Share
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Kecewa dengan MAHA 2018, ini tips anda boleh lakukan

MAHA 2018 membuka tirai pada minggu lepas. Tahun lepas, saya pernah buat coverage mengenai MAHA 2016 yang super awesome (boleh klik sini) Tahun ini, masih berbaki 5 hari lagi, baru sekali menjejakkan kaki ke MAHA 2018



Eh silap, bukan kaki tapi tayar kereta

Saya sampai sana dalam lebih kurang jam 3.40 petang, cari punya cari (sebenarnya kereta tak bergerak sangat) hampir sejam parking, kat sini tutup kat situ tutup, akhirnya saya give up dan nak balik ajelah mungkin boleh datang lain masa. 

Tapi, masa nak balik, JAM TERAMAT! Saya berjaya keluar balik hampir jam 6. Boleh bayangkan 2 jam lebih di tapah MAHA 2018 tapi dalam kereta!


Penganjur tak belajar atau crowd terlalu ramai?

Rasanya MAHA 2018 mereka sudah target 3.5 juta pengunjung. 10 hari maknanya ada 350 000 pengunjung setiap hari. Kalau buka 10 jam sehari, purata ada 30 000 yang akan masuk setiap jam. jika kita ambil half datang dengan kereta 15 000 dan setiap kereta ada 4 orang, maknanya ada lebih kurang 4000 biji kereta sejam

Paling menyedihkan bukan kawasan parking yang kononnya banyak tu, tapi masa nak keluar tu cuma ada beberapa pintu dan kereta kena beratur untuk bayar parking. 4000 kereta sejam, bayangkanlah betapa sesaknya nak keluar tu kan?



Mohon penganjur lakukan sesuatu atau MAHA 2018 akan menjadi semakin suram buah mulut orang dan akhirnya peniaga di dalam yang akan terima tempiasnya

Saya kesana bukan untuk berjalan sangat, cuma nak support member member yang meniaga dan bolehlah beli sedikit sebanyak ye tak?

Ini antara keluhan orang ramai

  • Parking mahal sangat RM5 (bagi saya ok je cuma kalau parking jauh sejauh mata memandang memang tak bestlah)
  • Perkhidmatan bus antara tempat tak banyak
  • Perkhidmatan buggy RM98 per hour mahal sangat
  • Tak mesra keluarga terutama yang ada anak kecil dan golongan tua
  • Dan banyaaaaak lagi
Tips ke MAHA 2018

Bagi saya yang dah kena sekali, memang boleh gunakan tips ini untuk ke MAHA 2018
  • Naik free shuttle bas dari Putrajaya Sentral, IOI dan juga KTM Serdang. Kekerapan sejam sekali
  • Naik myCar ada promo khas untuk julat 10km daripada tempat MAHA 2018
  • DATANG AWAL PAGI seawal jam 8.30 pagi
Okey, itu sahaja entry kali ini. Saya doakan yang meniaga di MAHA kali ini dapat sekurangnya 'balik modal' dan jana keuntungan berganda

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Apabila blog anak lebih dapat hit daripada blog ayah

Assalamualaikum dunia!!

Ya Allah, tak sangka aku menulis blog setelah sekian lama berhenti. Haha. Ingatkan bersara terus dah tapi petang-petang macam ni sambil hirup tea mix datang pula idea nak menulis blog. hehe. Seingat akulah dulu, mana ada datang idea baru nak menulis, masa menulis tu barulah idea datang mencurah-curah dan blog pun sentiasalah berupdatenya. Sekarang ni je nak kena tunggu idea datang baru nak update. dunia dunia

Sibuk urusan lain

Actually kalau korang rindukan aku (ada ke weii?? haha) hidup ni ok je. Last update pada 22 May lepas mengenai kisah nyawa melayang dek roadtax bulan 6 sepi, bulan 7 sepi dan akhirnya muncul pada bulan 8 pulak. walaweh hampir 3 bulan baru nak update. hehe. Biasalah, sibuk dengan urusan lain kita selesaikan dulu urusan-urusan tu ada masa baru kita update. okeh?

Antara 'sibuknya' adalah menulis di blog anak. wahaa!

Anak joegrimjow pun ada blog ok :)

Plan asalnya aku dengan cik bini yang update tapi last-last aku je yang tukang updatenya. hehe. Sebab guna platform wordpress jadi nak godek-godek tu ambil masa jugaklah. Tambahan macbook dah uzur sekarang lagi-lagilah susah nak menulis pakai phone ok. gigih ke gigih macam tu?


Apabila blog anak lebih dapat hit daripada blog ayahnya

Saja nak ulas satu entry di blog anak (MayaZaara.Com) yang mendapat hit tak pernah ayah dia dapat di blog ni. Hehe. Sepanjang blog ni beroperasi lebih kurang 7 tahun, entry paling dapat banyak hit adalah Apa beza kurus dengan Herbalife (19 ribu views) dan diikuti Herbalife did they realy eat shit (10 ribu views) dan ketiga Keistimewaan perempuan Kelantan (9 ribu views)



dan....

korang nak tahu hits untuk blog anak aku tu berapa top post?

cuba teka? 

10 ribu?

20 ribu?

30 ribu?

40 ribu?

50 ribu?

haha dah macam cerita P Ramlee pulak dah kan

Jawapannya adalah....



Entry tu baru bulan Jun 2015 tapi sehingga sekarang dah ada 123 ribu. wahaha. bangga ayahnya :)

At least kalau ada perhimpunan blogger (ada ke?) orang duk bangga dengan blog masing-masing bolehlah kata 'saya pernah tulis entry dan lebih 100 ribu orang baca' waha, penuh nada keriakan disitu. hehe


Kuasa viral

Actually dunia sekarang ni dah berubah dengan cara marketing dulu. Kalau dulu orang pentingkan SEO SEO sekarang ni semua duk beralih viral marketing. Post tu dalam sehari dapat hit sampai 75 ribu, ramai gile yang share tu yang jadi viral tu. Post buat anak kena pandai jaga anak tu tu pun sampai embassy kuwait (tempat pak mertua kerja) tahu. hehe

kalau korang nak belajar marketing viral ni, pm aku ya. wahaha


Berhati dalam menyebarkan


Sebab sekarang ni kuasa viral menjadi mudah, maka sama-samalah kita saling ingat mengingati sesama kita agar kita tak share sesuatu perkara tu tanpa soal periksa dulu. Baca renungan daripada Timb Menteri kita yang baru ni mengenai kes terbaru statement bodoh menteri.... huhu

KENYATAAN AZALINA DIPUTAR-BELIT
Baru lepas berhubung dengan Datuk Seri Azalina Othman Menteri JPM mengenai viral kenyataan beliau yang kononnya menghalalkan perbuatan maksiat iaitu mengenai tapisan adegan berpelukan dll. Menurut beliau kenyataannya telah diputarbelitkan untuk mencetuskan kemarahan rakyat. Apa yang disuarakan hanyalah perlunya Lembaga Penapisan berbincang dengan FINAS dan NGO2 mengenai arahan penapisan yg dikenakan.
Saya juga menawarkan diri kepada Datuk Seri Azalina untuk membantu beliau jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai isu2 yg menyentuh hukum hakam agama pada masa akan datang.Sebab itulah berulang kali saya menulis dan menasihatkan sebagai orang Islam kita tidak sewenangnya mudah mempercayai apatah lagi berkongsi maklumat atau sebarang berita melalui media sosial masa kini sebelum memastikan keabsahan dan kesahihan berita kerana ia boleh menjerumus ke kancah fitnah yang memudaratkan. Al-Quran dalam surah al-Hujurat mengajar kita prinsip tabayyun (periksa maklumat) dan elakkan dzan (berprangka) atas segala maklumat yang diperolehi.

Memang aku akui sendiri banyak statement pak menteri kita ni kadang-kadang Maharaja Lawak pun kalah tapi berhati-hatilah dalam menyebarkannya. Mungkin kita niat untuk suka-suka ataupun saja-saja tapi dosa pahala tu benda real. semuanya akan dihitung. Sebab tu aku antara yang takkan share (kadang2 terlepas jugak) benda-benda yang menjatuhkan maruah seseorang. Biarlah mereka dengan Allah kita tak payah nak tambah dosa kat akaun kita

ok?

Itu saja dulu entry ringkas daripada tiada entry ni. Semoga tidaklah 3 bulan lagi aku menulis blog ni. hiii.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kisah nyawa melayang kerana roadtax

Sedih juga pagi Jumaat macam ni baca kat timeline berita tentang kematian. Pertama ibu kawan se-matrik dulu (KMM 06/07) meninggal dunia jam 3 pagi tadi. Kedua terbaca tragedi seorang juruteknik yang meninggal dilanggar kerana cuba lari daripada sekatan jalan raya oleh polis. Road Tax tamat tempoh katanya...



Nyawa yang murah

Arwah ayah aku pernah kata - nyawa manusia ni boleh jadi semurah RM5! Kenapa, sebab dia cukup pantang dengan penunggang motosikal yang membawa kenderaan pada waktu malam tidak mempunyai lampu belakang. Lampu belakang, tukar kat kedai RM5 aje, sebab tak tukar tu orang tak nampak kita boleh terbang begitu sahaja nyawa kita. Sebab tu nyawa manusia boleh jadi serendah RM5!


Kisah roadtax

Berbalik kepada kisah nyawa melayang kerana road tax ni, perlu kita ingat kematian tu. ajal itu sudah ditetapkan. Tak perlu kita nak salahkan sesiapa, salahkan tak bayar roadtax ke, salahkan polis yang buat sekatan ke, atau apa-apalah, sebab benda dah jadi, dia jadi jugak. Cumanya, pengajaran yang kita boleh ambil supaya kita lebih berhati-hati di kemudian hari

Aku tak tahulah kisah sebenar kenapa lari sampai memudaratkan diri (lintas pembahagi jalan) tapi kalau kita baca rentetan peristiwa, kejadian berlaku lewat malam, kerjanya pula sebagai juruteknik. Mungkin baru balik OT atau nak cari rezeki lebih. Kita tak tahu tahap kewangan dia tapi kalau orang yang pernah terdesak, tahulah macam mana.

Komen

Aku tertarik dengan komen kat facebook tu,
Cari, buru, tgkap skalipun, kalau org tu xde duit mcm mne?? Nk penjarakan dia?? Mcm mne pulak dgn ahli keluarga dia?? Spe nk tanggung??
ada betulnya rintihan rakyat ini. Sekarang ni PDRM jalankan ops besar-besaran untuk menangkap kesalahan trafik, yang mempunyai saman, yang mempunyai kesalahan jalanraya. Kejadian sampai meragut nyawa ni kalau ada pihak yang berwajib fikir, kenapalah sanggup lari sampai begitu sekali -jawapannya ada satu : tiada duit nak bayar!

Rakyat dah terdesak, kos semakin meningkat, barang semakin mahal. gaji masih sama. Tak terdesak macam mana. Aku yakin kalau sesiapa yang ada duit lebih, semua tu mereka bayar. Sekarang ni keperluan semasa pun tak sempat nak bayar, ni tambah pula saman yang kena bayar

Mesti ada yang kata ' dah takde duit, kenapa langgar peraturan' komen macam ni aku reserve pak menteri la jawab, sebab bukan level aku nak jawab ni. huhu

Cumanya

Sebagai rakyat, kesalahan tu kita yang kena tanggung... bebanan tu kita yang kena tanggung.... pandai-pandailah cari wang lebih, cari sumber lebih untuk menampung hari-hari yang semakin tinggi kosnya ini. Harap sangat kejadian ni bagi tamparan sikit kepada pihak berwajib supaya TAHU yang ada rakyat begitu terdesak dengan tahap kewangan, jalankanlah tanggungjawab tu supaya kesejahteraan rakyat dapat nikmati

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Benarkah zikir tarian dibenarkan di Malaysia?

Semalam heboh 2 isu. Isu pertama pasal salib. Isu ni taknak komen sebab bodoh sangat nak komen dan tak mahu sel-sel otak aku putus nak hadam berita bodoh tu. Isu kedua mengenai zikir tarian yang dibenarkan di Malaysia. Ok, isu ni nak komen

Heboh apabila ada surat khabar melaporkan mengenai MFK (Majlis Fatwa Kebangsaan) yang membenarkan zikir tarian di negara ini. Ramai tak senang duduk dan pelbagai reaksi muncul. Ini adalah keratan akhbarnya


Tak tahulah ini kerja siapa, tapi aku rasa keratan akhbar ni dah diedit. Banyak tujuan, nak jatuhkan Majlis Fatwa Kebangsaan atau nak jatuhkan kredibiliti media. Kalaulah (IF) benar ada keratan akhbar ni, memang kena samanlah akhbar tu keluarkan berita palsu begini

Tapi nasib baik, MAZA cepat keluarkan reaksi dalam status FB terbarunya


Zikir Menari dan Kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK)
Pagi ini saya dihujani soalan bertalu-talu berhubung dengan kenyataan Pengerusi MFK tentang mengharuskan zikir menari, hubungan golongan habib dengan tarekat Naqsyanbadi Haqqani dan lain-lain. Kenyataan itu dibuat selepas mesyuarat MFK semalam yang saya juga salah seorang anggotanya. Di sini saya ingin menjelaskan hal berikut;
1. Saya hadir dalam mesyuarat semalam 20hb April 2015 selaku ahli MFK dari awal sehingga akhir tanpa keluar walaupun sejenak.
2. Mesyuarat semalam hanya memutus dua isu sahaja iaitu tentang kedudukan mangsa MH370 dan isu mereka yang terlibat dengan IS.
3. Tiada sebarang keputusan ataupun perbincangan mendalam tentang zikir menari dan hubungan habaib dengan tarekat Nasyabandi Haqqani.
4. Bahkan ada anggota fatwa dari Pantai Timur yang mengingatkan tentang hubungan golongan tertentu dengan tarekat Haqqani, lirik yang menyanggahi syariat serta meminta pihak JAKIM agar mengelakkan hadir dalam majlis-majlis seperti itu. Pihak JAKIM juga memaklumkan mereka tidak pernah hadir.
5. Namun, satu perbincangan rasmi untuk keputusan rasmi sama sekali TIDAK berlaku semalam.
6. Saya ingin mengandaikan mungkin pihak MEDIA tersalah lapor, ataupun itu hanya pendapat peribadi.
7. Buat rakyat Perlis khususnya, dan Malaysia umumnya, selaku anggota MFK saya menafikan terlibat dalam membuat keputusan yang membolehkan zikir menari seperti itu. Bahkan pendapat saya seiras dengan kertas kajian SS Mufti Wilayah. Demikian kenyataan yang pernah dibuat oleh Ketua Pengarah JAKIM, juga pendapat yang disuarakan oleh SS Mufti Trengganu. (link)
Actually dah keluar beberapa kenyataan yang TIDAK MEMBENARKAN ZIKIR TARIAN BERLEBIHAN ini cumanya orang terlepas pandang. Mungkin MFK kena keluarkan kenyataan cepat-cepat sebelum ramai rakyat kita yang sememangnya ramai lagi yang jahil ilmu agama ni tahu hukum hakam semua. Mungkin benda ni 'belum parah' tapi bagi aku baik keluarkan kenyataan rasmi daripada menunggu dah jadi parah seterusnya jadi barah!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Bagi RM 10 ribu pun takkan pakai baju melayu ni masa raya

Tak tahulah sama ada aku ni dah ketinggalan zaman dengan dunia fesyen ataupun dunia fesyen ni gerak terlalu laju, serius terkejut dengan rekaan terbaru baju melayu hipster ni yang dah jadi viral di facebook. Haa baju kat bawah ni



Serius kalau korang bagi RM10 ribu dan suruh aku pakai masa raya aku tak mahu!

errr... kalau lebih RM 10 ribu kita fikir dulu. haha

Fesyen dan Islam

Actually aku tak arif sangat fesyen dengan Islam (komen apa yang tahu saja), tapi yang aku tahu fesyen pakaian lelaki perlulah 

  • menutup aurat
  • tidak jarang
  • tidak ketat
  • bukan dari sutera/emas
  • tak menyerupai perempuan
Mungkin kalau kita tengok kat gambar semua tu ok (kecuali ketat, ke mana aku je nampak ketat tu) tapi ada satu lagi yang kita kena careful iaitu adab. Haah, adab melayu gitu. Serius kalau aku pakai pakaian tu bawak pergi solat kat masjid mesti ramai yang mintak sign autograf yang tak selesa. Mungkin belajar kat oversea boleh la pakai macam tu sebab mereka pun tak pernah nampak 'real baju melayu' macam mana tapi kat negara kita ni, jauh bebeno simpangnya tu

Yang aku pelik - ramai yang kata ok dan nak beli! haaa, serius aku rasa diri ni dah tua!

Yang ni lagi luar biasa...


Korang nampak pisang kat mana? haha


pss : baju2 semua ni available kat zalora. gambar ambil kat page zeyzamry

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kisah budak tingkatan 3 yang berjaya menipu penduduk Malaysia

Yusrim Karim mungkin merupakan nama yang akan menjadi igauan ngeri pihak media lepas ni. Mana taknya, KISAH HEBAT dia menang 50K USD daripada google telah mendapat liputan yang menyeluruh di portal media. Kat bawah ni daripada The Sun (belum tarik balik lagi artikel tu, haha) banyak lagi kalau korang google akan nampak


KOTA KINABALU: A teenager’s app for an Internet-based messaging service that can provide instantaneous language translation has caught the attention of online giant Google.
Yusrim Karim, 15, submitted his app – Coker Chat, which he has been quietly developing for about five months – to Google Ideas late last year.
He said a few weeks later, a Google Ideas official contacted him via e-mail and, describing his software as fantastic, offered him a chance to work on a US$36mil (RM133.14mil) project or US$50,000 (RM184,910) cash.
Actually aku ada jugak baca headline kat timeline tapi tak tergerak nak klik nak baca, just dalam hati - wah hebat budak ni. Tup tup hari ni dah keluar yang mana 'kemengannya' tu tiada kaitan dengan pihak google pun dan ia hanya PRANK sempena APRIL FOOL daripada dia. Dia tu baca budak tingkatan 3 :) Actually kalau baca pun memang ada unsur penipuan tu takkan la budak tu ambil 36 juta tapi ambil yang 50K je. haha. siasatlah dulu bang oiiii

Mudahnya kena tipu



Actually walaupun aku ni sangat pantang dengan april fool april fool ni, tapi sebalik kisah ini kita boleh lihat betapa mudahnya media kita menyampaikan berita palsu. Sepatutnya sebagai pengamal media, kena siasat dulu betul ke tidak bukannya main taram je buat cerita supaya ramai orang baca. Budak ni walaupun 'menipu' tapi bagi aku genius sebab bagi buka mata kat media supaya lepas ni CHECK FAKTA sebelum nak publish apa-apa

pss : nasib la yang mengharap PM kita buat April Fool untuk GST tak kesampaian... last2 kena april fool dengan budak ni. hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Emak tak boleh masuk dewan graduasi anak sebab pakai seluar dan baju

Jadi, ada kes hangat (tak hangat manalah sebab sibuk dengan GST lagi) mengenai seorang perempuan Sarawak yang datang jauh untuk hadiri upacara graduasi anak end up tak boleh masuk dewan (atau kena 'halau?') sebab tak mematuhi etika pemakaian

Kisah sebenar tak tahu, ye lah maksud kisah sebenar tu bagaimana emak tu dilayan suruh keluar dewan dengan paksaan ke, tak bagi masuk dengan muka bengis ke atau cakap elok-elok yang tak boleh masuk sebab tak mematuhi dress code. Jadi kita komen apa yang aku tahu ajelah


Pernah belajar di UITM

Sebab aku pernah belajar kat UiTM selama 2 bulan, memang dress code ni antara yang agak skima lah kat sana. Ada kes saman lagi pun ada. Tapi sebab aku ni jenis yang mematuhi undang2 (ceh!) tak pernah kena saman. Tapi member aku pernah kena, tambah-tambah lagi masa kat sekolah dulu tak kisah sangat dengan pakaian-pakaian ni. hehe


Salah ke?

Bagi akulah, setiap undang-undang tu dibuat adalah sebabnya. Yang membuat undang2 pula tu manusia pasti ada cacat celanya. Tapi sebab kita tertakluk pada undang2 tu maka kita raikan ajelah. Adalah tu benda yang kita tak nampak yang mereka nampak (konon) Kalau tak suka, guna saluran yang betul buat aduan. Tak suka lagi, buat demo! eh bukan demo, pindah tempat. good idea? hehe


Isu dress code graduasi




Kalau tengok baju mak cik ni, bagi aku oklah kan sopan apa. Tapi dah ada dress code yang kena patuhi, kenalah patuhi. Dalam hal ni aku salahkan kepada si anak sebab tak bagitau. Nasib baik dia comel jadi tak boleh nak kutuk lebih-lebih (haha) Apa salahnya bagitau betul-betul kat mak kena pakai ini kena pakai itu. Kena 'halau' sekalipun, cuba cari baju yang sesuai, tak pun pinjam 'baju sesuai' tu dengan kawan ke atau beli. 

Tapi mungkin sebab 'hangin' jadi tak boleh nak praktikkan ilmu penyelesaian masalah tu yang tak jadi macam tu tu. mungkinlah.. yang pihak UITM pun harap-harap guna bahasa eloklah bagitau yang tak boleh masuk sebab salah code. Masa kat UK dulu ada satu tournment chess buat kat gereja memang siap-siap kena pesan pakaian apa yang tak boleh pakai, so kita hormatilah tempat orang. kan?

Alright, ulasan ringkas. Harap diterima. hehe. Ada benda yang aku tak tahu boleh tinggal kat ruangan komen bawah ni

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Senarai perkara yang akan naik selepas GST

Countdown to GST - kurang 20 hari lagi!

Actually GST ni nak tak nak kena dilaksanakan juga, ia sistem percukaian yang menyeluruh dan pendapatan negara akan bertambah seterusnya keharmonian rakyat akan terjamin. hehe. Macam nak bodek aje ni. Ye betul korang tak boleh nak sangkal 'FAKTA' aku bagi tu, GST sistem percukaian yang menyeluruh (rakyat kena oi) pendapatan negara akan bertambah (yess memang pun) TAPI BAB KEHARMONIAN tu macam errrrr

Sistem pengankutan awam kita macam mana?
Sistem pendidikan kita macam mana?
Hospital?
Polis tentera keselamatan?

haaa, harmonikah kita?

Actually kalau nak banding dengan negara lain, memang Malaysia kehadapan tapi kalau banding dengan negara yang 'tak seberapa' memang macam tu, so nak banding tu bandinglah dengan negara maju kan memang kita agak terkebelakanglah terutama soal pendidikan...

kan?

Satu lagi mengenai GST tu, tak kisah sangatlah kalau kita bayar lebih pun CUMANYA kita naklah kemudahan tu lebih. Apa yang aku paling risau adalah PENGURUSAN tu risau bebenar memikirkannya. Kerajaan kita sekarang ni dari segi rasuah memang dah improve banyak dah, dari segi pembaziran pun dah improve banyak jugak tapi masih ada lompang-lompang yang kita sebagai rakyat lihat kena perbaiki lagi

Ok lah, cakap banyak pun memang nak tak nak GST akan laksanakan jugak ye tak

Jadi, persiapan untuk menghadapi GST, korang kena senaraikan apakah barangan yang korang selalu guna dan adakah barangan korang tu akan turut terkena GST. Memang pum pang pum pang dalam tv cakap GST takkan naik harga, tapi yang naik harganya ada banyak lagi dan silap perhitungan naya korang bulan 4 nanti. 

Ni list aku, ada nak tambah korang tambah kat bawah ya

1) Herbalife



Huh, memang berita ni sangat-sangat scary! Sebagai pengguna, average RM 500- RM 700 sebulan aku guna produk ni, Lepas GST, angka tu akan bertambah kepada RM 530 - RM 742. Eh kejap, produk Herbalife pun akan naik harga lepas ni???

ya, korang boleh baca info lanjut kat sini

bersedialah!


2) PruBSN Takaful





Dah dapat surat cinta daripada pihak insurance, katanya memang akan effect dengan GST so bulan-bulan duk bayar RM 200 kena tambah lagi RM 12. Tapi menurut surat tu dia akan tolak charge GST tu kat sumbangan kita dan akan merosotlah sikit sumbangan melainkan kita tambah bagi cover balik. 

Mungkin ada agen takaful ada nak tambah sila ya

3) Bil-bil



Aku pun pelik jugak dengan bil ni, internet katanya akan naik, telefon pun sama. Macam mana naik tu aku pun tak tahu sebab dalam bil dia memang dah ada government tax, takkan nak tambah lagi, yang ni kita KIV dulu tunggu 1 April bil datang macam mana, tapi aku rasa akan naik jugaklah :(

4)

5)

6)

update soon

Katanya inflasi akan naik dalam 2 tahun selepas GST, heh tunggu buat aduan ajelah nanti. Sabar ya, memang dunia ni macam tu dah. Masa PRU nanti kita tengok adakah GST mampu bagi effect kepada kerajaan atau rakyat sememangnya OK/ hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Apa yang anda perlu tahu mengenai taufan Jangmi

Whatsapps (WA) merupakan medium terpantas menyebarkan sesuatu benda. Kalau dulu facebook, tapi sebab 'reach post' yang amat sedikit, WA menjadi medium terbaru untuk orang ramai sebarkan maklumat. Apabila kita cakap maklumat - termasuk maklumat yang tak betul atau bahasa jawanya khabar angin

Taufan Jangmi

Petang tadi kakak aku yang memang sungguh jarang dalam menyebarkan maklumat ada bagi maklumat mengenai taufan jangmi. Katanya sumber betul dan dah confirm yang 3hb ni akan kena 90% penduduk Malaysia terutama di bahagian utara

Bila aku reply 'hati2 dalam sebarkan maklumat' abang ipar aku pulak tulis dalam versi lain dan disertakan link daripada NASA. Amboi

Taufan Jangmi

Taufan Jangmi ni sebenarnya dah menyerang Filipina, dah berpuluh nyawa terkorban dek kerana penduduk tak mahu berpindah walaupun pihak berkuasa dah bagi amaran. Khabarnya taufan ni akan melalui Malaysia pada 3hb Januari nanti. Khabarnyalah.

Jadilah pendengar bijak, at least selidik dulu sebelum sebarkan berita seperti ni. Apa kata jabatan materiologi Malaysia?

NASIHAT LEKUKAN TROPIKA
Ribut Tropika Jangmi melemah kepada Lekukan Tropika pada jam 1100, 31 Disember 2014.
Nama : Lekukan Tropika (Jangmi)
Masa Pencerapan : 11:00 pagi, 31 Disember 2014.
Kedudukan : Latitud 8.9 Utara dan Longitud 121.7 Timur
Pergerakan : Ke arah Selatan dengan kelajuan 12 km/j.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 527 km ke Timur Laut Sandakan, Sabah.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan Perairan Sabah (Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman),W.P Labuan dan Sarawak. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Aku suggest korang selalulah baca update jabatan meteorologi malaysia ni. kat facebook selalu update info-info terkini mengenai keadaan cuaca di Malaysia. (link)

Dan info mengenai pergerakan taufan ni selalu diupdate setiap 3 jam sekali. Boleh baca kat website rasmi (link) mereka Walaupun website memang tak lawa. tapi info sangat tepat. Kat bawah ni edisi terbaru 12 tengahari 31 Disember


Jadi Malaysia tak kenalah?

Untuk update, taufan ni still jauh dari semenanjung. Aku bukanlah pakar nak forecast bagai, tapi yang kata 90% Malaysia kena tu tak tepatlah saja ditokok tambah. Kalau jadi 100% pun tak mustahil tapi sehingga sekarang, hanya amaran berjaga-jaga untuk kawasan laut je. 

Hati-hatilah sebarkan maklumat tu. Niat nak suruh berjaga tu dah betul dah, tapi kalau bagi maklumat salah tu dah tak betul dah. Aku takut nantinya banyak sangat maklumat tak betul kita dapat, sampai dah tak peduli datang maklumat betul kita buat tak peduli, haaa, naya jadinya

Semoga Malaysia aman, dah banyak tragedi berlaku tahun ni, tahun dukacita untuk Malaysia.....


pss : aku akan update kat twitter aku pasal taufan ni ya


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Misteri di mana PM Malaysia ketika banjir terjawab

Amaran awal, ni bukan entry politik ya

Sekarang ni Pantai Timur khususnya di Kelantan ni boleh dikatakan banjir teruk. Kat bandar KB (25/12/2014) sekarang ni sedang slow-slow air naik. Takda signal nak reda. Tak kira kat bandar lain seperti Tanah Merah, Kuala Krai yang lagi teruk

Pengkalan Chepa


Kat group whatsapps yang aku join, rata-rata duk sibuk pasal banjir. Ada rumah yang sebelum ni tak kena pun banjir, air melimpah separuh rumah. Kesian. Kat hospital pun air dah naik. huh! Minta-minta semuanya selamat

HRPZ, harap2 takde kes ibu nak bersalin masa ni!



PM kat mana? PM kat mana?

Actually aku pelik jugaklah kan, banjir-banjir macam ni pemimpin kita takde bagi sidang media ke, at least kat Buletin Utama tu nampak la jugak pemimpin kita bagi makanan ke, bantuan ke. Walaupun tak ikhlas tu bukan hak kita nak tentukan ye tak? Tapi untuk kali ni - belum ada nampak bagi pengumuman pun belum

pelik!

Sehinggalah tadi aku ada terbaca di wall fb - PM main golf!

Hurmm, aku ni bukannya mudah percaya sangat dengan berita-berita ni, banyak tak betul dari yang betul. Macam kata bekalan elektrik kat kelantan akan terputus tu, memang tak logik pun ada berita tu. Dan memang sah ia tak betul. So, aku baca berita macam ni.... ni kerja nak burukkan PM la ni. Sampai hati mereka ye tak ambil kesempatan...

Tapi....

President Obama, left, smiles at Malaysian Prime Minister Najib Razak as they play golf at Marine Corps Base Hawaii's Kaneohe Klipper Golf Course in Kaneohe, Hawaii on Dec. 24, 2014 (AP / Jacquelyn Martin)


Setelah aku ke website washingtonpost (klik link bawah) memang betul pun berita tu! tarikh 24 december ok)


aiyoyo......

Tak nak la komen apa-apa, mungkin urusan kerja yang kita tak tahu ke apa ke, tapi.... adussss.... tak reti nak komen dah.


Bantuan untuk mangsa banjir

Aku tak boleh nak komen sebab aku tak terlibat secara langsung dengan bantuan banjir ni, tapi menurut kawan aku memang bantuan tak sampai, kalau sampai pun sedikit. RM 3000 jadi RM 100 je dapat. Ada yang ke pusat pemindahan je dapat, walaupun rumah dah roboh, tumpang rumah sedara tapi takleh nak claim sebab tak tinggal kat tempat pemindahan. Macam-macam la

So, harap sangat musim-musim musibah ni, janganlah kita tambahkan lagi musibah orang tu. Jalankan amanah orang dah bagi, kena persoalkan kot!


pss : aku suggest kalau korang nak bagi bantuan, bagi dalam bentuk DUIT/CASH, nak bagi biskut ke, beras ke pun boleh, tapi kalau boleh priority cash. kesian rumah tenggelam terus pun ada....

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pendapat aku mengenai 'i want to touch dog'

Ada 3 pengalaman aku dengan anjing. Malangnya ketiga-tiga tu tak berapa nak elok untuk dikenang. Pertama dikejar anjing ketika larian merentas desa masa sekolah rendah. Lihat walaupun dah berbelas tahun tapi masih aku ingat dengan pengalaman tu. Ngeri! Kedua juga dikejar anjing masa aku joging kawasan rumah mertua aku di sungai petani. Ketiga yang terbaru, juga dikejar anjing juga di kedah.

Anjing memang suka kejar orang eh?

Ok. Aku bukan nak cerita pengalaman aku dengan anjing (ceh padahal dah cerita punn) tapi nak cerita pendapat aku mengenai Event "I want to touch dog" yang diadakan hujung minggu lepas

Pelik jugak benda ni tak kecoh sangat, mungkin sebab tak melibatkan politik sebab tu tak kecoh kot. Cuba isteri PM kita anjur konfem kecoh satu dunia


Kenapa aku tak bersetuju

Kalau korang nak label aku sebagai konservatif tu hak korang tapi kena baca dulu explanation atas apa aku tak setuju. Aku setuju dengan tujuan diadakan cuma tak setuju tentang pelaksanaan. 

Gambar dari internet

Kat sini aku tak mahu cerita hukum hakam - boleh google (website jakimlah) sendiri hukum pegang anjing, jenis najis, perbezaan mazhab so on so on, cumanya aku nak bawa kepada satu benda yang entah korang perasan atau tidak akan gerakan sedunia - open minded

Bunyi macam stylo aje open minded. Lawan open minded? KUNO

Actually kita ni (baca orang Islam) sangat beruntung kerana kita mempunyai mukjizat teragong iaitu Al-Quran sebagai panduan. Kita tak payah nak ikut-follow 100% akan undang2 atau buku yang dicipta manusia sememangnya ia tak sempurna. Alquran dah bagi berjuta (baca banyak) panduan untuk kita

Sebagai contoh riba adalah haram. Ada sebab kalau kita kaji
Lagi contoh arak haram, juga ada sebab

Open-minded tak salah, cuma perlu ada sempadan yang kita kena patuhi. Sempadan itu adalah panduan yang ada di dalam alquran. Kita ni jenis yang bukannya kaji sangat Alquran, kenalah tanya orang bijak arif tentangnya

Sekarang ni sorry to say gen-y seusia dengan aku memang kearah open minded tanpa sempadan. Elok kita rasa, macam best je macam ok je, terus kita kata ok. Walhal beberapa perkara memang tak wajar untuk dilakukan

Gerakan open minded ni serba sedikit dah menggugat akidah tanpa kita sedari. Nauzubillah


Saya mahu sentuh anjing

Mudahnya orang kita kata - anjing ciptaan Allah, walaupun najis lepas tu samaklah balik. Mudahnya

Lepas ni lagi mudah - minumlah arak, lepas tu muntah balik

Lepas ni ada lagi - jom zina, lepas tu bertaubatlah

Kat negara barat berada serumah tanpa kahwin dah dilihat normal. Perlu tinggal serumah dulu barulah kalau serasi kahwin. Barulah usia perkahwinan tu akan panjang

Lihat logik memang ok, tapi dah agama kita cakap haram zina ada sebab kenapa macam tu. 

Hari bogel sedunia. Hurmmm tak lama lagi tak mustahil akan ada di Malaysia benda ni. Kita yang marah-tak setuju dilabel kolot kuno

Berbalik kepada "saya mahu sentuh anjing" baik ubah terus kepada "i love animal/dog" 

Sentuh tanpa sebab tu tak dituntut

Sayang tu dituntut

Pelaksanaannya pula, better daripada sentuh anjing baik merawat anjing. Buat free treatment kepada anjing yang cedera, panggil doktor untuk rawat. Kan lagi elok macam tu.


Rumusan (sejak bila ada rumusan ni?!)

Apa-apa pun, sebelum berhenti menulis (panjang jugak menulisnya) mari kita muhasabah diri kita balik, jadikan AlQuran pegangan ULTIMATE kita dan mohon Allah lindungi kita daripada fitnah dunia

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Bahaya tinggal kereta dengan anak kunci

Dah jadi satu kebiasaan untuk aku, kalau nak singgah kejap ke mana-mana aku takkan matikan kereta, keluar kejap, tunaikan hajat then masuk balik - tak payah start kereta dah - konon mahu jimat minyak. Tapi sekarang ni, nak buat benda macam tu rasa ngeri pulak dengan banyak kes berlaku orang larikan kereta ketika tuan keluar daripada kereta


Hilux dilarikan orang

Aku ada kenal seorang pengusaha restoran ni, benda ni pun terjadi kat diri dia. Ketika tu suami dia bawak hilux, jumpa kawan kat tepi jalan, turun dari kereta (tak matikan kereta) tup tup orang masuk dalam kereta dan larikan kereta tu. Menangis tak berlagu la tengok kereta sendiri dibawak orang lain. Depan mata pulak tu, nak kejar lari dengan kereta macam panda kejar harimau la jawab dia takkan dapat!

PANGER namanya


Kisah semalam

Semalam pun heboh kat tv, media sosial yang kereta dilarikan orang di tempat pengasuh. Lagi sadis ada anak ohhh dalam kereta. Kereta tu at least kalau kena curi pun tak pelah boleh beli lain, ni anak oi. Memang teriak la mak dia. Nasib baik anak tu dah tak ape-ape dah sekarang ni tapi moral dia, even kat tempat biasa pun kita kena matikan kereta, bawak anak kunci tu sekali dengan kita kalau nak ke mana-mana


Jangan tinggal anak kunci dalam kereta ketika kita tiada!

Actually aku nampak banyak sangat benda ni orang kita lakukan. Terutama aku yang selalu berada di Kubang Kerian, memang ayah pergi keluarkan duit dalam bank, tinggal anak dalam kereta dengan anak kunci kereta ada dalam kereta. Bukan sekali dua, dah banyak kali. Aku rasa korang pun mesti pernah tengok benda yang sama kan?

Geram mahu curi kereta tu buat ala-ala rompakan nak tengok reaksi si bapak macam mana!

Sebab tu ada peribahasan jangan terhantuk baru terngadah (eh betul ke?) Sebab 'kedegilan' dan sikap 'ketidakpedulian' kita ni membuka peluang kepada orang yang memang ternanti-nanti 'rezeki' di depan mereka tu. Bagus jugak ada berita-berita macam ni, at least dapat mengingatkan kita supaya tak buat benda yang sama. 

Jangan dah terjadi, baru nak menyesal sudahhhh

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Bersenam pada waktu malam jejas kesihatan?

Semalam, artikel yang paling banyak dikongsi di timeline aku adalah mengenai bahaya bersenam pada waktu malam. Keratan akhbar kosmo


Kalau kecik sangat tak boleh baca, ni ringkasan dia

  • Bahaya sebab badan perlukan rehat yang cukup
  • Selepas kerja seharian, paksa diri untuk bersenam menyebabkan badan jadi lesu
  • Juga memaksa tekanan darah jadi tinggi dan akan menyebabkan masalah jantung
  • Boleh bersenam tetapi jangan bersenam berat
  • Bersenam pada waktu malam juga akan menggangu tidur
  • Cadangan untuk beriadah adalah pada pukul 6-9 pagi

Baca kat ruangan komen, memang ramai yang tidak setuju. Aku sendiri pun, tak setuju. Perkataan 'bahaya' tu terlalu dominan, kuat sangat macam nak kata tak boleh. Dari segi kesihatan, memang terdapat 'perselisihan pendapat' mengenainya adakah senaman pada waktu malam boleh menjejaskan kesihatan. Aku cuba google dan dapati kenapa senaman waktu malam TAK ELOK
  • Kaitan dengan paras andrenalina
  • Suhu badan yang akan mengganggu tidur
  • Paras endhorphine meningkat
dan takde pulak ada kaitan dengan jantung! Mungkin doktor tu ada kajian sendiri, atau memang publish aku tak jumpa, entahlah


Bersenam pada waktu malam?

Pendapat akulah, kalau ada masa lain untuk bersenam, pilihlah waktu lain. Tapi kalau takde, malam pun ok. Cuma takdelah sampai ke tahap 'bahaya' yang memang tak boleh terus (sesetengah kes adalah tu sebab kena rujuk kepada org pakar) cuma senaman waktu malam memang masanya tak sesuai. Sama jugak dengan makan pada waktu malam, juga tak sesuai. Sebabnya pada waktu malam badan dalam resting mood, metabolism tak kuat bekerja. Paksa, tak sukalah dia.

Dan memang betul, senaman paling elok adalah pada waktu pagi! Kalau macam orang Jepun, budaya dieorang bersenam pukul 5 pagi! Sebelum subuh lagi tu. Kita mampu ke? Boleh kalau ada tekad!


Fusal pada waktu malam

Sebab dah gambar tu tunjuk orang main futsal, lepas tu cakap bahaya bersenam - seolah nak cakap main futsal waktu malam tu tak elok. Entah korang main ke tak futsal, bagi orang yang main, takdelah teruk sangat berpeluhnya. Dalam paper tu takdelah cakap yang main futsal waktu malam tu bahaya tapi seolah cakap macam tu. Tu yang buat tak senang hati tu termasuk aku. haha. Jejas bisnes gini. hehe.

Apa-apa pun, semua tu pendapat. Ni pun pendapat aku je. Nak lagi kepastian, temui orang yang pakar. Kalau tanya aku - main ajelah daripada duduk depan tv at least boleh keluarkan peluh, lepas tu tidur fuuuhh best teramat!!


pss : sex pun salah satu 'senaman' libatkan kalori tinggi. Takde pulak artikel keluar 'bahaya sex waktu malam' hahaha

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Restoran Insaf, insaf dah tak datang!

Beberapa hari ni kerap orang share kat facebook mengenai satu restoran mamak di KL yang charge harga yang melampau. Restoran Insaf katanya. Dan kat bawah ni aku ambil dari FB orang yang share tu


Memang insaf lah lepas makan tu dah tak makan kat situ lagi lepas ni. hehe


Restoran Mamak

Kebiasaannya, memang aku kalau ke KL kedai mamak jadi tumpuan. Entah DNA apa yang ada dalam badan ni, memang sangat ketagih dengan ayam madu. Nasi + ayam madu + sayur kubis. Tu je menu aku. Tak kiralah kat Putrajaya, Shah Alam mahupun kat KL, memang itu ajelah menu aku makan. Kebiasaanya, harga tu dalam lebih kurang RM 6.00 ke RM 8.00. Yang paling murah kat food court KLCC RM 4.50 je. macam tak caye ada lagi yang jual bawah RM 5 hidup macam ni. Kat KLCC pulak tu

Sebenarnya, yang menjadi isu adalah LABEL HARGA. Aku tak tahulah resoran insaf tu ada letak harga ke tak (kalau ada pengalaman komen kat bawah ni ya) tapi kalau dieorang letak, mungkin silap kita sebagai pengguna sebab tak perhati betul-betul. Mungkin korang kata still tak logik dengan harga tu - nasi putih RM 3??? - tapi dah tu harga dia nak buat macam mana

Bak kata PM kita - rakyat kena pandai memilih

Cumalah bagi pendapat aku, orang kita ni jenis tak kuat komplen. Komplen mulut dan facebook tu memang banyak, tapi komplen kat badan berwajib kurang. Kalau rasa teraniaya, cepat-cepat buat laporan. Even bukan kat kedai mamak - kat kedai biasa pun kalau tak letak tanda harga memang salah. Tu hak kita, memang kena manfaatkannya betul-betul

okeh, itu saja entry pendek.

excited ni nak makan ayam madu lagi. haha.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Lagi laju dari kelajuan cahaya

Memang dah terbukti, masyarakat kita memang orang yang cukup prihatin. Tapi sayang, prihatin itu digunakan ditempat yang tak sebetulnya. Berita kes Villa Nabila dan juga ada tahi kat satu restoran terbukti betapa prihatinnya masyarakat kita


Villa Nabila

Kata mereka (banyak versi)

  • 30 orang masuk, 7 je berjaya keluar
  • bunyi suara-suara yang minta tolong tapi tiada yang jasad yang kelihatan
  • berhantu dek kerana ada mayat yang disembunyikan dalam dinding

Sebenar
  • seorang hilang


Restoran ada tahi

Kata mereka (versi popular)
  • ada tahi dalam peti ais
  • digunakan sebagai pelaris kedai mereka

Sebenar
  • ada org share status pasal tahi ni, pastu ada org lain prnt scrn buat seakan 'stylo' untuk dishare, pastu ramai lagilah yang share-share. 

Lagi laju dari kelajuan cahaya


facebook warrior 

Kalau ada berita pelik, cepat sahaja orang kita mahu kongsi. Entah kat mana nikmat berkongsi benda-benda yang tak betul ni pun tak tahu. Mungkin rasa diri tu hebat berkongsi berita yang baru dan masing-masing nak jadi orang pertama. Mungkin lah. 

Pengajaran untuk kita supaya berhemah di media sosial ni - terlajak perahu boleh diundur, terlajak post kat fb tak sempat nak didelete!

berhati-hatilah ya

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Selamat datang ke Malaysia : Nak mati lebih murah daripada nak hidup

Sentap jugak baca paper Singapore ni, dari The New Paper yang tajuk utamanya, muka depan pulak tu - Welcome to Malaysia where....... death is cheap and staying alive costly


Wake up call!

Ramai yang kata takda salahnya dan sememangnya betul pun apa yang ditulis dalam paper tu, ya lah nak upah pembunuh upahan hanya RM 5000 je berbanding kos sara hidup yang sememangnya tinggi. Katanya macam wake up call kepada kita. Tapi lah bagi aku, benda ni macam tak beretika!

Kalau tengok kat negara mana-mana pun, semuanya lebih kurang sama walhal kalau kat Singapore tu kes bunuh diri yang memang free je pun banyak. Jadi tak payahlah nak kata yang Malaysia je yang buruk. Tak gitu?

Mungkin niat penulis tu nak highlight kejadian tembak mati oleh pembunuh upahan kat Malaysia ni berleluasa, tu yang keluar tajuk macam tu kot. Tapi still, tak sepatutnya ditulis macam tu. 


Malaysia masih aman

Sekarang ni entahlah, takut sebenarnya tinggal kat negara sendiri. Kes tembak menembak kerap sangat berlaku. Main pembunuh upahan pulak tu. Harap sangatlah PDRM buat kerja 200% untuk tangani kes-kes macam ni. Nikmat keselamatan yang kita ada selama ni, dah hilang dek kejadian tembak menembak ni. 

Runsing oohh! 

Semoga Malaysia kekal aman!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Dialog puasa dengan orang cina

Jadi semalam heboh dengan gambar alvin dan vivian yang 'mempersendakan' agama Islam dengan memaparkan gambar mereka berbuka puasa dengan babi. Aku buat 'sesungut' tu sebab masing-masing ada intepretasi sendiri. Mungkin ramai orang menganggap gambar di bawah ni sebagai mempersendakan. 



Tapi aku lebih kepada memperbodohkan diri sendiri

Bagi aku yang tahu serba sedikit pasal dieorang, memang dieorang berdua tu 'terlalu terbuka' untuk segala hal. Video dan gambar yang banyak kearah benda yang bodoh-bodoh, seakan mencari publisiti murahan, mahu kejar 'glamour' Nasihat aku kepada dieorang, pergi jumpa boboi, belajar cara boboi jadi glamour di internet macam mana. Sampai orang mintak dia jadi pelakon lagi sekarang!

Aku pun ramai kawan cina, ramai kawan yang bukan beragama Islam. Rata-rata bila aku tanya pasal dieorang ni, ramai yang kata 'sewel meh, jangan layan lo' Jadi kita sebagai orang yang tak sewel, tak payah nak marah-marah sampai seluruh dunia tahu, rasa tanggungjawab, buat report. Malas nak buat report kat pihak agama, report kat facebook pon ok

acc fb dieorang pon dah tutup dah... mungkin untuk sementara


************

Suatu hari, joegrimjow ke kedai runcit ah seng untuk membeli barang

joegrimjow : ini soya berapa?
taukey : RM 2.30

joegrimjow : alaaa taukey, cukupkan ja la RM 2
taukey : ok ok, sebab lu posa, bagi RM 2 ja la. diskaun diskaun

joegrimjow : haaa, macam tu la bagus
taukey : hehe..... eh, mau tanya sikit boleh ka?

joegrimjow : tanya apa?
taukey : lu puasa kan, apasal masa lain-lain? kejap 7.30, kejap 7.32, kejap 7.35, lepas tu turun pulak 7.28, 7.20. apasal tiada masa yang stick r?

joegrimjow : kiteorang ikut waktu semayang la. 
taukey : tak boleh ka stick satu waktu? beza 2-3 minit ja meh, 7.30 ja bukak posa. tak boleh?

joegrimjow : tak boleh tak boleh....
taukey : apasal tak boleh?


joegrimjow : taukey biasa bukak kedai pukul brapa?
taukey : 8 pagi

joegrimjow : esok taukey bukak pukul 8.30 boleh?
taukey : boleh la meh, taukey sendiri meh. hehe....

joegrimjow : ok ok. katakan taukey bukak kedai macam tesco. hari ni bukak pukul 8, esok bukak 8.15 boleh?
taukey : haiyaaa... mana boleh. nanti customer lari. dieorang pergi mydin pulak la....

joegrimjow : haa, tau pun. sama la kiteorang. agama kiteorang ajar tepati masa. ikut masa. kalau dah pukul 7.32, 7.32 kena bukak puasa dah. 
taukey : oohhhh.... itu macam ka

joegrimjow : mesti la


Muka bangga, puas hati hari ni dapat bagi ilmu baru kepada orang non-muslim. Moga-moga dia paham dengan penerangan yang diberikan. Tapi ada satu ayat yang buatkan joegrimjow kembali tersentap


taukey : habis tu... apasal semalam lu kata semalam nak datang sini pukul 10, pukul 11 baru datang? kata tepati masa, kata agama ajar tepati masa?


joegrimjow hanya mampu cover dengan berkata 'i lupa.... hihihik'


pss : orang tengok apa yang kita buat, bukan apa yang kita kata

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kisah baby berdarah di Hospital Kota Bharu

Lewat petang semalam antara gambar paling kerap keluar kat timeline fb aku adalah gambar bawah ni. Ramai betul yang share gambar ni. Cukup prihatin gitu rakyat Malaysia ni kan?


Alright, aku nak kupas benda ni 2 sudut. Here we go, jom baca!


1) Cepat sangat sebar-sebar cerita

Macam aku kata di awal tadi, rakyat kita cukup senang nak share benda-benda yang hangat macam ni. Aku tak kata gambar ni tipu, tapi 'cerita' kat gambar tu yang kalau baca pun nampak something wrong. Mana taknya, nampak sangat nak blame kat jururawat. Takkanlah nurse (manusia) nak bagi baby berdarah macam ni. Mesti ada kesilapan (manusia) yang kat mana yang kita tak tahu. Kita yang tak tahu menahu apa-apa ni, teruslah berprasangka negatif dengan kata nurse tu jahat, tak sayangkan kat baby ke dan macam-macam lagilah. Walhal kisah sebenar - dialog sebenar - kita tak tahu. kan? ke korang ada kat tempat kejadian tu? 

ish3


2) Kenapa hospital kerajaan kena double standard?

Ok, yang ni kita lari sikit dari gambar tu. Aku pun tak tahulah sejak bila mentaliti, apa sahaja milik kerajaan, hospital ke, universiti ke, sekolah ke, kalau ada 'kerajaan' sikit kena ada layanan double standard. Macam kalau yang kerajaan ni semuanya lebih rendah classnya daripada yang berbayar. Kalau takde duit, baru pergi kepada kerajaan. Kalau nak perkhidmatan bagus, kena pergi kepada swasta.

Sebenarnya benda 'mentaliti' macam ni dah jadi realiti sekarang dek orang yang kerja disana tu sendiri yang amalkan benda ni + orang awam pun absorb terus. Actually kalau korang pergi ke hospital berbayar pun, ada jugak layanan yang diberikan tak sepadan dengan bayaran.

Aku ambik contoh ada Nurse kat Gleaneagles Hospital yang kata ayah aku gila - tahun 2004

Ok, berbalik kepada layanan kat hospital kerajaan ni, kenapa yang kerja di sana kena ada double standard? Padahal gaji dibayar kot. Orang ramai? Hello, orang ramai pun kita kerja bukannya dikira per orang, tapi per hour. so kenalah jalankan tanggungjawab kerja tu dengan betul ye tak?

Bagi orang awam macam kita, jom kita ubah. Ada kesilapan yang mereka buat, terus tegur kat situ jugak. Aku pernah tegur sorang nurse kat hospital KB tu yang masam sangat, supaya senyum, baru pesakit suka hati tengok suasana macam tu. Walaupun lepas tu dia still masam, at least aku dah buat dia terfikir. Balik rumah tu fikirlah kot.


Alright, tu saja bebelan awal pagi. BTW aku kat Hospital KB ni, hantar mak buat medical check up. ok je nurse kat sini :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pengajaran dari kematian hari ini

F. Sherwood Rowland

Saintis yang menang nobel prize pada tahun 1995 sebab temui lapisan ozon kita yang semakin menipis dan kesannya kepada manusia sejagat hari ini telah meninggal dunia di usia 84 tahun.




Nurul Nadirah Abdullah



Adik yang hilang 1 march lalu sebab mak leka main facebook sampai suruh adik kecik ini yang bangun pagi dan kelaparan pergi ke kedai sendiri untuk beli makanan - mee segera dan telur - dijumpai mati rentung hari ini


pss : Mati itu pasti, amat rugilah jika kita tidak mengambil pengajaran daripada kematian orang sebelum kita

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Mencari orang yang suka adakan projek komuniti di Kelantan

Berita baik kepada remaja yang berada di Kelantan, sesiapa yang berminat untuk adakan projek komuniti di kawasan Kelantan, terutama di kawasan kampung atau pedalaman, boleh hubungi aku sebab aku ada kemudahan untuk diberi


Dana disediakan

Dana untuk adakan projek ini disediakan. Sebut dana ni tak payah bayar balik. Paling minimum boleh mohon sebanyak RM 10000 hinggalah paling banyak tak dinyatakan nilainya. 


Siapa yang layak memohon

Aku sedang mencari kalau boleh pelajar university/kolej yang aku tahu begitu banyak masa terluang di waktu luar kuliah yang mempunyai idea-idea untuk menjadikan rakyat Malaysia terutamanya di Kelantan lebih maju dan proaktif. alahai, skimanya. Yang penting, ada team untuk lakukannya. dan kesemua ahli team lagi teruja untuk adakan aktiviti berbanding dana yang dapat. Bukan rakyat Kelantan boleh je nak mohon cuma projek mesti dibuat di Kelantan sahaja.


Syarat aktiviti

  • Tak berkaitan dengan politik
  • Kelebihan diberi kepada tempat projek kawasan luar bandar
  • Aktiviti one-off atau berbentuk bulanan semua boleh
  • Kesan dari projek itu dapat oleh para peserta


Bagaimana untuk memohon

Hantarkan kertas kerja kepada (kalau boleh dalam in english) kepada aku joegrimjow@gmail.com. Make sure kertas kerja tu lengkap sekali dengan belanjawannya sekali. Kalau ada projek tengah running sekarang dan nak kembangkan lagi, boleh jugak untuk memohon. sama, semua email kepada aku.

Permohonan akan tamat pada 20 March 2012 

Sebarang pertanyaan aku tak layan di email, nak tanya soalan call terus 0169640972. 


pss : mohon share ya kepada yang mungkin berminat

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW