Share

Minta tolong korang sempena Hari Ibu

Oraite, straight to the point. Nak mintak reader blog ni untuk bantu aku dalam 2 benda di bawah ni. ooh, jasa kalian aku dahului ucapan terima kasih. tolong ok :)

1) Vote untuk contest hari ibu



Sekarang ni Dealmates tengah buat contest untuk hari ibu. TERKEBTULAN aku pun masuk. wahaha. Jadi korang yang ada masa, boleh tolong vote aku tak. Tak payah nak register apa-apa, just klik link ni dan cari gambar bawah ni




dan klik vote :)

Susah sikit sebab korang kena scroll ke kiri beberapa page, aku pun tak paham kenapalah dieorang tak bagi link unik untuk vote, kan lebih senang. hurmm. so, korang yang sudi vote, aku sangat hargainya okeh. Dah vote to, tweet2 lah aku kat @joegrimjow, manalah tahu dapat hadiah something dari aku :)


2) Nak beli hp untuk hadiah mak

Esok, 7/5/2012 merupakan birthday mak aku yang ke 64! Waha, mak aku dah 64 tahun dah, tapi masih kelihatan gagah perkasa :) Actually 2-3 bulan lepas dia sangat-sangat tak sihat. Memang runsing tengok keadaan mak aku. Lutut dia tu dah semakin 'tak sihat'. Alhamdulillah sekarang ni dah bertambah ok dah. Terima kasih yang doakan kesihatan mak aku

So, nak mintak tolong korang yang biasa update pasal hp ni, aku nak belikan hadiah untuk mak aku sempena besday dia esok. ni memang request dari dia 'NOK BELI HADIOH KO MI, BELI HP LA, HP MU UZUR DOH' ok, noted!

Sekarang ni, just nak hp yang miliki ciri bawah ni


  • Range harga RM 800 - RM 1000
  • Tak kisah jenama apa pun
  • Paling penting USER FRIENDLY

Mak aku ni takdelah kampung sangat, boleh diajar cara nak guna hp yang canggih2 ni kalau tak complicated sangat. Bagi korang yang ada pengalaman atau pengatahuan pasal hp ni, mintak cadangan hp apa yang sesuai untuk dibeli kat mak aku. tinggalkan kat ruangan komen bawah ni ya. 


Oraite, itu sahaja. sudi-sudikanlah menolong insan yang lemah ini, nanti giliran korang sampai, aku yang akan tolong korang dulu, waha!


pss : 2-3 hari ni sibuk tak update blog sebab keluarga cik tunang datang ke kelantan. sibuk melayan keluarga mertua. eh, belum lagi la :p

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

13 ulasan:

NinaAz berkata...

hai joe.. :) beli hp blackberry.. hehehe :)

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin berkata...

@NinaAz

bb ape yg elok eh?

Aizat Shafiq berkata...

Cik tunang?
Eh..jangan lupa jemput yee... ;p

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin berkata...

@Aizat Shafiq

ni xmenjawab soklan ni
uhu

cik ina berkata...

oh.lama dah x singgah sini.sekarang dh ada cik tunang. :)

Mr Bell berkata...

samapaikan ucapan selamat hari jadi kepada mak joe ek...

henpon yg user friendly, henpon nokia 3310...ok, gurau jer... XD

EG berkata...

wah, keluarga tunang datang. mesti seronok kan?

IdaShazana berkata...

sejuk perut ibu....

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin berkata...

@cik ina


sudah ada :)

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin berkata...

@Mr Bell

iA

ada lagi ke 33skupang i tu?

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin berkata...

@EG

sangat!

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin berkata...

@IdaShazana

any suggestion hp ape?

wan nurul hezrina berkata...

mummy ngah tgk2 hp gak.rasanya blackberi better.blehlah n rasanya freindly kot nak guna=)ada wifi.blehlah ikut range harga2=)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW