Share

Antara 6 - mana satu pilihan?

Malam ni akan bergerak ke Putrajaya. Kali ke 2 minggu ni turun naik ke Putrajaya. Haishh, kalau bukan sebab bisnes, memang takkan turun dah. Penat travel jauh-jauh ni. Fikirkan soal kerja, nak tak nak kena pergi jugak! 

Tadi terdengar radio - entah siaran apa tapi dalam BI ada kupas satu topik yang menarik. Menganai WHAT WILL U PICK. Dia ada bagi 6 kata kunci dan mana satu yang pendengar akan pilih. Aku just dengar part awal - sebab bawk kereta laju macam ribut, tak sempat pendengar call dah sampai rumah. jadi tak tahu mana pilihan orang

Terbawa ke blog!!




Jadi, aku nak tanya pendapat korang, antara 6 kata kunci ni, mana satu korang pilih dan kenapa (hanya satu). Kalau rajin, tinggal di komen kat bawah ni. Pagi esok aku sampai putrajaya, bleh la baca sambil-sambil hirup shake. heh, ok? jadi, 6 kata kunci ni, mana satu korang pilih


  • Beautiful
  • Anonymous
  • Rich
  • Famous
  • Health
  • Genius


Ok, jangan lupa tulis kat bahagian komen apa dan kenapa eh. Yang terbaik komen aku akan letak kat next entry bersama backlink blog korang. Traffic percuma tu =) Jom berkongsi apa yang korang pilih!!


pss : fasha sandha.... hihihik =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

57 ulasan:

eton berkata...

mestilah health.. klu x sihat mcm mana nk pandai , nk popular, nk kaya... btl x.. btl x??? klu sihat mcm2 kita nk wat..

Sca Ndx berkata...

aku pilih anonymous.

anonymous macam rendah diri, low profile. tak da sapa tahu diri kita sebenar.

joegrimjow berkata...

@diamuslima

btol2

Anip berkata...

kalau aku famous..hehehe

joegrimjow berkata...

@Sca Ndx

jadi anon mmg banyak faedah

Abdul Fatah DK berkata...

health,kesihatan tu hadiah dari Allah untuk semua umat manusia,cuma kita je selalu mengabaikan kesihatan.Kesihatan tu kekayaan,if tak sihat semua harta tak guna dah.So above all,i choose HEALTH :)

joegrimjow berkata...

@Abdul Fatah DK

2 dah pilih health

None berkata...

saya pilih health, kalau takde nikmat kesihatan, macamane nak jadi cantik sihat dan dalam, kalau kaya sekalipun duduk atas kerusi roda, takde maknanya kaya tu, nak femes pun orang dah geli, eh?itulah nikmatnya sihat..kalau dah tak sihat macam mane nak berlagak jadik macam cik anon tu...jejari tangan takleh gerak dah, nak kutuk-kutuk orang orang pun dah tak boleh (kalau cik anon yang kena strok lah kan?)...haha, emo giler cakap pasal cik anon, okeilah fullstop apapun nikmat kesihatan yang saya pilih=)

pilih ye joe...hehe=p

SayaAnonymous berkata...

Anon pilih anonymous!!!!
Semestinya kerana anon seorang anonymous.

Terima kasih juga kepada Sca Ndx kerana memuji anon rendah diri, low profile..kembang anon..heee

Jadi anon ni ada kekurangan jugak tau..tiap2 hari rasa nak beritahu je dunia, siapa sebenarnya anon. tapi nanti hilang seri..hehe

SayaAnonymous berkata...

@Green Apel
green apple..anon sangat sedih baca komen green apple..huhu
Anon baik laaaa..

elianesuriane berkata...

Cantik ? Semua wanita nak cantik sebab tu lah berlambak produk kecantikan kat pasaran. Aku wanita dan nak jadi cantik sperti model lain jugak.

Anonymous. Invisible, low profile bebas lakukan apa yang kita suke. Takde orang taw kita siapa.

Jadi kaya semua benda boleh beli kerana dunia sekarang semakin materialistik.

Femes ? Wah bangga satu dunia kenal kita. Pergi mana-mana semua orang kenal. Silap-silap makan takyah bayar sebab tauke tu admire kite.

Hidup sehat gembira sentiasa. Duit walau bertimbun mananya, takkan dapat beli sihat ini. Bila sihat, semua yang lain dapat kita wat. Ini tidak, asyik sakit terlantar jep.

Yang paling baik, 'genius'. Jadi bijak pandai. Jadi bijak pandai pilih mana yang baik dan buruk untuk jadi lebih sihat dan cantik, jadi bijak pandai fikir idea bikin duit banyak-banyak, jadi bijak pandai untuk keluar masuk paper or menang anugerah nobel dan jadi bijak pandai untuk jadikan kita anonymous dalam melakukan sesuatu seperti jadi bijak pandai hack komputer orang. Hehehhee...

Yang paling penting jadi bijak pandai dalam urusan seharian untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Unknown berkata...

genius.

sebab beautiful, anon, rich, famous, health kita boleh usaha dan carik sendiri.

tp genius ni mcm 1 anugerah yg x semua dapat. bila dah genius, tau la cemane nak jadi cantik, anon, kaya, femes dan kesihatan yg baik :D

Marhaen Kacak berkata...

anonymus memang kerekter hidup aku...keep low profile sentiasa tapi still boleh direcognize oleh crowd sekeliling...

Isu Semasa : Siapa Tak Pernah Fuck Dia Loser!!!

noreed berkata...

health, bila sihat apa pun bleh buat

joegrimjow berkata...

@Ery Farieha

camne nak cari cantik?

joegrimjow berkata...

@Marhaen Kacak

anon dah 3 org pilih, femes xde pon
hehe

Hizami Li berkata...

saya pilih genius.
sebab?
bila genius, saya boleh bertukar jadi famous.
lepas tu, saya boleh bertukar jadi rich gara gara genius dan famous.
bila rich, saya boleh jaga health.
kata kunci dia ialah GENIUS.
;D


beautiful? beauty is in the eye of the beholder.
anonymous? everybody has a name.

nuraisyahr berkata...

saye pilih genius jugak!

sebab same macam ery farieha and hizamirahim tulis.

kalau da kaye, yang tak cantik pun jadi cantik kan. plus cantik tu something yg subjective, ade orang rase si M cantik gle, ade yang rase si M tu biase2 je.

betul tak?

joegrimjow berkata...

@..hizamirahim..

like222

joegrimjow berkata...

@aisyaLALALA

haah, ada logiknya

Puteri Iqa Izyan berkata...

bro joe, saya nak GENIUS. ;))

sbb sy tak penah rase jadi genius. so bile jadi genius saya boleh jadi FAMOUS AMOUS ;))

GENIUS jugak buat seseorang tu nampak BEAUTIFUL ;D

Tanpa Nama berkata...

anonymous

where the world is unjudgemental. itu dunia aku lah. bukan dunia anon lain.

Tanpa Nama berkata...

Aku tanak jd lawa/kacak takut nnti lupa diri.
Ape lg kaya raya, makin berduit makin tamak.
Org genius selalu nye tak segak. Tgk einstein, serabut je aku tgk rambut die..
Aku lg suka jatuh sakit sbb bile sakit baru la aku nk igt tuhan.. Mandangkan aku dah takde pilihan lain, n kebetulan pulak aku mmg tak dikenali (anonymous) so terpaksalah aku pilih famous!
Sbb aku tau, komen aku yg terbaek stakat ni dan joe tanpa ragu2 akan mengangkat nama aku dengan 'mem"backlink"kn' blog aku yg tidak wujud. Aku yg dulunya anonymous bakal famous dgn bantuan joe!
Ye! Saya mesti pilih!! lol

Unknown berkata...

Cliche answer : HEALTH

Andai diri tak sihat dan terlantar sepanjang masa, nak buat apa pun dah tak boleh kan?

Smart answer: GENIUS

Sebab kalau dah genius we can plot plans to conquer the world!

Gedik answer: BEAUTIFUL

Memang betul beauty lies in the eys of the beholder tapi andai diberi pilihan semua orang nak muka cam artis Korea & Jepun ye tak? Plus, bila cantik, senang dapat jodoh lah hendaknya. ;D


Tapi if I were really given 6 choices, I would definitely pick none for I'll work hard insyallah to earn anything I want even if that means breaking over and over again. ;D

sfatimahzj berkata...

pilih genius..hehe
genius kan tahu banyak perkara..menarik2..ilmu itu bestlah..hehe

then boleh manfaatkan kegeniusan tu untuk manfaat bersama..genius dlm menjaga kesihatan..genius dlm menjana kekayaan..kecantikan??hmm...apalah sgt kecantikan yg diberikan seandainya ia digunakan untuk membangkitkan kemurkaanNYA...

apa2pun gunakan segalanya dengan sebaiknya...da~

membebel plak...:)

MasZuber berkata...

pilih anon la:

sebab ape? mungkin dia ada lima mende lain yang tersenarai di atas sana sekaligus. siapa yang untung?

:)

SyaNa_SaN berkata...

GENIUS.. KOnpERM!!!!

APi berkata...

aku pilih rich iaitu kaya..
kaya itu subjektif bagi aku..
tak semestinya dengan harta benda..

kaya budi bahasa, kaya intelektualiti, kaya dengan kesihatan yang berpanjangan, kaya dengan ilmu pengetahuan, kaya dari segi kecantikan iaitu kecantikan rupa paras+tubuh badan..
kaya dengan kenalan kawan yang ramai..
kekayaan harta penting juga kerana dengan harta yang ada banyak kebajikan yang boleh kita lakukan seperti abdul rahman bin auf..
untuk kesihatan kaya harta juga penting kerana kita tidak tahu apa akan tiba nanti..serangan penyakit mengejut! bagaimana cara untuk mengubati jika tidak harta untuk digadai membeli ubat mahupun kos untuk pembedahan..

kaya dengan kebahagiaan dunia dan akhirat..

adakah kekayaan yang dinyatakan itu tidak pernah menjadi impian anda?
^o^

syahmi berkata...

aku pilih genius.
senang nak jawab spm.
hehe.

NNZ berkata...

sy plih genius..

sbbnya,
dgn genius sy bleh jd sihat dengan mengaplikasikan ilmu yang saya dapat, contohnya, ilmu perubatan..

dgn genius,
saya boleh jadi terkenal walaupun bukan itu yg sy mahu..sedikit sebanyak akn terkenal jugak.. =='

dgn genius,
sy boleh merias diri saya dengan mencipta 1 produk kecantikan dgn minimum effects..

dgn genius,
sy boleh mnjadi kaya dgn menjual ilmu yg sy ada.. *huahuahua, mcm riak je*

dgn genius,
sy boleh muhasabah diri sy sndiri bahawa sy bukan sesiapa pada Allah SWT.. yang dipinjamkan olehNya semata2...

anyss berkata...

Salam,

Saya tak cantik, biasa-biasa sahaja, tetapi saya juga tidaklah berwajah buruk hingga malu nak tampil dikhalayak ramai.

Sangat suka jadi anon walaupun adakala dikenali juga. Pernah juga bercita-cita jadi kaya untuk bantu orang lain, tetapi orang kaya akan lebih panjang soal jawabnya di padang Mahsyar. Gerunpun ada.

Sebab suka jadi anon, femes ini bukanlah pilihan malah sangat suka menjauhinya sejauh mungkin. Namun, ada ketika tertentu, tetiba pula terpopular tanpa diminta/diingini.

Bersederhana dalam segala hal termasuk jaga kesihatan. Kalau boleh jauhi sakit, memang akan buat seadanya tetapi jika ditakdirkan sakit juga, akan sentiasa redha.

Mengimpikan dan sentiasa menambah tahap genius yang sebenarnya berada pada tahap sederhana sahaja. biasa-biasa je, tetapi usaha yang lebih berbanding orang lain yang memang dah sedia genius buatkan saya dapat capai beberapa perkara yang orang anggap mampu dibuat oleh orang yang genius.

Hakikatnya, semua perkara itu bersifat sederhana sahaja. Akhirnya tetap redha dengan setiap apa yang ditentukan Allah dalam hidup ini. Begitu juga, redha kalaupun Joe tak pilih komen ni untuk letak kat entri seterusnya ;)


Jom join;
Kontes Cerita Paling Lawak sedunia

Fariq Jalil berkata...

Genius - kalau genius segala problem dpt diselesaikan dgn mudah,, antaranya masalah Beautiful,Anonymous,Rich,Famous,Health.. semuanya dianggap remeh je,,

Blogger VS Blogger = ???

A Z R E E N berkata...

i pilih anonymous. sebab? sebab anon ni macam menarik. baru kita tahu rupa- rupa nya kita ada so- called secret admirer. LOL. rupanya ada orang yang kononnya tak mahu dikenalilah. kalau yang baik ok la. tapi kalau yang jenis dah berak sepah- sepah tu,mesti tak nak mengaku kan?

zaimah berkata...

sy pilih genius sbb..
-sy blh jadi kaya
-sy blh jadi famous
-sy blh buat supaya sy nampak cntik

haha.. :P

myatiqah berkata...

same here...
sure aku pilih genius..
kalau dah genius, mesti genius utk menjadi cantik luar dan dalam.
kalau dah genius, mesti dah cukup genius utk menjadi anonymous bila tidak ingin diketahui..
kalau dah genius, mesti genius dlm mencari jalan utk kaya.
Orang genius tahu utk menjadi glamor, tapi bkn mencapub.
Orang genius confirm genius dlm hal-hal menjaga kesihatan.
=)

ween berkata...

famous. bila famous income nuffnang pun masyuk. erkkk? ^^

niesz berkata...

genius n health!hehe..

LynnAiza berkata...

@..hizamirahim..

setuju dgn komen ini..
menjadi bijak pandai adalah ptg untuk nak tentukan apa yang kta nak..nak cantik ke hapee..so,lets be genius..=)

Tanpa Nama berkata...

kalau aku, aku pilih GENIUS.

kalau kita GENIUS, kita boleh jadi cantik/beautiful. kita bijak dalam mengenakan pakaian, bijak dalam berfesion. dan bijak menyesuaikan pemakaian mengikut keadaan tak perlu yang over lah. lagi pun, lelaki yang bijak/genius/ dan nampak nerd ramai gegirls suka, nampak HOT. ada kelebihan disitu.

kalau GENIUS, diri sendiri akan tahu bagaimana nak Anonymous kan diri sendiri, tahu merendahkan diri. kalau kita GENIUS haruslah bukan sahaja otak, tapi perwatakkan, attitude, aptitude

kalau GENIUS, kita sendiri bijak mencari peluang untuk berniaga. macam MARK Z.dia sangat bijak sehingga mampu menjadi salah seorang yang terkaya di dunia dengan kebijaksanaanya.

GENIUS, semestinya kalau dah kaya dan dikenali dengan kebijaksanaan, kita akan jadi FAMOUS.

kalau kita genius, anak perdana menteri, dan tak kira siapa kita sebenarnya, kesihatan itu datang dari YANG MAHA KUASA. jika DIA berikan kesihatan yang baik. maka sihatlah kita.

dan tak bermakna orang tak genius tak boleh jadi kaya/cantik dan terkenal. setiap seorang pasti ada aspek genius mereka sendiri, cuma belum di gilap tak pun belum di temui.

sekian.

Unknown berkata...

mesti la pilih health!!!

kesihatan tu anugerah tuhan yg paling berharga. jika tiada kesihatan, seluruh isi dunia ni pon takde maknanya.. kalau tuhan tarik nikmat kesihatan tu, alangkah seksanya hidup.Pernah x korang sakit gigi? terasa nk lempang saje sesiapa yg dok bising2 or soal macam2.. baru sakit gigi.. belum lagi kena strok ke, demam panas ke.. segala kekayaan, kecerdikan, ke'femes'an sudah x berguna.. renungkan kisah hidup kamal atartuk.. walaupon kaya, akhirnya tuhan bagi azab dengan sakit dan selalu kepanasan.. nauzubillah..

Tuan Din berkata...

Rich!!! kalu kaya aku boleh..
1 .boleh beli tempe banyak2 supaya jadi cantik...
2.beli & langgan segala produk kesihatan & upah Dr peribadi jaga kesihatan...
3.Pergi beli opss pegi belajar kat kolej2 yg nak duit aku... & tukar ngan Master or PHD...
4. aku boleh beli iklan 2 page kat kosmo & aku edit sendiri.. tak pun jadi taukey gelang... kan dah famous...hahaha
4.Takat nak beli 3-4 pc & jadi cik anon sapa boleh terace aku anon yang sama.. Ip berbeza...

Hahahaha

haikadove berkata...

health!
mcm mane lawa pun kita, tak sihat tak guna jugak.
mcm mana famous pun kita, tak sihat tak guna jugak.
mcm mana kaya pun kita, tak sihat tak guna jugak.
mcm mana genius pun kita, tak sihat tak guna jugak.
kalau sihat, kita boleh usaha nk dptkan semuaaaa kt atas. insyaAllah ;))

ENCIK TIKUS berkata...

kalau aku, aku pilih health..

sebab kalau sehat semua benda bole di buat. yang lain tue aku tak kesah sangat. kalau badan asyik sakit sakit susah woo hidup. hidup ala kadar sudaa asal badan sehat, keh keh keh


*sehat macam joe ! LOL

MiSs GrEeNLuVeRmA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MiSs GrEeNLuVeRmA berkata...

Sebelum tu nk kenal kan diri dulu kat joegrimjow nie.sebab takut die tak kenal n tak bace pon my komen.(orang kate sediakan payung sebelum hujan..boleh gune tak?.takpon tukar pade “kenalkan diri sebelum joegrimjow tak bace komen aku”.).just joke!=).name diberi erma damayanti, ur junior kat sbpik confirm ingat sebab penah tegur pasal gugup mase jadi MC kat perhimpunan n memalukan pengawas.huhh!!.forget it.now, I changed myself! More confident!=)

Ok my choice is GENIUS!!..
Bagi aku kalo aku jadik genius macam2 aku leh buat banyak bende termasuklah semua pilihan yang ade kat atas.

Kalo aku genius aku akan gunakan sepenuh kegeniusan aku ofkos lah dalam study aku.orang genius konfem takdek masalah dalam study kan?kan?.so,aku leh wat partime HERBALIFE.bile wat HERBALIFE betul2 cam joegrimjow konfem leh jadi KAYA mase usia muda cam AMALINA PETER, JOEGRIMJOW,. blablabla. (orang herbalife tahu lah sape lagi..).

orang wat HERBALIFE konfem lah KESIHATAN kami takdek masalah (unless ALLAH nk uji kita..taktau lah kan.).

pastu FAMOUS pon ye, lagi2 kalo student lagi dah wat bisnes mase study.orang respect wooo.

Lastly, bile semua bende yg diimpikan semua dah dapat, konfem aku dapat merasai betape BEAUTIFUL nye diriku ini..(ok,tipu disitu ye..huhuhu.). cantik itu subjektif ye. Beautiful yg aku maksudkan adalah KEHIDUPAN aku seniri lah, malas nk describe kang pjg sangat..hahha.)..

p/s: ntah pape je saye komen kan abg ketue pengawas??kan?kan?

(cerite sebenar: saya nie takdek GENIUS, leh ke wat semua kat atas tu tanpa GENIUS??..)

IRAH HAJERAH AZMAN berkata...

Health, sebab kesihatan boleh beli smua.

Beautiful
Kau bayangkan kau tak sihat, ambik sakit paling mainan, sembelit. Muka kau hensem dah, tapi kau x jaga makan, lepas tu kau sembelit. Kau tau sekacak-kacak mana pun lelaki tu, kalau dia sembelit, muka tetap macam =_=".

Cuba macam kalau kau sihat bertenaga, muka kau ceria. Even kau tak sekacak aku ni pon, orang akan suka pandang, sebab kau nampak sangat segar dan ceria :D

Rich
Bila kau sihat dan bertenaga, kau lagi semangat nak buat kerja,bila kau semangat buat kerja kau, kau akan bagi yang terbaik. Bila kau buat yang terbaik, maka ganjaran pun terbaik. now mr rich is in the house.

Famous?
Dah la kau sehat, hensem, kaya plak tu. Sonang sonang ko jadi sebutan orang ramai.

"Eh kau tgk dia tu, perh, dah la sihat sentiasa. kacak. Kaya plak tu. Berkenan la i kat dia kiah. Hah macam tu xD

Genius
cuba kalau kau tak sihat, kau sakit perut sebab keracunan makanan. ni final paper ni. Kau memang dah pulun abes-abes. Tapi perut kau sakit, nak ke jamban LAGIIIIII tapi kau tengah jawap soalan yang omaigod, banyak gile markah, tapi kau rasa nak berak , tak fokus x fokus.

Anonymous
ni aku x tau nak komen ape xD

Senang cerita. keyword untuk hidup adalah dengan menjaga kesihatan xD

Weh! ni macam satu entry dah. K K. babai. Aku tak sihat hari ni. Tengok PC pon samar2 ~..~"

Nadhirah Ahmad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nadhirah Ahmad berkata...

HEALTH!

Bila kita sihat, muka pun nampak cantik. Nak dapat health, kita ambillah supplement dan supplement ni bg kita look better. In ure case, u guna herbalife. Sebab kalau setakat guna skin care mahal2, tapi inside tak healthy, jd tak nampak beautiful juga.

Bila sihat, kita boleh cari duit. Jadi kita berpeluang untuk menjadi kaya. Kalau kaya, tapi tak healthy, lama2 kekayaan tu akan terjejas dan kadang kala masa sakit tu la, ada dah fikir nak ambil kesempatan nak harta kita. Ini realiti hidup. manusia suka ambil kesempatan orang lain, nak kaya senang. Padahal orang nak dapat duit, kerja keras tu.

Bila sihat, dah kaya, kita ada pilihan. Nak jadi famous or anonymous. Bila brjaya, ada peluang utk keluar di mana2 media, orang guna sebagai role model. jadilah famous. Bila dah berjaya, kita ada power of controlling, influencing. Jadi nak jadi anonymous bila kita nak boleh.

Bila sihat, boleh jadi genius. Otak yang cerdas lahir dari badan yang cergas. Dan makin kita guna IQ, makin baik IQ kita. Jadilah genius.

so, HEALTH is my choice. Dengan kesihatan yang baik, nak beribadat pun senang, nak bekerja senang, nak berfikir senang. InsyaAllah, dengan kesihatan yang dianugerahkan, seseorang itu boleh berjaya dunia akhirat jika kesahitan itu disalurkan kepada saluran yang betul!


~WRITING to SHARE~

ishiko berkata...

genus!!! bila da genius, suma buleh jadi.. da ia sesuai dn joe.. hehhe..

Tanpa Nama berkata...

ooh,susah nak buat pilihan.nak semualah :) orang tamak selalu untung,hee~

ok2,nak......oh,sume sgt best,sukarnya memilih (T_T)...

..

..
..
sebagai medical student,mungkin saya perlukan kegeniusan yg tinggi (-________-) i vote for genius lah!

btw,thanx sebab bea amek LinkWithin kat sini.hik3.my blog dah ade link within lah skg..wuuu~~~!!(eksaited)

Tanpa Nama berkata...

ada kaca ada simen,
sudah baca sudah komen.

:)

HAZRIL HAFIZ berkata...

dari komen panjang-panjang baik aku buat entry..haha..nahh amik sini


http://hazrilhafiz.blogspot.com/2011/01/6-kunci-pentingapa-pilihan-anda.html

Izzati Nur berkata...

mahu sihat!!

sebab dgn sihat,dtang otak genius,sehat itu cantik,klu sihat bleh kumpul duet jadik kaya,sihat bleh bina nama jd femes,org sakit mana smpat nk buat sume tuh.ad otak shj genius,klu sakit duk tdampar atas katil jgk,xsmpat nk jadi femes,xsmpat nk cntikkan diri :)

tp sume org ad kcntikn msg2 =P

'nikmat yg sering dilupakan manusia ialah nikmat SIHAT dan masa lapang' hadith Rasulullah

shams berkata...

saya nak pilih sihat.,.
pernah dgr lagu nasyid...

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA
SIHAT SEBELUM SAKIT
MUDA SEBELUM TUA
KAYA SEBELUM MISKIN
LAPANG SEBELUM SEMPIT
HIDUP SEBELUM MATI...

sihat tu yang paling penting..
takde sihat , maka susah la kita nak jana diri tuk jadi anonymous, beautiful, rich , famous,n genius..

sihat tu byk manfaat..
bila kita sihat kita rase tu nikmat terbesar..
bila kita sakit baru kita teringat kan ALLAH masih sygkan kita,sebab hapuskan dosa kita sikit dgn bagi sakit n pastu kita syukur la sebab dapat sihat semula dan terus berusaha tuk mmperbaikkan lagi ke arah yang lebih baik..

tanpa sihat tak mungkin kita dapat gerakkan badan tuk jadi seorg yang hebat..

erk..mengarut sudah...
rase nak terbitkan dalam entry plak...

Tanpa Nama berkata...

nak semua.tamakkan?haha

Syue Mustafa berkata...

Mestinya pilih health. Kalau kita tak sihat, 5 kata kunci yang lain tu semuanya dah tak berguna.

MrZam berkata...

G E N I U S!
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara :D

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW