Share

Tips temujanji istimewa untuk Lelaki sahaja (Ilustrasi gambar)

Temujanji atau bahasa glamernya adalah dating adalah perkara biasa berlaku kepada para remaja muda mudi. Kebiasaannya pasangan yang dating dengan lelaki pada kali pertama akan menentukan hala tuju hubungan mereka seterusnya. Kalau first date dah tunggang-langgang, jangan harap 2nd date akan ada harapan untuk berdating dengan orang yang sama.

Kali ini joegrimjow akan membawakan pembaca lelaki blog ini kepada skill atau tips yang tidak terdapat dipasaran!

Disclaimer : tips ini hanya akan jadi jika dilakukan. Pengalaman yang diambil adalah pengalaman peribadi penulis. Kegagalan untuk mencapai tahap kepuasan kemuncak adalah diluar kuatkuasa penulis!


Jom kita baca, tips temujanji istimewa untuk lelaki sahaja!


1-Bangun pagi dengan azam yang kuat



Seharusnya selepas sahaja bangun pagi, si lelaki perlulah menanam keazaman yang kuat bahawa hari ini adalah hari penting - hari bertemu dengan dia. seharusnya waktu selepas bangun itu, fikiran kena tenang, jangan terlalu runsing!


2-Mulakan senaman ringkas




Senaman di awal pagi akan menjamin kesegaran sepanjang hari. Ambil masa 20-30 minit untuk lakukan aktiviti ringkas supaya kekal aktif pada hari tersebut


3-Mandi dengan jiwa tenang




Jangan lupa, hari temujanji perlulah mandi dengan sabun yang wangi. Kalau tak pernah guna pencuci muka, masa nilah nak gunanya. gigi jangan lupa gosok, lelaki busuk siapa yang mahu??


4-Guna pakaian yang sesuai




Pemilihan pakaian sangat penting. Jangan terlalu ringkas dan jangan terlalu formal. Pakai pakaian yang kena dengan jiwa. Pemilihan warna pula, elok berpakaian hijau muda sebab warna itu mampu menaikkan semangat cinta membara


5-Datang awal




Sudah pasti, jangan terlalu lewat. Siapa yang sukakan lewat ha?


Ok, itu sahaja tips temujanji istimewa untuk lelaki, Pastikan anda ikutinya, barulah hari jumaat anda akan ceria selalu. Temujanji dengan Dia - tiada yang lagi penting!!!




Selamat berhari Jumaat - solat jumaat tak semalam? hehe


pss : internet takde, entry ni sepatutnya publish semalam. :(

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

31 ulasan:

..hizamirahim.. berkata...

haha.
betol2
Dia la yg paling penting.
;D

Fina Fento berkata...

betul betul betul


EP4 : Aku Seorang Blogger

FarhanaDr berkata...

Temujanji dengan DIA di hari jumaat tu laa leh bantu perempuan menentukan lelaki ini boleh ke tak kita jadikan teman dating kita seumur hidup.. Kan? :)

kembatolo™ berkata...

hahaha.. nasib baik bace sampai habis,, =P

/Dayah/nurul/dayak berkata...

tips dating dah pandai la joe

shahjiehan berkata...

@kembatolo™ betoi2... mujur baca kan!

faiz berkata...

makin banyak entry tersirat skang..haha

JIJI YU berkata...

mmg tersirat ni joe..untuk jumaat mggu depan..awal g semayang jumaat..dasat ni..

Haris Khairuddin berkata...

nice entry... mmg betul. xde dating lg penting selain dating dgn DIA. :)

MuNsYi SaMa berkata...

Terbaik. Kalau post smlm mesti lagi penuh masjid dr Midvalley (insiden aritu) :)

Azwan Azmi berkata...

@MuNsYi SaMa
penah dating sekali aja..lepas tu jodoh kami tak panjang..

Wan Gerrard berkata...

hehehe ^_^

z berkata...

hmmm...nicee.... =)

Hafriz el-Muhammady berkata...

sentap mne yg trkena atas batang idung..hehe.
Sy suka entri nih... ^_^

syarifah radiah ibrahim berkata...

ye!
temujanji dengan Dia yang penting

Nobita Sensei berkata...

tambah satu lagi: cukur ape yang patut. tambah lagi pahala~

eQuRlz berkata...

temujanji hari jumaat jer ke?hehehe..

Legasi Piston Pecah berkata...

kalau nak usha aweks lak?yang jenis susah nak diusha...

enuLwanie berkata...

bagus2.
sy ari tu bukannya dating tp first time jumpa kwn fb.
dia lewat 2 jam!
huh.

♥ kOkDe ♥ berkata...

menarik sangat.. bgs entry ni..kepada lelaki yang mengambil mudah tentang pengurusan diri ambil tips ini.... +++++ jgnlah pakai jeans, xsesuai taw... :)

suffer8zine berkata...

ok mandi dengan tenang

Terkini : Buaya Tertelan Telefon Bimbit

Apis berkata...

sape x pegi solat jumaat semalam angkat tgn!!! hahaha...

www.hafism.com

d_LA berkata...

terbaek terbaekkkk ! dating yg camni yg patut punctual ! cayalahhh

*∽ IZAN ∽* berkata...

Bagusss baguss..!!! Ending tu siap baca 2 kali..!! ingatkan solat sebelum di dating.. rupanya dating dengan yang ESA..! bagus tul nko nyer idea ni joe! he he

Eri-chan berkata...

dapat mengingatkan seorang kawan untuk solat Jumaat pun dapat pahala kan..sindir2 sikit dia kalau nak lunch bersama perempuan di tengahari Jumaat!

aqim berkata...

tersirat yg mampu memberi kesedaran..

sfatimahzj berkata...

hehe..betul2..
ingat dia tu yang lain~hehe

aNdi.Hanin::حنين نظوره berkata...

LIKE


SANGAT!

Ieqa Swetluv berkata...

alamak aku tak gi solat jumaat semalam camne ni errr~~~ ;p

azieda razak berkata...

SeMART n3 ni... i like...

Anip™ berkata...

betol2, aku sokong sangat. heheh

BLOG GEMPAKZ SIOT

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW