Hi peminat drama dan filem melayu sekalian,
Malam ni (pagi yang baca entry ni pagi) aku nak cerita sikit pasal Industri Hiburan tanah air. Wah-wah, hari tu dah siap buat pasal korea dan jepun, kali ni nak jugak cerita pasal industri kita. Walaupun takde isu yang menarik nak kupas, tapi aku rasa konspirasi Lisa Surihani dan Aaron Aziz ni mesti ramai nak tahu kan. Ohh, ini bukan blog gosip, dan entry ni pun akan ulas dari perspektif aku yang menonton dan mengikuti. heh, cover baik punya!
Lisa Surihani
Sekarang ni nama lisa surihani ni memang sangat popular di kalangan peminat industri tanah air kita. Walaupun digosip dengan yusry, aku tau hati dia hanya pada aku. ahaa. yang aku nak cite bukan pasal dia dengan lelaki lain, tetapi macam mana populariti lisa boleh cepat mencanak naik dengan begitu mendadak
Bagi yang belum tahu, lisa ni dulu pernah masuk iklan McD yang sangat lucu.
ayam oh ayam - sangat comel ok!
Tapi dulu tak popular dan takde orang tahu pun. Tahun lepas boleh dikatakan adalah zaman kegemilangan dia. Sebenarnya tahun lepas baru aku tahu kewujudan dia. hehe. Sejak drama Adamaya yang mencetus fenomenanya tersendiri, lepas tu Lagenda Budak Setan, nama lisa memang mencanak-canak naik.
Dia yang berasal dari Singapore ni memang sekarang tengah mencipta nama di Malaysia sekarang. Ayah dan suami yang handsome ni rupa-rupanya pernah menyanyi suatu ketika dahulu. wahaaa
Not badlah kan suara dia?
Sama juga dengan lisa, populariti Aaron sekarang mencanak naik disebabkan drama Nora Elena dan terbaru (takdelah baru sangat) KL Gengster. Walaupun nora elena tu ditayangkan waktu orang nak solat maghrib, tapi populariti drama tu yang ditonton lebih 2.7 juta orang memang mengagumkan. Kalaulah ditayangkan waktu perdana, pukul 9 ke, mesti lebih ramai yang menonton ye tak?
Celah mana konspirasinya?
Gini, dulu aku ada buat entry bagaimana seseorang artis k-pop itu dilahirkan memerlukan belanja sehingga 400 000 usd baru boleh dikenali ramai. Ada perancangan yang begitu rapi oleh mereka yang bertanggungjawab untuk mempopularkan artis ni. Di Malaysia, aku rasa kita kurang benda ni. Takde pengasah bakat yang UMPH wujud di Malaysia ni. Macam kes lisa dengan aaron ni, aku rasa ianya hanyalah kebetulan.
Kebetulan bagaimana? Dari drama ke filem
Kalau tengok mereka berdua, hasil dari lakonan dalam drama, berlakon pula ke filem dalam tempoh yang rapat, cerita pulak berkualiti, memang meletup terus nama dieorang. Aku tak rasa benda ni ada orang disebalik tabir, ya lah, pakat terima je lakonan yang dapat, lepas tu ditayang dalam waktu dekat, peminat minat, terus jadi peminat sejati. kan?
Cuba benda ni ada orang 'susun' Mesti lagi meletup kebabow punya efek dia! Maksud susun ni, dari satu stage ke satu stage. Katakan ada seorang pelakon ni yang ada bakat besar. Seorang producer kenalah pandai susun si pelakon baru ni supaya cerita dia sentiasa ada je. Dari satu drama ke filem then drama balik. Mungkin susah kalau nak dibandingkan dengan penyanyi, tapi susah nilah yang akan dapat kesannya yang lebih
kan kan?
Peranan Social Media
Lagi satu, social media yang begitu banyak wujud sekarang ni harus dioptimumkan dengan sebaiknya. Facebook, twitter ataupun youtube. manfaatkan sebaiknya. Aku ada tengok true hollywood story pasal justin bieber, kenapa budak ni boleh begitu femes adalah sebabnya peminat rasa justin tu milik dieorang. Macam mana? melalui social media lah. Kalau macam justin dia gunakan youtube untuk upload video2 terbaru dari dia. Bila peminat dah rasa sangat 'rapat' seolah-olah berkomunikasi dengan dia, memang kelahiran peminat fanatik tu pengiklanan terbaik dan termurah
Macam kes Lisa dan Aaron, memang mereka menggunakan social media sebaiknya. Tengok facebook page diorang, lisa dah sjuta stengah, aaron hari tu baru 600k sekarang ni dah 800k lebih. Dalam twitter pulak duk sibuk twit-twit dengan peminat. Memang peminat yang tak minat pun akan terasa artis itu adalah milik mereka. lebih rapat gitu
what do u think?
******
Kelahiran artis super hebat di Malaysia
Dengar khabar, ada artis baru yang akan muncul. dia bukan sahaja hebat dalam nyanyian, tarian jugak hebat. Lakonan tak payah cakap, memang hebat. Ada producer yang dah susun penampilan dia di dunia realiti dan dijangka akan mencanak naik namanya di dunia seni tanah air pada tahun 2012. Drama dia bersama lisa dan aaron yang berjudul kelambu purple akan menemui peminat pada awal 2012. TV3 meramalkan 13 juta penonton! Selepas itu filem dia bersama dengan Penelope Cruz bakal menawan bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di Hollywood sana!! Siapa?
kekekeke
















