Share

Kenapa aku bersetuju dengan pelaksanaan AES

Gambar dulu



5 hari lepas memang sangat jauh aku mengembara dengan prius. Dari KB-Putrajaya. Lepas tu Putrajaya-Sungai Petani, sambung pulak Sungai Petani-Penang dan balik semula Penang-Putrajaya. Kemudian keesokkannya Putrajaya-Kuantan, Kuantan-Kuala Terengganu sebab takut nak balik sengsorang pukul 12 malam ke KB dan akhirnya Kuala Terengganu-KB. Total perjalanan 2366km dalam 5 hari!

Menggunakan kereta dalam perjalanan jarak jauh ni memang mencabar. Dari segi jalannya yang aku rasa sangatlah teruk bagi sesetengah kawasan yang boleh dikatakan laluan utama untuk pengguna jalan raya, dengan keciknya - boleh bayangkan tak ada kawasan yang jalan utama tapi hanya satu lane sahaja - memang sungguh menyedihkan. Tak campur cara pemanduan rakyat kita yang memang lemah - bawak slow kat lane kanan, potong q dan macam-macam lagilah. Tapi alhamdulillah, selamat jugak sampai ke destinasi dan selamat pulang kembali

Sebab tu kalau travel aku lagi suka naik pengankutan awam. tapi kali ni terkecualilah sebab banyak urusan sana-sini

Sistem AES

Sekarang ni isu yang sangat-sangat hangat adalah sistem aes - automated enforcement system yang baru dijalankan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membasmi kemalangan di jalan raya. Oh, kemalangan jalan raya kat Malaysia ni adalah antara yang tertinggi di dunia. Memang sangat kritikal dah kemalangan yang berlaku ni, kemalangan maut pun banyak tu yang sedih tu. Mati di jalan raya. Sangat sadis!

Jadi kenapa ramai yang tak bersetuju dengan AES ni? Sebab utama aku perasan orang tak setuju adalah terlalu drastik. Rakyat kita belum ready lagi untuk sistem ini berjalan, tapi kerajaan dah jalankan. AES ni lebih kurang macam ni dia punya sistem

  • Berlaku kesalahan di jalan raya oleh pemandu (setakat ni hanya detect 2 kesalahan je, lebih had laju dan langgar lampu isyarat merah) camera pun tangkap gambar secara automatik
  • Gambar tadi diproses juga automatik dan terus dihantar kepada pihak kawalan AES bagi kenal pasti 
  • pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
  • Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
  • Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.
Bunyi macam sempurna je kan. Tapi tunggulah bila korang balik dari vacation ke apa memang ada banyak surat saman yang akan datang ke rumah - siap ada gambar korang dalam kereta lagi! Masa tu - melayanglah RM 300. piewwww


Kenapa aku bersetuju AES dijalankan

Bagi aku yang memang kerap gunakan jalan raya sebab utama aku bersetuju adalah kerana ia mampu mendidik rakyat negara kita untuk mematuhi jalan raya. haaaa, tengok dah ramai yang angkat kening tanda tak puas hati. rilek-rilek. entry ni takdenye najib bayar kat aku suruh tulis, hanya pendapat awam sahaja. 

Melihat statistik kemalangan yang sangat teruk ni, memang kena buat sesuatu. Penguatkuasaan secara berkomputer ni sebenarnya dah banyak dijalankan di negara-negara lain, memang ada hasil penurunan walaupun sesetengah negara yang buat tak jadi. Macam kat Malaysia ni, kalau nak adakan pendidikan di awal sekolah sebagai contoh, cikgu mengajar kat sekolah patuh jalan raya, tapi bila balik kampung bapak bawak kereta 160kmh walaupun kat jalan kampung. Agak2nya anak ni akan follow siapa? 

Sebab tu kerajaan dah kena melihat pendidikan ni diberi kesetiap lapisan umur. anak2 tu satu, ni yang membawa kereta mak bapak ni lagi-lagilah kena bagi pendidikan!

CUMA CUMA CUMA....

Kerajaan mesti telus KEMANA DUIT SAMAN ni akan pergi. haaa, yang ni satu lagi orang duk pertikai. Aku baca bulan pertama pelaksanaan pun dah 60k saman dikeluarkan. Bersamaan dengan 18 juta tu kalau semua orang bayar saman. Banyak tuuu. Ramai yang kata duit tu digunakan kerajaan untuk bayar BR1M dan juga digunakan untuk pilihanraya - haaa yang tu lagilah rakyat bengang. Kira bagi duit kepada rakyat guna duit rakyat juga. Kerajaan dapat nama! Walaupun macam-macam orang boleh buat tuduhan, tapi kalau berterusan aku rasa ramai yang akan percaya.

Jadi, apa kata bagitau kemana duit tu pergi, dan aku syorkan masukkan terus dalam bajet next year berapa yang dapat dan kemana duit tu pergi. Kalau naikkan lagi taraf jalanraya kat negara ni - aku lagi-lagilah suka!


Oraite, tu sahaja pendapat aku. pendapat korang mungkin lain tak tahulah. suka atau tak, sistem ni dah dilaksanakan dah :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW