Share
Memaparkan catatan dengan label nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nuffnang. Papar semua catatan

Apa yang best semasa #AstroIPTV semalam?

Semalam hadiri event Nuffnang dan juga Astro - Celebrity Night with Astro. Memang agak lama tak menjebakkan diri dengan event Nuffnang ni, jadi semalam dah dapat jemputan, apa lagi mesti aku hadirlah. Kebetulan dah ada di KL, mesti kena hadir!

Entry ringan-ringan dulu sebelum aku review lengkap mengenai produk terbaru dari Astro ni yang aku rasa memang korang kena dapatkan (tak masuk lagi kat Kelantan, kalau Kelantan masuk, aku orang pertama akan subscribe!)

Apa yang best?



Menang Voucher RM 500!!


Yang bestnya, ahli dalam group tu semua aku tak kenal. Tapi bila dah berkenalan, seorang rakan di twitter dan pernah bertwit2 pun dan seorang lagi kenalan laaaaammmmmaaaa sangat kat blog selalu gak komen-komen dulu. Haaa, macam imbau kenangan lama lah. Yang best, group kiteorang menang group terbaik untuk pertandingan 'siapa curi mak limah' heh, dapat voucher ok!

Macam biasa, entry yang panjang akan menyusul tak lama lagi :p


pss : kenikmatan berblog adalah apabila kita berjumpa dengan blogger tu face-to-face

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Nuffnang MENGAMUK : Dapat 2 cheque serentak

aku : joe nok g kl malam ni
mak : ado gapo, Herbalife ko?

aku : dop, pasal blog. blogger summit
mak : buleh duit ko?

aku : buleh duit gapo, ni nok g tamboh ilmu ni. siap bayar lagi kalu nok masuk
mak : tok payoh la sungguh blog sangat pun, buke bleh duit....

aku : ..............


Posmen datang. Ada banyak surat. Untuk aku pun banyak. Ada 2 sampul surat yang sama. Cover later macam pernah dapat dulu - dari Nuffnang. Berdebar jugak, kena saman apa-apa ke. Bukak surat, tengok ada cheque daripada dieorang.


Cheque pertama - 2 ratus lebih

 Cheque kedua - seratus lebih


mak : cheque gapo tu?
aku : cheque hasil berblog lah

mak : -tengok-tengok jumlah cheque- Banyak jugok. xpolah, blog molek la lepah ni.
aku : hehehehe


*******

Wahaa!!

Excited sebab tiba-tiba dapat 2 cheque serentak dari Nuffnang. Walaupun nilai tak banyak, jumlah 2 cheque tu penting. haha. Ni aku cash out last-last zaman dengan Nuffnang, maklumlah, dah beralih ke Innity, cash outkan semua yang saki baki tinggal.


Malam ni ke KL

Esok ada blogger summit, tak sabar rasanya nak pergi. Esok ada beberapa lagi delegasi akan pergi dibawah nama aku. haha. actually aku dapat pass masuk yang sangat murah. Harga asal RM 399 ok, tapi yang perlu dibayar adalah sangat sedikit. Berapa tu takleh la bagitau kan. Hoho. Antara yang pergi adalah bro dan adik angkat comel dia, kawan twitter sorang dan kawan facebook sorang. heh, main angkut kroni je. 


Pasal contest

Ingat lagi contest Selamat Hari Ibu dari Joegrimjow? Kalau tak ingat, kena ingat cepat-cepat! Peringkat kedua akan tamat esok, 7 peserta yang menang entry mereka aku akan publish pada 16 june nanti. Harap korang bleh pilih mana yang terbaik untuk memenangi hadiah RM 150 CASH. Perlukan bantuan korang okeh. Nanti aku akan bagitau caranya. Contest ni adalah untuk melayakkan aku menang DiGi WoWWW awards, kalau korang rasa contest hari ibu aku ni layak menang sebagai Best Internet For Good Awards, korang votelah ek. Klik gambar kat bawah ni je. Vote tiap-tiap hari kalau boleh =)


Oklah, tu je dulu. Doakan perjalanan selamat. Malam ni naik bas, berhenti kat PWTC dan terus tunggu untuk event start pukul 8. Haha, gila semangat aku kan? Kalau Tun Mahathir tahu cerita aku ni, mesti kagum die. Korang yang pergi event tu jugak nanti, roger-roger lah ek. Bleh kita buat small gathering kat PWTC. 

Bye kORUNKKkkkk


pss : excited lebih dapat duit. hoho

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Cara Nuffnang nak tackle balik blogger lama

Panjang jugak aku fikir ayat paling sesuai nak guna perkataan last kat tajuk tu. Otai? tak boleh nanti menunjuk pulak. Hebat? tak boleh jugak nanti riak. Bukan newbie? macam tak best je bunyi. Jadi, perkataan yang aku pilih - LAMA

Alhamdulillah, 2 kali permohonan aku buat untuk masuk innity, akhirnya kali kedua lepas. Oho, bukan apa, blogspot dan entry aku yang lebih panjang ni nak dapatkan Pageview lebih 5 kali ganda dari UV ni memang susah. Syarat 20 000 UV sebulan dah lepas, cuma 100 000 Page View je sakit nak capai. Alhamdulillah, berkat backlink kawan2 blog, bolehlah merasai kenikmatan berada dengan innity. keh keh keh. nikmat ke?


Eh, tapi takde warna hijau pun?

Masih berkira-kira nak pasang Innity seterusnya akan buang status glitery Nuffnang tu, sebabnya sekarang ni tengah dalam contest Astro B.yond. Takut nanti dah pasang Innity, terus tak berpeluang menang hadiah utama, tak best jugak. Jadi, buat sementara ni, sebelum menunggu balasan dari cik nuffnang, kekallah dulu dengan nuffnang




Ok, kali ni nak cadang, beberapa benda supaya blogger yang memasang Nuffnang akan terus bersama dengan Nuffnang biarpun syarat untuk memasang iklan yang lebih


1) Lebihkan hits, bukannya event



Jumpa dengan blogger, pasti akan ada yang bertanya, camne nak dapat buffered earning eh? camne nak dapat duit lebih eh dengan nuffnang ni. Mentang-mentang aku pernah join event Nuffnang, ingat aku tahu lebih ke? kekeke. Terkejut jugak dengar ada blogger yang UV nya cecah 50k sebulan tapi pendapatan dengan Nuffnang tak seberapa. Orang kata nak dapat pendapatan lebih, sponsored post dari Nuffang, kena join event Nuffnang, kalau betul, kena ubah sikit sebab tak semua blogger yang punya traffic tinggi suka join event2 ni. underground katakan. gathering ni tak cool!



2) Jangan nampak racist - tiru UMNO



Satu lagi ayat glamer di kalangan blogger adalah Nuffnang - racist. haha. walaupun macam mana nak menidakkan ayat ini, masih ramai yang menganggap Nuffnang racist. Aku suggest, tiru apa yang UMNO buat, walaupun glamer dengan parti melayu melayu melayu, tapi sampai sekarang boleh bertahan. keh keh keh



3) More events more contest



Mungkin nak masuk pertengahan tahun ni, tak banyak syarikat nak sponsor buat contest ke apa. Sebab tu dah lama Nuffnang sepi tanpa event dan contest ni. Aku rasa (perbetulkan kalau salah) takde lagi contest berunsur SEO dari Nuffnang ni. Apa kata buat contest macam ni pulak. Yang lama ni mereka sukakan teknikal lebih, kalau setakat contest nak amek gambar - hai memang tidak la ye. Events pulak jangan asyik pilih blogger sama je yang nak handle, bagi can kat orang lain pulak. Kat Kelantan ni ha, bila nak buat event kat sini ni? hehehe


Nuffnang masih terbaik?

Bagi aku, dengan perkembangan sekarang ni dah 170 000 blog yang mendaftar dengan Nuffnang, mungkin pandangan aku ni tak berapa nak di pandang sangat. Tapi percayalah, suara aku ni antara yang dah lama nak terluah tapi tak terluah. Bisnes ni, hubungan dengan client sangat penting, kalau client rasa terabai, maka mereka pun berpindahlah. 

entah kenapa aku rasa diri ini macam terabai. uhuhuk :(

pss : ada pengalaman dengan Nuffnang, cer citer sikit

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Blog akan berubah wajah - byond everything!!!

Baru sampai ke rumah di Kelantan, bukak email, ada email cinta dari xinxian nuffnang. wahaa, menang contest untuk review astro byond! Sekarang akan dapat free Astro PVR set dan a free 1 year’s subscription untuk direview. Gila gaban la takleh review handphone kena review astro. kekeke, terima je lah!



Nak cerita sikit pasal contest ni, ada 2 stage. Stage pertama yang mana blogger dikehendaki mengomen entry ini dan 10 pengomen terbaik akan mara ke pusingan kedua. Tarikh tutup untuk stage pertama adalah 13/1/2011 dan kalau korang tengok komen aku kat bawah ni




12/1/2011 - 10.34 malam!!!

haha, tinggal beberapa jam lagi nak habis baru masuk. Nak buat macam mana, tak teringat nak tulis. Nasib baik malam tu stalk site nuffnang dan terus tulis komen. heh, bangga jugak la boleh jadi 10 review ni. Sekarang 10 blogger yang terpilih akan mereview dan review terbaik akan menang hadiah....



3D/2N getaway to Sutera Harbour in Kota Kinabalu!


Tahu-tahu je nuffnang ni nak bagi hadiah honeymoon kat aku. kekeke. bulan 7 ke Gold Coast, mungkin hadiah ni kalau menang pergi bulan 6 la kot. wahaa =) 



AKAN BERUBAH WAJAH

seperti tajuk kat atas tu, kalau blog ni duk banyak cerita pasal astro byond je, paham-paham la ye. tak berubah banyak, berubah sikit je. hehe. Ok, wish me luck!!!


pss : plan honeymoon, plan kawennya bile?? jeng jeng jeng

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Blogger Gathering Nuffnang di Kelantan?

Terkejut terima email dari Nuffnang yang bertajuk 'Hello Nuffnangers in Kelantan' yang baru diterima tengahari tadi. Berdebar nak baca, ye lah kot-kot nuffnang bermurah hati nak bagi task apa-apa kan? Rupa-rupanya email dibawah yang aku dapat


*****

Dear Nuffnanger,

Hello there, and we hope the year of 2011 has been good to you so far! :D

As you know, we don't just allow you to serve banner ads on your blog here at Nuffnang; our aim is to build the blogging community in general as well. We do have plenty of activities for bloggers in the Klang Valley, but unfortunately we haven't had the chance to have any in the state of Kelantan before.

As such, we'd like to explore the possibility of organising blogger gatherings in Kelantan, but we'd like to ask you all a few questions before that to see what you'd like!

If you have a few minutes to spare, please do head on over to this page and answer a few survey questions about events, as it'll help us greatly in understanding you all better. The survey is anonymous, and all data collected will be kept private and confidential. Who knows, you might be seeing some 
Nuffies in your city in the coming months :)

Thank you and have a nice day!

Cheers,
Teoh Xinxian
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd.

******




Bagi yang tak tahu apa kejadahnya nuffnang ni, korang boleh baca kat sini apa itu Nuffnang. Aku tak banyak join event Nuffnang, antara faktornya adalah sebab jauh. Ye lah, biasanya dieorang buat event kat area KL dan juga Selangor je. Jadi, kali ini mereka nak turun ke tempat-tempat bukan KL dan Lembah Klang pulak. WAAHAAA, peluang terbaik ni!

Pengalaman aku join event nuffnang ni, memang happening! Dulu DiGi buat event dah memang sangat meriah. Memang sangat berharap dieorang akan turun ke kawasan selain dari KL dan juga Lembah Klang. Apa lagi, jom jawab survey ni dan kemungkinan mereka akan turun ke Kelantan!!


(klik link)


Macam assobiyah plak ye? kekeke. jom isi cepat! paksa! hehe


pss : tadi jumpa dengan orang turun 60 kg! perghh!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Stop Child Abuse - Merawat sebelum terlambat

Penderaan kanak-kanak merupakan isu dunia yang tidak pernah selesai. Masing-masing negara mempunyai masalah mereka tersendiri terhadap golongan yang menggunakan kanak-kanak kearah kepentingan mereka. Di negara kita, masih belum teruk seperti negara lain yang mana kanak-kanak ada yang dijadikan hamba seks, dijadikan askar muda dan keganasan terhadap kanak-kanak. Apa yang sering kita dengari adalah - kes penderaan

Ada beza memukul dengan mendidik!


Walaupun ia nampak tidak seteruk negara lain, tetapi statistik menunjukkan peningkatan kes penderaan di negara kita kian meningkat. Dari saban tahun, ada saja kes penderaan kanak-kanak yang kita baca dan tonton di arus perdana. Sakit mata melihat kesan deraan ini, sakit lagi si kanak-kanak yang menanggung deritanya


UNICEF Malaysia baru-baru ini ada melancarkan satu kampen yang dipanggil 'Get on Board, Stop Child Abuse' dengan misi mereka untuk mengumpul 100 000 'tangan' sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap kampen ini nampaknya sangat jauh dari sasaran yang ditetapkan. Sehingga sekarang, kurang dari 11 % yang sudah menyatakan sokongan. Dengan nisbah rakyat Malaysia yang mempunyai access terhadap internet ini begitu meluas, sebenarnya cukup mudah untuk mengumpul 100 000 tangan ini, tetapi mungkin sikap kita ada yang tahu tapi tak ingin bertindak membuatkan misi ini tidak tercapai


Nombor yang menakutkan, sumber UNICEF


Keprihatinan masyarakat kita masih rendah. Jika lisa surihani nak kahwin esok, mungkin minggu lepas lagi kita sudah tahu. Tapi jika ada jiran kita yang mendera anak mereka, mungkin sesudah masuk surat khabar baru kita tahu. Lucu tapi itulah hakikat yang pahit


Cerita di UK

Bukan mahu mengagungkan budaya sana, tetapi keprihatinan masyarakat eropah terhadap isu ini patut kita contohi. Ada cerita seorang akak yang sambung dalam phd di sheffield kena panggil dengan pihak sekolah kerana ada kesan lebam di tangan anaknya. Kisah sebenarnya, biasalah si ibu, bila anak yang sudah berusia 7 tahun nakal, sudah pasti dipukulnya. Pukulan itu biasalah, tiadalah teruk mana, setakat mahu mengajar. Tetapi disebabkan cikgu disekolah anak itu nampak ada kesan lebam dan si anak memberitahu 'my mom hit me' terus si ibu kena panggil dengan pihak sekolah kerana takut ada kes penderaan. Nasib baik setelah dijelaskan segalanya, semua kembali ok




Itu cerita tanggungjawab masyarakat, mungkin susah untuk kita membaikinya. Apa yang boleh kita sebagai individu dalam menangani masalah penderaan kanak-kanak ini ada banyak dan antaranya adalah sebarkan kesedaran penderaan kanak-kanak ini. Ada sesetengah ibu bapa yang tidak tahu yang mereka memukul anak-anak dengan besi adalah satu penderaan. Mendidik anak dengan pukulan ada caranya dan setiap pukulan atau denda yang dibuat adalah untuk mendidik, bukan menghukum.

unicef
Klik untuk ke laman UNICEF



Antara lain tanggungjawab individu yang boleh dilakukan adalah


  • Belajar tanda kes-kes penderaan
  • Telefon 15999 jika syakki ada penderaan yang dilakukan oleh mana-mana pihak
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat dengan pelbagai medium yang disediakan (seperti kampen ini)



Agak kekok sebenarnya untuk bercerita di meja makan tentang penderaan kanak-kanak. Ketika satu keluarga sedang menikmati makanan malam, kita lebih senang bercerita plan untuk shopping esok nak beli apa daripada bercerita tentang isu-isu semasa. Janggal ini jika dibuang, dan cerita penderaan kanak-kanak ini dimulai dirumah, tidak mustahil untuk melihat Malaysia bebas dari kes penderaan kanak-kanak


Kesimpulan

Gunalah apa-apa medium sekali pun untuk memberi kesedaran kepada masyarakat perihal pentingnya menghentikan penderaan kanak-kanak ini. Sebelum kesedaran itu diberi, pastikan kita mempunyai ilmu yang cukup mengenai kes penderaan kanak-kanak ini. Sebagai tanda kita sokong dengan usaha UNICEF ini, sama-samalah kita mengumpul 100 000 tangan sebagai tanda STOP Child Abuse




pss : sayang anak tangan-tangankan. Tangan untuk membelai, bukan memukul! err, guna nama lisa sebab fan die dah nak ckup sjuta dah. mantap2. klu lisa pomot, kejap je cukup 100 ribu tu. kan lisa kan?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Sejauh mana perempuan mata duitan boleh bertahan?

Dalam entry dont judge blogger by his/her blog lepas, salah seorang blogger yang aku ada sebut adalah syahirul. Kenapa aku bangkitkan nama dia pada entry ini ada 2 sebab. Pertama dia mengingatkan aku kembali ‘tugas’ seorang blogger untuk mengelakkan pencabulan bahasa daripada berlaku. Heh, pencabulan bahasa ni macam kita mengaku kita menulis BM tetapi sejauh mana perkataan dalam entry kita ada menggunakan bahasa melayu yang betul, boleh disangkal oleh cikgu BM . Aku akui yang kebanyakan entry aku ada menggunakan bahasa yang tiada pun dalam kamus dewan dan kadang-kadang bercampur dengan BI. Memang kalau fikir tulis dengan gaya ‘nerd’ macam dia tu, pembaca akan cepat bosan, tetapi dengan gaya bahasa macam tu kita terelak dari menjadi penjenayah bahasa dalam diam


Contoh mudah

Kalau pk dunia ini mahu kiamat, memang kita akan tobat terus


pk dan tobat. Memang tiada dalam kamus dewan. Sebab dunia blog ni bebas siapa pun nak baca, ada budak yang baru nak ambil PMR tahun ni dia tulis dalam karangan dia perkataan ‘tobat’ atau ‘pk’ dan sebab tu markah dia jadi kurang seterusnya menghancurkan harapan dia untuk dapat semua A, dapat 1 B, Bahasa melayu dapat B sebab ada perkataan ‘tobat’. Walaupun benda ini mikro, tapi tak mustahil untuk berlaku. kan?


Sebab itulah sama-sama kita cuba sedikit sebanyak mengubah cara penulisan kita. Tak banyak terus, sikit-sikit cukup.


Kedua adalah jumlah ‘like’ dalam page facebook dia. WoW! Banyak ok. Dia ni kalau diikutkan lebih lama aku dalam buat ‘page fan’ ni, tapi jumlah like kat ‘page’ dia dah cecah 7 ribu. Memang kena belajar macam mana ni nak buat dari dia. Salah satu sebab aku kesan adalah dia selalu ‘upload’ video yang menarik untuk ditonton. Contohnya video kat bawah ni







sila tekan play



Hahaha, baru nak masuk tajuk sebenarnya ya puan puan dan tuan tuan =)


Kalau korang tak tekan lagi play, baik korang tekan dulu. Dengar sambil baca entry aku ni pun layan jugak. Berkenaan dengan gadis yang mata duitan ni. Heh, gadis-gadis di luar sana yang bermata duitan, bolehlah anggap entry ini khas abang joegrimjow bagi kat korang. ekeke


******


Cara mengatasi hormon mata duitan

Sesungguhnya tiada lagi penemuan sains tentang kewujudan ini. Sama ada sifat mata duitan ini sudah sendiri ada dalam diri, atau dimangkinkan oleh beberapa faktor, tidak dapat lagi dijelaskan dengan sains. Cara ini amat pratikal untuk mengurangkan sifat mata duitan anda. Ditujukan khas kepada bekas tunang abang burger dalam video atas



1) Kasih sayang lebih bermakna dari duit

Biasanya lelaki yang berduit banyak ini kalau dia pikat anda dengan mempamerkan duit, maknanya dia memang tidak akan memberikan kasih sayang yang lebih kepada diri anda. Lain kalau lelaki berduit, tetapi pikat dengan nilai dalam diri, itu boleh ‘consider’ lagi.



2) Cermin diri, aku kaya atau miskin

Kalau diri tu tak berapa nak baik, maksud tak baik tu sendiri mahu pahamlah, eh, tak faham ke? ok, maksud tak berapa nak baik ni, cari pasangan untuk kahwin hanya harap nak duit semata-mata, jangan pelik jika usia kahwin tu takkan lama. Ni abang joegrimjow cakap ni berdasarkan pengalaman. ooh, bukan abang yang cerai-ceraikan orang, abang tak kawin lagi, tetapi tengok orang di luar sana yang ternyata kalau kahwin sebab duit, takkan kekal lama. Carilah yang sesuai dengan diri sendiri


******


Zaidi dan zainab sudah bertunang. Disaat mereka mahu berbincang soal hubungan seterusnya, iaitu berkahwin, zainab telah di’tackle’ oleh seorang jutawan power root yang baru memenangi hadiah utama sejuta ringgit. Ini membuatkan perbincangan soal perkahwinan bertukar menjadi perbincangan soal CLASH!


zainab : sampai sini saja hubungan kita
zaidi : kenapa nab... kenapa


zainab : awak.... tak kaya!
zaidi : kenapa kaya menjadi ukuran? saya kaya dengan wajah yang cantik, tidak cukup lagikah?


zainab : kaya muka tak boleh nak bagi saya makan. saya mahu kaya yang boleh bagi saya makan sedap sedap
zaidi : jangan nab, mana saya nak letak muka saya ni nab kat orang kampung


zainab : ahhh, peduli hapa haku!
zaidi : ooohhh nabbbb


Zaidi yang kecewa dengan perangai zainab itu terus menghubungi joegrimjowfm. Satu rancangan radio yang akan menyatukan pasangan pasangan yang menghadapi masalah dalam hubungan cinta

zaidi : abang joegrimjow. tolong saya. saya cintakan zainab
joegrimjow : rilek, abg akan tolong. ok, abg call dulu ya


kring kring

joegrimjow : hello. zainab ada?
zainab : ya, saya cakap


joegrimjow : ilove u zainab
zainab : woooot. tiba tiba cakap i love u. sape ni?


joegrimjow : saya anak tan sri **** saya dah lama minat kat awak
zainab : erm... awak kaya tak?


joegrimjow : mestilah! blog saya pun nuffnang bayar 6 angka tau!
zainab : 6 angka????


joegrimjow : mestilah. tak caya? meh saya send gambar
zainab : ok...




joegrimjow : dah caye?
zainab : wow! hebat. anak tan sri lagi, anak kesayangan nuffnang lagi. ok, approve


joegrimjow : hangiiiittttt!
zainab : erkk?

joegrimjow : haha, saya joegrimjow. dejay radio joegrimjowfm
zainab : apa!!!


joegrimjow : ya, zaidi di talian bersama saya sekarang
zainab : erkkk

joegrimjow : ok zaidi, saya serahkan kepada awak
zaidi : baru saya tahu selama ini cinta awak pada saya hanya duit semata-mata. tak sangka begitu senang awak menerima cinta lelaki disebabkan duit. tak sangka saya zainab....
zainab : zaidi....

zaidi : hari ni jugak saya jumpa parents awak mintak putus pertunangan ini. saya tak mahu kahwin dengan orang mata duitan!
zainab : ooohh dem! no no


zaidi : terima kasih abang dejay joegrimjow. kerana dirimu, diriku bermakna
joegrimjow : no worries.

menamatkan talian




ada masalah hubungan?
mahu tahu pasangan anda setia atau tidak?
jangan call Xfm
call lah joegrimjowfm di talian 0169640972

waka waka eh eh


pss : thank u nuffnang. 1st check diterima. berapa angka tu jangan percaya ok =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Sunway Lagoon : Camera untuk dimenangi!

Seperti entry aku yang lepas perihal suka duka contest dan berlarutan kepada nuffnang R.A.C.I.S.T ada perancangan oleh nuffnang untuk membuktikan mereka bukanlah sebagaimana yang didakwa. heh, ku dah cakap kan, takdenye nak bersikap kaum kaum ni. Bukannya depa dapat faedahh apa pun!


Sunway lagoon


Dah lama tak pergi sunway lagoon ni, kali terakhir aku kesana semasa darjah 6. Masa tu perut pun masih booooyot dan memang segan nak mandi mandi depan orang ni. Darjah 6 dah pandai malu ok! Jadi, event yang nuffnang buat ini bagai mengantuk disorongkan bantal. mesti kena pergi!



Tapi sayangnya, tarikh tu tak available. Maklumlah, malam ni aku balik ke Kelantan, takkan 7hb nak sampai sini balik. Mengamuk mak aku dibuatnya. ulang alik dari kota bharu ke kuala lumpur ni 5 ke 6 kali sebulan, tak pasal pasal balik rumah mak aku tanya


'ado bini ko kat k0lo lupo tu gi sano sokmo?'


mampuss, apa aku nak jawab?


pss : klik sini untuk melihat gambar lelaki hot darjah 6 =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Nuffnang R.A.C.I.S.T!

Salam,


Ini lah sebab kita tak buat blogwalking, habis isu-isu hangat ini kita ketinggalan jauh. Hehe. Entry semalam pun aku tulis sebelum jenguk-jenguk blog orang lain. Kalau dah baca, konpem aku akan adjust sedikit kasi hangat-hangat gitu. Ok, kita mulakan entry pagi ini dengan sepotong ayat alquran (no need to become ustaz to understand our perfect book =) )


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ


Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Maidah ayat 8)



1Malaysia


Serius aku tak suka dengan term ini. Walaupun mungkin tujuan utama term ini digunakan untuk membentuk satu masyarakat majmuk apa ke jadahnya, aku rasa term ini sungguh menggerunkan. Seperti perkauman di negara kita dah capai satu tahap yang sungguh teruk sehinggakan term ini terpaksa digunakan! Aku tak tahu tahu bagi orang bukan islam (agama lain) macam mana, tapi bagi orang islam, tak kira bangsa apa, melayu, arab, cina, india atau apa pun, jika kita ada sikap ini (racist) kita akan semakin jauh dengan taqwa


racist = jauh dari taqwa = tidak beriman = tak masuk syurga!


Look, tak perlu pergi jauh, kaji agama kita sendiri pun dah cukup. Tapi biasalah, orang kita ni lebih agungkan ayat-ayat power dari jutawan-jutawan ternama dari ilmu di dalam alquran. No comment.


Racist dibawa kepada dunia blog



Hehe, ada orang tak puas hati dengan tajuk aku ni? itu hanya tajuk semata-mata. Aku tak gunakan tanda soal (?) sebaliknya gunakan tanda seru (!) kenapa? nanti korang akan faham. Rasanya aku dah dengar banyak kali perkara ini dari mulut blogger atau pun dalam entry. Tapi buat diam je lah, tapi sebab ramai yang tak puas hati dengan keputusan contest tx5 tu, isu ni menjadi hangat dan dibualkan ramai orang.


Kalau nak ikutkan tak puas hati, aku SEPATUTNYA antara yang tak puas hatilah. Memang RASA entry aku terbaik untuk menang, siap rendam camera d60 aku dalam air lagi nak menang. Siap gunakan 5 hari untuk hasilkan entry macam tu untuk menang. Tapi aku terima result yang dieorang dengan hati terbuka. Takde rezeki dan entry pemenang lagi hebat. DONT FIND THE PROBLEM, FIND THE SOLUTION. Kalau dah kalah, buat kalah dan lain kali datang dengan idea yang lagi BOOM. Kan senang, kreativiti kita pun akan bertambah kalau take thing positively


Pasal Nuffnang


Sebab aku ni bukan orang dalam nuffnang, tapi pendapat aku yang gunakan perkhidmatan dieorang dan dah terima duit agak banyak dari mereka, aku rasa perkhidmatan mereka masih reliable. Ada masalah, aku email dan mereka akan reply. Duit pun sentiasa masuk je dalam akaun, so NO PROBLEM with nuffnang. Cuma dah sampai tahap untuk lebih professional, ada beberapa cadangan untuk nuffnang

  1. Pokok takkan bergoyang kalau takde angin. Take this as serius matter and fix it. Kalau ada orang kata kita racist, walaupun seorang, tengok balik adakah cara kita betul dalam kendalikan sesuatu event atau contest. Biasalah, everyone make a mistake maa
  2. Professional - Contest yang besar ini perlukan lebih banyak rules and regulation. Walaupun aku rasa hadiah camera tu tak seberapa, tapi dengan beratus orang yang join, itu memang satu contest yang besar. Pastikan rules sangat jelas sampaikan bila orang tanya kita, kita hanya cakap, sila rujuk rules and regulation. Barulah entry originality ini tidak wujud. Lagi satu, contest flymas.mobi ni bila keluar dia punya result? dah berjanggut aku tunggu :(
  3. More 'malaysian' event - Nuffnang boleh pergi jauh. Serius! Sebab kita Malaysia, tak semua suka berparti, tak semua suka bergelak ketawa.jadi, adakan event yang lebih 'sesuai' untuk blogger jenis ini. hey, mereka pun sebahagian dari company apa. just appreciate them


Ok, itu hanya cadangan semata-mata. Nak tak nak adakan, terpulanglah. Ni pulak ada beberapa perkara untuk blogger-blogger yang kat sana tu yang penuh dengan hasad dengki

  1. Tak menang apa2, cool aje.
  2. Kaki bodek, kaki gosok janggut, kaki gosok bulu ketiak? LOL. yang hang nak bangkit isu ni apahal? jeles ke? ekeke. Aku bagi contoh mudah, contoh blog ni jadi popular (wah wah) dan 10 000 orang sehari datang baca. Ada orang buat entry khas untuk aku (penulis blog ni) dan aku letak link yang buat entry tu kat blog aku. Orang tu plak dapat banyak traffic. Ada orang jeles kata yang buat entry khas tu bodek aku. Aku tak anggap mereka bodek, tapi lebih kepada penghargaan dan aku bagi penghargaan balik. faham?
  3. Buat duit - nak harap duit dari internet dengan nuffnang sara hidup, lupakan aja. Memang takkan dapat. Just for fun ok. Bila dah fun, timbul benda benda macam ni, dah tak fun la


Oklah, itu hanya pendapat aku semata-mata. Mana yang baik tu, ambil. Mana yang salah kat mana mana tu, atau terkasar bahasa, mintak maaf dulu. Tak berniat pun nak sakitkan hati mana-mana orang. Cuma tak berapa suka kalau isu perkauman ni diwujudkan. Kembali kepada ajaran agama kita dan tengok balik formula senang berdasarkan ayat alquran tu


pss : kerja kerja kerja.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Suka duka Contest - Nuffnang vs Blogger

Salam,


Baru perasan yang agak banyak aku ikuti contest orang. Maklumlah, bila dah banyak masa terluang di internet, baik kita masuk contest. Ye tak? Sambil berpeluang menangi banyak hadiah, boleh juga kita rapatkan hubungan antara penganjur dengan diri kita. Jadi kali ni, entry ringan-ringan pasal contest yang aku masuki untuk sebulan dua sebelum ini


Contest Nuffnang - Camera TX5


Memang aku ambil masa yang agak lama untuk menyiapkan entry Camera TX5 ini, maklumlah harapan nak menang adalah tinggi. Dah cuba pelbagai cara supaya entry itu menarik dan setelah 5 hari, maka entry camera TX5 ini terhasil.




Malangnya, pagi tadi dapat email, nama tidak tercalon untuk memenangi camara itu. Tengok entry yang menang, memang semuanya hebat-hebat. Walaupun semuanya chinese, orang cakap racist ke apa jadahnya, tapi memang entry yang menang tu memang dieorng best. berbaloilah dieorang menang. Apa-apa pun, contest nuffnang ini bukan yang terakhir aku akan join, banyak lagi aku akan join nanti supaya dapat juga merasai kemanisan menang contest besar. hehe. Tahniah pada semua pemenang!



Contest Blogger - Hadiah besday


Tak sangka contest dari bro GTO aku dapat no 1. Hoho, agak terkejut sebab entry yang suka-suka aku join ini semata-mata untuk berkenalan dengan lebih dengan bro GTO dapat no 1. Terima kasih juga kepada cik lin, liez dan adziim yang tulis entry sama untuk bagi aku menang lagi extra hadiah dari bro GTO. memang best gitu!



Tak sempat lagi nak email ke apa kepada dia, cuma cara bro GTO bagi hadiah ni memang agak stylo sebab melalui point. Wah wah, nak kumpul point banyak-banyaklah, dah banyak, baru boleh redeem dengan dia. Tahniah pada bro GTO sebab adakan contest yang menarik ini, semoga hubungan di medan maya ini terus berkekalan ya



Kenapa kena contest?


Satu medium yang sangat praktikal untuk membina traffic adalah adakan contest. Setakat ini sudah 4 kali aku adakan contest dan memang bila umum sahaja contest, traffic akan meningkat. Tapi sekarang ni, aku jumpa sesuatu yang lebih jauh bernilai dari traffic bila buat contest, iaitu kepuasan! Kepuasan berkongsi kegembiraan dengan orang yang join contest kita.


Nak tahu apa itu kepuasan?


kenalah buat contest sendiri, baru boleh nikmatinya. Kan kan?


pss : Jumpa pelbagai ragam manusia hari ini, esok terus bekerja lagi!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

My Water Moments with Sony TX5

Untuk berblog, camera merupakan sesuatu gadjet yang perlu ada. Tangkap gambar dimana saja berada dan post dalam blog. Bayangkan berada di pulau yang sangat cantik, 'impression' akan lebih jika gambar panorama itu di ambil dan post dalam blog. heh, cool kan? Jadi selaku blogger sejati aku juga ada camera yang digunakan untuk tangkap gambar. Apakah camera itu?




Dua dua camera aku ni ada kebaikan dan keburukan masing masing. Kalau d60, gambar akan lawa tapi terlalu besar. Iphone pula, kecil tapi kualiti gambar tak lawa sangat. Lagipun, memandangkan hobi aku adalah berenang, dua dua camera ini tidak boleh di bawa ketika mandi, huh, siapa mahu tangkap gambar aku yang 'cool' ketika berenang?


Jadi, perlukan camera yang kecil + kualiti gambar 'superb' + water proof. mana mahu dapat?


Jeng jeng jeng




Nufnang dan Sony dengan baik hati menawarkan 3 buah camera yang superb cool ini. untuk dimenangi, Sony cybershoot TX5! Melengkapi ciri camera idaman aku. hoh, gadjet yang perlu dimilik. Kali ini akan disenaraikan 5 sebab kenapa aku perlukan camera ini. Sesuai dengan nama camera ni, TX5.




1) Boleh letak dalam poket


D60 tak muah masuk poket! HUH, memang aku yang jenis suka traveling ni perlukan sesuatu yang kecil untuk dimuat dalam poket. Kalau dapat TX5 ni, konfem boleh bawa kemana mana saja!




2) Bawa video dan camera bersama


Sekarang ni bukan saja gambar perlu ada untuk cantikkan entry, video juga perlu ada. Sekarang kalau ke concert untuk tangkap video aku guna Mini HD camera (gambar atas kanan) dan bawa IPhone untuk tangkap gambar (iphone aku versi lama, jadi takde video camcorder) TAK COOL langsung. Tapi dengan TX5 ni bukan saja gambar lawa bila ditangkap, juga boleh rekod HD video. MANTAP!




3) Saya dah slim, perlukan camera yang slim juga!


Kalau dulu bolehlah guna camera besar sebab badan aku besar, sekarang ni takkan nak camera besar lagi sebab badan dah slim. kekeke, i need slim camera pleaseee!!




4) Gambar + video lawa ketika hujan dan salji



Gambar atas ini merupakan gambar yang ditangkap semasa paper last exam di Sheffield. Ya, sungguh gembira + jakun sebab salji turun dengan lebat. Jadi untuk kenangan, ambil gambar dan.... kualiti gambar tak lawa! Bukan sahaja kualiti gambar tak lawa, video pun tak lawa. Ok, cuba tengok video di bawah ni, aku gunakan Mini HD camcorder untuk menangkapnya





Dan compare dengan video bawah ni, tidakkah ia jauh berbeza??
Kualiti antara HD camcorder aku dengan TX5 ini jauh berbeza. TX5 jauh lebih lawa!








5) Tangkap gambar + video yang jelas di dalam air



Sebab TX 5 ini sebuah camera yang waterproof, saya sudah pasti boleh berenang dengan camera ini. tetapi kebanyakan camera waterproof yang lain berada di pasaran, yang membezakan TX5 ini dengan yang lain adalah kualiti gambar yang diambil. perghh, gambar atas ni dah jelas menunjukkan betapa tinggi kualiti gambar TX5 ni!





Ok, dah cukup 5 sebab kenapa aku perlukan Sony TX5 ni, sekarang aku akan bagi 5 features yang menarik mengenai Sony TX5 ni.





1) 10 gambar dalam 1 saat - Kebolehan TX5 ini menangkap 10 gambar dalam satu 'time frame' setiap gambar yang ditangkap juga akan dipilih oleh camera mana yang terbaik. dalam 10 keping ditangkap, pasti ada yang menarikkan?


2) Ambil gambar panorama - Dengan menggerakkan tangan ke kanan dan kekiri, gambar panorama akan diperoleh secara automatik. Ia juga dapat mengenal pasti muka dan pergerakan secara automatik seterusnya menggabungkan untuk menjadi satu gambar panorama yang indah


3) Gambar jelas dan terang di tempat kurang cahaya - Boleh menangkap gambar yang tinggi ISOnya di tempat yang kurang cahaya, automatik akan mengurangkan 'noise' dan juga 'blur' seterusnya menghasilkan gambar yang jelas dan terang walaupun di tempat yang gelap


4) Gambar 'Twilight' yang sempurna - Dengan sensor Exmor R CMOS, ia membolehkan camera superimposed 6 visual frames dan akan menghasilkan satu gambar yang sangat tinggi kualitinya


5) Menggunakan processor BIONZ - Processor ini digunakan di kebanyakan camera DSLR. huh, gunakan processor DSLR dalam camera kecil seperti ini? SANGAT COOL!!





Ok, tak cukup dengan itu, Sony TX 5 ini juga datang dengan pelbagai 'proof' (kalis). Sebab variasi proof inilah Sony TX5 ni memang sebuah camera yang patut dibeli dan dimiliki oleh sesiapa sahaja!













My water Moment


Ok, saya mahu ceritakan sedikit pengalaman saya + air + camera. Heh, walaupun ini sangat melucukan, tapi saya mahu juga share dengan semua. Ok, pengalaman ini bermula dengan idea untuk membuktikan bahawasanya D60 yang saya miliki juga waterproof. PELIK? Memang pelik sebab D60 bukan yang kalis air. Tapi dengan ‘sesuatu’ yang saya telah buat untuk tidak merosakkannya, ternyata ia kalis air!


Tapi sayang, kualiti gambar sangat hodoh! Kalau saya dapat TX5 ini, sudah pasti tidak payah menggunakan plastic, tidak payah bersusah payah dan gambar yang dihasilkan juga akan SUPERB cantik! Ok,semua gambar saya letakkan di dalam video ini. Enjoy watching








Cadangan penambahbaikkan untuk iklan

Ok, dah lengkap rasanya untuk saya ceritakan dengan panjang lebar pasal camera yang terbaik ini.

Kecil + slim untuk mudah dibawa ke mana mana.

Gambar + video berkualiti untuk dilihat.



Khas untuk Sony TX5 ini, memperkenalkan model terbaru anda!


sexy tak?



Entry yang menggunakan masa selama 5 hari untuk ditulis ini adalah untuk contest Nuffnang dan boleh klik link untuk baca lebih lanjut syaratnya. Harap boleh dapat la ya 1 =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Joegrimjow dan Nuffnang

Seperti yang dijanjikan semalam, hari ni nak post sikit pasal Nuffnang.



Apakah Nuffnang?

Sebuah website pengiklanan yang tengah mencanak naik dengan pelbagai rancangan jangka panjang oleh CO-Founders nya, Cheo and Tiah. Mula dilancarkan pada hujung February 2007 dan sehingga July 2009 sudah mempunyai 80 ribu blogger yang mendaftar! Meliputi 4 buah negara, Malaysia, Singapore, dan yang terbaru Philipine dan juga Australia. Idea pengiklanan di blog ini agak baru dan tahniah pada Cheo dan Tiah kerana berjaya jadikan ramai impian blogger untuk mendapat pendapatan sampingan dari blog terlaksana



Macam mana untung?

Senang sahaja konsepnya. Sesebuah syarikat berminat untuk beriklan dengan Nuffnang dengan satu 'produk'. Blogger yang mendaftar bawah nuffnang akan mengiklankan produk itu. Duit dibayar oleh syarikat itu kepada Nuffnang, dan Nuffnang bayar kepada blogger hasil dari iklan yang diletak dalam blog. Simple
Produk bukan sahaja bentuk material, tetapi juga boleh jadi website, event dan macam macam lagi



Kenapa aku suka Nuffnang


1) Pendapatan sampingan

Sudah pasti bila dah capai 1000 uniq visitor sehari, memang rugi kalau tidak meletak iklan. Walaupun tak banyak, blog ni boleh jadi sumber pendapatan juga, takdelah buang masa je menulis blog ni



2) Belum masa nak jalankan pengiklanan sendiri

Blog ini merupakan blog peribadi untuk kepuasan sendiri. Ada beberapa individu yang sudah berminat untuk meletak iklan dengan aku. Tapi sebab belum masa lagi untuk aku buat pengiklanan sendiri, hanya sekarang ni letak iklan Nuffnang sajalah. Bila tu, tunggu Uniq visitor maintain 1500 sehari baru aku lancarkan. Sekarang ni tak stabil lagi. Contoh bawah


31 may - 6 jun : Graph tak stabil, nasib baik semalam cecah 1000 UV balik


3) Contest

Yang ni aku paling suka. Antara sebab aku tak bertukar kepada Innity adalah kerana contest yang nuffnang anjurkan. kadang-kadang nuffnang ni hanya bagi kepada glitteriti sahaja. Jadi sayang nak jaga status geli geli tu, kena la setia dengan Nuffnang.



1st contest - Flymas.mobi

Tugasan ini mengkehendaki buat video. Lucu juga sebab video tu dihantar pada hari last last tarikh tutup. nasib baik sempat buat. keputusan tak tahu lagi. Walaupun dah lama berkurun tarikh tutupnya, tetap tak tahu kenapa tak diumumkan lagi. Video ada di bawah






2nd contest - IP man

Contest ni memang suka suka aku buat untuk test dan lihat macam mana cara untuk menang. tup tup dapat hadiah tiket wayang. sebab duduk kat UK lagi, memang melepas camtu je lah tiketnya. Tapi aku dapat idea macam mana mahu menang contest nuffnang ni sebab entry aku dengan entry pemenang tempat pertama, jauh sangat bezanya! Jadi lepas ni, nak join kena buat entry betul2!


Tips mahu menang :Satu gambar je tak boleh menang, kena banyak gambar!




Contest berikutnya! - my water moment

Sekarang ni Nuffnang tengah membuat satu pertandingan my water moment. Ha, dah ada idea dah nak buat entry contest ni. Hehe, tak sabar esok nak habis exam sebab nak mulakan pengambaraan (???) untuk buat entry ini. jeng jeng jeng. TUNGGUU





Idea yang baru vs menjadi juara

Apa yang boleh dibelajar dari Cheo dan Tiah ni adalah usaha untuk memperkasakan nuffnang ni sendiri. Macam mana dalam 3 tahun ni je boleh jadi nuffnang seperti sekarang. Walaupun ini merupakan idea baru, tak dinafikan ada syarikat yang dah lama establish dalam bidang ni seperti innity dan advert, tapi macam mana nuffnang boleh bersaing dengan mereka, inilah sikap yang kita patut contohi. Mahu jadi juara dalam sesuatu bidang bukan senang. 'Plan' dan laksanakan plan itu!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

fakta nuffnang : ICU UCI klik klik amalan tidak sihat

nuffang mempunyai 2 cara berbeza untuk memberi keuntungan kepada pelanggannya.

1) mCPM - berdasarkan orang view blog anda, semakin ramai view (baca visitor), semakin banyak la earning yang dapat

2) CPC - berdasarkan berapa orang klik iklan yang diletakkan dalam iklan anda. semakin banyak orang klik semain gemok la nuffnang anda


gambar google



aku terkejut sebab hari tu dengan bangga aku bagi comment kat blog mr k mengenai entry yang dia buat nuffnang 'mewarning' kepadanya dalam email mengenai wujudnya kumpulan kumpulan yang 'i click u, u click i' (ICU UCI) ingatkan benda ini sudah satel, rupa rupanya belum. aku pun dapat email yang sama baru baru ini!



CPC


cost per click ini ada system yang boleh detact. jadi, tak ke bodoh (sorry terkasar) orang yang wujudkan team klik klik ni. dah dah tentu pihak nuffnang dapat detact. jadi group ni yang dahulunya siap invite aku dalam facebook ni cepat cepat la berubah. jadi pelanggan yang baik sikit!



assume tak tahu



ku yakin, ramai yang join group ini tidak tahu. hanya orang invite dan terus accept dan join. term and condition tak baca, dan terus klik klik. last last, keluarlah warning dari nuffnang kepada yang tidak join pun benda macam ini. kan itu namanya menyusahkan. bagi yang masih tak nampak, kita tengok 2 situasi berbeza ini



situasi 1



satu syarikat telah menggunakan nuffnang untuk iklankan produknya. nuffnang meletakkan iklan mereka ke dalam blog kita. datangnya group ICU UCI dan membuatkan keberkesanan pengiklanan di dalam nuffnang tidak berkesan. syarikat tadi menamatkan kontrak dengan nuffnang. nuffnang muflis, group ICU UCI ni jugak senyap




situasi 2



satu syarikat telah menggunakan nuffnang untuk iklankan produknya. nuffnang meletakkan iklan mereka ke dalam blog kita. group ICU UCI datang lagi dan kali ini lebih aktif. pekerja dalam syarikat ini perasan dengan kewujudan group ini dan report kepada nuffnang. nuffnang cuba sedaya upaya untuk membenteras tapi lebih banyak group ini yang tumbuh. syarikat tadi akhirnya menamatkan kontrak dengan nuffnang disebabkan ketidakberkesanan pengiklanan di nuffnang. nuffnang muflis, group ICU UCI ni jugak senyap untuk selama lamanya



nampak?


memang kita ada kuasa dalam hal ini. sebab kita adalah tukang promosi dan tukang kliknya. jadi jika kita salah menggunakan kuasa ini, kesannya kepada kita juga. kalau ada iklan yang elok, klik lah dan jika tiada, tak payah la. sekarang ni aku rasa semakin banyak iklan iklan yang menarik dalam nuffnang sendiri, terpulang kepada reader kita untuk mengeliknya atu tidak



hukum dalam agama


walaupun dalam agama kita tidak dinyatakan secara khusus 'hukum mengelik iklan dalam nuffnang dengan berniat mahu mencari keutungan adalah haram' tetapi kita boleh lihatlah sendiri yang agama kita melarang untuk berlaku zalim. tidak meletakkan sesuatu ditempatnya. samalah dengan menubuhkan group ini, kita telah berlaku zalim kepada nuffnang sendiri.


'takpe lah, CEO nuffnang bukan org kita, biarlah mereka rugi' sedarlah nabi tidak mengaku kita umatnya jika wujud sentimen perkauman dalam diri. periuk nasi orang, jangan dikacau!



jenayah di dalam internet


bagi yang mempunyai kelebihan di dalam internet, gunalah dengan sebaiknya. kalau gunakan kelebihan itu untuk menjahanamkan orang, sampai bilalah internet ini tidak akan aman. blog aku yang menggunakan hosting sendiri pun pernah di hack orang. tak tahulah kenapa ada orang jeles sampai macam tu. bukan blog popular pun. gengblogger pon pernah di hack orang. sampai bila mahu keadaan ini berterusan (nada serius?) sama samalah berubah!



pss : nada serius dengan muka ketat..... masih lagi muka ketat ni.... erk, tetibe tersenyum bila baca sesuatu. hehehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

contest : if i am IP MAN master, i would...

what the heck is this? click here for more



~~~~~


If I am Ip Man master, I would serve my readers with a plenty of foods.... !


What?



Don't be shocked! just stay calm and read my post. Here we go!



IP MAN is one of the martial art movies that i really enjoy watching it. Who is he? According to wiki (heh, wiki always give us solution) the guy in this film based on the true story about Yip Man. Born in October 1 1983 and died in December 2 1972. Historically, he was considered as the first martial arts master teaching Chinese martial art. We are familiar with Bruce Lee rite, and indeed we know Bruce Lee more than him..and guess what..Bruce is one of his students!



wachaaa!





The good old days



Yeah, i still remembered when i watched IP MAN with my friend. The story really touched me and inspired me to become a martial art sifu. Ooh..besides thinking there will be lots of cute girls outside there who might need my protection or my "service" as a "bodyguard"!



Sadly to say..I need to forget the dream..I had been offered a scholarship to further my study abroad. What a pity... But it does not stop me to keep practicing the martial art..and this time Sifu YOU TUBE is my favourite teacher!!!


click here to watched IP MAN VS 10 people and learn some skill.



MARTIAL art for cooking



I like cooking. This is my analogy, if u are good in martial art, like IP MAN, you will become more skillful enough to cook. Do I have the skill to cook?? It takes me 30 min to 1 hour to prepare nasi ayam. I might say I am still a novice in cooking. So if i am an IP MAN, my skill for cooking will tremendously increase so that i can serve plenty of foods in one hour and invite all my reader to eat together while watching IP MAN 2!


Fair enough?
hehe ;-)










implement martial arts in cooking = scrumptious foods ;)



IP MAN 2

i cant wait to watch IP MAN 2! thank to nuffnang and GSC-EON Bank Credit Card organaize this contest. erkk, give me free tickets please ;-)


After his victory over the Japanese General in Foshan, Ip Man moves to Hong Kong. He sets up a martial arts school to teach Wing Chun. Here, he is challenged by other kung fu masters, including Sifu Hung who masters in Hung Quan. Sifu Hung and Ip Man draw a tie in their challenge and the latter is adored as a recognized master in Hong Kong.

Meanwhile, Twister, the powerful but cruel boxer champion who despised Chinese kung fu destroyed the fruit market and harassed the kung fu institutes. Twister, who also resulted in Sifu Hung’s death, then challenged the Chinese kung fu masters for a public combat. Ip was filled with grief and indignation and he decided to take up the challenge. He swore to claim back the dignity of Chinese kung fu and the Chinese people. A furious fight is about to begin…


taken from nuffnang websites


this is contest for IP MAN 2 for GSC-EON Bank. dont forget to click here for more detail


thanks for reading ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW