Semalam tak kira di Facebook ataupun twitter, meriah betul dengan keyword 'perempuan malaysia curang' Ini disebabkan Harian Metro ada mengeluarkan berita mengenai satu kajian yang dijalankan dan mendapati perempuan Malaysia adalah ketiga paling curang selepas Ghana dan Thailand. Di dunia ok, wow, sungguh hebat!
Reaksi yang diterima memang pelbagai, ada yang katakan survey yang dilakukan tak betul, ada yang kata tak aci lah sebab lelaki kat Malaysia lagi ramai curang (erk??) dan pelbagai lagilah. Memang kalau korang seorang perempuan dengan statement ni, marah ke tak?
Kalau korang tak pernah curang, tak payah lah nak marah ye tak? :)
Untuk meredakan kemarahan pembaca blog terutamanya golongan hawa, ni ha abang joegrimjow nak back up kaum hawa dengan kaw kaw punya, hehe. Jom kita tengok kenapa perempuan Malaysia ramai yang curang!
1) Pernah dicurangi dan misi membalas dendam!
Aha, ada sejarah pernah kena curang oleh kekasih korang? Kalau ada, mesti rasa tak puas hati dengan golongan lelaki ni muncul dan maka cukup kesianlah dengan si lelaki yang kena curang tu sebab menjadi mangsa balas dendam. Lepas tu lelaki yang kena curang tu pun mencurangi perempuan seterusnya, pastu perempuan tadi curang dengan lelaki lain pulak dan sampailah kesudah curang mencurang ni berlarutan
Kalau letak agama kat tepi, macam ni lah jadinya ye tak?
2) Sedang dicurang dan misi sama ratakan keadaan berlaku
Ada jugak perempuan di luar sana yang ketika ini pasangan mereka berlaku curang dengan mereka. Yang bodohnya pasangan tu tak tahu pun yang perempuan tu tahu. End up perempuan tu kata 'huh, dia boleh curang maka aku pun bolehlah jugak!' Maka proses ini pun terus menerus berlaku dan hubungan yang suci (kalau dah kahwin lah) akan berakhir dengan penceraian.
Kalau letak agama kat tepi, macam ni lah jadinya ye tak?
3) Terpaksa mencurang sebab misi nafsu tak kesampaian
Bagi pasangan yang dah berkahwin, kahwin mula-mula dulu elok je suami handsome badan 6 pax, tapi dah kahwin 6 tahun, 6 pax tadi dah bertukar 6 lipat. Perut suami dah boroi dan kalau perempuan tu jenis yang kahwin memang atas dasar nafsu, mulalah mencari anak-anak ayam untuk memulakan proses mencurang-curangan ini.
Kalau letak agama kat tepi, macam ni lah jadinya ye tak?
******
tu dia 3 sebab. Semua sebab salahkan pihak lelaki ok. hehe. Nasihat aku kepada yang sedang mencurangi pasangan dia tu, what u give u get back. kah kah kah
pss : 2 minggu lagi nak ke Macau + Hong Kong + China. thank u Herbalife! :)
6 ulasan:
agama jangan letak ke tepi. jauhi curang, setia pada yang satu. heh heh
@nurdani
Bagusnya back up pmpuan.mekasih! haha.
Reason yg disebut memang 99% ada betulnya.Perempuan kalau jnis tak reti nak fikir panjang mcm lelaki,so benda2 kecik pun boleh salah faham.Sudahnya curang di belakang.Nice entri.Salam Aidilfitri.
@nurdani
setia pada yg satu
@Cik Ila
salam raya :)
Curang itu permainan cinta :)
takde masa nak curang. lalala. :p
Catat Ulasan