Share
Memaparkan catatan dengan label rancangan televisyen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rancangan televisyen. Papar semua catatan

Imam Muda : Keputusan akhir Imam Muda musim pertama

Salam,


sumber : facebook IM


Nampaknya berakhir sudah Imam Muda. Keputusan akhir Imam Muda, tahniah kepada Asyraf yang menjadi juara IM musim pertama. Hizbur pun mantap! Satu rancangan yang mendapat tempat bukan sahaja media dinegara ini bahkan juga di negara luar sana. Tahniah kepada semua penganjur dan sponsor kerana menyediakan satu platform yang begitu menarik untuk ‘meletupkan’ kegiatan dakwah di negara kita


Sempat aku upload video pengumuman tadi oleh mudir. Laju tak?






Kesimpulan ringkas Imam Muda Akhir


Diharapkan agar pertandingan bercorak dakwah kontemporari ini diteruskan untuk musim musim berikutnya. Penting untuk penyajian hawa mata dan telinga rakyat kita yang sememangnya ketandusan rancangan seperti ini. Banyak lagi peningkatan yang boleh ditingkatkan untuk musim musim berikutnya.


Tema malam ini yang jelas menekankan peranan masjid sememangnya bersesuain yang mana imam muda yang menang dan juga yang memasuki rancangan ini akan kembali ke 'office' mereka iaitu masjid selepas balik nanti. Heh, BUKAN! office imam muda ini bukan sahaja di masjid, tetapi sepatutnya dimana mana sahaja mereka berada. Gud luk


Top Notch everyone!


pss : Banyak rancangan agama malam jumaat gini, kan bagus kalau tiap-tiap malam macam ni. Kan kan?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Imam Muda : Masalah rumahtangga

Review minggu ke 8


1st time menonton Imam Muda secala live, maksudnya di tv. Baru pasang astro byond kat rumah dan bersemangat nak tengok secara live ni, maklumlah, kalau di youtube, ishh, sungguh lembap mahu tunggu loading. Disebabkan minggu ke6 dulu buat dan skip minggu ke7, kali ni takde video disebabkan terus update selepas habis cerita Imam Muda tadi


Ke Mahkamah Syariah


Untuk minggu ini, kesemua peserta IM ini berada di mahkamah syariah. erm, baru tahu yang bila berada di mahkamah, tak boleh memeluk badan. hehe, ilmu baru yang dapat. Ingatkan silang kaki je yang tak boleh, banyak lagi pantang larang yang ada di dalam mahkamah syariah dan rancangan kali ini jika ikuti, banyak ilmu yang dapat


Mendengar Masalah Rumahtangga


Menarik disebabkan peserta IM kali ini diberi tugasan untuk memberi nasihat kepada pasangan rumahtangga yang bermasalah. Macam2 masalah ada, suami kaki pukul, perempuan main lelaki lain dan macam2 lagilah. Ada peserta IM yang mampu memberi nasihat yang berguna dan mendapat pujian dari mudir


Kejutan!


Kali ini ada 2 peserta yang dikeluarkan! Sekarang hanya ada 4 peserta sahaja yang tinggal. Peserta yang keluar adalah IM Nuri dan IM Azhar. Urmm, takpe, skill keluar ramai2 macam nilah baru seronok skit. hehe. Apa2 pun, aku tak rasakan keluarnya mereka ni akan menutup terus peluang mereka untuk belajar, maklumlah ilmu agama ini begitu banyak yang sudut boleh menerima ilmunya


Yang masih meneruskan cabaran


Taufek




Aran




Hizbur



Asyraf


Gambar sumber sini


Siapakah yang akan dinobatkan juara? aku rasa..... hehe. sesiapa pun boleh =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Imam muda : Sembelih sembelih sembelih

Review minggu Pertama sini
Review minggu Kedua sini
Review minggu Ketiga sini


Review minggu ke4 dan ke5 tidak sempat buat disebabkan oleh 'kelembapan' internet di rumah + masa yang tidak mengizinkan. Kali ini terus buat review untuk minggu Keenam terus. Ada penyingkiran untuk minggu ke 5 iaitu imam muda syakir. Jom layan video di youtube dulu






















Tema : Penyembelihan secara Islam


Menarik kali ini tema yang dipilih oleh mudir iaitu penyembelihan. Tak ramai yang tahu akan keistimewaan penyembelihan ni dan tak ramai yg tahu cara nak sembelih. ok, ramai yg tahu tapi berapa ramai yg pernah sembelih? aku? haha, tak pernah! Ingat dulu kalau ada burung yang mahu disembelih, pasti suruh mak aku yang sembelih, aku? tak beranii. hehe, tapi tu dulu, tengok la dah besar dah ni, kena kuatkan semangat skit!


Tugasan


Kali ini kesemua imam muda diberi seekor ayam seorang untuk disembelih. Yang pertama memang menggeletar skit, biasalah pertama katakan, tapi overall penyembelihan bak kata pegawai JAWI, semua lulus. Ok lah tu, takde yang pengsan. hehe


Mereka juga di suruh untuk membuat serbuan ke beberapa premis penyembelihan untuk melihat sendiri lulus atau tidak tempat itu untuk diberi sijil halal. Kadang kadang, dah bagi sijil halal untuk sembelihan pun, tapi ada jugak yang main kotor dengan tak menjaga kebersihan tempat penyembelihan dengan betul. Main dengan manusia ni, mcam macam kerenah!


Keistimewaan penyembelihan cara islam


Kita tahu yang sembelihan tu adalah cara islam, tapi tak ramai yg tahu keistimewaan atau kenapa disuruh sembelih. Kenapa takde dalam islam renjatan elektrik ke, cucuk dengan ubat ke, selam dalam air ke, kenapa?? Sebabnya, cara sembelihan ini adalah cara yang paling tidak sakit kepada haiwan. tengok, comel dan sempurananya kan Islam kita ni, sampaikan Haiwan yang mahu disembelih pun agama kita titik beratkan!


Memang aku ada buat assignment pasal penyembelihan ni, beza antara renjatan elektrik semua tu, memang cara tu menyakitkan binatang. Cara sembelihan juga adalah yang terbaik. Padahal benda ni alquran dah cakap 1400 tahun dulu, sains baru saja dapat buktikan. Huh, memang terbaik la!


Penyingkiran di minggu ke6

Setelah Abe Syara dan Syakir telah disingkirkan di pusingan sebelum ini, kali ini ada juga penyingkiran yang dilakukan. Ok, mahu komen skit pasal penyingkiran ni. Bagi aku, better ada penyingkiran. Kenapa, sebab ini adalah perencah untuk menjadikan rancangan ini terus diminati dan tidak kelihatan statik. Bukan tidak mahu memberi peluang kepada imam muda ni untuk belajar, tetapi penyingkiran ini akan membuatkan mereka lebih menonjolkan bakat masing masing. Ok, siapakah yang disingkirkan?



siapakah yang akan disingkirkan?


Miril disingkirkan. Hoho, terkejut jugak sebab miril ni antara peserta fevret yang akan menang, tai boleh lihat dia punya 'mood' dalam episod ni agak menurun, mungkin sebab tu kot disingkirkan. Apa2 pun, perjuangan menjadi leader ni bukan dalam rancangan sahaja, banyak lagi peluang dan ruang untuk terus memperbaiki diri, Tahniah kepada semua peserta yang masih kekal!



Pengalaman mengerikan di Thailand


Mahu share skit cerita aku semasa di Bangkok untuk menghadiri event Herbalife. Sebab aku beli tiket terawal sehari, jadi aku berpisah dengan team aku. Aku pergi awal ke Bangkok dengan seorang diri! Ya, seorang diri! Sampai disana, memang kagum dengan kedai seven eleven yang cukup banyak, apa lagi, terus masuk kesana untuk beli sandwich. Tengok2 sandwich, sebab terlalu lapar, ambil je tuna. Tuna ikan kan? so boleh la makan. lepas makan sikit, rasa macam semacam je... tengok baik baik bungkusan dia, ada terselit tulisan yang sangat kecik

'tuna with two p**k slices'


ok, tak nak cerita, meloyakan!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Program Imam Muda - Childhood?

Salam,

Review minggu pertama sini
Review minggu kedua sini


Review minggu ketiga program im. baru tadi berkesempatan tengok. biasalah, sibuk mahu pulang ni memang sangat kurang. Mungkin minggu depan bolehlah tengok hadapan tv, biasa youtube je sumber untuk melihat. heh. ok, jom layan video dari youtube dulu














Serba sedikit ringkasan minggu ke3

  • Asyraf ditugaskan untuk bacaan khutbah. Sweet kot sebab isteri die datang dengar. 'dengar suara pun ok lah tuh' hekhek
  • Tema untuk kali ini adalah kanak kanak
  • Uslub untuk berdakwah dengan budak sangat berbeza dengan orang yang lebih tua. Dalil aqli lebih sesuai digunakan sebagai pendekatan (cite kena mantoop)
  • Peserta im dikehendaki membawa kanak2 (dianggap adik angkat) untuk berjalan sekitar kuala lumpur.


Tidak seperti rancangan tv lain


Program im ni baru aku tahu macam mana cara pembahagian markah. iaitu 50 % exam dan 50 % lagi adalah praktikal. tiada undi luar? mestilah takde, dulu aku ingat boleh vote2 jugak macam realiti tv lain, tapi im ni xde. bagus, sebab yang tahu prestasi mereka hanyalah mereka dan mudir mereka saja. dan untuk minggu lepas, 2 orang peserta yang berada di tangga teratas dan juga terbawah adalah


nuri di kedudukan no 1


azhar di kedudukan no 10 minggu lepas




Tiada penyingkiran lagi

Macam minggu2 sebelum ini, tiada penyingkiran yang dilakukan. mungkin terlalu awal kot. tapi aku rasa untuk minggu ke4 nanti, akan ada penyingkiran. Biasalah, kalau takde penyingkiran, akan hambar pulak program ni. rancangan tv ni kalau takde gimik, orang takkan tonton ;)



im Taufik yang baru kahwin

Tengok kat facebook im tadi ada status yang mengatakan im taufik dah selamat akad nikah. ho? dalam pertandingan pun sempat lagi kahwin. memang terbaik la, lagi semangat mahu meneruskan pertandingan la kan bro? hehe

sumber dari facebook


Sentuh bab tema : Berair air mata


Heh, ini mungkin sebab terlampau sayu nak balik, part 4 akhir dan part 5 awal dalam youtube kat atas, tiba2 mata berair je. habuk masuk kot. huhu. suasana yang cukup sayu ketika peserta im ni mahu pulang, ye lah, budak2 ni kalau kita buat elok dengan dieorang, pasti akan ingat punya.


Dulu masa ayah aku meninggal, pernah aku fikir kejam tuhan sebab cabut nyawa ayah aku terlalu muda. ya lah, umur ketika tu 16 tahun kot. Masa aku di uitm dulu, tengok ada ayah yang siap punggah barang bagai bawak masuk hostel, memang sangat jeles dengan dieorang. compare aku dengan mereka ni, sangat tidak adil


Tapi kalau aku compare dengan anak2 di rumah yang peserta im ni berada, aku ni sangat beruntung. ya lah, aku at least dapat jugak rasa kasih sayang seorang ayah masa sehingga umur 16 tahun, yang dieorang ni, ibu bapa pun taknak kan mereka. memang tak dapat langsung kasih sayang dari ibu bapa. lagi kesian!


Astaghfirullah


Kadang2 lintasan yang pelik ni mainan setan yang mahu sesatkan kita. sebab tu kena sentiasa beristighfar. Segala kejadian yang Allah tentukan kepada kita pasti ada hikmahnya. Untuk golongan anak2 seperti ini, memang kita kena rapat dengan dieorang. Cuti ni macam nak pergi je rumah anak yatim ni. jom pergi jom!


pss : tengah packing barang, waahh, excited ni!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Program Imam Muda - Anak luar nikah yang tidak kesudahan

Salam,


Baru sahaja habis menonton Imam Muda (im). Review dalam episod pertama sudah ditulis dalam entry ini. Kali ini bekesempatan untuk menonton habis episod kedua program realiti tv kali ini. Jom kita layan dulu episod kedua. Terima kasih yang upload!

credit : website rasmi Imam Muda


















Tema : Kelahiran


Sentuh sikit bab tema sebab ada isu yang menarik yang ingin diketengahkan. Persoalan mengenai kelahiran pada program ini ada menyentuh soal anak luar nikah. Pernah dengar dalam satu ceramah yang mana ada ustaz yang mendakwa, kejadian buang anak ini hanya berlaku di Malaysia je. ye ke? Tak tahulah sahih ke tidak. Tapi untuk fakta 'banyaknya' anak yang dibuang itu di negara kita, memang tak dapat kita sangkal lagi kebenarannya


Jangan hampiri zina


Indahnya islam, ayat dalam alquran yang digunakan adalah 'jangan hampiri' ayat ni selalu kita dengar dan selalu sebut pun. 'la takrobu zina' jangan hampiri zina walhal budak budak kecil pun pandai sebut ayat semudah ni. Tapi itulah realitinya 'kita'..... penghayatan untuk kearah ini sangat kurang. Perkara yang mendekatkan dengan zina ni begitu luas di mata kita. Internet, shopping complex dan macam macam lagi. Macam mana untuk atasi masalah zina kalau sentiasa dihidang dengan juadah zina ini?


Kat sini (sheffield)


Tadi masa nak pergi berdemo, ada jalan satu taman. Sebab sekarang musim Summer, pakaian mat saleh kat sini memang tak ingat dunia. Tadi ada ternampak 2 orang gadis yang berjemur. dua dua comel! tapi lepas tu duk cium cium. aiyook. lesbian! Entah kenapa walaupun 'dugaan' banyak, tapi rasa macam jauh je nak buat zina. Mungkin ini berkat doa mak kot? lagi satu, kalau sesuatu tempat itu nak amalkan islam itu susah, hati kita akan rasa lebih dekat denganNya. ok, ini teori aku je.


Ishh, dah jauh sangat terpesong ni. Point apa yang aku nak cerita pun aku tak nampak. Cuma mahu mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca, jangan sesekali dekati diri kita dengan zina. Sentiasa berdoa agar kita diteguhkan iman untuk mengatasi segala mehnah dunia ini. Awak doa untuk saya, saya doa untuk awak. ok?


Tiada penyingkiran


Berbalik semula kepada im, tiada penyingkiran lagi minggu ini. hoho, maka legelah kesemua peserta. ok lah tu, boleh tingkatkan lagi mutu persembahan. nak jadi imam dunia 'pelik' sekarang ni susah, segala cabaran kena atasi dengan betul2. semoga berjaya kepada semua peserta


pss : esok mahu tunjuk sesuatu. jeng jeng jeng ;)



Ucapan wakil student Malaysia masa demo tengahari tadi





Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Program Imam Muda - hanyalah sebuah realiti tv biasa?

Salam 1blogger,



Kali ini mahu share dengan pembaca dengan satu lagi usaha murni oleh astro oasis iaitu realiti tv program Imam Muda. Rancangan yang satu2nya di dunia ini adalah satu menifestasi dari kebanjiran bakat2 kepimpinan oleh golongan remaja kita. Selain mahu memartabatkan lagi nama Imam di kalangan masyarakat, usaha ini dilihat mampu mencapai objektifnya


awat skima sangat ni??


kekeke, ok, ku baru saja melihat episod satu imam muda ni. komen? terbaik! memang perlu program seumpama ini ada di negara kita, barulah rakyat akan lebih memahami ajaran islam. sekarang ni dakwah tidak relevan untuk dibuat kat masjid semata2, perlu lebih luas untuk mencapai lebih banyak target, perlulah pelbagai cara. dan bersyukur sebab ada stesen tv yang ambil inisiatif untuk jalankannya


jom berkenalan dengan para peserta






Cabaran minggu pertama


Seperti rancangan realiti tv yg lain, setiap minggu para peserta akan diberi tugasan dan di akhir minggu akan aka yang dihantar 'pulang' atau tersingkir. Cuma yang berbeza rasanya, cara penyinkiran bukan dengan undian SMS, tetapi oleh mudir yang bertanggungjawab. jom tonton Program Imam Muda ini. (nasib di perantauan, tengok kat youtube je la ;-) )




















Tiada penyingkiran


Untuk cabaran minggu ini, temanya adalah kematian. agak mencabar bila mahu kendalikan jenazah yang 'berisiko' tetapi semua berajaya jalankannya. minggu pertama ini juga tiada penyingkiran yang dibuat. terlalu awal lagi kot untu dibuat kan? so, semua akan pergi ke peringkat seterusnya


Komen aku

Aku sangat menyokong dengan program seumpama ini. Cuma tak nampak sangat promosinya. Tak nampak lagi blogger2 yang buat entry untuk rancangan seumpama ini. Jadi ku ambil inisiatif untuk mempromosikan rancangan 'baikkkk' ini agar kita sama2 manfaatkannya. Bagi blogger2 di luar sana, ayuh kita BOMMM rancangan ini dengan promosikan di blog anda!



Peserta yang terkandas awal?


Mahu saja aku masuk untuk rancangan ini tapi melihat kepada gambar bawah, betapa tak layaknya aku bergelar imam. hehehe. jadi imam untuk diri sendiri dulu kot ;)


saya sangat suka belonn


pss : pernah buat entry angan2 seorang budak untuk jadi pak imam dalam entry pak imam liverpool ni

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

KEPUTUSAN akhir juara Akademi Fantasia 8

DAH habis. tahniah kepada pemenang, harap dapat sumbangkan suara ke arah medium yang betul untuk pertingkatkan mutu seni muzik Malaysia. Nak jadi artis, jadi artis betul2, artis yang ada kualiti, bukan artis yang sibuk kejar populariti semata-mata



keputusan akhir af-8




mantap juga video ni, kenapa aku baru tahu kewujudan video AF ni walhal dah habis dah pun skrg



pss : Tak semestinya kita tengok baru kita boleh update ;)Malam ni final UEFA, siapa yang menang agak2nya?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

fenomena ADAMAYA di flat b, 82 brunswick

baru je habis melihat adamaya di website tv3 dari episod 1 hinggalah 11. malam ni akan diupdate dalam website itu episod 12 yang mana aku rasakan 'bla bla bla bla' ok, bab cerita drama di tv3 ni, sebenarnya kita boleh agak macam mana ending ceritanya. yang paling sadis, nenek aku selaku peminat drama tv no1 siap boleh teka apa ayat yang boleh di cakap oleh pelakon. haaa? nampak tak betapa 'tidak bestnya' drama drama tv ni? tapi untuk cerita adamaya ni, ada sedikit kelainan plot cerita. kemungkinan endingnya juga di luar pemikiran kita? mungkin...



disebabkan blog ni hari tu duk cite pasal adamaya dan juga classmate aku tak sabar sabar nak menunggu hari isnin tiba sebab nak tengok adamaya dan housemate aku pun pasang speaker kuat kuat dalam bilik layan cerita adamaya dan paling penting, lisa surihani adalah salah seorang artis yang aku follow twitternya (takde kaitan) jom kita tengok, kenapa cerita ni mencetuskan fenomenanya di flat b, 82 brunswick.



!) plot yang lain dari lain

tak dinafikan adamaya bukan cerita pertama yang membawa plot kahwin atas pilihan keluarga dan juga cinta lepas kawin, tetapi dengan unsur humor yang dimasukkan oleh pengarah menjadikan cerita ini best untuk ditonton. erkk, walaupun ada yang tersangat 'boring' lawaknya, tapi masih boleh senyum melihatnya.



!!) pelakon yang hebat dan comel

dalam cerita ni aku lebih sukakan lakonan adam. menjadi! kalau aku compare dengan farid kamil dalam cerita im not single, perghh, jauh best si adam ni. erk, nama sebenar dia ape ek. syed hussein ke apa. memang lelaki tu berjaya memainkan peranannya. lisa surihani pulak, sebab dia comel dan menjadi kegilaan lelaki misteri unikl micet ni, membuat lakonannya pun kena dengan wataknya. lebih sukakan lakonan dia di im not single berbanding cerita ni, takpe, itu hanya tuntutan jalan cerita. layan je la. mantap2. 2 2 ni mampu pergi lebih jauh lagi ni!




!!!) scene yang romantik kena dengan jiwa


jarang cerita melayu tak kira drama atau filem ada scene yang romantik yang boleh dikatakan hebat. adamaya ni tergolong dari golongan yang berjaya membuat suasana romantis ini menjadi! ada 2 part yang aku ingat, pertama time adam cium rambut maya sebelum dia nak pergi kerja. ooh, muka maya yang tercengang dan faktor muzik berjaya membuat sesiapa yang dilamun angau ni tersenyum lebar. kekeke. satu lagi masa proses 'nak buat anak' walaupun agak lucu sebab candle light dinner hanya makan mee goreng mamak, tapi suasana romantis yang dicipta cukup mempersona. menambah lagi romantis macam mana adam dan maya ini malu2 untuk memulakan 'aktiviti sepatutnya yang dilakukan' adam letak tangan, atas bahu dan maya alihkan dan adam buat muka tak puas hati dan akhirnya maya tewas dengan desakan asmara dan akhirnya..... hehe ;)



!!!!) cerita yang kena dengan jiwa masyarakat kita

soal kahwin kemudian bercinta, isteri curang dalam perkahwinan, wanita 40an kahwin dengan lelaki 20an, kahwin masa belajar adalah antara tema yang diterapkan dalam cerita ini, rasanya ini menjadi keyword untuk kejayaan cerita adamaya ini sebab keempat empat jalan cerita yang ditonjolkan ini kena dengan jiwa masyarakat kita. bukan hanya sebab yang mengalaminya, tapi disebabkan juga ada kenalan yang pernah kena dan menarik minat untuk menontonnya di filem. syabas kepada david teo selaku penerbit dan juga hashim rejab sebagai pengarah. betul ke ni?





******
adamaya 2 bakal manampilkan plot cerita yang lebih rumit. ada pelakon baru yang akan berlakon!
******


sinopsis adamaya 2

setelah adam membuat tindakan bodoh dengan meminta adam menceraikannya, adam terpaksa melafazkan talak kepadanya. amani anak mereka di bawah jagaan adam. dani yang kegembiraan telah membawa maya ke UK untuk berbulan madu. sampai disana, satu kemalangan telah berlaku dan meragut nyawa dani. seorang jejaka yang tengah memancing melayan perasaan yang menyaksikan kemalangan itu sempat menyelamatkan maya. maya hilang ingatan dan apabila dia mencelikkan matanya, dia jatuh hati pada jejaka yang menyelamatkannya itu, maka, berbahagialah mereka berdua. tamat cerita. jejaka itu adalah





























mungkin gaya ini membuatkan maya terpikat??



psss : dah takde title presiden dah. bersara untuk kali ini.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

kenangan RTM

RTM memang terkenal dengan rancangan yang bohsan bohsan. pernyataan straight dari aku. takpe, itu lumrah rancangan tv. kalau kat sini, tv tempatan juga banyak yang bohsan bohsan. kalau nak best, kena layan movie juga. jadi, kebohsanan RTM ini kira ok, boleh dimaafkan



contest RTM, klik sini


kalau tak baca kat blog jard, ku tak tahu yang RTM dan berada di malaysia dah lama dan bulan april ni, genap usia RTM 64 tahun. wawah, dah 64 tahun. dah taraf nenek dah. entry berbentuk contest ini ku buat sebab 2 perkara. pertama sebab ini contest dari jard dan kedua sebab nenek aku peminat setia RTM. hehe


klik sini untuk baca kisah nenek



~~~~~


kenangan bersama dengan RTM



1) bergaduh dengan nenek


cucu yang baik adalah cucu yang menemani neneknya ketika di kampung. jarak dengan rumah nenek adalah dalam stengah jam perjalanan dengan kereta. masa cuti, akan ada waktu aku tido disana. sebab di kampung, apa aktiviti yang boleh dibuat selain tengok tv? nak main kat luar, hissh, panas! jadi pada waktu malam, memang akan menonton tv. sayangnya cuma ada tv1, tv2 dan tv3. sebab nak tengok cerita di tv3, terpaksa 'bergaduh' dengan nenek. dia nak tengok gerak khas. gerak khas?? haha. memang nenek ku peminat setia dengan cerita tu. walaupun cucu sayang nenek, nenek lagi sayangkan cucunya dengan dia mengalah dengan aku. yess, menang!



2) dragon ball dan sailormoon


setiap hari sabtu, pasti rancangan ini tidak aka ketinggalan untuk menonton. silormoon pukul 9 dan dragonball pukul 9.30. memang pagi hujung minggu akan terperuk di kaca televisyen untuk melihat kedua dua rancangan ini. best? mestilah! walaupun tersangat lambat jalan ceritanya, tapi dengan tabah dan gigih aku menontonya. haha. bukan aku sorang je kot, dragonball dah jadi fenomena masa zaman aku kecik ni. terbaikkk! sailormoon? suka dengan lagunya. heehe. cute sangat dia punya suara




dengan kekuatan bulan, akan menghukummu... LOL


dragonball.... boleh tengok disini untuk online






3) kacang kacang kacang


aku bukanlah peminat cerita budak ni, sebab masa ditayangkan pun, rasanya aku dah berumur 16 ke 17 tahun. ade nak layan cerita macam ni lagi? haha. cuma memori terindah dengan rancangan cartoon ni adalah.... lagunya. haha. memang best tengok sebab pelbagai jenis lagu dan modelnya... semua kacang. cute. ;-)








4) usop sontorian


masih lagi dengan rancangan cartoon. hehe. nak buat macam mana, dah nama memori, cartoon je la ku minat. rancangan yang menarik ni sungguh best jalan ceritanya. walaupun kategori animasi kita boleh klasifikasikan dengan class D, tapi masih lagi aku akan melekat kat depan tv untuk menontonnya. memang best!


ni antara usaha awal untuk mengekalkan keharmonian masyarakat kita


aku paling sukakan suara singh. haha. rasa2nya suara tu yang masih ku ingat sampai sekarang. dia punya slang tu, haha, memang menarik. rancangan usop sontorian, best!!





5) di mana joe jambul


puas aku google dan youtube, takde pulak gambar dan video mengenai rancangan yang best ni. rancangan yang dipengecarakan oleh zizie sangat menarik. satiap kali rancangan ini mahu ditayangkan, aku antara orang pertama menyembunyikan remote dan memasang hanya rancangan ini. bestttt! kenapa best? mungkin sebab ada nama 'joe' disitu. sayang aku takde rambut, kalau ada, mesti aku digelar joe jambul sekarang


aku digelar joe jambul? haishh



RTM, buatlah rancangan seperti ini lagi, rindukan Dino dan watak perempuan yang licik tu. ape ntah nama die. dah lupe. memang memori terindah kalau dikenangkan. fuuh, ada rupanya cerita RTM yang bermutu... dulu dulu la



~~~~

ni syarat pertandingan, boleh klik kat sini untuk tahu


"Sempena Ulang Tahun RTM Ke-64, dilangsungkan program Sorakan 1Malaysia 1Dunia dan Gegar Generasiku yang mengalu-alukan kehadiran orang ramai dua hari berturut-turut pada 3 dan 4 April 2010 seawal 8.00 pagi bertempat di perkarangan Kompleks Angkasapuri, Kuala Lumpur. Jom pergi ramai-ramai!"


nasihat kepada RTM

untuk jard yang merupakan orang kuat RTM, sampaikan pesanan ini kepada yang terlibat. hehe. kalau usia dah 64 tahun, dah sampai masanya untuk RTM menjadi station tv dan radio paling unggul dan kalau melihat prestasinya sekarang, jauh sangat lagi mahu jadi terunggul. binalah rancangan yang menyajikan rancangan berilmiah kepada penonton, sampailah berita dengan lebih telus, variasikan rancangan dengan keadaan semasa. 3, cukup kot. semoga RTM menjadi sukses!!



apa rancangan RTM kegemaran anda pula? hehe



pss : lagu ini untuk awak ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW