Share
Memaparkan catatan dengan label apple. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apple. Papar semua catatan

iPhone rosak, apa mahu buat?

Ketika ini aku sedang merenung iPhone 4S yang. iPhone yang dah usianya 2 tahun tanpa sebarang masalah (baiki sekali sebab camera depan tak berfungsi) tapi pagi ni memang nampaknya mahu diganti. Screennya hitam tiada colour. Dah tekan butang reset, still hitam. Dah tekan butang kat tengah, still hitam. Dah off pastu on balik, still tak menyala

Yang pelinya, aku try call guna hp orang lain, bunyi! pastu slide (screen masih hitam) dapat! siap dapat cakap lagi. Memang sah screennya rosak, bahagian lain ok lagi

Kenapa? Semalam jatuh masa nak charge.......


iPhone 5 c dan iPhone 5 S

Entahlah, kata cik bini 'iPhone dah set dah, kalau lepas 2 tahun phone tu jatuh, mesti rosak untuk ditukar yang baru' ERK!! Ada logik jugak sebab sebelum ni bukannya tak pernah jatuh. Berkali-kali jugaklah jatuhnya. Siap termasuk dalam air pun pernah - ok je! Tapi semalam, mentang2 iPhone baru dah keluar - terus jadi macam tu!

Sebut pasal 5c dan 5s ni, entahlah dah macam tak excited dengan iPhone ni. Selain tak banyak perubahan, rasa memang dah biasa-biasa je. Dulu masa nak launch iPhone baru, memang aku antara yang bersengkang mata waktu malam dengar update terbaru - rabu lepas pukul 11 dah tido dah. Bangun esok tengok update - ohh macam ni... 

Tiada lagi - WOW effect zaman Steve Job dulu


Macam nak beralih ke phone lain la pulak

Masalah utama nak beralih ke phone lain - susah! Kata orang, bila dah guna iPhone ni, memang tak kan beralih pada phone lain dah. Memang ada benar kata orang tu, cuba juga guna BB cik bini, memang susah bebenar nak guna. Cuba juga guna Samsung S4, Notes milik abang, susah jugak. Mungkin iPhone dah jampai pakai mentera 8 petala kat pengguna dia kot. entah lah!

So sekarang ni, tunggu kedai bukak untuk baiki dulu. Boleh baiki, kita guna sedia ada. Tak boleh baiki - iPhone 5S come to papa!!


pss : kedai baiki phone kat area Alor Setar kat mana ya? 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

New iMac, New Bini


Alkisahnya beberapa hari lepas aku ke Penang dengan cik bini. Memang agak lama dah mencari new iMac yang mana kesudahannya memang cerita yang sad ending - takde stok. Dari PC Fair kat Mid Valley pun dieorang kata kena tempah, kat KB ni lagilah memang stok takde memanjang sampaikan dieorang kata kena tunggu bulan depan!

Bulan depan??

Jadi pergi ke Gurney tu saja-saja je lah takde plan pun nak beli new iMac yang orang kata slim-slim gitu. Haruslah slim kan sebab aku nak slim. ada kaitan yang sangat mesra disitu

Masuk kat Switch kat Gurney tu, tanya dieorang new iMac ada stok tak - yakin ni dia akan kata takde - perghh dia kata ada pulak. Cik bini siap angkat kening lagi 'haa, apa lagi belilah. Cari sangat ni dah jumpa dah ni belilah'

Tengok wallet memang takde duit sampai bleh bayar cash. Eh, lupa plak gaji Herbalife dah masuk (15hb hari tu lagi) jeng jeng jeng

Dalam hati - habis duittttt

Tapi nafsu buas berkata 'rilek bro, dapat bini baruuu ni!'

Dulu bergambar dengan cik bini



Sekarang dah ada bini baru! waha!!!



Review pasal New iMac ni? Nantilah tak 'check' sepenuhnya lagi. Dah check habis-habisan, nanti aku buat review eh. wahaha


pss : tengah cari orang KB nak buat extra income. anyone?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Hampir kecewa dengan Apple

Welcome December!!!

Amboi-amboi, dah 6hb dah berlalu baru nak welcome december? Heh, sebenarnya ada sebab kenapa blog tak berupdate untuk sekian lama - laptop masuk ward! Macbook aku dah lama sebenarnya dilenjan habis-habisan oleh tuan dia, memang ok lah lebih 2 tahun baru nak buat hal. Lagipun aku hantar ke ward bukan sebab rosak teruk, cuma ada masalah dengan wifi dan bluetooth, sebab tu hantar masuk ward. 

Apple iCare

Macbook ni aku beli masa kat UK dulu. Kawan aku bagitau masa nak beli tu 'make sure ko ambil apple iCare joe, nanti sebelum nak balik Malaysia boleh pergi tukar dan dapat macbook baru' Bila dengar dapat yang baru tu, memang aku ambillah - bayar lebih RM 400 (kalau convert ke Malaysia) dan dengan harapan dapatlah aku buat trick kawan aku ajar tu

Tapi sebab masa nak balik Malaysia tu laptop masih berfungsi elok, tak sempat nak tukar yang baru. Dieorang pun xkan la bagi mudah-mudah kan laptop ok nak bagi yang baru

Kisah di Malaysia

Actually bukan manusia je yang sakit-sakit dengan perubahan masa ni, laptop pon sakit jugak! Aku perasan bila guna kat Malaysia ni, laju dia dah kurang, lepas tu satu-satu masalah timbul. Walaupun takde lah teruk mana, tapi memang ada perubahan kepada nak rosak. Tapi fikir masih dalam waranty, aku ok je lah

Sehinggalah minggu lepas, aku hantar ke tempat service dengan harapan nak dapat laptop baru.

hehe................. (gelak jahat)


Tapi kan, dieorang kat sana kata dieorang hanya akan repair, bukannya bagi baru. Kat negara lain boleh nak tukar baru tapi kat Malaysia tak boleh. Habis lah harapan nak dapat Macbook baru :(

Dieorang kat tempat repair tu kata - aku pilih service kat times square tingkat 8 - kena tinggal laptop untuk seminggu baru bleh ambil balik. Maka terjawablah kenapa aku tak update blog ni, sebab macbook takde! 3 hari lepas tu, dapat email dari dieorang yang buat aku HAMPIR KECEWA DENGAN APPLE



Tu diaaaa, takde warranty untuk apa yang macbook aku rosak dan kena bayar RM 450 untuk kos service

WHAT THE APPLE!!

Memang aku agak bengang jugaklah sebab warranty aku tu masih ada. tamat pada April 2013 nanti tapi sesedap hati je dia kata tak cover. Kalau tak cover setakat RM 100 tu ok lah, ni sampai RM 450 kena bayar. Sia-sia jelah aku amek iCare yang beratus tu kalau tak cover kerosakan aku tu. haiishh

Jadi aku pertikaikan balik kat dieorang

Email balik kat dieorang

Kata yang aku tak puas hati - dah la bagi email je, bukannya nak phone

Tapi takde reply dari dieorang

Maka aku frust................

Fikir punya fikir, aku rasa elok aku ambik balik je tak yah baiki. Bukannya takleh guna pun MBP aku tu, just rosak wifi je. Aku pun online pakai usb cable dari iPhone aku ni, memang jarang berwifi, kat rumah pun takde wifi. Jadi aku buat keputusan untuk ambil balik dan bayarlah apa yang patut

THE BEST PART

Masa aku call dieorang, dieorang kata MBP aku sedang dibaiki. Whatt??? Aku bukannya bagi pon dieorang baiki kalau kena bayar. Tapi dieorang kata - 'encik tak payah bayar, free je sebab masih dalam waranty' Walaupun nak marah dengan dieorang sebab main tarik tali kata kena bayar kata xyah bayar camni, tapi sebab dah free, tak payah bayar pape, haaaa, tak jadi marah.

Hampir kecewa dengan Apple, tapi sayang balik :) 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pengalaman pertama kali guna iOS 6

Kepada pengguna Apple, iOS 6 adalah perkara yang ditunggu-tunggu untuk sekian lama. Semalam adalah secara rasmi iOS 6 boleh di download oleh kesemua pengguna Apple di seluruh dunia. Bagi yang ada iPad, iPhone mesti terus download semalam kan? Sama macam aku jugak!

5 jam download pon 5 jam lah tunggu. Nak buat macam mana, internet super lembap :(


Walaupun banyak features yang ditawarkan, cuma ada 3 je yang aku tak sabar nak guna iaitu Maps baru, integrated facebook dan juga Passbook. Kali ni aku nak cerita 3 benda ni je lah eh

Maps Baru

Korang tahu kan yang sekarang ni Apple dah pakai maps sendiri dah. Dah tak guna yang google punya dah. Memang kalau perasan banyak features yang ada pada google maps yang agak best guna sebelum ni bila dah update iOS 6 ni hilang macam tu je. Walaupun Malaysia ni agak ketinggalan untuk dieorang update - untunglah yang duk US tuuu - tapi ada benda yang best yang baru. 3D experience! 

Banyak-banyak apps, memang Maps adalah paling berguna bagi aku. Maklumlah, nak cari rumah orang di tempat baru ni memang mencabar, sebab tu excited bile Apple nak bangunkan maps sendiri ni. Harap-harapnya cepatlah features2 yang best masuk ke Malaysia




PassBook

Ni apps baru tang Apple perkenalkan tempoh hari. Agak teruja jugak sebab memang apps macam ni agak memudahkan banyak tugas kita. Walaupun sekarang ni tak berapa nak praktikal lagi nak pakai kat Malaysia, tapi konfem sikit hari nanti memang passbook ni akan jadi benda keperluan untuk kita. Harap-harap air asia update cepat2, barulah senang nanti nak ada boarding pass semua!




Facebook dengan iOS 6

Sekarang ni facebook pun dah diintegrate dengan iOS. Walaupun twitter dah buat agak lama, tapi orang masih ramai gunakan facebook. Jadi dengan perbaharuan ni, memang senanglah nak share pape kat facebook lepas ni. Gambar dan link menarik pon dengan 1 klik mudah je. terbaik!

******

oraite. tu saja 3 benda yang sempat aku godek-godek tadi. SiRi pun banyak perubahan. Tak tahulah sama ada slang aku bertambah elok atau SiRi lebih paham, bagi arahan suruh buat pape senang plak die paham. haha. Sekarang ni boleh bukak apps pakai SiRi je. Cool sangat! okeh, bagi yang tak udpate lagi, update laju-laju. FREEE AJEEEE :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

3 sebab kenapa berita Samsung bayar saman kepada Apple dengan duit syiling 5 sen adalah palsu

Amboi-amboi, bukan main panjang lagi tajuk tu 

Semalam memang agak heboh dengan berita sambungan DRAMA APPLE vs SAMSUNG yang mana satu berita melaporkan Samsung membayar balik saman 1 Billion USD kepada Apple dengan duit syiling 5 sen. Entahlah, perasaan ni bercampur baur, nak gelak ada nak kesian pun ada. Gelak sebab berita tu nampak sangat orang nak buat lawaknya dan kesian sebab berita palsu macam tu cepat benar tersebarnya. Nampak sangat orang kita ni dah semakin hilang sikap 'common sense' nya. 


jom baca berita asal


This morning more than 30 trucks filled with 5-cent coins arrived at Apple’s headquarters in California. Initially, the security company that protects the facility said the trucks were in the wrong place, but minutes later, Tim Cook (Apple CEO) received a call from Samsung CEO explaining that they will pay $1 billion dollars for the fine recently ruled against the South Korean company in this way. 
The funny part is that the signed document does not specify a single payment method, so Samsung is entitled to send the creators of the iPhone their billion dollars in the way they deem best. 
This dirty but genius geek troll play is a new headache to Apple executives as they will need to put in long hours counting all that money, to check if it is all there and to try to deposit it crossing fingers to hope a bank will accept all the coins. 
Lee Kun-hee, Chairman of Samsung Electronics, told the media that his company is not going to be intimidated by a group of “geeks with style” and that if they want to play dirty, they also know how to do it. 
You can use your coins to buy refreshments at the little machine for life or melt the coins to make computers, that’s not my problem, I already paid them and fulfilled the law.
A total of 20 billion coins, delivery hope to finish this week.
Let’s see how Apple will respond to this.

Kat sini jom kita fikir sejenak, sebelum nak percaya sesuatu berita semoga lain kali kita tak ditipu disiang hari lagi :)

Gambar yang glamer semalam

1) Bayar saman cepat sangat

Kalau korang perasan, saman yang dikenakan kepada Samsung tu terlalu cepat dibayar. 3 hari lepas baru perintah mahkaman dikemukakan dan semalam dah bayar dah. Lagipun Samsung kan kata nak buat rayuan. Aiyo, logik lah sikit, nak bayar 1 Billion kot, korang bayar saman kereta pun yang jumlah bawah RM 1000 pun amek masa beberapa bulan ni saman 1 Billion kot. Mana logiknya pun aku tak tahu.


2) Bank mana nak keluarkan 20 Billion syiling

Cuba korang fikir, ada ke bank kat dunia sekarang yang mampu sediakan duit syiling sejumlah 20 billion tu? Kalau kat maybank KB ni aku pergi nak tukar duit syiling 50 sen pun tak sampai 1000 pun dieorang ada, ni 20 Billion syiling 5 sen, mak oi entah mana logiknya aku pun tak tahu. Boleh pulak korang percayakan? haha


3) 30 truck nak angkut?

1 syiling berat dia 3gram (lebih kurang). klu 20 Billion syiling berat dia cecah 60 juta KG. satu truck paling berat boleh tampung 40 ribu KG. tu pun truck yg 18 roda tu tau. Jadi nak punggah duit banyak tu memang korang bahagi sendirilah - yang pasti 30 truck tak cukup. Paling busuk pun kena 1000 lebih buah lori. Bayangkan 1000 buah lori kat depan office Apple. Jam oooi. haha. Simple math je tu :)


Adakah diri ini senang ditipu?

Banyak sebenarnya berita HOAX atau troll-troll macam ni. Jangan kita terlalu senang ditipu sudah. Oraite, sebelum nak share tu, renung-renunglah sejenak supaya kita ni tergolong dari golongan yang mampu berfikir dengan waras :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Apple Vs Samsung : Apple menang!

Memang agak lama aku ikuti perkembangan kisah antara Apple dengan Samsung ni dalam kes telefon pintar. Hak patern. Apple kata Samsung tiru dia, Samsung kata Apple tiru dia dan kes ni berlarutan sehinggalah sekarang dan tadi aku ada terbaca kat telegraph yang mahkamah memutuskan Samsung membayar saman sebanyak 1 Billion USD kepada Apple kerana melanggar 6 daripada 7 hak paternnya.



Implikasi

Memang sekarang ni Samsung dah mula menyayingi Apple dalam pengeluaran telefon pintar, kalau jualan di seluruh dunia, memang Samsung dah potong dah pun. Mana tak berang kan kalau korang cipta sesuatu,  2 3 tahun kemudian ada orang tiru apa yang korang buat tu dan end up orang tu pulak yang kaut keuntungan lebih. Memang patut Apple menang

Bagi aku, kemenangan Apple ni ada keburukannya dia jugaklah. Ya lah, takot nanti Apple takde saingan dan teknologi telefon pintar ni akan jadi kaku. Samsung merajuk dan tak nak dah buat telefon, dieorang buat mesin basuh je lepas ni kita pengguna nilah tak dapat nak menikmati teknologi2 baru. heh, agak membangkitkan kemarahan peminat Samsung disitu :)

Okeh, tak sabar aku nak cerita kat kawan aku yang menjadi duta Samsung yang tak berbayar (peminat tegar Samsung lah ni) pasal cerita ni. Apa pendapat korang pulak?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

#WWDC : Terbaru dari Apple yang perlu diketahui

Serius aku cakap,  opening #WWDC kali ini adalah terbaik untuk setakat ini. Cara SiRi buat lawak tu memang terbaik dan kalau korang tengok full key note kat sini, rata-rata penonton pun turut bergelak ketawa. Terutamanya bab 'sindir' Samsung, memang terbaik! Ok lah, bagi korang yang terlepas  #WWDC semalam, ini adalah update dari aku. Oh, aku highlight benda penting je. 

1) New iOS 6 - percuma untuk semua



Sememangnya ini adalah berita yang dinanti-nantikan oleh semua peminat Apple. Akhirnya hari ni terjawab. iOS6 akan dilancarkan pada musim luruh nanti. Mungkin bulan depan dan semua gadjet Apple boleh update secara percuma nanti. Apa paling best iOS6 ini?

  • Maps - dah tak perlu guna GPS dah lepas ni!
  • Boleh integrated Facebook dengan iOS
  • Kebolehan SiRi dipertingkatkan
  • Safari dan email yang lebih mudah digunakan
  • dan banyak-banyak lagi 

Apa yang aku nak highlight adalah kemungkinan lepas ni kita dah tak perlukan GPS untuk tunjuk arah. Dengan iOS 6 ini, applikasi Maps akan berwajah baru. Memang aku rasa ini adalah satu langkah dari Apple yang akan buatkan banyak syarikat GPS akan lingkup. Dulu dengan munculnya iTunes, banyak syarikat sewa DVD dan juga lagu tutup, mungkin lepas ni syarikat GPS pula yang akan lingkup!


Siri pula sekarang ni available dalam 15 bahasa. sayangnya bahasa melayu takde lagi. Dan mungkin memang takkan ada :( Dengan iOS 6 ni, kita boleh lancarkan apps hanya dengan suara. best kan? Memang aku akui sekarang ni tak banyak aku pakai iPhone4S aku dengan gunakan khidmat SiRi, tapi aku yakin dengan iOS6 ni, function SiRi akan lebih digunakan. wah, tak sabar nak update!


2) New MBP - With Retina Display



Ini adalah sesuatu yang gila dari Apple - mereka lancarkan macbookpro terbaru dengan new design - lebih ringan dan lebih nipis dari sedia ada dan yang paling best, ada retina display - bayangkan 5.1 juta pixel kat screen tu! Memang sesuatu yang sangat hebat. Seolah kita baca kat laptop tu, seoalah kita baca benda yang live seperti majalah kat luar. 


Cuma yang tak bestnya, pasal harga. Haa, harganya memang agak mahal, kalau kat Malaysia harganya cecah RM 6.7 ribu. Telah air liur jugak aku nak beli ni. Memang ada perancangan nak tukar MBP aku yang dah 2 tahun ni, tapi tengok harga tu, fuh fuh fuh, kita tengok dulu macam mana. Kena kerja kuat lagilah ni nak kumpul duit beli New MBP ni. heh!


3) New OS X Mountain Lion



Pagi pengguna Mac, July nanti akan dilancarkan New OS X Mountain Lion. Best sebab harga yang ditawarkan cukup rendah. 19.90 USD sahaja. Banyak jugak features yang menarik ditawarkan dan pasti berbaloi untuk upgrade. Dan setiap pembelian Mac baru, tak kiralah iMac ke atau MBP korang akan dapat OS X Mountain Lion ni secara percuma. waduh waduh, memang bestlah


******

Okeh, itu sahaja 3 berita utama dari  #WWDC. Takde berita pasal iPhone5 yang memang aku tahu takkan keluarnya seawal macam ni. Mungkin bulan 9 nanti, next  #WWDC mereka akan keluarkan. Harap-harap iPhone5 nanti tak jadi New iPhone. huuuu


pss : oooh new MBP!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

New iPad : Perihal iPad terbaru dari Apple yang perlu korang tahu

Semalam tak sempat nak ikuti live pelancaran produk terbaru dari Apple - New iPad. Sebab tak ikutinya adalah aku ni bukan peminat sangat tablet ni, kalau iPhone memang aku akan ikuti secara live. Tak ikut secara live pun, tak bermakna informasi aku terlepas. Kata dunia teknologi, internet ada dimana-mana tempat dan bila-bila masa!

Jadi, ini adalah beberapa update terbaru mengenai iPad terbaru dari Apple




Rekaan sama, nama berlainan

Ramai yang kata iPad baru ni namanya iPad3. Tapi ternyata meleset sebab ia hanya diumumkan dengan 'the new iPad' pelik jugak kenapa tak pakai yang biasa kan. Mungkin nak bagi yang buat rumors mengenai iPad terbaru ni butthurt, mungkin tu jugaklah. haha. Rekaan (design) yang diharapkan berlainan dari iPad2 juga meleset sebab reka bentuk sama je dengan iPad2. sama dengan iPhone4S punya ceritalah ni.


4G connection - tapi untuk apa?

New iPad ni dilengkapkan bersama dengan LTE, kebolehan internet selaju 4G. Walaupun 4G ni lebih laju berganda-ganda dengan 3G, tapi untuk apa kalau masuk kat Malaysia ni. haha, kita mana ada weh. Celcom, Maxis, DiGi mana sediakan benda ni. so bagi aku, takde menarik pun benda ni. Kat US pun dieorang provide syarikat yang takde nama mana, memang orang tak puas hati benda ni. haha. takpe, nanti dah banyak starikat telco provide benda ni, barulah orang akan kata Apple melebihi zamannya ye tak? :p


Camera baru, paparan lebih jelas dari HDTV - Retina display!

Camera new iPad ni 5 megapixel dan ciri-cirinya dipertingkatkan lagi sama dengan iPhone4S. Maka senanglah kawan-kawan aku kat Herbalife nak tangkap gambar kast skrin nanti, lagi jelas. dah tak payah amek nota dah lepas ni. haha. Paparan iPad ni juga dipertingkatkan. Yang ni jadi killer untuk new iPad ni, jom tengok video kat bawah ni. meleleh jugak kan? hehe



Komen keseluruhan

Banyak lagi update korang bleh baca kat sini atau versi melayu bleh tengok amanz.my. Bagi aku, new iPad ni takde WOW Factor, biasa je tapi sudah pasti teknologi tablet Apple ni dah jauh tinggalkan jenama lain. new iPad ni pun kata seorang penganalisis, jauh lebih elok dari mana-mana tablet kat luar sana tu. Cuma WOW Factor tu takde. hehe, mungkin dieorang kena kerja keras lagi untuk pastikan produk ni jadi kegemaran orang ramai. Harga masih sama dengan iPad2, dan iPad2 akan dijual dengan lebih murah nanti. Kat Malaysia tak tahu masuk bile, tunggulah update nanti dan New iPad ni akan mula dijual pada 16 March di US dan beberapa tempat lain. Yang nak mencari gadis SiRi kat New iPad ni, korang takkan jumpe. dia hanya eksklusif kat iPhone4S je. heeee

Korang nak beli? kalau dah plan nak beli tu, belilah sebab harga masih sama. Tapi kalau nak bajet-bajet, belilah iPad2 yang harganya akan jadi lebih rendah nanti. Aku nak beli ke tak? Tunggu je lah nanti :p


pss : esok dan lusa akan berada di USM Kubang Kerian. Unifest. waha!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Saya amat mencintai kamu

Ok, ini cubaan menyebut 'saya amat mencintai kamu' kat SiRi. Mula-mula sebut dengan nada perlahan



Ok, mungkin nada perlahan dia tak paham. cuba dengan nada cepat




kejadah apa syed pulak ni. ok. nada sedang-sedang. tak perlahan, tak laju




Hampeh, dayah?? ok, nada yang penuh romantik



nada romantik pun tak jadi!



ok, senang. ubah jadi 'i love u'



PAHAM PULAK!



Pss : Perempuan ni sama macam SiRi. tak paham bahasa kompleks + berbunga, tapi paham bahasa mudah. makhluk yang sangat unik!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

iPhone4S : Beza dua darjat


=)


Malam ni, tepat jam pukul 12 malam akan dilancarkan iPhone4S di kebanyakan syarikat telco. maxis, celcom dan digi semua tak nak ketinggalan. Cuma agak butthurt tadi tv3 kata orang beratur malam ni adalah yang pertama pakai iPhone4S kat Malaysia, wei, aku beli 2 minggu lepas ok. siap dah peluk + cium dah SIRI sampai lebam. haha.

Apa-apa pun, memang iPhone membawa fenomenanya sendiri. Sini ada beberapa link yang korang bleh baca pasal iPhone4S

Okeh, sampai situ saje. selamat beratur yang beratur =) - gambar dari @theskop


pss : 16gig bleh dapat dengan serendah 2290. hampeh aku bayar 2850. haha, siapa suruh beli awal ye tak?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wordless Wednesday : Pisau termahal di dunia barangkali


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Keluarga baru Apple - iPhone4S!

iPod, iPhone, iPad, iMAC, MacBook - sebut je barangan Apple mana aku tak beli, semua aku beli! Orang kata barangan Apple ni mahal, bagi aku dengan kualiti + friendly user aku dapat, harga tu tersangatlah murah. Aku ambik contoh dulu aku beli laptop Acer, tak sampai 3 bulan pakai dah kena suruh kawan format sebab masuk virus. Tapi sejak pakai MacBookPro ni, memang dah hampir 2 tahun pakai satu virus pun tak pernah masuk. Performance masih lagi ok macam beli yang pertama dulu. Harga mahal sikit takpe asalkan kepuasan yang kita dapat!


iPhone4s!!! -pakai line DiGi-

Semalam pergi Low Yat, plannya nak usha iphone4s yang katanya dah masuk pun kat Malaysia ni. eh, bukan secara officiallah, dieorang beli dari US dan jual kat sini. Tengok-tengok, memang ada dijual dan bertambah gelojak nafsu aku memang ada stok sekarang. So, kalau nak, bagi duit dan terus dapat!

Kena aku bagitau kat korang, aku ni kalau berbelanja memang jenis yang berhati-hati. Bukan kedekut, tapi bila kita dah kerja sendiri ni, memang duit tu antara prioriti yang amat penting. Kalau masa student bolehlah nak pow kat mak bapak kan? Dah kerja ni, umo pon dah 23 dah kalau nak pow lagi, terjun bagunan je lah! Memang aku fikir masak-masak sebelum nak beli ke tak - keputusannya, aku beli!


Kenapa aku beli?

Yang aku pakai sekarang ni iPhone3g. dah 3 generasi tertinggal dah. Nak update IOS 5 pun takleh support dah. Memang kena tukarlah. Lagi satu, tabung untuk barangan Apple ni memang dah cukup dah, tunggu masa untuk beli je. Oh, aku ada 3 tabung,  satu tabung untuk Apple, satu tabung untuk kawin dan satu tabung untuk bercuti. Setiap bulan mesti masukkan rm 200 untuk setiap tabung tu. heh, memang cukup sangatlah tu =)

Dan kini, iPhone4s dalam genggaman, waha!!!





Nak review ke?

Haha, tak payah la nak review bagai sebab ni bukan contest pun kan? hehe. Cuma nak komen pasal bateri, tak tahulah orang kata iPhone4S ni cepat habis bateri, bagi aku biasa je. semalam dalam pukul 4 petang full charge, surf2 website yang super laju, tweet-tweet kawan,streaming video, tangkap video yang memang tersangat jelas, sampai sekarang pukul 9 pagi masih ada 61% bateri. Ok lah tu. 




Apa yang best?

Paling best adalah Sirilah. haha, memang teruja gila aku dengan Siri ni. semalam tanya macam-macam soalan kat dia. Umo berapa (boleh dia balas balik kenapa tanya?), macam mana nak pergi alamanda (memang map malaysia dia tak support) dan paling best, aku tanya - Who is Najib wife - dia jawab, google untuk cari jawapan. haha. sangat best ok. Tapi yang kurang masyuk, pronounce kena betul, kalau tak memang susah jugak. Najib jadi not geeds???




Yang lain, macam nak set up reminder, nak masukkan event dalam calendar, nak reply msg (dalam englishlah) memang sangat efficient. Aku harap ada lah geeks dari Malaysia ni buat dalam bahasa melayu cepat-cepat sikit. Tak sabar nak cakap bahasa melayu ok dengan Siri ni. hehe. Tapi kan, Siri ni memang seorang yang humble dan boleh dikatakan agak lucu, tengok perbualan aku dengan dia





aku : are u pretty?
Siri : no comment

aku : why?
Siri : i dont know. Frankly, i've wondered that myself

LOL!!!


Harga?

Aku check kat internet harga kat Malaysia dalam 2690, tapi semalam pergi Low Yat memang tak jumpa harga tu. Last aku beli dengan harga RM 2850, dapat freebies banyak jugaklah dia bagi. Amek je lah joe sebab dah terdesak nak sangat. Ni yang 16gig, 32 gig takde stok. Dulu iPhone aku 8 gig pon tak penuh, ok dah tu 16 gig. hehe. Suggestion aku korang nak beli ke tak? 

BELILAHHHH :p

Keputusan untuk contest Samsung Galaxy S2 dari Beta.my dan Mynewshub.my tak keluar lagi. Harap-harap menang. phone tu kakak aku yang nak beriya sangat. Adik nak beli kat kakak tak mampu sebab dah beli untuk diri sendiri dulu, join contest oranglah harap-harap dapat menang. korang support okeh entry aku ni, siap ada video hitler lagi!!! baca entry tu disini


pss : thank u Herbalife, bukan sahaja bagi aku kesihatan, juga ajar aku macam mana nak 'menabung untuk beli impian' aku

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pirates of Silicon Valley : Filem Steve Jobs

Pirates os Silicon Valley adalah filem yang terbitan pada tahun 1999. Berasaskan sebuah buku Fire in the Valley: The Making of The Personal Computer, cerita ni memaparkan bagaimana Steve dan Apple boleh berjaya dalam industri ni. Walaupun cerita ni dah lama, tapi baru tadi aku selesai tengok semua. Nasib baik ada kat youtube, jadi tak payah nak download bagai.



Memang satu cerita yang best, aku syorkan korang tengok kalau ada masa. Tiba-tiba termotivasi bila tengok cerita ni. Suka part 5, tapi nak paham bagaimana part5 bleh terjadi, kenalah tengok dari awal. Selamat menonton =)















pss : seorang lagi mati sebab cancer....

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Teori konspirasi iPhone4S

Barangkali ramai yang frust dengan pengumuman pihak Apple semalam, mana tak nye, harapkan iPhone5 yang keluar, iPhone4s pulak yang keluar. Kalau korang frust, welcome to the club, aku jugak antara yang frust!

Aku dah bercadang nak beli iPhone baru, memang duit dah takde masalah sebab dah lama buat tabung yang dipanggil 'Tabung barangan Apple' kat dalam akaun, jadi dengan pengumuman iPhone4s ni, merencatkan sedikit kegembiraan nak memiliki barangan Apple ni. Hurmmm, 4s pon 4s lah, janji masuk kat Malaysia nanti aku akan jadi orang terawal beli. Kat Singapore dalam 27 Oktober ni jual, macam nak pergi je kat sana dan beli!


Konspirasi iPhone4s

Sebagai tanda tidak berpuas hati dengan pihak Apple tetapi barangan tu tetap aku nak miliki (err errr) - kat sini aku akan paparkan konspirasi disebalik kehadiran iPhone4s, bukannya iPhone5


Keynote pada 4hb bukan 5hb



Walaupun macam takde kaitan dengan tarikh, aku tetap mahu katakan ini konspirasi! Mana taknye, memang sengaja buat pada 4hb, bukan 5hb. Jadi, memang 4hb memang kenalah dengan hanya nombor 4 sahaja yang akan keluar, bukannya nombor 5. heh, konspirasi tarikh namanya!




iPhone 5 lagi gempak dengan new features


Apple memang setahun sekali akan keluarkan generasi iPhone baru. Sebab tahun ni antara tahun kemuncak kejayaan pihak Apple - sampai jadi most valuable company sekarang (ikut share price walaupun sekejap) jadi memang ini taktik bisnes dieorang. Dah beli tahun ni iPhone4S, sebab tahun depan akan keluar nama iPhone5, maka orang macam aku akan beli pulak. huh, memang sengsara jadi peminat Apple ni. Tambah pulak iPhone5 perkenalkan konsep yang gila kaw kaw punya features, memang beratur la orang beli



Keuntungan untuk pelabur 'short term profit'


Kalau korang nak tahu, share price Apple memang gila-gila tinggi sekarang. Sejak setahun kebelakangan ni, tak pernah jatuh pun saham Apple ni (jatuh pun ciput sangat). Benda ni memang bagus bagi pihak Apple, tapi dari segi pelaburan, bagi yang suka mengamalkan 'short tem profit', saham yang sentiasa naik ni memang dieorang tak suka nak beli. Kalau ada naik turun, memang lagi ramai yang berminat untuk melabur. Jadi, dengan pengumuman iPhone4s, bukannya iPhone5, saham Apple memang jatuh semalam. Dah jatuh, ramai yang jual dan pelabur yang mengamalkan 'short term profit' ni akan tunggu masa untuk beli banyak-banyak terus dan dari situ dah boleh kaut keuntungan berlipat ganda dah. huh, konspirasi!




2 year contract rule


Kebanyakan plan sekarang berdasarkan 2 tahun punya plan. Bukan sahaja kat US, kat Malaysia yang mana telco seperti Maxis, DiGi dan Celcom pun menawarkan pakej 2 tahun. Jadi, yang beli iPhone3gs 2 tahun dulu, tahun ini adalah tahun contract mereka akan habis. Bila dah habis tu, terus beli yang iPhone4S pulak. heh, bijak gila kan? Bagi yang dah tamat contract ni (iphone3gs) memang iphone4s ke, iPhone5 ke, mereka akan tetap beli sebab macam dah takde pilihan lain. Sebab tu keluar yang 4S dulu, then tahun depan beli yang iPhone5 pulak. ini taktik keji, tapi inilah konspirasi dieorang yang mana kebanyakkannya akan follow!



itu sahaja 4 teori konspirasi aku. Walau apapun konspirasinya, betul ke tidak, iPhone4S tetap akan aku beli. ekekeke


pss : jumpa ramai yang bertudung labuh tadi. another big day tomorrow!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pengalaman download OS 4





salam,

terkejut bukak GB tadi sebab ada berlaku perubahan. hehe, tahniah la pada kon sebab adjust2 ni bukan kerja yg mudah. Jadi, untuk memudahkan kerja admin kita buat kerja, jom senaraikan baik buruk atau penambahan yg bleh dilakukan untuk website GB ni


1) Lebih cepat untuk ping

ni pengalaman sendiri, lebih cepat untuk ping blog dengan wajah baru ni, tak tau la kot2 pagi2 ni internet laju ke apa, tapi... i like la macam ni ;-)


2) ruang forum dikecikkan

yg ni ku suka, sebab forum ni dah tak berapa nak jalankan 'tugas' sebagai forum dah, memang wajar dikecikkan. tapi kena beringat jugak, rmai lagi yg sukakan forum ni, kena jaga jugak hati dieorang ni ;p


3) tiada profail popular??

any komen? hehe


4) iklan terlalu besar

Walaupun paham pengiklanan ni penting untuk jadikan GB ni kekal bertenaga sepanjang masa tapi kalau terlalu besar sampai ada yang ingat GB ni nak kaut untung je, better buat sesuatu


pendapat semata2, anda pula? aceceeeh. Jom sertai gathering GB 10 July ni. jom jom. Baju pon ada untuk tempahan


*********


Apa yang best mengenai produk apple ni adalah ia selalu di update. Lagi best sebab tak payah nak takut dengan virus untuk update ni, sebab free virus! Dulu masa hantar ke kedai desktop packerd bell aku, orang kedai cakap 'hati-hati' mahu update ni, sebab ada mungkin akan kena virus, sebab tu jarang update dekstop ataupun laptop. Tapi sejak mengguakan produk Apple ni, semuanya jadi senang!

Iphone dan MacBookPro


Ini hanyalah produk Apple yang aku miliki dan aku rasakan kesemua produknya boleh di update juga. Untuk Iphone, walaupun aku miliki ini adalah versi lama (3g, bukan 3gs ataupun 4g) tapi masih lagi boleh guna apa yang iphone 4G lakukan (multitask semua tu la) cuma lembapnya tu lebih skit la dari iphone 4G yang original. Dah nama pun 3G je, terima jelah seadanya ;)



Semalam juga aku update MBP aku ni yang mana kena download 756 Mb. Urmm, kalau kat UK sana, kalau bawah 1 Gig ni dalam setengah jam jugak mahu download sebab memang besar filenya. Tapi kat Malaysia.... perghhh, semalam siap tertidur bangun balik baru siap download! Kalau nak ikutkan, kat sana 50 Mbps dan kat rumah aku ni pakai streamyx 1Mbps je. Memang 50 kali ganda lebih cepat dari sana


Aku pon tak tahu bila internet kita dapat jadi laju. Harapnya pihak berwajib dapat peka lah dengan peredaran zaman ni. Jangan terlalu lambat buat perubahan benda baik ni. kan slow and steady selalu kalah dengn fast and consistent. Jangan biarkan rakyat merana, aceceeeh


Screen shot 2010-06-29 at 01.26.29


Tapi kan, kalau ingat ikan keli, ikan patin, sambal tempoyak, nak compare UK dengan Malaysia, jauh best di Malaysia dan jika diberi pilihan untuk menetap pun, aku lebih suka Malaysia. Biarlah internet lembap pun, yang penting makanan sedapppppppp (sebab tu orang Malaysia gemok2 ;p)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

iPhone 4 : Nipis tapi lebih hebat!

Salam,


Semalam rata-rata pengguna iPhone kat sini bising kat facebook dengan pengumuman terbaru iphone 4 yang bakal memasuki pasaran. yang baru beli 3gs, memang agak menyesal la kan, tapi itu adalah strategi dari apple yang ternyata berkesan. mana tak berkesannya, lepas ni adalah yang sibuk nak upgrade ke iphone 4 ni. Tunggu masuk ke pasaran je!

Banyak perubahan terbaru yang ternyeta lebih advance dari iphone yang biasa. Boleh baca disini untuk lanjut, cuma ada beberapa yang aku ingin kongsi yang dirasakan agak istimewa dengan korang. apa, jom kita lihat!



1 - Camera depan belakang untuk video call





2 - Cermin penutup yang 30 kali lebih kuat dari cermin kristal yang lain





3- OS 4 yang paling advandce pernah iphone hasilkan




4 - Tangkap / edit gambar dalam HD




5 - 5 Megapixel camera dengan LED flash!




6 - Buat folder dengan mudah/ Multitasking





7 - Struktur yang lebih tahan lasak


Cuba google semalam bila mahu keluar. erk, xjumpa tarikh. tapi ikut seorang senior, kat UK akan available 24 june. hohoho. gadjet yang pasti angkut. Kalau kat Malaysia, rasanya lambat sikit kot, baik beli kat sini ;)


Produk Apple (baca sini untuk review macbookpro) memang tak pandang belakang dalam teknologi, walaupun android sibuk duk cakap dieorang lebih hebat, denga coolnya apple keluar produk ni. agaga, nanti lepas exam aku buat perbandingan androids dengan iphone.


pss : semua gambar di ambil dari website apple/uk


update : akan available kat uk, japan, us, france, germany pada july 4 2010 dan 88 buah negara lain, termasuk malaysia pada september 2010 (mashable)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Revolusi produk Apple : iPhone, iPad... what next?

Sekarang Apple menunjukkan kekuatannya dengan mengeluarkan beberapa produk yang jelas sangat canggih. Kalau dulu ramai kekok dengan produk Apple, tetapi sekarang jika tidak memiliki produk Apple, pasti akan dikatakan ketinggalan (ok, ini melampau sikit)


jom kita lihat 2 produk yang telah di perkenalkan oleh Apple - iphone dan ipad!







2012 nanti Apple akan mengeluarkan satu lagi produk yang dikenali sebagai iBoard!







dan........ pada tahun 2014, iMat akan diperkenalkan!







pss : ini hanyalah mitos. tapi kalau ada pun, apa salahnya kan? hehe. jom lihat siapa top blogger di Malaysia!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

full review : apple MacBook pro terbaik.... disamping 3 awek hot

nak tengok video menarik, boleh baca entry ni oleh mama zharfan dan juga entry ni oleh cik lin, terharu dengan video yang dibuat. tak lupa juga cik farhana yg buat video anak2 sdare, perghhh, mantap ok. terima kasih semua, tak sabar nak tahu keputusan? tunggu kejutan yg ku akan berikan.... hehehehe (gelak nakal)



*****


aku bukanlah pencinta gadjet, setakat memiliki Diana Sharifah Liwayuni Ridwan dan juga Inne Pamela, kini aku mendapat teman baru yang dinamakan Marlyn Prezzo. ternyata harga Marlyn ini lebih mahal dari kedua duanya dan memilkinya cukup berbaloi dan kepuasan yang maksimum aku kecapi. kini aku akan review dan akan cuba mempengaruhi korang untuk membelinya



Marlyn Prezzo aka Macbook Pro


1) rekaan bagai membuat pasta


percaya atau tidak body Marlyn Prezzo aka Macbook Pro di buat dari zink yang ditebuk tebuk dengan menggunakan mesin yang cukup kompleks. berbanding dengan laptop biasa, badannya hanyalah dari plastik keras atau bahan lain yang tidak segah Marlyn Prezzo aka Macbook Pro yg mana zink merupakan bahan untuk membuat bodynya. kajian untuk pengguna senang buka dan tutup cermin pun menggunakan microskop electron untuk mendapatkan ke ketepatan dalam pembinaan body. fuuh, mantap!







2) perkahwinan antara elektrikal dan mekanikal


kedua dua internal dan external untuk Marlyn Prezzo aka Macbook Pro ini digabungkan menjadi satu entiti yang cukup rapat sehinggakan kepuasan mutlak bagi pengguna. bahan dalam menggunakan silicon sebagai board. contoh yg paling ideal, jika melayu kawin dengan matsaleh, sudah pasti anaknya comey! sepeti jugalah gabungan elektrikal dan mekanikal dalam membuatnya, sudah pasti hasil yang menakjubkan akan terjadi






3) tahan lama untuk beraksi

bayangkan dapat 10 jam tanpa charge bateri! bukankah itu satu kepuasan mutlak? kejap2 charge, kejap2 charge, tak feel untuk travel. jadi Marlyn Prezzo aka Macbook Pro datang dengan hayat bateri yang lebih panjang. menngunakan graphic card yang berlainan untuk setiap task di buat, menjelaskan bagaimana ianya boleh tahan lebih lama






4) makin luas untuk kenikmatan abadi


rekaan keypad yang 'fit' dengan jari manusia membuatkan ramai yg tertarik akan Marlyn Prezzo aka Macbook Pro ini. senang nak menaip dan cukup cepat bila taipan dibuat. begitu juga dengan track-pad untuk gerakkan mouse, kesemuanya board mouse ini adalah butang dan kita bebas untuk klik dimana2 sahaja. sunnguh menakjubkan


psss : gambar semua tangkap sendiri(hakcipta terpelihara), tapi sebab tak reti lg nak buat watermark, sebab tu takde tanda joegrimjow kat gambar ni





Marlyn Prezzo


13 inch merupakan yang paling bongsu antara macbook pro yang lain. masih menggunakan intel core 2 duo processor berbanding 15 dan 17 inch masing masing menggunakan i5 dan i7 processor yang didakwa kelajuannya mampu meningat 50% lebih daripada core 2 duo yang biasa. walaubagaimanapun, sepanjang 3 hari menggunakannya, aku masih berpuas hati dengannya


untuk harga pasaran, bernilai £ 1199 sememangnya sangat mahal untuk sebuah laptop biasa. (sonny vaio kat sini £579 je) sebab student dapat diskaun 15 %, aku rasa sangat berbaloi untk beli disini, jadi dengan diskaun tadi, aku beli lagi warranty 2 tahun tambah software 1Work dan kelas selama setahun untuk hanya belajar pasal macbook pro ni. total semua sekali £1031!



kalau di malaysia, lagi murah. dalam 4 ribu lebih sahaja termasuk plan plan yang aku tambah ini. jadi, nak beli macbook pro ni, baik beli di malaysia, jangan kirim kat aku kat sini (alasan takmo bg kirim, hehe)



walaupun malaysia lagi murah



sebab 'awek awek' aku 3 ekor ni sibuk nak macbook macbook sampai tak sempat untuk tunggu balik ke malaysia, aku angkat terus kat sini. erkk, sapekah awek awek aku tu? ni ha, sibuk nak bergambar masuk blog. sofea, kiki dan michiko

;)








sofea, michiko dan kiki



nota kaki : dah tengok video kat tepi tu ni? yg kat sidebar, ni video ku guna applikasi macbook untuk membuatnya, sangat senang dan cepat untuk dibuat. apa lagi, beli terussssss!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW