Share
Memaparkan catatan dengan label komik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label komik. Papar semua catatan

Selamat Hari Merdeka ke 57 Malaysia

Hari ni merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 57. bagi akulah, tiada yang special sangat selain hari ni bank tutup! Haaa, entah kenapa feel merdeka tu takde sangat. Mungkin tengah berduka lagi dengan kehilangan pesawat MH 370 dan tragedi MH 17 yang ditembak orang. Tapi aku perasan yang best Merdeka kali ni, tiada bunga api! Elak pembaziran gitu

Jadi sempena Merdeka ni, untuk menaikkan SEMANGAT AKU sendiri, maka dikarang komik sempena Merdeka. hehe. rajin bebeno buat komik ye tak? Ni gambar dulu-dulu, jadi kita repost balik. Semoga terhibur dan....


Selamat Hari Merdeka!!!!













pss : gigih betul zaman dulu berblog. haha. bulan 9 azam mahu berblog kembali. doakan istiqamah :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Benda yang perlu dijaga untuk kekalkan KEMERDEKAAN #Merdeka54

Masa aku kecik dulu, cita-cita aku adalah untuk jadi PM - Perdana Menteri. Sebab dah tertanam dalam otak separa sedar aku ni, sebab tulah aku jadi ketua kelas tadika masa tadika, ketua pengawas semasa sekolah rendah, juga ketua pengawas dua tahun lagi masa sekolah menengah, tak cukup dengan tu jadi yang dipertua masa matrik dan last jadi presiden untuk persatuan pelajar malaysia kat Sheffield. Gila kuasa ke? haha, ni bukan gila kuasa, ni adalah pengaruh cita-cita dari kecik yang nak jadi PM

=)

Pandang kebawah tanda PM ke7 tu sangat zuhud ok


Tapi bila dah dewasa sekarang, baru tahu pasal tanggungjawab dan macam sangat jauh je aku nak pikul benda tu. ahhh, sangat berat ok nak control satu negara ni! Hayat aku hanya sempat dengan pemerintahan Mahathir, Pak lah dan Najib. 3 orang PM ni masing-masing bawa pendekatan yang berbeza dalam pemerintahan mereka.

Mahathir dengan mahu mengangkat nama Malaysia supaya setanding dengan negara maju lain

Pak Lah dengan mahu mengembalikan Islam ketempat utama dalam sistem pemerintahan

Najib dengan mahu mengekalkan semangat perpaduan yang memang sekarang sangat susah nak control

Sebut pasal perpaduan, aku sangat teruja melihat hasil kerja matluthfi90, vlogger Malaysia dengan projeknya 'Made By Malaysian' Aku rasa video ni patut ditayang kat TV kot. kan? hasil kerja dan roh masej yang ingin disampaikan tu sangat terasa. Korang dah tengok? better tengok sekarang!




Aku setuju yang perpaduan sekarang ni selalu sangat diuji. Kalau sentuh bab bangsa ok lagi, tapi sekarang ni sampai melibatkan agama. tu sudah melampau! Aku sangat percaya Malaysia sekarang terbentuk hasil kerjasama semua pihak. Kita patut berbangga sebab keunikan negara kita yang memiliki pelbagai bangsa, budaya dan agama tetapi kita masih lagi berdiri teguh atas nama Malaysia. Cuma akhir-akhir ini kita kena jaga sikit supaya semua pihak tak terasa dengan apa jua tindakan kita!

Aku akhiri entry pendek ni dengan komik perpaduan - Lumba Kereta Merdeka. 














Kalau tanya aku benda apa yang perlu dijaga untuk kekalkan kemerdekaan? aku akan jawab - PERPADUAN!


pss : entry untuk Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan oleh Blog Denaihati dengan kerjasama eQurban.com

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Nora Elena : Scene yang dipotong dalam episod akhir

Amaran awal : Scene ini telah dipotong penerbit atas sebab-sebab tertentu. Scene ini adalah dalam episod terakhir. Tak tahu kenapa ia dipotong, tapi jelas, apabila scene ini dipotong, kelihatan perjalanan cerita menjadi pelik!

Tak pelik macam mana, kenapa baby yang dibuang yvone dari kereta adalah sebenarnya patung dan selepas itu polis dengan cepatnya menangkap mereka berdua walhal road block kat depan. Ya, sanga pelik. Khas untuk pembaca blog ini, saksikan scene yang dipotong itu!!
















Amacam? nampak lebih teratur kan jalan cerita dia camni. hehe. Mungkin sebab syok sendiri membuatkan penerbit potong scene diatas. Jangan lupa juga untuk baca ADAMAYA : SCENE YANG DIPOTONG DALAM EPISOD AKHIR!  


pss : siti saleha aka nora elena baru 21 tahun. haha. baru tahu!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Komik : Happy Birthday Mommy Lisasurihani

Enjoy reading =)











Gambar dari Fanpage Lisasurihani dan Google Images =)
Terbaca twit lisa tadi kat twitter, terus buat entry. keh keh keh
Follow @Joegrimjow dan jangan lupa baca komik Adamaya ini (featuring lisasurihani juga)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Komik : SBP vs MRSM - SPM 2010 Story

Dah lama tak buat komik. Layan komik la kejap. Entry ni sempena keputusan SPM kelmarin, layan je lah.










kalau suka jangan segan tekan like =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW