Share

Dont Judge Blogger by his/her Blog!

Salam,


nota awal : entry ini begitu banyak link, tak tahu nak baca blog mana, boleh klik link yg berwarna biru


Hari ini merupakan hari blogwalking/bloghopping joegrimjow. Banyak jugak blog baru yang aku baca hari ni dan memang sangat-sangat control tangan untuk tinggalkan komen. Bagi yang ada tu, maknanya sangat gatal tangan lah tu. hihik. Jadi, apa yang aku dapat melalui jalan-jalan cari blog ni tadi? Banyak dan sangat menggembirakan!


Gembira bukan pasal apa, dah jarang jumpa blog-blog yang mengejar traffic dengan cari gaduh-
gaduh dengan blogger lain, main copy paste entry orang lain dan pelbagai lagilah. Mungkin bulan puasa ni, semua setan yang duduk pengaruh blogger ni dulu kena ikat, maka semua kembali pada fitrah masing-masing. Aceceh, kan best kalau macam ni sentiasa.


Blogger gaduh-gaduh


Dulu aku suka melabel seseorang itu dengan blog yang dia miliki. heh, ye lah, tulisan itu menggambarkan peribadi seseorang. entah celah bedah mana pun aku tak tahu benda ni datang, tapi ada logik dia kan. Sepanjang aku usha usha blog orang tadi, baru aku perasan, banyak blogger-blogger yang aku label dulu tak sama bila jumpa di dunia betul!


Jeng jeng jeng


Dah banyak aku berjumpa dengan blogger2 dunia betul. sebab tu aku boleh katakan yang apa yang tajuk di atas ni betul. walaupun ini pendapat aku semata-mata, tapi aku paksa korang terima apa yang aku cakap. muahahaha. Ok, aku akan sertakan beberapa blogger yang pernah aku jumpa dan labelling aku pada dieorang dulu


*******


Jard : Kaki pukul dan jiwa rockers lelaki sejati


jard control ayu di tepi syah


Blogger yang bertaraf akak ni dah lama aku ikut. Memang mula-mula aku ingat dia ni lelaki. dah pun nama jard, memang lelaki lahkan. Sehinggalah tahun lepas, kiteorang jumpa masa gathering buka puasa dengan 12 blogger yang lain, ternyata label aku pada dia salah. Kaki pukul tak betul, tapi kaki buli tu betul. ekeke. Mana taknya, masa dia dan sorang lagi (alamak tak ingat nama) tumpang kereta aku, entah macam mana kereta tu duk main lagu jiwang je. aku yang tak reti nak off macam mana (kereta integra abang aku, pelik skit) memang blushing habis duk kena perli dengan 2 akak aku ni. hissh. nak kata rockers pun tak jugak, jaga betul solat dia masa gathering kat times square lepas. heh, untung cik abang dapat jard ni. ekeke.



Farhana : orang penjiwang serta cepat mesra


gambar dari facebook syahirul



Blogger yang boleh kata memang tahu pasal aku dari a sampai z ni (tak caya baca sini) memang selalu jiwang-jiwang dalam entry dia. nampak dalam ruangan komen pun cepat je dia mesra dengan pengomen dia. Tapi bila dah jumpa, fuhhhh, pemalu besar! tak tahulah apa yang nak dimalunya, masa jumpa tempoh hari, aku tanya sepatah, dia jawan setengah patah. aku tanya 2 patah, dia jawab sepatah. aku tanya berpatah-patah, dia tak jawab apa2, mungkin sebab tak paham kot. haha. Entahla, sekali lagi label aku pada seseorang tu tersasar jauh. nasib je la labu, siapa suruh ko label label orang sangat. cik dr malu dengan saya ke? hehe



Ajwin Ajeera: gewwwdik ala-ala pompuan tomei tomei


dicilok dari profail picture cik ajwin


Dulu kalau baca blog dia ni, mesti ada ayat yang gedik gitu. ala, gaya perempuan yang comel buat muka comel. banyak kan blogger perempuan macam tu. ekeke. contoh ayat comel dalam blog dia Mama mama, nape peyut mama geyak-geyak ni? Macam ada yame-yame je alam tu? Qhayden nak tangkap yame-yame tu boyeh? hakhak, comel kan? so label aku pada dia, mesti perempuan ni gedik2 kurang kasih sayang. agak kurang hajar statement ini. ekeke. Tapi sejak jumpa hari tu ambik cupcakes, jumpa dengan dia ni lain ooohh. Nampak matured dan takde sifat kegedikan langsung. tak tahulah mungkin sebab jumpa cepat sangat ke macam mana, tapi ternyata judgement aku pada awalnya tidak betul.



******



erkk, semua nak perempuan je. lakinya mana? kekeke


Ok, nak bagi fair lady, aku taruk beberapa blogger lelaki pulak


******



Ben Ashari : Berlagak (Agah) serta berbadan malik nor


Ben paling kiri


HAAHAHAA. terover pulak eloborate ni. Sebab encik ben selalu tunjuk body dia kat blog, memang masa 1st time nak jumpa agak takutlah jugak. Kot kot sebesar malik nor ke kan. Lagi satu, entry dia banyak cerita pasal traffic ni, aku label lah dia sebagai suka menunjuk-nunjuk. orang kelantan cakap apa, agah. heh, tapi ternyata meleset label aku letak kat dia, Ben memang sangat baik serta caring gitu! bayangkan walau sekali jumpa, dia boleh tolong tolak kereta kancil pink aku tu di depan kedai mamak kembar. dengan jumlah orang yang begitu ramai, dia slumber badak je tolak. fuuhhh, kagum aku! pasal traffic pulak, dia dengan slumber badak sumbu kongsi bagaimana mahu increase traffic, tak sombong seperti yang aku jangkakan. sekali lagi salah label aku tu




Syahirul : Skima dan nerd


syah n jo jo


Aku jarang baca di blog dia ni. pernah pergi sekali, memang baca satu entry dah boleh agak dia ni budak nerd. baca 2 kali, dah boleh agak dia ni skima. TETAPI, selepeas sahaja jumpa dengan dia, 2 kali jugak la, memang dia adalah blogger yang paling 'BMW' pernah aku jumpa! Buas, Menggatal dan WOW! hehe, memang orangnya sempoi habis, suka gelak-gelak, lain terus dia dengan keadaan blog dia yang nampak skima budak agama gitu. gyahahaha. sila baca entry gathering times squre ni. memang gaya budak nerd bercerita. gyahaha sekali lagi


******



Oklah, cukup beberapa blogger yang aku dah jumpa dan memang jauh beza dirinya di dalam blog dengan dirinya di dunia realiti. Ni pengalaman aku, pengalaman korang camne? share share lah dalam blog. Bagi yang dah jumpa aku, sharelah skit camne korang bajet aku ni dalam blog dan bila dah jumpa, adakah judgement korang tu berubah


Bagi yang tak jumpa lagi


Ambil peluang untuk kita jumpa berbuka puasa bersama-sama di shah alam nanti. acecehh, klik link untuk register mana yang patut ok? hihik



******


Sorang lagi blogger yang aku nak jumpa dan belum lagi jumpa adalah budak jepung ni, zackzukhairi. heh, sejak dia dah mula aktif ni, terus jadi hot ya ko. ekeke. Mentang-mentang la dapat tawaran jadi ikon remaja oleh menteri belia dan sukan, terus jadi hot glamer gitu. baguslah, baru ceria suasana blog malaysia =) Oklah, apa yang aku telah label kat dia ni


1 - suka buat lawak, ye lah, entry semua nak bagi orang pecah perut je
2 - gatal, dah ada tunang nak menggatal lagi dengan anak dara orang!


ok, 2 ni aku label kat dia. so zack, balik nanti bila kita jumpa jumpa, jangan ko kecewakan aku dengan tonjolkan diri ko sebenar bukan seperti yang aku gambarkan, tapi macam gambar bawah ni















habis peminat ko lari nyahhh




ekekek


pss : entry 5 stage dalam berblog. anda pula bagaimana?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

59 comments:

Azrul Hisham said...

haha....gambar bawah sekali tak boleh blah :)

Hazzy Ishak said...

gambar terakhir,
terbaik woookk!

velasrizal said...

awie??? oh tidak...dh ilang masculin..

Harga Kuih Muih Terkini !

Admiral Hafiz said...


haha..betul 2 joe..
tp blog jugak mencerminkan peribadi tuannya jugak
contoh: klu kat luar kita nampak baik & sopan je
tp dlm blog asyik maki2 n mencarut2
so melalui blog jugaklah kita leh taw
org tu mcm ne

lya said...

I don't judge people by their blogs, tapi by personality yang dorang tunjuk dlm chatting personal. kalau chatting kat gb tu, belum boleh caya lagi..

nak2 chatting kat belakang tabir..

long time pun susah nak kenal orang. sebab manusia berubah..

[kena blackmail. nice la that guy. dulu kawan baik jaa. tengok2 stab me coz he felt that I stab him. orang explain xmo dengar lak]

Oops.. jadi komen luahan perasaan lak..

syahirul said...

owh damn.. gyahahahhaa~

ooo tu rupanya wajah ayu si Ajwin Ajeera yang korang gosip2 aritu.. amboi2, sape yg gatal ni eh? aku ke korang? gyahahahahhahaha~

ko kata aku skema n nerd? OMG teruk tol label ko.. hahahhaa.. penulisan kat blog aku lebih suka guna bahasa yg sedap dibaca dan lebih kurang ala2 formal.. kalo kat luar memang samseng ar.. haha...

label aku tentang ko tetap sama sewaktu tgk blog ko dan jumpa.. good!

Jard The Great said...

hah... tahun lepas joe pemalu.. tahun neh baru nmpk joe neh peramah jugak la. ehehe..

mulut pon manyak bising wooo.. mungkin sbb bersama geng kot.. ehehe

masturah idrus said...

wiwiwiwiwiwiwiwi..

mungkin personaliti lain sebab baru kenal...tu yg tak tunjuk taring lagi.. hehe

kalo sempat balik kl, insyallah akan pergi bukak puase ramai2 tuh..

gathering raye takde ke?? kalo ade buat lah before 19 september yek.. :)

BEN ASHAARI said...

amboi..ko bantai gelak dulu baru cerita eh.. cesss...

Encik Tikus said...

bhahaha. semua kena kutuk dgn joe. kahkahkah ;P

princess_eryna said...

gambo bwh skali tuh x bleh blah betol laaa...huhu

Liyana Lunia. said...

teringin nak jumpa joe (T_T) HAHAHAA

soclose2213 said...

memang tak suka kat gambar yg bwh sekali tu..ntah tatau naper..sebab rendah pastu badan ketak2 tak sesuai kot..klu en ben kita tu sedapla jgk mataku memandang..+.+

Dayat said...

adoii ayunya awie

MuNsYi SaMa said...

satu kurg bile baca blog org. kite akan bayangkn suara blogger tu, tp bile jumpe, suara die lain.hehe

ntahla. tp kalo buat Vlog lainla. :)

yangbaik said...

alahai... baru jumpa dah nak komen plak... tak der aper2... cuma saja nak mengusha jer...

Pinky Pixie said...

entry yg menarik. hehe. suka bace kisah blogger yg bertemu blogger. xpernah jmper mereka dalam alam realiti lg kalau ade gthering.. sbb sy pemalu.
walaweh. tipu di situ. =.='

khaizarien said...

jard memang kaki buli... hahaha
farhana cam penyegap je....
ajwin x pernah jumpe
syah....skema ke?
ben x pernh jumpe
yup...sgt2 nk jumpe zackzukhairi :)

Hariz said...

ya saya setuju joe
kita xleh nak label orang tuh cam mn dalam dunia maya nie
sbb..
salah... hehehe

izyanty collection said...

leh jadi pengkritik nie hehehe...

LORD ZARA 札拉 said...

hahaha~

aku takde?

=p

zack takkan la gitu kot?
kih3~

IntanBerlian said...

ayu nye zack..wahaha.. bestnye jumpe gath2 ek. selamat berhari raya di malaysia!

dansa said...

brader joe..hamba bkl menyertai skuad mlysia d sheffield..=)

Nurulbadiah Lai said...

each time i do blogwalking, i never leave any comment or leave track if i dont like that blog or her/his writing..hehe
if i leave comment or any msg kt shoutbox, mean that i do care her/her blog..
even how much i like or hate that blog..i never judging how and how the owner of that blog..
coz for me..sometimes..realiti n alam maya is totally different..sometimes kita rasa blog tu terlalu itu..ini..but then..in realiti..mereKA bkn itu, bkn ini...
so bg saya..even how worse or how nice that blog..dont label..
ni my opinion la..:))

FarhanaDr said...

Wah tidak!!!!! Gambar ku yg dizoom in dan penuh dengan PARUT JERAWAT.. Awat tak letak gambar kajol? Haha.. :p

Joe.. Mane ade segan ngan hang.. Seyes tak.. Kawan2 ku pon tanye nape ku sangat penyenyap itu hari.. Hoho.. Sbb slalulnye ku sgt bising.. Truth is, ku kalau ramai orang berckap, ku akan senyap.. Haha.. Cume tgk kemesraan orang lain sajor.. Tapi seriously dan jujurnya.. Ku mmg sama macam dengan diri di dalam blog.. Tak banyak beza.. :)

FiNa said...

hahaha...
bez gle korang.....

tringin la nak pegi gathering cam korang... tapi aku bukan aktif blogging pon.. huhuu

FarhanaDr said...

Haah.. Encik syahirul dan gaya penulisannya adelah sangat nerd.. Tapi real life? Mak aih!! Terkujat kejap!! :p

aquahartz said...

hi joe, good entry. anyways, nak tanya, siapa zackzukhairi kat jepun ni? u ada the blog link tak?
saja nak tgk kalau2 dia ni kenalan lama i.
thanks.
keep on blogging :)

diana said...

saye tak pernah jumpe
mana2 blogger pun..
lagipun malu lah..
saye baru kenal je encik blog ni..

eelobor said...

baca dari atas sampai bawah, akhirnya gambar yang paling last tu gak yang kelakar. hehehehe

lumut said...

jard tu saya x jumpe pon tau die sorang gadis yg baik....=)

eh jup..mane name saye?
ciss joe sume kat entry ni yg femes2 je...hakhakhak...

saya baru nak belajar buat blog..
tgk joe punye blog mcm best je..
ajarkan saya ye..hehe

take care

♥ suterakasih ♥ said...

wahhh bestnya dpt jmpa kwn blogger..saya ntah la bla dpt jmpa..cian dok jauh hihi

Aida Effarina said...
This comment has been removed by the author.
Aida Effarina said...

tp kdg2 through blog jugak kita boleh judge org tu camne. agree x dgn statement, "cara penulisan dpt menggambarkan peribadi seseorang"? hehe ;D

Hizami Rahim said...

hehe.
yep.
kdg2 blog ni lebih kepada menjadi diri yang lain drpd dunia sebenar.
adeh.
kdg2.
:)

slay said...

hari blogging joegrimjow rupenye. patot la tiba-tiba je buat lawatan mengejut ke blog aku. tak sangke pulak ko sudi melawat blog buruk aku tu. thanks joe! :)

haha baca dah, blog syahirul tu. ayat memang skema. (ker skima?)

erk, sedap-sedap je aku mengutuk. ayat dalam blog aku skema tak eh?

nursarah said...

lepas jumpa ARiff sHAH n jOEGRimjow, blogger seterusnya yang aku nak jumpa mmg ZackZuKhairi.

aku dah tempah nak jumpa beliau awal2 lagi. hujung bulan ni dia balik M'sia.

n dia dah kata YES. hehe.

MX said...

waa...seronoknya bila dapat jumoa blogger-blogger hebat...
bila nak jumpa diorang jugak nie...
joe wat gathering kat KB la plak...hehehehe

missnanako said...

haah!!setuju gila joe!

MissNera said...

salam joe...

agak bersetuju tapi juga tidak bersetuju. mungkin first time jumpa so masing-masing sedang proses melihat dan memerhati =]

Ummi Hanie said...

kalo saya ni ntah ape laa yg dilabelkan ekk..

yg sy tahu,kalo jumpe org mmg sy pemalu n xbyk cakap tp maybe byk gelak jer...ekekke ;p

fndrocka said...

dorang ni ada amik kelas berlakon kut..tu yang karekter lain sangat

piNky LuCiA said...

dah lama baca tak komen.. huhu.. gambar nyah tu paling lawa.. hahaha

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

joe.. awat jumpa isnin lepas kat gsc alamanda macam blur blur baru bangun tido..??? hehehehehe mmg baru bgun tidot yerr???

--{♥Mahirah Abd♥}-- said...

wahhh..mcm sy kn...~ silent reader papa joe...hehehe.... sy pendiam gak...hehehehe soalanye pendiam kah sy?? tettttt

NuR 'aQiLaH said...

betol !

dont judge blogger by its bl0g.

ehh2 ter ulang suara lak ekekek

MOFASAD said...

gua takde?
hahaha

arrizz said...

waa nak jumpa korang,hehe..nnt aku try check jadual aku klau ada free sbb skg aku mggu exam..hehe

joe, nanti tulis pasal aku lak bila dah jumpa..nak tahu gak persepsi ko kat aku..haha

Ery Farieha said...

sila la review ery
wakakkakaka

:P

akuzle said...

dik joe...

labelling tuh mmg sifat semulajadi semuo manusia atah muko bumi neh so don't feel bad abt it (even it's not right). nok kenai tuan, kener kenai blog gaks tp x semestinyo gapo hok ado d belog dior tuh mencerminkan dior... tp, pendpt kak... wht u c is not necessarily wht u will have...aeeechecheehhhh....

p/s: nk tau gops gapo label joe kt kak neh lepas gath GB buko poso neh...nanannananaaa...

Amirul Faiz Abd. Razak said...

oo, baru nampak muka sebenar penulis-penulis blog ni ye.

noor afzan said...

dunia blog dengan realiti mmg berbeza.

Ada orang yang serius dalam blog tapi di luar gila2.
dan tak kuranglah yang dalam blog kemain gila2 idea dan peramah tapi bila jumpa senyap serta pendiam.

milimilo said...

semua aku xpenah jumpa kecuali awin.paling teringin nk jumpe zack.hot stuff.hahah.aku byg zack lebih kurg cm ko gak. ;p

Nabiel said...

hehhee~
ko smnjak blik snie..smua ko jmpe kn?
pasni smua mtk ko review blog dorang~hehehe..
nway, ak mmg bnor nk jmpe ngan bdk zack tuh..ak rse bler dia blik snie..
mau bdk2 nie bt knduri 4 ari 4 mlm~hahaha

Arra JaSmY said...

Joey..i nak share jugak boleh?haha.Tahu cuak.Kidding!.(^_^)

Anonymous said...

If some one needs expеrt vіew on the topic of
running а blоg аfter thаt і propose him/hеr to pay a vіsit this webѕite, Keep up thе good ωork.


Fееl freе to visit my homеpаgе payday loans

Anonymous said...

Wondeгful gоodѕ from you, man.
I've understand your stuff previous to and you are just too great. I really like what you have acquired here, really like what you are stating and the way in which you say it. You make it enjoyable and you still care for to keep it wise. I can not wait to read far more from you. This is really a wonderful site.

Here is my web page small loans

Anonymous said...

Ηellο collеagues, its impressive post about cultureand сomplеtely eхplаіned, keeρ іt
up all the time.

my web sitе :: quick loans

Anonymous said...

Wow, wonderful blog layout! Hοw long have you beеn blogging
for? you maκe blogging look easy. The οvеrall look of yοur sіte is fantastіc, as well
as the cοntent!

my web page: payday loans

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW