Salam,
Terima kasih pada sha sha kerana share satu link mengenai penipuan yang sudah pecah tembelang iaitu satu skim yang menawarkan kereta mewah kepada pengedarnya. Skim yang mampu menarik nafsu muda remaja untuk ikuti ini akhirnya tumpas semalam dengan kecekapan pihak polis. Tahniah pada polis Malaysia
MLM
Satu modus operandi berbisnes cara baru ini sememangnya menjamin pendapatan yang lumayan kepada sesiapa sahaja. Kalau di negara luar, sudah banyak melahirkan beribu-ribu jutawan dan kalau di Malaysia sahaja, jumlah jualan tahunan bagi syarikat MLM ini mencecah 3 billion ringgit. Hebat kan? Memang sangat hebat. Sebab itu ramai yang gilakan MLM sekarang ini
Tujuan utama entry ini ditulis adalah untuk mengajak semua menjadi rakyat yang bijak. Untuk pengetahuan semua, Malaysia mempunyai lebih 1277 syarikat MLM yang berdaftar dan sehingga 10 june 2010 hanya 491 yang kekal. Jumlah ini mungkin akan berkurangan atau bertambah dan suka diingatkan, JANGAN TERJERAT DI SYARIKAT MLM YANG KEJAP MUNCUL DAN TERUS TENGGELAM. Jadi kali ini, beberapa tips yang ingin dikongsikan agar tidak terjerumus ke lembah yang rugi (acececeee)
Fakta MLM
1 - Check lesen Syarikat
Kemudahan internet sekarang ni memang cukup mudah untuk kita kenal pasti yang menipu atau tidak. Contoh datang seseorang ni untuk menjual produk kepada kita dan tawarkan kita skim cepat kaya, apa yang boleh dilakukan, mintak lesen syarikat mereka on the spot! Kalau ada, boleh jalan atau dengar, takde, syuhhh syuhhh. menipu! Boleh check disini untuk senarai MLM di Malaysia
2 - Pilih syarikat yang kukuh
Memang bagi syarikat yang baru, akan memancing pengedar baru dengan syarikat baru sudah pasti akan mendapat untung jika bermula sebagai yang pertama. Maka berduyun-duyunlah yang sertai. Tak sampai 5 tahun (yang sedih tak sampai 5 bulan) syarikat MLM tu pun entah kemana. Duit lesap dan air mata buat peneman. Ekekek. Jadi, saya syorkan, nak join MLM untuk tambah pendapatan, pastikan MLM yang anda join itu betul-betul stabil dan kukuh. Macam herbalife =)
3 - Fakta atau auta
Sekarang ni banyak syarikat MLM di Malaysia yang menawarkan skim ini skim itu. Jangan mudah terpedaya, suruh mereka keluarkan fakta. Contoh kalau mereka ada tawarkan kereta mewah (serius benda ni tipu) check kereta mewah tu betul-betul sah ada di Malaysia atau tidak. Kita ada macam macam kemudahan. gunakan saja. Kalau malas nak check, tanya terus dengan kementerian yang berwajib untuk check status fakta atau auta yang mereka tawarkan. Senang senang
done
Ok, itu sahaja dulu. Cuma aku nak kongsi, janganlah letak duit sebagai prioriti tujuan untuk hidup. Enjoy cari duit, enjoy kehidupan. Tambah ibadat supaya bila mati, kita dapat syurga. Kat sana, tak payah kerja cari duit, semua kita dapat apa yang kita nak.
pss : malam ni ke kuala lumpur lagi. esok ke shah alam untuk program MOC. huhu
15 ulasan:
MLM yang mengamalkan org bawah boleh ptg kekayaan org atas tu yang elok sebenarnye...
macam n di lala punyer, heee..
fid last posts bas yang bas! benar!
@fiD
herbalife pon sama
hehe
tak de semangat nak sertai mlm ni
semangat menegok ada lah...
semoga terus maju ya joe
terbaru dari saya : entah apa
zaman skrang orang pentingkan duit dari pahala...huhu
thanks for the link utk check company yg berdaftar...boleh i letak kat page di fb...i pun buat mlm jugak...
@a kl citizen
thx u
@Azuan
jgn termasuk golongan utu sudahla ye
@miss lily
sama2, no worries
salam joe,
feel free to read my post about MLM..
http://billyuniversal.blogspot.com/2010/07/im-tired-of-mlm.html
@Fared Isa
terus ku baca
haha..kena pandai pilih mlm la..jgn duk ikut nafsu je..bak kate org2 tua..Meniaga Larut Malam (MLM) ne bahaye..hahha
@Wan Haffiz
ekeke, meniaga larut malam
=)
joe, bile nk singgah uia? :)
@MuNsYi SaMa
uia mana ni?
Salam perkenalan dari saya...
Tak sangka kita dalam industri yang sama.. Sama-sama kita teruskan usaha walau berbeza wadah..
Catat Ulasan