Memang agak lama aku ikuti perkembangan kisah antara Apple dengan Samsung ni dalam kes telefon pintar. Hak patern. Apple kata Samsung tiru dia, Samsung kata Apple tiru dia dan kes ni berlarutan sehinggalah sekarang dan tadi aku ada terbaca kat telegraph yang mahkamah memutuskan Samsung membayar saman sebanyak 1 Billion USD kepada Apple kerana melanggar 6 daripada 7 hak paternnya.
Implikasi
Memang sekarang ni Samsung dah mula menyayingi Apple dalam pengeluaran telefon pintar, kalau jualan di seluruh dunia, memang Samsung dah potong dah pun. Mana tak berang kan kalau korang cipta sesuatu, 2 3 tahun kemudian ada orang tiru apa yang korang buat tu dan end up orang tu pulak yang kaut keuntungan lebih. Memang patut Apple menang
Bagi aku, kemenangan Apple ni ada keburukannya dia jugaklah. Ya lah, takot nanti Apple takde saingan dan teknologi telefon pintar ni akan jadi kaku. Samsung merajuk dan tak nak dah buat telefon, dieorang buat mesin basuh je lepas ni kita pengguna nilah tak dapat nak menikmati teknologi2 baru. heh, agak membangkitkan kemarahan peminat Samsung disitu :)
Okeh, tak sabar aku nak cerita kat kawan aku yang menjadi duta Samsung yang tak berbayar (peminat tegar Samsung lah ni) pasal cerita ni. Apa pendapat korang pulak?
6 ulasan:
Bab samsung buat mesin basuh tu comel gak.heheheTp takpa..samsung ada TV..commercialkan yg tu je.
@Cik Ila
:)
camera smsung pon qualiti dia bagus dan cantik..hee
@Nadya Marzuky
amboi2
:)
apple noob!
Apple and samsung.. Both kualiti memang terbaik.. But apple only want connect: means bluethoot or smthng like that just dgn apple only.. If samsung sume pon boleh..;)
Catat Ulasan