Share

Joana dan perempuan-perempuannya (2)

Tetiba tukar jadi joana plak ek? hehe. Part 1 disini dan baca part 1 dulu kalau belum baca untuk elakkan kecelaruan

=)


*******


Joanna begitu hebat dalam dalam agama. Tambahan lagi tentang bab perempuan. Dia yang berasal dari zaman perempuan ditindas, dihina, tiada martabat disisi masyarakat begitu berbangga dengan Islam yang membawa dan menjaga status seorang perempuan.


Dia bangga melihat kaumnya yang berpendidikan tinggi, menjawat jawatan yang agak tinggi dan ada juga yang kaya raya dalam bidang perniagaan. Dia hampir menitiskan air mata ketika bandingkan zamannya dengan zaman khalifah uthman ini. Dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan tokoh ini!


Sebelum sempat dia berjumpa, ada satu urusan lain yang perlu dia segerakan iaitu di satu pulau, dia perlu kesana untuk jalankan kegiatan dakwah. Tanpa berbelah bagi, dia terus kesana. Di jadikan cerita, kapal yang dia naiki dilanda ribut dan habis semua anak kapal termasuk dirinya karam di lautan. Dia dibawa ombak dan akhirnya sampai ke tepi laut


Dia tidak sedarkan diri
Berhari hari
berminggu minggu
berbulan bulan
bertahun tahun
sehinggalan berabad lamanya
Lama betul dia tidak sedarkan dirinya!



*******


Ketika dia bangun, dia melihat satu perubahan besar yang berlaku. Di hujung pantai itu, ada terdirinya satu bangunan yang cukup indah. Cukup besar. Kelihatan beberapa anak muda mandi manda di pantai. Berlari keriangan bersama. Ohh, mungkin suami isteri kata hatinya


Dia memandang sign board. Entah kenapa dia boleh membaca perkataan tertara ‘Port Dickson’


Celah mana portdickson ni pon dia tak tahu! Rupa-rupanya dia terhanyut sehingga ke Malaysia. Dia melihat sebuah menara disana dan tertera tahun 1 July 2010. Wahhh, dah tahun 2010? Seingat dia, zaman khalifah uthman lebih kurang 600 masihi lebih. Sekarang sudah 2010. Begitu lama dia tertidur! Di lihatnya seorang perempuan yang agak sexy tengah hisap sesuatu


‘dik, masjid mana dik?’

‘mmmm, xde, surau adalah. carilah sendiri, ikut signboard’


‘hisap apa tu? best ke?’

‘rokok lah. takkan tak pernah hisap kot’


‘best ke? nak skit’

‘nahh’


Dia ingatkan benda yang dihisap perempuan itu best, rupa-rupanya sungguh kelat rasanya. Lantas dia terbatuk batuk sendirian. Dengan meminta izin, dia terus berjalan. Pelik dengan orang sekaumnya sekarang, macam macam perangai!


Dia berjalan jauh dan entah macam mana sampai di kuala lumpur!


Dia bertambah pelik, melihat pelbagai ragam kaumnya. Kalau dulu di zaman khalifah uthman, kaumnya begitu menitik beratkan pergaulan berlainan jetina, bab2 pemakaian. Tetapi masih lagi berjaya menguasai beberapa perniagaan. Sekarang ini, dia melihat, perempuan banyak juga yang tersohor, tetapi lebih kepada menjadi bahan tatapan sang lelaki.


Ada kaumnya yang menjadi model dengan pakaian bak telanjang

Ada kaumnya yang menjadi bahan tontonan di televisyen dengan pelbagai aksi yg menghairahkan


Elegen + mewah + kaya, tetapi di hatinya tak ubah merasakan kaumnya ini menjadi bahan seks seperti zaman dari mana dia berasal dulu. Tak ubah menjadi bahan mainan kepuasan tontonan umum sang lelaki. Dia malu lantas melekupkan mukanya


‘assalamualaikum, kenapa ni nak?’


Tegur seorang makcik yg agak berusia dengan tudung yang agak labuh. Tak disangka, rupa-rupanya ada lagi manusia yang bergelar perempuan seperti di zaman khalifah uthman dulu


‘takde pape makcik....’

‘kalau takde pape, masakan boleh menangis macam ni’


‘saya sedih... melihat perempuan kaum saya menjadi bahan seks’

‘bahan seks?? hahaha. apa yang anak mengarut ni?’


‘tengok gambar tu, badan mereka di pertontonkan kepada orang ramai dengan keadaan berpakaian begitu... sedih saya’

‘hehe, itu keinginan mereka nak’


‘maksud makcik... mereka yang mahukan?’

‘tu namanya model. Dah kerja model ni banyak yang kena bukak bukak, pandai pandailah mereka’


‘mereka tak takut ke dengan azab Allah?’

‘entahlah nak, ada yang tak tahu, ada yang tahu tapi susah mahu berubah, lagi kesian, ada yang tahu tapi taknak berubah langsung’


‘makcik, saya rasa mereka telah kembali ke zaman saya makcik’

‘kenapa dengan zaman kamu nak?’


‘zaman saya perempuan tiada martabat, dihina dicaci oleh masyarakat!’

‘zaman kamu tu sebab masyarakat yang hina, sekarang ni, mereka yang memlih begitu. tu baru model. cuba kamu lihat anak anak dara kita sekarang ni. nak ambik iPhone makcik ni tengok facebook anak dara kita'


Joana mengambil iPhone makcik tu lantas membuka friend list mak cik tu, dilihatnya beberapa anak dara yang meletakkan profail picture yang sungguh.... SEXY + SEKSA. Dia lantas mengucap panjang



Joana menoleh dan memandang pula beberapa anak gadis di kawasan persekitarannya. Ada yang bertudung tapi memakai pakaian ketat. Macam pakai pakaian adik! Ada juga yang tidak bertudung, yang warna rambut dengan pelbagai kaler, hijau, kuning, pink dan purple pun ada! Melihat kepada pemakaian pula, ada yang memakai seluar jeans tetapi bila rukuk, ternampak tali spender yang berwarna macam2 warna. Fesyen? Joana pening




‘dik, ini berlaku bila kaum kita tak paham akan darjat yang di beri oleh agama. Begitu tinggi agama meletakkan darjat seorang perempuan, walhal dibayangkan tidak akan masuk syurga seseorang itu jika berlaku kurang ajar dengan ibunya yang mana perempuanlah kan, tetapi... kaum kita sendiri yang merendahkan darjat itu dengan.... tengoklah sekarang...dik tahu kan’

‘oohh, saya pening mak cik,,, saya pening’


Habis sahaja dia berkata pening, dia pun tumbang begitu sahaja
Dia masih bernafas
cuma tidak sedarkan diri saja
Agak lama dia tidak sedarkan diri
1 hari
1 minggu
1 bulan
1 tahun
Sehinggalah 1Malaysia. eh silap, 1 abad


*******


Apabila dia bangun, dia tersedar dan dirinya di atas katil. Entah bagaimana perempuan di zaman ini getus hatinya. Sebab di hospital, keadaan sungguh sunyi. Datang seoarang nurse dengan langkah yang bergaya.


‘macam mana, ada rasa elok skit? dah 1 abad tidak sedarkan diri ni...’


belum sempat dia menjawab, dia terus pengsan sekali lagi!

mana tak pengsan sebab nurse perempuan itu berbogel, hanya memakai kasut tumit tinggi dan steteskop bergantung di tekaknya serta 'topi putih' di atas kepalanya.



Fesyen gamaknya!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

28 comments:

Sang Karipap said...

Jangan bayang lebih lebih. Hahahaha.

But thats the reality. Dari segi luaran, memang mantap materialistik nya. Tapi dari segi etika, moral, agamawinya, kita kembali ke zaman dahulukala~

joegrimjow said...

;)

saya; AISA. said...

tu dah zaman paleolitik balik dah HAHAHA. itulah, kita semakin ke arah "kejahilan yang moden". haih.

Haura Malina said...

oh saya seorang perempuan.
hmm.

joegrimjow said...

kejahilan moden
like!

Nurul Zaty said...

i like this entry
joe..u kreatif la mereka cerita camni
baca rasa cam real tau..wuwu

:) tapi kan. tu la kan. ni la hakikat zaman sekarang..huu

fahmi ibrahim said...

Peringatan untuk semua, bukan untuk perempuan sahaja. Memamng dah tenat keadaan manusia sekarang ni.

Blog satu medium dakwah... teruskan joe!

rhapsody LiN said...

love this en3..
kadang2 terfikir gak ape lah nk jadi nanti kan...

nazrinafifi said...

buat episod 3 boleh?? nk bace lg la...

rhapsody LiN said...

love this en3..
kadang2 terfikir gak ape lah nk jadi nanti kan...

kenwooi said...

lol.. hello joana =P

sinagarimba said...

akhir zaman macam-macam benda boleh tengok. pelik dan semakin pelik. bertudung dan tutup aurat tapi semacam bertelanjang. semuanya kerana ikut peredaran zaman la ni

joegrimjow said...

kenwooi, u should read episode 1 1st
;)

joegrimjow said...

lin, entah xsambung la kot
;)

etomyam said...

menarik ni...cerita bila dibaca dengan imaginasi memang terasa bestnya..hehehe

joegrimjow said...

jgn imagine lebih2
;)

RedBoy said...

nice en3.. bro amik part entry dlm blog kereta mayat dan dialihkan kepada cerita perempuan ni erk..

btw, nice.

+akufobia+ said...

hamba dunia?

MangkOk cHenTa ♂ said...

sonok2...mcm bace cerpen..hihihi~

joegrimjow said...

kereta mayat care die mmg bergaya, xserupa wlpon nak tiru
;)

The Spiral Eyes said...

barangkali mereka tidak tahu bahawa dengan menutup aurat mereka akan dikenali sebagai perempuan yang baik baik.

iEra naDiRa said...

*tup!* ^^

harap yang baca entry pakcik joegrimjow dapat la pengajarannya.. jangan sekadar baca. \_^.^_/

budakdebab said...

nice entry,,insaf2..huhuhuhu

Muslimah Optimis said...

salam...
perkongsian yang menarik...

penulisan bersahaja namun ada nilai dan maksud mendalam...

tahniah untuk penulis..teruskan menulis

Ce'Wawa Victoria :) said...

thanks bro.kreatip n bermanfaat..best en3 nih..:)

Ezniey said...

Joana tu manusia ker..berapa abad dia hidup??hahaha

kembatolo™ said...

reti pulak joana maen fesbuk. ahha.

itulah realiti skang..~haih~

kembatolo™ said...

reti pulak joana maen fesbuk. ahha.

itulah realiti skang..~haih~

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW