu ye..

gmbr last yg blah kanan tu,name dia amru ke??

Syima Syaz berkata...

uuhh nak baca blog dia.....

*yelah joe...anda sgt smart ber kot*

shiya berkata...

mndoakn yg terbaik untuknya :)

kawie2020 berkata...

bro.. thanx for sharing this story...
aku cuma bleh doakan untuk dia sahaja.. semoga dia akan terus tabah...

Dear Weirdo Me berkata...

thanks for sharing >.<

adaNiff berkata...

Ok boleh smbung stadi dgn lebih bersemangat slps membace ini. thanks..

all the best to Dr.Mas..

mr.syazwan berkata...

SATU HASRAT, SATU SEMANGAT SATU TEKAD...

cehh mcm PLKN pulak..huhu

tpi kwn ang seperti slogan PLKN kann

Tanpa Nama berkata...

memang dugaan kepada kawan ko tu

PuanPepel berkata...

utk beliau :: bertabahlah... n tahniah.. :)

utk kamu :: pergh...anda nmpk kacak... ffeewiitt...
tgh tgk blog ni td..ttbe adeq ckp...


>>eh....ceq kenai dia ni...stadi kt overc kn?? ada kt frenster ceq...hoho.. >>glemer ko eh...hihi

Suziey Ahmad berkata...

OMG tabahnya dia..masih mampu trsenyum walaupn tau akn kesihatan diri..hmm..smga dia tabah hadapi ujian Allah ni..ingt la balik kanser ape..pastu update,,hehe..

Tirana berkata...

Aduhai..beratnya ujian yang dia lalui..Moga-moga Allah beri kekuatan pada dia..

nora berkata...

tersentuh hati bila baca entry ni..
teringat masa mak sendiri sakit cancer dulu..
2 tahun nak recover.
alhamdulillah sekarang makin sihat..
maga mas azfal pun sihat juga

Kamsiah yusoff berkata...

faham bagaimana rasanya tiap kali kimo tu..best fren akak laluinya th lps...namun Tuhan lbh menyayanginya...

Tanpa Nama berkata...

wah!!!muda2 lagi dah menempuh ujian paling getir

joegrimjow berkata...

miss lolly, apakah?? i take that as compliment ;-)

joegrimjow berkata...

greem, sesuai dibaca ketika malas datang

joegrimjow berkata...

beskot, camne ko tau? kawn die ek?

joegrimjow berkata...

mier, dulu ku otai fs ;-)

Super Nia Hana berkata...

terharunyaaa....

moga dia terus kuat..
ehh..watashi pegi komen kt sana lah.ahahahha

tehais berkata...

bila dapat motivasi,barula rasa optimis nak hadapi hidup tiap2 hari.

Aku suka pakar motivasi..Mujurla wujud depa,kalu tak,rasa hidup tak bermakna..

Ntah pae ntah aku bebelkan nie..lalala~

pRincESs_N berkata...

medic student tu kisah benar ke tu bro..?? tsentuh ati ble bace..

joegrimjow berkata...

princess, p la baca blog die tu, mmg kisah benar, kisah nasi lemak pon kisah benar ;-)

Bulan Dilangit Osaka Biru berkata...

semoga dia tabah menghadapi ujian yang maha esa

cik yaya berkata...

hey, thanks for droppin by ;)

Nine berkata...

waaa..ensem ko Joe...smart, pandai lak tu..

kawan ko yang sebelah kanan..macam muka sepupu aku jerk skit..hehe..

pic bawah sekali...

Tanpa Nama berkata...

kan best kalo hospital sini pun free cam akt sana..

harap doc mas tabah hadapi ujian dari DIA

Mrs Ijam berkata...

sangat sedih baca cite ni joe.
beliau sangat tabah..

semoga beliau terus tabah

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW