Share

***** itu milik KITA

SMSA ITU MILIK KITA

Hari ni bangun awal-awal pagi lagi untuk menghirup udara segar. setelah mengenekan pakaian yang agak nipis, terus memanjat bukit. Sheffield dengan bukit, memang tidak dapat dipisahkan, bagai nasi ayam dengan ayamnya. Tujuan bangun awal-awal adalah untuk bermuhasabah diri, dah nak meninggalkan bumi Sheffield ni, macam-macam perasaan ada. Dapat notification facebook di iphone dari housemate yang menanyakan 'dating' hari ni macam mana, baru teringat dan terus bergegas balik ke rumah.


Di sepanjang perjalanan nak balik, terjumpa eica dan juga qilot. ooh, baru teringat terbaca status facebook eica yang mereka mahu ke endclife, sudah pasti dari sana, baru balik berusrah. Rajin betul! Kedua-dua wanita ni adalah exco SMSA dulu dan sebab otak masih fresh di awal pagi, maka banyaklah kenangan SMSA yang terlintas....


2 Tahun lalu


Ingat lagi semasa mahu datang kesini, ada senior dari Sheffield yang datang berjumpa dengan kiteorang. Johan taufik namanya. Dia perkenalkan dirinya sebagai wakil SMSA dan dia merupakan director untuk Sheffield Games masa tu. Masa tu memang tiada apa-apa idea mengenai SMSA dan kadang2 tertukar SMSA ke SMS. erk? Tapi dengan kesungguhan senior dulu seperti Pisang dan juga Papa Roy yang sanggup datang dari jauh untuk adakan pre-departure di Malaysia, barulah boleh nampak akan 'kegunaan' SMSA



Sampai je disini, orang SMSA lah yang menguruskan kami. dari bawa jalan beli duvet, memperkenalkan popaye dan yafai, bawa ke rumah terbuka semasa raya dan semualah mereka yang uruskan. Sampaikan urusan rumah pun mereka uruskan! Memang mantap exco SMSA ni. Masa tu rasanya Pisang dan sha sha bukanlah ali komiti tapi disebabkan mereka pernah jadi ahli komiti, mereka sanggup untuk menolong senior yang macam kami ni. Terima kasih senior!


Sebab teruja dengan kehebatan SMSA ini, aku cuba untuk bertanding merebut jawatan dalam SMSA. alang-alang dah bertanding, baik bertanding jadi Presiden terus. kan kan? Tapi malangnya, sebab miss communication dengan su masa tu, kak wani rasanya, terbeli tiket ke Paris sama dengan tarikh untuk AGM SMSA. Kalau nak bertanding, mestilah hadir ke AGM dan adakah aku sanggup mengorbankan tiket ke Paris yang sudah dibeli? Idea nakal muncul dan aku yakin tak ramai yang berani buat seperti yang aku buat ni


Perang Manifesto di YG!


Untuk manifesto, aku post di Yahoo Group SMSA untuk meraih undi. Tak pernah dibuat orang promote diri di tempat terbuka macam tu tapi sebab dah terdesak, kena jugak post. Manifesto aku boleh dibaca disini. Aku yakin, dengan menjawat jawatan Presiden ni, sudah pasti banyak skill yang aku boleh developt dan pengalaman inilah yang aku tak mahu lepaskan. Tup tup faridah msg dari Sheffield semasa aku ada kat sana lagi 'joe, ko menang jadi president dowwhh' dan masa tu aku hanya tersenyum


Tahun lepas


Bermula menjadi presiden SMSA tak sama seperti jadi ketua pengawas atau ydp. persekitarannya sama tetapi method untuk jalankan tugas adalah sama iaitu, laksanakan tanggungjawab dengan terbaik. Alhamdulillah, aku bekerja dengan ahli komiti yang mantap-mantap semuanya. sopi, fiza, farah, faridah, eica, jeghi, miji, zacko, sarimi. kesemua 9 tu terbaik dan kerja untuk menjaga kebajikan pelajar terutamanya pelajar undergrade menjadi mudah. terima kasih korang (entry pasal komiti SMSA disini) Lepas tu fiza letak jawatan sebab ada masalah peribadi (hanya aku je yg tahu kan fiza?) dan diganti dengan 2 s/u yang comel-comel, zati dan aqilot




Banyak sebenarnya yang aku belajar tahun lepas, bekerja dengan orang Malaysia macam mana, kerja dengan pak arab macam mana dan kerja dengan local people macam mana. SMSA banyak beri aku input macam mana mahu jadi presiden dengan baik. Tambahan pula, bekas president SMSA dulu mas dan juga pisang ada dan banyak yang mereka ajar kepada aku secara tidak langsung


SMSA dengan masyarakat


Sememangnya SMSA merupakan satu-satunya badan yang berdaftar di bawah University of Sheffield dan juga MSD. UKEC pun ada senarai SMSA di dalamnya. Jadi SMSA lah satu-satunya badan yang bertanggungjawab untuk adakan apa-apa aktiviti yang melibatkan rohani dan jasmani. Untuk adakan program ni, sudah pasti cabaran paling utama adalah audience. perkara inilah yang banyaj aku belajar tahun lepas dan alhamdulillah dengan bantuan ahli komiti lain, tanggungjawab ini terlaksana.


Tahun ini


Aku hanya mampu melihat bagaimana orang lain pula kendalikan SMSA. Ammar yang aku sendiri calonkan semasa AGM tahun lepas rasanya ok dan kesemua ahli komiti juga aku nampak boleh diharapkan. Baru-baru ni aku ada ikuti satu aktiviti yang diadakan oleh SMSA iaitu freshers bowl. sayang nama sahaja freshers bowl tapi freshers yang datang cuma seorang. anuar namanya. tu pun dia adalah budak rumah kami dan sebab kami semua pergi dia pun pergi. walaupun lebih kurang 20 lebih yang hadir, tapi kurang meriah disebabkan freshers tidak ada. baik buat aktiviti SMSA Bowling je

Tanya pada seorang freshers disini, kenapa tak pergi main bowling, katanya ada USRAH. erk? usrah ape pulak ni dan setahu aku hanya usrah SMSA sahaja yang layak diiktiraf. naqib dan naqibah dalam SMSA merupakan orang yang layak dan memang diadakan bengkel nuqaba' untuk melatih mereka. tiba-tiba freshers ni cakap ada usrah. usrah tertutup ke?


Revolusi masa


Di Sheffield ini aku boleh lihat dan banyak persatuan lain naik. Dulunya kelab UMNO sunyi je tapi sekarang dah banyak aktiviti yang dianjurkan. MSM atau nama lainnya IKRAM UK/Ireland juga dah banyak adakan pelbagai aktiviti. Bekas housemate aku yang pegang ISMA juga dan banyak aktiviti menarik untuk disertai. PMPMS pun banyak aktiviti makan-makan diadakan. ermm, persatuan apa lagi? lepas ni persatuan Herbalife la pulak agak-agaknya =)


Walau betapa banyaknya persatuan di Malaysia ini, hanya SMSA sahaja yang berdaftar dengan MSD, UKEC dan yang paling penting dengan Uni Sheffield. Hanya SMSA sahaja persatuan yang betul-betul diiktiraf dan sepatutnya mengendalikan aktiviti untuk menolong menjaga kebajikan pelajar. Hanya SMSA


Perkara yang tidak berlaku lagi


Tapi aku tidak salahkan mana-mana persatuan untuk naik. Rahmat kepada Sheffield lagi tu. Sudah pasti banyak aktiviti menarik yang akan ada di Sheffield ni akan dibuat dan direncanakan. Cuma perkara yang menggusarkan aku, takut ada clash antara persatuan ini. nauzubillah. Bila SMSA adakan ini, ada juga yang adakan itu pada tarikh dan masa yang sama. Walaupun itu masih tidak berlaku, tanpa pengawasan tak mustahil untuk ia berlaku.


Apa yang boleh dibuat adalah Presiden SMSA dan juga ahli komiti lain perlulah memainkan peranan dengan sebaiknya. Kalau boleh buatlah satu takwim dan ia akan memudahkan kesemua pihak. Bagi individu-individu yang berpengaruh pula, jangan jadikan diri kita yang syok sendirinya cakap aku ni berpengaruh untuk memboikot mana-mana persatuan. Masing-masing tolong menolong satu sama lain dan rakyat di Sheffield akan lebih aman


Gunalah kelebihan SMSA sebagai badan diiktiraf universiti dan MSD serta memiliki ahli yg ramai dengan sebaiknya
Gunalah kelebihan PMPMS yang begitu ramai abang2 dan kakak2 yang mempunyai kepakaran dalam study
Gunalah kelebihan KuSheff yang kaya raya dengan signifikannya
Gunalah kelebihan Ikram yang ramai ahlinya komited dengan agama setimpalnya
Gunalah kelebihan ISMA yang selalu anjurkan aktivti keagamaan dengan semaksimumnya

dan yang pasti, rakyat di Sheffield akan mendapat kenikmatan sejati!



Kepada komiti SMSA

Besar tanggungjawab memegang jawatan ni. walaupun dulu masa AGM lepas kita 'main-main' bila sudah dipertanggungjawabkan dengan jawatan, tidak laksanakan dengan adil dan saksama, boleh dipersoal diakhirat nanti. jangan jadikan jawatan ini sebagai bebanan kita di akhirat sana, jadikan ia satu pengalaman yang menarik untuk dihabiskan



Kepada rakyat Sheffield


Memandangkan nuffnang cakap ada 293 orang datang dari UK membaca blog ini dan aku yakin kebanyakannya adalah dari Sheffield, aku ambil kesempatan ini untuk menyeru agar terus menyokong SMSA. SMSA bukanlah milik ahli komiti semata-mata, tetapi juga milik kita semua. Hadirlah aktiviti yang SMSA adakan dan jika ada masalah, salurkan ditempat yang sepatutnya, kerana apa? kerana SMSA adalah milik KITA!


*******






MASJID ITU MILIK KITA

Salam,

Tadi masa jalan balik dari masjid, tiba-tiba terkenang balik kisah-kisah lama disini. Masjid kat sini memang jauh nun di atas bukit. Jadi bila dah nak turun tu memang sangat mudah. mungkin sebab tu terkenang kisah lama-lama ni. hurmm, kisah 2 tahun lepas yang masih segar di ingatan. Kisah tahun lepas pun banyak lagi untuk dikenang dan mengenang semua tu memang hati jadi sayu. ye lah, 2 minggu lagi akan tinggalkan bumi asing ini dan kembali berdagang di bumi tumpah darah... MALAYSIA!!


2 tahun lepas


Ingat lagi masa mula-mula datang ke sini, memang selalu diajak ke masjid oleh sha sha, papa roy dan juga abang ru. junior katakan, memang kena follow. bila dah settle down semua, dah masuk rumah sendiri semua, mulalah jadi jauh balik dengan masjid. tapi sha sha memang pandai tackle diri ni untuk ke masjid


'joe, jom main ping pong, dah lama tak main ping pong dengan ko ni'


Kat sini instituisi masjid bukan saja sebagai tempat solat semata-mata yang mana kalau di negara kita, penuh dengan orang yang dah senja usianya dan kalau nak jumpa anak muda, memang sangat susah. Mungkin sebab disini minoriti islam itu, jadi fungsi masjid dimaksimumkan sepenuhnya. Kat masjid ada pejabat, juga ada rumah sewa dan nak main ping pong pun boleh. benda inilah yang memikat anak muda untuk menjadikan masjid sebagai rumah kedua!


suka-suka


Tok siak


Juga kagum dengan masjid yang namanya MWHS ni, tok siaknya adalah orang melayu. orang Malaysia. haa, hebatkan? amru nama tok siak disini. memang dulu selalu jugaklah 'bergaduh' dengan tok siak ni, ye lah kalau aku dengan sha sha main ping pong, mesti sampai ke lewat malam. tugas tok siak nak tutup pintu semua, mestilah kena tunggu kami habis main baru dia boleh pulang. sebab tu ada satu masa, dia sorokkan 'bat' ping pong tak nak bagi kami main. haha, nakal betul amru ni =)


bersama mas afzal dan amru



Tahun lepas


papa roy dan sha sha dah takde. amru pun takde. Semua dah balik ke Malaysia. ye lah, dah habis, takkan nak stay sini ye tak? tapi nasib baik sebab tinggal serumah dengan zacko dan juga iqbal tahir serta taufik, semuanya kaki masjid. at least adalah jugak peneman. budak baru yang masuk tahun tu, andi, hilman, baim dan beberapa lagi pun suka ke masjid. lepas tu ada lagi miji yang memang jauh tinggal di victoria pun join. suasana untuk ke masjid jadi sangat best. panjat bukit sama-sama dan ia memang pengalaman yang cukup berharga


gambar raya



bersama flatmate, iqbal tahir dan taufik



kodiang dan mas


gambar raya lagi, cuba cari kodiang dan papa roy yang mana


Kodiang ni pun senior kat sini. Rasanya boleh terjebak dengan membeli slr ni sebab dialah yang sibuk duk promote slr ni slr tu. ingat lagi satu hari tu jalan dengan kodiang menuju ke masjid, dia promote kaw kaw punya dan akhirnya, aku beli jugak slr walaupun tak tahu guna. haha. tak sangka dengan pengaruh pun boleh beli slr. ish3


mas afzal pulak senior yang tengah bergelut dengan cancer masa tu. Ingat lagi yang bila dia kimo, memang sangat teruk keadaannya. 2 minggu sekali rasanya dan bila minggu pertama dia kimo, memang tak jumpa langsung dia di masjid. tapi bila dah minggu kedua, dengan sakit-sakitnya dia sanggup lagi panjat bukit yang tinggi menggunung tu. Yang buat aku kagum lagi, dia sanggup panjat bukit untuk ke masjid masa subuh! waktu yang memang kita selesa dengan duvet, dia gigih untuk mencari pahala 27 kali ganda. aaaahhh, dia insan hebat!


Tahun lepas jugak kalau korang ingat, masa kita penat-penat main snow, masa winter, dari pukul 2 hinggalah lewat petang, sama-sama jalan ke masjid untuk solat maghrib. semua ketika tu happy, ya lah sebab dah boleh main snow, lepas tu bergerak sama-sama ke masjid untuk solat maghrib. sebab masa tu snow agak lebat, jadi pak imam mahu buat jama' lagilah suka! lepas solat maghrib isya semua, snow turun lagi. terpaksalah kita tinggal dalam masjid kejap sehinggalah snow dah tak turun. kita order pizza dan makan sama-sama dalam masjid. bestkan ketika tu?


happy main snow


Tok siak baru

sopi yang masa tu dilantik jadi tok siak dengan gaji yang cukup lumayan memamg jalankan tugas dengan baik. kebetulan dia pun vice presiden smsa, jadi banyak aktiviti smsa buat kat masjid. senang, suruh dia je cakap dengan brother sulaiman, semua satel. hehe. tahun lepas jugak sebab kagum dengan mas fazal yang sanggup ke masjid waktu subuh, cuba untuk tiru tapi ternyata tidak mampu. tak bangun! jadi ambil keputusan untuk sekali sekala tidur kat masjid, jadi dapatlah subuh berjemaah. rumah sopi ni atas masjid je, jadi senang. malam tu siap layan movie lagi dan si adamlah yang menjadi tukang penayangnya. sopi, aku, adam dan naim dan iqbal tahir, menonton movie di masjid!


sopi dan zakwan curi makan!


tapi kan, lama kelamaan dah tak ramai orang ke masjid. aku sendiri pun dan jadi malas nak kesana. ni mungkin ada masalah dengan brother sulaiman la ni. pengurus mwhs. huh, sebab selalu guna perkhidmatan masjid, kenalah jugak senyum bila jumpa dengan dia. memang patut pun dia tak puas hati dengan aku sebab selalu sangat buat kerja last minute. haha, sorrylah brother sulaiman. yang lain pula, tak tahu kenapa semakin hilang semangat nak ke masjid.


email dari baim

ingat lagi satu malam tu, ada satu email yang di shoot dalam mailing list oleh baim mengenai kerungsiangan dia melihat semakin berkurang orang ke masjid. fuhh, mantap betol baim ni. keesokkannya, memang ramai pula ke masjid, alhamdulillah, diri ni pun jadi lebih bersemangat untuk ke sana. ya lah, tak best kot kalau tak ramai ni, ramai-ramai la lagi best, barulah orang hitam (racist racist) tak berani kacau kita. huhu


Tahun ni


Semua dah takde, pisang dah takde, kodiang pun dah takde, dan mas yang menjadi ikon aku pun dan takde. tinggal kiteorang yang senior saja yang ada. melihat keadaan di masjid sekarang ni, memang sedih sebab kawan-kawan yang dulu dah takde sebab semuanya dah pulang ke Malaysia. terfikir jugak, kalau semua yang dulu dah takde, siapa yang nak jadi wakil orang Malaysia untuk ke masjid?


erkk, perlu ke wakil ni?


Pak arab sana memang sangat senang dengan orang kita. mesti ada banyak benda nak belajar. budak ni pun di paksa cakap 'saya suko make budu' sebab teruja sangat nak belajar bahasa kita. ya, kita menjadi sebutan orang disana sebab orang kita ramai! tahun ni saja aku rasa ada lebih 70 orang pelajar baru yang datang. separuh adalah lelaki dan harap sangat tradisi ke masjid ni dapat diteruskan dan tidak akan putus untuk selamanya


Perbetulkan niat untuk ke masjid tu adalah untuk mendapat keredhaanNya. Lepas tu bila dah satel solat semua, kita boleh bersalaman dan pulang turun bukit ke rumah masing-masing. Serius benda ni best untuk dibuat dan benda seumpama inilah korang akan kenang sampailah bila-bila. Tak mampu untuk 5 kali sehari sebab ada kelas, curilah masa at least waktu isya untuk ke MWHS tu, kerana masjid itu... MILIK KITA!


pss : kenangan dicipta untuk dikenang

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

12 ulasan:

mR Gee.!! berkata...

layan gambo2 kenangan ker... hehhehehe

joegrimjow berkata...

@mR Gee.!!

terkenang =)

~~DucKneSs~~ berkata...

wah..amalan yang best..best..

joegrimjow berkata...

@~~DucKneSs~~

lagi ramai lagi best

gadisBunga berkata...

setuju banget.....!

mesra-mesrakanlah diri kita dgn masjid...

:)

joegrimjow berkata...

@gadisBunga

itu sudah pasti

suffer8zine berkata...

contoh yg baik ni!

joegrimjow berkata...

@suffer8zine

=)

nur berkata...

mas afzal...ex-kyuem..
sian dia..uhuk3

joegrimjow berkata...

@nur

super senior kat sini

nur berkata...

ha'ah..dah dgr kisah dia...
dia dulu dkt kyuem..tu yang bole tau...

joegrimjow berkata...

@nur

orangnya sangat femes dan baik

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW