Share
Memaparkan catatan dengan label adamaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adamaya. Papar semua catatan

Adamaya : Scene yang dipotong dalam episod akhir!



amaran awal : scene ini terpaksa dipotong semasa episod terakhir adamaya disebabkan beberapa faktor. scene ini adalah part last yang mana maya datang berjumpa dengan adam untuk meminta maaf. apakan daya, maaf itu tidak diterima dengan mudah oleh adam.


hati lelaki yang terluka..


jom baca apa sebenarnya yang membuat adam memaafkan maya kembali. enjoy reading. dedicated khas untuk my reader n also adamaya fan ;-)













psss : saya gembira ;-) awak?

mahu tahu siapa top blogger di malaysia?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Joegrimjow tak kreatif... entry sedih bercampur gembira

Salam 1blogger!


entry pendek lagi (asyik pendek je, padahal panjang jugak) kali ini ingin share keputusan pertandingan blog kreatif anjuran ITYM yang katanya mahu serahkan 50 blog kepada PM kita sempena hari belia hari tu.


tapi apakan daya, hajat untuk sampaikan 50 blog kepada PM itu tidak terlaksana disebabkan PM kita sibuk pada hari kejadian dan hanya diserahkan kepada menteri lain. bertambah sayang, 50 blog yang dijanjikan hanya tinggal 10 blog sahaja. maka? tipislah peluang untuk menang.


facebook ITYM


buka facebook dieorang tadi, memang blog joegrimjow tak tersenarai. haishh, memang tak puas hati dan mahu melenting!! hehe, no lah, itu namanya pertandingan, ada menang ada kalah. lain kali cuba lagi. kenapa boleh tak diterima adalah disebabkan 3 perkara (rasa2nyalah) pertama terlalu panjang dan isi merapu dan kedua entryku sebelum ini banyak mengutuk tindakan yang kerajaan buat termasuk kes judi (sensitifff) dan ketiga ada gambar yang tak senonoh. erk?? tengok bawah dan ada lagi dalam entry ini


entry selengkap berserta gambar ada disini




ok, untuk sedapkan hati, entry ini tidak dipilih sebab ku eksploitasi gambar PM. kekeke, maklumlah, rakyat malaysia ni jiwanya halus, tak boleh ekploitasi sesedap hati (noted!!) apa2 pun, tahniah kepada para pemenang lain, long, arif dan 8 pemenang lain. keputusan ini membuat semangat untuk menjadi blogger kreatif semakin bertambah. yeeezzzz


yang penting lisa suka


erk, credit kepada farhana (kena baca entry ni) sebab bgtau respon orang terhadap entry adamaya ini. nampaknya entry ini dapat perhatian lisa. ok, lisa anggap i creatitf itu lagi penting. kekeke ;-)


lisa surihani discussed bla bla bla ;-)
klik entry scene yang dipotong saat akhir adamaya



terima kasih yang sudi mengomen, hari ni betol2 buat hati bertambah ceria dengan entry dan komen diberi. bersemangat untuk study!! yeeezzzz!


psss : kita semua adalah pemenang, tiada pengalah - vince af1

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Contest : hadiah birtday untuk Alisya (anak GTO)

Ini adalah entry contest untuk bro GTO. seorang blogger yang agak baru ku kenali. baru tak menghalang untuk join kan? hehe. so bro, thx u for support my contest (dulu2) and this is for yours!



Hadiah Birtday untuk Alisya!




























Macam mana dengan komik atas? ok? hehe. ok la kan. So, hadiah yang sesuai untuk birthday alisya yang ku cadangkan adalah 'ipad'!




ipad - gambar ihsan google



kenapa sesuai?

1) Homeschooling

Dunia yang semakin 'kejam' ini menuntuk ibu bapa untuk terus bersaing supaya mendidik anak anak dengan cara yang paling ideal. Selain jangan tinggal rotan, gadjet yang boleh membantu dalam pendidikan anak2 juga harus tidak diketepikan. IPad ini sungguh mesra pengguna! dengan dilengkapi dengan plethora (macam pdf file) segala ilmu akan lebih mudah diterima oleh anak. lagipun, beribu apps pendidikan telah dibuat, tunggu untuk di download saja. memang sistem persekolah yang boleh dimulakan seawal di rumah lagi!


2) Interactive Education

Sememangnya tablet PC ini adalah terbaik untuk pembelajaran anak anak. banyak video berunsurkan pendidikan boleh diaccess dengan mudah bila menggunakan ipad ini. bayangkan kita dan anak yang berada di atas kerusi, cukup susah untuk memusingkan screen laptop supaya boleh dilihat dengan jelas, tapi dengan ipad ini, semuanya menjadi mudah. nipis dan seolah buku, sememangya satu sistem pendidikan yang cukup interaktif


harga - tak pasti malaysia berapa, tapi nak kirim ku beli, harga lebih kurang rm2500 je. apa lah sangat dengan ilmu yang anak akan datang (macam buat bisnes plak, hehe)




bab tag ni ku, ku mahu tag blogger yang ku kenal je la untuk join sama. wajib tulis ok, klu tak tulis, putus sahabat. kekeke ;-)

1) adzim
2) lin
3) liez


entry paling ku suka adalah 5 kebimbangan isteri di saat ranjang. walaupun lucah, tetap best. erk? lol




ok, bro, itu sahaja entry dariku, pasal ipad ni, boleh baca entry mitos apple disini untuk lebih lanjut. bro peminat setia adamaya kan? baca scene last yang dipotong ini dalam adamaya. semoga terhibur. nak join jugak? klik blog bro GTO disini



pss : syabas bro dah masuk bawah 500 k ranking alexa. ranking alexa lates update 21/5/2010 boleh tengok di menu top blogger

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kan bagus kalau......

1) Setiap detik banyak orang online di blog kita

60 user online : masa entry scene yang dipotong dalam adamaya ini dipublish






2) Ada blogger yang menyumbang traffic yang banyak gila ke blog kita



top referrer untuk 13 mei (semalam) sahaja! THANK YOU BEN





3) Ada orang menghargai video yang kita buat


thank u pooji tulis entry pasal video khusyuk dalam solat ni




4) MALAYSIA berjaya mengalahkan CHINA dalam piala thomas separuh akhir semalam!










walaupun geram dengan kekalahan yang agak mudah semalam, tapi nak buat macam mana, memang itu adalah takat permainan kita sekarang. nampaknya semua kena bekerja lebih keras lagi untuk menang pingat emas olimpik 2012 nanti. harap-harap perkara 'memalukan' ini tidak berulang lagi. GO MALAYSIA GO!!!


psss : kesian kat hafiz hashim tak sempat main. huhu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

fenomena ADAMAYA di flat b, 82 brunswick

baru je habis melihat adamaya di website tv3 dari episod 1 hinggalah 11. malam ni akan diupdate dalam website itu episod 12 yang mana aku rasakan 'bla bla bla bla' ok, bab cerita drama di tv3 ni, sebenarnya kita boleh agak macam mana ending ceritanya. yang paling sadis, nenek aku selaku peminat drama tv no1 siap boleh teka apa ayat yang boleh di cakap oleh pelakon. haaa? nampak tak betapa 'tidak bestnya' drama drama tv ni? tapi untuk cerita adamaya ni, ada sedikit kelainan plot cerita. kemungkinan endingnya juga di luar pemikiran kita? mungkin...



disebabkan blog ni hari tu duk cite pasal adamaya dan juga classmate aku tak sabar sabar nak menunggu hari isnin tiba sebab nak tengok adamaya dan housemate aku pun pasang speaker kuat kuat dalam bilik layan cerita adamaya dan paling penting, lisa surihani adalah salah seorang artis yang aku follow twitternya (takde kaitan) jom kita tengok, kenapa cerita ni mencetuskan fenomenanya di flat b, 82 brunswick.



!) plot yang lain dari lain

tak dinafikan adamaya bukan cerita pertama yang membawa plot kahwin atas pilihan keluarga dan juga cinta lepas kawin, tetapi dengan unsur humor yang dimasukkan oleh pengarah menjadikan cerita ini best untuk ditonton. erkk, walaupun ada yang tersangat 'boring' lawaknya, tapi masih boleh senyum melihatnya.



!!) pelakon yang hebat dan comel

dalam cerita ni aku lebih sukakan lakonan adam. menjadi! kalau aku compare dengan farid kamil dalam cerita im not single, perghh, jauh best si adam ni. erk, nama sebenar dia ape ek. syed hussein ke apa. memang lelaki tu berjaya memainkan peranannya. lisa surihani pulak, sebab dia comel dan menjadi kegilaan lelaki misteri unikl micet ni, membuat lakonannya pun kena dengan wataknya. lebih sukakan lakonan dia di im not single berbanding cerita ni, takpe, itu hanya tuntutan jalan cerita. layan je la. mantap2. 2 2 ni mampu pergi lebih jauh lagi ni!




!!!) scene yang romantik kena dengan jiwa


jarang cerita melayu tak kira drama atau filem ada scene yang romantik yang boleh dikatakan hebat. adamaya ni tergolong dari golongan yang berjaya membuat suasana romantis ini menjadi! ada 2 part yang aku ingat, pertama time adam cium rambut maya sebelum dia nak pergi kerja. ooh, muka maya yang tercengang dan faktor muzik berjaya membuat sesiapa yang dilamun angau ni tersenyum lebar. kekeke. satu lagi masa proses 'nak buat anak' walaupun agak lucu sebab candle light dinner hanya makan mee goreng mamak, tapi suasana romantis yang dicipta cukup mempersona. menambah lagi romantis macam mana adam dan maya ini malu2 untuk memulakan 'aktiviti sepatutnya yang dilakukan' adam letak tangan, atas bahu dan maya alihkan dan adam buat muka tak puas hati dan akhirnya maya tewas dengan desakan asmara dan akhirnya..... hehe ;)



!!!!) cerita yang kena dengan jiwa masyarakat kita

soal kahwin kemudian bercinta, isteri curang dalam perkahwinan, wanita 40an kahwin dengan lelaki 20an, kahwin masa belajar adalah antara tema yang diterapkan dalam cerita ini, rasanya ini menjadi keyword untuk kejayaan cerita adamaya ini sebab keempat empat jalan cerita yang ditonjolkan ini kena dengan jiwa masyarakat kita. bukan hanya sebab yang mengalaminya, tapi disebabkan juga ada kenalan yang pernah kena dan menarik minat untuk menontonnya di filem. syabas kepada david teo selaku penerbit dan juga hashim rejab sebagai pengarah. betul ke ni?





******
adamaya 2 bakal manampilkan plot cerita yang lebih rumit. ada pelakon baru yang akan berlakon!
******


sinopsis adamaya 2

setelah adam membuat tindakan bodoh dengan meminta adam menceraikannya, adam terpaksa melafazkan talak kepadanya. amani anak mereka di bawah jagaan adam. dani yang kegembiraan telah membawa maya ke UK untuk berbulan madu. sampai disana, satu kemalangan telah berlaku dan meragut nyawa dani. seorang jejaka yang tengah memancing melayan perasaan yang menyaksikan kemalangan itu sempat menyelamatkan maya. maya hilang ingatan dan apabila dia mencelikkan matanya, dia jatuh hati pada jejaka yang menyelamatkannya itu, maka, berbahagialah mereka berdua. tamat cerita. jejaka itu adalah





























mungkin gaya ini membuatkan maya terpikat??



psss : dah takde title presiden dah. bersara untuk kali ini.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW