Share
Memaparkan catatan dengan label malaysian top blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaysian top blogger. Papar semua catatan

Top world blog alexa blogspot

Salam!


Baru update page top malaysian blogger, kali ni hanya update 300 k dan kebawah. Tak banyak perubahan sebenarnya, memang alexa ni kalau semakin kecik semakin susah nak turun. Syabas kepada kakjie, ariff, ben, dahlia dan daus sebab alexa dieorang antara paling banyak trun. Kena belajar banyak lagi dengan dieorang ni!


Kenapa rajin sangat ni?


Sebenarnya baru habis 1st paper. Otak nak 'switch' ke subjek seterusnya, blogla suisnya. Sibuk2kan otak dengan benda leceh2 macam ni, tido, bangun dan start study subjek lain pula. bagi otak rest kejap. Jadi, boleh tengok top malaysian blogger kat page disediakan. Alang2 dah update pasal alexa, nak senaraikan top world alexa ranking. benda ni kalau korang seacrh kat google pun takkan jumpa. macam mana aku dapat tahu? hoho. rahsieee ;-)





1 - http://troktiko.blogspot.com/
Alexa - 1024
PageRank (4)




Memang serius aku terkejut dengan ranking alexa blog ni. Kalau tengokkan blogspot ni, memang jenis seolah berita, cuma bukan bahasa english. bahasa apa aku pun tak tahu. yang peliknya, kenapalah dieorang tak pergi beli domain dan hosting sendiri. dah sampai alexa 1000, bukan senang woo. Ini menunjukkan kepada kita, .blogspot pun boleh capai alexa rendah ;-)






2 - http://googleblog.blogspot.com/
Alexa2125k
PageRank (8)



Blog ini hak punya blogspot. Memang patut tinggi kan dia punya ranking. 594 ribu orang subscribe, memang satu blog yang menjadi tumpuan orang. Informasi dari blog, boleh tengok kat sini. Cuma satu je keburukan blog ni, jarang update. haha. walaupun jarang update, dengan subscribe cecah lebih 500 ribu, alexa mantap, mantap. PageRank sama dengan PR google iaitu 8. Aku rasa blog inilah satu satunya PR 8. kata milik google.






3 - http://adwords-de.blogspot.com/
Alexa 50 k
PageRank (6)



Satu lagi blog yang memaparkan banyak tutorial dan informasi berguna dari google dan blogspot sendiri. yang bezanya, cuma bahasa. bahasa venezuala ke apa yang digunakan ku pun tak tahu. memang hebat dapat capai ranking alexa macam ni. Walaupun template serius tak menarik, tapi mampu tarik perhatian orang untuk baca!




Itu dulu 3 blog .blogspot yang rendah rankingnya. Kat Malaysia, ada juga, meh ku senaraikan beberapa .blogspot yang alexanya agak mantap


1) http://idhamlim.blogspot.com/ - 131 k

2) http://dahliajournal.blogspot.com/ - 155 k

3) http://penarikbeca.blogspot.com/ - 198 k

4) http://joegrimjow.blogspot.com/ - 228 k

5) http://inibelogsaya.blogspot.com/ - 237 k



Yang ni ku punya senarai jelah, kalau ada sesiapa yang tahu, boleh email di joegrimjow@gmail.com. bagi yang nak masuk dalam senarai top blogger bawah sejuta, pun boleh email di email yg sama.



pss : kalau bosan dan pening pasal ranking, jom baca bangga jadi orang kelantan part 1 - kebanggaan orang kelantan dan part 2 - jodoh orang kelantan

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tutorial blog : Menjana traffic dengan SEO (1)

SEO ini merupakan benda yang sangat penting dalam dunia blog. Search Engine Optimazation. sebenarnya ilmu aku sendiri dalam bidang ni sangat terhad sebab tak explore habis lagi, oleh itu, part 1 ini hanya akan cerita apa itu SEO dan kesan SEO kepada blog its all about journey ini. dalam part seterusnya mungkin akan di fokus kepada cara untuk tingkatkan SEO. Pergi baca blog yg memang tak kedekut dalam mencurah ilmu macam kak dahlia, kak jie dan ariff. Aku pun belajar dari mereka dan... lepas exam akan tulis tutorial. Mungkin dalam bentuk komik? *senyum*



Apa itu SEO : rehat + bersenang lenang pun traffic masuk


Basic kepada SEO ini adalah dalam enjin carian. banyak enjin carian yang popular seperti google, yahoo dan macam macam lagi. Kenapa traffic boleh masuk walaupun kita tak update blog dan bersenang lenang, sudah pasti dengan bantuan enjin carian ni! Sebab itu kalau kita perasan, yang 'otai2' dalam dunia blog ni, ada dieorang pergi blogwalking gila2 tapi traffic masih beribu sehari? tak, mereka bermain dengan SEO dan dapat traffic yang menakjubkan! Nantibarulah boleh masuk dalam top blogger malaysian blogger



Kesan SEO : Blogger biasa pun boleh dapat traffic beribu sehari!


Kesilapan aku dulu adalah sangat merendahkan kesan SEO ni. maklumlah, tak yakin pada diri sendiri dan lagipun, tak guna domain sendiri, mesti tak mesra SEOnya... SALAH! sesiapa saja boleh jadi raja SEO! Untuk menunjukkan betapa berkesan taktik SEO ni dan bila ada tajuk SEO di post akan datang membuat korang terus mahu klik blog ni, akan dipaparkan print screen yang sempat ditangkap!



no 4 dalam enjin carian google 'keputusan akademi fantasia 8'



no 4 dalam enjin carian google 'pemenang akhir akademi fantasia 8'


no 2 dalam enjin carian google 'juara akademi fantasia 8'

dan
ada lagi yang best
ini yang menyumbang traffic paling banyak dalam blog 2 hari lepas
yang bestnya sampai hari ini masih ada referrer dari sini!




no 1 dan no 2 dalam enjin carian google 'keputusan akhir akademi fantasia 8'


mahu lihat kesannya kepada traffic?



23 may - traffic dari search engine visitor 75!! new visitor 65!!



22 may - traffic dari search engine visitor 180!! new visitor 147!!



22 may - traffic by keyword




23 may - kalau aku cakap ni diambil pukul 11 tengahari caye tak? ;-)





Segala paparan diatas bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Tapi untuk menaikkan semangat yang gila traffic ni untuk mendalamai lagi bidang SEO ni. Bukan fokus kepada blogwalking semata-mata. Blogwalking dibuat untuk membina jalinan perhubungan dalam dunia blog, bukan untuk kejar traffic semata2! Entry berikutnya akan menerangkan lebih detail dan paling mudah cara untuk dapatkan mesra SEO ini. Nantikan!



ooh, jangan lupa untuk join Gathering Gengblogger di putrajaya. Masih lagi mencari AJK untuk memeriahkan gathering ini. Walaupun lambat lagi, tapi dah 3 meeting online dijalankan. Berminat mahu jadi ajk? sila email nama, url blog ke (joegrimjow@gmail.com)


(klik untuk makumat lanjut)
Ramai juga blogger yang hebat akan turun,
takkan taknak belajar face-to-face dengan mereka kan?



pss : Dah daftar topblog iluvislam? jom daftar jom

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Ranking terbaru TOPBLOG iluvislam mengujakan!

Semalam traffic di blog agak pelik. SANGAT tinggi dari biasa! aku pun terkejut dengan jumlah unique visitor yang terlalu banyak semalam. berapa? biarlah untuk tatapan peribadi sahaja ;-) cuma kali ini mahu share skit mengenai TOPBLOG iluvislam yang pernah ku buat entry pasal joegrimjow menghampiri denaihati dulu


Topblogs @ iLuvislam
(ranking terbaru - klik untuk mengundi)



Apakah dia TOPBLOG ILUVISLAM


Pasti yang tahu pasal website iluvislam. tak payah nak cerita website yang memang sudah sangat glamer ni. aku sendiri pun dah pernah jumpa dengan 3 dari 5 pengasas website ni dan memang mereka semua cukup positif dalam membangunkan website iluvislam ini. TOPBLOG iluvislam ini merupakan salah satu sub domain dalam iluvislam yang menyediakan kemudahan untuk kita melihat prestasi blog kita


Sistem yang digunakan


Memang aku tak tahu formula sebenar yang digunakan. Rasanya hanya berdasarkan uniq visitor semata-mata. uniq visitor ini akan di kira berdasarkan average. jadi kira adil bagi sesiapa yang mahu berdaftar sekarang. apa lagi, jom daftar sekarang! boleh bagi free traffic dan backlink ;) daftar disini


Komen peningkatan untuk topblog iluvislam

Dengan kekuatan 100 ribu lebih ahli dalam iluvislam, ku rasa perlu untuk web developer di iluvislam untuk memajukan lagi subdomain topblog ini. Galakkan ahli untuk mendaftar di topblog ini. Banyak cara boleh dilakukan untuk naikkan penggunaan topblog ini, antaranya adakan contest, promote di laman web iluvislam dan macam2 lagi. Lagipun ku duk perhati lama dah yang ranking alexa iluvislam semakin menurun. Walaupun iluvislam semakin dikenali di luar, tapi di alam maya tidak segah di luar. Mungkin ini salah satu cara untuk tingkatkan ranking iluvislam? mungkin....


janganlah serius sangat joe.. hehe


Mungkin disebabkan minggu ni traffic pelik skit dari biasa, rankingku dulu 7 sekarang dah jadi 4!! wahh, tadi tengok dah potong Denaihati. Memang satu kepuasan. terima kasih yang sudi membaca tak putus-putus ni. Harap dapatlah sesuatu dari blog ni. jadi ku akan buat list skit siapa top blog di iluvislam ni


1) ustaz azhar idrus - memang sempoi habis ustaz ni


2) kuliyyah.net - lebih kepada himpunan mp3 ceramah


3) pondok habib - banyak artikel menarik untuk dibaca



4) joegrimjow - blog ni pun masuk jugakkk ;-)



5) denaihati - alexanya sangat tinggi!



senarai lengkap boleh tengok sini
untuk senarai top malaysian blogger boleh klik sini



ok, itu sahaja dulu update ringkas. komik cartoon baru dah siap. tunggu q untuk dipublish je. bukan wonder joe-grim-jow tapi ada cartoon baru yang... mengenakan blogger... siapa???.... tungguuu (hint : pergaduhan blogger terbesar!))


pss : cuba type 'keputusan akhir akademi fantasia 8' kat google. banyak lagi yang minat AF rupanya ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Review blogger (3) : blog bukan melayu yang best!

Segmen review blogger datang lagi. mungkin orang kata aku ni selalu review blogger yang femes2 saja. bukan bukan. cuba baca review blogger (1) ni, ada yang blogger biasa pun ada. Cuma kebetulan dengan tajuk, jadi kenalah buat tuntutan mengenai tajuk. Harap bersabar. Banyak lagi nak review ni dan review ni lebih kepada berkongsi blog blog yang best untuk dibaca. Kan berkongsi itu tidak perlukan wang. Itu yang best!!



Blog bukan melayu


Kali ini mahu review beberapa blog bukan melayu yang ku suka baca. Alasan kenapa suka baca adalah dari segi input yang terkandung dalam blog itu. rasanya ramai jugak yang minat baca blog yg ku akan review ni, maklumlah, best!





1) Kenwooi - blogger lucu


Rasanya macam mana kenal dengan dia ni sebab dia rajin komen kat blog ni, Jadi ku terjah balik. biasalah, nama yang agak pelik pelik ni ku suka terjah balik. tapi sekali terjah, entry sama, dua kali terjah pun entry sama. haha. Dia ni blogger yang sangat jarang update blog dia. tapi sekali update, perghh, syoook. banyak idea datang dari blog dia ni


sebulan 11 kali je update?


next kenysia?


suka baca entry dia yang compare dirinya dengan kenysia. memang sangat professional gaya penulisannya. bla baca, nak lagi baca, macam ada dadah. bila la agaknya mahu hasilkan entry seperti dia ni. juga entry pasal pisang ni, terbahak bahak aku bila baca. ok, ini ku rasa antara blog terbaik yang ku suggest supaya baca di kala tension2. Boleh tenangkan minda dengan lawak dia tu. Good job bro




2 ) Kennysia - pelawak dunia blog

rasanya tak payah nak review lebih2 pasal blog ni. cuma rasanya readerku yang di uk ni jarang tahu pasal blog best ni. seperti juga kenwooi, glamer kennysia ini disebabkan penulisannya yang sempoi dan menyeronokkan untuk dibaca. kadang2 ada jugak terselit kisah sindiran kepada ahli politik. berani betol!


best entertainment blog


baru2 ini (takdelah baru sangat) blog dia merupakan satu-satunya blog orang malaysia (Malaysia boleh!) yang memenangi anugerah di pertandingan asia-pasific Blog Awards. anugerah yang dimenanginya pula bukan calang calang, best entertainment blog! memang susah tapi dia berjaya memenanginya. Itu tandanya blog ni Best untuk dibaca!




3) liewCF - Senyum seindah suria


Mula membaca blog dia ni disebabkan projek Malaysian top blogger yang aku buat dulu, cari cari, terjumpa blog ini di enjin carian google. sebelum ni memang tak tahu langsung pasal blog ini. Didakwa merupakan orang malaysia pertama yang bekerja secara tetap dalam bidang ini (full time blogger)


Hits berjuta


ranking alexanya yang hanya 26 ribu jelas menunjukkan blognya ini memang mendapat tempat di kalangan pembaca. dengan beribu visitor sehari dan hits pulak berjuta dalam sebulan, memang antara blogger yang best untuk dubaca untuk tambah ilmu. berlainan dari dua diatas, blognya ini berbentuk serius dan bukan berbentuk personal. jadi sesuai untuk dibaca tambah ilmu. tutorial pun banyak di ajar dalam blog ini. good joob!



Komen ketiga-tiga


Sebenarnya banyak lagi yang blog bukan melayu yang hebat. Cuba tengok top blogger di malaysia, top 10 semuanya bukan melayu. Atas ini cuma disenaraikan 3 sebab blog ini best untuk dibaca. best dibaca adalah untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. best tak semesti glamer. kan? dan yang pasti ketiga-tiga blogger ini menggunakan english untuk menulis. Haaa, mahu pergi jauh dalam arena blog, kenalah start menulis dalam english. hehe.



pss : Nak buat tajuk review apa lagi ek yg best? lepas ni pasal ustaz2 plak ;)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW