Share
Memaparkan catatan dengan label website menarik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label website menarik. Papar semua catatan

Sejuta Impian - Program Realiti TV

Kali ini aku nak share satu peluang yang sangat jarang diadakan di Malaysia ini iaitu Sejuta Impian - satu rancangan realiti TV hasil kerjasama TV3 , TMNet (OMG) dan Dana 1 Belia. Akan ditanyangkan pada 15 Mei nanti sebanyak 20 episode. Huh, banyak tu!

Ujibakat

Heh, sebenarnya aku post benda ni nak ajak sesiapa yang free untuk ke ujibakat. Maklumlah, aku ni sangat segan dihadapan orang ramai (lalala) dan perlukan sesiapa yang free untuk dibuat teman. Kot-kot korang pun ada jugak impian, boleh kita masuk sekali. Ni jadual iNTERVIEW nya






Nampak tak tarikh 12 March hari Sabtu tu? Ya, di KB Mall. Jom orang KB kita pergi audition. Hehe. Tak pergi pun datang support aku pun ok. Kekeke.


Sejuta Impian aku?

Aku dah mohon dana 1 belia ni tapi dalam status ditulis under consideration. nak tak nak kena pergi audition jugak ni. Jadi, benda apa yang aku nak mohon? Apa lagi kalau bukan BIGGG GATHERING!!! wahaaa, joegrimjow kalau tidak bergathering memang tak boleh =) Dulu plan leklok tiba-tiba ada masalah. Aku harap kali ni boleh la dibuatnya. InsyaAllah dipermudahkan. wuhuu


(kompilasi gambar-gambar blogger yang kurang melampau)


Memang sangat berharap agar dana ni dapat. Nak buat gathering tu memang senang tapi bila nak libatkan banyak pihak ni, memang sesuatu yang susah. Antara kesusahan dia tak lain tak bukan adalah dana. Ni orang dah nak bagi, rebut je lah! jom sama2 kita pergi


pss : makluman lanjut kat sini

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Contest : Churp Churp


Churp-churp merupakan satu website yang menawarkan pengiklanan melalui twitter. Membayar dalam nilai RM, sudah pasti sudah ramai ahli twitter di Malaysia yang mendapat manfaat daripadanya. Aku sendiri yang menggunakan perkhidmatan ini, dapatlah sedikit sebanyak duit dari churp-churp. walaupun tak banyak, lebih baik ada daripada tiada kan?


Contest


Satu contest yang diadakan oleh churp churp iaitu 'spread the love and get rewarded' merupakan contest yang baru dilancarkan oleh churp-churp untuk merekrut lebih ramai ahli twitter untuk berdaftar dengannya. Cuma perlukan memenuhi syarat dibawah, berpeluang untuk menang hadiah raya!

  1. Invite your friends to sign up
  2. Request them to fill in your Twitter (joegrimjow) username / Facebook Display name in the referral field
  3. Authorize their Facebook and/or Twitter accounts with ChurpChurp.

Senangkan? Memang senang. Semasa mahu register dengan churp-churp, pastikan bahagian referral contest isi nama joegrimjow ya. Dan seperti contest lain, yang banyak referral, akan menang hadiah raya dari churp churp



Jangan lupa isi joegrimjow di bahagian referral



Pernah buat entry buat duit dengan twitter disini dan boleh rujuk entry lepas ini untuk mengatahui bagaimana buat duit dengan twitter. Walaupun ku tak pernah cash out churp churp ni, tapi dari jawapan beberapa kawan, memang churp-churp bagi duit anda! JOM, apa lagi. register di churp churp sekarang dan bertwitlah dengan berhemah. Pasal contest ini, kan lagi bagus kalau dieorang bagi referral code, tak payahlah nak isi nama referral tu semua. Memang leceh tapi nak buat macam mana, dah syarat dia macam tu. terima sahajalah. Jangan lupa isi nama joegrimjow ya





Budaya share-share


Aku perhatikan dunia twitter Malaysia ini lebih kepada berdialog. Haha, walaupun kadang-kadang aku pun turut sama, tapi twitter ini sememangnya mampu memberi effect yang lebih besar jika digunakan dengan cara yang betul. Nanti aku akan kongsikan fakta-fakta yang menarik di twitter yang barulah terbeliak mata kita membacanya. hehe. Erk, satu lagi, perasan tak yang begitu susah kita nak RT benda-benda yang menarik di twitter kita, entahlah, mungkin kita masih 'kedekut' untuk berkongsi ilmu kot. hurmmm


pss : ada 7 orang anak saudara di rumah sekarang. meriah bukan kepalang!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Top 5 Social Networking (alexa and unique visitor)

Kali ini akan menyenaraikan 5 social networking yang popular di Dunia berdasarkan ranking alexa dan juga Unique Visitor masing-masing. Baca tajuk ni, sudah pasti dapat teka kan website mana yang akan mendahului? Untuk unique visitor di bawah dikira dari segi bulan. Jumlah UV ini bukan daam sehari, tetapi untuk dalam satu bulan. erkk, joegrimjow.blogspot.com nak capai 30,000 pun susah, mereka ni main juta2!



1) Facebook

Alexa rank : 2
Unique Visitor : 123,784,540





2) Twitter

Alexa rank : 11
Unique Visitor : 28,234,973





3) Myspace.com

Alexa rank : 22
Unique Visitor : 67,625,820
(dah tak aktif)






4) Linkedin.com

Alexa rank : 29
Unique Visitor : 12,897,406
add aku disini






5) Ning.com

Alexa rank : 134
Unique Visitor : 8,162,729
tak buat lagi dan taknak buat pun =)




Social Networking ni merupakan website yang paling cepat meningkat naik! Ada beberapa minggu lepas yang mengatakan search engine sekarang pon kalah dengan social networking. haa, nampak sangat power social networking ni!


Ingat!!


Banyak benda yang lagho di internet ni seperti social networking ni memang bawa keburukan kepada kita. Games, chatting entah apa-apa dan banyak lagi. Gunakan social networking ni ke arah yang baik. jangan sampai kita jadi lagho dengan mereka ni dahla dan jika dikumpul kebaikan dan keburukan social networking ni, lebih banyak kebaikan yang kita dapat! tapi disebabkan ramai yg teryumpu kepada yang buruk, sebab tu nampak social networking ni terlalu buruk!


Jom berubah!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tips : Buat duit dengan TWITTER

Salam,



Kali ini mahu share 2 website perkhidmatan yang menawarkan 'duit tambahan' kepada orang yang suka bertwit twit ni. ye lah, sama macam blog, sambil berblog, boleh tambah duit (thx u nuffnang!) dan twitter pon, sambil bertwitter boleh juge tambah duit. Jadi, macam mana boleh dapat duit ni?


Senang saja, melalui pengiklanan. 2 2 website yang ku akan suggest ini memang 'cara kerjanya' adalah sama. iaitu apabila kita berdaftar dengan mereka, kita akan diberi 'tugasan' untuk menulis twit perihal apa yang mereka mahu kita iklankan. ha, menarik kan? jadi dengan menulis twit yang menarik, boleh tambah fulusss. kecing kecing


CPC


2 2 website ini membayar kepada anda melalui cost per click. maknanya, setiap orang klik link yang ditulis, anda akan dapat habuanya. jumlahnya, pelbagai. ada yang sikit hanya 0.01 usd je per click dan ada yang agak lumayan sampai 0.20 usd per click! kalau 0.20 usd per click, 10 orang klik, dah 2 usd dah! banyak tu. jom kita lihat apakah websitenya



1) Sponsoredtweets


Website ini sangat mudah untuk dikendalikan sebab mempunyai dashboard yang 'mesra pengguna' lagipun banyak developer yg suka beriklan disini dan lagi tinggi peluang untuk dapat duit. Pengalaman tak sampai sebulan ni daftar dengan sponsoredtweets, dah dapat 4 usd lebih. lebih kurang rm 13. ok la tu kan, lagipun ku tak aktif sangat sebab banyak yg miss. kalau aktif? banyak2. jom daftar!



2) ChurpChurp




Website ni rasanya anak syarikat dari nuffnang jugak rasanya, tak konfem, nanti dah konfem ku bgtau. Sebab nilai yang dibayar adlah melalui RM, sebab itu ramai juga yang menggunakan perkhidmatan ini. walaupun jarang ada promosi, tapi tetap menjadi pilihan kepada ramai twitterer dari Malaysia untuk join. ooh, satu lagi, dah cukup rm 100 baru boleh withdraw. pengalaman tak sampai sebulan dengan churp chup ni, dah dapat rm 12. not bad huh? jom daftar!



ok, itu saja dua, kalau ada lagi, jangan lupa share di ruangan komen. ada 2 skill yang ku akan share disini untuk dapat duit lebih dari 2 syarikat ini. kalau dibuat 2 skill ini, bolehlah dapat duit lebih. semoga bermanfaat


Klik gambar untuk followku ;-)


  1. Twitt status yang boleh menarik minat orang. Jangan terlalu hambar, kena bagi gempak gempak skit. biasanya pengiklan hanya bagi keyword, contoh dieorang hanya bagi (sponsored http://spn.tw/thpld) jadi tugas kita untuk menjadikannya menarik sebab barulah follower twitter kita akan clicknya.
  2. Mempunyai follower yg ramai + aktif. penting untuk mempunyai follower yang ramai. cara nak ada follower yang ramai, kita mestilah twit sesuatu yang berguna selalu dan selalulah follow orang yang rasa 'sesuai' di follow.


Ok, itu sahaja 2 website dan juga 2 tips untuk menambah pendapatan dalam dunia internet ni. Ingat, kalau ada sebarang penambahan, boleh share di bawah ni. aku pun masih baru di kedua duaya. kalau salah, tolong tunjukkan ;-)



pss : menyampah dengan beberapa blogger (termasuk yg dah lama) buat entry RAGE untuk naikkan traffic! tak terfikir ke orang akan doakan benda yang tak elok kat kita? haiishh. tolonglah professional skit!




mahu menangi iPad??


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Hari untuk belia dan platform promosi blog untuk blogger

salam 1blogger!



Kali ini mahu menceritakan budaya baru atau mungkin lebih tepat 'fenomena' baru yang telah mewarnai dunia informasi di Malaysia. Tak lain dan tak bukan adalah blog! Entry ini sesuai dibaca tak kira anda berblog untuk 'suka-suka' atau 'cari duit lebih' ataupun berblog untuk 'kepuasan diri sendiri' diharapkan entry ini bakal mengubah persepsi negatif pasal blog.




Hari Belia Negara - Hari untuk belia!


sumber : website KBS



Bertempat di presint 4 putrajaya, bakal berlangsung Hari Belia Negara pada 14 sehingga 16 mei ini. Banyak aktiviti menarik sempena Hari Belia Negara ini yang bakal menarik orang ramai untuk datang. Antara aktiviti yang bakal disajikan adalah

-pertandingan sukan lasak
-konvensyen belia kebangsaan
-clash of the band
-pertandingan tomOi (apakah???)
-alkuliyyah dan aktiviti keagamaan lain (tahlil, solat hajat, solat jumaat)


Tahniah kepada YB Menteri belia dan sukan kerana bakal mengadakan hari yang penulis rasakan sangat bermakna ini. Bukan sahaja untuk pembangunan sosial golongan muda yang dapat ditonjolkan, tetapi juga aktiviti seumpama ini bakal mengumpul golongan belia untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Golongan belia = generasi pemimpin akan datang





Tema : Belia kreatif pemacu pembangunan negara

Tema yang begitu mantap telah dipilih untuk Hari belia ini. Sememangnya belia adalah golongan yang akan menjadi pemimpin negara kelak. Walhal ada golongan belia sekarang yang sudahpun mampu untuk membina kekuatan negara tidak kira dari segi ekonomi ataupun pendidikan. Kosa kata 'Kreatif' perlu difahami oleh golongan belia agar pelbagai lagi idea idea dapat di salurkan agar negara dapat terus kekal maju



Platform promosi blog untuk blogger

Mungkin tertanya tanya, apa kaitan Hari Belia ini dengan blogger? Sempena hari belia ini, Information Technology Youth Movement (ITYM) juga mengadakan satu pertandingan yang dinamakan 50 Creative Youth Blog. Pertandingan ini adalah untuk mengumpul 50 blog yang kreatif dan akan diserahkan senarai 50 blog ini kepada Perdana Menteri kita. Ini adalah usaha untuk menunjukkan penglibatan blogger ke arah memacu pembangunan negara





Ini merupakan satu peluang keemasan kepada blogger diluar sana, tidak kira kenapa anda berblog, semua boleh untuk masuk ke peraduan ini. Hanya perlu memenuhi beberapa syarat dan anda layak untuk berpeluang menjadi salah satu dari 50 blog yang PM kita sendiri membacanya. Bukankah ini salah satu promosi terbaik untuk blog anda? jadi, sertainya sekarang! antara syarat adalah

  • Tuliskan sebuah entry mengenai hari belia negara atau mengenai ITYM
  • tampilkan logo ITYM dibawah didalam entry tersebut..
  • Sertai kami sebagai ahli.. dengan melengkapkan borang keahlian besertakan URL blog anda..
  • e-mail kan url post anda beserta borang keahlian di email berikut itym2007@yahoo.com
  • pendaftran mestilah di submit selewat-lewatnya pada 13 mei 2010
sumber : ITYM blog
(pakai domain sendiri lagi mantap kot)



Macam mana kalau orang no 1 kerajaan baca blog anda!

di edit menggunakan comic lite



Mana tak bangga kalau PM yang baca blog kita? Mesti bangga kan! Ini merupakan peluang keemasan yang dari dulu lagi penulis nantikan. Oleh itu manfaatkan contest ini dengan menulis entry sebaik mungkin. harap entry ini terpilih dan boleh mengubah sedikit sebanyak dunia blog di Malaysia. Walaupun penulis sekarang berada di sheffield, UK, dan untuk mengahdiri perhimpunan ini sesuatu yang mustahil, tetapi dengan entry ini, diharap 'harapan' kepada kerajaan dan juga kepada belia sampai.





Harapan kepada kerajaan

Budaya berblog yang menimbulkan fenomena baru di negara ini merupakan satu platform alternatif kepada rakyat untuk mendapatkan berita berita semasa. Timbulnya pelbagai blog yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara sepatutnya diawasi dengan lebih ketat. Selagi mana tiada penyelewengan fakta, selagi itulah blog ini mampu menyumbang kepada pembangunan rakyat.

Justeru itu, diharapkan kerajaan di bawah pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak dapat memainkan peranan yang lebih mapan kearah pembangunan budaya baru ini. Maksud pembangunan adalah menyediakan pelbagai platform baru untuk meneruskan budaya murni ini agar dikemudian hari, setiap orang ada blognya sendiri.


antara cadangan kepada kerajaan adalah

1) Banyakkan pertandingan blog (contest for blogger)
2) Adakan perhimpunan atau aktiviti yang menyeluruh antara blogger (blogger gathering)
3) Sediakan platform kepada blogger malaysia yang berada di luar negara
4) Adakan kolobrasi dengan syarikat-syarikat swasta


Antara platform yang boleh disediakan adalah dengan mengadakan lebih banyak contest berunsur blog diperingkat kebangsaan dengan menawarkan hadiah yang boleh menarik setiap blogger untuk sertainya. Juga adakan lebih banyak 'gathering blogger' agar blogger blogger yang menulis entry di alam maya boleh berinteraksi dengan tulus secara 'faca-to-face'. Jangan ketinggalan kepada blogger yang berada di luar negara sama ada belajar atau bekerja agar disediakan satu platfom bagi mereka untuk memberi buah fikiran kepada kerajaan. Mungkin banyak benda yang terlepas pandang yang mana golongan blogger-blogger ini nampak. Terakir adalah mengadakan kolobrasi dengan syarikat-syarikat yang sememangnya mempunyai kepakaran dan menjurus kepada dunia blog ini seperti nuffnang, innity ataupun advertlets. walaupun syarikat ini kebanyakannya adalah dalam bidang pengiklanan, tak salah untuk mengambil idea mereka


Majulah dunia blog untuk negara!



Ada apa pada blog joegrimjow?



Sekarang ni, untuk memikat hati pembaca agar sentiasa membaca, entry yang dihasilkan adalah pelbagai. Ada cerita pasal pak belalang, ada cerita yang bersiri, ada cerita isu semasa, ada review gadjet yang baru dan macam macam lagi lah. Juga diperkenalkan 3 'tab' baru di atas ini untuk menjadikan blog joegrimjow dapat diterima ramai


1) Joegrimjowtube - memaparkan video video yang dibuat. Ada juga video yang memaparkan beberapa tips berguna kepada pembaca dan penonton

2) Wonder joe-grim-jow - ini merupakan entry komik yang dihasilkan pengaruh dari rancangan wonderpet. Penulis mendapati cara ini adalah antara cara terbaik untuk menarik lebih ramai pembaca supaya sentiasa datang ke blog ini secara tetap

3) Top blogger - sekarang ini dalam proses untuk mengumpul blogger-blogger diseluruh Malaysia berdasarkan ranking alexa dan juga Page Rank mereka. sebulan sekali page ini akan diupdate


Diharapkan blog ini kekal maju dan terus berjaya ;-)


Antara rujukan dan link berguna adalah facebook ITYM, blog ITYM dan juga laman web HBN (Hari belia negara)


pss : ranking alexa blog PM kita adalah 1522 di malaysia dan blog joegrimjow 1572. 50 lagi nak potong ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

3 fenomena KEBABOWW di dalam industri blog

ini adalah pendapat peribadi, tiada paksaan untuk menerima 100% segala input hasil pemerhatian individu yang bergelar joegrimjow ;-)


~~~~~

GengBlogger



dari cita cita murni seorang gadis berbadan kecil tetapi nama cukup besar, KONG, website yang menunjukkan kemajuan mendadak ini (ranking alexa malaysia 239, dunia bawah 50 ribu) memiliki kekuatan yang begitu jitu. dengan cita cita murni yang mahu mengumpul blogger blogger di malaysia di dalam satu website, nampaknya ping site ini sudah mencapai klimaksnya



ranking terbaru GB di alexa



walaupun baru berusia kurang setahun, rankingnya sudah mengatasi website lama lain seperti nuffnang dan iluvislam sendiri. banyak lagi pembaharuan yang bakal di lakukan oleh admin2 GB dan ini memungkinkan gengblogger akan tersenarai di 100 website popular di malaysia!


pingsite ini yang kehijauan dan mendamaikan mata yang memandang cukup mesra pengguna (kekeke). bagi blogger malaysia yang belum mendaftar, bolehlah berbuat sedemikian untuk menyokong industri blog di tanah air. klik sini untuk mendaftar








RED MUMMY


sebenarnya nak buat entry pasal red mummy ni berkenaan entrynya kebelakangan ini dah malap dan dah tidak 'bommm' sampaikan aku pun dah tak follow dia sekarang. tapi sejak artikel ini dikeluarkan oleh mymetro, ramai yang sudah mula tertarik dengan blog. kat sini pun sebab tahu aku ni seorang blogger, dah ada orang tanya macam mana boleh kaya dengan menulis blog


pada masa artikel itu dipost, ramai blogger yang membuat review mengenai blog redmummy ini. kegilaan ini menjadi jadi bila melihat 5 angka yang diperoleh oleh seorang suri rumah semata mata dengan berblog. dah ramai yang tidak memandang enteng akan industri blog ini dan dah mula target blog sebagai sumber pendapatan


fenomena yang aku klasififikasikan sebagai fenomena redmummy ini ada baik dan buruknya, yang baik sudah pasti akan memandang industri blog bukan industri sebarangan lagi dan yang buruknya sudah pasti akan wujud mat mat spam dan minah minah nuff lepas ini untuk tingkatkan traffic masing masing



pada kak red, teruskan sumbat kami dengan ilmu2 rumahtangga yang berguna, hehe









fenomena zackzuhairi


dia bukan pelakon, dia juga bukan penyanyi. jadi ini sudah jelas menunjukkan dia bukanlah seorang artis, siapakah dia? dialah zackzuhairi. seorang lelaki yang belajar di matahari terbit dan telah mencetuskan satu fenomena yang diklasifikasikan dengan fenomena zackzuhairi


15 tahun dahulu, sebelum wordpress dan blogspot tercipta, seorang 'otai' internet sudah meramalkan bahawasanya sesiapa akan jadi famous di dalam internet dan zack zuhairi adalah bukti yang nyata. dia merupakan sama seperti blogger lain tetapi entrynya yang sedap dibaca sedap dilihat sedap dihayati menjadikan dia lebih special dari orang lain


cuba lihat entry dibawah ini, siapa yang tidak jatuh hati?















tapi sayangnya, fenomena ini tidak berkekalan lama. zack sudah pergi... pergi untuk selama lamanya... eh eh, silap, dia sudah jarang untuk update blognya. dah 4 minggu zack ooi, update la cepat2!. kita sama sama mintak dia update lagi kerana setiap entrnya umpama dadah, yang mampu buat orang ketagih!




adakah 20 april ini akan timbul satu lagi fenomena? kekeke!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

tip shopping online : hadiah pemenang pertama

hadiah pertama sudah satel. tadi sempat berfacebook dengan mr aduka tentang hadiah yang dia mahukan. wawah, sebab aku jahil bab bab jenama brand ni, nasib baik ada pertolongan dia. so, hadiahnya setelah dipersetujui adalah.... jeng jeng jeng


boleh buat baju kawen ni, hehe


aku beli kat website ni


so, hadiah pertama dah satel, tinggal cik farhana, cik zara, encik mimpi, cik lin dan juga encik anoz. senang deal dengan dieorang ni, cik farhana suruh beli je apa2, zara pon soh beli je ape2, mimpi tengah pk lagi, cik lin soh beli perfume elizebeth arden dan anoz... ku blanje popaye je lah ye. haha. hutang hadiah kena langsaikan, baru hidup aman damai. hutang aku dengan lumut, luffy dan milo pon tak tertertunai lagi, balik ni ku tunaikan kesemuanya ;-)



~~~~~


shopping di internet

kali ini aku nak share shopping di internet. disebabkan aku ni bukanlah seorang yang otai jual jual kat internet ni, ku kongsikan apa yang ku tahu je lah. rasanya adam adalah orang terbaik untuk penerangan pasal ni, sebab dia memang otai ebay dan barang2 di internet. ni antara yang perlu kita lihat bila mahu shopping online




1) kecanggihan tidak menjamin mutu

tidak dinafikan dengan dunia yang serba maju ni, website yang hebat hebat muncul. flash la, tu la ni la, buatkan mata tertarik untuk membeli. untuk shopping online, pastikan 'kecomelan' website ini tidak mempengaruhi untuk beli. kadang kadang website je canggih manggih, tapi kualiti barang sangat rendah




2) berkenalan dengan alamat

ini memang agak leceh untuk dibuat. tapi kalau mahu secure, pastikan syarikat jualan tu benar benar wujud. pastikan wujud syarikatnya di alamat yang tertulis. ini penting supaya kita tidak tertipu. kalau kat sini, rasanya jarang kes ni berlaku, tapi walaupun jarang, kena tengok juga. kan baik beringat sebelum kena.




3) doc doc tak semestinya mewakili tempat

kalau .com.my, mesti kita assume website ni dari malaysia. kalau kat sini, .co.uk pulak mesti dari uk. tidak tidak, tak semua adalah macam ni. domain ni boleh ditipu. jadi berhati hati, nanti duk syok beli online, last last company tu dari zimbabwe



4) ada 's' dibelakang

ini sangat penting semasa buat pembayaran. masa mahu isi kad kredit untuk beli barang, pastikan ada https dan bukannya http. kalau ada website yang suruh isikan segala macam hal dengan http, abaikan sebab mungkin kena tipu! erkk, klik sini untuk baca lanjut



5) baca lah pengalaman orang

untuk barangan yang mahal, sangat lah digalakkan untuk kita baca dulu review dari orang. ni pengalaman peribadi, dulu masa beli hp samsung tocco, tak baca review orang, last last rasa menyesal pun ada. bukan sebab hp tu tak best, tapi agak mahal kalau dibandingkan dengan review orang tu. kena beringat. nak beli desktop ke, hp ke, baca dulu review orang.


~~~~

sampai 5 saja. banyak lagi tip2 yang berguna untuk shopping online ni. tapi rasanya, cikgu yang terbaik untuk memberi tips ni adalah.... pengalaman! kalau kena tipu, pengalaman kena tipu nilah sangat berharga, kalau menguntungkan, pengalaman untuk nilah sangat berharga. acece, banyak diri ni banyak pengalaman la pulak kan?

apa apa pun, 20hb 4 dah semakin hampir
apakah???

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Perjalanan menjadi hardcore internet


ini entry ku yang paling awal di dunia blog. 1/1/09. waaah, sekarang dah pertengahan bulan 5, maknanya dah 5 bulan 15 hari ku berblog ni. tajuk 1st memang tidak mendapat sambutan, biasa la, yang mengomen?


http://fraadys.blogspot.com/
http://wannuraddibah.blogspot.com/
http://akupunyecrite.blogspot.com/
http://funneymocrew.blogspot.com/

2 org bukan blogger
2 orang anon
-sekarang hanya cik fanna dan cik akupunya cerita je aktif, semua dah meninggalkan dunia blog..kot-


jom tengok cara aku menulis ketika dulu.

1-ambik gambar dengan camera(mana tau print scrn dlu)
2-tajuk mesti start dengan "perjalanan"
3-terlalu banyak short form!

sekrang dah 5 bulan. aku reflek diri balik. blog adalah dunia maya aku suka!


entry pertama! jengjeng jeng


~~~~~


FRIENDSTER


buhsan. boring. bnyak virus. boley la nak describe fs skrg. dlu may b fs glamer sbb xde kemudahan lain slain fs yang btol2 boley keep in touch dengan membe2. pergi mana2 pon, mesti tanya, ada fs? last2 buat gak la 3 tahun lepas. after spm kot. dlu mmg gnekan friendster sebagai medium untuk berkenalan, tapi satu ary 2 tengok sorang minah ni komen die, wahh 12 ribu lebey. jeles!!! da mmg sifat peribadi mase zaman jahil2 dlu xley bg org potong, duk belumba ngan minah ni la bg komen. add org xkenal, bagi je comt mengarut, ade gak skill yang suruh die reply, macam2 lagi. last2 minah ni kalah gak. masa 2 komen die 18ribu n mi komen 19ribu.sebab ape??sebab die nak pmr, kene stop.haha. lucu betol, skrg die pon dah nak spm da.cam tu la kisahnya camne jadi hardcore internet untuk fs, belumba. sekarang??? da ade 41 ribu komen n 2187 fren list.klu nak refresh kat view comment 2, mesty ade je 2 or 3 komen baru yang boley dapat. rekod paling bnyak komen, 132 komen dalam seari.haha, mmg gile. dah start buhsan. mungkin sbb da tue kowt. n lebey banyak komitmen yang lain. but, mmg xley tinggal, sbb ade je kawan yang hanya ade friendster, so, nak taknak, sehari skali kene gak on


-komen yg latest 41 885

-profail fs-


MYSPACE


mmg xtau nak cakap!! ni da jd stu addicted baru. 4 mi opinion, ms adalah tempat yg plg bnyak org hipokrit.hehe. jangan marah ya, cakp berdasarkan pengalaman, ckp ni blog, ley la nak tulis papepon. bukti??mmg ada. kebnyakan mi fren dtgnye dari fs. sorry to say, kat fs bnyak yg gambo manis2, ayu2, sopan santun pendek kata, penuh kemelayuan. tup tup je kat ms, trus berubah. da xde sopan santun da. ciri melayu da xde. ni bukan semua, but most of them. yg xhipokrit 2 ade, ni yg hipokrit ni, bnyak snagt.ada gak yang ada sampai 5 acc ms.haha, buat ape ntah pon xtau sampai 5. 4 mi, pon ade 2 acc ms. jeng jeng jeng. layan je laaaaaa. papepon, begantung pada individu masing. heee



FACEBOOK


hee, yg ni baru je buat. buat pon sbb kawan yang soh. tapi die nye app lagi bgus rasenye dari fs n ms. rasenye fb la tempat yg plg btol kowt nak buat kawan. xde hipokrit n tipu2. so, ape lagi, jowm buat fb ramai2.hehe. kat cni mmg semua kawan yg btol2 n mostly kenal. dah ade kat uk ni, nak tambh kenaln ngn local people, kene de fb,kottt. buat je la. but satu benda addicted, die punya game, haiyokk. dengan geo, word, iq test, pet n skrg ni, golf pon ade.mmg xsah satu kali seary men semua 2.haha.ok, jumpe di sana!!!


~~~~


nota kaki : nanti akan diubah balik tarikhnya! 1/1/09 memang tarikh besday blog ini!


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW