Share
Memaparkan catatan dengan label pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendapat. Papar semua catatan

Apa akan berlaku 5 tahun akan datang?

Terbaca satu artikel kat mashable rasa rajin nak kupas dalam blog ni. Boleh baca kat link ni (klik sini)

Malas baca? hehe. takpe aku tulis kat sini serba sikit. 5 tahun akan datang IBM predict benda ni akan berlaku

  • Bilik darjah yang akan belajar dengan kita
  • Beli barangan secara offline lagi banyak dari online (errr, pelik!)
  • DNA akan doktor digunakan untuk pastikan kita sihat
  • Ada penjaga digital untuk memastikan selamat semasa online
  • Bandar lebih mesra penduduk - sangat mesra

Aku translate ikut suka hati je. haha. ni gambar aku tampal kat sini







Cuma nak komen  satu benda je, yang no 1 tu. Pasal bilik darjah tu. Memang kalau bab pendidikan ni aku teruja nak komen lebih-lebih. hehe. Ok, katanya sekarang ni wujud batasan untuk seseorang cikgu kenal pasti muridnya tu cenderung ke arah mana. Kalau setakat 5 orang pelajar dengan seorang cikgu oklah, ni sampai 20 ke 30 memang susah. Aku dulu masa darjah 6, 44 orang satu kelas. haaa, korang pun mesti lebih-lebih jugak kan

So nanti 5 tahun akan datang (dah ada yang dah buat pun sekarang ni) bilik darjah tu sendiri akan kenal pasti anak murid tu cenderung ke arah mana. Math ke, sains ke, agama ke dan dia akan bagitau kat cikgu tu terus. entah macam mana sistem pun aku tak tahulah tapi bunyi macam cool je kan? 


Pendidikan kat Malaysia

Bagi akulah kan, kalau prediction IBM tu untuk 5 tahun akan datang, aku rasa kat Malaysia ni nak sampai sistem tu mungkin lebih lambat lagilah. Sampai sekarang aku rasa (entah korang rasa ke tak) sistem pendidikan kita ni sangat kurang bagi 'persiapan' secukupnya untuk melangkah ke alam kerja. Start dari tadika hinggalah ke university - aku rasa sistem perlu dirombak dan perbaharui dengan benda yang 'life' 

Sekarang ni negara kita dah banyak sangat kes kes sosial yang cukup gerun kalau nak cakap. Ada yang kita tak imagine langsung pun boleh berlaku. Silap sistem pendidikan la ni. 


so so so, kalau ada yang boleh bawak sistem yang IBM kata ni ke Malaysia lebih awal, mungkin kita ni akan jadi negara yang lebih ok. kannnn


pss : kurang 5 tahun lagi pilihanraya. wahahaha

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kisah baby berdarah di Hospital Kota Bharu

Lewat petang semalam antara gambar paling kerap keluar kat timeline fb aku adalah gambar bawah ni. Ramai betul yang share gambar ni. Cukup prihatin gitu rakyat Malaysia ni kan?


Alright, aku nak kupas benda ni 2 sudut. Here we go, jom baca!


1) Cepat sangat sebar-sebar cerita

Macam aku kata di awal tadi, rakyat kita cukup senang nak share benda-benda yang hangat macam ni. Aku tak kata gambar ni tipu, tapi 'cerita' kat gambar tu yang kalau baca pun nampak something wrong. Mana taknya, nampak sangat nak blame kat jururawat. Takkanlah nurse (manusia) nak bagi baby berdarah macam ni. Mesti ada kesilapan (manusia) yang kat mana yang kita tak tahu. Kita yang tak tahu menahu apa-apa ni, teruslah berprasangka negatif dengan kata nurse tu jahat, tak sayangkan kat baby ke dan macam-macam lagilah. Walhal kisah sebenar - dialog sebenar - kita tak tahu. kan? ke korang ada kat tempat kejadian tu? 

ish3


2) Kenapa hospital kerajaan kena double standard?

Ok, yang ni kita lari sikit dari gambar tu. Aku pun tak tahulah sejak bila mentaliti, apa sahaja milik kerajaan, hospital ke, universiti ke, sekolah ke, kalau ada 'kerajaan' sikit kena ada layanan double standard. Macam kalau yang kerajaan ni semuanya lebih rendah classnya daripada yang berbayar. Kalau takde duit, baru pergi kepada kerajaan. Kalau nak perkhidmatan bagus, kena pergi kepada swasta.

Sebenarnya benda 'mentaliti' macam ni dah jadi realiti sekarang dek orang yang kerja disana tu sendiri yang amalkan benda ni + orang awam pun absorb terus. Actually kalau korang pergi ke hospital berbayar pun, ada jugak layanan yang diberikan tak sepadan dengan bayaran.

Aku ambik contoh ada Nurse kat Gleaneagles Hospital yang kata ayah aku gila - tahun 2004

Ok, berbalik kepada layanan kat hospital kerajaan ni, kenapa yang kerja di sana kena ada double standard? Padahal gaji dibayar kot. Orang ramai? Hello, orang ramai pun kita kerja bukannya dikira per orang, tapi per hour. so kenalah jalankan tanggungjawab kerja tu dengan betul ye tak?

Bagi orang awam macam kita, jom kita ubah. Ada kesilapan yang mereka buat, terus tegur kat situ jugak. Aku pernah tegur sorang nurse kat hospital KB tu yang masam sangat, supaya senyum, baru pesakit suka hati tengok suasana macam tu. Walaupun lepas tu dia still masam, at least aku dah buat dia terfikir. Balik rumah tu fikirlah kot.


Alright, tu saja bebelan awal pagi. BTW aku kat Hospital KB ni, hantar mak buat medical check up. ok je nurse kat sini :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Apa guna kaunter express?

Hari ni berkesempatan tengok cerita The Hobbit dengan cik bini kat Alamanda. Serius cerita yang panjang gila dan kalau korang plan nak tengok baik tak payah la. Aku bagi 2 bintang. Ok ok, bukan nak cerita pasal The Hobbit, tapi nak cerita pasal kaunter express

Tapi ni bukan kaunter express wayang ke apa, tapi kaunter express pasaraya!


Beli 2 barang kat carrefour tadi, ingatkan nak cepat sebab tak mahu singgah kat kedai runcit untuk beli barang tu tapi apakan daya semua kaunter penuh. Huh, macam lama jugak kena beratur ni. Terpandang satu kaunter dia tulis 'Kaunter Express' Khas untuk 10 barang ke bawah. Memang kaunter tu untuk aku la tu

Tapi kaunter tu pun ramai orang jugak!

Tapi (apsal banyak sangat tapi ni??) dah nama kaunter express mestilah semua cepat ye tak. Takdelah kena tunggu lama sangat sebab mesti barang yang custmr nak bayar bawah 10 barang semuanya. Tapi (ceh tapi lagi!) sangkaan tu tak tepat, kaunter express la sangat yang orang duk beratur kat situ ada yang penuh troli


Kat depan aku ada sorang pak cik yang berbaju kemeja - baru habis kerja agaknya - beli air kotak soya dan sebotol air minuman. Ok, pak cik tu ok. Yang masalahnya orang kat depan pak cik tu ada sepasang lelaki perempuan yang tengah nak bayar mak oi, troli penuh barang! Dan yang tak bestnya, dia boleh buat muka tak bersalah dan 'adik' yang jaga kaunter tu pun tak berkeras suruh pergi beratur ke kaunter lain


The best part?

Ada dua orang perempuan yang beratur kat belakang aku siap bagi idea lagi kat pasangan banyak barang tu 'alah, lambat dah ni, scan je bayar semua barang tu, apa susah' Nak tahu kenapa die cakap macam tu, sebab dieorang pon ada satu troli penuh barang jugak!


Mentaliti ohhh mentaliti

Actually benda ni benda kecik. Tak perlu pun aku tulis dalam blog ni. Tapi (Ahaaa tapi lagi!) benda kecik macam nilah yang jadikan sesuatu perkara tu leceh. Alangkah baiknya kalau kita semua praktikkan kaunter express tu, bolehlah aku, pak cik yang nak bayar air soya tu dan banyak lagi orang yang nak beli barang bukannya satu troli selesaikan urusan cepat-cepat. Tu kegunaan kaunter express. Nak cepat sebab tak nak beratur panjang kat kaunter lain, semua nak cepat ye tak?


Ada lagi benda kecik seperti buang sampah dari kereta - alah buang kulit coklat je pun - tak tutup lampu lepas guna - aku bayar bil lektrik kot, suka hatilah! - tak flush balik bila dah satel buang air besar - heheee...... terlupa bang..... - dan banyak lagilah yang rasanya kecik tapi kalau kita ubah hidup ni akan jadi lebih best untuk didiami

Jadi, aku nak ajak korang - JOM BERUBAH - kita sama-sama jadi masyarakat Malaysia yang lebih prihatin dengan tak pandang benda yang 'kecik2' ni sesuatu yang takpe kalau tak buat. Perubahan tu start dari kita, jom ubah!

pss : esok balik kelantan!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Cara nak elak berhutang dengan bank terlalu banyak

Bangun petang-petang, tengok bini kat tepi rasa hidup ni sungguh bahagia. Mintak-mintak perasaan macam ni tak hilang dek masa. Terus kekal gitu. Bahagia tengok wajah bini sendiri. Lepas geliat dua tiga round, solat, ada soalan cepumas dari cik bini

'kita tak nak beli rumah ke?'

adoiii

Bukan tak nak beli rumah, tapi aku ni memang kalau boleh tak nak berhutang dengan bank banyak-banyak dan lama-lama. Tak nak jadi 'hamba' kepada bank, tiap-tiap bulan dapat gaji dari Herbalife, separuh atau lebih duit akan masuk ke duit bank. Aku rasa bukan aku sorang saja macam tu, hampir kesemua rakyat Malaysia macam tu kot. Duit gaji banyak dapat ke bank!



Tengok sekarang ni dengan nilai rumah, nilai kereta memang agak mustahil untuk beli semua benda 'wajib' ni tanpa berhutang dengan bank. Bayar cash rumah?? nak bayar cash tv pun sesak nafas ye tak? Aku rasa benda ni dah macam satu perjalanan hidup, korang lahir je kat dunia, nanti akan berhutang dengan bank jugak bila dah dewasa. 

Permainan duit bank

Bagi yang tak faham istilah bank, BFR, fixed rates dan pelbagai lagi istilah yang memang tak mudah nak difahami, senang je nak tahu banyak mana kita bagi kat bank. Aku amek contoh, loan rumah kita RM 200 000, tapi tiap2 bulan kena bayar kat bank RM 900 selama 25 tahun. Korang darab je, RM 900 x 25 x 12 = RM 270 000. Actually korang bayar RM 70 000 kepada bank dalam tempoh 25 tahun. RM 70 000 wooo, duit RM 70 000 tu macam-macam boleh buat. Tapi tak berhutang kan, tak dapat pulak apa yang kita nak

Macam mana nak elak?

Cara terbaik nak elak adalah korang dapatkan income yang besar-besar sejak muda lagi. Bila dah ada income, menabung dan duit tabung tu yang korang gunakan nanti. Aku ni kira orang bernasib baik jugaklah sebab dapat pendedahan menabung ni masa usia muda lagi. Dan usia muda lagi - belasan tahun aku dah start dapat income aku sendiri yang boleh diisi dalam tabung tu. Takde income, nak menabung ape kan? Haa, apa lagi, buatlah Herbalife diusia muda :)

Dah terlambat dah....

Kalau korang sekarang ni diperingkat yang dalam simpanan tiada duit, boleh korang guna cara yang aku nak kongsi ni. kalau sesuai, teruskan, kalau tak sesuai, tak payah la buat kan? Cara nak beli rumah tapi tak nak berhutang dengan bank terlalu banyak (still berhutang tapi tak banyak)

Langkah pertama adalah korang beli sebuah rumah atau apa-apa je lah yang berupa tempat kediaman - apartment, flat, condo, bungalow yang sesuai untuk korang beli sebagai aset korang. Rumah ni tak perlu besar, just cari yang strategik dan berpadanan dengan gaji korang tu. Kalau aku boleh suggest, cari yang kat bandar dengan harga around RM 200-300 ribu

Langkah kedua adalah SEWAKAN rumah korang tu. 

Langkah ketiga adalah pastikan duit sewa yang korang dapat tu boleh tampung bulan-bulan yang korang bayar kat bank. Kalau tak dapat tampung pun, biar lebih RM 100-200 je sebulan korang kena tambah. Lagi elok, korang dapat duit sewa yang lagi banyak korang bayar kat bank

Langkah keempat adalah depend pada masa berapa lama (aku bajet dalam 5-7 tahun) jual aset korang tu dan beli rumah yang lagi besar dan ulang langkah 1-4 balik

Susah-susah

Benda ni memang bunyinya mudah je kan, tapi cukup susah nak dibuat. Lagipun, dah beli rumah sendiri tapi bagi sewa, korang nak duduk kat mane? Bagi aku, kalau korang bujang, baik mulakan cepat-cepat sbb masa korang bujang boleh minimumkan kos dngn korang sewa di tempat murah-murah. kalau korang dah beristeri sekarang, gunalah income korang buat benda kat atas ni dan income isteri korang untuk tinggal di kawasan yang murah-murah skit. 

Ada cara yang lagi senang untuk tak nak berhutang dengan bank banyak-banyak? sharelah

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

4 perkara yang boleh dilakukan ketika jalan jam

Raya ke3 yang rata-ratanya jalan kat mana pun jam. kan?

Dari facebook hinggalah twitter, semua duk komplen yang jalan jam. Lebuhraya jam, jalan bandar jam, jalan kampung pun jam. habis segenap jalan pun jam. Aku hari ni sempat jugak menempuh jam tapi takdelah teruk sangat. Abang n kakak aku yang gerak ke KL pagi ni dari rumah, sampai sekarang tak sampai-sampai lagi dan masih terperangkap dalam jam

Sabar-sabarlah ya, biasalah tu jam. tahun depan akan bertambah jam lagi!

Jadi sempena semua duk komplen pasal jam ni, jom kita tengok sedikit sebanyak perkara yang boleh dilakukan ketika jam

1) Senyum kat orang tepi



Memang aku sangat suka dengan cara ni. Lagi suka kalau orang kat tepi tu pompuan. lagi lagi suka kalau pompuan tu lawa. lagi lagi lagi suka kalau senyuman tu berbalas. 

oi joe, dah nak kawin, behave!


2) Update status di twitter/facebook


Benda ni walaupun bahaya, tapi aku rasa ramai yang buat. Dengan semua guna smartphone, memang mudah sangatlah. Kalau kat facebook tu aku just baca je la kat timeline, tapi kalau kat twitter, memang twit sesuatu yang menghiburkan hati je lah

Korang yang follow aku kat twitter, tengok lain semacam je twit tu, paham2 je la.... tengah jam la tuuuu


2) Dengar cd motivasi


Benda ni pon boleh dibuat. Beli cd ceramah-ceramah ke, or cd motivasi untuk dipasang dalam kereta buat peneman dalam kereta. Memang terbaik dan lagi terbaik bila jam tu memakan masa 2-3 jam dan korang terpaksa dengar cd tu berulang-ulang kali. 

Turun je dari kereta terus rasa positif gila!


4) Fikirkan idea-idea baru


Banyak sebenarnya idea-idea yang hebat dapat masa kita dalam kereta. tak tahu korang alami ke tak, tapi aku memang banyak. Fikir tentang masa depan, fikir benda yang baru, combine unsur fizik ni kimia tu, memang banyak la idea baru yang muncul

Tup-tup dah sampai ke destinasi. tup-tup idea yang hebat-hebat tadi pun entah ke mana :(


******

Alright, jom kongsi apa yang korang buat masa jam. nak jugak try idea baru dari korang

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa aku bersetuju dengan pelaksanaan AES

Gambar dulu



5 hari lepas memang sangat jauh aku mengembara dengan prius. Dari KB-Putrajaya. Lepas tu Putrajaya-Sungai Petani, sambung pulak Sungai Petani-Penang dan balik semula Penang-Putrajaya. Kemudian keesokkannya Putrajaya-Kuantan, Kuantan-Kuala Terengganu sebab takut nak balik sengsorang pukul 12 malam ke KB dan akhirnya Kuala Terengganu-KB. Total perjalanan 2366km dalam 5 hari!

Menggunakan kereta dalam perjalanan jarak jauh ni memang mencabar. Dari segi jalannya yang aku rasa sangatlah teruk bagi sesetengah kawasan yang boleh dikatakan laluan utama untuk pengguna jalan raya, dengan keciknya - boleh bayangkan tak ada kawasan yang jalan utama tapi hanya satu lane sahaja - memang sungguh menyedihkan. Tak campur cara pemanduan rakyat kita yang memang lemah - bawak slow kat lane kanan, potong q dan macam-macam lagilah. Tapi alhamdulillah, selamat jugak sampai ke destinasi dan selamat pulang kembali

Sebab tu kalau travel aku lagi suka naik pengankutan awam. tapi kali ni terkecualilah sebab banyak urusan sana-sini

Sistem AES

Sekarang ni isu yang sangat-sangat hangat adalah sistem aes - automated enforcement system yang baru dijalankan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membasmi kemalangan di jalan raya. Oh, kemalangan jalan raya kat Malaysia ni adalah antara yang tertinggi di dunia. Memang sangat kritikal dah kemalangan yang berlaku ni, kemalangan maut pun banyak tu yang sedih tu. Mati di jalan raya. Sangat sadis!

Jadi kenapa ramai yang tak bersetuju dengan AES ni? Sebab utama aku perasan orang tak setuju adalah terlalu drastik. Rakyat kita belum ready lagi untuk sistem ini berjalan, tapi kerajaan dah jalankan. AES ni lebih kurang macam ni dia punya sistem

  • Berlaku kesalahan di jalan raya oleh pemandu (setakat ni hanya detect 2 kesalahan je, lebih had laju dan langgar lampu isyarat merah) camera pun tangkap gambar secara automatik
  • Gambar tadi diproses juga automatik dan terus dihantar kepada pihak kawalan AES bagi kenal pasti 
  • pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
  • Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
  • Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.
Bunyi macam sempurna je kan. Tapi tunggulah bila korang balik dari vacation ke apa memang ada banyak surat saman yang akan datang ke rumah - siap ada gambar korang dalam kereta lagi! Masa tu - melayanglah RM 300. piewwww


Kenapa aku bersetuju AES dijalankan

Bagi aku yang memang kerap gunakan jalan raya sebab utama aku bersetuju adalah kerana ia mampu mendidik rakyat negara kita untuk mematuhi jalan raya. haaaa, tengok dah ramai yang angkat kening tanda tak puas hati. rilek-rilek. entry ni takdenye najib bayar kat aku suruh tulis, hanya pendapat awam sahaja. 

Melihat statistik kemalangan yang sangat teruk ni, memang kena buat sesuatu. Penguatkuasaan secara berkomputer ni sebenarnya dah banyak dijalankan di negara-negara lain, memang ada hasil penurunan walaupun sesetengah negara yang buat tak jadi. Macam kat Malaysia ni, kalau nak adakan pendidikan di awal sekolah sebagai contoh, cikgu mengajar kat sekolah patuh jalan raya, tapi bila balik kampung bapak bawak kereta 160kmh walaupun kat jalan kampung. Agak2nya anak ni akan follow siapa? 

Sebab tu kerajaan dah kena melihat pendidikan ni diberi kesetiap lapisan umur. anak2 tu satu, ni yang membawa kereta mak bapak ni lagi-lagilah kena bagi pendidikan!

CUMA CUMA CUMA....

Kerajaan mesti telus KEMANA DUIT SAMAN ni akan pergi. haaa, yang ni satu lagi orang duk pertikai. Aku baca bulan pertama pelaksanaan pun dah 60k saman dikeluarkan. Bersamaan dengan 18 juta tu kalau semua orang bayar saman. Banyak tuuu. Ramai yang kata duit tu digunakan kerajaan untuk bayar BR1M dan juga digunakan untuk pilihanraya - haaa yang tu lagilah rakyat bengang. Kira bagi duit kepada rakyat guna duit rakyat juga. Kerajaan dapat nama! Walaupun macam-macam orang boleh buat tuduhan, tapi kalau berterusan aku rasa ramai yang akan percaya.

Jadi, apa kata bagitau kemana duit tu pergi, dan aku syorkan masukkan terus dalam bajet next year berapa yang dapat dan kemana duit tu pergi. Kalau naikkan lagi taraf jalanraya kat negara ni - aku lagi-lagilah suka!


Oraite, tu sahaja pendapat aku. pendapat korang mungkin lain tak tahulah. suka atau tak, sistem ni dah dilaksanakan dah :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pandangan aku mengenai #Bajet2013

Pertama kalinya aku tak dapat nak ikuti bajet 2013 secara live di kaca tv. Semalam berada seharian di Gua Musang, malam baru balik memang kekangan untuk ikuti bajet 2013 sangat-sangatlah tinggi. Walaupun tak berada di depan TV, memang msg kat iPhone ni sentiasa je masuk. Update dari beberapa kenalan yang memang bersemangat. Entah aku sorang yang dia msg ke atau ramai lagi aku pun tak tahu

Tapi alhamdulillah, pagi ni dah boleh go through semua bajet dan macam biasalah, joegrimjow pun ada pandangannya sendiri. jom yang kita baca

Korang boleh baca sini untuk ringkasan dia


1) Gula-gula untuk rakyat

Aku rasa benda ni yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat kita ya tak? Banyak jugak pemberian berbentuk 'duit' secara terus yang diberi kepada rakyat kali ni, antaranya bonus 1 dan setengah bulan kepada kakitangan kerajaan, baucer buku, BR1M 2.0 yang diberi kepada muda-muda lagi, rebat untuk smartphone dan macam-macam lagilah. korang boleh tengok sendiri laporan penuh dia kat link atas tu

Bagi akulah, gula-gula kepada rakyat ni perlu. Cuma kerajaan kena bijaklah supaya rakyat nampak benda tu besar. Entahlah korang nampak benda tu besar atau tak, sayang sekali gula-gula kali ni takde yang aku dapat. Rebat smartphone tu je lah harapan dia tapi bila tengok untuk yang gaji RM 3000 je, hishh, susah jugak nak dapat tu

Pegawai kerajaan pasti senyum melebarlah, bagus, janji ditepati sudah sampai masa balas budi. hehehe


2) Subsidi untuk rakyat dikurangkan

Yang ni aku sangat-sangat setuju. Bajet 2013 kali ni pertama kalinya dalam 5 tahun ni dikurangkan. Baguslah untuk kerajaan mendidik rakyat dia supaya tidak selalunya bergantung pada subsidi. 11% lebih jugak dikurang tu. Entahlah mungkin harga minyak lepas ni pun naik aku pun tak tahu. Tapi kalau bolehlah kot-kot PM kita Najib baca benda ni, janganlah naikkan harga minyak lagi eh. Kurangkan subsidi benda lain pun sangat ok

Sebab kita ni antara negara no 1 yang mana ratio pekerja kerajaan dengan jumlah penduduk tertinggi, dalam Bajet 2013 kali ni memang elok sangatlah kerajaan dah cuba perlahankan sikit pengambilan kakitangan kerajaan ni. Tingkatkan produktiviti yang sedia ada, cikgu ke, askar ke atau apa lagilah yang berada di sektor awam, tingkatkan produktiviti mereka berbanding ambil yang baru. 


3) Perbelanjaan kementerian PM meningkat-ningkat

Ni yang aku tak setuju sangat-sangat. Bajet kali ni antara kementerian yang paling banyak dapat peruntukan adalah untuk kementerian perdana menteri. Ya memang PM tu penting, ada duit maka dapatlah tunjukkan kredibiliti sebagai PM kan. Mana-mana PM pun buat macam tu. Tapi sejak kebelakangan ni, perbelanjaan di kementerian PM meningkat dengan luar biasa. 3 kali ganda?

Penjenamaan 1Malaysia sebagai contoh tu termasuk sama lah - duit rakyat kot!

Jadi apa kata kalau, cuba kurangkan sikit perbelanjaan di kementerian PM tu dan bagi kepada kesihatan terutamanya, barulah rakyat kita ni sentiasa sihat gitu. Tengok orang update kat facebook hari tu ada gambar PM kita kat LRT, perghh memang banyak tu digunakan. Ya kami tahu janji-janji telah ditepati, tapi tak yah lah nak war-warkan sangat. okeh?


*****


Okeh, itu saja 3 benda pandangan aku. Banyak lagi ni nak menulis tapi sebab hari ni pun sibuk jugak, nak menulis pon sikit-sikit je dapat. Yang nak sembang-sembang pasal Bajet 2013 ni, bolehlah kita sembang2 di club aku kat wakaf che yeh. haaa, bereh?

pss : pendapat korang?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pandangan aku mengenai filem Innocence of Muslim

Masa kat Macau beberapa hari lepas, memang kat time line twitter aku penuh dengan key words 'hina islam' 'watak nabi' 'filem hina nabi' 'innocence of muslim' dan macam lagi lah ragamnya yang menulis mengenai ketidakpuasan hati mengenai sebuah filem yang bertajuk Innocence of Muslim. Yang menambah lagi kemarahan orang Islam adalah pihak youtube tak nak tarik balik video yang bertujuan menghina Islam tu

Hari ni banyak demo diadakan untuk menunjuk ketidak puasan hati kita. Tanda sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW tanpa berbelah-bagi

Salah satu babak


Sebuah pandangan aku

Bagi aku yang sempat menonton filem tu sebelum di buang sepenuhnya (aku tak tengok habis, korang akan tahu kenapa) ada beberapa perkaralah yang aku boleh bagi kesimpulan


  • kualiti video yang tersangat kurang
  • dialog yang memang peringkat tadika je yang mengarang
  • lagak, suasana tempat memang tersangat low class
  • tak terasa dieorang menghina Nabi kita, rasa kesian adalah kepada pengarang yang begitu bodoh hasilkan filem sedemikian rupa


Jangan salah faham pulak yang aku menyetujui filem ini dibuat, tapi kalau korang pernah tengok filem tu sendiri, konfem korang pun rasa sedemikian rupa. Lainlah kalau memang ada sebuah company yang hebat, belanja juta-juta dengan pelakon pun mantap-mantap bikin filem dan filem tu memang khas untuk menghina Islam, memang aku marah, tapi dengan pengarah yang bodoh macam tu hasilkan filem yang tersangat low-class ni, serius aku tak rasa terhina

perumpamaan yang kita boleh aku buat, macam kita kaya raya ada harta berbilion ringgit then ada sorang ni datang ke pintu pagar rumah kita  hina caci maki kita kata kita terima rasuahlah, bukak casinolah, buat bisnes dadahlah. korang rasa terhina ke rasa kesian? aku rasa kesian dengan org macam ni

Tak tak, aku tak salahkan orang yang berdemo tu, tu cara mereka

Point aku kat sini, we are reacting too much! Masih banyak lagi kes yang SEDANG berlaku sekarang ni yang mengganggu-gugat masyarakat Islam. Berapa banyak lagi yang dibunuh di Syria dari hari ke hari dan masih berlaku, di palestine yang masih lagi sampai sekarang tak dapat balik hak tanah mereka dan kat jiran kita Thailand pun nak amalkan Islam pun susah sangat walaupun tempat itu sememangnya majoriti masyarakat Islam

Aku rasa sengaja dieorang bangkit filem bodoh ni, untuk bagi kita lupa dengan jenayah2 yang dah memang mereka SEDANG buat sekarang ni


Filem bodoh

Pelakon dalam filem tu pun sendiri tak tahu yang dia berlakon dalam filem yang menghina Islam. Siap kemukakan saman lagi kepada youtube sebab tunjuk video macam tu. Dan lelaki yang berlakon tu pun tak sebut Muhammad, tapi perkataan lain dan diubah sesuka hati oleh pengarah bodoh tu. 

Tapi jangan terkejut, filem yang bertajuk Dessert Warrior pada awalnya ini telah akibatkan seorang duta US di Libya terbunuh, 3 lagi mati. Banyak kedutaan US diserang di negara-negara lain. Agak-agak orang bukan Islam yang tengok keadaan ni berlaku apa yang dieorang fikir? Macam ni ke apa yang agama kita ajar? 

Janganlah kita marahkan si bodoh, sebab nanti kita terbodoh sama!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kerja sebagai cikgu mudah atau susah?


Setiap pekerjaan kalau tidak disertai dengan niat yang betul, memang akan jadi porak peranda. Apa maksud niat yang betul? Bagi kita yang beragama Islam – niat untuk mendapat keredhaan Allah supaya rezeki yang diperoleh dapat mendekatkan diri kita lagi dengan Dia. Jika tidak ada niat ini dalam pekerjaan kita, tidak kiralah apa bidang kita bekerja, swasta, dalam kerajaan ataupun berbisnes percayalah kerja yang kita akan buat tu macam-macam jadinya

Ada yang curi tulang
Ada yang buat sambil lewa
Ada yang makan gaji buta
Ada yang menipu
Ada yang mengambil rasuah

Walaupun aku ni kerja dalam bidang ketegori bisnes, entry ni aku nak ulas tentang perkerjaan yang dipanggil PENDIDIK dan lebih spesifik yang mengajar di SEKOLAH. Tak kiralah apa yang korang panggil, cikgu ke, guru ke, ustaz ke, teacher ke – korang faham kan golongan yang aku tuju ni kan? Beberapa hari ni entah timeline aku ataupun korang pun alami benda yang sama – meriah dengan orang share link tentang seorang blogger engineer perempuan yang menulis dalam blognya mengatakan kerja cikgu ni 'begitu mudah'

Memang penulisan tu aku sekali baca agak sakit hati jugaklah walaupun aku ni bukan dalam bidang perguruan, tapi tadah je lah, memang ada orang yang macam tu wujud kat muka bumi ni. Jadi aku nak ulas sikit, tentang bidang kerja seorang guru


1) Kerja yang fix, pukul 8 pagi hingga 2 petang



Memang kalau kita tengok kerja seorang guru ni masa kerja dia tak lama berbanding dengan waktu kerja bidang lain. Lebih kurang 7 jam dan kalau ada kelas tambahan adalah dalam 9 jam. Tapi dalam 7 jam pun, hanya berapa jam saja yang waktu mengajarnya. Mungkin 3 hingga 4 jam sahaja. Sebab tu ramai yang jeles dengan bidang perguruan ni. 

Bagi aku tak mengapa waktu yang sikit ni, mungkin itu kelebihan seorang guru tapi asalkan dia memberi yang terbaik sewaktu mengajar, dan persiapan sebelum mengajar, ia dah lebih dari mencukupi. Tambahan pulak akhlak dan sikap anak didik bertambah baik, lagi-lagilah memadai. Ada juga yang buat sambil lewa tu kita tak boleh nak salahkan bidang perguruan ni, tu salah guru tu sendiri yang mungkin aku cakap tadi kerja tak disertakan dengan niat yang betul


2) Buat part time dalam waktu kerja



Ada jugak sesetengah guru yang buat kerja lain semasa waktu kerja. Tak kiralah meniaga kain ke, jual tudung ke, biskut raya ke dan pelbagai lagilah. Macam kat atas tadi, aku rasa benda ni ok selagi tak mengganggu tugasnya sebagai guru. Alah, jangan kata gaji seorang guru tu cukuplah, memang tak cukupnya. Mak aku pernah kata, jadi cikgu ni nak hidup senang boleh asalkan kita kerja dengan betul, tapi nak hidup mewah memang tak. 

Memang nak hidup mewah ni takde benda lain melainkan buat bisnes. Meniaga. Kalau seorang guru tu dapat gaji basic katakan RM 2000, tambah pulak dia buat bisnes part time boleh dapat lagi another RM 1000, bukankah nilai zakat yang dia akan bayar tu bertambah. Masyarakat kita jugaklah yang akan dapat habuan dia. Tak gitu?

Tapi janganlah sampai meniaga tu masa mengajar pun sempat lagi jual biskut raya kat anak murid


3) Buat kelas tambahan pada waktu malam



Tuisyen pada waktu malam ni lagi satu benda yang glamer untuk para guru. Menjadi pertikaian kat sini, seorang guru tu tak memberi yang terbaik semasa dalam kelas tapi masa kat tuisyen bukan main lagi dia bagi komitmen sampaikan muntah kedarah yang join tuisyen dia tu dengan homework yang diberi.

Sekali lagi aku tak rasa benda ni jadi kesalahan. Tak jadi kesalahan kalau dalam kelas dia dah bagi yang terbaik dah. Sebabnya ada sesetengah anak murid ni tak sama macam dengan orang lain. Dia perlukan 'lebih' berbanding orang lain. Jadi tuisyen ni memang untuk orang macam ni. Tapi sekarang ni tak, mentaliti ibu bapa yang menghantar anak ke pusat tuisyen pun rasa pusat tuisyen tu akan bagi lebih baik dari kat sekolah sebab berbayar

Walhal kat sekolah tu pun guru yang mengajar berbayar jugak ye tak?


*******

Cukuplah kot 3 benda yang aku tulis. Panjang-panjang pun jadi tak best pulak nak baca ye tak? Tapi betul, tugas sebagai guru ni paling mudah untuk seseorang tu alpa. Senang untuk curi tulang, senang untuk tidak memberi yang terbaik. Jadi aku nak ajaklah kepada warga pendidik sekarang kita tengok masyarakat kita sekarang, tak payah jauh kita tengok anak-anak murid yang kita ajar tu je macam mana sikap dia, semakin besar semakin ok ke semakin besar semakin teruk? Sebenarnya tu reflect yang kita ajar kepada dieorang. Memanglah bukan salah guru 100% kalau seorang pelajar tu teruk sikap dia, mak bapak kat rumahlah, media massa la, macam2 lagilah, tapi sebagai seorang guru kita pun menyumbang jugak kepada perubahan sikap seseorang pelajar

Kalau korang sebagai guru rasa BERATNYA tugasan korang sebagai guru, maknanya dah betullah tu tapi kalau korang tak rasa apa-apa, pergi sekolah balik sekolah SENANGNY jadi guru ni, korang kena buat sesuatu. Mungkin ada kat mana-mana yang tak kena tu

Selamat mengajar cikgu-cikgu sekalian :)


pss : Jumaat ni jom main bowling jom. lepas solat Jumaat. kawan2 kat kelantan roger2 eh

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa perempuan Malaysia ramai yang curang?

Semalam tak kira di Facebook ataupun twitter, meriah betul dengan keyword 'perempuan malaysia curang' Ini disebabkan Harian Metro ada mengeluarkan berita mengenai satu kajian yang dijalankan dan mendapati perempuan Malaysia adalah ketiga paling curang selepas Ghana dan Thailand. Di dunia ok, wow, sungguh hebat!

Reaksi yang diterima memang pelbagai, ada yang katakan survey yang dilakukan tak betul, ada yang kata tak aci lah sebab lelaki kat Malaysia lagi ramai curang (erk??) dan pelbagai lagilah. Memang kalau korang seorang perempuan dengan statement ni, marah ke tak?

Kalau korang tak pernah curang, tak payah lah nak marah ye tak? :)

Untuk meredakan kemarahan pembaca blog terutamanya golongan hawa, ni ha abang joegrimjow nak back up kaum hawa dengan kaw kaw punya, hehe. Jom kita tengok kenapa perempuan Malaysia ramai yang curang!


1) Pernah dicurangi dan misi membalas dendam!



Aha, ada sejarah pernah kena curang oleh kekasih korang? Kalau ada, mesti rasa tak puas hati dengan golongan lelaki ni muncul dan maka cukup kesianlah dengan si lelaki yang kena curang tu sebab menjadi mangsa balas dendam. Lepas tu lelaki yang kena curang tu pun mencurangi perempuan seterusnya, pastu perempuan tadi curang dengan lelaki lain pulak dan sampailah kesudah curang mencurang ni berlarutan

Kalau letak agama kat tepi, macam ni lah jadinya ye tak?


2) Sedang dicurang dan misi sama ratakan keadaan berlaku


Ada jugak perempuan di luar sana yang ketika ini pasangan mereka berlaku curang dengan mereka. Yang bodohnya pasangan tu tak tahu pun yang perempuan tu tahu. End up perempuan tu kata 'huh, dia boleh curang maka aku pun bolehlah jugak!' Maka proses ini pun terus menerus berlaku dan hubungan yang suci (kalau dah kahwin lah) akan berakhir dengan penceraian. 

Kalau letak agama kat tepi, macam ni lah jadinya ye tak?



3) Terpaksa mencurang sebab misi nafsu tak kesampaian


Bagi pasangan yang dah berkahwin, kahwin mula-mula dulu elok je suami handsome badan 6 pax, tapi dah kahwin 6 tahun, 6 pax tadi dah bertukar 6 lipat. Perut suami dah boroi dan kalau perempuan tu jenis yang kahwin memang atas dasar nafsu, mulalah mencari anak-anak ayam untuk memulakan proses mencurang-curangan ini.

Kalau letak agama kat tepi, macam ni lah jadinya ye tak?


******

tu dia 3 sebab. Semua sebab salahkan pihak lelaki ok. hehe. Nasihat aku kepada yang sedang mencurangi pasangan dia tu, what u give u get back. kah kah kah



pss : 2 minggu lagi nak ke Macau + Hong Kong + China. thank u Herbalife! :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Makan nasi sebelum solat maghrib, lepas maghrib atau lepas tarawikh

'Perut melayu kalau tak kena nasi memang tak boleh'

Ini adalah ungkapan yang biasa aku dapat bila suruh makan nasi sekali sehari je. Entah kenapalah melayu dengan nasi cukup sinonim, aku pun tak tahu. Macam kebanyakan makanan lain, nasi ni bukanlah membawa kepada keburukan tetapi kalau terlampau banyak, ia boleh membawa binasa

Buka puasa blogger 2 tahun lepas

Sempena bulan puasa ni, aku nak kongsi waktu manakah yang sesuai untuk kita makan nasi - ketika berbuka


Makan nasi sebelum solat maghrib

Kebanyakan atau mungkin 95% rakyat Malaysia yang berpuasa mesti makan nasi sesudah je azan berkumandang. Ada sesetengah tu azan je terus suap nasi tanpa minum air atau makan kurma terlebih dahulu. Kalau korang memang tak boleh tak makan nasi lepas berbuka, ni ada beberapa tips nak aku kasi. Sebelum makan nasi, minumlah air susu dan kurma dulu!

Air susu ni sangat penting untuk diminum ketika berbuka. Semasa badan kita tak dimasukkan nasi, pH dalam perut sangatlah berasid. Jadi kita kena neutralkan dulu dengan susu. Makan kurma yang memang kaya dengan serat dan asid amino jadikan badan kita recharge semula. lepas tu baru makan nasi

Nak makan nasi pulak, bersederhanalah, Jangan terlalu banyak sehingga terlalu kenyang, susah nak beribadah!


Makan nasi selepas solat maghrib

Ramai juga orang yang memilih untuk makan makanan berat (contoh nasi) selepas solat maghrib. Kalau korang memilih untuk berbuka di masjid, kebanyakan masjid menyediakan makanan tak berat seperti air dan kurma, kemudian solat dan lepas tu baru makan. Cara ni memang sangat aku tuntut dan suka. Cuma yang tak bestnya, solat maghrib kita tu akan jadi 'cepat' dari biasa - sebab nak cari nasi. kalau boleh control, boleh, yang tak boleh control tu, kenalah pandai-pandai ye. 


Makan nasi lepas terawikh

Aku rasa tak ramai pilih cara ni. Makan nasi lepas terawikh! Walaupun tiada kajian kes ataupun fakta sains yang mengesahkan waktu mana yang paling baik, bagi aku makan nasi lepas terawikhlah yang paling baik. Kenapa? 


Pertama perut kita tak begitu terkejut ketika berbuka. Pilih makanan berkhasiat (contoh kurma, air susu, sup sayur, Herbalife Formula 1) Solat maghrib pun boleh lama sikit, mengaji quran boleh lama sikit dan kemudian bersiap sedia untuk solat isya dan terawikh. Lepas terawikh, baru makan nasi dan pengalaman aku, memang pengambilan nasi tu dah tak banyak lepas terawikh. Cubalah buat, korang boleh rasa sendiri


Oraite, itu sahaja pendapat aku, selamat berbuka dan selamat menunaikan kewajipan sebagai muslim :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pendapat aku mengenai pelajar bawa handphone ke sekolah

Semalam dan hari sebelum semalam aku sibuk menghadiri latihan khas untuk jadi jutawan. wah, sangat best sebab rasa diri begitu bersemangat untuk bekerja. Yang lagi best latihan ni adalah free. ya. free. 2 hari satu malam, penginapan di Hotel Istana, makan minum, ada party lagi malam tu semua free. Memang bestlah. Nanti aku update pasal tu nanti. Masa aku training, duk baca jugaklah tweet kawan kat twitter pasal budak2 sekolah dibenarkan untuk bawa hp ke sekolah mula sesi 2013. Apa lagi, geram je nak update blog, tapi sebab laptop ada tapi charger tak bawa, terpaksa tangguh sehinggalah sekarang

Sejarah aku dengan handphone

Sebab aku dulu pengawas (ketua pengawas lagi tepat) memang aku antara yang begitu skima dengan peraturan sekolah. Aku tak pernah ada handphone sehingga umur aku 18 tahun aku pakai duit sendiri beli handphone P990i Sony Ericcson. Harga RM 1000 lebih ok. Guna duit sendiri ok, bukan mak bapak. Tengok, kecik2 lagi aku dah bertanggungjawab, haha, anak sapa la ni!

Aku tak faham kenapa orang kata dengan handphone kita lebih senang untuk berkomunikasi dengan mak bapak. Macam aku di asrama, tak pernah ada masalah komunikasi pun semasa aku berada di sekolah dengan rumah aku dulu. Jauh tu, kuantan dengan kota bharu. 2-3 kali seminggu call mak ayah pakai public phone, tak cukup dengan tu, dieorang datang ke sekolah untuk tengok-tengok aku.

Semasa waktu kecemasan pun, masa ayah aku masuk ward masa aku form 4 pun mak aku call sekolah dan berita tu sampai elok je ke pengetahuan aku

Pendapat aku, tak bersetuju

Mungkin korang tengok aku ni agak kolot dengan tak bersetuju murid2 dibenarkan bawa hp ke sekolah ni, tapi aku melihat kepada konsep yang lebih luas lagi - fokus budak2 ni akan terganggu. Di sekolah tempat untuk belajar, nanti akan jadi tempat untuk tengok hp siapa yang lagi canggih!



Dah laksanakan ni, kita telan ajelah sambil perbaiki apa yang patut

Memang zaman aku dengan budak2 yang berada di sekolah ni lain dan pendekatan pun mestilah kita gunakan dengan kaedah berlainan. Tapi bagi aku, melihat dengan mentaliti masyarakat dewasa kita sekarang - sebab banyak bergaul dengan golongan ini - masih berada di kelas ketiga, aku runsing anak mereka pun akan sama dan bila meningkat dewasa akan menjadi lebih teruk. Bagi korang yang baca entry ni - entah macam mana boleh sesat kan - sama-samalah kita perbaiki diri dan ajar anak-anak kita untuk manfaatkan kemudahan yang diberikan

Jangan sampai kemudahan ini menjadi kanser yang akhirnya menjahanamkan diri

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wedding of the year, apakah cirinya?

Sampai sekarang di facebook aku masih traffic jam dengan perkongsian gambar dan video perkahwinan Irma Hasmie dan juga Redza Syah. Korang tak tahu? Ish, tak patut betul. Tu maknanya kat facebook korang tak berkawan dengan orang yang semangat nak kawin-kawin ni. hehe

Pendapat peribadi aku perkahwinan ni, sangat sweet!



Dengan pasangannya sama handsome sama cantik
Perjalanan majlis yang nampak sempurna
Gambar-gambar yang - oohhhh, sungguh mempesona

Tak salah kalau aku bagi pendapat, perkahwinan dieorang ni memang BEST!

jom tengok video pre wedding untuk ketahui ceritanya


Apa yang best pasal perkahwinan ni, jalan cerita pertemuan pasangan ni yang seolah tak mungkin wujud gitu. Si gadis yang baru berhijrah, jumpa di tanah suci dengan jejakan idaman, balik Malaysia tak tunggu lama terus bertunang then kawin. Aku yang berada jauh hanya lihat gambar dan video ni pun boleh rasa aura dieorang ni, tak tahulah macam mana pasangan ni hadapinya. Semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat dan zuriat dilahirkan memeriahkan dunia Islam dikemudian hari. wah, ucapan ikhlas aku gitu


Wedding of the year

Dulu aku rasa ramai celebrity2 ni duk kejar gelaran 'wedding of the year' mula2 dulu seingat aku dato k dan siti nurhaliza yang perkahwinan mereka menelan belanja beratus ribu jugak, lepas tu syed muzaphar kot yang angkasawan tu then norman hakim dengan siapa entah yang menelan belanja sampai 12juta. 

Tup tup semua mengharapkan lisa dengan yusry akan buat lagi meriah hebat terhebat sangat sangat gitu tapi perkahwinan mereka simple je but sangat nice. heh. lisa lisa. semakin montel dia sekarang kan?

Bagi akulah, sesebuah perkahwinan tu untuk kita katakan 'sempurna' tak perlu berhabis duit sampai banyak sangat, cukup majlis tu kita dapat kenang ke akhir hayat kita. Yang berada tu, nak buat meriah go ahead cuma jangan sampai membazir. Jangan kejar wedding of the year sampaikan hidup lepas berumah tangga hutang keliling pinggang. 

Al -rite, tu saja perkongsian pendek dari salah seorang yang #teamkawin2012 ni. wahaha, entah kenapa sekarang ni tengok video kawin orang, aku yang excited lebih. wahaha

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Gambar sambutan Maulidurrasul yang menyedihkan




apa pendapat korang?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa perempuan keluar dengan lelaki lain walaupun sudah mempunyai boyfriend

Dalam entry lepas, ramai yang tidak puas hati, kata aku berat sebelah sebab menyebelahkan pihak perempuan. Heh, tunggu dulu sebab entry perempuan lelaki ni memang akan ada sambungan dia (ceh, padahal baru nak buat) Jadi, entry ini adalah sambungan versi perempuan pulak

Istilah 'keluar' masih sama. Nak tahu lebih, baca entry lepas kat sini.

Ok, kali ni berbeza sikit dari versi lelaki sebab perempuan ni kan kompleks. Aku telah mendapat beberapa pandangan dari beberapa kawan yang kena sembunyikan identitinya untuk menjaga kerahsiaan (wah, rahsia gitu) si pemberi maklumat. Tanpa korang perlu baca panjang-panjang, jom kita lihat, Kenapa perempuan keluar dengan lelaki lain walaupun sudah mempunyai boyfriend!!


1) Tak bestlah keluar dengan boyfriend je



Siapa ada boyfriend disini angkat tangan!!! See, hampir 70% yang angkat tangan sekarang. Siapa rasa boyfriend dia tak best angkat tangan!!! see, 99% dari 70% angkat tangan. Korang kena setuju dengan aku, proses hubungan lelaki dengan perempuan ni waktu mula-mula je best. Dah waktu korang kenal – selalu jumpa – update diri kat mana – konfem jadi boring dengan pasangan masing-masing. Sebab tu jangan boyfriend girlfriend lama-lama sangat, bertunang terus. Tak pun ajak kawin. Ha, dah ada komitmen tu, kenalah bagi 100% kasih sayang. Tak gitu?



2) Lelaki tu bersungguh sangat ajak keluar, saya ikut je lah



Ada jugak yang jenis bila lelaki ajak keluar je, terus ikut. Padahal lelaki tu kenal kat twitter je kot. Dah ada boyfriend, buat-buatlah macam ada boyfriend ye tak? Lainlah kalau single mingle, okkkkkk la jugak. Kalau nak jugak keluar, at least bgtau lah boyfriend korang sepatah. Ermmm, tapi buat apa nak bgtau kan sebab boyfriend bukannya ayah or abang or suami korang ye tak?



3) Nak mencukur lelaki yang gatal ajak keluar tu



siapa yang terasa disini? Wah, tak ramai. Bagus betul pembac blog aku ni. Orang kelantan kata – bejurus :p Tapi memang ada perempuan yang dah ada bf ni keluar dengan lelaki lain untuk mencukur lelaki yang ajak dia keluar tu. Dah keluar, demand lah macam-macam. Yang lelaki tu pulak layan je semua. Tapi careful lah, lelaki ni dia bagi sesuatu sebab dia nak kan sesuatu. Haaa, masuk dalam 3gp aku tak tau!



4) Tengah pasang niat nak clash dengan boyfriend



Haa, ada jugak yang spesis yang dia pulak yang sibuk nak ajak lelaki lain keluar walaupun bf duk sibuk kerja nak kumpul duit nak kawin. Sangat kejam tapi itulah kehidupan. Memang kalau perempuan jenis ni, lelaki tu sepatutnya beruntung sebab tak kawin lagi dah curang. Dah kawin nanti konfem-konfemlah curang. Dah pasang niat nak clash, dia kena cari back up. Cari back up dengan berkenalan dengan lelaki lainlah. Nak clash teruskan, siapa pulak yang nak amek kat office kan? Ahakss, ada yang terasa?



5) Boyfriend saya sekarang tak menepati piawaian saya-lah

6) Saja nak flirting

7) BF jauh sangat, ajaklah laki lain keluar teman

8) Ayah saya tak suka dengan Bf saya sekarang, terpaksa cari lain

9) Tak suka keluar dengan kawan perempuan, tak suka keluar sengsorang - what the other choice?

10) Memang dah dasar player


See, aku boleh bagi banyak sebab kenapa perempuan ni keluar dengan lelaki walaupun sudah mempunyai boyfriend. Haa, nak senaraikan semua memang tak mampulah. Sebab tu kita para lelaki, jangan duk kapel panjang sangat, masuk minang terus. Rasa macam tak de duit lagi, fokus cari duit dan bila dah cukup, terus masuk minang, takyah nak kapel-kapel. Perempuan ni cepat sangat berubah, siapa yang susah? kita jugakkkkk yang merana.

Sekali lagi kesimpulan - what goes around comes around. Just careful


pss : Tadi tengok cerita The Muppet, serius best!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa lelaki masih keluar dengan perempuan lain walaupun dia dah ada girlfriend

Menjadi lelaki adalah salah satu perkara yang paling best di dunia ni. Betul kan wahai lelaki-lelaki sekalian kan? Sebab tu aku macam tak paham kenapa manusia yang dilahirkan sebagai lelaki ada yang mengubah jentina untuk menjadi pompuan. Entah apa yang best jadi pompuan sampai nak ubah jentina - serius aku tak paham. Dah jadi lelaki, syukurlah jadi lelakinya!

Ok, entry ni bukan nak kupas isu lelaki tak mahu jadi lelaki, tapi mahu kupas isu lelaki yang terlampau. Kenapa terlampau? sebab entry ini akan mengupas kenapa lelaki masih keluar dengan perempuan lain walaupun dia dah ada girlfriend. Ini boleh dikatakan curang dan terlampaulah kiranya. 


'Keluar'

Maksud keluar disini adalah temujanji atau dating antara lelaki dan perempuan yang melibatkan 2 pihak sahaja. So, bila lepas ni aku guna istilah keluar ni, memang ia bertujuan untuk lelaki tu bermain kayu tiga atau empat atau lima. salah lelaki KAH?

Wait until korang baca sampai habis entry ni, sama ada benda ni salah para lelaki ataupun si perempuan tu? Jom baca kenapa lelaki masih keluar dengan perempuan lain walaupun dia dah ada girlfriend!!


1) Sebab lelaki itu buaya



Lelaki buaya adalah lelaki yang mempunyai ramai awek yang semua apabila dia jumpa dengan awek ini (sudah pasti ditempat berlainan) semua dia kata 'i only love u baby' mungkin jumpa awek yang lain dia kata 'i love u my baby girl' mungkin jumpa awek ketiga dia akan kata 'i love u very much dear' Dia cuba nak elakkan nama sebab takut tertukar, jadi guna ganti nama yang lebih membuatkan si perempuan tu lagi orang kata 'tenang'


2) Sebab lelaki tu memang buaya



Sebab kedua dia keluar dengan perempuan lain sebab dia memang buaya. Bunyi macam tiada beza pon dengan kat atas tu kan? Heh. Jadi kepada para perempuan, siasat betul-betul sama ada bf korang tu ada simpan cinta dengan perempuan lain selain korang atau tidak. Sebabnya, spesis lelaki memang buaya ni sanggup menggunakan apa daya helah termampu untuk membuatkan korang cair dek dunia fana sendiri. at the end, korang menonggeng frust sebab kena clash mentah-mentah



3) Sebab lelaki tu sememangnya buaya


Sebab ketiga pun macam sebab pertama dan kedua tadi. Tiada beza. Dasar lelaki sememangnya buaya ni memang pandai bermain cinta. Tapi korang kaum pompuan kena ingat gak. Mungkin sebab korang selalu mengongkong menjadikan lelaki tu rasa fed up dan seterusnya keluar dengan perempuan lain. dia dah macam sesuai dengan perempuan lain tu, korang pulak kena tinggal. So kena tengok diri sendirilah, sama ada korang ni mengongkong atau tidak. 


Walaupun spesis lelaki sememangnya buaya ini silap, korang pun mungkin ada silap


4) Sebab lelaki tu totally buaya

5) Sebab lelaki tu bapak punya buaya

6) Sebab lelaki tu buaya darat terunggul

7) Sebab lelaki tu buaya yang terlampau

8) Sebab lelaki tu senang di panggil buaya

9) Sebab lelaki tu buaya yang sememangnya buaya

10) Sebab lelaki tu buaya bla bla bla


see, aku tak nampak alasan lain lelaki yang masih keluar dengan perempuan lain kalau dia dah ada girlfriend ni selain alasannya adalah dia adalah BUAYA. kepada lelaki jenis ini, benda ni mungkin kita akan dapat balasan. Balasan apabila kita jumpa PEREMPUAN BUAYA yang jauh lebih hebat dari apa yang kita sangkakan dan masa tu, hati kita akan kecewa rapuh patah sama macam perempuan-perempuan lain yang kita permainkan

what goes around comes around


pss : nak pergi JB sabtu ni. yuhuuu. eh, JB bukan joe buaya ok, tapi Johor Bharu :p

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Bolehkah lelaki rampas awek orang lain?

Pernah dalam situasi yang mana korang kira jatuh cinta pada pandangan pertama dengan seseorang tu dan selepas perasaan yang korang mungkin istilah sebagai 'cinta' itu membuak-buak rupa-rupanya perempuan/lelaki tu dah ada awek/balak? Pernah?

Pernah tak or korang tahu sesiapa yang pernah alami?

Dulu memang aku akui yang sebagai lelaki, kita tidak boleh nak rampas awek orang. Dah ada boyfriend, kenapa kita perlu rampas kebahagian dia tu kan? Tapi persepsi aku ni berubah setelah jumpa dengan pakcik yang dah berusia 54 tahun yang menceritakan pengalamannya yang sungguh banyak, dia ada 22 orang girlfriend ok sebelum dia kawin tu. Haha, memang buaya sungguh. Apa yang dia kata?

'the best man will win'

ayat simple tapi banyak maksud.



Aku bagi contohlah. Korang sekarang kerja di bahagian eksekutif, kira duit tu adalah. Tiba-tiba korang terjatuh cinta kat kerani kat pejabat korang. Dia pulak malangnya satu hari tu korang nampak ada lelaki yang datang ambik bawak motor dan korang dengar desas desus lelaki tu adalah bf perempuan tadi. Frust dan sebab korang dah gila bayang dengan perempuan tadi, apa tindakan nak dibuat?

Nak go on dengan usaha mengorat awek tu nanti bf pompuan tu akan kecewa

Nak let go tanpa lakukan apa-apa korang pulak yang merana

How how how?


Ok, kita ke contoh lain pulak. Korang sakit, maka pergi ke hospital. Masuk untuk jumpa doktor, jumpa pulak dengan nurse yang bukan main cantik lagi. Nurse tu pulak layan korang dengan lemah lembut ayu macam perempuan melayu terakhir pulak tu, memang korang jatuh cinta kat situ jugak. Tapi malangnya, korang nampak ada kemesraan antara nurse tu dengan doktor yang merawat korang tu. Bila korang siasat memang doktor tu adalah bf perempuan yang korang tengah angaukan tu. apa tindakan nak dibuat?

Nak go on dengan usaha mengorat awek tu nanti bf pompuan tu akan kecewa

Nak let go tanpa lakukan apa-apa korang pulak yang merana

How how how?


Macam mana nak teruskan ni?

Aku berbalik kepada pepatah tadi 'The best man will win' Kini kita di situasi tiada ikatan kukuh lagi. Kalau dah bertunang or dah berkahwin, berdosa ok kalau korang cuba nak rampas, tapi ni tiada ikutan kukuh lagi. Bagi pendapat aku, korang boleh proceed dengan usaha nak berkenalan dengan perempuan tu. WOW, kejam gila aku!

Sebenarnya ni untuk kebahagian perempuan tu jugak. Kalau korang rasa korang lagi elok dari bf dia tu, go ahead. Give a chance, jangan lepaskan peluang. Kalau korang rasa bf dia tu lagi elok dari korang, masa nilah korang kena tunjukkan satu keberanian yang bf perempuan tu tiada, apa dia? Aku pun tak tahu. Ajak kahwin mungkin?

Tapi kalau atas nama cinta saje ajak kahwin, ada kat situ jugak korang kene hempuk-hempuk dek pompuan tu. Ye tak?




Masa nilah kita kena fikir kita kena jadi lelaki terbaik. Bak kata kawan perempuan aku – yang mana aku sungguh banyak berkawan dengan perempuan ni – dia kata duit atau rupa bukanlah benda utama yang dieorang cari. Yang 1st adalah bila dah kahwin dengan seseorang – keselamatan dieorang akan terjamin. Yeah. Kalau korang boleh tunjukkan keselamatan dia terjamin sebelum dia jadi isteri korang, may be korang akan menang dalam situasi macam ni

Ok. tu je perkongsian dari aku, nak tambah, nak bangkang, dipersilakan. Aku sungguh suka dengar perkongsian dari reader aku ni. Tambah ilmu hidup katakan :p


pss : jangan fikir di satu situasi je, cuba bayangkan korang berada di tempat ada lelaki lain cuba ngorat awek korang, sanggup?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW