Share
Memaparkan catatan dengan label contest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label contest. Papar semua catatan

Beli tiket bas online lebih mudah dengan eticketing

Beli tiket bas online kini jadi lebih mudah dan senang. Saya memang pengguna setia catch that bus pada dahulunya kerana setiap pembelian ada rebat. Setelah install boost dan ada kemudahan red bus, saya kerap gunakan aplikasi ini pula dan terbaru ada satu platform yang mesra pengguna terutama yang menggunakan desktop iaitu eticketing

Eticketing adalah satu platform jualan tiket bas secara online. Anda cuma perlu pilih tarikh, destinasi dan tempat duduk dan anda boleh membelinya secara terus. Tiket anda boleh terima melalui email dan semasa nak naik bas, kadang kadang hanya perlu sebutkan no seat kepada pemandu. Sangat hustle free

Kenapa naik bas?



Saya selalu berulang alik dari Putrajaya - Sungai petani dan juga Putrajaya - Kota Bharu. Sebab utama selain daripada faktor lebih murah adalah sebab mudah. Ya memang agak lama sebenarnya perjalanan seperti contoh jika saya ke Sungai Petani dari Putrajaya mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan tapi disebabkan saya boleh sampai ke rumah lebih dekat, itu yang menjadi sebab utama memilih perkhidmatan bas

Lagipun kalau ada barang yang banyak, tiada extra charge dikenakan


Berbanding kereta api, ya memang agak cepat juga cuma masa pemilihan perjalanan agak terhad. Kalau kapal terbang pula, tiada airport di SP saya perlu naik grab pula untuk ke rumah. Sebab itu saya suka memilih perkhidmatan bas. Beli tiket bas online kini lebih mudah

Contest SEO tiket bas online

Berita baik untuk blogger di luar sana, ada contest SEO yang sedang berjalan sekarang. Keyword pula agak mencabar untuk rank tapi hey no harm to try kan? Lagipun dah jarang dengar contest untuk blogger ni, so perlulah kita support contest ini kan?



Contest ini selain menyediakan hadiah menarik iaitu RM500 untuk top SEO, 15 blogger juga akan berpeluang dapat tiket Gambang Waterpark secara percuma. Aha, Maya memang hantu mandi air, bolehlah spend time dengan dia nanti. Kalau menanglah. haha

Okey, kalau anda nak join, boleh klik ke pautan ini dan saya seru terutama blogger pencen pencen tu, jomlah kita sertainya. haha

Semoga berjumpa lagi

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Minta tolong korang sempena Hari Ibu

Oraite, straight to the point. Nak mintak reader blog ni untuk bantu aku dalam 2 benda di bawah ni. ooh, jasa kalian aku dahului ucapan terima kasih. tolong ok :)

1) Vote untuk contest hari ibu



Sekarang ni Dealmates tengah buat contest untuk hari ibu. TERKEBTULAN aku pun masuk. wahaha. Jadi korang yang ada masa, boleh tolong vote aku tak. Tak payah nak register apa-apa, just klik link ni dan cari gambar bawah ni




dan klik vote :)

Susah sikit sebab korang kena scroll ke kiri beberapa page, aku pun tak paham kenapalah dieorang tak bagi link unik untuk vote, kan lebih senang. hurmm. so, korang yang sudi vote, aku sangat hargainya okeh. Dah vote to, tweet2 lah aku kat @joegrimjow, manalah tahu dapat hadiah something dari aku :)


2) Nak beli hp untuk hadiah mak

Esok, 7/5/2012 merupakan birthday mak aku yang ke 64! Waha, mak aku dah 64 tahun dah, tapi masih kelihatan gagah perkasa :) Actually 2-3 bulan lepas dia sangat-sangat tak sihat. Memang runsing tengok keadaan mak aku. Lutut dia tu dah semakin 'tak sihat'. Alhamdulillah sekarang ni dah bertambah ok dah. Terima kasih yang doakan kesihatan mak aku

So, nak mintak tolong korang yang biasa update pasal hp ni, aku nak belikan hadiah untuk mak aku sempena besday dia esok. ni memang request dari dia 'NOK BELI HADIOH KO MI, BELI HP LA, HP MU UZUR DOH' ok, noted!

Sekarang ni, just nak hp yang miliki ciri bawah ni


  • Range harga RM 800 - RM 1000
  • Tak kisah jenama apa pun
  • Paling penting USER FRIENDLY

Mak aku ni takdelah kampung sangat, boleh diajar cara nak guna hp yang canggih2 ni kalau tak complicated sangat. Bagi korang yang ada pengalaman atau pengatahuan pasal hp ni, mintak cadangan hp apa yang sesuai untuk dibeli kat mak aku. tinggalkan kat ruangan komen bawah ni ya. 


Oraite, itu sahaja. sudi-sudikanlah menolong insan yang lemah ini, nanti giliran korang sampai, aku yang akan tolong korang dulu, waha!


pss : 2-3 hari ni sibuk tak update blog sebab keluarga cik tunang datang ke kelantan. sibuk melayan keluarga mertua. eh, belum lagi la :p

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Contest : Dreamer to winner

Bagi penggila contest, ada berita baik. Ambank sekarang ni tengah buat contest yang diberi nama Dreamer to Winner. Contest yang akan realisasikan impian korang jadi realiti. wow hooo!


Hanya perlu buat ape?
  • kongsikan impian korang dalam bentuk gambar atau video (tips, buat video boleh naikkan possibility korang untuk menang)
  • klik sini dan isikan form

Antara yang bestnya contest ni, jika korang menang korang dapat tunaikan impian korang tu. sponsor sepenuhnya dari ambank dan yang best lagi, korang dapat rm 3000 sebagai tambahan. waha, sangat best!



Impian aku?

nak jumpa dengan blogger-blogger lagi =)


tunggu apa lagi, jom join. klik sini yoosh


pss : apa beza perempuan dengan wanita?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

 Banner

Ada orang nak bagi RM 5000 ni. Apa lagi. join sajalah. Terhad kepada 100 terawal saja. Klik kat sini eh. Dapat info ni dari bro eyriqazz, thank u =) 

Kepada yang nak amek SPM esok, gud luck ya! bleh check dengan SMS je kalau malas pergi skolah :p


pss : dah lama aku xbuat contest, nak buat jugaklah!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Bolehkah masuk contest yang dianjurkan sempena krismas?



paling suka ayat - banyak lagi pertandingan yang boleh muslim sertai kan? sebab tension masuk contest susah sangat nak menang, aku nak buat contest sendirlah. amacam? contest bro denaihati ni budgetnya lebih RM 15 ribu, banyak ok! bro tak nak jadi sponsor contest saya ke? :p

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tanggungjawab menjadi BELIA di Malaysia

Belia di Malaysia dikategorikan yang berumur 18 hingga 40. Termasuk dalam lingkungan umur ni, tahniah, korang adalah belia! Untung berada di Malaysia, kerajaan kita memang prihatin dengan belia di negara ni. Banyak peruntukan diberi untuk memperkasakan belia-belia di negara kita. Peruntukan bukan sahaja dari segi wang ringgit, malahan bantuan latihan demi latihan juga diberi. Untungkan?


Tanggungjawab menjadi belia

Pemimpin di negara kita sudah pasti akan bertukar tangan bila sampai masanya nanti. Siapa yang akan menjadi pemimpin yang akan mencorakkan negara kita terus menjadi negara maju - KITALAH! Justeru, tak kira apa latar belakang kita, masih belajar, bekerja di sektor kerajaan, swasta, kerja sendiri, bisnes, free lancer atau apa pun kita - menjadi tanggungjawab kita untuk mensiap siagakan diri menjadi rakyat yang menyumbang kepada negaranya


Sistem E-Belia

Kemajuan dunia teknologi sekarang sememangnya tidak seharusnya kita meremehkan kepentingannya. Amat penting untuk setiap perinci maklumat dapat kita peroleh. Persoalan dapat atau tidak mungkin sudah tidak relevan dengan dunia maju sekarang, persoalan CEPAT atau LAMBAT itu lagi penting! Jadi, untuk tidak menjadi belia yang sentiasa lambat menerima info dari kerajaan atau mana-mana agensi, sistem E-Belia diwujudkan!


Klik gambar untuk mendaftar


Aku dah daftar, tak sampai 2 minit isi semuanya. Make sure bila dah lengkap, korang simpan kata laluan tu.


Gunakan kemudahan E-Belia

Dengan adanya sistem E-Belia ini pihak Kerajaan terutamanya pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dapat mengenalpasti segala kekurangan yang perlu diperbaiki bagi memantapkan lagi pembangunan belia di Malaysia mengikut cita rasa belia masa kini-CITARASA KITALAH. Sistem ini adalah amat penting bagi membantu belia menyuarakan kehendak dan keperluan mereka melalui Pendaftaran Profil. Serius cukup cepat nak daftar tu

Apa lagi, jom daftar sekarang!! (klik pautan ni untuk daftar)


*********


Sebelum korang tengok bola Malaysia lawan Indonesia malam ni, bolehlah join contest ni. Ada beberapa jam lagi sebelum contest ni tamat. Untuk join, baca syarat kat bawah ni. senang je
  • Tulis satu entry mengenai e-belia, tajuk dan cara penyampaian adalah bebas
  • Hantarkan email kepada itym2007@yahoo.com untuk menyatakan anda menyertai contest ini dengan menyertakan butir-butir sepeerti beriku , Nama, No kad pengenalan, No telefon dan link post contest.
  • Setelah anda mengahantar butir penyertaan di email itym2007@yahoo.com anda haruslah postkan link entry anda di facebook SENYAP bagi tujuan penilaian, facebook SENYAP boleh di lawati di link berikut (SENYAP Group)
  • Banner ni kena letak kat sidebar blog

Info pasal contest kat website ni



Selamat menulis entry dan selamat menjadi BELIA =)


pss : Tahu ni pun dari blog cikgu dahlia tadi. Nak tengok contoh lain, bleh usha entry ni

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Saya nak Samsung Galaxy S 11 sebab...

UPDATE : Mintak kawan-kawan cadangkan entry ini sebagai pemenang di link ini. sangat hargainya!

Contest 'Saya nak Samsung Galaxy S 11 sebab...' dari beta.my dan mynewshub.my ni sudah pasti banyak yang masuk. maklumlah, hadiah utama adalah Samsung Galaxy S2, siapa tak nak kan? Jadi, aku telah minta kawan lama aku untuk dapatkan idea untuk menulis entry ni. Nak tahu siapa dia? tengok video kat bawah ni!!




HITLER!!!!

Entrynya seperti kat bawah ni :p

*********

Aku ada 12 orang anak saudara. Ulang sekali lagi – 12. Ya, sangat banyak. Antara 12 orang tu, ada 2 orang dari dia yang memang sangat 'menyusahkan' hidup aku. Nak tahu apa yang dia susahkannya?

GAME! IPad dan Iphone memang akan selalu hilang bila dieorang balik!





Aku perlukan handphone yang baru! Yang pasti, KHAS UNTUK AKU SAHAJA!

Dan kebetulan ada contest yang dibuat oleh beta.my - Kenapa aku nak Samsung Galaxy S2. Waha, dah macam mengantuk disorongkan bantal! Apa lagi, join terus!

Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub


Jujur aku tak tahu, dan tak nak ambik tahu pasal smartphone lain selain dari Iphone. Kata apple-fanboy. Mana boleh tengok smartphone lain ye tak. Sebab nak masuk contest, nak tak nak kena usha juga spesifikasi Samsung Galaxy S2 ni. Dan apa yang mengejutkan – ada yang S2 ni mendahului iPhone – WOW! Baru tahu!


Smartphone paling ringan





Hari tu ada anak saudara aku complain, nak main game kat iPhone katanya susah – ringan sangat sampai nak control pun susah. Nak main angry bird susah sebab ringan sangat iPhone tu. Eh, aku tak tahu apa kaitan ok. Bagi aku – lagi ringan lagi ok! Dan berita yang menggembirakan – SAMSUNG GALAXY S2 adalah Smartphone teringa di dunia (setakat ni lah) underweight ni!

Kalau letak dalam poket, memang takkan rasa apa-apa la ye. 116Gram. Serius sangat ringan!



Internet lebih laju



Dengan menggunakan 4G WiMax bersama dengan sambungan HSPA+ (Boleh laju sampai 21Mbps ok) sememangnya Samsung Galaxy S2 merupakan smartphone terlaju untuk browse internet setakat ini. Aku baca review, GPS navigation untuk Samsung Galaxy S2 ni sangat efektif walaupun takde line 3G kat sesebuah kawasan. Maklumlah kat Kelantan line 3G tak banyak. Eh, perlu GPS jugak ke kat Kelantan? PERLU terutama nak pergi jumpa customer yang jauh-ceruk-entah-kat-mana tu

Pasal internet ni, tahun depan aku akan ke 3 buah negara berlainan untuk urusan bisnes (bunyi macam besar je kan? Haha) - Singapore, Jepun dan Macau. Mereka memang ada sediakan WiFi kat tempat-tempat tertentu untuk kemudahan orang macam aku ni. Aku akui yang iPhone yang aku guna sekarang ni kalah dengan 'perebutan' WiFi dengan handphone lain. Selalu putus la dan yang paling tak boleh tahan – detect line tapi tak boleh nak surf. Sangat kecewa kan?

So dengan Samsung Galaxy S2 – aku bolehlah surf dengan riang-riang raya gitu =)



Display yang super clear


Minat K-Pop? Haha, aku pun tak tahu sejak bila aku boleh minat Kpop ni. Tapi takdelah hardcore mana, cuma kalau boring jalan jam kat MRR2 tu, bleh la pasang video KPop ni kat phone. Berita gembira, Samsung Galaxy S2 aku dah compare (melalui pembacaan je lah) dengan smartphone lain adalah yang terbaik dari segi display. Apa makna tu? Maknanya bleh layan Kpop dengan lebih khusyuk lah. :p

Bukan tu saje, dengan SUPER AMOLED PLUS ni, response time pun sangat-sangat-sangat cepat. So, bila nak surf benda graphic kat internet, memang terbaiklah! Lebih-lebih istimewa, saiz skrinnya 4.3inchi – dah macam tengok PC kat tapak tangan je. Terbaik!


**********


Ok, tu saja dulu beberapa spesifikasi yang menarik kat Samsung Galaxy S2. Banyak lagi korang boleh tengok kat sini. Kenapa aku nak Samsung Galaxy S2 – sebab memang aku perlukan satu lagi smartphone sekarang!

Contest ni di anjurkan oleh
  • beta.my – berita teknologi dalam bahasa melayu
  • sponsor oleh mynewshub.my – rangkaian berita-berita yang menarik

Ok, itu sahaja dulu entry ni. Aku tamatkan entry ini dengan satu komik – Bagaimana Samsung Galaxy S2 mengalahkan iPhone 4S!












pss : 11.11.11 - samsung galaxy s11 - wahaha. come to papa!! Thank u to beta.my dan mynewshub.my

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

4 sebab kenapa korang kena join Giveaway RM 100 000 CASH dealmates

Dealmates adalah satu website yang menyediakan perkhidmatan kupon diskaun yang pertama di Malaysia. Sebagai ahli yang mendaftar, korang boleh dapatkan kupon diskaun yang sangat-sangat-sangat murah dan berbaloi. Bayangkan perkhidmatan spa 300 lebih boleh dapat dengan harga bawah 100! Itu antara perkhidmatan yang berpuluh-puluh lagi ditawarkan disana



Salah satu yang menarik di dealmates adalah inisiatif yang disediakan untuk menarik pengguna berdaftar baru. Sekarang tengah diadakan 'cabutan bertuah' untuk sesiapa sahaja (terma dan syarat) untuk memenangi hadiah utama RM 100 000! Cukup mudah, klik sini dan ikutilah arahan yang diberikan


Adakah ia scam?

Bila website baru muncul, memang kita akan berasa takut sama ada ini scam atau tidak. Kat sini aku akan berikan 4 sebab kenapa dealmates ini tidak scam dan kenapa korang kena join giveaway RM 100 000 ni!



1) Dah ada bukti pemenang yang lepas-lepas


pemenang samsung galaxy tab

pemenang macbook air

pemenang ipad 2


RM 100 000 CASH ini bukanlah GIVEAWAY yang pertama diadakan. Sebelum ini memang sudah banyak cabutan seumpama ini dibuat, hadiah je berlainan. Macbook, ipad, handphone Samsung dan banyak lagi. Kat atas tu adalah antara pemenang yang sudah berjaya memenangi hadiah dari mereka. Ternyata bukan scam. Kali ni RM 100 000, memang kena join!



2) Penaja adalah syarikat Intel


Kira-kira sebulan lepas, Intel Corp telah menyumbang sejumlah wang kepada dealmates. Jumlah yang disumbang tidak diberitahu dan sebagai syarikat besar (sumbangan 30 billion sejak 1991), aku jangkakan duit yang diberi itu adalah dalam jumlah yang banyak. Sebab tu duit RM 100 000 yang ditawarkan tu boleh dikatakan 'ciput' sangat yang dealmates tawarkan. Apa lagi, dah orang nak bagi free, kita ambik saje! (berita asal)




3) Bukan judi, tidak haram disisi agama




Untuk join contest RM 100 000 CASH ini, tiada pembelian perlu dibuat. Maka ia bukanlah perjudian kerana kita sebagai pengguna tidak rugi apa-apa untuk join contest ini. Jika kita tidak rugi, pihak dealmates dapat keuntungan dari mana? Jawapannya adalah ini sebagai inisiatif pihak mereka untuk menambah bilangan ahli yang berdaftar, maka contest ni diwujudkan.



4) Masih ada banyak masa, hadiah lain juga ditawarkan




Setakat entry ini ditulis, masih ada 2 hari lebih lagi untuk join Giveaway RM 100 000 CASH ni, jadi, sempat lagi bagi yang belum join. Selain RM 100 000, no dua akan dapat rm 10 000 dan top referrer akan memperoleh RM 5 000. Katakan korang selalu tak bernasib baik, boleh kejar hadiah top referral tu macam aku. Oh, semalam aku berada di Top 50, tadi check dah berada di Top 10. Haha, sebab tu bersemangat tu!

Kalau aku menang hadiah utama/top referral tu, kita buat kenduri besar-besaran. wohoo!


******


Apa yang perlu korang lakukan adalah sangat senang
  • Klik link ini - Dealmates.com.my
  • Klik bahagian tepi sebelah kiri 'enter now'
  • Isi apa yang patut - perlu nama penuh, no ic dan no phone (elakkan SCAMMERS untuk join)
  • Share di facebook - wollaaa, tunggu untuk keputusan pemenang yang akan diumumkan

Jadi, apa korang tunggu lagi, joinlah sekarang. Jangan lupa untuk share dengan yang lain sebab setiap pendaftaran baru dibawah unique referral korang akan dapat 1 extra certificates. Yang pasti, kalau korang menang nanti, pastikan bagi aku sikit ok duit tu! kan nanti buat-buat tak kenal memang siaplah!



KLIK GAMBAR ATaS UNTUK jOIN


pss : sekarang ni hadiah contest ribu raban, segan nak buat contest sebab hadiah kita ciput je :(

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Benda yang perlu dijaga untuk kekalkan KEMERDEKAAN #Merdeka54

Masa aku kecik dulu, cita-cita aku adalah untuk jadi PM - Perdana Menteri. Sebab dah tertanam dalam otak separa sedar aku ni, sebab tulah aku jadi ketua kelas tadika masa tadika, ketua pengawas semasa sekolah rendah, juga ketua pengawas dua tahun lagi masa sekolah menengah, tak cukup dengan tu jadi yang dipertua masa matrik dan last jadi presiden untuk persatuan pelajar malaysia kat Sheffield. Gila kuasa ke? haha, ni bukan gila kuasa, ni adalah pengaruh cita-cita dari kecik yang nak jadi PM

=)

Pandang kebawah tanda PM ke7 tu sangat zuhud ok


Tapi bila dah dewasa sekarang, baru tahu pasal tanggungjawab dan macam sangat jauh je aku nak pikul benda tu. ahhh, sangat berat ok nak control satu negara ni! Hayat aku hanya sempat dengan pemerintahan Mahathir, Pak lah dan Najib. 3 orang PM ni masing-masing bawa pendekatan yang berbeza dalam pemerintahan mereka.

Mahathir dengan mahu mengangkat nama Malaysia supaya setanding dengan negara maju lain

Pak Lah dengan mahu mengembalikan Islam ketempat utama dalam sistem pemerintahan

Najib dengan mahu mengekalkan semangat perpaduan yang memang sekarang sangat susah nak control

Sebut pasal perpaduan, aku sangat teruja melihat hasil kerja matluthfi90, vlogger Malaysia dengan projeknya 'Made By Malaysian' Aku rasa video ni patut ditayang kat TV kot. kan? hasil kerja dan roh masej yang ingin disampaikan tu sangat terasa. Korang dah tengok? better tengok sekarang!




Aku setuju yang perpaduan sekarang ni selalu sangat diuji. Kalau sentuh bab bangsa ok lagi, tapi sekarang ni sampai melibatkan agama. tu sudah melampau! Aku sangat percaya Malaysia sekarang terbentuk hasil kerjasama semua pihak. Kita patut berbangga sebab keunikan negara kita yang memiliki pelbagai bangsa, budaya dan agama tetapi kita masih lagi berdiri teguh atas nama Malaysia. Cuma akhir-akhir ini kita kena jaga sikit supaya semua pihak tak terasa dengan apa jua tindakan kita!

Aku akhiri entry pendek ni dengan komik perpaduan - Lumba Kereta Merdeka. 














Kalau tanya aku benda apa yang perlu dijaga untuk kekalkan kemerdekaan? aku akan jawab - PERPADUAN!


pss : entry untuk Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan oleh Blog Denaihati dengan kerjasama eQurban.com

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Contest Raya bersama Kelantan Weight Loss Challenge #tipskurus

Alhamdulillah, Kelantan Weight Loss Challenge musim ke6 bakal melabuhkan tirai pada 27hb 8 2011 ini. Bakal berakhir dengan majlis berbuka puasa. Heh, bunyi pelik je kan program turun berat badan tapi malam penutup bagi makan. Takpelah, sebab para peserta dah bertungkus lumus diet, kita bagi can kat dieorang makan malam tu =)


Contest Raya untuk semua - peluang duit raya!

Bagi sesiapa yang nak dapatkan duit raya secara mudah, ini ada contest mudah yang akan diadakan. Sangat mudah dan sesiapa saja yang ada facebook atau blog boleh join. Caranya adalah
  • Teka berapa penurunan keseluruhan peserta Kelantan Weight Loss Challenge semasa malam penutup nanti (27/8/2011) (Dalam kg)
  • LIKE fanpage Kelantan Weight Loss Challenge
  • Jawapan hanya boleh teka dengan jawab di Facebook masing-masing. Caranya, type di wall masing-masing dengan tag (gunakan @ dan tulis kelantan weight loss challenge) menggunakan ayat : (Contest) Rasanya jumlah penurunan peserta Kelantan Weight Loss Challenge adalah xxx.xkg. contoh

  • Sudah update di wall masing-masing, klik bahagian masa (a few second ago) dan hantarkan link itu dibahagian komen bawah ini (cth link http://www.facebook.com/KelantanWLC/posts/191814067551328)
  • Peserta yang PALING TEPAT akan menang hadiah utama. CASH. Jika terdapat persamaan, maka masa paling pantas akan ditentukan untuk pemenang utama
  • Hadiah utama - DUIT RAYA yang sama dengan jumlah tekaan yang tepat (kalau teka 166.6kg, RM 166.6 akan diberi)
  • TARIKH TUTUP : 27/8/2011 JAM 5 PETANG

EXTRA hadiah untuk blogger!

Bagi yang buat entry khas di dalam blog, promosi Kelantan Weight Loss Challenge dengan cara apa-apa pun, sertakan sekali tekaan korang, hantarkan link blog korang dibahagian komen bawah dan hadiah itu akan digandakan 2. Katakan korang teka 166.6KG, maka jumlah yang korang menang akan menjadi 166.6 x 2 = RM 333.2! 5 entry terawal akan dihadiahkan tiket untuk menyaksikan pertandingan akhir ini pada 27hb 8 2011 nanti. Tiket ini berharga RM 25 (package berbuka puasa, 7 jenis lauk + semi buffet di Hotel Raudhah Kota Bharu)

Menarik? apa lagi, jom sertai sekarang!


Info mengenai pertandingan ini
  • Jumlah peserta yang paling banyak turun setakat ini adalah 9.7 kg (kurang dari 2 bulan)
  • TOP 7 setakat ini dipelopori oleh peserta perempuan (1 lelaki, 6 lagi perempuan) 
  • Tiket untuk malam penutup boleh didapati dengan menghubungi Faridzul - 0169640972. masih ada 34 kekosongan (limit lepada 200 sahaja)
  • Penaja rasmi adalah Dana Belia 1Malaysia
  • Produk rasmi yang digunakan adalah Herbalife


Tips untuk menang

Nak teka memang sakit, sebab bergantung pada luck. Jadi, ini ada beberapa cara yang boleh korang 'kira' untuk jumlah tekaan yang betul
  • Jumlah peserta setakat ini adalah 93 orang
  • Pertandingan diadakan selama 2 bulan - 8 minggu
  • Pada minggu ketujuh (19hb 8 20011), jumlah penurunan keseluruhan peserta adalah 140.2KG
  • Kebiasaan untuk setiap minggu akan ada penurunan 20-30 kg
  • Minggu terakhir jumlah itu mungkin akan naik, maklumlah semua nak menang
  • Bolehlah meneka dengan 'bijak'

Selamat mencuba!!!


pss : jangan lupa follow @joegrimjow di twitter untuk dapatkan #tipskurus secara percuma. Kalau boleh like dan tweetlah entry ni ya, sayang ketat-ketat sapa yang buat =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wordless Wednesday : Pemenang Duit RM 150!




Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW