Salam,
Pakaian merupakan benda terpenting bagi setiap manusia. Tanpa pakaian manusia boleh jadi bogel dan sudah pasti masyarakat akan menjadi huru hara disebabkan tiada pakaian ini. Kali ini akan membincangkan mengenai rahsia baju perempuan dan lebih difokuskan kepada versi blogger ketika mereka mahu datang untuk ber'gathering' Entry ini hasil gubahan secukup rasa dari sini dan untuk tengok versi lelaki boleh klik sini
MERAH
adik comel ni nama dia eny
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang. Blogger yang memakai baju merah untuk gathering kebiasannya tidak lekang dengan senyuman tapi senyum2 jugak, jangan dikacau sebab garang!
BIRU
kak ina bile nak blanje saye ni?
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas. Blogger jenis ini mahu memberitahu yang dia mempunyai banyak wang dan bolehlah minta darinya untuk belanja makan ice cream sekurang-kurangnya
HIJAU
anak sdare kupasrah (su'aidah), dah ade blog dah?
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot. blogger ini pula biasanya sangat pemalu dan mengharapkan blogger lain untuk memulakan perbualan. pandai2lah ya
HITAM
hidayah dengan anaknya... erk?
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung. Blogger perpakaian hitam selalunya suka berimaginasi yang hebat-hebat dan sebab itu berpakian hitam menampakkan blogger itu lebih matang! (apa kaita imaginasi dengan matang????)
COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah. blogger yang memakai pakaian ini paling sesuai dijadikan isteri!
UNGU
ery peace peace
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap. Blogger ini suka diberi perhatian dan jangan lupa beri perhatian lebih kepada mereka yang berbaju unggu ini!
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak. Bagi blogger yang suka memakai pakaian kelabu ini, mereka sangat suka membantu buat kerja2 amal dan selalunya ajk ajk gathering adalah mereka berbaju kelabu!
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran. Walaupun sibuk bergathering, blogger ini suka membaca buku dan jangan terket sibuk orang ice breaking, dia sibuk baca buku!
PUTIH
hebat berpidato, vio?
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal. Blogger jenis ini selain memiliki ciri2 diatas, juga suka berpidato!!
Gambar diatas semuanya gambar ketika gathering pertama di putrajaya dulu dan juga gathering kedua buka puasa. Banyak yang dah lost contact ni, tegur-tegurlah ek kat facebook atau di twitter. taknak la jumpa sekali lepas tu terus lost contact. tak best tak best. kan kan?


































