Share
Memaparkan catatan dengan label IC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IC. Papar semua catatan

Cinta NESLO (1)

Salam 1blogger


meh nak bgtau skit ni, mood blogger yang nak exam akan terasa tau bila terima email2 yg tak sedap dibaca. haish, kalau nak bagi email yg nak kutuk aku pun tunggulah lepas exam, 10hb6 ni, masa tu nak hentam, hentam lah, ku terima dengan hati terbuka. skrg ni dengan sibuk nak studynya, nak tulis entrynya, baca email 'serangan peribadi' ni, buat hati tak senang ok. keep it cool joe...


pasal entry crocs semalam


ada org cakap ku tak pandai bagi kredit. pasal print screen status ustaz hasrizal. katanya ku ambik kat blog khai. adoyai, nak bagi kredit apa sebab tu ku yang ambik dari facebook ustaz, siap mintak kebenaran lagi dengan ustaz untuk post kat blog. kenapa tak taruk watermark? sebab ku nak korang share benda tu kat blog korang (ayat ustaz bagi tu power) kalau ada nama joegrimjow kat situ, mesti korang xnak share kan? nak bagi kredit ke x, tu terpulang. semalam twit dengan khai ku soh die letak kredit, die mmg dah letak kat oh tidak, takkan kat blog dia pun dia nak letak lagi? haaiiishh. ku tahu ni salah paham, tapi janganlah guna ayat 'kejam' sangat ya cik adik. kesian abang nak exam ni.....


pss : ku tak mahu buat musuh dengan sesiap. cuba untuk jadi kawan dengan semua. tapi at certain part, bila berhadapan dengan orang yang penuh dengan hasad dengki ni, kadang2 kita akan tewas kalau terlalu lembut. sayangilah joegrimjow seadanya... ;-)



*******

NOTA awal : kehidupan di IC (baca untuk lebih paham)



cinta neslo part 1

CREDIT : google


Sejak 2 bulan kebelakangan ini, johari selalu menjadikan IC sebagai tempatnya untuk study. peperiksaan akhir tahun kian menjelang menjadikannya gigih mahu mendapat cemerlang. secemrlang yang mungkin agar orang kampung berbangga dengannya. di ic, dia selalu menghabiskan 12 hingga 15 jam sehari. kalau kebohsanan, dia akan melayari facebook dan juga blog. itulah rutinnya. masa zohor, dia akan sembahyang di tempat yang disediakan di tingkat 2 silent study dan selepas itu, dia akan turun ke cafe untuk membeli minuman


zohor itu


dijadikan cerita, selepas solat zohor, dia turun ke cafe. hajatnya mahu minum neslo di sana. vending machine disediakan memang tiada neslo, tapi dengan kegigihannya dia berjaya juga mencampurkan sedikit milo dan menekan butang nescafe di vending machine tersebut. ada satu sudut yang menempatkan bahagian gula, susu dan sebagainya. kebetulan pada hari itu, seorang perempuan yang bukannya dari asia,mungkin orang local turut berada di tempat vending machine


cair meleleh


memang perempuan itu sungguh cantik. bentuk badannya yang macam kerengga menyempurnakan lagi wajahnya yang manis bak madu asli. hati johari mula gemuruh. oooh, adakkah perempuan ini adalah gadis idamannya? entah, dia sendiri pun tidak tahu. setelah mencampurkan sedikit milo, johari terus bergerak kebahagian susu untuk campur airnya tadi dengan sedikit susu. di jelingnya pada perempuan tadi, dan perempuan tadi membalas dengan senyuman menawan. sekali lagi hatinya tersentak!



di bahagian tempat susu, dia mula tidak keruan. mahukah dia untuk bertegur sapa? mahukah dia memulakan perbualan? takkan mahu dilepaskan perempuan secantik itu pergi begitu saja? getus hatinya



perempuan tadi menuju ke arahnya. ya, sama seperti dia, sudah pasti mahu mengambil susu juga. baru saja mahu berkata, lidahnya menjadi kejang. tak dapat untuk meluahkan satu patah perkataan pun walaupun hi. perempuan tadi yang perasan yang johari agak nerves, buat muka slumber dan memasukkan susu kedalam bekas minumannya. dengan tidak sengaja, johari tercampur garam kedalam neslonya itu tadi. dah separuh masukkan garam, baru dia perasaan yang bukan gula dia masukkan, tapi garam!



malunya



perempuan tadi perasan dan mimik mukanya berubah. johari sudah mati akal dan perempuan tadi pasti gelakkannya. gelak akan kebodohannya. ketika ini dia sudah pasrah, sudah pasti perempuan itu akan menanyakannya, dan sudah pasti tak tahu dia mahu jawab dengan jawapan apa yang sesuai. perempuan itu bertanya



jeane : erk... why do u have this kind of hobby. coffee with salt?

johari : eerrr.....



lidah johari kelu. dia mati akal. tiba tiba dia dapat satu ilham. entah dari mana idea itu datang dia pun tidak tahu


jeane : why?

johari : actually i miss my hometown. i live near the sea, idyllic life eventhough my family not rich. sometimes when i feel very thirsty, i will drink sea water. yeah, its not nice at all but what else i can do? my family cant buy anything even a water. putting salt in coffee make me remember my childhood. make me never forget where i came from



perempuan tadi yang namanya jeane cukup terharu akan jawapan yang diberikan oleh johari. ad sedikit air mata bergenang di kelopaknya. dia fikirkan dalam hati, lelaki yang ingat kisah sedih yang lampau sudah pasti seorang lelaki yang baik. bertuah betul dia kerana selama ini hidup dalam kemewahan sedangkan ada orang lain yang hidup nak minum pun terpaksa minum air masin. mungkin itu membuatkan jeane terasa sebak



jeane : amazing... by the way, im jeane (tangan dihulurkan)

johari : im johari, u can call me jo (di sambut tangan jeane)



setelah bersalaman, terasa sesuatu di hati mereka berdua. walaupun ketika itu johari memakai sarung tangan disebabkan kesejukan, kehangatan tangan jeane jelas terasa. begitu juga dengan jeane. dia merasakan cukup aman ketika johari menyambut tangannya, walaupun sarung tangan menghalang kulit mereka dari bercantum



bagaimanakah kesudahan cerita ini? berjayakah cinta neslo antara jeane dengan johari? adakah baik yang meraka dapat, ataupun buruk semata mata?

nantikan di part 2.. finale episod


pss : entry dari blog lama ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kehidupan di IC (2) - Aktiviti ketika bohsan di IC

Entry bersiri pendek ini adalah hasil idea gambar dibawah ini. Iaitu gambar print screen yang diambil ketika jam 8 malam sini (lebih kurang pukul 3 pagi waktu malaysia) yang mana pengunjung ke blog ini adalah rata-rata dari UK. ok, tengok gambar bawah dulu




ok, walaupun ada dari Kulim seorang, tapi majoriti adalah dari UK. ooh, ramai jugak orang UK yang baca blog ni ya. Bagus, rasanya yang baca pun semua kawan-kawan. itulah kegunaan berkawan ramai, dieorang bagi kita traffic. so kali ini, siri ke2 adalah kesinambungan dari siri 1 semalam yang bertajuk bercamping di IC.



******


Kehidupan di IC (2) - Aktiviti ketika bohsan di IC


IC pandangan waktu malam



Seperti diberitahu dalam entry pertama semalam, aku akan ke IC selepas solat jama di maghrib dengan isya. ooh, di sini masjid telah jama' maghrib dengan isya disebabkan waktu isya sekarang masuk pukul 11 lebih. Jadi setelah ke masjid, terus bergerak ke IC sampai pukul 3 suku dan pergi semula ke masjid untuk solat subuh. Subuh disini masuk pukul 3 pagi! itulah uk waktu summer, matahari cukup lama!


Masa 5 jam



Dari pukul 10 hingga 3 pagi, sememangnya bukan 100 % adalah masa study. rasanya cuma 60% adalah study dan lagi 40 %, 'main main' kali ini aku akan senaraikan aktiviti ketika bohsan di IC, bila study dah tepu, kita main pula!


1) Beli air di cafe

di tingkat G ada disediakan cafe. selalunya akan turun ke cafe dan dengan menggunakan vending machine, belilah air yang berkenan di hati. biasanya hot chocolate menjadi pilihan. sedappp



2) Naik tangga turun tangga

Ini adalah aktiviti normal. bila dah tersangat boring dan cuba mencari mood untuk study datang, tangga menjadi tumpuan untuk di panjat. bila dah naik ke tingkat 4, kemudian turun balik ke tingkat 1, otak kembali segar bugar



3) Pergi toilet melihat anggota badan

Toilet sini pada waktu malam agak kotor. tapi sebabkan ada cermin yang besar, aku suka ke toilet bila dah bohsan sangat. sambil tanggal baju dalam toilet, pandang cermin, berkata dalam hati 'mantap jugak body aku ni, 6-pack!'



4) Sembahyang sunat

Ada disediakan surau yang saiznya hanya boleh memuatkan 5 orang dalam satu masa. kecik. tapi disebabkan malam , takde orang, ini adalah cara terbaik untuk dapatkan ketenangan. ambil wuduk, solat sunat hajat mintak supaya dipermudahkan ilmu untuk masuk dalam otak



5) Update blog

Sebelum bergerak ke masjid untuk subuh, aku akan ambil masa 15 minit untuk type satu entry. kalau sempat, 2 pun boleh. kalau perasan, banyak entry ku sekarang ni pendek pendek. ini disebabkan update hanya 15 minit. apa yang boleh ditypekan kan?



6) Ambil gambar

Ini aktiviti yang sangat bahaya. bukan apa, takut terambil gambar yang 'bahaya' erkk?


bergambar dengan gaya pegang iphone






membuat reaksi muka yang pelik




erk, perasan tak apa yang bahaya dalam gambar atas?
tak?
ok, kita zoom








dah perasan?
tak lagi?
ok, kita zoom lagi besar









perempuan sexy dimana2
(^0^)




pss : nantikan siri ketiga esok yang bertajuk 'BLOND BLOND blende'

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kehidupan di IC (1) - Ber'camping' di IC

Ini adalah entry ringkas + berkala + bersiri. Semuanya kisah kehiduapan di IC. (Information Commons) Kenapa pendek? sebabnya boleh baca di entry nenek hot ini. Kenapa berkala? sebabnya ini merupakan entry bersiri yang akan dipublish selama 5 jam sahaja. Kenapa bersiri? sebabnya ini merupakan salah satu taktik untuk pastikan blog ini sentiasa update walaupun tuannya sangat sibuk sekarang ini.



******


Siri (1) Kehidupan di IC - Ber'camping di IC


IC pandangan tepi


IC pandangan depan


Kemudahan 24 jam ini disediakan khas untuk pelajar Uni of Sheffield untuk mengulangkaji. 24 jam sehari, 7 hari seminggu, library ini tidak pernah tutup! Tempat ini merupakan tempat terbaik untuk study. Selesa dan jarak tidak jauh dari rumah. 7 minit jalan kaki saja!


Ber'camping' di IC


Istilah yang diguna pakai sejak turun temurun oleh student Malaysia ini adalah kerana ramai studeny malaysia yang mengambil kemudahan di IC ini untuk study. Aku sendiri pun sekarang ni banyak masa di habiskan di IC. dari pukul 11 malam hingga 3 pagi dan dari pukul 11 pagi ke 4 petang. Ini rutin harian sekarang (ye ke?) sempena exam yang bakal menjelang tiba


Kali ini mahu tunjukkan kelengkapan ber'camping' di IC. Mahu habiskan masa yang lama di IC ini perlukan barang yang secukupnya agar study menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Jom tengok apa barang yang boleh dibawa



Herbalife F1 sachet - bawa je satu sachet F1 ni, buat F1 masa study, masyuk + sedap



Pisang - dah bosan dengan F1, ketika lapar, makan pisang pun jadi!





Makanan dari rumah - biasanya kena bawak makanan supaya tak bazir duit dan masa untuk beli makanan di cafe, kalau waktu malam, cafe tak buka, lagi susah! jadi makanan di rumah menjadi pilihan





Tea herbalife - yang ni wajib bawa. Minum ni untuk sentiasa otak cergas. hoho, pelengkap segalanya





Macbookpro - untuk mengelakkan perebutan komputer dengan pelajar lain, laptop sendiri kenalah bawa. lagipun kalau bosan, boleh update blog. kekeke




pss : Next entry esok yang bertajuk AKTIVITI KETIKA BOHSAN DI IC

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW