Share

Tutorial blog : kelebihan menggunakan HISTATS

salam 1tutorial!


Ada senior yang disni tanya tentang bagaimana aku melihat statistik di blog. selalu cakap, hits hari ni tak banyak, visitor hari ni lebih pulak, blog ni refferer paling banyak dan macam macam lagi yang aku bebelkan. jadi kali ini, sedikit perkongsian bagaimana aku dapatkan statistik ini semua.


histats.com


sepanjang aku memiliki blog ini, perkhidmatan histats ni adalah paling baik! tambahan pula, banyak lagi menu yang menarik yang baru saja diperbaharui oleh histats. hebat! kagum dengan perkhidmatan seperti ini. jadi, jom kita lihat apa yang ada pada histats


traffic


berbanding free website statistics service yang lain, histats begitu banyak menyediakan kemudahan kepada penggunanya. disamping boleh mengetahui berapa pageview, visitor dan new visitor histats juga membolehkan penggunanya untuk mengetahui berapa tempoh yang digunakan untuk reader melihat blog anda.(formula baru ranking alexa ada juga memasukkan unsur ni) hebatkan? pengguna juga boleh untuk melihat traffic di blog mengikut tempoh yang dikehendaki, hari atau bulan. ini membolehkan lebih senang untuk kita mengetahui sihat atau tidak blog kita sebenarnya


siapa online ni?

contoh lain boleh lihat disini




ini yang paling ku suka! kita boleh mengetahui siapa yang tengah online yang membaca blog kita. sama dengan free website statistics service lain? tidak, histats membolehkan kita mengetahui dari mana pembaca itu datang, apa browsernya, apa OSnya, dari mana referernya dan sudah berapa minit dia membaca blog kita. begitu banyak detail yang kita dapat. yeah, benda ni paling ku suka.


referrer dari mana?


disini anda boleh mengetahui siapakah referrer yang banyak menyumbang kepada blog anda. ini adalah salah satu cara untuk kita mengetahui blog yang mana banyak buat link kepada blog kita. penting sebab dengan mengetahui referrer banyak ini, kita boleh tinggalkan link lagi banyak di blog itu. tips mudah katakan. selain itu, boleh juga ketahui referrer dari keyword. kadang2 jumpa keyword yang pelik2, kalau banyak sangat yang search pasal keyword tu, apa salahnya kita buat entry pasal keyword tu. hargai yang melawat blog anda!


di ruangan sidebar ini, ku ada sediakan senari blogger yang menyumbang traffic kepada blog ini dalam masa seminggu. ini tanda berterima kasih kepada mereka, kadang2 meraka ada backlink blog kita dalam entry mereka. inilah yang menaikkan traffic dalam blog. petua untuk terus berjaya, jangan main terima je, bagi la jugak skali skal ;)



applikasi2 lain?


Traffic by Url - entry mana yang glamer dilihat
Traffic by Title - tajuk apa yang kerap dilihat
Geolocation - ketahui dari mana reader yang datang, negeri, nak tahu bandar mana pun boleh!



memasang histats


tak susah untuk memasang histats. orang tak pandai komputer internet bagai ni pun boleh pasang pergi ke website histats, click register, isi apa yang patut, masukkan code dalam blog, DONE. anda sudah boleh tengok 'kewibawaan' blog anda. bagi yang tak mahu tunjuk statistik blog, ada juga 'hidden' tracker yang boleh dipasang. jadi, hanya anda sahaja yang boleh melihatnya.


JOM pasang histats ;-)



sebarang komen, pertanyaan, boleh di tinggalkan di ruangan bawah.


pss : belum baca tazkirah, boleh baca entry tiket ke syurga ini

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

28 ulasan:

*Laut China Selatan* berkata...

sblm ni nk tnya gak tp x berksmptn!
btw tysomuch!

::ienafazlyna:: berkata...

ok nnti nak psg..thanks

akuvision berkata...

hohohoh...selalu guna google analytics je. best2 punya info

A-Y-I-E berkata...

inilah komen pertama aku di blog mu ini wahai joe

Tentang hitstat tu memang benar apa yang dikatakan oleh mu.Syabas.Majulah dunia blog.

p/s:Bila nak meeting lagi?Hahahah.. Rindu beb nak record2

nurinkhairi berkata...

aku pasang dua stats (tapi bukan hi stats la), tapi kadang2 dia x sama oh.. especially bab geolocation dia..haha. tapi standard la tuh. cuba pasang bebanyak sure byk conflict info. aku dulu xde keje pegi carik keje hoho.

.alie. berkata...

lepas exam ni boleh la godek2 ni semua..
tQ for sharing joe..


=)

Encik Tikus berkata...

thanx for the information :)

hakimfaridzul berkata...

ok, nanti aku pun pasang la gak!

slame ni gune nuffnang nye analytics je.

wahahahaha

blog ciput, macam segan la plak pasang2 histats ni~

bahahahaha

Hizami Rahim berkata...

wow.
sedang pasang ni.
ahha.
thanks joe.
;)

NiZaM Limited berkata...

Nuffang pon buleh..ahaks..

MuNsYi SaMa berkata...

lepas ko bgtau aritu ak trus psg..hoho

thanks joe

Roronoa Zoro berkata...

wahhh.. powerful info.. thx joe !!!
=)

FarhanaDr berkata...

Pakai statcounter jek.. Huhu.. Akak jard yang ajar.. :)

NHIDAYAT berkata...

arigatou gozaimasssssss=)

MX berkata...

info berguna...
thanks...

et berkata...

errr.xpakai pape.huhu.kena start letak benda2 macam neh la kot.^^

mama zharfan berkata...

tq for sharing :)

Tanpa Nama berkata...

really addicted with your blog!!!
agak2 ada berapa juta blog dekat dunia ni yep...

meogrimjaw berkata...

tq 4 the info bro!

joegrimjow berkata...

sama2
ada masalah nak pasang
gtau

Ery Farieha berkata...

penah je dftr
tp x bukak sgt
sbb mcm x phm sgt
huhuh

joegrimjow berkata...

kena explore habis
baru boleh manfaat betol2
;)

tehais berkata...

menarik! menarik! menarik! mau cuba.

milimilo berkata...

eh,aku xupdate blog seminggu pun jadi penyumbang link ke belog ni ke.wah gitu.haha.selame ni check gune nuffnang je.n ltk tynt utk tau sape copy content dr belog.skrg nk ltk histats pulak ah.boleh buat hiburan sampingan.LOL =P

noor afzan berkata...

menarik gak ni joe..

LORD ZARA 札拉 berkata...

hahaha~

aku dulu pernah ada~

rasa cam stalker pd visitor dulu2~

kih3~

wan berkata...

histats versi baru ni memang mantap!! weeee ;)

~ Ann ~ berkata...

a'aaaaaahhh nak masuk gak.. tak kira!

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW