Share

susan peterson













dah habes buat entry pasal keluarga

nak buat entry pasal pasangan istimewa pulak??
haha
no no la....



sapa la pulak minah ni ya?
banyak pulak gambar dia
ish2


seolan pertama?
berapakan umur dia?
(teka dulu baru baca)
;-)


ok


semasa di taiwan dulu, dia adalah guest speaker. cakap mengenai guest speaker syarikat multibillionaire ni, sudah tentu hebat. kalau kat malaysia saja pun, guest speaker mestilah yang dah lama buat bisnes dan gajinya memang dah banyak la. ingat lagi satu event yang agak besar ku hadiri di malaysia, guest speakernya gaji cecah rm100 k sbulan



ni event antarabangsa.


sudah pasti banyak lagi gajinya! ok, ku bgtau serba sikit pangkat herbalife. nak tunjukkan betapa otainya makcik kat atas tu



distributor
layak untuk meniaga di 70 buah negara dah
25 percent diskaun diberi


supervisor
memang dah start serius nak meniaga herbalife
nak jadi supervisor bukannya senang ok


world team
boleh hadiri universiti herbalife di serata dunia(macam taun ni di taiwan)
ku dah sampai pangkat ni ;-)


get team
layak dapat royalti dan memang dah seimbang dah royalti ni
gaji dalam rm 8 k dan keatas sebulan


millionaire team
huuu, yg ni otai ooh. nama pun millionaire kan?
kalau pasaran melayu, hanya ada 4 je
pasaran cine? banyak banyak. dieorang kerja lebih, dapat la lebih kan?


presiden team
memang gaji akan cecah rm100 k sbulan
yang ni ku punya upline3 tengah kejar. kena tolong sebab orang melayu
bulan ni bulan last kelayakan. doakan la dia berjaya


chairman club
kena ada 5 presiden team bawah dia
gaji? entah lah, banyak la kot
tapi ada kat taiwan ada sorang pakcik ni dah chairman club, ada 38 buah rumah
kat seluruh dunia, malaysia pon ada kat the mines


founder circle
ada 3 orang je kat dunia ni
termasuk makcik kat atas ;-)




pasal makcik susan peterson



umur makcik kat atas tu adalah....51 tahun. hehe. nampak muda kan? nak nampak muda kena la makan herbalife. kekeke!. gaji dia? huhu. ni yang best. 50 million usd setahun. usd ok, kira 4 juta usd setahun la. dia dah dalam bisnes ni 21 tahun, lama la tu. ku pon tak lahir lagi



part serius!


ni apa yang dia share dengan kami di sana. nak dengar share ni hanya world team keatas sahaja. ku kongsi sikit2 je. nak dengar dari mulut dia, kena la jadi world team. yang ku tertarik sangat dengan mak cik ni, dia share dengan amat sempoi, tapi kita boleh rasa dia serius. karisma yang cukup hebat!



ada 6 petua mahu berjaya. bukan dalam herbalife je, dalam kehidupan kita juga




1-keep your dream


dalam hidup kita pasti ada impian yang mahu kita capai. pastikan kita simpan impian kita dan jangan sesekali ada sesiapa yang mencurinya. contoh, kita mahu kaya dengan gaji 5 angka sebulan, ada rumah besar, family bahagia, dan segalanya indah. pastikan kita terus SIMPAN mimpi kita dan jangan bagi peluang sesiapa pun MENCURINYA


ayat dia, dont let somebody steal your dream. pastikan kita teruskan dengan mimpi kita. mimpi ini lah sebenarnya menjadi pendorong kepada mana-mana orang yang berjaya dalam hidup dia. kita? jadikan mimpi kita satu realisasi. bagaimana? hanya kita yang tahu. kita tak boleh buat sebab kita tak pernah nak buat pon!



2-always be grateful


bersyukur dengan apa yang kita ada. dia kalau dia bangun, pasti ucapan terima kasih kat dia punya tuhan dahulu (paham2 la kan sape) bukan saja pagi, setiap masa dan ketika. dalam bisnes banyak down, dan setiap kali dia rasa down, dia akan sentiasa bersyukur. hurmm, belajar dengan orang hebat ni baru perasan, agama kita dah lama dah ajarkan. kenapa lah tak mahu praktikkan


ok, yang ni dia tak ajar, tapi agama kita ajar. kita sembahyang 5 kali sehari. padahal 5 kali tu dah cukup dah untuk kita BERTERIMA KASIH dengan pencipta kita (bersyukur) tapi kenapa ada antara kita yang tak mahu? sebabnya mudah, setiap kali lepas sembahyang, tak pernah nak nyempat wirid ke apa. dah sembahyang, terus bangun dan buat perkara lain. kan?



3-keep busy


yang ni part bagus. walaupun dia dah kaya raya, tapi dia suka dengan busy..sibuk. selalu buatkan diri dia sibuk. bayangkan, setiap 3 ke 4 sehari seminggu, dia akan buat meeting di rumahnya, pukul 8 pagi. bincang apa yang perlu dia lakukan untuk seterusnya untuk hari itu. kalau kita lah kan, dah dapat gaji berjuta sebulan, apa yang kita buat? enjoy enjoy dan terus enjoy. tu bezanya antara kita dengan dia. eh, antara aku dengan dia, baru betol




4 5 dan 6 tak sesuai untuk yang bukan ahli herbalife. sebab 4 5 6 lebih khusus untuk pengedar herbalife. tapi serius, makcik ni memang stylo. ku panggil dia makcik susan peterson sebab nak ingatkan diriku yang dia dah 51 tahun, bukannya 30 an kalau nak tengok muka dia tu



kenapa terus buat herbalife?


part ni yang aku terharu. kalau nak ikutkan status dia, kaya raya dan dah founder circle. kalau tak keje pon still dapat duit lagi, dia sendiri bgtau. if im not working, i still can get extra million dolar per month. tapi kenapa dia masih lagi kerja. maksud kerja ni lakukan benda-benda asas, guna produk, pakai button, dan cakap dengan orang mengenai herbalife. kalau dah kaya macam ni, dah miliki jet peribadi sendiri, rumah takyah cakap la berapa bijik, baik duk berehat je la.


tapi dia tidak


dia terpengaruh dengan misi mark hughes. herbalife punya pengasas. dia dah mati dah. mark hughes mahu jadikan dunia ini sentiasa sihat. tu impian dia, mustahilkan? tapi walaupun dia dah mati, dia dah mempengaruhi ramai orang untuk teruskan misi dia. mustahil atau tidak, entahlah. kalau orang macam susan peterson ni masih lagi buat herbalife, kenapa tidak aku kan? so, share selagi aku mampu!!







agak panjang kan?
huhu
masa ni dah dalam flight ke uk
harap korang baca sampai abes
ku kongsi rahsia orang berjaya
sebab ku mahu berjaya
dan
benda ini takkan kemana
kalau kita tak buat dan lakukan
kan?



nota kaki : mungkin ku tengah tido masa korang baca ni, kalau baca la..hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

17 comments:

shinawawa eyenie said...

mmbca dgn penuh teliti...
tdo ler syg..hehe..

Hayatito said...

ku mahu tahu no 4 5 dan 6.
hebat sguh susan ni. ku mahu jadi seperti dia juga. satu hari nti. insyaAllah.

good job joe.
nice posting.
lama aku tunggu taw.huhu

shinawawa eyenie said...

sy dh impian/trget gak terhdp sesorng....lalala~.~

sophie said...

kaye towl makcik ny.. nak gak kaye cam dea! xnak bg owg len CURI impian sophie..!

{lumut} said...

lame2 aku rase aku cm dah terpengaruh jiwa aku ngan herbalife..isk.isk.isk.

Mohd Nasri Md. Nasir said...

bnyk le gaji dia..
gaji ko bpe joe? hehe
btw, npe ssah je aku nk komen kt blog ko..haha

T.O.P.E.X said...

hulamakaih~ berguna la tips nih. tengkiu2~

Lili Puteh said...

hidup pakcik joe!!

eNaSaN said...

keep it up...good lucK

Anis Mohd said...

gila banyak duit dia .
tp, cm x best je kalo kaya sgt .

Lifesaver said...

herbalife bukan sejenis perniagaan yang mengaut untung melalui penganiyaan kan?

sharamli said...

51?
mcm 15...hua3

CAHAYA said...

herbalife mahal. agaknya pasal itulah orang atasannya kaya raya.

Precious said...

Waaa ... teruja! Thanks 4 sharing. Good luck to yg nak jadi presiden team. and 2 u 2 ...

iva saionji said...

~iva baca tau joe...erm..memang betul kalau ikut tips yg ade tuh...keep it uo joe..~

geeds said...

serious mak cik susan ni xnmpk mcm umo 51.
nk nmpk muda mcm die juga!!!
:)

misz beauty said...

if dengar talk dr orang2 yang berjaya cam nih memang membakar semangat kan.... ari tu baru pegi mary kay produk punya talk.... membara2 semangat nak berjaya nih... insyaAllah..=)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW