Share

Dont Judge Blogger by his/her Blog (2)

Salam,

Dah 23 Ramadhan dan tinggal 7 hari lagi nak raya. Tahun ni raya hari jumaat ek? best-best sebab raya hari jumaat ni memang terus akan bahagi masa untuk separuh masa pertama dan sepruh masa kedua. Nanti cerita entry lain sebab tahun ni pun tak pasti lagi nak beraya kat Malaysia atau kat Macau... fuhhh, berat rasanya nak fikir. Antara keluarga sebelah ni dengan keluarga sebelah sana. memang susah nak fikir!


Ok, sambungan dari part 1 dulu


6 blogger telah dipilih untuk entry lepas. Semua blogger yang aku pilih tu adalah memang rapat di dunia internet ni. Maksud rapat tu aku selalu pergi ke blog mereka dan mereka datang sini balik. tu maksud rapat. Aku review mereka sebelum dan selepas jumpa di alam nyata. Sekarang ni aku akan ceritakan 5 lagi blogger yang memang sejak awal aku berblog dulu memang dah follow dieorang. Sama, bagaimana persepsi aku pada mereka sebelum dan selepas berjumpa. Kebanyakan jumpa di Gathering GengBlogger Buka Puasa tempoh hari. Siapakah mereka? jeng jeng jeng





saya milo dan memang saya comel


Memang tak sangka aku boleh jumpa cik adik kecik comel molek ni. Haaa, dulu camne kenal dengan milo ni sebab contest pertama yang aku adakan dulu. Dia dapat no 3 dan hadiah pun tak bagi lagi. Ni entry dia(sangat menarik ok) Haha, entah milo ni ingat ke tidak. Siapa suruh tak bagitau awal-awal nak datang, bolehlah ku prepare hadiah yang dah setahun usianya ni. Takpe, masih ingat ok. Pandangan aku pada milo ni, mestilah seorang yang disukai ramai gitu. Dalam blog pun banyak tampal gambar sendiri (perempuan, biasalahkan) dan memang entry dia kebanyakannya jenis yang happy2 gitu. Ala-ala kanak-kanak riang. Masa 1st time jumpa dia, aku melangkah ke PAS, tengok ada orang main bowling dan seorang budak kecik berbaju kurung yang ikut sama. Mula-mula ingatkan anak munsyi, haha, tapi fikir balik munsyi mana kawen lagi, fikir punya fikir, baru teringat dia adalah milo! memang sangat comel dan kecik. macam teddy bear! haha, cik milo selalulah update ya, jangan malas-malas.





jangan pandang ku sebelah mata hanya aku seorang wanita!



Hurm, macam mana ya mula rapat dengan cik sarah ni. oooo, masa entry lelaki hot dia dulu kot. ekeke. Entah macam mana aku termasuk dalam senarai dia pun aku tak tahu. haha. Ok, blog cik sarah ni macam kebanyakan blog perempuan biasa, cerita pasal dia demam hari ni, hari ni masak apa, hari ni jadi akak yang bagus dan macam-macam lagilah. alah, aku pun lebih kurang sama je rasanya. ekeke. So, pandangan aku pada dia ni mestilah seorang yang macam perempuan biasa. perempuan biasa tu ala-ala riang kalau ditegur dan pemalu bila diusik. erk? hehe, jumpa dengan dia masa malam indah bersama joegrimjow hari tu. Memang salah pandangan aku pada dia sebabnya dia ni... lebih serius kot? hehe. muka nak serius memanjang. tapi akhirnya kalah juga dengan aku yang pakar menggelakkan orang. kan cik sarah kan? percaya bulat-bulat dia yang aku cerita dah jumpa dengan fida. ekeke. keep blogging ya =)





saya bertopi ya, tepi ni kawan saya import khas


Dia merupakan antara blogger yang banyak menolong aku dari segi teknikal masa mula-mula nak berjinak dengan blog ni. Dialah yang memberi hadiah domain pada aku sebab menang contest dia tu. ni entry yang menang contest dia, pasal doraemon pun boleh menang. huhu. Ok, sebab pernah berchating dengan dia, memang aku ingatkan dia ni jenis yang serius muka ketat. ya lah, satu aku tanya, dia jawab satu. Gaya seorang bos katakan. Tapi bila dah jumpa masa main bowling hari tu, fuhhh, memang gaya kasanova habislah. ekeke. Takdelah seserius yang aku bayangkang, gila-gila pun ada sikit. sayang ya bro jumpa kejap je, klu join bukak puasa semua banyak skit nak sembang-sembang pasal blog. nanti jumpa lagi





senyum itu sedekah


Ok, munsyi ni salah seorang blogger yang membuktikan dunia ni kecik je! Bukan apa, masa aku ke blog dia tempoh hari dan komen-komen, dia datang balik blog aku pun komen-komen, dia ada bgtau yang abang dia pun belajar kat tempat sama dengan aku, Huh?? siapa? ahaa, setelah dia bgtau yang abang dia cik amru yang comel itu, memang terkejutlah aku, memang kecik dunia blog ni kan? hehe, sesiapa saja boleh ada kaitan antara satu sama lain. contoh korang yang tengah baca ni, entah-entah mak korang tu pernah ditolong aku angkat barang kat giant. haa, siapa tahu kan? nak tahu, kenalah selalu berinteraksi. hehe. Ok, pasal munsyi ni, pandangan aku, mestilah seorang yang educated, penulisan kat blog pun serius je memanjang. aku siap boleh jadi muka ketat lagi baca entry dia. sangat serius. jumpa di alam nyata? haha, memang serius pun. tapi takdelah seketat yang aku bayangkan. boleh bergelak ketawa jugak. yang paling lucu, teringat dia call aku tanya kasut dia ada kat mana letakknya di masjid shah alam yang besar sangat tu. aku pulak yang tahu ya? haha. nanti jumpa lagi bro!




hi, saya model topi koboi


Ni seorang lagi blogger yang aku mula rapat dengan dia sebab twitter. Kalau tak twitter, memang tak rapat sangat. Dah ada twitter ni, barulah rajin nak komen-komen semua ni. Kadang-kadang baca pun tak komen sebab susah nak komen, ishh, xtau kenapa. Ok, cik hamy ni blog dia ala-ala blog seorang model gitu. haha, mesti ada letak gambar dia dalam entry. erk, macam cakap kat cermin je. ekeke. So pada pandangan aku, dia ni mestilah seorang yang lelaki metroseksual gitu, ikut peredaran masa. haha, boleh macam tu cik hemy? dan bila jumpa dia tempoh hari, walaupun sekejap je jumpa, nampaknya takdelah totally betul. Tapi rupa ala-ala model tu betul. ekeke. nanti boleh buat part time job modelling ni bro. haha. jumpa lagi lain kali



Ok, cukuplah 5 sahaja kali ini =)



Gathering GengBlogger Raya?

Ahaa, memang aku niat nak buat satu lagi gathering raya. Tapi kali ni tak nak jadi perancang utamalah. tak bestlah asyik aku je kan. So, sesiapa yang nak buat, tak tahu bagaimana nak buat, bleh facebook aku disini. yang boleh tolong aku tolong. kalau boleh, buatlah sebelum 21 hb ya, sebab 21 hb dah fly ke UK balik dah. huhu. Jom kita bergathering lagi =)


kalau 1st 70 lebih
yang 2nd lepas 80 lebih
yang 3rd ni 300 yang akan join, boleh?
kita paksa kon bagi duit raya. hehe



pss : nak sangat jumpa cik mat gebu, nanti bawak la anak skali datang ya. hampes kena tipu bulat-bulat!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

63 ulasan:

Jard The Great berkata...

oo.. dak ensem tu namanya hami ek? lalalaaa..

joegrimjow berkata...

@Jard The Great

jard, behave2

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

u all the great bloggers laa:))
suka n have fun reading any etries u'd done!!!

joegrimjow berkata...

@FIFIEY LYCHEE MARATION

really appreciate that
=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hahaha~

munsyi takde lah seketat atau serius macam blog dia. itu betul dan aku sangat setuju.

cop!
khairil afzal si jambu kesayangan tu ada? damn! =____= rindu si jambu comel tu~
dan ya, kriell memang comel!
yeay!

sobs..
dan dari no 1-5, 4 daripadanya sangat aku kenal dan 3 daripadanya 4 itu ada nombor telefon aku ( dan semua lelaki)

cuma nombor 2 tu aku tak kenal~
=)

HAZRIL HAFIZ berkata...

bermint dengn gathering nie..xpernh g peg...=)

joegrimjow berkata...

@LORD ZARA 札拉

kamo cik zara tak pergi klu buat gathering lagi mmg xkan cakap dah lepas ni. haha

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hahaha~

joe bila nak telefon aku plak?

aku dah dengar dah semua suara lelaki kat atas tu~

hahaha~

=)

andy berkata...

hahaha..munsyi ada...mili ada...aku mana? hahaha

joegrimjow berkata...

@andy

banyak edition lagi, jangan risau

joegrimjow berkata...

@LORD ZARA 札拉

xmo lah!
segan
ku kan pemalu
lalala

Bro Framestone berkata...

kenapa sarah ada di sini huhuhu

ehem ek joe he...23x

br nk hande yg besar2 masih xmampu

cadang nk wat mini je... plan dalam kepala nk wat bowling & berbengkel je

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hahaha~

pemalu?

sat, aku pitam~

LOL!

(kenapa aku meracau lama2 kat entry ni ni?)

-_-"

tapi munsyi tinggi, time jumpa hari tu pun melaut dah tinggi, padahal aku dah pakai kasut 3 inci~

sigh~

andy berkata...

@joegrimjow aku acah jek hahahaha

kechixx berkata...

harap2 adalah gathering raya ni k...saya pasti akan join..buatlah kat area Shah Alam..hehe..:)
joe dah nak fly ke UK?bestnyer:)

gadisBunga™ berkata...

ada list blogger ter rapat. good thing to do to make them feel appreciated kan? :)

Munsyi berkata...

hehe. ketat sgt ke entri ak.dah ak jarang update, nak la entri yg bg org pikir selalu kan. lepas ni ku akan buat entri riang2 lak ek. :P

ko buat la last skali sblm balik uk.ramai nk jumpe lg ni. :)

jumpe sume diatas haritu.walaupun skejap.

zara: ye, aku tinggi walaupun kmu pakai wedges.haha.joe pun rendah dariku. mili apatah lg. :P

Hami Asraff berkata...

Nantikan kemunculan komentar aku yang betul-betul. Gua agak rushing sekali sikalng ini!

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Okiessss.. Aritu tak join, berfikir mau join kali ni. Mau tuntut hadiah dari UK ngan joe.. Muahahaha.. :p

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Farhana : ya betul! nak tuntut hadiah gak!

yeay!

atok berkata...

sgt best bila jumpa org yg kita kenal ikut blog, mest ada sumthing yg laen. heh ;p

Mat Gebu berkata...

Erkkk...mat gebu dan anak dara sekali yeaa...amboihh...

etomyam berkata...

steady..semuanya steady tu :D

milimilo berkata...

aku ingat lg joe.tp haritu last minute decision utk ke gath.tp aku happy lah jumpa walaupun skjp.buat open house rumah kau,aku nk dtg.hihi.

aku belum penah jumpe bro metrosexual hami lg.tp mmg mcm sama je muka hami dgn khairil bila sekali tengok.hihi

FTN berkata...

tak kenal maka tak cinta (blogger perempuan shj)

theheheheee

Unknown berkata...

jgn lupe inform kalau wat yeee~nak join gak gath raya kali nih hehe

joegrimjow berkata...

@Bro Framestone

buat je bro, ku akan support. huhu

joegrimjow berkata...

@LORD ZARA 札拉

belom jumpa dngn ku lagi ni cik zara. hehe

joegrimjow berkata...

@FarhanaDr

ada je tu cik farhana, mmg ada. hehe

joegrimjow berkata...

@Mat Gebu

bawak ok bawak

joegrimjow berkata...

@FarHa

haa, yg tu mmg akan di inform

khairil berkata...

thanks joe..
gembira dapat jumpa kau walaupun sekejap...kalau gath raya ni kat area shah alam gak...komfem aku join lagi :)

joegrimjow berkata...

@khairil

BUAT KAT KLAntan je la
huhu

Tanpa Nama berkata...

bila nak jumpe saye pulak? :/

p/s: gambar hami asyraff gile macho! haha

Unknown berkata...

wah...ini baru namanya persahabatn~sejati..hehe..salam singgah bro buat kali pertama :)

APi berkata...

J0e..
buat lagi gath..
edisi raye last sebel0m kam0o fly..
k0mp0m aqu datang awal kali ni..^^

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

bestnya pakat-pakat dok jumpa..

kita dok jauh belah utara..

nak p pon..

hmmm pikiaq banyak kali gk

Nur Suaidah Bachok berkata...

opssss jard!!! :D kamu dah bgtahu sendiri. hahahahaha~

owh yaa joe! kalau ada nak join?? hehehe :)

Unknown berkata...

anak munsyi?
wakakkakaka!!

Munsyi berkata...

ery: yup.mili anak sy.cume die ikut muke mak. wakaka

Unknown berkata...

bile nak cte psl ery ni?
kahkahkah

tp ery tau, dalam blog dan luar blog ery takde beza
ngeh3

Milimilo berkata...

kelakar gila joe describe aku as anak munsyi.nmpk sgt munsyi dah tua.LOL.
mcmana nak rjn update blog ek?makin hari makin mls.joe cpt kasi tips. ;P

joegrimjow berkata...

@iqbalsyarie

lain kali singgah la lagi
=)

joegrimjow berkata...

@APi

hoho, janji datang awal ek
hehe

joegrimjow berkata...

@milimilo

jadikan joegrimjow sebagai pemangkin. haha. boleh?

Hazzy Ishak berkata...

saya saya?
tak ada...
ehehe

Hami Asraff berkata...

Masa untuk mengkomen dengan bersungguh-sungguh. Tudia lelaki metroseksual gelaran yang diberikan untuk gua. Akbar Metro je kot aku baca. Hahahaha.

Part time modelling? Gua dapat offer. Tapi tolak la beb. Bukankah itu satu jalan menuju kemaksiatan? Kalau model muslim tak apa la. Ini bercampur segala jantina. Memang aku tolak mentah-mentah la bro.

Haish, pandai pulak ko cilok gambar aku ni yer. Takpa2, aku redo. InsyaAllah pasni gua akan pembaca tegar blog lu bro. Dan dan kan? Hahahaha!

P/S : Weh macam mana nak add button reply di komen ni ya. Ada tutorialkah? Bagi-bagi!

joegrimjow berkata...

@Hami Asraff هامي أشرف ™

google2, agaga, boleh camtu?

Hami Asraff berkata...

Err, boleh boleh. Ala beb bagilah yang tutorial yang dah siap. Takde ke?

Cikgu Dahlia berkata...

joe, bila GB nak baik ni??
nak join tapi pemalu ..hikhik..

joegrimjow berkata...

@Hami Asraff هامي أشرف ™

ku pon dah xingat dah, nanti ku cari ya

Nabiel berkata...

ape kate ko tnye si Zack tuh..
dah blik mlysia kn?xkn la xnk jdi perancang~bkn sng nk tgu dia blik snie..hehehe..
klu dia yg jdi perancang joe..
cnfrm bkn takat 300 yg dtg!
mau 500 kot~hahahaha

Ibu Ammar berkata...

ahahaha!, macam mana aku leh masuk senarai nih. toinkk!

haha. mmg ramai kata aku serius la joe bukan kamu sorang je. huahua.

tapi bab kenakan aku pasal fida tu mmg takleh lupa. arghhh! tipah tertipu. Cis!

thanks atas entry ini. =))

azieazah berkata...

Salam...
Selamat Hari Raya JOE.. Moga gembira di hari lebaran wpun beraya jauh dari tanahair.


*From silent reader. Kak Azie.

http://azieazah-aa.blogspot.com

Chaon Cornerz berkata...

boleh kot hami tue kalo nak jadi model.. mesti dapat support dari blogger punya.. hehhe..

lepas nie lagi ramai kot kalau buat gathering nie..

Ben Ashaari berkata...

@Mat Gebu

ehem ehem...

Melz berkata...

Nice Review Bro :) hehehe

Nana Eddy berkata...

tima kasih singgah blog brat. ni datang singgah balik.. nanti bila buat jumpa2 geng blogger ajakla brat skali... cam best je nak kenal-kenalan... brat tinggal pown kat Shah Alam jer...

joegrimjow berkata...

@nursarah

sama2. entry ceriakan hari anda ke? hoho

joegrimjow berkata...

@Melz

tunggu entry satey kajang plak. hehe

Farihah Ahmad berkata...

agak2 apa pndangan blogger2 lain plak ek bila 1st time jpa joe?? curious neh. hiks.

joegrimjow berkata...

@Farihah Ahmad

kena tanya mereka lah
hehe

Admin berkata...

Bestnya para blogger dapat berkumpul..Bila la dapat join,..

BN Youth Lab
Mohor Maju Berwajah Baru

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW