Share
Memaparkan catatan dengan label komen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label komen. Papar semua catatan

menghargai komen : pandangan semalam

semalam pasal entry ini mengenai kes buang bayi, dapat banyak komen yang ku rasa patut dikongsi. sebab utama paparkan komen ini adalah menghargai komen2 dibawah ini yang kurasa wajar dikongsi dengan reader yang hanya membaca entry, tapi tidak komen. jom kita tengok


mama nak syusyuuuu




1)farhana

Hebat juga kamu berbahasa.. Menyentuh hatiku.. Huhu..

Mase2 mcm ni orang akan ckap, haiwan pon sayangkan anak.. Hmmmmmm.. Kita dah dicompare dengan haiwan.. Kita ada akal, tapi haiwan takde..

pss : suka yang ku higlight warna biru tu





2) iman

serious sebak when going trough it. lots tried to show how bad it is the phenomenone buang bayi, but less can show whats they baby's feeling. Of course they do have feeling.

I'm much more interested in the foot note as in UK, there are very little and somehow i think i never heard of the issue here.

Had been into the discussion about this. We could touch about Sex Education in Malaysia where most of the teenagers Do It but less know how to prevent Pregnancy.

But we have issues about having Sex Education at school. In my opinion, it is important, but we cant 100% copied UK's syllibus. We need to tailored it to our objective.

The second thing is: the community. How we support the single mother. How we look at them. I involved in charity and found Baitul Islah, a place helping those remaja liar yg mahu bertaubat. There is where dakwah take place.

As a good community, it is true that they are wrong, but blaming them, accusing them is not the right way. We need to grab them and show the right way.

In UK they have single mother organization. Supporting these people.There are pro and cons and of course we need to tailored things to our need depending on our culture before implementing them.

wallahualam

- i can make a new post if i keep on deeper- huhu


pss : sex education.... bak kata hemy, istilah sex education kena branding semula.





3) nurin khairi


kat sini memang la takde kes buang bayi. because..

1. they go into sex education seriously. kat malaysia, they thought sex ed is just a way for the kids to go kinky. heh.

2. it is not a moral issue so much for unmarried woman to have babies. mereka tak malu, so tak buang bayi. kalau mereka taknak, boleh kasik adopt kat orang lain.
religion dan kehidupan disekularkan.

3. most importantly, single mothers are usually those yang belum kawin (besides those yang bercerai) tapi dah ada anak. and they get BENEFITS! ni yang orang2 taxpayer dok bising sbb benefits ni. so buat apa diorang nak buang bayi? mereka dapat duit lagi untuk kehidupan mereka and jaga bayi tuh


pss : pernah dengar yg single mother dapat benefit. malaysia? dapat kutukan.... kalau orang dah nak bertaubat, kenapa kita masih mahu bersikap zalim dengan dia?





4) zaid haris


mungkin,
di UK,
anak luar nikah itu biasa.

yang perlu diubah,
fikiran orang malaysia.

dikandung anak luar nikah,
dicaci hina.

kita semua sama.

siapa kita untuk menghitung dosa/pahala?


pss : agree bro! fikiran kena ubah. sikap skali patut diubah.





6) sesayang

kadang orang rasa islam bila unsur islam dikaitkan,
bila sendiri diperlakukan bersifat iblis,
agama sekadar ritual semata tapi pegangan dilepaskan, nafsu diutamakan.
Islam cuma dalam Kad Pengenalan, hati busuk lebih teruk dari yang kafir.

pss : mmg ku nak buat entry pasal islam pada IC ni




7) ain

mungkin sebab adat disane tak kisah terime anak luar nikah, so takde sebab diorang nak buang baby, keluar pun sudi terime.lain dengan negare kite, yang sanggup buang anak,putus sedare kalau anak mengandungkan anak luar nikah ;( somehow, im not here blaming the 'adat' kite. its our culture and kite yang sepatutnye paham adat tu dan hayati nilai murni yang nak diterapkan.

pss : sepatutnya dah tahu masyarakat tak boleh terima, janganlah buat awal awal lagi. tapi benda sepatutnya tak terjadi....





8) nursarah


bila kes buang anak, semua melenting,tunjuk emo.tunjuk protes bla bla bla. tapi masyarakat kita sendiri yang menekan si ibu yg tersasar tu supaya buang anak. tapi kita tak sedar. masyarakat sebenarnya yg patut'bertanggungjawab'. kita tak berhak 'menghukum' orang lain. sedangkan kita tak dapat 'menolong' mereka, malah menambahkan tekanan yg ada. kalau kita tak pernah nak 'hulurkan tangan', jangan pelik kalau pembuangan anak akan terus meningkat. bukan menangkan si ibu yang tersasar, tapi sama2 fikir. sebenarnya Allah bukan hanya 'menguji' dia, tapi Dia menilai kita semua.


pss : masyarakat sendiri yang menyuruh...its happen sometimes without we notice it





9) frodo

joe ~ aku pun sedih dgn mende ni.
kat negara org, xder lagi aku dgr
nak bakar2 buang bayi bagai .. hell!


... di mana silapnya? :(
sudah2lah, aku dah letih
apsal keji sangat manusia dajal ni
ada cara lain dr MEMBUNUH!


(wa emo ~~~)


pss : ku pon emo jugak






10) jard

hmm.. kat negara-negara mcm UK dan US.. takde kes buang bayi sbb kalau ade remaja yg mengandung.. ada badan kebajikan yg akan jaga ibu2 muda ini.. dan mana2 bayi yang tak mampu di jaga keluarga ibu2 muda itu akan put up for adoption.

tuh yg memang takda org buang bayi. org buang bayi kat mesia sbb takmo diketahui keluarga. takut MALU. takut diKUTUK. dipulaukan. dipandang HINA.

kat us dan UK.. benda itu tidak MEMALUKAN sgt.. kalau termengandung pun.. org takkan pulaukan die atau terus ngecam/kutuk perbuatan die. siap ade had umur utk hilangkan dara/teruna.. minima 14 tahun. hmmm. ibu bapa galakkan lagi explore sexuality mereka. ar. peranan ibu bapa.

Malaysia tak begitu... =p



pss : bile lah malaysia nak jadi begitu ya =p



nota awal : banyak lagi yang memberi pendapat, ini adalah antara yang ku sempat kumpul. terima kasih semua!


~~~~~



ku mahu berkongsi mengenai macam mana tidak bayi itu dibuang. ok, formula senang, jangan hampiri maksiat. walhal dalam alquran dah cakap yang jangan hampiri zina. apa tah lagi buat. kalau benda ini kita buat. semua buat. kes buang anak ini dah takkan terjadi.


ok, ini terlalu sempurna untuk dibincangkan. kenapa? aku rasa dengan sumber untuk melakukan maksiat ini berleluasa, ada concert campur laki perempuan, pakaian yang tidak menutup aurat tambahan lagi menjolok mata, kemudahan access laman web lucah dengan mudah, aku rasa masyarakat kita kebanyakan akan gagal untuk tidak menghampiri zina. setuju?


jadi, untuk bincang kes buang bayi ini jadi lebih relevan, mentaliti masyarakat terhadap mengandung anak luar nikah ini perlu ubah. kalau perempuan itu dah bertaubat ( Allah menerima taubat manusia selain dosa mensyirikkannya) kenapa kita perlu berlaku kejam dengan memulaukan dia? sepatutnya TOLONG!



jiwa perempuan itu halus, aku rasa jiwa dia pasti menderita saat nak buang anak itu. tetapi terpaksa buang sebab desakan masyarakat....



jom kita sama sama berdoa (jangan cakap saja) agar musibah yang Allah bagi ini kita tidak terus untuk selama-lamanya. jika aku di UK boleh doa untuk kesejahteraan orang malaysia di malaysia, kenapa tidak anda yang berada di malaysia itu sendiri?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

fakta blog : jenis2 komen dalam dunia blog




komen adalah salah satu medium yang mempunyai pelbagai definisi kepada seorang blogger. ada yang menyukat best atau tidak sesuatu entry itu melalui komen, tidak lupa juga yang mengatakan graph komen dengan popular seorang blogger itu adalah berkadar terus dan pelbagai lagi definisi lain. bagi yang suka meninggalkan komen, juga banyak sebab kenapa. ada yang mahu tinggalkan jejak, ada yang komen sebab tertarik dengan entry yang ditulis, tidak lupa juga ada yang jenis kalau baca tak komen tak boleh



what ever it is



yang penting aku suka akan komen. kali ini mahu share beberapa jenis komen. ini adalah versi suka suka. bagi pendapat peribadi, aku komen sebab aku memang suka mengomen. boleh? boleh la kan. hehe



~~~~


1) komen comey satu huruf




kebiasaannya komen ini sangat senang. hanya type je satu huruf dan tekan banyak2 supaya nampak. cute. biasanya perempuan buat gaya macam ini. kalau laki, haishh, jangan bro, tak macho





2) komen menyapa kenalan lama





ada yang menjadikan komen untuk menegur. biasanya komen macam ini adalah dari orang yang dah lama tak menjenguk blog kita dan mengharapkan balasan balik ke blog mereka. juga mungkin pengomen itu kenal akan diri kita secara betul. ku suka komen macam ni. boleh eratkan silaturrahim antara blogger





3) komen panjang sangat




sangat menghargai jenis komen seperti ini. sebab ada masa untuk menulis panjang panjang untuk kita, jadi kena hargainya. biasanya komen jenis ini dikomen panjang untuk menjelaskan sesuatu perkara yang berkait rapat dengan si pengomen. atau mungkin mahu share pendapat dengan kita? mungkin






4) komen sharing sharing



tidak panjang sangat tidak pendek sangat. komen ini untuk menyatakan pendapat diri sendiri dengan isu yang dikeluarkan dalam sesuatu entry. komen jenis ini elok jika kita membalasnya, at least membalas dengan say thank u. hargai mereka ;)





5) komen tajuk sahaja


erkk, ada jugak? hehe. mesti ada. dunia blog ni macam macam. macam mana tahu komen tajuk je? mestilah tahu sebab lain semacam je die komen. takde contoh sebab untuk menjaga hati pengomen2ku. hehe. takpe, komen tajuk pun jadilah. asalkan tinggal jejak. ye tak?





6) komen english




komen berbahasa selain dari melayu ni memang menarik. mungkin penulis komen suka sangat tulis dalam BI, jadi mereka pun gunakan platform komen untuk menulis dalam BI. hehe. komen jenis ini sangat2 ku hargai sebab walaupun entry dalam BM, ada yang komen dalam BI. memang terharu ;)






7) komen menjelaskan keadaan


jika ada entry yang dituju kepada sesuatu organisasi, mungkin akan ada kunjungan balas dari mereka. untuk membuat mereka lebih 'takut' bagi link blog anda ni kepada mereka. contoh macam kat atas, ku ada bagi 'nasihat' kepada UKEC dan ada dari mereka yang menjawab. bagus la tu





8) komen pendek




kebanyakan entry aku dapat komen jenis ini. hehe, takpe, apa apa pun, ku tetap menghargainya. komen pendek ini sudah pasti mahu tinggalkan jejak. ataupun tidak ada idea tapi still mahu komen. usahanya untuk menulis dan membanyakkan komen, aku tetap suka



9) komen 1st 2nd ..... 10th


komen ini menjadi rebutan kepada pengomen. haha. ku pun suka jugak mengomen entry org dengan 1st 2nd ni. maklumlah, blog aku ni jenis yang auto publish punya comment, memang akan keluar terus 1st 2nd ni. so, cepat cepat la mengomen entry yang baru dipublish ni untuk mendapat tempat. heeee




10) komen dari insan tersayang


senyum senyum senyum



hakhak, korang mesti jarang dapat komen macam ni kan? hehe. cuma yang mengalaminya sahaja dapat merasai kenikmatannya. layan je lah orang tengah angau ni. haha. suka suka. awak komen la lagi ek. ;-)




psss : final UEFA - bayern lawan barca. haha, kesian man u, takpe, cuba lagi tahun mendatang

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW