Petang-petang tadi menonton rancangan al-kulliyah, boleh pulak layan sampai satu jam. Biasanya rancangan agama camtu paling lama boleh tahan setengah jam je. Mungkin kerana pembawaan ustaz tadi seronok, sebab tu boleh melekat. Tambah pulak topik yang dibincangkan adalah Kahwin Muda, haaa, lagilah berminat!
heh, gatai bebeno!
Ok, ni nak kongsi tips mengenai selepas kahwin, Bagaimana mahu mengekalkan rumahtangga selepas berkahwin hanya untuk perempuan. Part laki nantilah akan menyusul
1) Telinga
Memang lelaki ni dikurniakan 2 telinga, perempuan pun sama. Jadi bila balik kerja katakan, si isteri duk pot pet pot pet ngadu benda ni ngadu benda tu, memang tak boleh tahan lah! Telingan suami kena jaga, jangan sumbat telinga kiteorang ni dengan pot pet pot pet, sumbat dengan bisikan kasih sayang tu takpelah!
heh, gatai sungguh!
2) Hidung
Haaa, ni lagi satu. Dulu sebelum kahwin, mak oi nak dating tu 40 kaki dah bau minyak wanginya. Harum semerbak perfume dolce gavana (ada ke?) tapi bila dah kahwin, mentang-mentang tak payah dah nak pikat-pikat, bau kalah belut! kekeke, bukan apa, sibuk masak sup belut sampai lupa nak basuh tangan lah ni kerjanya ni kan? tak bolehlah macam tu, suami ni memang sukakan bau haruman, perempuan pun kan? jadi, jagalah hidung pasangan anda dengan ‘tak berbau’ busuk sangat kat rumah tu
3) Mata
Haaa, mata lelaki ni memang akan terpikat dengan benda yang elok-elok. Bagi perempuan yang dah kahwin, kalau suami tu kerja ajak pergi shopping complek tu, kena cermin diri sendiri dulu. Ya lah, laki ni bukannya minat window shopping, minat eye shopping je. Pasaraya tu begitu banyak gadis hot-hot untuk tatapan. Nak tengok bini, ting gas pun kalah. wahaa, main kasar =)
Jaga mata ni maksudnya, pandangan suami tu bila tengok kita tu, muka takdelah selalu comot je, badan takdelah terlampau gemuk. semua tu kena jaga, barulah suami akan sentiasa akan pandang isteri dengan pandangan yang ikhlas.
at least suami bila pandang isteri dia akan kata dalam hati
‘lawanya bini aku, badan macam kerengga!!’
takdelah bila pandang isteri dalam hati kata
‘senyum je lah, tong gas pun tong gas je lah....’
selamat beramal. Jangan lupa soh mak korang baca ni ya. badan nak lawa solid macam anak dara, kenalah buat appointment dengan joegrimjow. wahaaa =)
pss : part laki lagi hebat!