Share
Memaparkan catatan dengan label duit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label duit. Papar semua catatan

Millionaire and Billionaire : WHAT???

Korang pernah terfikir berapa orang yang berada di dunia ni sekarang yang masih hidup? Actually sekarang ni dah 6.993 Billion manusia yang bernafas kat planet bumi ni. Ada sesetengah phak mendakwa sehingga sekarang, dah cecah 7 Billion dah pun. wow, ramai sungguh manusia kat dunia ni kan?


Millionaire



Pernah terfikir berapa jutawan yang berada di dunia sehingga sekarang? Jutawan ni maksudnya yang memiliki harta sebanyak 1juta keatas. Sekarang ni ada 10.9 juta manusia kat dunia ni yang bergelar jutawan. Oh, nilai hartanya dalam USD. kalau dari segi percentage, 0.16% kat dunia ni adalah bergelar jutawan. Actually nak jadi jutawan ni takdelah susah sangat, sebabnya kalau dari segi jumlah, dari 625 orang, akan ada seorang yang jadi jutawan. nice figure is it?


Billionaire

Pada tahun 2011, forbes telah senaraikan seramai 1210 billionaire di seluruh dunia. Percentagenya berapa? 0.000017% Maknanya, daripada 5.8 juta, akan lahir seorang billionaire. huh, susah tu bang. Malaysia ada 28 juta penduduk sekarang ni, sepatutnya kita akan ada 5-6 Billionaire tapi sebab Malaysia ni negara yang maju, kita ada 9 kesemuanya! wahaaa!!!



WHATT???

Sebenarnya aku nak ajak korang yang buat bisnes ni berfikir, tak kiralah bisnes apa yang korang lakukan, sebenarnya statistik dah ada. Macam kalau korang nak jadi jutawan, korang just kena kerja lebih kuat dari 625 orang yang lain je. If Billionaire tu, korang kena kerja lebih kuat dari 5.8 juta manusia lain. If korang rasa dah kuat, orang lain pun kuat jugak kerjanya. So, never ask anyone if u dont succeed, but ask yourself.

Aku suka sangat gambar kat bawah ni, beza orang yang berjaya dengan yang tak berjaya. bezanya?


orang yang berjaya tu tak give up. finish strong!



pss : heh, motivasi dari joegrimjow sampai disini sahaja =)


pss : kalau korang dapat baca ni korang bijak. haha. 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tips perniagaan dari orang cina yang jarang diketahui melayu

Bunyi cina, melayu, nak racist je kan? hehe, bukan-bukan. Memang entah tinggal ceruk mana kat Malaysialah kalau tak tahu hakikat kebanyakan orang cina di Malaysia lebih 'handal' berbisnes dari orang melayu sendiri. Buktinya tengok sajalah ekonomi di Malaysia ni, berapa banyak bangsa cina pegang. Compare dengan Melayu, sangat ciput.

Aku beruntung sebab usia muda lagi aku dah involve dalam bisnes. Eh, bukan muda lah, budak kot. Masa aku berusia 12 tahun aku dah buat bisnes GameBoy. haha, stylo kan? Cikgu yang paling hebat adalah pengalaman kita. kan kan? Seingat aku, umur 21 tahun macam tu sejak aku join Herbalife, barulah aku sempat melihat bagaimana bangsa cina ni buat bisnes dieorang. Memang sangat lain dari orang Melayu

Ohhh, ini bukan entry mengangkat-ngangkat okeh, tapi satu realiti di depan mata

Kita kena sedar yang sememangnya kita jauh terkebelakang dalam soal bisnes ni. Sebab tu ekonomi bukan bangsa melayu yang pegang. Jadi, mesti macam kena electrostatic kat otak tu, kat bahagian medula oblongata, bagaimana orang cina ni menjadi lebih berjaya dari orang Melayu. So, entry ni akan hurai sedikit sebanyak pengalaman aku bergaul dengan bangsa cina ni tentang amalan bisnes mereka

here we go!!!


1) Amalan kerut kening



Sangat tabah aku tangkap gambar dah upload gambar tu untuk dimasukkan dalam entry ni. Heh, amalan kerut kening! Ada macam berkerut kerut kat bahagian tengah antara kening tu namanya kerut kening. Ada kawan cina aku cakap, kat tengah tu macam pintu rezeki dieorang, jadi kalau kita buat kerut macam tu, seolah tutup pintu rezeki sendiri.

Entah ini tahyul ke apa, tapi ada kebenarannya!!

Logik kan, kalau kita jumpa orang tapi selalu buat macam tu je, orang yang memandang menganggap kita macam 'marah' kepada dieorang. Macam mana nak approach kalau dah orang yang kita nak approach tu dah buat 1st impression yang buruk? Alamatnya custemer lari. Satu lagi, buat kerut kening macam tu, keayuan dan kehandoseman akan hilang. hoho. kan? Jadi jangan buat okeh!


2) Tak mandi waktu pagi

Mandi manda

Haaa, yang ni aku dapat dari kawan aku jugak. Dia just spray spray je badan tanpa mandi pun. Berbeza dengan amalan kita orang Melayu, memang kena mandi pagi. nanti busuk. Kata kawan aku tu, dia tak mandi pagi sebab waktu pagi adalah waktu yang sangat bertuah. bila dah mandi, tuah tu akan hilang bersama dengan air mandian

tapi serius aku cakap die tu macam kencing aku je. haha, jangan pakai okeh sebab tak jumpa logiknya!



3) Jangan rasa selesa walaupun dah selesa



Ni satu lagi sikap yang sangat baik. Pernah tak korang jumpa taukey2 (bangsa cina) yang pakai seluar pendek dan baju yang biasa biasa je. Minum air di kedai kopi macam biasa je. Tapi kalau tengok kereta, wow, kalau bukan merc, bmw. haha. Tak macam kebanyakan kita, dah bergelar bisnesman skit, minum tak nak dah kat kedai-kedai mamak ni, no class. nak minum starbuck je. Biarlah bisnes baru ciput pun.

Mereka ni bangsa cina boleh tengok, walaupun dah kaya raya dah, tapi still gigih bekerja macam tak cukup makan je. Lagi kaya, lagi kuat kerja. Sebab tu mereka semakin kaya dan semakin kaya. Tak pernah nak rasa selesa dengan kemewahan yang mereka ada. Fuhh, memang kita kena tiru okeh



4) Tolong menolong sesama bangsa



Dari sekecik-kecik hinggalah sebesar-besar bisnes, mereka memang bersatu padu sesama bangsa mereka. Kalau kat Kelantan ni korang bleh tengok bangunan bukan main besar lagi - sumber dari bisnesman2 cina jugak. Nak tolong supaya bangsa mereka yang masih mentah supaya kaya sama. Tu sikap yang memang patut kita contohi

Terbalik 720 darjah dengan kita, fitnah, menipu, fitnah, menipu. Baru kawan ni nak bangkit, terpaksa lingkup sebab ada kawan lain yang dengki dan fitnah macam-macam. Tak paham betul, mungkin pengaruh drama-drama melayu kot. heh, tu la banyak sangat buat drama macam ni


******

Sebenarnya tips-tips ni ada banyak. Ala, bangsa kita pun banyak je yang berjaya dan masing-masing ada tips sendiri. Yang menjadi masalahnya, banyak tips tapi tak buat. heh, macam mana tu? Kalau korang tanya aku, apa yang aku buat, simple-simple je. Eh eh, sebelum tu kena declare dulu, aku tak kaya pun, tapi tengah bersiap sedia untuk jadi orang kaya. hehe. YOUR SUCCESS ONLY LIMITED BY YOUR OWN IMAGINATION AND YOUR HARDWORK. imaginasi dah tinggi dah, hardwork je kena lebih. Benda yang aku buat

Hehe, simple je kan? Banyak sangat tak buat tak guna jugak kan? So korang yang dah join pape bisnes tu, ada pape tips tak korang buat? share-share lah sikit


pss : tak jadi balik kelantan, ada hal PENTING esok =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Nak buat apa dengan RM 86 400?

Aku ada satu game nak main dengan korang. Game ni sangat seronok sebab ia libatkan duit. Eh, sudah pasti bukan aku nak bagi duit, tapi game ni lebih menjurus kepada duit. Siapa yang tak mahu kan duit? Ok, game ini sangat mudah - Nak buat apa dengan RM 86 400?

RM 86 400

Korang kena buat bank akaun, terpulanglah nak buat akaun maybank ke, cimb bank ke (cina india melayu bank - 1malaysia betol!) bank rakyat ke, ataupun BSN. Terpulang kat korang. Lepas tu, no akaun bank tu korang bagi kat aku supaya TIAP-TIAP hari aku akan masukkan RM 86 400 ke dalam akaun korang. Ulang sekali lagi - tiap2 hari

Syarat

Bukan senang bodoh camtu je aku nak bagi kat korang, ada syarat dia. Syarat dia 2 je


  • Pertama - dalam tiap-tiap hari, korang perlu habiskan RM 86 400 tu, jangan terlebih jangan terkurang!
  • Kedua - Duit RM 86 400 tu anytime sahaja aku boleh hentikan pemberian dia. ANYTIME!

So, game ini sangat mudah kan? Walaupun mudah, sebelum korang proceed kepada ayat-ayat seterusnya, baik korang fikir dulu Nak buat apa dengan RM 86 400? Heh, macam best kan game ni. Korang kena fikir dulu, baru game ni akan jadi best. Jom sama-sama fikir =)






*******

Dah fikir dah?

Best kan kalau memang betul RM 86 400 akan masuk ke dalam akaun hari-hari! Best kalau benda ni jadi realiti!

*******


IANYANYA ADALAH REALITI!!!

yeahh, apa yang korang cuba bayangkan nak buat apa dengan RM 86 400 tu, memang ia adalah realiti. Sememangnya tiap-tiap hari korang bangun, memang akan ada 86 400 saat. Katakan korang bangun pada pukul 6.30 pagi, pergi kerja, balik kerja, makan, tidur, esok korang bangun pada pukul 6.30 pagi jugak, memang jumlah waktunya RM 86 400!!

Game ini ada syarat dan memang syarat itu juga sama dengan realiti seharian korang ada 86 400 saat. Syarat pertama, korang kena habiskan. Yuppp, nak tak nak memang korang akan lalui 86 400 saat dalam seharian. Nak atau tidak, begitulah masa diperuntukkan kepada kita. SEMUA SAMA. tak kira PM ke, seorang artis ke, seorang blogger ke, pengayuh beca ke, penyanyi terkenal ke, SEMUA SAMA - PUNYAI 86 400 saat dalam sehari

Syarat kedua - ANYTIME sahaja akan habis. Begitu juga dengan kehidupan korang, anytime sahaja korang akan diberhentikan pemberian 86 400 saat itu. Bagaimana? Apabila korang dicabut nyawanya! yup, kita tidak tahu bila mana kita akan mati, bagaimana, bila - itu semua bukan ketentuan kita, itu adalah ketentuan dariNya

Kejar masa sekarang!

Allah dah bersumpah demi masa. Sememangnya kita tidak sedar, masa itu sangat berharga. Dari satu saat, ke satu saat. begitu sahaja masa berlalu. Contoh sekarang, korang baca entry ni, berapa saatkah masa diambil dan agak-agaknya berbaloikah untuk habiskan beberapa ratus saat tu untuk baca entry ini. Jika korang rasa berbaloi, jangn lupa untuk kongsi dengan orang tersayang =)

selamat tidak membazir masa!


pss : entry psyko. terkesan tak?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

E-Book percuma : Rahsia jutawan di usia 25 tahun

E-book atau entry percuma ini dibuat khas untuk sesiapa yang menjumpainya. Untung sangat sebab ia adalah percuma. Harga asal e-book ini adalah 25 usd tetapi kali ini adalah percuma! Sebelum membongkar rahsianya, terimalah entry ringan ini dulu



*****


Tahun 2050

Jagarjek bersama atuknya joegrimjow telah berjalan-jalan di sekitar area shah alam. Kawasan itu jelas banyak berubah. Hari ini dia jagarjek mahu belajar sesuatu dari atuknya iaitu cara mahu jadi cepat kaya. ya, cara yang sangat cepat sampaikan sesiapa yang mencubanya akan menjadi sekaya sampaikan duit tak tahu nak simpan di mana!


Jagarjek : atuk, nak tahu rahsia kaya macam mana. cepatlah bagitau.
Joegrimjow : alaa, tak cukup lagi ke duit raya dirham yang atuk bagi hari tu?

Jagarjek : tak cukup. dah beli ice cream. dah habis semua dah
Joegrimjow : mak oi, kuat betul makan ice cream. makan ke melantak ni?


Jagarjek : alaaa, atuk janganlah ubah tajuk. cepat bgtau macam mana nak jadi kaya!
Joegrimjow : hurmmm. dah buat entry dah dulu. cari balik kat entry e-book percuma “ rahsia jutawan di usia 25 tahun


Jagarjek : ye ke? ok, nanti cari
Joegrimjow : alang-alang melawat atuk ni, meh atuk nak story pasal tahap2 kekayaan orang ni

Jagarjek : kekayaan pun ada tahap ke tu?
Joegrimjow : mestilah ada. sebelum tu, kita naik dulu kereboter (kereta + motobot +helikopter) atuk nak tunjuk tempat2 yang menarik


Mereka pun menaiki kereboter itu. set tempat telah ditentukan dan tak sampai 12 minit, mereka berdua sudah sampai di satu kawasan perumahan yang sangat mewah. ya, sangat mewah! ada satu rumah disitu yang sangat besar!




Jagarjek : perghhh, besar2nya kawasan rumah ni
Joegrimjow : haa, memang sangat besar. ni lah rumah orang kaya tahap ketiga


Jagarjek : tahap ketiga maksudnya?
Joegrimjow : tahap yang paling biasa bagi title orang kaya


Jagarjek : maknanya ada lagi yang lagi kaya?
Joegrimjow : mestilah ada. nak tengok lagi?

Jagarjek : mestilah nak
Joegrimjow : ok, jom kita pergi


Mereka berdua naik sekai lagi ke tempat yang seterusnya. kali ini ke tempat yang sangat sunyi. ada rumah papan yang hampir-hampir runtuh dek anai-anai. jagarjek berasa pelik




Jagarjek : erkk, betul ke ni tuk tempatnya?
Joegrimjow : betullah, ni tahap kedua orang kaya ni

Jagarjek : mana ada ni tuk. rumah tadi lagi besar dan mewah dari sini. sini... rumah papan pun kaya?
Joegrimjow : mereka sangat kaya cu, mereka kaya di akhirat!


Jagarjek : erk?
Joegrimjow : penghuni rumah ni ada 5 orang anak. kelima-lima merupakan kuat agama. ayah dan ibu mereka pak imam dan ustazah di sekolah pondok. kalau cu tengok amalan mereka anak beranak, fuuh, memang sangat terbaik! boleh bayang betapa banyaknya harta mereka di akhirat?


Jagarjek : wow. takleh bayang. tapi memang betul ke mereka kaya?
Joegrimjow : betul. ni tahap kedua. nak tengok tahap pertama?

Jagarjek : ada lagi tahap pertama?
Joegrimjow : mestilah ada.

Jagarjek : mungkin anak mereka ada 10 dan semuanya kuat agama?
Joegrimjow : u will see babeh


Akhirnya mereka ke satu tempat yang terakhir. sampai disana, jagarjek dapat melihat sendiri di depannya satu masjid yang cukup gah dibina, ramai imarahkannya dan terdapat sebuah rumah ditepinya yang juga agak mewah


Jagarjek : erk, mana satu rumah orang kaya tu?
Joegrimjow : tu la, yang bentuk rumah, takkan mereka duduk kat masjid pulak

Jagarjek : ooh, yg besar tu? mewah mewah. jadi, kenapa mereka dapat no 1 ni tuk?
Joegrimjow : hehe, cuba tengok masjid kat tepi tu. besar?

Jagarjek : bukan setakat besar, tapi happening! ramai orang yang datang
Joegrimjow : ahaa, kalau nak tahu, pemilik rumah tu juga yang membina masjid tu

Jagarjek : ekk?
Joegrimjow : iye. dia merupakan billionaire orang islam yang ke 43. anak2nya semua bekerjaya. ada peguam, ada doktor dan ada engineer. kesemuanya bukan sahaja bekerja di bidang professional tapi juga hafiz alquran. Masjid tu dibina oleh pemilik rumah tu untuk kemudahan orang setempat.

Jagarjek : maknanyanya?
Joegrimjow : orang yang paling kaya ni, bukan sahaja kaya di dunia, tapi di akhirat pun kaya.


Jagarjek : camne atuk tahu dieorg kaya di akhirat? pernah jumpa?
Joegrimjow : ekeke. bukan. tapi agama kita kan dah cakap, 3 benda yang takkan putus walaupun kita telah mati adalah, harta yang diwakafkan, ilmu yang bermanfaat dan juga anak yang soleh selalu mendoakan ibubapanya. pemilik rumah ni ada pakej lengkap. walaupun berjaya di dunia, dia tidak lupa untuk jadi kaya di akhirat!

Jagarjek : ok, atuk nak bgtau sini yang.... kaya di akhirat lagi kaya dari orang kaya di dunia
Joegrimjow : yuppp

Jagarjek : dan orang yang kaya di dunia dan di akhirat lagi kaya dari orang yang hanya kaya di akhirat
Joegrimjow : yupppa. bijak cucu atuk


Jagarjek : ohooo, got it. thank u atuk!!
Joegrimjow : sama2


******


Nak tahu apakah rahsianya? jeng jeng jeng.


Rahsia untuk kaya adalah formula D.U.I.T

D untuk doa
selalulah berdoa agar jadi kaya dan harta yang diperoleh itu mendekatkan diri lagi dengan sang pencipta, bukan membuat jauh dari sang pencipta

U untuk usaha
Berusalah sedaya upaya tanpa mengira penat lelah. Jangan cepat berputus asa dengan sentiasa berusaha untuk mendapat apa yang kita mahukan

I untuk ikhtiar
jangan cepat berputus asa dan jika tidak berjaya, ikhtiar dengan cara yang lain. susah senang itu adalah adat untuk orang berjaya!


T untuk tawakkal
setelah berusaha, berikhtiar dan berdoa, serahlah sepenuh hati kepada Allah. Jika tak kaya-kaya juga, anggaplah itu adalah terbaik untuk diri sendiri. mungkin jadi anda sekarang lagi baik dari mempunyai banyak duit. who knows?

except Him that knows the best for us!

pss : no short cut bro no short cut!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tips untuk perniagaan MLM

Salam,


Terima kasih pada sha sha kerana share satu link mengenai penipuan yang sudah pecah tembelang iaitu satu skim yang menawarkan kereta mewah kepada pengedarnya. Skim yang mampu menarik nafsu muda remaja untuk ikuti ini akhirnya tumpas semalam dengan kecekapan pihak polis. Tahniah pada polis Malaysia


MLM


Satu modus operandi berbisnes cara baru ini sememangnya menjamin pendapatan yang lumayan kepada sesiapa sahaja. Kalau di negara luar, sudah banyak melahirkan beribu-ribu jutawan dan kalau di Malaysia sahaja, jumlah jualan tahunan bagi syarikat MLM ini mencecah 3 billion ringgit. Hebat kan? Memang sangat hebat. Sebab itu ramai yang gilakan MLM sekarang ini


Tujuan utama entry ini ditulis adalah untuk mengajak semua menjadi rakyat yang bijak. Untuk pengetahuan semua, Malaysia mempunyai lebih 1277 syarikat MLM yang berdaftar dan sehingga 10 june 2010 hanya 491 yang kekal. Jumlah ini mungkin akan berkurangan atau bertambah dan suka diingatkan, JANGAN TERJERAT DI SYARIKAT MLM YANG KEJAP MUNCUL DAN TERUS TENGGELAM. Jadi kali ini, beberapa tips yang ingin dikongsikan agar tidak terjerumus ke lembah yang rugi (acececeee)


Fakta MLM


1 - Check lesen Syarikat

Kemudahan internet sekarang ni memang cukup mudah untuk kita kenal pasti yang menipu atau tidak. Contoh datang seseorang ni untuk menjual produk kepada kita dan tawarkan kita skim cepat kaya, apa yang boleh dilakukan, mintak lesen syarikat mereka on the spot! Kalau ada, boleh jalan atau dengar, takde, syuhhh syuhhh. menipu! Boleh check disini untuk senarai MLM di Malaysia



2 - Pilih syarikat yang kukuh


Memang bagi syarikat yang baru, akan memancing pengedar baru dengan syarikat baru sudah pasti akan mendapat untung jika bermula sebagai yang pertama. Maka berduyun-duyunlah yang sertai. Tak sampai 5 tahun (yang sedih tak sampai 5 bulan) syarikat MLM tu pun entah kemana. Duit lesap dan air mata buat peneman. Ekekek. Jadi, saya syorkan, nak join MLM untuk tambah pendapatan, pastikan MLM yang anda join itu betul-betul stabil dan kukuh. Macam herbalife =)




3 - Fakta atau auta


Sekarang ni banyak syarikat MLM di Malaysia yang menawarkan skim ini skim itu. Jangan mudah terpedaya, suruh mereka keluarkan fakta. Contoh kalau mereka ada tawarkan kereta mewah (serius benda ni tipu) check kereta mewah tu betul-betul sah ada di Malaysia atau tidak. Kita ada macam macam kemudahan. gunakan saja. Kalau malas nak check, tanya terus dengan kementerian yang berwajib untuk check status fakta atau auta yang mereka tawarkan. Senang senang


done


Ok, itu sahaja dulu. Cuma aku nak kongsi, janganlah letak duit sebagai prioriti tujuan untuk hidup. Enjoy cari duit, enjoy kehidupan. Tambah ibadat supaya bila mati, kita dapat syurga. Kat sana, tak payah kerja cari duit, semua kita dapat apa yang kita nak.


pss : malam ni ke kuala lumpur lagi. esok ke shah alam untuk program MOC. huhu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Peluang pengiklanan di blog

Salam 1Blogger,


Apa yang aku ingin sampaikan ini mungkin agak pelik kerana peluang pengiklanan yang aku tawarkan ini bukan untuk korang beriklan di blog ni, tetapi aku beriklan di blog korang. hehe. Pernah dengar orang buat macam ni? kalau tak pernah, kena baca sampai habis sebab pendek je entry ni


Peluang mendapat duit


Baru baca ebook free dari John Chow yang mengatakan untuk membuat duit di blog, bukan sesuatu kerja hari ni buat hari esok dapat. Sama dengan pekerjaan lain, kena ada try and error. Jadi rahsia dia mendapat 40 000 usd dalam sebulan bukannya mudah, banyak perkara yang perlu dilakukan. Apa yang biasa blogger baru terpengaruh adalah angka yang dia dapat tetapi tidak mahu belajar apa yang dia buat


Kepada Blogger baru


Pengiklanan yang aku ingin buat ini adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Detail aku akan bagi melalui email. Jadi, jika berminat, boleh email aku di joegrimjow@gmail.com. Memang tak banyak tempat yang aku ingin sediakan, maklumlah target market aku pun cuma kejap saja dan proses untuk iklan aku ni pun tidak sesusah mana. Sesiapa sahaja boleh lakukan. Bagi 'hint' sedikit pasal jumlahnya


Unique Visitor

100 - RM 1
200 - RM ???
300 - RM ???
500 - RM ???
1000 - RM 15



jOM beriklan di Joegrimjow!


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

ESQ : Bisnes Motivasi

Joegrimjow merupakan seorang yang dominan di kalangan masyarakat Malaysia. Selepas dia melanjutkan pelajaran ke bidang phD, dia membuat satu kajian yang berkaitan dengan sifat manusia yang mana dia menemukan satu cara untuk meletupkan motivasi manusia ke peringkat yang paling tinggi


Dia mahu kongsikan dengan masyarakat!


Disebabkan dia tidak bekerja lagi, malahan pula dia pandai bercakap, dia mahukan segala ilmu yang dia curahkan ini dibayar. Mengajak orang untuk mendengar ceramahnya merupakan taktik kuno, jadi dia datang dengan idea menduplikasi. Yang mana, setiap yang datang ke ceramahnya, dengan membayar rm 500, orang itu akan mendapat balik duitnya setelah dia berjaya mengajak 10 orang yang lain datang ke ceramahnya

jika berjaya mengajak 100 orang, akan mendapat pakej umrah tajaan joegrimjow

jika berjaya mengajak 500 orang, akan mendapat rumah istimewa juga tajaan joegrimjow

begitulah pakej yang ditawarkan!

Jadi, dia hanya memerlukan promosi untuk pakej 'ceramah' freenya ini di peringkat permulaan, seterusnya, orang yang berkeinginan pakej umrah, berkeinginan pakej dapat rumah istimewa akan mempromosikan tanpa diminta. Itulah bisnes motivasi!



******
Hehe, yang atas ni takde kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Hanya sampaikan bagaimana sistem ini berfungsi, dari mana dapat keuntungan dari pakej2 motivasi ini. Kali ini mahu aku cerita pasal ESQ


Program ESQ adalah salah satu sistem berorientasikan 'bisnes motivasi' Jangan marah, aku ni orang bisnes, jadi istilahkan benda ini sebagai bisnes sebab ia menjana wang. Bukan salah atau perli, tapi itulah dunia sekarang, no money no talk. Semua benda perlukan duit dan benda seumpama ini tidak terkecuali



Komen ESQ




Bagi aku ia satu program yang menarik, dapat 'meletupkan' motivasi sesiapa sahaja yang pergi, gabungan intelektual, spiritual dan juga emotional dalam satu program, tak rugi untuk mengikutinya. Tentang bayaran, alah, kalau mahu sesuatu yang istimewa, tak salah melabur, lagipun ini pelaburan untuk diri sendiri, memang bagus untuk kekuatan diri nanti


Terpanggil untuk menulis artikel seperti ini (walaupun skrg duduk di kedai mamak menghirup sirap limau) disebabkan ESQ dikatakan haram oleh pihak tertentu. Mufti perak telah mengeluarkan statemennya yang mana ESQ ini tidak bercanggah dengan ajaran islam dan masih praktikal diimplementasikan, jadi, ESQ ini masih relevan untuk sesiapa sahaja


Juga antara sebab aku menulis ialah dengan pelbagai tawaran2 seumpama ini di surat surat khabar tentang ceramah motivasi berbayar ini. Pesan aku, jangan kedekut sangat untuk memberi pelaburan kepada diri kita dengan suapan mitivasi ini. Ia untuk kepentingan diri kita juga. cuma, hanya ingin mahu mengingatkan agar jangan lupa untuk berhati-hati memilih program motivasi agar tiada yang bercanggah, jika rasa ada yang bercanggah, terus report atau tanya mana-mana ulamak.


Sekian sahaja dari joegrimjow.
=)


pss : motivasi free banyak ada di masjid2, kita je taknak pergi.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Komen di blog dan dapat 1000 pound!

Heh,


Pernah kena tag kat facebook, gambar duit dan tertulis 'log in facebook dan dapat rm 100 tunai' ada lagi, 'jadi kaya sekelip mata dengan facebook' dan ada lagi ' millionaire baru dengan facebook' kekeke, tak tahan, tag gambar duit yang sungguh banyak. antara gambar yang di gunakan








Tiada istilah kaya cepat

Takde takde, sejak dulu, sampai sekarang dan akan datang, tiada istilah kaya cepat. Kalau nak kaya, kerja! Duit datang dengan USAHA, bukan datang dengan hanya bermimpi dan mengharap orang lain akan bagi kita duit. Nak duit, kerja lah kan?


Gambar duit banyak

Gambar2 macam ni banyak di internet, copy paste je. Yang peliknya, takde plak duit mereka dengan mereka kan? means, gambar dieorang bersama dengan duit. kekeke, konpem bukan duit dieorang tu. Just tergerak hati nak tulis entry ni sebab hari ni ramai pulak yang tag aku dengan gambar duit duit ni. hehe. sory la kawan, kalau anda ada RM, ku main POUND. kekeke



ANDA MAHU DUIT LEBIH??

pound
pound
pound
pound

Photo on 2010-06-27 at 08.28


maka
BEKERJALAH!!!


(^-^)



pss : tag entry ni kat orang yang tag gambar duit2 tu, apa reaksi agak2nya? peace peace ;) nak baca kisah seorang student yang dapat RM 10 K, klik sini, ni baru kisah benar!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Ada apa pada 35 pound ?

salam 1blogger,



Entry ringkas untuk berkongsi kesusahan seorang kawan. perihal anaknya yang perlukan bantuan kita. erk, jom tengok dulu gambar baby comel ni






ada perasan yang pelik?


Baby kecik ni nama dia Mu'az Firdausi. kalau perasan, ada sedikit tak normal. kecik dari baby biasa. kelahirannya awal dari sepatutnya. apa tu istilah, premature ape ntah, atau bahasa kampungnya (bab ni aku pro) baby tak cukup bulan. sekarang ni diberitakan oleh abunya (ayahnya) yang baby ni dah selamat dari kritikal dan survival ratenya juga tinggi. alhamdulillah. tengok video ni, comel je suara dia kan? ;-)







tolong apa?


si suaminya adalah pelajar di uk dan isterinya jauh di czech sana. isterinya masih belajar medic di tahun ke4 disana dan suaminya engineering di notts. yang jadi masalahnya, untuk tanggung kos inkubator ni, memang mahal. kalau kat malaysia boleh cecah beribu ringgit sehari, sini pun lebih kurang sama. cuma tukar ringgit tu kepada pound/euro. bertambah terbebanlah pasangan ini. bayangkan, 2 2 pelajar lagi... memang sangat2 terbeban


jadi, satu tabung telah dilancarkan untuk meringankan bebanan kawan kita ni. boleh salur kepada tabung yang telah disediakan iaitu


Account No : 31458272
Sort Code: 40-31-17
Account Name: MSM Appeal
Reference : Mu’az Firdausi



bagi yang di Malaysia,takde halangan untuk menderma. boleh contact sendiri dengan ayahnya (umbrella_86@yahoo.com) untuk mengetahui cara2 untuk ringankan bebanan.



tak kenal sangat



ku tak kenal pun isterinya,ayahnya pun pernah jumpa skali dua camtu. cuma terpanggil untuk tulis ni sebab terbaca di blog daus dan cha dan juga kena tag dalam facebook (nilah fungsinya blog dan facebook). kos yang hampir 35 000 pound (lebih dari rm 100 000) ni memang satu jumlah yang mustahil untuk dibayar oleh seorang pelajar, jadi, pakat sama2 kita tolong.



kalau sorang 35 pound, cuma perlukan 1000 orang je untuk cukupkan jumlah ni.
kalau tak mampu, bagi je berapa pun yang termampu.
tak mampu juga, tinggallah komen di blog ayahnya bagi semangat (link blog sini).
tak mampu juga, lepas baca entry ni, doa supaya perjalanan hidup sahabat kita ni dipermudahkan


petua nak kaya dari joegrimjow, makin banyak kita memberi, makin banyak kita dapat ;-)



semoga baby ni bertambah2 sihat dan ayah ibunya mampu menempuh ujian dari Allah ini. Ini masa mereka diuji yang perlukan pertolongan kita, bila time kita diuji, sudah pasti kita harap benda yang sama. pertolongan dari orang lain dan juga pertolongan dariNya.
kan?



pss : orang sheffield nak exam ni, salah satu cara untuk bersih diri adalah menderma. apa lagi kawan kawan. jom menderma. huhu. jangan lupa join contest hadiah besday alisya



Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

review blogger (2) : senarai mak mak yang kaya dan emak yang kaya dengan visitor

eherm eherm. entry pasal mak lagi. haishh. joe joe. ko ni pun, sabar, sbulan lebih lagi nak balik..... NAK BALIKKKKK!! tak macho lah macam ni... tak kisah la, jiwa anak bongsu sentiasa ada. ok, berkenaan dengan entry happy besday mak ni, ramai yang bagi msg wish ya? sronok mak di kampung membacanya. dia kata ada satu dua msg yang menarik. gaya2 macam perempuan je, siapkah itu? jeng jeng jeng. ok, lupekan pasal ini



majalah forbes



memang kalau nak dapat berita brita yang canggih2 ni, suka baca forbes. macam macam senarai ada. DSAI yang merupakan kawan twitter aku, yang memberi msg personal kepada aku (saja nak cakap) pun pernah tersenarai dalam forbes ni. ok, kali ini disenaraikan nama emak emak yang kaya di dunia.


fakta : 70 mak dunia ini memiliki harta berbillion dolar, tapi hanya 8 yang membinanya atas usaha sendiri



1 - Christy Walton

$22.5 billion

U.S.

janda anak satu

55 tahun




2) Liliane Bettencourt

$20 billion

France

janda anak satu

87 tahun




3 - Birgit Rausing

$13 billion

Sweden

janda anak 3

86 tahun




4 - Savitri Jindal

$12.2 billion

India

janda anak 9

60 tahun




5 - Abigail Johnson

$11.5 billion

U.S.

isteri orang anak 2

48



pss : nak tengok senarai penuh? sumber atas ni pon boleh klik sini untuk lanjut


perasan tak yang senarai bilionaire ni semuanya ibu ibu yang janda. itulah muhasabah kepada si lelaki, kalau sudah tiada, pastikan tinggalkan isteri dengan harta juga, baru isteri tak merana. tapi, kalau tinggal harta ilmu, lagi best kan? ajar cara sembahyang dengan betul, mengaji quran sama sama, berusrah sama sama. kan bahagia hidup tu


*senyum*



di malaysia, ada seorang emak yang juga kaya. tapi kaya dengan visitor dan reader dalam blog. baru sahaja mencecah ranking alexanya bawah 100 k (96,917) april juga menunjukkan jumlah pengunjung di blognya mencecah 100 ribu juga.


ini bermakna dalam sehari 3343 orang melawat blognya,

atau

dalam masa sejam sebanyak 139 pengungjung ke blognya,

atau

dalam masa seminit 2.3 orang melawat blognya,

atau

setiap 26 saat, akan ada seorang yang mengungjung blognya!!!!


mantap terbabow?
milik siapakah emak ini?


dia BUKAN seorang blogger
yang suka dedahkan aurat dalam blog
yang selalu mahu kejarkan glamer


tapi seorang isteri
yang setia menanti kepulangan suami yang merantau jauh

seorang ibu
yang menyemak sendiri keputusan anaknya belajar ke mana nanti

seorang blogger
yang berkongsi kasih sayang seorang ibu kepada blogger yang ibunya takde blog (aku la tu!!)



dia ialah

kak jie!!!
(ini gambar terbesar aku dapat)


http://www.kujie2.com/ - 96,917


thank u kak jie
coz make this blogging world more magical
teruskan berblog dengan mantap2 lagi
doakan kak jie supaya terus cemerlang dalam arena blogging



slamat hari ibu ;)


pss : hari ni dah post 3 entry!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

fakta nuffnang : ICU UCI klik klik amalan tidak sihat

nuffang mempunyai 2 cara berbeza untuk memberi keuntungan kepada pelanggannya.

1) mCPM - berdasarkan orang view blog anda, semakin ramai view (baca visitor), semakin banyak la earning yang dapat

2) CPC - berdasarkan berapa orang klik iklan yang diletakkan dalam iklan anda. semakin banyak orang klik semain gemok la nuffnang anda


gambar google



aku terkejut sebab hari tu dengan bangga aku bagi comment kat blog mr k mengenai entry yang dia buat nuffnang 'mewarning' kepadanya dalam email mengenai wujudnya kumpulan kumpulan yang 'i click u, u click i' (ICU UCI) ingatkan benda ini sudah satel, rupa rupanya belum. aku pun dapat email yang sama baru baru ini!



CPC


cost per click ini ada system yang boleh detact. jadi, tak ke bodoh (sorry terkasar) orang yang wujudkan team klik klik ni. dah dah tentu pihak nuffnang dapat detact. jadi group ni yang dahulunya siap invite aku dalam facebook ni cepat cepat la berubah. jadi pelanggan yang baik sikit!



assume tak tahu



ku yakin, ramai yang join group ini tidak tahu. hanya orang invite dan terus accept dan join. term and condition tak baca, dan terus klik klik. last last, keluarlah warning dari nuffnang kepada yang tidak join pun benda macam ini. kan itu namanya menyusahkan. bagi yang masih tak nampak, kita tengok 2 situasi berbeza ini



situasi 1



satu syarikat telah menggunakan nuffnang untuk iklankan produknya. nuffnang meletakkan iklan mereka ke dalam blog kita. datangnya group ICU UCI dan membuatkan keberkesanan pengiklanan di dalam nuffnang tidak berkesan. syarikat tadi menamatkan kontrak dengan nuffnang. nuffnang muflis, group ICU UCI ni jugak senyap




situasi 2



satu syarikat telah menggunakan nuffnang untuk iklankan produknya. nuffnang meletakkan iklan mereka ke dalam blog kita. group ICU UCI datang lagi dan kali ini lebih aktif. pekerja dalam syarikat ini perasan dengan kewujudan group ini dan report kepada nuffnang. nuffnang cuba sedaya upaya untuk membenteras tapi lebih banyak group ini yang tumbuh. syarikat tadi akhirnya menamatkan kontrak dengan nuffnang disebabkan ketidakberkesanan pengiklanan di nuffnang. nuffnang muflis, group ICU UCI ni jugak senyap untuk selama lamanya



nampak?


memang kita ada kuasa dalam hal ini. sebab kita adalah tukang promosi dan tukang kliknya. jadi jika kita salah menggunakan kuasa ini, kesannya kepada kita juga. kalau ada iklan yang elok, klik lah dan jika tiada, tak payah la. sekarang ni aku rasa semakin banyak iklan iklan yang menarik dalam nuffnang sendiri, terpulang kepada reader kita untuk mengeliknya atu tidak



hukum dalam agama


walaupun dalam agama kita tidak dinyatakan secara khusus 'hukum mengelik iklan dalam nuffnang dengan berniat mahu mencari keutungan adalah haram' tetapi kita boleh lihatlah sendiri yang agama kita melarang untuk berlaku zalim. tidak meletakkan sesuatu ditempatnya. samalah dengan menubuhkan group ini, kita telah berlaku zalim kepada nuffnang sendiri.


'takpe lah, CEO nuffnang bukan org kita, biarlah mereka rugi' sedarlah nabi tidak mengaku kita umatnya jika wujud sentimen perkauman dalam diri. periuk nasi orang, jangan dikacau!



jenayah di dalam internet


bagi yang mempunyai kelebihan di dalam internet, gunalah dengan sebaiknya. kalau gunakan kelebihan itu untuk menjahanamkan orang, sampai bilalah internet ini tidak akan aman. blog aku yang menggunakan hosting sendiri pun pernah di hack orang. tak tahulah kenapa ada orang jeles sampai macam tu. bukan blog popular pun. gengblogger pon pernah di hack orang. sampai bila mahu keadaan ini berterusan (nada serius?) sama samalah berubah!



pss : nada serius dengan muka ketat..... masih lagi muka ketat ni.... erk, tetibe tersenyum bila baca sesuatu. hehehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Joegrimjow dan duit-duitnya

ok, sebab ada seorang blogger (jard) dah semangat nak kawen hasil dari entry ni, dia minta untuk aku mendedahkan 'simpanan' yang aku mahu gunakan untuk kahwin. haha, tak sangka entry ini dapat menyuntik semangat orang untuk kawin cepat. bagus la tu, kan berdua lebih baik ;-)


sumber pendapatan


pound pound pound!


sumber pendapatan atau duit aku datang dari 4 jenis. biasiswa MARA, dari universiti, kerja part time dan herbalife. rasanya biasiswa yang paling menyumbang banyak. duit dari universiti, dieorang bagi 2000 pound untuk setahun. tu pun kalau dapat class 2.1 dan keatas r. untuk duit dari hasil kerja part time pula, tu memang duit aku la kan? herbalife pula, pendapatannya ikut semangat yang aku tunjukkan, rajin promote, banyak la income, malas? duit pun malas la nak masuk



(rm = pound darab 5.5)

duit mara sebanyak 650 pound sebulan
duit kerja part time 350 sebulan
duit herbalife antara 50 ke 300 pound sebulan (kat malaysia pula rm 500 ke rm 1500, pernah dapat rm 10 000 untuk 3 bulan kat malaysia, klik sini untuk baca)


duit dari MARA, sayang MARA, nanti i bayar balik ok ;-)




2 jam sehari, sabtu ahad tak termasuk, ok la ni!




jadi setiap bulan purata yang ku dapat 1150 pound






ke mana aku belanjakan duit ini?


duit rumah : 160 pound
duit gas/elektrik/air/internet : 100 pound
bil telefon : 35 pound
makan minum : 50 pound
hiburan : 50 pound
zakat dan derma : 100 pound
lain lain : 50 pound


total : 545 pound


jumlah simpanan 600 sebulan (dibundar kepada nilai terdekat)
untuk setahun 7200 + 2000 (duit universiti bagi)


jumlah simpanan untuk setahun adalah 9200!





zakat dan derma


ok, nak share sikit pasal zakat dan derma ni. senarai atas aku peruntukkan zakat dan derma lebih dari makan aku sendiri. haha. ini merupakan latihan terhadap diri sendiri. rasanya elok untuk kita buat latihan ini dan biasakannya sejak kita masih pelajar lagi. alhamdulillah rezeki Allah ada di mana mana, ku kira 2.5 % hasil pendapatanku. jadi lebih kurang 25 pound akan ku sedekah ke jalan Allah. untuk dapat lebih keredhaannya, ku biasakan dengan tambah lagi sehingga 4 kali ganda. jadi dalam sebulan kebiasaannya akan dermakan 100 pound


bukan nak menunjuk (nauzubillah)


ini adalah rezeki dari Allah, yang mana kalau kita belanjakan lebih kepada jalanNYA, rezeki kita akan bertambah. betul tak tipu. ku pernah buat eksperimen benda ni, semakin banyak ku derma, semakin banyak duit yang datang. kemana ku derma, tak payah la cakap dengan detail, tapi kurasa benda yang baik gini, terutama yang dapat biasiswa dari kerajaan, baiklah kita peruntukkan sebilangan duit kita untuk menolong orang. bila kita dah biasakan diri kita, nanti bila gaji dah berjuta, barulah tak kekok untuk kita terus memberi. dengan ini barulah agama kita akan terus maju!



perniagaan paling untung?


meniaga herbalife ke, kerja part time sebagai cleaner ke, duit bukanlah segalanya. ku petik 2 ayat dalam alquran yang Allah sudah tegaskan di dalam surah as-sof ayat 10 dan 11 yang berbunyi



[10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?


[11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)



mati bila bila masa saja. harta takkan bawa kemana. yang penting, kita belanjakan harta kita ke jalan yang betul jangan lokek untuk memberi kerana nanti, ganjaran berpuluh kali ganda yang kita akan dapat!



doalah supaya aku jadi sekaya saidina uthman yang membelanjakan duitnya untuk mendapat jalan syurga Allah....


~~~~


berbalik kepada simpanan, purata ku dapat sebulan adalah 600 pound. ok, 600 pound ni tak semestinya tepat sebab kadang kadang ku belanjakan untuk jalan jalan ke negara orang. jard tanya macam mana ku dapat survive dengan duit ini untuk kawin. ok, jom kita lihat satu persatu apabila aku dah kahwin nanti, macam mana dengan simpanan



2010

januari = simpan 600 pound
february = simpan 600 pound
march = simpan 600 pound
april = simpan 100 pound (cuti easter, jalan jalan)
mei = simpan600 pound


jun = simpan 300 pound (balik malaysia)



july = defisit 1000 pound (belanja kawin)
ogos = defisit 1000 pound (bulan madu kat eropah)
september = defisit 500 pound (alat make up dan shopping2 isteri)





oktober = ishtihar muflis




kekeke
nauzubillah!



ok ok, melawak je la. haha, sebab suruh ku buat, buat je la. yang penting, cari isteri yang pandai tambah duit bukan isteri yang habiskan duit. haha. itu yang penting.



jadi, adakah aku dah layak untuk berkahwin dengan duit yang dah ada sekarang?


melawak melawak juga, point penting jangan lupa ambil
;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

harga DUIT

si ayah merupakan seorang yang berjaya dalam hidupnya. memiliki empayar perniagaan yang cukup luas diserata dunia. kekayaan ini membuatkan dirinya merasakan bahagia dengan hidupnya. memiliki seorang anak berumur 7 tahun dan anak itu hanya mendapat kasih sayang seorang ayah disebabkan ibunya telah meninggal dunia ketika melahirkannya


satu sore yang malap


si anak merapati ayahnya. mahu bercakap dan bertanya tentang sesuatu. tahu yang ayahnya baru balik dari pejabat, memang jelas kelihatan ayahnya penat. umur setahun jagung itu hanya tahu ayah adalah seoarang yang patut di hormati dan di sayangi


'ayah...'


'ya, ada apa'


'aiman nak tanya ni'


'pasal apa?'


'pasal duit...'


'hahaha, kenapa pulak? kan ayah dah cukup kaya sekarang. tak payah la fikir pasal duit lagi. kecik-kecik tak elok fikir pasal duit'


si ayah merasakan begitu bangga akan dirinya


'gaji ayah sejam berapa ek?'


'bulan-bulan rm 90 000, kalau sehari, rm 3000, bahagi 24 jam... jadi maknanya kira kira rm 125 sejam. macam ayah duduk begini pun ayah dapat rm 125 sejam. kenapa tanya?'


'aiman nak rm100 boleh?'


si ayah terus bertukar wajah. rupa-rupanya ada udang disebalik batu pertanyaan itu. dengan campur pebat, nadanya terus berubah


'aiman nak buat apa ha? ooo, tanya ayah macam macam, rupa-rupanya nak beli alat mainan ya? dah banyak ayah beli mainan kat aiman, tak cukup lagi ke? ayah penat kerja hari-hari mahu besarkan aiman, bagi aiman makan, bagi aiman kemewahan, aiman senang-senang nak minta duit nak beli mainan? dah dah, pergi tidur. ayah takkan bagi!'



si anak terus berlalu ke bilik tidurnya tanpa sebarang kata


si ayah mula berfikir dan merasai dirinya melakukan kesilapan. tak sepatutnya dimarahi anaknya yang kecil itu. mungkin ada hal mustahak inginkan duit. tapi, apa benda yang mustahak sangat sampaikan mahu rm 100 darinya?


si ayah terus ke bilik anaknya


'dah tidur?'


'belum...'


'ayah minta maaf ya, nah rm 100 ayah bagi. jangan merajuk ek.'


'aiman sayang ayah!!!'


si anak bawa duit ke tabungnya. si ayah hanya memerhati. dilihatnya ada beberapa keping kertas duit anaknya pegang. si ayah jadi bengang kembali. anaknya yang berusia 7 tahun tu nak buat apa dengan duit yang banyak tu?


'itu banyak duit. napa aiman mintak dengan ayah lagi? nak buat apa ni?'


'ni ada rm 25 ringgit. campo dengan ayah bagi rm 100, cukup rm 125. boleh tak ayah luangkan masa dengan aiman sejam? kita makan malam sama-sama. aiman bayar gaji ayah sejam. ok?'



~~~~~



cerita atas idea asal dari email. ubah jadi melayu dengan guna bahasa sendiri. memang terasa juga kadang-kadang diri ni begitu lupa akan benda yang jauh lebih penting dari duit, walhal jauh dari penting dari segala-galanya. bagus jugak boleh ingatkan diri yang alpa ni.


terbaca jugak satu input yang menarik mengenai masa, kekuatan dan duit lawan umur. ishh, nak terang ikut ayat ni jadi tak paham, kita buat ikut perenggang


~duit~


~kekuatan~


~masa~



remaja
ada - masa, kekuatan
takde - duit


dewasa
ada - duit, kekuatan
takde - masa


tua
ada - masa, duit
takde - kekuatan



betul jugak idea ni, baru perasaan. bijak yang menemukannya. kan kan? sapa setuju angkat tangan!! sekarang ni aku syukur sangat sebab aku ada masa, kekuatan dan duit. ooopppss, bukan aku saja ok, kebanyakan yang belajar di oversea memang cukup kerajaan bagi duit. takde alasan takde duit. sejauh mana belanja tu, kena ukur sendiri la. bagi aku, memang dah terlebih-lebih cukup


tengokkan pula dengan duit yang dapat (mara bagi 650 pound sebulan, thank you mara!) memang besar tanggungjawab yang dipikul. cuma tergerak hati menulis entry mengenai duit ni bila melihat ada kawan-kawan yang lain begitu alpa dengan dunia sendiri. begitu tidak mahu memberi. hanya suka menerima... sumbangan? seciput pun mungkin tiada


sigh~~


kalau rakan dari sheffield yang baca ni, please la, buat la sesuatu yang menyumbang. banyak benda yang kita boleh dapat dengan belajar di negara orang ni. banyak benda yang boleh kita lakukan untuk menyumbang kepada orang ramai. perkara pokok kena ingat, kita belajar kat sini bukan atas result kita, tapi ketentuan dari allah. cuba fikirkan KENAPA dan MENGAPA allah pilih kita. bukannya ah chong dan padayappa. buat yang terbaik untuk agama, bangsa dan untuk diri sendiri. konpem takkan menyesal di kemudian hari.



JOM MENYUMBANG!!!!



psss...bangga dengan kebanyakan senior dari sini yang begitu kuat dalam aktiviti menyumbang ni. tabik springg kat korang!!



nota kaki : pernah dengar dari 'sumbody' yang saidina uthman (jutawan islam) akan belanjakan semua untung perniagaannya pada hari itu selewat-lewatnya petang itu jugak untuk jalan allah. AKU? nak bagi 10 pound kat masjid tiap2 minggu pun berat...

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW