Salam,
Terlalu sibuk sekarang ni sehinggakan tiada masa untuk online. Sekarang baru tahu, kenapa apabila seseorang itu sudah mempunyai kerja, perasaan untuk update blog menjadi kurang. Letih, penat, tiada masa, dan macam-macam alasan lagi membuatkan diri yang dulu rajin update blog, menjadi semakin kurang komitmennya terhadap blog. Aku sangat bersetuju, bagi yang masih belajar, adalah waktu terbaik untuk berblog. Tiada tekanan! Jadi kepada yang masih belajar, teruslah berblog sebelum anda sibuk sampai blog pun boleh lupa =)
******
Tuhan memang maha bijak
Dicipta tubuh badan manusia ini berpasangan. Mata, telinga, tangan, kaki semuanya dua. Anggota ini dijadikan dua untuk mengoptimumkan kerjanya. Tidak dicipta satu kerana diyakini tidak dapat berdiri dengan hanya satu. Tidak dicipta 3 kerana diyakini akan berlaku ketidakseimbangan. Tapi dicipta dua, untuk saling melengkapi
Jika tangan kanan tak dapat memegang botol yang besar, tangan kiri datang untuk membantu
Jika kaki kiri tidak mampu untuk melompat, kaki kanan menolong bagi henjakan yang lebih
Jika telinga sebelah kanan tak mampu mendengar, telinga kiri bantu untuk fokus pendengaran dengan lebih jitu
Jika mata kiri samar-samar memandang sesuatu benda, mata kanan menolong memberi penglihatan yang lebih jelas
Saling melengkapi!
Nick Vujicic, manusia yang luar biasa
Melihat kepada kehidupan, sememangnya lelaki dan perempuan diciptakan untuk bersama. Bersama dalam erti kata islam yang sah iaitu perkahwinan. Lelaki ada kelemahannya, begitu juga ada kelemahannya. Lelaki punyai kehebatan tertentu, perempuan tidak lupa memiliki kehebatan yang tiada pada lelaki. Apabila hidup berdua, mereka saling melengkapi
Dalam hidup, aku rasa sangat penting untuk mencari pasangan yang sesuai dengan diri kita. Maksud sesuai, jika si perempuan tidak suka jadi janda awal (siapa yang suka?) carilah yang bukan perokok. Jika lelaki yang lebih suka berada di rumah, carilah perempuan yang pandai masak sebagai pasangan. Bila pasangan yang 'sesuai' ini dicari, sudah pasti kehidupan akan lebih bermakna
Aku suka sentuh bab alam pekerjaan. Maklumlah, bila dah capai tahap kena kumpul duit sendiri, no more 'mak money' penelitian terhadap kehidupan perlu lebih jelas. Dalam konteks ini, bagi perempuan yang suka 'buat duit' tanpa bergantung harap kepada bos, perlulah memilih pasangan yang ok dalam hal ini. Sama juga dengan si lelaki tadi. Bagi yang bergelar doktor misalnya, sangat perlu pasangan anda mengetahui skop kerja dengan lebih jelas. perihal on call, perihal keluar kerja tak balik sampai 2 hari dan sebagainya. Bila pasangan tak memahami, mulalah porak peranda alam rumah tangga!
Sebab itu biasanya doktor berkahwin dengan doktor. kan?
Ok lah, kesimpulan kepada tajuk kita pada kali ini, berdua adalah jauh lebih baik. Aku sentuh bab hubungan yang halal sahaja iaitu perkahwinan. Hidup di alam perkahwinan, perkara yang paling penting adalah semasa mahu membinanya. Carilah pasangan yang bukan mahu dibuat main, bukan mahu hanya berseronok sepanjang masa, tapi pasangan yang boleh memacu kepada kehidupan yang lebih harmoni.
pss : nampak sangat ke aku nak kawin ni? Muahahaha