Share

Nuffnang R.A.C.I.S.T!

Salam,


Ini lah sebab kita tak buat blogwalking, habis isu-isu hangat ini kita ketinggalan jauh. Hehe. Entry semalam pun aku tulis sebelum jenguk-jenguk blog orang lain. Kalau dah baca, konpem aku akan adjust sedikit kasi hangat-hangat gitu. Ok, kita mulakan entry pagi ini dengan sepotong ayat alquran (no need to become ustaz to understand our perfect book =) )


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ


Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Maidah ayat 8)



1Malaysia


Serius aku tak suka dengan term ini. Walaupun mungkin tujuan utama term ini digunakan untuk membentuk satu masyarakat majmuk apa ke jadahnya, aku rasa term ini sungguh menggerunkan. Seperti perkauman di negara kita dah capai satu tahap yang sungguh teruk sehinggakan term ini terpaksa digunakan! Aku tak tahu tahu bagi orang bukan islam (agama lain) macam mana, tapi bagi orang islam, tak kira bangsa apa, melayu, arab, cina, india atau apa pun, jika kita ada sikap ini (racist) kita akan semakin jauh dengan taqwa


racist = jauh dari taqwa = tidak beriman = tak masuk syurga!


Look, tak perlu pergi jauh, kaji agama kita sendiri pun dah cukup. Tapi biasalah, orang kita ni lebih agungkan ayat-ayat power dari jutawan-jutawan ternama dari ilmu di dalam alquran. No comment.


Racist dibawa kepada dunia blog



Hehe, ada orang tak puas hati dengan tajuk aku ni? itu hanya tajuk semata-mata. Aku tak gunakan tanda soal (?) sebaliknya gunakan tanda seru (!) kenapa? nanti korang akan faham. Rasanya aku dah dengar banyak kali perkara ini dari mulut blogger atau pun dalam entry. Tapi buat diam je lah, tapi sebab ramai yang tak puas hati dengan keputusan contest tx5 tu, isu ni menjadi hangat dan dibualkan ramai orang.


Kalau nak ikutkan tak puas hati, aku SEPATUTNYA antara yang tak puas hatilah. Memang RASA entry aku terbaik untuk menang, siap rendam camera d60 aku dalam air lagi nak menang. Siap gunakan 5 hari untuk hasilkan entry macam tu untuk menang. Tapi aku terima result yang dieorang dengan hati terbuka. Takde rezeki dan entry pemenang lagi hebat. DONT FIND THE PROBLEM, FIND THE SOLUTION. Kalau dah kalah, buat kalah dan lain kali datang dengan idea yang lagi BOOM. Kan senang, kreativiti kita pun akan bertambah kalau take thing positively


Pasal Nuffnang


Sebab aku ni bukan orang dalam nuffnang, tapi pendapat aku yang gunakan perkhidmatan dieorang dan dah terima duit agak banyak dari mereka, aku rasa perkhidmatan mereka masih reliable. Ada masalah, aku email dan mereka akan reply. Duit pun sentiasa masuk je dalam akaun, so NO PROBLEM with nuffnang. Cuma dah sampai tahap untuk lebih professional, ada beberapa cadangan untuk nuffnang

  1. Pokok takkan bergoyang kalau takde angin. Take this as serius matter and fix it. Kalau ada orang kata kita racist, walaupun seorang, tengok balik adakah cara kita betul dalam kendalikan sesuatu event atau contest. Biasalah, everyone make a mistake maa
  2. Professional - Contest yang besar ini perlukan lebih banyak rules and regulation. Walaupun aku rasa hadiah camera tu tak seberapa, tapi dengan beratus orang yang join, itu memang satu contest yang besar. Pastikan rules sangat jelas sampaikan bila orang tanya kita, kita hanya cakap, sila rujuk rules and regulation. Barulah entry originality ini tidak wujud. Lagi satu, contest flymas.mobi ni bila keluar dia punya result? dah berjanggut aku tunggu :(
  3. More 'malaysian' event - Nuffnang boleh pergi jauh. Serius! Sebab kita Malaysia, tak semua suka berparti, tak semua suka bergelak ketawa.jadi, adakan event yang lebih 'sesuai' untuk blogger jenis ini. hey, mereka pun sebahagian dari company apa. just appreciate them


Ok, itu hanya cadangan semata-mata. Nak tak nak adakan, terpulanglah. Ni pulak ada beberapa perkara untuk blogger-blogger yang kat sana tu yang penuh dengan hasad dengki

  1. Tak menang apa2, cool aje.
  2. Kaki bodek, kaki gosok janggut, kaki gosok bulu ketiak? LOL. yang hang nak bangkit isu ni apahal? jeles ke? ekeke. Aku bagi contoh mudah, contoh blog ni jadi popular (wah wah) dan 10 000 orang sehari datang baca. Ada orang buat entry khas untuk aku (penulis blog ni) dan aku letak link yang buat entry tu kat blog aku. Orang tu plak dapat banyak traffic. Ada orang jeles kata yang buat entry khas tu bodek aku. Aku tak anggap mereka bodek, tapi lebih kepada penghargaan dan aku bagi penghargaan balik. faham?
  3. Buat duit - nak harap duit dari internet dengan nuffnang sara hidup, lupakan aja. Memang takkan dapat. Just for fun ok. Bila dah fun, timbul benda benda macam ni, dah tak fun la


Oklah, itu hanya pendapat aku semata-mata. Mana yang baik tu, ambil. Mana yang salah kat mana mana tu, atau terkasar bahasa, mintak maaf dulu. Tak berniat pun nak sakitkan hati mana-mana orang. Cuma tak berapa suka kalau isu perkauman ni diwujudkan. Kembali kepada ajaran agama kita dan tengok balik formula senang berdasarkan ayat alquran tu


pss : kerja kerja kerja.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

32 comments:

K~UN said...

flymas mobi dah keluar la joe. 1st dapat kat chinese. 2nd malay. lama dah keluar.

JAI said...

dah lama flymobi bro..rasa pemenang boleh dikatakan hebat buleh kalahkan eggyolk..nice entri bro

noor afzan said...

cadangan malaysian event tu memang saya setuju.
ye la.
bukan semua malaysian yang suka berparti kan.
=)

Adeqq said...

flymas mobi bukan da keluar ke?
hehehe

well, sangat sokong malaysian event!
^____^

Suliana said...

betul2.. nuffnag pun kena buat sesuatu:-)

Ann said...

oho xtau pun timbul isu ni..nmpk sgt msih lom cukup berblogwalking

Eyriqazz said...

penuh berkesan entry bro..can't agree more..tepat dan jelas..hik3,saya yang menggunakan istilah 1Malaysia tu..actually, tak tahu nak guna istilah apa lagi walaupun saya tau ianya hanya kata-kata politik..ada nama yang sesuai bro nak ditukar?

apapun,keep up bro..dunia blogging ni best kalau kena caranya

atreyu strange said...

I understand the effort you've put in the contest. I take part in a lot of contest too and call me ego or whatever, I win a lot. But it's no luck of course. Just to come up with a slogan, I could be taking 3 or 4 days. If it requires me to write an entry, I take a longer time. Effort and creativity. I know you have both too. Now that we have done our best, we don't exactly know what the clients are looking for. Some clients might like video presentation, some clients might prefer comic strips, and some may like very blunt and original entry (such as the 1st winner of the TX5 contest). Of course we all say that we like the 2nd and 3rd winner more, but what do we really know about the clients?? They could be looking for something totally in a different direction. So yes, effort + originality + creativity and a lil' bit of luck. And probably a little bit of modesty (rendah diri) in self and not having a negative mindset will help too. God helps those who helps themselves, not? If you continue to pursue negativity, you don't expect God to help you in any way, not even winning a contest.

p.s. I hate people playing the race card too. We don't live in quota for everything, do we?

GaDis CoMeL said...

aku belum pernah try apa2 contest, tapi in future, aku nak try.just for fun. mana tau, ada rezeki. tak salah mencuba kan?


;p


nice entry bro. keep it up.

Kujie said...

Terbuka dan moden macam mana sekali pun fikiran kita, ada isu yang tidak boleh diulas berdasarkan prasangka . Biasanya saya ulas isu yang sensitif secara personal kalau ditanya, tidak secara terbuka di blog kerana tak semua orang memahami perkara pokok sesuatu isu , ramai lebih kepoh mengenai ranting atau isu-isu sampingan. Perbincangan lebih mudah menjadi emosi. Orang lebih memberi perhatian pada komen yang kelaut dari membincangkan isu pokok perkara asas. Komen-komen yang tidak terkawal itu pula yang dijadikan isu.

Dalam isu Nuffnang, suka tak suka adalah pilihan. Mana-mana pengiklan yang kita serasi, bertahanlah. Kalau menghidu sesuatu yang tak sealiran dengan pemikiran dan kehendak, beralih arah. Kita yang pilih nak ikut ke tidak TOCnya.

Jangan kacau periuk nasi orang!

kak ina kl said...

setuju dgn semua komen..

Ummi Hanie said...

thnx 4 sharing, joe

joegrimjow said...

xtau plak yg flymas.mobi tu dah kluar
hoho
ok, no luck again
=)

atty's said...

kty suka yang no 3 ..more malaysian event..

joegrimjow said...

@atty's

mgkin akan plan somethg dengan dieorg

.alie. said...

hmmmm,racist ke?

kalau orang melayu saja yang menang adakah kita racist? balik tolak sama je pun...

kalau rasa tak serasi tak payah join..maybe y menang tu lagi layak kot...

zures said...

Mmmm hangat juga isu ni kan. Aku blogger yang baru nak belajar2 dan kenal-kenal nuffnang ni. Ada pula isu macam ni. Sabor jelah...Harap-harap isu perkauman tak menjadi kudis dalam nuffnang ni...tak best lah...

Miss Lemonade said...

setuju dengan tak semua suke berparti..nuffnang sebenarnya boleh lebih anjurkan pertandingan yg sesuai dgn semua blogger

ade juga mencuba nasib dlm contesttx5..
tp xpelah..xda rezeki..
tp xdalah sampai maki2..
kalau maki2 pun bukan leh dpt camera tu..
ehe

joegrimjow said...

@zures

EMANISAN TAK TERASA

y@n@ M!B said...

sy tgk winners nyer entry..mmg super gempaq la kn siap ada ilustration kartun² bagai...

rasa mmg logik la dorg menang wpn sedikit kuciwa..tsk >_<

Hizami Rahim said...

hehe.
tak tahu nak komen apa sebab baru perasan benda neyh.
hurm.
:)

joegrimjow said...

@y@n@ M!B

da baca entry ku
ahakss

tengkorakemas said...

setuju sgt entri ni :)

blogging just for fun ^__^

amoi said...

sepatutnya nuffnang racist ni tak akan jadi satu isu pun kan.

:D

aku tak tahu ahh apa rules and regulation contest My Water Momments. aku baca entry pemenang pertama. aku rasa mmg patut pun dia mng. since semua gbr dia amik kat underwater.

I saying that not because I am chinese and the winner is chinese too. tapi aku judge entry kau dgn entry cina tu.

entry pemenang lain aku tak baca langsung. cam malas.

btw, ada gak melayu yg mng tiket wyg dari nuffnang.

:D

bye

Mrnamie said...

haha.. aku setuju joe dengan pendapat ko... sebenar isu racist ni mmg akan ada, cuma dapat atau tidak kita nak kawal benda alah ni,.. akhir kata, perbaiki diri sendiri dlu sebelum perbaiki benda yang lain..

mama zharfan said...

tak nak komen sgt..racist tu kat mana2 pun tetap ada, it's the way we handle it, professional or not..so me agree dgn joe punya entr. thanks for the good write-up bro!!

miss lolly a.k.a luvfareda said...

cube lagi joe!!!

Asyraf Hamasaki said...

menang kalah adat pertandingan tak gitu wok
asal dah cuba pun dah kiraa bagus dah
:-)

Privacy_Resident said...

Yang menang tu memang best lah aku tengok gambar dia. ;)

Latest Updated From Me: Body Shop (Kedai Badan) ;)

kella said...

ohoooooooooo......
(panjang ssebab semua menda baru tahu ari ni pun bila baca entri joe!)

hmmmmmm.... berblog... penuh emosi dan politiking! ohh.. campur perkauman lain sudah jadinya... hmmm

-ROCKprincess- said...

for me...
this kinda issue xsepatutnya dibangkitkan...
msia nie kecik jerk...
blogger msia mmg ramai tp nak dibandingkan dgn negara2 lain...
kite nie ibarat a needle in a haystack...
jgn larr pasal contest winners pown nak gaduh pasal racist...
nuffnang knows how to pick their winners...
and I admit that the winners deserves to win...
entry2 diorang mmg gempak...

jgn jatuhkan maruah bloggers malaysia...

LittleMama said...

erk, racist ke..he..e
got my opinion also;)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW