Share
Memaparkan catatan dengan label sheffield. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sheffield. Papar semua catatan

Malam Terakhir di Sheffield

Malam ni sayup-sayup kedengaran bunyi titisan air hujan. Pukul 1 pagi. 1 pagi terakhir aku di bumi Sheffield bertuah ini. Tak sangka pengalaman 2 tahun lebih di Sheffield ini akan meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam hati sanubari. Segala pahit manis, kenangan ini akan ku coret dalam diari hatiku. Cet, feeling lebih la pulak!


Esok BALIK!!!!


Ye, esok akan balik ke Malaysia. Tak sabar sebenarnya nak balik ni memandangkan begitu banyak kerja di Malaysia nanti. Tapi nak tinggalkan bumi UK ni, sedih jugak. hihi. Ok, esok akan bertolak ke Manchester pukul 1.30 dan akan sampai lebih kurang pukul 3 disana. Flight Manchester ke London pula pukul 5 dan akan sampai pada pukul 6 petang. Flight terakhir adalah dari London ke Kuala Lumpur pada pukul 10 malam. Penerbangan selama 13 jam!




Tak banyak sebenarnya nak tulis malam ni memandangkan masih sibuk nak packing barang. Heh, biasalah lelaki ni, malam nak pergi baru sibuk nak menyimpan. Bini takde lagi, tu yang susah tu =) Ok, untuk entry yang super pendek ini, aku akan tinggalkan beberapa link untuk sesiapa yang berblogwalking di hujung minggu ni untuk baca. Semua kisah mengenai Sheffield. Selamat membaca dan selamat malam... malam terakhir di Sheffield


pss : Bulan 7 datang balik. hihik. datang berdua? =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

***** itu milik KITA

SMSA ITU MILIK KITA

Hari ni bangun awal-awal pagi lagi untuk menghirup udara segar. setelah mengenekan pakaian yang agak nipis, terus memanjat bukit. Sheffield dengan bukit, memang tidak dapat dipisahkan, bagai nasi ayam dengan ayamnya. Tujuan bangun awal-awal adalah untuk bermuhasabah diri, dah nak meninggalkan bumi Sheffield ni, macam-macam perasaan ada. Dapat notification facebook di iphone dari housemate yang menanyakan 'dating' hari ni macam mana, baru teringat dan terus bergegas balik ke rumah.


Di sepanjang perjalanan nak balik, terjumpa eica dan juga qilot. ooh, baru teringat terbaca status facebook eica yang mereka mahu ke endclife, sudah pasti dari sana, baru balik berusrah. Rajin betul! Kedua-dua wanita ni adalah exco SMSA dulu dan sebab otak masih fresh di awal pagi, maka banyaklah kenangan SMSA yang terlintas....


2 Tahun lalu


Ingat lagi semasa mahu datang kesini, ada senior dari Sheffield yang datang berjumpa dengan kiteorang. Johan taufik namanya. Dia perkenalkan dirinya sebagai wakil SMSA dan dia merupakan director untuk Sheffield Games masa tu. Masa tu memang tiada apa-apa idea mengenai SMSA dan kadang2 tertukar SMSA ke SMS. erk? Tapi dengan kesungguhan senior dulu seperti Pisang dan juga Papa Roy yang sanggup datang dari jauh untuk adakan pre-departure di Malaysia, barulah boleh nampak akan 'kegunaan' SMSA



Sampai je disini, orang SMSA lah yang menguruskan kami. dari bawa jalan beli duvet, memperkenalkan popaye dan yafai, bawa ke rumah terbuka semasa raya dan semualah mereka yang uruskan. Sampaikan urusan rumah pun mereka uruskan! Memang mantap exco SMSA ni. Masa tu rasanya Pisang dan sha sha bukanlah ali komiti tapi disebabkan mereka pernah jadi ahli komiti, mereka sanggup untuk menolong senior yang macam kami ni. Terima kasih senior!


Sebab teruja dengan kehebatan SMSA ini, aku cuba untuk bertanding merebut jawatan dalam SMSA. alang-alang dah bertanding, baik bertanding jadi Presiden terus. kan kan? Tapi malangnya, sebab miss communication dengan su masa tu, kak wani rasanya, terbeli tiket ke Paris sama dengan tarikh untuk AGM SMSA. Kalau nak bertanding, mestilah hadir ke AGM dan adakah aku sanggup mengorbankan tiket ke Paris yang sudah dibeli? Idea nakal muncul dan aku yakin tak ramai yang berani buat seperti yang aku buat ni


Perang Manifesto di YG!


Untuk manifesto, aku post di Yahoo Group SMSA untuk meraih undi. Tak pernah dibuat orang promote diri di tempat terbuka macam tu tapi sebab dah terdesak, kena jugak post. Manifesto aku boleh dibaca disini. Aku yakin, dengan menjawat jawatan Presiden ni, sudah pasti banyak skill yang aku boleh developt dan pengalaman inilah yang aku tak mahu lepaskan. Tup tup faridah msg dari Sheffield semasa aku ada kat sana lagi 'joe, ko menang jadi president dowwhh' dan masa tu aku hanya tersenyum


Tahun lepas


Bermula menjadi presiden SMSA tak sama seperti jadi ketua pengawas atau ydp. persekitarannya sama tetapi method untuk jalankan tugas adalah sama iaitu, laksanakan tanggungjawab dengan terbaik. Alhamdulillah, aku bekerja dengan ahli komiti yang mantap-mantap semuanya. sopi, fiza, farah, faridah, eica, jeghi, miji, zacko, sarimi. kesemua 9 tu terbaik dan kerja untuk menjaga kebajikan pelajar terutamanya pelajar undergrade menjadi mudah. terima kasih korang (entry pasal komiti SMSA disini) Lepas tu fiza letak jawatan sebab ada masalah peribadi (hanya aku je yg tahu kan fiza?) dan diganti dengan 2 s/u yang comel-comel, zati dan aqilot




Banyak sebenarnya yang aku belajar tahun lepas, bekerja dengan orang Malaysia macam mana, kerja dengan pak arab macam mana dan kerja dengan local people macam mana. SMSA banyak beri aku input macam mana mahu jadi presiden dengan baik. Tambahan pula, bekas president SMSA dulu mas dan juga pisang ada dan banyak yang mereka ajar kepada aku secara tidak langsung


SMSA dengan masyarakat


Sememangnya SMSA merupakan satu-satunya badan yang berdaftar di bawah University of Sheffield dan juga MSD. UKEC pun ada senarai SMSA di dalamnya. Jadi SMSA lah satu-satunya badan yang bertanggungjawab untuk adakan apa-apa aktiviti yang melibatkan rohani dan jasmani. Untuk adakan program ni, sudah pasti cabaran paling utama adalah audience. perkara inilah yang banyaj aku belajar tahun lepas dan alhamdulillah dengan bantuan ahli komiti lain, tanggungjawab ini terlaksana.


Tahun ini


Aku hanya mampu melihat bagaimana orang lain pula kendalikan SMSA. Ammar yang aku sendiri calonkan semasa AGM tahun lepas rasanya ok dan kesemua ahli komiti juga aku nampak boleh diharapkan. Baru-baru ni aku ada ikuti satu aktiviti yang diadakan oleh SMSA iaitu freshers bowl. sayang nama sahaja freshers bowl tapi freshers yang datang cuma seorang. anuar namanya. tu pun dia adalah budak rumah kami dan sebab kami semua pergi dia pun pergi. walaupun lebih kurang 20 lebih yang hadir, tapi kurang meriah disebabkan freshers tidak ada. baik buat aktiviti SMSA Bowling je

Tanya pada seorang freshers disini, kenapa tak pergi main bowling, katanya ada USRAH. erk? usrah ape pulak ni dan setahu aku hanya usrah SMSA sahaja yang layak diiktiraf. naqib dan naqibah dalam SMSA merupakan orang yang layak dan memang diadakan bengkel nuqaba' untuk melatih mereka. tiba-tiba freshers ni cakap ada usrah. usrah tertutup ke?


Revolusi masa


Di Sheffield ini aku boleh lihat dan banyak persatuan lain naik. Dulunya kelab UMNO sunyi je tapi sekarang dah banyak aktiviti yang dianjurkan. MSM atau nama lainnya IKRAM UK/Ireland juga dah banyak adakan pelbagai aktiviti. Bekas housemate aku yang pegang ISMA juga dan banyak aktiviti menarik untuk disertai. PMPMS pun banyak aktiviti makan-makan diadakan. ermm, persatuan apa lagi? lepas ni persatuan Herbalife la pulak agak-agaknya =)


Walau betapa banyaknya persatuan di Malaysia ini, hanya SMSA sahaja yang berdaftar dengan MSD, UKEC dan yang paling penting dengan Uni Sheffield. Hanya SMSA sahaja persatuan yang betul-betul diiktiraf dan sepatutnya mengendalikan aktiviti untuk menolong menjaga kebajikan pelajar. Hanya SMSA


Perkara yang tidak berlaku lagi


Tapi aku tidak salahkan mana-mana persatuan untuk naik. Rahmat kepada Sheffield lagi tu. Sudah pasti banyak aktiviti menarik yang akan ada di Sheffield ni akan dibuat dan direncanakan. Cuma perkara yang menggusarkan aku, takut ada clash antara persatuan ini. nauzubillah. Bila SMSA adakan ini, ada juga yang adakan itu pada tarikh dan masa yang sama. Walaupun itu masih tidak berlaku, tanpa pengawasan tak mustahil untuk ia berlaku.


Apa yang boleh dibuat adalah Presiden SMSA dan juga ahli komiti lain perlulah memainkan peranan dengan sebaiknya. Kalau boleh buatlah satu takwim dan ia akan memudahkan kesemua pihak. Bagi individu-individu yang berpengaruh pula, jangan jadikan diri kita yang syok sendirinya cakap aku ni berpengaruh untuk memboikot mana-mana persatuan. Masing-masing tolong menolong satu sama lain dan rakyat di Sheffield akan lebih aman


Gunalah kelebihan SMSA sebagai badan diiktiraf universiti dan MSD serta memiliki ahli yg ramai dengan sebaiknya
Gunalah kelebihan PMPMS yang begitu ramai abang2 dan kakak2 yang mempunyai kepakaran dalam study
Gunalah kelebihan KuSheff yang kaya raya dengan signifikannya
Gunalah kelebihan Ikram yang ramai ahlinya komited dengan agama setimpalnya
Gunalah kelebihan ISMA yang selalu anjurkan aktivti keagamaan dengan semaksimumnya

dan yang pasti, rakyat di Sheffield akan mendapat kenikmatan sejati!



Kepada komiti SMSA

Besar tanggungjawab memegang jawatan ni. walaupun dulu masa AGM lepas kita 'main-main' bila sudah dipertanggungjawabkan dengan jawatan, tidak laksanakan dengan adil dan saksama, boleh dipersoal diakhirat nanti. jangan jadikan jawatan ini sebagai bebanan kita di akhirat sana, jadikan ia satu pengalaman yang menarik untuk dihabiskan



Kepada rakyat Sheffield


Memandangkan nuffnang cakap ada 293 orang datang dari UK membaca blog ini dan aku yakin kebanyakannya adalah dari Sheffield, aku ambil kesempatan ini untuk menyeru agar terus menyokong SMSA. SMSA bukanlah milik ahli komiti semata-mata, tetapi juga milik kita semua. Hadirlah aktiviti yang SMSA adakan dan jika ada masalah, salurkan ditempat yang sepatutnya, kerana apa? kerana SMSA adalah milik KITA!


*******






MASJID ITU MILIK KITA

Salam,

Tadi masa jalan balik dari masjid, tiba-tiba terkenang balik kisah-kisah lama disini. Masjid kat sini memang jauh nun di atas bukit. Jadi bila dah nak turun tu memang sangat mudah. mungkin sebab tu terkenang kisah lama-lama ni. hurmm, kisah 2 tahun lepas yang masih segar di ingatan. Kisah tahun lepas pun banyak lagi untuk dikenang dan mengenang semua tu memang hati jadi sayu. ye lah, 2 minggu lagi akan tinggalkan bumi asing ini dan kembali berdagang di bumi tumpah darah... MALAYSIA!!


2 tahun lepas


Ingat lagi masa mula-mula datang ke sini, memang selalu diajak ke masjid oleh sha sha, papa roy dan juga abang ru. junior katakan, memang kena follow. bila dah settle down semua, dah masuk rumah sendiri semua, mulalah jadi jauh balik dengan masjid. tapi sha sha memang pandai tackle diri ni untuk ke masjid


'joe, jom main ping pong, dah lama tak main ping pong dengan ko ni'


Kat sini instituisi masjid bukan saja sebagai tempat solat semata-mata yang mana kalau di negara kita, penuh dengan orang yang dah senja usianya dan kalau nak jumpa anak muda, memang sangat susah. Mungkin sebab disini minoriti islam itu, jadi fungsi masjid dimaksimumkan sepenuhnya. Kat masjid ada pejabat, juga ada rumah sewa dan nak main ping pong pun boleh. benda inilah yang memikat anak muda untuk menjadikan masjid sebagai rumah kedua!


suka-suka


Tok siak


Juga kagum dengan masjid yang namanya MWHS ni, tok siaknya adalah orang melayu. orang Malaysia. haa, hebatkan? amru nama tok siak disini. memang dulu selalu jugaklah 'bergaduh' dengan tok siak ni, ye lah kalau aku dengan sha sha main ping pong, mesti sampai ke lewat malam. tugas tok siak nak tutup pintu semua, mestilah kena tunggu kami habis main baru dia boleh pulang. sebab tu ada satu masa, dia sorokkan 'bat' ping pong tak nak bagi kami main. haha, nakal betul amru ni =)


bersama mas afzal dan amru



Tahun lepas


papa roy dan sha sha dah takde. amru pun takde. Semua dah balik ke Malaysia. ye lah, dah habis, takkan nak stay sini ye tak? tapi nasib baik sebab tinggal serumah dengan zacko dan juga iqbal tahir serta taufik, semuanya kaki masjid. at least adalah jugak peneman. budak baru yang masuk tahun tu, andi, hilman, baim dan beberapa lagi pun suka ke masjid. lepas tu ada lagi miji yang memang jauh tinggal di victoria pun join. suasana untuk ke masjid jadi sangat best. panjat bukit sama-sama dan ia memang pengalaman yang cukup berharga


gambar raya



bersama flatmate, iqbal tahir dan taufik



kodiang dan mas


gambar raya lagi, cuba cari kodiang dan papa roy yang mana


Kodiang ni pun senior kat sini. Rasanya boleh terjebak dengan membeli slr ni sebab dialah yang sibuk duk promote slr ni slr tu. ingat lagi satu hari tu jalan dengan kodiang menuju ke masjid, dia promote kaw kaw punya dan akhirnya, aku beli jugak slr walaupun tak tahu guna. haha. tak sangka dengan pengaruh pun boleh beli slr. ish3


mas afzal pulak senior yang tengah bergelut dengan cancer masa tu. Ingat lagi yang bila dia kimo, memang sangat teruk keadaannya. 2 minggu sekali rasanya dan bila minggu pertama dia kimo, memang tak jumpa langsung dia di masjid. tapi bila dah minggu kedua, dengan sakit-sakitnya dia sanggup lagi panjat bukit yang tinggi menggunung tu. Yang buat aku kagum lagi, dia sanggup panjat bukit untuk ke masjid masa subuh! waktu yang memang kita selesa dengan duvet, dia gigih untuk mencari pahala 27 kali ganda. aaaahhh, dia insan hebat!


Tahun lepas jugak kalau korang ingat, masa kita penat-penat main snow, masa winter, dari pukul 2 hinggalah lewat petang, sama-sama jalan ke masjid untuk solat maghrib. semua ketika tu happy, ya lah sebab dah boleh main snow, lepas tu bergerak sama-sama ke masjid untuk solat maghrib. sebab masa tu snow agak lebat, jadi pak imam mahu buat jama' lagilah suka! lepas solat maghrib isya semua, snow turun lagi. terpaksalah kita tinggal dalam masjid kejap sehinggalah snow dah tak turun. kita order pizza dan makan sama-sama dalam masjid. bestkan ketika tu?


happy main snow


Tok siak baru

sopi yang masa tu dilantik jadi tok siak dengan gaji yang cukup lumayan memamg jalankan tugas dengan baik. kebetulan dia pun vice presiden smsa, jadi banyak aktiviti smsa buat kat masjid. senang, suruh dia je cakap dengan brother sulaiman, semua satel. hehe. tahun lepas jugak sebab kagum dengan mas fazal yang sanggup ke masjid waktu subuh, cuba untuk tiru tapi ternyata tidak mampu. tak bangun! jadi ambil keputusan untuk sekali sekala tidur kat masjid, jadi dapatlah subuh berjemaah. rumah sopi ni atas masjid je, jadi senang. malam tu siap layan movie lagi dan si adamlah yang menjadi tukang penayangnya. sopi, aku, adam dan naim dan iqbal tahir, menonton movie di masjid!


sopi dan zakwan curi makan!


tapi kan, lama kelamaan dah tak ramai orang ke masjid. aku sendiri pun dan jadi malas nak kesana. ni mungkin ada masalah dengan brother sulaiman la ni. pengurus mwhs. huh, sebab selalu guna perkhidmatan masjid, kenalah jugak senyum bila jumpa dengan dia. memang patut pun dia tak puas hati dengan aku sebab selalu sangat buat kerja last minute. haha, sorrylah brother sulaiman. yang lain pula, tak tahu kenapa semakin hilang semangat nak ke masjid.


email dari baim

ingat lagi satu malam tu, ada satu email yang di shoot dalam mailing list oleh baim mengenai kerungsiangan dia melihat semakin berkurang orang ke masjid. fuhh, mantap betol baim ni. keesokkannya, memang ramai pula ke masjid, alhamdulillah, diri ni pun jadi lebih bersemangat untuk ke sana. ya lah, tak best kot kalau tak ramai ni, ramai-ramai la lagi best, barulah orang hitam (racist racist) tak berani kacau kita. huhu


Tahun ni


Semua dah takde, pisang dah takde, kodiang pun dah takde, dan mas yang menjadi ikon aku pun dan takde. tinggal kiteorang yang senior saja yang ada. melihat keadaan di masjid sekarang ni, memang sedih sebab kawan-kawan yang dulu dah takde sebab semuanya dah pulang ke Malaysia. terfikir jugak, kalau semua yang dulu dah takde, siapa yang nak jadi wakil orang Malaysia untuk ke masjid?


erkk, perlu ke wakil ni?


Pak arab sana memang sangat senang dengan orang kita. mesti ada banyak benda nak belajar. budak ni pun di paksa cakap 'saya suko make budu' sebab teruja sangat nak belajar bahasa kita. ya, kita menjadi sebutan orang disana sebab orang kita ramai! tahun ni saja aku rasa ada lebih 70 orang pelajar baru yang datang. separuh adalah lelaki dan harap sangat tradisi ke masjid ni dapat diteruskan dan tidak akan putus untuk selamanya


Perbetulkan niat untuk ke masjid tu adalah untuk mendapat keredhaanNya. Lepas tu bila dah satel solat semua, kita boleh bersalaman dan pulang turun bukit ke rumah masing-masing. Serius benda ni best untuk dibuat dan benda seumpama inilah korang akan kenang sampailah bila-bila. Tak mampu untuk 5 kali sehari sebab ada kelas, curilah masa at least waktu isya untuk ke MWHS tu, kerana masjid itu... MILIK KITA!


pss : kenangan dicipta untuk dikenang

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Perkara kecil yang boleh buat anda kaya

Entry ini mungkin akan bersambung dan banyak versi. kali ni versi orang yang tinggal di UK atau lebih specifik di Sheffield. Kalau tengok kat atas tu, perkara kecil dan bukannya perkara besar. jadi bila sebut perkara kecil ni, kena buat selalu baru kesannya nampak. jom kita tengok apakah perkara yang boleh dilakukan untuk buat anda kaya (versi tinggal di UK)



1 - Mop lantai selepas mandi


Bunyi macam lucu kan? tapi benda sekecil macam nilah yang boleh buat simpanan duit jadi banyak. Tandas kat UK ni pelik dan tak sama dengan Malaysia, dah la tanda paip tu satu (kena guna gayung, alahai, gayun pun takde, bekas air je lah jawabnya) lantai kat tandas adalah KAYU. ya, kayu. dieorang letak alas getah je. ni kebanyakan rumah lama. sebab tu kalau kita mandai sesuka rasa ni, ada air yang jatuh atas lantai dengan kuantiti banyaknya, kena mop. kalau tak mopp, jawabnya kalau duduk di tingkat atas, akan bocorlah ke bawah. PERNAH TERJADI!! last-last, landlord mintak ganti rugi untuk baiki. tak ke melayang duit sebab perkara kecik ni





2 - Masak lebih berbanding makan di luar


Ni lagi satu untuk jadi kaya. masak sendiri! masak sendiri ni bukan saja boleh tambah cv untuk pinang anak dara orang nanti, duit pun boleh bertambah maha banyaknya. kalau kat sini, 4 pound untuk waktu tengahari tu adalah normal kalau makan kat kedai, tapi kalau masak sendiri dengan 4 pound tu dah boleh makan untuk 2 orang dengan mewahnya. belajar-belajar lah masak ya. cuma kalau ada kawan-kawan ajak sebulan sekali makan kat luar, janganlah tolak pulak sebab nak berjimat sangat, nanti disisih masyarakat pulak ;P




3 - Pakej internet yang bersesuaian


Banyak syarikat kat UK ni yang memberi perkhidmatan internet yang baik. antaranya O2, Virgin dan banyak lagi. Cuma kalau nak langgan ni, kena pilih yang bersesuaian. kalau duduk satu rumah tu, bincanglah elok-elok dengan warga rumah tu. sekarang paling laju adalah 50mbps. kalau ada yang jenis suka download dan ada yang tak suka download, aku syor baik tak payah ambik 50 mbps tu, ambik 20mbps dan 20mbps. 2 router. haha. sini walaupun 50mbps, tapi bila sorang dah download, fuhhh, jadi lembap habis!! jadi untuk keselesaan semua, nak download pun download lah lewat-lewat malam. masa orang dah tidur




4 - Jenis blower untuk dibeli?


Yang ni skill ramai yang tak tahu. membeli blower. sekarang ni dah semakin sejuk. bila dah semakin sejuk, maka blower dan heater di rumah memainkan peranan penting untuk memanaskan bilik. skill yang boleh membuat korang kaya adalah pilih jenis blower. bukan sahaja bergantung pada harga, tapi juga pada kwh (kilowatt per hour) yang ada kat belakang tu. blower kat kedai, walaupun harga murah, tapi kwh tinggi, memang teruklah bil nanti. contoh dulu rumah aku ada 4 blower yang kuasa 3 kwh, kat sheffield ni dia punya rate (tahun lepas) 25 penc sejam (malam murah sikit), jadi 3 * 4 * 25 = 3 pound! takkan la pasang sejam, kadang-kadang kiteorang pasang 10 ke 15 jam (sejuk wooo) haa, cuba la darab sendiri. last, bill datang, 1280 pound. gila ke apa bil boleh cecah 1000 pound. memang sengkek sebab tak reti nak berjimat! jadi, lepas ni sebab blower tu selalu nak pakai, carilah yang rendah kwh, ada aku jumpa 0.8 kwh je, panas la jugak, jadi, pakat beli tu untuk jadi kaya =)


Done


Dah amal 4 ni, last sebelum nak balik, boleh angkut satu merc. caye tak? hehe


pss : dah ramai yang join contest rm 10 ribu ni. jom jom join

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Selamat Bergraduasi Senioritaku

Salam,

Hari ini hari yang dinantikan kepada semua senior-senior di sheffield. 4 tahun, 5 tahun di sheffield, hari ini mereka tamat bergraduasi! Tahniah dan Selamat pulang ke tanah air untuk menyumbang segala 4 kerat tulang membangunkan bangsa dan negara (ayat tak bleh blah betul =) )



Dicilok dari facebook pisang



Encik Ruzaini

Terima kasih kerana mengajar saya banyak benda kat sheffield terutama cara memasak kari untuk dimakan bersama paratha. SELAMAT BERGRADUASI




Encik Kodiang

Terima kasih kerana mengajar saya cara bermain tennis walaupun teruk betul kena hentam kali pertama bermain bersama. SELAMAT BERGRADUASI



Encik K A

Terima kasih kerana banyak menyumbang ilmu dalam agama dan tidak lokek untuk memberi pandangan mengenai dunia yang penuh pancaroba ini. SELAMAT BERGRADUASI



Encik Shahril

Terima kasih sudi pinjamkan rumah dan tv untuk menonton perlawanan bola sepak walaupun bunyi bising gempita di rumah saudara. SELAMAT BERGRADUASI



Encik Mat Yen

Terima kasih kerana sudi mengajar gaya hero ala ala korea, rambut dan pakaian walaupun saya tidak mengikutnya sebab malu dengan rakyat Sheffield di sana. SELAMAT BERGRADUASI



Dan kesemua encik encik lain yang tidak disebut, Terima kasih dan selamat bergraduasi


Kepada Puan Puan besar Sheffield yang begitu banyak sehingga tak dapat sebut satu persatu, selamat bergraduasi juga dari joegrimjow tersayang (lalala)


SELAMAT BERGRADUASI SEMUA!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

(video + gambar) Demo kedua Di Sheffield







Dah plan untuk buat video semalam sempena demo kali ni. Senang skit, masuk-masuk je gambar, dah jadi satu video. Terima kasih pada macbookpro! erk, hari ni ada paper, esok pun ada, back to back paper ni! Dah la 2 2 susah. Jadi, waktu berblog ni memang sangat kurang. lepas jumaat, akan pulih macam biasa. Layan gambar dan video je la ek. Banyak gambar dalam video atas ni.


layannn



antara student Malaysia yg datang



ramai yang datang!



mak cik tak ketinggalan!



bendera Palestine berkibar



gambar rawak



tukang pegang sepanduk je la

\student Malaysia kalau bab gambar, semua akan kalah.



Ini pula video demo diseluruh dunia




Teruskan membaca qunut nazilah. 11 hb dah start world cup. bila bola dah start,ramai antara kita dah lupa akan kekejaman Israel ni!


Topblogs @ iLuvislam
tiba2 sebab traffic semalam dan 2 hari lepas, terus dapat no 1 dalam top blog iluvislam! terima kasih!



pss : baca komen korang bagi semalam, buat hati tenang. terima kasih ya semua. ku doa supaya kita sentiasa diberi keamanan... luar dan juga dalam hati.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kehidupan di IC (2) - Aktiviti ketika bohsan di IC

Entry bersiri pendek ini adalah hasil idea gambar dibawah ini. Iaitu gambar print screen yang diambil ketika jam 8 malam sini (lebih kurang pukul 3 pagi waktu malaysia) yang mana pengunjung ke blog ini adalah rata-rata dari UK. ok, tengok gambar bawah dulu




ok, walaupun ada dari Kulim seorang, tapi majoriti adalah dari UK. ooh, ramai jugak orang UK yang baca blog ni ya. Bagus, rasanya yang baca pun semua kawan-kawan. itulah kegunaan berkawan ramai, dieorang bagi kita traffic. so kali ini, siri ke2 adalah kesinambungan dari siri 1 semalam yang bertajuk bercamping di IC.



******


Kehidupan di IC (2) - Aktiviti ketika bohsan di IC


IC pandangan waktu malam



Seperti diberitahu dalam entry pertama semalam, aku akan ke IC selepas solat jama di maghrib dengan isya. ooh, di sini masjid telah jama' maghrib dengan isya disebabkan waktu isya sekarang masuk pukul 11 lebih. Jadi setelah ke masjid, terus bergerak ke IC sampai pukul 3 suku dan pergi semula ke masjid untuk solat subuh. Subuh disini masuk pukul 3 pagi! itulah uk waktu summer, matahari cukup lama!


Masa 5 jam



Dari pukul 10 hingga 3 pagi, sememangnya bukan 100 % adalah masa study. rasanya cuma 60% adalah study dan lagi 40 %, 'main main' kali ini aku akan senaraikan aktiviti ketika bohsan di IC, bila study dah tepu, kita main pula!


1) Beli air di cafe

di tingkat G ada disediakan cafe. selalunya akan turun ke cafe dan dengan menggunakan vending machine, belilah air yang berkenan di hati. biasanya hot chocolate menjadi pilihan. sedappp



2) Naik tangga turun tangga

Ini adalah aktiviti normal. bila dah tersangat boring dan cuba mencari mood untuk study datang, tangga menjadi tumpuan untuk di panjat. bila dah naik ke tingkat 4, kemudian turun balik ke tingkat 1, otak kembali segar bugar



3) Pergi toilet melihat anggota badan

Toilet sini pada waktu malam agak kotor. tapi sebabkan ada cermin yang besar, aku suka ke toilet bila dah bohsan sangat. sambil tanggal baju dalam toilet, pandang cermin, berkata dalam hati 'mantap jugak body aku ni, 6-pack!'



4) Sembahyang sunat

Ada disediakan surau yang saiznya hanya boleh memuatkan 5 orang dalam satu masa. kecik. tapi disebabkan malam , takde orang, ini adalah cara terbaik untuk dapatkan ketenangan. ambil wuduk, solat sunat hajat mintak supaya dipermudahkan ilmu untuk masuk dalam otak



5) Update blog

Sebelum bergerak ke masjid untuk subuh, aku akan ambil masa 15 minit untuk type satu entry. kalau sempat, 2 pun boleh. kalau perasan, banyak entry ku sekarang ni pendek pendek. ini disebabkan update hanya 15 minit. apa yang boleh ditypekan kan?



6) Ambil gambar

Ini aktiviti yang sangat bahaya. bukan apa, takut terambil gambar yang 'bahaya' erkk?


bergambar dengan gaya pegang iphone






membuat reaksi muka yang pelik




erk, perasan tak apa yang bahaya dalam gambar atas?
tak?
ok, kita zoom








dah perasan?
tak lagi?
ok, kita zoom lagi besar









perempuan sexy dimana2
(^0^)




pss : nantikan siri ketiga esok yang bertajuk 'BLOND BLOND blende'

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kehidupan di IC (1) - Ber'camping' di IC

Ini adalah entry ringkas + berkala + bersiri. Semuanya kisah kehiduapan di IC. (Information Commons) Kenapa pendek? sebabnya boleh baca di entry nenek hot ini. Kenapa berkala? sebabnya ini merupakan entry bersiri yang akan dipublish selama 5 jam sahaja. Kenapa bersiri? sebabnya ini merupakan salah satu taktik untuk pastikan blog ini sentiasa update walaupun tuannya sangat sibuk sekarang ini.



******


Siri (1) Kehidupan di IC - Ber'camping di IC


IC pandangan tepi


IC pandangan depan


Kemudahan 24 jam ini disediakan khas untuk pelajar Uni of Sheffield untuk mengulangkaji. 24 jam sehari, 7 hari seminggu, library ini tidak pernah tutup! Tempat ini merupakan tempat terbaik untuk study. Selesa dan jarak tidak jauh dari rumah. 7 minit jalan kaki saja!


Ber'camping' di IC


Istilah yang diguna pakai sejak turun temurun oleh student Malaysia ini adalah kerana ramai studeny malaysia yang mengambil kemudahan di IC ini untuk study. Aku sendiri pun sekarang ni banyak masa di habiskan di IC. dari pukul 11 malam hingga 3 pagi dan dari pukul 11 pagi ke 4 petang. Ini rutin harian sekarang (ye ke?) sempena exam yang bakal menjelang tiba


Kali ini mahu tunjukkan kelengkapan ber'camping' di IC. Mahu habiskan masa yang lama di IC ini perlukan barang yang secukupnya agar study menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Jom tengok apa barang yang boleh dibawa



Herbalife F1 sachet - bawa je satu sachet F1 ni, buat F1 masa study, masyuk + sedap



Pisang - dah bosan dengan F1, ketika lapar, makan pisang pun jadi!





Makanan dari rumah - biasanya kena bawak makanan supaya tak bazir duit dan masa untuk beli makanan di cafe, kalau waktu malam, cafe tak buka, lagi susah! jadi makanan di rumah menjadi pilihan





Tea herbalife - yang ni wajib bawa. Minum ni untuk sentiasa otak cergas. hoho, pelengkap segalanya





Macbookpro - untuk mengelakkan perebutan komputer dengan pelajar lain, laptop sendiri kenalah bawa. lagipun kalau bosan, boleh update blog. kekeke




pss : Next entry esok yang bertajuk AKTIVITI KETIKA BOHSAN DI IC

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Concert westlife - where we are (awesomee!)

terima kasih kepada yang mengomen di entry ini. terharu sebab ramai yang memberi idea dan pendapat yang bernas. memang benda yang besar begini kita tidak boleh pandang dengan sebelah mata. sebab entry ini juga ku rasa ranking alexaku sekarang dah cecah ke angka 300 k. suka sangat. membuat semakin bersemangat untuk menulis entry begitu. terima kasih semua!



*****



ku ingat tak ramai yang komen pasal entry pendek westlife ni, tapi, WOW, ramai juga yang die-hard-fan yang datang dan terjah. macam cik ni, walaupun last update di blog dia adalah 5 january, tapi tengok keyword westlife, terus bertanya. haha. semangat betul.


jawapan : try google ;-)



semalam aku dan kawan aku ke sana dengan tram. kawan aku tu nama dia yon. lelaki kaki concert ni memang begitu banyak pengalaman pergi concert sini. aku? 1st time kot. LOL. jadi semalam pergi kesana dengan dia. erkk, aku bukan gay ya. kot kot aduka dan luffy salah faham

saya yon



dalam tram pun amek gambar



sampai disana memang agak lewat. orang lain semua sampai2 terus masuk, tapi sebab yon tempah tiket online, kena ambil tiket dulu du kaunter. nasib baik sistem disini yang cekap dapat diuruskan pasal tiket ini sekejap saja.



yeahh, dah dapat tiket!




dah ambil tiket, terus masuk. green door. tak pasti ada berapa door kat sheffield arena ni, tapi besarnya tempat ini memang kena berhati hati bila mahu masuk. masuk je, pergi ke kaunter merchandise beli baju. harga pun takde mahal sangat. lepas beli baju, beli air untuk basahkan tekak lepas menjerit2 nanti. menjerit? hehe


beli air beli air



bila masuk je ke dalam tempat concert. wah, ramai betul orang! full! kagum sebab kumpulan westlife ni dah 12 tahun tapi peminatnya masih ramai. makcik2, pakcik2, golongan OKU semua ada. kalau gadis2 tu, tak payah cakap la, RAMAI! ambil seat dan menonton dengan hati gembira. gembirakah? mesti







persembahan mula2 dimulai dengan kumpulan wonderland. aiyok. tak tahu pasal kumpulan ni. semua perempuan. yang glamer pun ku tak kenal sangat, ni kan pula artis baru? memag tak kenal la. jadi, dengar je la lagu dari kumpulan ni. ok la, not bad







persembahan di nanti bermula!


cara ahli kumpulan ini masuk, pergh, memang stylo habis la. background semua komputer. memang lawa habis. siap ada bunga ros lagi! dan aku rasa walaupun sejam lebih je dia punya concert, ada 3 kali background ditukar. memang berbaloi dengan harga tiket tu.


suara mereka pun tak berubah. sebijik macam dalam album. nasib baik jugak nyanyi lagu yang dulu dulu, jadi bolehlah nyanyi bersama kan. takde lah nampak jahil sangat tak tahu apa apa. sebab lagu baru memang tak tahu, tepuk tangan je la



jom layan satu lagu best kan sore dieorang
(camera biasa, kualiti pun biasa lah, credit :yon )









duduk ditepi gadis

walaupun seat disediakan, tapi kebanyakan masa penonton berdiri. haha, aku pun berdiri jugaklah. masa lagu 'uptown girl' dinyanyikan, habis bergema dewan tu. yang ditepi aku pulak perempuan mat saleh, memang dia semangat habis. masa tepuk tepuk, dia ada buat head-banging kat aku, aku sengih je la. mungkin sebab dia rasa aku segan, lepas tu dah tak kacau dah. lol







ada 20 lagu jugak mereka nyanyi. memang banyak dan kuat stamina mereka ni. lepas habis je concert, balik rumah terus. 10 setengah dah habis semua dah. awalkan? aku ingat concert dieorang ni ada la habis pukul 12 ke, 1 ke. ni 10 stengah dah habis. layan je la












banyak limoo




komen pasal westlife

ahli kumpula yang 4 orang ni, yang betul betul best hanya 2 orang. sorang lagi glamer sebab muka hensem ala ala beckham. nyanyi sikit terus orang tempik dan sorang lagi gay. haha. gay pun ada orang minat ke? haiyaa. tapi kerjasama (ala2 wonder joe-grim-jow) ni jelas boleh kita nampak.


12 tahun masih bersama bukan sesuatu yang mudah. memang perlukan sikap tolak ansur antara satu sama lain. apa apa pun, pengalaman pertama ikuti concert ni takdelah teruk sangat. puas hati dan boleh buat modal nak cite pada orang kelak ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW