Share
Memaparkan catatan dengan label review barang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review barang. Papar semua catatan

Cik gadis penjual kereta di millioncars.my

Review : Website Millioncars.my

Walaupun ini entry review, tapi entry ini tak berbayar. hanya menolong kawan promote barang. Sebab barang yang disuruh promote ni aku rasa bermanfaat, jadi aku tulis. Erk, blog ni masih lagi tak membuka segmen review berbayar ok disebabkan penulis memang sibuk dengan urusan peribadi. Setakat nak tolong tu, boleh lah =)





Haruslah nak buat tarikan kenalah tempek gambar supaya orang tertarik membacanya. Hehe. Cik ija (berbaju hitam) merupakan junior (sama baya) yang belajar di University of Sheffield. Dulu dia giat menjual tudung-tudung sekarang ni beralih kepada bisnes yang lagi besar, jual kereta?? wowowow!!!!! ok, cukup bab intro


*****


Millioncars.my merupakan website tempatan yang dibina untuk memudahkan orang membeli belah kereta secara online. Fuuhh, sekarang ni beli belah cukup senang, macam-macam ada di internet ni. Website ini masih baru dan jika anda klik ke pautan yang disediakan, anda antara orang yang terawal melihat website ini


Memang bagus diwujudkan website jual beli kereta ni sebabnya negara kita yang memang kaya dengan perlbagai model kereta cukup susah nak beli kereta secara online. Ingat lagi joana aku? ya, aku beli dia pun tengok website autotrader jugak dan memang sangat efektif caranya. Harapnya millioncars.my ini boleh jadi autotrader malaysia la ye?


Pendaftaran awal

Sekarang ni dibuka untuk orang ramai untuk mendaftar di website sana. memang tak rugi untuk daftar sekarang disebabkan dengan pendaftaran baru, akan dapat banyak faedah. Aku baru je daftar dan sudah dapat free credit 250 (RM200) percuma. Bukannya susah, daftar dan tunggu bila website ni popular, credit tadi akan sangat penting. jom pakat-pakat daftar ok


Kelebihan website

Selain boleh jual kereta. beli kereta yang baru atau terpakai, ada beberapa tools di website ni yang menarik. Kita boleh check harga road tax, loan settelement, loan payment dan juga boleh check loan affordability. Rumus bab-bab kereta ni memang banyak dan website seumpama ini memudahkan kita. Harap pihak admin boleh tambah beberapa rumus lagi seperti harga cukai kereta yang dibeli dari oversea. boleh la aku check berapa kena tax joana nanti. wohooo


Rumusan

Ok lah, aku pun tak guna banyak sangat lagi website ni sebab ia pun masih baru. Tapi selaku pengguna bijak, aku dah daftar di website millioncars.my ni. Percuma sahaja dan bila dah nak gunakan perkhidmatan website ni, bolehlah aku pakai free credit aku tadi. hoho. jadilah pengguna bijak ya. pendaftaran sekarang percuma. tu yang best =)




pss : website ni boleh pergi jauh. nanti 3-4 tahun lagi adalah joana disana aku jual. kekeke

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

iPhone 4 : Nipis tapi lebih hebat!

Salam,


Semalam rata-rata pengguna iPhone kat sini bising kat facebook dengan pengumuman terbaru iphone 4 yang bakal memasuki pasaran. yang baru beli 3gs, memang agak menyesal la kan, tapi itu adalah strategi dari apple yang ternyata berkesan. mana tak berkesannya, lepas ni adalah yang sibuk nak upgrade ke iphone 4 ni. Tunggu masuk ke pasaran je!

Banyak perubahan terbaru yang ternyeta lebih advance dari iphone yang biasa. Boleh baca disini untuk lanjut, cuma ada beberapa yang aku ingin kongsi yang dirasakan agak istimewa dengan korang. apa, jom kita lihat!



1 - Camera depan belakang untuk video call





2 - Cermin penutup yang 30 kali lebih kuat dari cermin kristal yang lain





3- OS 4 yang paling advandce pernah iphone hasilkan




4 - Tangkap / edit gambar dalam HD




5 - 5 Megapixel camera dengan LED flash!




6 - Buat folder dengan mudah/ Multitasking





7 - Struktur yang lebih tahan lasak


Cuba google semalam bila mahu keluar. erk, xjumpa tarikh. tapi ikut seorang senior, kat UK akan available 24 june. hohoho. gadjet yang pasti angkut. Kalau kat Malaysia, rasanya lambat sikit kot, baik beli kat sini ;)


Produk Apple (baca sini untuk review macbookpro) memang tak pandang belakang dalam teknologi, walaupun android sibuk duk cakap dieorang lebih hebat, denga coolnya apple keluar produk ni. agaga, nanti lepas exam aku buat perbandingan androids dengan iphone.


pss : semua gambar di ambil dari website apple/uk


update : akan available kat uk, japan, us, france, germany pada july 4 2010 dan 88 buah negara lain, termasuk malaysia pada september 2010 (mashable)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kasut crocs haram dipakai? Kena boikot ke ni?

Sebelum pergi ke cerita yang agak serius, cuma nak war-warkan yang joegrimjow skrang sudah masuk ranking bawah 1000 malaysia. hohoho. tambah best, terus potong redmummy. kekeke. si ariff dan ben hari tu sibuk buat entry pasal depa potong redmummy, ku pun potong jugak ok. cuma income redmummy 10 k sebulan tu tak leh potong lagi, tapi ku pernah dapat 10 k dalam masa 3 bulan (klik untuk baca), ok lah tu kan? hehe




joegrimjow 982 di malaysia. 8 pon dah kira potong. kekeke




kasut crocs haram?


ni satu lagi kisah yang hangat sekarang ni. kat facebook sampai siap tukar lagi profail picture pasal kasut ni konon2nya mahu sedarkan masyarakat setempat berkenaan dengan haram pakai kasut crocs sebab ada kalimah Allah. Ok, sempat ku tampal kat sini satu gambar yang dakwanya HARAMMM dipakai



sumber : facebook


selaku pencinta Crocs, memang ku memang terkejut jugak. sampai tak khusyuk untuk study tadi (ok alasan) sebab hari2 pakai crocs. bukan apa, crocs ni ringan dan selesa. jadi, ku pergi amek kasut crocs kat rak kasut, tengok punya tengok. MANA ADEEEE!!! cet cet cet



beriya tangkap gambar! kualiti rendah skit



perbezaan gambar


kalau perhati betol2, gambar yg dakwa ada kalimah Allah tu dengan gambar yg ku tangkap ni, ada 3 perbezaan yang nyata. kalau anda ada kasut crocs ni, boleh tengok sendiri dan compare, yang takde, masa nak beli boleh tengok.

  1. mulut buaya atas ternganga dan mulut yg bawah (ori) ni tak terbuka sangat.
  2. anak mata buaya atas tengok tengah padahal yang ori tengok ke bawah
  3. walaupun lucu nak cakap, kat atas ada lubang hidung dan yang kat bawah (ori) takde lubang hidung


haaa!


ku yakin yg atas tu tak ori. takpun dah diedit oleh individu. kalau beli ori, takdenye macam tu. ku tengok, takde pon bentuk kalimah Allah ni. lagipun ku dah usha laman web crocs. sepanjang usha2 tadi memang takde kaitan dengan israel, yahudi apa. nama bapak pengkhianat islam memang takde dalam orgaisasi crocs ni. haiish, entah macam mana berita ni tersebar dengan luas. oh tidak pun dah tampal kat website dieorang....


nasihat

status facebook ustaz hasrizal, lucu tapi mendalam maksudnya


  1. Jangan sebar berita yang tak pasti, siasat dulu, internet kan ada
  2. Jangan sensitif sangat, dari duk cari benda yang sama kalimah Allah ni, baik tengok pakaian yg kita pakai tu, tutup aurat ke tidak, yg tu memang terang perintah Allah soh tutup aurat. yang tu tak nak follow pulak kan? opssss (peace peace)
  3. Beli yang ori, jangan beli yg cetak rompak


Satu lagi point tambahan, kalau nak tengok harga crocs ni memang mahal, aku beli kat sini pon 42 pound (rm200 lebih kurang) kenapa mahal? sebab BERKUALITI. mahal pun orang pakai sebab BERKUALITI. benda tu kita kena ambik contoh dari crocs ni, kajian dieorang macam mana nak hasilkan crocs, memang rumit sebab tu BERKUALITI. kita pon kena hasilkan benda yang BERKUALITI barulah boleh tahan lama. haa, dah banyak dah ayat BERKUALITI yang keluar tu. hehe



Tak bermakna ku tak sensitif isu2 camni, cuma kadang2 tu jangan terlalu ekstrim sampai nak boikot tapi tak siasat betol2. main makan je apa yang dapat. jadilah masyarakat yang celik it, internet kan ada, google aje ;-) peace peace no war



update : ini ada kedai yg jual crocs original. Murah dan Original. pemiliknya orang melayu. ku ada baca artikel yang menarik kat sini pasal tiruan dan original. apa lagi, belilah yang original!


pss : jom baca entry berkomik pasal besday seorang blogger lagi. tak pun baca komik lisa surihani ni. bagi yang minat meniaga, link 10 k dalam masa 3 bulan jangan lupa baca! banyak sangat link, klik semua je la, hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Revolusi produk Apple : iPhone, iPad... what next?

Sekarang Apple menunjukkan kekuatannya dengan mengeluarkan beberapa produk yang jelas sangat canggih. Kalau dulu ramai kekok dengan produk Apple, tetapi sekarang jika tidak memiliki produk Apple, pasti akan dikatakan ketinggalan (ok, ini melampau sikit)


jom kita lihat 2 produk yang telah di perkenalkan oleh Apple - iphone dan ipad!







2012 nanti Apple akan mengeluarkan satu lagi produk yang dikenali sebagai iBoard!







dan........ pada tahun 2014, iMat akan diperkenalkan!







pss : ini hanyalah mitos. tapi kalau ada pun, apa salahnya kan? hehe. jom lihat siapa top blogger di Malaysia!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

full review : apple MacBook pro terbaik.... disamping 3 awek hot

nak tengok video menarik, boleh baca entry ni oleh mama zharfan dan juga entry ni oleh cik lin, terharu dengan video yang dibuat. tak lupa juga cik farhana yg buat video anak2 sdare, perghhh, mantap ok. terima kasih semua, tak sabar nak tahu keputusan? tunggu kejutan yg ku akan berikan.... hehehehe (gelak nakal)



*****


aku bukanlah pencinta gadjet, setakat memiliki Diana Sharifah Liwayuni Ridwan dan juga Inne Pamela, kini aku mendapat teman baru yang dinamakan Marlyn Prezzo. ternyata harga Marlyn ini lebih mahal dari kedua duanya dan memilkinya cukup berbaloi dan kepuasan yang maksimum aku kecapi. kini aku akan review dan akan cuba mempengaruhi korang untuk membelinya



Marlyn Prezzo aka Macbook Pro


1) rekaan bagai membuat pasta


percaya atau tidak body Marlyn Prezzo aka Macbook Pro di buat dari zink yang ditebuk tebuk dengan menggunakan mesin yang cukup kompleks. berbanding dengan laptop biasa, badannya hanyalah dari plastik keras atau bahan lain yang tidak segah Marlyn Prezzo aka Macbook Pro yg mana zink merupakan bahan untuk membuat bodynya. kajian untuk pengguna senang buka dan tutup cermin pun menggunakan microskop electron untuk mendapatkan ke ketepatan dalam pembinaan body. fuuh, mantap!







2) perkahwinan antara elektrikal dan mekanikal


kedua dua internal dan external untuk Marlyn Prezzo aka Macbook Pro ini digabungkan menjadi satu entiti yang cukup rapat sehinggakan kepuasan mutlak bagi pengguna. bahan dalam menggunakan silicon sebagai board. contoh yg paling ideal, jika melayu kawin dengan matsaleh, sudah pasti anaknya comey! sepeti jugalah gabungan elektrikal dan mekanikal dalam membuatnya, sudah pasti hasil yang menakjubkan akan terjadi






3) tahan lama untuk beraksi

bayangkan dapat 10 jam tanpa charge bateri! bukankah itu satu kepuasan mutlak? kejap2 charge, kejap2 charge, tak feel untuk travel. jadi Marlyn Prezzo aka Macbook Pro datang dengan hayat bateri yang lebih panjang. menngunakan graphic card yang berlainan untuk setiap task di buat, menjelaskan bagaimana ianya boleh tahan lebih lama






4) makin luas untuk kenikmatan abadi


rekaan keypad yang 'fit' dengan jari manusia membuatkan ramai yg tertarik akan Marlyn Prezzo aka Macbook Pro ini. senang nak menaip dan cukup cepat bila taipan dibuat. begitu juga dengan track-pad untuk gerakkan mouse, kesemuanya board mouse ini adalah butang dan kita bebas untuk klik dimana2 sahaja. sunnguh menakjubkan


psss : gambar semua tangkap sendiri(hakcipta terpelihara), tapi sebab tak reti lg nak buat watermark, sebab tu takde tanda joegrimjow kat gambar ni





Marlyn Prezzo


13 inch merupakan yang paling bongsu antara macbook pro yang lain. masih menggunakan intel core 2 duo processor berbanding 15 dan 17 inch masing masing menggunakan i5 dan i7 processor yang didakwa kelajuannya mampu meningat 50% lebih daripada core 2 duo yang biasa. walaubagaimanapun, sepanjang 3 hari menggunakannya, aku masih berpuas hati dengannya


untuk harga pasaran, bernilai £ 1199 sememangnya sangat mahal untuk sebuah laptop biasa. (sonny vaio kat sini £579 je) sebab student dapat diskaun 15 %, aku rasa sangat berbaloi untk beli disini, jadi dengan diskaun tadi, aku beli lagi warranty 2 tahun tambah software 1Work dan kelas selama setahun untuk hanya belajar pasal macbook pro ni. total semua sekali £1031!



kalau di malaysia, lagi murah. dalam 4 ribu lebih sahaja termasuk plan plan yang aku tambah ini. jadi, nak beli macbook pro ni, baik beli di malaysia, jangan kirim kat aku kat sini (alasan takmo bg kirim, hehe)



walaupun malaysia lagi murah



sebab 'awek awek' aku 3 ekor ni sibuk nak macbook macbook sampai tak sempat untuk tunggu balik ke malaysia, aku angkat terus kat sini. erkk, sapekah awek awek aku tu? ni ha, sibuk nak bergambar masuk blog. sofea, kiki dan michiko

;)








sofea, michiko dan kiki



nota kaki : dah tengok video kat tepi tu ni? yg kat sidebar, ni video ku guna applikasi macbook untuk membuatnya, sangat senang dan cepat untuk dibuat. apa lagi, beli terussssss!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW