Barangkali ramai yang frust dengan pengumuman pihak Apple semalam, mana tak nye, harapkan iPhone5 yang keluar, iPhone4s pulak yang keluar. Kalau korang frust, welcome to the club, aku jugak antara yang frust!
Aku dah bercadang nak beli iPhone baru, memang duit dah takde masalah sebab dah lama buat tabung yang dipanggil 'Tabung barangan Apple' kat dalam akaun, jadi dengan pengumuman iPhone4s ni, merencatkan sedikit kegembiraan nak memiliki barangan Apple ni. Hurmmm, 4s pon 4s lah, janji masuk kat Malaysia nanti aku akan jadi orang terawal beli. Kat Singapore dalam 27 Oktober ni jual, macam nak pergi je kat sana dan beli!
Konspirasi iPhone4s
Sebagai tanda tidak berpuas hati dengan pihak Apple tetapi barangan tu tetap aku nak miliki (err errr) - kat sini aku akan paparkan konspirasi disebalik kehadiran iPhone4s, bukannya iPhone5
Keynote pada 4hb bukan 5hb
Walaupun macam takde kaitan dengan tarikh, aku tetap mahu katakan ini konspirasi! Mana taknye, memang sengaja buat pada 4hb, bukan 5hb. Jadi, memang 4hb memang kenalah dengan hanya nombor 4 sahaja yang akan keluar, bukannya nombor 5. heh, konspirasi tarikh namanya!
iPhone 5 lagi gempak dengan new features
Apple memang setahun sekali akan keluarkan generasi iPhone baru. Sebab tahun ni antara tahun kemuncak kejayaan pihak Apple - sampai jadi most valuable company sekarang (ikut share price walaupun sekejap) jadi memang ini taktik bisnes dieorang. Dah beli tahun ni iPhone4S, sebab tahun depan akan keluar nama iPhone5, maka orang macam aku akan beli pulak. huh, memang sengsara jadi peminat Apple ni. Tambah pulak iPhone5 perkenalkan konsep yang gila kaw kaw punya features, memang beratur la orang beli
Keuntungan untuk pelabur 'short term profit'
Kalau korang nak tahu, share price Apple memang gila-gila tinggi sekarang. Sejak setahun kebelakangan ni, tak pernah jatuh pun saham Apple ni (jatuh pun ciput sangat). Benda ni memang bagus bagi pihak Apple, tapi dari segi pelaburan, bagi yang suka mengamalkan 'short tem profit', saham yang sentiasa naik ni memang dieorang tak suka nak beli. Kalau ada naik turun, memang lagi ramai yang berminat untuk melabur. Jadi, dengan pengumuman iPhone4s, bukannya iPhone5, saham Apple memang jatuh semalam. Dah jatuh, ramai yang jual dan pelabur yang mengamalkan 'short term profit' ni akan tunggu masa untuk beli banyak-banyak terus dan dari situ dah boleh kaut keuntungan berlipat ganda dah. huh, konspirasi!
2 year contract rule
Kebanyakan plan sekarang berdasarkan 2 tahun punya plan. Bukan sahaja kat US, kat Malaysia yang mana telco seperti Maxis, DiGi dan Celcom pun menawarkan pakej 2 tahun. Jadi, yang beli iPhone3gs 2 tahun dulu, tahun ini adalah tahun contract mereka akan habis. Bila dah habis tu, terus beli yang iPhone4S pulak. heh, bijak gila kan? Bagi yang dah tamat contract ni (iphone3gs) memang iphone4s ke, iPhone5 ke, mereka akan tetap beli sebab macam dah takde pilihan lain. Sebab tu keluar yang 4S dulu, then tahun depan beli yang iPhone5 pulak. ini taktik keji, tapi inilah konspirasi dieorang yang mana kebanyakkannya akan follow!
itu sahaja 4 teori konspirasi aku. Walau apapun konspirasinya, betul ke tidak, iPhone4S tetap akan aku beli. ekekeke
pss : jumpa ramai yang bertudung labuh tadi. another big day tomorrow!
10 ulasan:
dah beli iPhone 5 yg baru nnt, yg 3g tu tolak murah2 la kat ambe ye.. :P
@Azah
dah ada pembeli dah, sebab tu berani nak beli tu. hehe
punah gak harapan my hubby nak beli iphone5..huhu...cian dia..
kalau gitu.. apa kata joe jual iphone lama kat aku. hee
@SyUhAdA
ada yg betul tu
@Bardboo
same club la ni
@Jard The Great
dah ada buyer dah jard
hehe
Iphone4s meant
Iphone
4= for
S= steve
@Anonymous
niceee
@ Azah dah ada pembeli dah, sebab tu berani nak beli tu. hehe
Catat Ulasan