Share
Memaparkan catatan dengan label link. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label link. Papar semua catatan

Kan bagus kalau......

1) Setiap detik banyak orang online di blog kita

60 user online : masa entry scene yang dipotong dalam adamaya ini dipublish






2) Ada blogger yang menyumbang traffic yang banyak gila ke blog kita



top referrer untuk 13 mei (semalam) sahaja! THANK YOU BEN





3) Ada orang menghargai video yang kita buat


thank u pooji tulis entry pasal video khusyuk dalam solat ni




4) MALAYSIA berjaya mengalahkan CHINA dalam piala thomas separuh akhir semalam!










walaupun geram dengan kekalahan yang agak mudah semalam, tapi nak buat macam mana, memang itu adalah takat permainan kita sekarang. nampaknya semua kena bekerja lebih keras lagi untuk menang pingat emas olimpik 2012 nanti. harap-harap perkara 'memalukan' ini tidak berulang lagi. GO MALAYSIA GO!!!


psss : kesian kat hafiz hashim tak sempat main. huhu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

tutorial blog : kesan tag facebook kepada traffic

salam 1blogger!


sesudah keputusan wish joegrimjow happy besday sudah diumumkan, bolehlah ku hasilkan entry yang lebih bersikap mesra reader. entry sebelum ni lebih kepada syok sendiri. so kali ini, nak kongsi satu lagi tips untuk naikkan traffic dalam blog. kan semua duk kejar benda tu kan? ku kongsi apa yang telah dibuat


tag facebook


facebook merupakan medium terbaik untuk promote blog. ada networked blog yang menyediakan platform ping automatik blog kita dalam facebook. klik sini untuk lanjut. tapi kali ini aku bukan mahu cerita pasal networked blog, tapi perihal tag yang cukup mudah. bukan tag gambar, tapi tag nama di status. ok, sebelum itu kita lihat bukti supaya entry ini dibaca dengan khusyuk




(10 april) tanpa tag nama di facebook




(25 april) tag nama di facebook



macam mana? hebat kan? dengan tag nama di facebook, peningkatan sebanyak 4 kali ganda orang klik di sana. inilah kuasa tag nama di facebook! jadi, mahu ragui lagi keberkesanannya? jom baca dengan lebih lanjut




cara untuk tag


setelah post satu entry baru, copy url itu ke dan paste ke wall kita. jika ada button share atau anda ping blog dengan GENGBLOGGER, lagi senang, hanya tekan ping dan jangan tekan terus share, tapi tag nama orang dulu di entry itu. untuk tag, hanya type '@' dan kemudian disertakan dengan nama orang yang mahu kita tag. maksimum untuk tag adalah sebanyak 6 orang dalam satu status




kesan positif dalam tag


a yang mempunyai 1500 orang kawan
b yang mempunyai 500 orang kawan
c yang mempunyai 300 orang kawan


jika a tag nama b, kesemua kawan a dan kawan b berpeluang untuk membaca entry yang dihasilkan (2000 peluang orang klik)


jika a tag nama b dan c, kesemua kawan a, b dan c berpeluang untuk membaca entry yang dihasilkan (2300)


inilah yang membuatkan gambar pertama dan kedua diatas mempunyai perbezaan yang ketara! kesan tag nama orang!





syarat untuk tag nama (mungkin lebih tepat, AMARAN?)


1) pastikan entry yang ditulis berkaitan dengan nama yang ditag
maksud berkaitan adalah kita buat review pasal blogger itu dalam entry kita, kita letak link yang agak banyak blogger itu dalam entry kita atau entry itu berkaitan dengan blogger yang kita tag itu. ingat, tag boleh diremove, jadi, berhati-hatilah



2) jangan terlalu kerap tag nama orang yang sama
hari ni tag nama a, esok pun tag nama a, lusa pun tag nama a. mentang mentang a ada 4000 orang kawan, main tag a je. ingat, friend boleh diremove, berhati-hatilah




3) jangan terlalu taksud dengan tag nama
macam biasa, tag ini banyak yang positifnya, tapi jika tidak digunakan dengan cara yang betul, kesan negatif akan timbul lagi banyak. gunakan kebaikan tag ini dijalan yang betul, yang mana bila kita tag nama orang tu, orang tu akan senang dengan entry yang kita hasilkan, bukannya menyampah.




ok, itu sahaja dulu tips untuk naikkan traffic. macam biasa, walaupun entry ini berkenaan traffic, berblog janganlah kejar sangat traffic yang NOTHING kalau compare dengan keakraban sesama blogger yang boleh kita dapat dari blog ni. contohnya entry ini. wonderful kan? thx u cik farhana




erkk, lepas ni mungkin akan wujud golongan u tag i, i tag u? kekeke




pss : banyak lagi cara untuk tingkatkan traffic dengan blog. slow slow akan diterokai. ini bukannya tips gempak ke apa, tapi hanya percubaan kepada diri sendiri dan menjadi. tak salah kalau berkongsi kan? kalau ras entry ini bermanfaat, tekanlah butang like kat bawah ni ;)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

review blogger (1) : tua setahun tidak menanda anda lebih matang dari saya

terima kasih kepada kak jie yang menyenaraikan aku antara 5 blogger tampan seluruh dunia. haha, baca tajuk memang tak boleh blah. thx ya kak jie. tak sangka blogger hebat macam dia sanggup mencemar duli otai membuat review blog yang tak seberapa ni. skrg aku nak buat review aku plak, berkongsi dengan reader aku blog2 yang suka ku baca. suka baca tak semestinya dia glamer dan kali ini kesemuanya memiliki umur yang sama - 23 ;)



~~~~


nurfarhana : doktor cinta yang luar biasa

dia merupakan blogger aktif yang selalu memberi komen kepada aku sejak dari dulu lagi. sejak berpindah blog yg berhosting sendiri, pindah balik ke blogspot, dia setia dengan blog aku ni. dan yang best, dia ni dari dulu lagi dan antara blogger yang follow blog aku ni. masa follower aku tak sampai seratus pon lagi. kan kan kan?


suka dengan gambar pingu kat blog dia ni


mengenai blog dia, sekarang ni banyak plak entry yang cinta cintun ni dibuat. aik, ada apa apa ke ni? hehe. tengah bahagia ek sekarang? bagus bagus. cuma apa yang aku ingat, entry dia pasal wat tejo tu menarik, banyak pengertian yang mendalam, so, keep it up. hasilkan lagi entry2 begitu untuk santapan reader anda. semoga terus maju dalam arena blog








cik lolly : bukan sekadar lollypop biasa

mungkin sikap dia yang peramah di dalam arena blog ini membuat dia glamer di dunia ini. haa, tidak mudah untuk jadi peramah ini melainkan anda sebetulnya peramah. selalu berada di ranking pertama paling glamer di gengblogger kini tewas sikit dengan cik GT yang mengambil alih dominasi tempat pertama. caiyook cik lolly, berusaha lagi!


cik lolly : jangan pk bukan2 walaupun saya suka lollypop



mengenai blog dia pula, cukup best dibaca bila waktu lapang. memang akan melawat blog dia bila ada entry baru dari dia. entry yang simple serta tidak berat merupakan keistimewaan blog dia yang femes ini. sebab dia selalu drop komen kat entry ku, mungkin itu menambah lagi keakraban kami di dunia blog. ooh, ore klate ni! hehe ;-)


entry ini paling aku suka baca, kekeke!







zara - lord the great : pahlawan novel yang bakal glamer


cik zara mempunyai gaya yang sungguh unik dalam berblog. penat kot nak menulis gaya yang dia tulis tu. sebab terlalu dalam maksudnya. banyak entry yang bermuka muka dia tulis, kena baca dan paham betul betul baru boleh paham. walaupun susah nak paham, sebab itulah ku suka baca ;)


Shafaza Zara Syed - legasi cinta alisia



walaupun sekarang ni dia dah jarang singgah sini, maklumlah sebab sibuk berkhemah ke apa, tapi blog dia menjadi antara blog yang pasti ku lawati. novel yang dia tulis pun kak jie pernah buat review, maknanya pasti best tu. ada masa dan peluang, ku baca ya cik zara, baca dalam flight ke nak balik malaysia nanti. hehe. keep blogging zara!






ariffshah : saya single dan masih available, minat saya?


erkk, jarang ku minat baca blog lelaki ni. ada la beberapa orang je yang ku memang follow betol betol. tapi sebab ranking alexa dia mak oi, hebatnya, sebab itu ku nak tak nak tengok jugak blog dia ni. belajar katakan. macam mana nak menjadi hebat di arena blog, semua benda kita kena buat termasuklah follow blog yang hebat hebat ni


source( facebook) cuba cari mana die, kekeke ;)



blog dia banyak ceritakan pasal kehidupan dia di moscow dan juga banyak tutorial berguna. kalau pasal kehidupan ni, buat apa nak baca kehidupan lelaki kan? macam gay la plak, hehe. so memang ku tak klik tapi kalau ada keywords alexa, tutorial, pagerank, cepat je ku baca. hehe, so ariff, banyakkan lagi ya tutorial kat blog tu. erkk, masih single dan sedang mencari gadis untuk dibuat isteri. ahaa, apa lagi, gadis2 diluar sana, terjah la blog arif ;)








dihatisara : mia sara oh sarah oh sarangeyo


cik sarah merupakan blogger yang kebelakangan ini selalu ku singgah. walaupun jarang komen sebab tak baca habis, tapi semenjak entry ini dibuatnya, kerap pulak aku drop di blog dia. entry yang ringan dan lebih sikit berinformasi dari cik lolly tadi, buat senang untuk lelaki ganas seperti aku ni untuk membaca


cik sara dan kawan2nya : dicilok dari facebook, agaga



aku rasa kebanyakan masa online cik sara ni dihabiskan di GB, setiap kali aku online, pasti dia ada. berpantun la, sajak la, semua dia nak. masa aku nak chatting pun dia ada jugak. haha, setia betul dia dengan GB. kalau GB nak buat anugerah paing setia, ku calonkan cik sara. kong, ambik perhatian tu ;-)






~~~~~


ok, ini je dulu buat setakat ni. nanti ada lagi part part yang menarik akan ku kongsikan dengan reader reader aku. tungguuuu!


bagi yang belum lihat gambar aku dieksploitasi, boleh klik sini ;)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

tutorial blog : menjana traffic dengan 'link'

hari ini tidak banyak blog sempat aku lawati. selain blog wajib dan balas balik kunjungan orang yang mengomen di entry sebelum ini, tidak banyak blog lain yang aku lawati. sebab utama? masa. hari ini perlu menyiapkan nomination untuk SMSA sempena malam ala ala anugerah popular gitu. doa doa la nomination yang dihantar itu diterima dan ada yang sangkut. aminnnn


magisnya alam maya


google alam maya, keluar benda ni


hehe, dah lama aku nak tulis benda ni, simpan untuk masa yang sesuai dan sekarang rasanya masa yang sangat sesuai. nak ceritakan pasal hubungan antara blogger. sememangnya alam maya ini pelik. macam macam boleh terjadi. antaranya adalah boleh menjalinkan perkenalan antara 2 orang yang sebelum ini tidak kenal pun, tapi boleh jadi rapat. haa, pelik kan? itulah alam maya



siapakah jard (nak panggil jard ya kali ni akak jard)



terpanggil untuk menulis pasal benda ini setelah membaca entry jard disini. haha, gelak sampai tak ingat dunia dia buat entry tu. so kali ni, giliran aku cerita pasal dia pulak. erkk, sebelum tu, nak share sikit macam mana untuk naikkan traffic di blog anda tetapi keberkesanannya hanya dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang.



1) linkkan blog orang


sekarang ini encik ben membuat segmen terjah terjah. dulu cg GTO popular dengan gelaran 'gila terjah orang' kali ini encik ben pula yang otai menerjah blog orang. bagi yang baru berblog, boleh ke blog encik ben untuk diterjahnya. hehe. kesan meletakkan link orang lain ke blog kita adalah tidak lain dan tidak bukan adalah... traffic!



kesan jangka panjang



pelik kan, macam mana letakkan link blog orang ke blog kita kita pula dapat traffic? ok, kalau tak percaya, tengok blog encik ben (ben lagi, haha) macam mana dia telah dapat traffic yang mencecah 1000 uniq visitor dengan segmen terjah terjah dia tu. untuk mencapai 1000 uv ni bukan senang. kalau bukan artis atau orang glamer, sudah pasti sukar nak cecah, tapi macam mana encik ben dapat 1000 uv ini? tidak lain tidak bukan, dari segmen terjah terjah dia tu



orang linkkan balik



sebab kita linkkan blog orang, sudah pasti atau kemungkinan besar orang akan linkkan kepada kita balik. easy kan? itu formula mudah dan ternyata berkesan. tak berkesan macam mana sebab dah terbukti ni. apa lagi, linkkan la blog orang kepada kita



teknik berkongsi reader



mungkin ada yang tak berapa gemar dengan terjah menerjah ni. ada juga tak berapa gemar linkkan blog orang dalam blog sebab bajet blog linkkan blog orang ni hanyalah blog murahan dan mencari publisiti je. tapi jangan terkejut, salah satu faktor membuat kenny sia glamer adalah dengan linkkan blog orang juga. tapi dia lagi otai sebab dia 'bekerjasama' dengan letakkan link blogger otai juga dalam blognya, cheeserland. jadi, antara kenny sia dan cheeserland, dieorang berdua berkongsi reader yang sama dan menaikkan traffic antara satu sama lain. haa, untung kan? credit to kenwooi for sharing



jangan kedekut linkkan blog orang



bagi yang baru 2 3 bulan berblog dan mahu jadikan blog ini sebagai sumber rezeki, jangan kedekut untuk meletakkan link orang di dalam blog kita. tapi janganlah harap letak link blog hanis zalikha, mahu hanis zalikha letak link blog kita balik. bak kata orang tua tua, sedarlah kemampuan masing masing ;-)




beralih kepada jard



jard merupakan seorang gadis yang pernah menaiki kereta bersama denganku. haha, konpem cik abang jard marah dengan skandal ini. hehe. sebenarnya dia dengan kawan dia (siapa ek jard nama akak tu?) tumpang kereta aku masa nak ke gathering blogger bukak puasa. dalam kereta dieorang berdua tak habis habis perli aku layan lagu jiwang. haha, kenangan yang akan aku ingat sampai sekarang.



hasil dari link mengelink



dulu masa aku mula berblog, dialah antara yang suka linkkan blog aku yang tak femes ini ke dalam blog dia. masa tu memang aku tak tahu apa apa. tetapi terima kasih kepada blog dia, sebab dialah banyak reader yang sekarang ini setia dengan blog ini hasil dari blog dia. hehe thx ya jard



benda baik selain dari traffic



inilah sebenarnya benda baik yang kita dapat dari link blog orang ke blog kita. persahabatan. susah dan mahal benda baik ni untuk dapat. event kat dunia realiti pun susah. bunyi agak cliche, tapi aku sendiri sudah mengalaminya. anda, bila lagi? link link kan lah blog yang anda rasa bagus dan sesuai dengan jiwa anda dalam blog masing masing. berkongsi blog yang kita suka dengan orang lain. lagipun, tak rugi apa apa letak link dalam blog sendiri. kan???




nota kaki : apakah kenikmatan berblog kepada anda? haha, now i can tell u what is the super duper best about blogging. erkk, lain kali cite. bila dah ready. esok nak umumkan contest. nantikannn!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW