Share

Proses nak lupakan orang yang kita cintai

Jodoh sememangnya terletak di tangan tuhan. Sebab tu, tak semua yang kita mahukan – terutamanya bab pasangan ini kita akan dapat. Tapi percayalah, tuhan kita maha mengetahui, ada benda – perkara – masa depan yang sudah diaturkanNya yang jauh lebih baik Dia tentukan untuk kita.

'u dont get what u want, but u get what u deserve'

Kali ni aku nak fokuskan bab pasangan. Pernah tak dalam hidup korang yang orang yang korang cintai tu tak menjadi milik korang? Katakan dari sekolah lagi bersekolah sama, masuk U pon U sama, dah ikrar masa 1st year study kat U nak kahwin apabila dah tamat belajar tapi end up dia kahwin dengan orang lain. Pedih?

Ok, another case. Korang jumpa seorang ni di alam maya. Jadi rapat mungkin korang ada blog dan dia ada blog. Berkawan pulak ke facebook dan setelah bertukar no phone di twitter, maka korang berjumpa secara face to face. Korang rasa dia adalah THE ONE dan dia pun rasa begitu jugak. Ada chemistry antara korang berdua dan fikir memang korang akan kahwin dengan dia. Tapi sedih, ada halangan yang membuatkan hubungan dengan korang tu tak end up sebagai suami isteri. Sebaliknya dia kahwin dulu dan korang merana sengsorang

Ok, case lain case lain.

Korang diperkenalkan dengan somebody ni melalui orang tengah. Macam dah boleh go on dah, dah jumpa keluarga dah pun siap nak bertunang lagi dah. Tapi sebab jodoh dia bukan milik korang, end up dia kawin dengan orang lain dan korang join group yang merana tadi. Lagi sedih sebab utama berpisah tu sebab family. Family dia tak yakin dengan korang – jual burger contohnya untuk menyara anaknya. Fuh, yang ni lagi sadis

Cukuplah 3 situasi tu, korang boleh fikir yang pengakhiran ceritanya sama – korang tak dapat kahwin dengan orang yang korang cintai. U still with me?

Macam mana nak buat?

Haha, actually aku nak share kisah aku. Heh, walaupun umur takdelah tua mana, tapi aku miliki pengalaman yang banyak dengan hubungan yang tak jadi ni. Loser? Entahlah labu, yang penting aku nak share dengan korang apa yang aku buat. Eh, yang ni pengalaman lepas ok, sekarang ni aku not single and not availble. Wahaha. Jom kita tengok apa yang boleh dibuat


1) Cari kawan baik korang



Aku percaya setiap dari kita mempunyai kawan baik. Kawan baik yang ada masa kita susah atau masa kita senang. Yang sedia mendengar dan memberi pandangan positif untuk kita. Aku ada, korang ada?? Kalau takde, meh aku jadi kawan baik korang meh :p


Ok, lepas korang jumpa kawan baik korang tu, apa lagi – luahkan! Kecewa ni adalah satu perasaan yang akan menjadi kronik kalau korang tak luahkan. Aku yakin, cermin terbaik diri korang adalah kawan baik korang sendiri. Mungkin dengan pengalaman dia dengan korang – yang tidak mempunyai apa-apa pertalian darah akan memberi kata-kata yang korang perlukan disaat korang dikecewakan ni.



2) Sibukkan diri korang dengan cari duit



Ada sesetengah tu hubungan tak jadi disebabkan darjat berbeza. Cinta korang berdua tu tak boleh beli 'restu' dari si mak dan ayah pasangan korang tu. Dulu ada segmen DR LOVE yang aku tulis yang awek dia reject sebab dia penjual burger. Sadis sangat. Tapi kenalah bangkit. Jangan duk menonggeng layan sangat kecewanya tu.


Frust korang tu boleh dihilangkan dengan otak korang sibuk memikirkan benda lain. Percayalah, its work! Bila korang sibuk dengan urusan lain macam kerja – kerja – kerja, otak korang automatik akan selaraskan sedikit demi sedikit melupakan cinta yang tak jadi tu. Bukan saja korang dapat lupakan dia, tapi dapat duit lagi tuuu. Wuhu!!!



3) Call tuhan lebih kerap



'Ma asobamin musibakum illa biiznillah'

Segala musibah itu tidak akan berlaku jika tidak mendapat keizinan Allah. Percayalah bahawa ada ketentuan dariNya yang memang adalah terbaik untuk kita. Mungkin orang yang kita cintai itu tidak sesuai dengan kita – siapa tahu? Mungkin orang yang kita cintai itu akan jadi lain setelah kahwin dengan kita – siapa boleh duga?


Jadi, adalah baik untuk mengubat kekecewaan kita itu dengan berhubung lebih kerap denganNya. Sebagai umat Islam, kita beruntung kerana 5 kali sehari kita akan berhubung dengan pencipta kita. Untuk mengubat hati yang lara ini, keraplah berhubung dengan Dia dan minta yang terbaik dariNya untuk melupakan perkara yang menyedihkan tu.

Kalau korang ikhlas, akan ada jawapan yang hanya korang saja yang tahu


******

Time is the best healer. Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Kuatkan semangat untuk menempuh hidup mendatang. Nak kecewa tu boleh, tapi terbawa kekecewaan korang sehingga memudaratkan korang tu korang sendirilah yang tanggung. Aku akhiri entry ini dengan buka sebarang komen kat bawah. Ada pengalaman, silalah share ya. Last - #joegrimjowquote

'tino buke sore, jate buke sore, tok leh wak nih, wak molek lagi ake maghi'


pss : jangan lupa like dan tweet ya =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa ramai cikgu nak mengajar di Kelantan



Atas ni statistik untuk pertukaran cikgu mengikut negeri (amek dari fb kawan). Kalau korang perhatikan, permohonan masuk ke kelantan paling tinggi iaitu lebih 2000 permohonan dan sebaliknya hanya 83 orang yang memohon keluar. Yang lain korang boleh tengok sendiri. Mungkin statistik ini menjawab, kenapa begitu susah rakyat Kelantan yang apply nak mengajar di Kelantan dapat. Lepas 15 tahun, pun masih permohonannya belum dapat

Apa istimewanya Kelantan?

Entry ni aku akan kupas, kenapa ramai cikgu memilih untuk mengajar di Kelantan berbanding negeri lain. Ini pandangan sahaja, ada korang nak tambah, dipersilakan di ruangan komen ini ok. Jom kita baca kenapa ramai cikgu nak mengajar di Kelantan!!!


1) Cikgu-cikgu ramai berasal dari negeri Kelantan



Aku tak jumpa pulak statistik pecahan cikgu mengikut negeri. Tapi aku yakin, memang ramai cikgu diluar sana tu berasal dari Kelantan. Dulu aku belajar di Kuantan, jumlah cikgu yang berasal dari Kelantan lebih separuh kat sekolah aku tu. haa, ramai kan? Kat sekolah lain aku tak tahulah, tapi ini menjadi faktor utama kenapa ramai yang memilih untuk mengajar di Kelantan - sebabnya mereka asal dari Kelantan! Mestilah nak mengajar kat tempat sendiri ye tak?



2) Ramai cikgu kahwin dengan orang Kelantan



Walaupun orang Kelantan ni glamer dengan kahwin satu negeri, tapi masih banyak yang sebenarnya suka berkahwin dari negeri yang berlainan. Kalau benda ni terjadi, contohnya si cikgu tu perempuan berkenalan dengan seorang doktor dari Kelantan, dah kahwin kalau suaminya tu orang Kelantan, mestilah nak tinggal di Kelantan ye tak? Takkan nak berpisah dengan suami. ooh, siksa batinnya ok!



3) Taraf hidup di Kelantan yang lebih rendah



Kat Kelantan ni taraf hidupnya kira masih ok berbanding dengan negeri lain. Aku kata ok tu sebab sekarang ni dah semakin naik ok. Santan tu (walaupun tak selalu beli) dah cecah RM 8 sekilo. Tapi mungkin kos lain seperti rumah yang lebih rendah, maka ramai cikgu yang suka mengajar di Kelantan kononnya mahu berjimat duit. Nak ke sabah sarawak jauh pulak kan, jadi pilih kat Kelantan je lah




4) Persekitaran negeri Kelantan yang lebih islamik



Cabaran untuk pendidik ni selain mengajar mata pelajaran utama di sekolah, menjadi tanggungjawab mereka untuk mendidik akhlak anak murid mereka jugak. Kalau compare Kelantan dengan negeri lain, lebih senang untuk mendidik akhlak anak murid kerana faktor hiburan di luar tak banyak. Ape je yang ada kat Kelantan ni, wayang pun takde. Sebab tu time cuti sekolah ni, nak main bowling memang kena tunggu lama lah. hiburan tak banyak. Bila hiburan tak banyak, anak murid akan lebih fokus dan kerja cikgu pun bertambah senang. haaa, maka berduyun-duyunlah cikgu yang bukan berasal dari Kelantan pun nak mengajar kat negeri ni. kan kan?

:p





********

Apa-apa pun, sebagai cikgu, korang kena jalankan tanggungjawab tu tak kira kemana korang kena 'campak' Aku ada kawan yang habis je posting kena bertugas di Sarawak. huh, mencabar gila ok. Tapi dia terima je tawaran tu (campo dengan terpaksa) atas dasar tanggungjawab. Sekarang ni hari-hari duk check in naik bot lah, naik sampan lah. hehe. best kot pengalaman macam tu

Apa-apa pun, aku kat negeri Kelantan ni, mengaluk-alukan cikgu-cikgu untuk mendidik anak remaja negeri aku jadi orang yang berguna suatu hari nanti =)


pss: malam ni dah balik kb. wuhu!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Happy birthday Muk Muk

Sepatutnya nak balik Kelantan malam ni, tapi hari ni cuti, habis semua program tergendala. Nak beli barang kena tangguh sebab Herbalife Office tutup hari ni. Nak tak nak kena jugak balik esok! Jadi, kesempatan dah bercuti ni, dari putrajaya aku ke Seremban untuk menyambut birthday muk muk, anak sdare lelaki kesayangan aku. wahahaha!

Ada 12 orang anak saudara, 9 darinya adalah lelaki! Memang sangatlah ramai. Abang aku yang kat Seremban tu ada 5 orang anak, 5 5 nya adalah lelaki. Datang je KL, mesti ada birthday party untuk anak dia. haha, memang meriah betullah. Hari ni birthday party muk muk, kire dia ni anak saudara kesayangan aku jugaklah. Kenapa? ada kisah dia!


Muk muk dan papa joe



Dulu masa dia umo kurang dari setahun rasanya, aku pulak baru nak fly ke UK, lepak kat rumah abang aku di Seremban tiba-tiba kena jadi baby sitter. Masa tu muk muk tak boleh nak berjalan lagi, perangai pun korang pahamlah, budak kan memang suka menangis je lah. Tapi yang specelnya muk muk ni, bila aku pergi ke peti ais, bukak peti ais - buat gaya ala-ala nak masukkan dia dalam peti ais tu, dia gelak bukan kepalang. Memang sejak tu jadi sayang lebih kat dia sebab teringat peti ais, teringat kan dia. haha, boleh alasan macam tu?

Tapi sekarang ni, dia dah segan-segan dah dengan aku. Mungkin dah lupa kenangan manis papa joe dia nak masukkan dia dalam peti ais tu ;)

Jom layan gambar je lah

Kek nak angry bird je


Aku kelihatan khusyuk makan disitu



Upacara memotong kek


Abang aku cuba nak beromentik


Mak aku menyuap muk muk


anak sdare pompuan aku yg paling menggoda + mengada!


Abang aku memang dah takde tempat lain nak buat, mesti buat kat Oriental Park ape ntah nama dia. Kat Seremban 2. Memang ok makanan situ, servis pon ok sebabnya memang selalu kot makan-makan keluarga kat situ. Kali ni specel skit, sebab papa joe die Herbalife bagi banyak bulan lepas, papa joe die yang belanje hari ni. wohoho. Thx u Herbalife =)

Muk muk ni nama dia Wafi, panggil muk muk tu sebab dia gemuk dah skarg. Dia tak makan nasi ok, makanan dia coklat dan kek je. kalau bagi kek, fuh, separuh kek tu boleh dia makan sorang-sorang. Tadi jumpa dah nampak ok sikit, turun skit kot. Kalau tak sebelum ni, memang MUK MUK la :p

Ok, sampai itu sahaja. terima kasih sebab sudi baca


pss : tengok puss in boots tadi, terbaiklah!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kosmo! Harimau Muda malukan negara



ZOOOM





zooom lagi





Zooom lagiiiii


WHAT?????

Aku tak paham apa yang nak dimalukan dengan kekalahan kita semalam. Dah jadi pasukan 12 terbaik Asia tu dah membanggakan kita sebenarnya. Memang banyak lagi yang perlu diperbaiki, tapi dengan sindiran/kata-kata macam ni memang mematahkan hati si pemain. 

Aku harap pihak Kosmo tarik balik berita ni!


Kalau tak mampu menyokong ketika kalah,jgn bersorak ketika menang


Ada video yang sangat menarik untuk dikongsi dengan korang - pemain ke 12 Malaysia!!! Terima kasih kepada Ultras Malaya menjadi wakil kepada kami yang tak sempat nak bagi sokongan di stadium





Ini baru peminat namanya!!


pss : Masih ada peluang Malaysia untuk layak? 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Memahami perjalanan #HarimauMuda ke Olympics London 2012

Bola sepak adalah pertandingan yang menjadi tumpuan untuk mana-mana acara sukan. Kalau ada acara sukan besar seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komenwel ataupun sukan terbesar - Sukan Olimpik, bola sepak dikatakan ibu segala pingat. Tempoh hari, kita menang pingat emas sukan SEA dalam bola sepak kepuasannya seolah kita dah menang sukan SEA secara keseluruhan. Setuju?

Olympics London 2012

Acara sukan terbesar ini boleh kita banggakan sebab dengan sekian lama, barulah sekarang ni pasukan bola sepak kita berada di kelompok 12 terbaik Asia. Korang tahu tak perjalanan #HarimauMuda ke Olympics london 2012 ni macam mana? Kalau korang tak tahu, meh aku ceritakan =)

Siapa yang akan bermain di Olimpik?

Sebanyak 16 pasukan terhebat dari benua masing-masing akan bertanding. Macam Asia, akan ada 3 wakil tempat untuk direbut sebagai wakil Asia ke Olimpik nanti. Sekarang ni, dah ada 6 pasukan yang dah berjaya mara. 
  • Great Britain
  • Brazil
  • Uruguay
  • Spain
  • Switzerland
  • Belarus
Tinggal lagi 10 tempat untuk direbut. Termasuklah 3 dari Asia. Ok, jom kita tengok, bagaimana perjalanan #HarimauMuda yang penuh berliku-liku untuk berjaya mara ke sukan Olimpik ini. Aku percaya, korang mesti berbangga dengan pencapaian kita setakat ini!!!


Pusingan pertama


Sebanyak 35 pasukan dari Asia bertanding. Pasukan ini dibahagi kepada 2, 13 terbaik mengikut ranking sukan olimpik beijing 2008 macam kat atas ni akan dapat by untuk pusingan pertama. 22 yang lain akan berlawan satu sama lain dalam perlawanan kalah-mati. 

Alhamdulillah, Malaysia yang dijadualkan lawan dengan Pakistan tempoh hari berjaya menang!



Untuk pusingan pertama ni, Malaysia sememangnya menjadi negara pilihan untuk menang. Tapi kalau korang tengok kat atas ni, Thailand dan Indonesia yang menjadi negara pilihan pun kalah! Ini menjadikan kita satu-satunya dari ASEAN berjaya mara. Bangga? aku bangga ok. Tapi perjalanan masih jauh. Pusingan kedua pulak!



Pusingan kedua

Pusingan kedua pun kalah mati. Untuk pusingan kedua ni, Malaysia bukanlah negara pilihan untuk menang. Memang nasiblah untuk bertemu dengan mana-mana negara yang jauh lebih hebat termasuklah jaguh Asia seperti Jepun, dan Korea Selatan. Tapi nasib baik, kita bertemu dengan Lebanon. Dari segi ranking, memang Lebanon jauh di atas Malaysia tapi sebagaimana korang tahu, kita menang lagi!!!



Menjadi 12 terbaik ASIA!!!

Sebab tulah, dengan menang dengan Lebanon ni, Malaysia menjadi antara 12 terbaik di ASIA. Hebatkan? Memang hebat!



Pusingan ketiga

12 pasukan terbaik ini dibahagi kepada 3 kumpulan, 4 negara setiap kumpulan. Malaysia kiranya berada di pasukan killer jugak sebab bersama dengan Jepun dan Syiria. 3 juara kumpulan akan mendapat tempat  untuk pusingan akhir ke Olimpik. Dengan kekalahan berturut-turut dari Jepun dan Syiria, memang Malaysia dah dilihat tak mampu untuk menjadi juara kumpulan. 

Adakah berhenti setakat itu sahaja?


Keputusan kumpulan C setakat ini


TIDAK, masih ada peluang!

Sekarang ni, untuk layak ke Olimpik London 2012, Malaysia perlu menjadi naib juara kumpulan. Ini kerana, naib juara kumpulan akan berlawan antara satu sama lain dan juaranya akan berlawan untuk merebut satu-satunya lagi tempat di Africa : AFC - CAF Playoff 

Nak tak nak, Malaysia kena menang dengan Bahrain malam ni, untuk menghidupkan peluang kita jadi naib juara kumpulan. Dah menang dengan Bahrain, kita perlu fokus untuk menang dengan Syiria dan mengharapkan jumlah gol untuk menjadi naik juara kumpulan. Harap-harap kita menang, dan menang dengan menang besar!

Perjalanan berliku, tetapi ia perjalanan yang #HarimauMuda kena tempuhi. 

Good luck #HarimauMuda - ngauuuUUUmmmm


update :

Malaysia kalah 3-2.Nak tahu macam mana Malaysia bleh layak ke Olimpik lagi? kita kalahkan Jepun, Syiria dan Bahrain untuk 2nd leg nanti, Jepun kalahkan Syiria dan Bahrain dan Bahrain lawan syiria nanti seri. Mustahil? Bola tu bulat, kalau 5 minit boleh 3 gol, xkan kat atas ni xleh terjadi kan? positif je lah.  


pss : Final Olimpik nanti akan diadakan di Wimbley Stadium - tak dapat bayang perasaan bila Malaysia lawan dengan Spainyol atau Brazil nanti, Go go #HarimauMuda!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Hadiah terbaik sempena Maal Hijrah

1 Muharram 1433 Hijrah

Tarikh ni memang tarikh keramat bagi kita. Hari pertama dalam tahun 1433 Hijrah. Apabila sebut tahun baru, ramai yang menetap azam baru dan berkira-kira sama ada azam yang lepas dah ditunaikan atau belum. Aku menyeru kepada pembaca blog ini, sama-sama kita bagi hadiah terbaik untuk diri kita sebagaimana yang sepatutnya kita dapat



Perubahan sikap kepada yang lebih baik!!!


Berubahlah menjadi seorang yang baru. Sentiasa positif dengan hidup. Selalu dahagakan kejayaan. Semoga apa yang kita azam pada hari ini, diiringi dengan perancangan yang jitu, kita mampu menjadi
  • Anak yang lebih berguna untuk ibu
  • Ahli kominiti yang lebih berguna untuk masyarakat
  • Rakyat yang lebih berguna untuk negara
  • Orang yang lebih berguna untuk bangsa
  • Dan yang paling penting - seorang ummat yang lebih berguna untuk agama Islam

Salam Maal Hijrah dari joegrimjow

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Keluarga baru Apple - iPhone4S!

iPod, iPhone, iPad, iMAC, MacBook - sebut je barangan Apple mana aku tak beli, semua aku beli! Orang kata barangan Apple ni mahal, bagi aku dengan kualiti + friendly user aku dapat, harga tu tersangatlah murah. Aku ambik contoh dulu aku beli laptop Acer, tak sampai 3 bulan pakai dah kena suruh kawan format sebab masuk virus. Tapi sejak pakai MacBookPro ni, memang dah hampir 2 tahun pakai satu virus pun tak pernah masuk. Performance masih lagi ok macam beli yang pertama dulu. Harga mahal sikit takpe asalkan kepuasan yang kita dapat!


iPhone4s!!! -pakai line DiGi-

Semalam pergi Low Yat, plannya nak usha iphone4s yang katanya dah masuk pun kat Malaysia ni. eh, bukan secara officiallah, dieorang beli dari US dan jual kat sini. Tengok-tengok, memang ada dijual dan bertambah gelojak nafsu aku memang ada stok sekarang. So, kalau nak, bagi duit dan terus dapat!

Kena aku bagitau kat korang, aku ni kalau berbelanja memang jenis yang berhati-hati. Bukan kedekut, tapi bila kita dah kerja sendiri ni, memang duit tu antara prioriti yang amat penting. Kalau masa student bolehlah nak pow kat mak bapak kan? Dah kerja ni, umo pon dah 23 dah kalau nak pow lagi, terjun bagunan je lah! Memang aku fikir masak-masak sebelum nak beli ke tak - keputusannya, aku beli!


Kenapa aku beli?

Yang aku pakai sekarang ni iPhone3g. dah 3 generasi tertinggal dah. Nak update IOS 5 pun takleh support dah. Memang kena tukarlah. Lagi satu, tabung untuk barangan Apple ni memang dah cukup dah, tunggu masa untuk beli je. Oh, aku ada 3 tabung,  satu tabung untuk Apple, satu tabung untuk kawin dan satu tabung untuk bercuti. Setiap bulan mesti masukkan rm 200 untuk setiap tabung tu. heh, memang cukup sangatlah tu =)

Dan kini, iPhone4s dalam genggaman, waha!!!





Nak review ke?

Haha, tak payah la nak review bagai sebab ni bukan contest pun kan? hehe. Cuma nak komen pasal bateri, tak tahulah orang kata iPhone4S ni cepat habis bateri, bagi aku biasa je. semalam dalam pukul 4 petang full charge, surf2 website yang super laju, tweet-tweet kawan,streaming video, tangkap video yang memang tersangat jelas, sampai sekarang pukul 9 pagi masih ada 61% bateri. Ok lah tu. 




Apa yang best?

Paling best adalah Sirilah. haha, memang teruja gila aku dengan Siri ni. semalam tanya macam-macam soalan kat dia. Umo berapa (boleh dia balas balik kenapa tanya?), macam mana nak pergi alamanda (memang map malaysia dia tak support) dan paling best, aku tanya - Who is Najib wife - dia jawab, google untuk cari jawapan. haha. sangat best ok. Tapi yang kurang masyuk, pronounce kena betul, kalau tak memang susah jugak. Najib jadi not geeds???




Yang lain, macam nak set up reminder, nak masukkan event dalam calendar, nak reply msg (dalam englishlah) memang sangat efficient. Aku harap ada lah geeks dari Malaysia ni buat dalam bahasa melayu cepat-cepat sikit. Tak sabar nak cakap bahasa melayu ok dengan Siri ni. hehe. Tapi kan, Siri ni memang seorang yang humble dan boleh dikatakan agak lucu, tengok perbualan aku dengan dia





aku : are u pretty?
Siri : no comment

aku : why?
Siri : i dont know. Frankly, i've wondered that myself

LOL!!!


Harga?

Aku check kat internet harga kat Malaysia dalam 2690, tapi semalam pergi Low Yat memang tak jumpa harga tu. Last aku beli dengan harga RM 2850, dapat freebies banyak jugaklah dia bagi. Amek je lah joe sebab dah terdesak nak sangat. Ni yang 16gig, 32 gig takde stok. Dulu iPhone aku 8 gig pon tak penuh, ok dah tu 16 gig. hehe. Suggestion aku korang nak beli ke tak? 

BELILAHHHH :p

Keputusan untuk contest Samsung Galaxy S2 dari Beta.my dan Mynewshub.my tak keluar lagi. Harap-harap menang. phone tu kakak aku yang nak beriya sangat. Adik nak beli kat kakak tak mampu sebab dah beli untuk diri sendiri dulu, join contest oranglah harap-harap dapat menang. korang support okeh entry aku ni, siap ada video hitler lagi!!! baca entry tu disini


pss : thank u Herbalife, bukan sahaja bagi aku kesihatan, juga ajar aku macam mana nak 'menabung untuk beli impian' aku

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Jangan biarkan sperma anda tersesat

Serious Lawak!!! Harap korang paham lawak yang ingin disampaikan =)








btw, aku ada kat Putrajaya sampai 28hb ni. Ada nak satelkan projek 1komuniti 100kg. Satu lagi projek untuk turunkan berat badan rakyat Malaysia yang semakin gemuk ni. Doa-doalah dipermudahkan segalanya

pss : kat kelantan siang malam hujan, putrajaya boleh cerah pulak!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wordless Wednesday : Add Maths 2005


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Khairul Fahmi Che Mat, Baddrol Bakhtiar dan bola bergolek masuk gol

Ibu segala pingat adalah milik kita - Malaysia! Tahniah #HarimauMuda kerana menyumbang pingat yang sangat penting dalam acara SEA games ini. Bola Sepak! Perlawanan yang penuh dramatik, memang serius siapa yang tengok boleh kecut perut. Ketinggalan di minit ke6 lagi, Malaysia berjaya bangkit dan membawa perlawanan sehingga penalti. Ketangkasan penjaga gol terbaik Malaysia pernah ada - Khairul Fahmi Che Mat dengan penyudah yang sangat miracle dari kapten pasukan, Baddrol Bahtiar, Malaysia menang keatas Indonesia

Garuda dibaham Harimau!!!


Khairul Fahmi Che Mat dan Baddrol Bakthiar






2 pemain ni sememangnya layak menerima pujian lebih dari kita. Selain beraksi cemerlang 120 minit, meleret sehingga ke penalti, 2 key player malam inilah yang membawa Malaysia memenangi pingat emas malam ni. Tahniah dan tahniah!


Gol yang super lawa yang last tu dari kapten pasukan kita


Bola ditendang




Menuju laju ke arah penjaga gol. ALAMAK!!!




Penjaga Gol Indonesia dapat tempis......




Tapi bola tu.... seolah bergolek ke gawang gol Indonesia





Dan... dan... dan....





MASUKKK!!!!!!





Malaysia Menang dengan gol yang paling stylo!!!!



Apa-apa pun, selain 2 orang pemain kat atas ni, kesemua pemain Malaysia termasuk coach layak menerima pujian dari kita. Tahniah Malaysia, rabu ni lawan syiria pulak, jangan lupa kita baham Syiria pulak untuk berjaya ke Olimpik!!! 

Malaysia Boleh!!!


pss : jangan lupa like dan tweet kalau korang pon excited terlebih!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

AKU terima NIKAHNYA

The little old couple walked slowly into McDonalds that cold winter evening. They looked out of place amid the young families and young couples eating there that night. Some of the customers looked
admiringly at them. You could tell what the admirers were thinking.

"Look, there is a couple who has been through a lot together, probably for 60 years or more!"

The little old man walked right up to the cash register, placed his order with no hesitation and then paid for their meal. The couple took a table near the back wall and started taking food off of the
tray.

There was one hamburger, one order of french fries and one drink. The little old man unwrapped the plain hamburger and carefully cut it in half. He placed one half in front of his wife. Then he carefully
counted out the french fries, divided them in two piles and neatly placed one pile in front of his wife. He took a sip of the drink, his wife took a sip and then set the cup down between them.

As the man began to eat his few bites of hamburger the crowd began to get restless. Again you could tell what they were thinking. "That poor old couple. All they can afford is one meal for the two of them."

As the man began to eat his french fries one young man stood and came over to the old couples table. He politely offered to buy another meal for the old couple to eat. The old man replied that they were just fine. They were used to sharing everything.

Then the crowd noticed that the little old lady hadn't eaten a bite. She just sat there watching her husband eat and occasionally taking turns sipping the drink. Again the young man came over and begged them to let him buy them something to eat. This time the lady explained that no, they were used to sharing everything together.

As the little old man finished eating and was wiping his face neatly with a napkin the young man could stand it no longer. Again he came over to their table and offered to buy some food. After being politely refused again he finally asked a question of the little old lady.

"Maam, why aren't you eating? You said that you share everything. What is it that you are waiting for?"




She answered, "The teeth".

********

20.11.2011 

Satu tarikh yang sangat unik. Cuti sekolah, tarikh unik. Dapat tahukan apa yang sering terjadi - KAHWIN! Hari ni dapat terima jemputan kahwin di Tanah Merah, sepanjang perjalanan dari rumah - lebih kurang 50km, ada aku rasa 5 ke 6 buah rumah yang tengah pasang khemah dan orang ramai tanda tengah kenduri besar. Kemungkinan besar adalah majlis kawin!


Kongsi segalanya!

Tertarik dengan kisah kat atas, walaupun terbahak aku ketawa baca ayat last tu, tapi ada unsur sweet yang sungguh sweetlah. Sampai gigi pun nak share? memang hebat! Sebab ramai yang kahwin pada hari ni, suka aku nak ingatkan peratusan cerai di Malaysia sangat tinggi. Dah lafaz kalimat - aku terima nikahnya - kenalah laksakan tanggungjawab dengan betul. lelaki, perempuan, sama-sama bina mahligai sehinggalah ke akhir hayat. semoga berbahagia joegrimjow ucapkan =)


pss : jangan lupa cadangkan nama aku untuk contest samsung galaxy s2 ni ok. isi poll disini. sayang korang yang tolong isi :p

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Adakah berat akan naik selepas berhenti consume Herbalife?

Segmen Herbalife datang lagi! Kalau korang nak baca post mengenai Herbalife, kat tepi tu aku dah sediakan ruangan entry lepas-lepas khas untuk Herbalife. Memang plan dalam sebulan aku akan tulis 1 entry mengenai orang dah berjaya dapat berat ideal mereka, 1 entry pasal peluang perniagaan Herbalife dan  1 entry tentang soalan lazim yang aku dapat. So, entry ini dalam soalan lazim yang aku terima. Harapnya dah jawab ni, takdelah orang tanya kali kedua-ketiga-keempat dan kesepuluh juta kat aku. heh. layan je lah joe


Adakah berat akan naik selepas berhenti consume Herbalife?

Sebelum aku hurai lebih lanjut, cuba tengok video ni dulu




Video ni sempena ulang tahun ke-5 Herbalife tersenarai di NYSE - Bursa Saham New York. Untuk tersenarai kat NYSE, sesebuah company tu mestilah kukuh. Maksud kukuh tu betul-betul kukuh, dari segi jualan, etika dan segalanya kena telus. Kat sana juga ada banyak bahagian industri, teknologi, pembuatan, ubat-ubatan, pakaian dan banyak lagilah. guess what, Herbalife tersenarai kat bahagian 'Food Industries - MAKANAN'


Konsep Herbalife yang perlu difahami

Bila cakap pasal makanan, ia adalah sesuatu keperluan. Kalau tak makan, kita akan mati. setuju? Jadi, jangan salah faham dengan Herbalife yang produk ini adalah slimming prodcut. Kita bukan ubat yang bila makan, boleh jadi slim seslim-slimnya. tak. Kita adalah makanan. Makanan yang hari-hari badan kita perlukan. Apa yang membezakan produk Herbalife adalah - ia kaya dengan nutrisi tetapi sangat rendah kalori!



Aku amek contoh roti canai yang biasa kita makan hari-hari. 95 g sama macam sekeping saiz standard roti canai, makan sebijik, tak campo kuah kari ok, cuba tengok berapa nutrisi dia



301 calories! Purata rakyat Malaysia hanya bakar 1200-1800 calories sahaja sehari (depend pada usia, saiz badan, jentina) Kalau korang pagi-pagi dah bedal 2 roti canai + kuah kari + teh tarik, dah consume 700-800 calories. Tengahari, malam, takkan tak makan ye tak? Sebab tu dalam satu kajian, purata rakyat Malaysia makan sehari adalah 3000-3500 sehari! Mana tak jadi gemuk sebab makan lebih, bakar kurang!


Herbalife datang sebagai penyelesaian



Satu shake product Herbalife hanyalah 180 calories sahaja. Kenyang + kaya nutrisi + rendah calories. Ada 18 jenis nutrisi dari vitamin A sampailah garam mineral lain, semua cukup lengkap. Orang tanya, macam mana boleh buat tinggi nutrisi tapi calories rendah? Jawapannya saintis dalam Herbalife ni bukan sahaja terdiri daripada saintis yang ada phd, yang ada nobel prize pon ada. Kalau korang rajin, tengoklah siapa pencipta produk ni, memang orang-orang yang hebat belaka. So, tu memang dah kerja dieorang, kita just makan je


Lepas berhenti, akan naiklah badan ye?

Tiada jawapan yang betul untuk soalan ni. Kenapa? Ia bergantung pada korang. Ada yang stop ambik Herbalife setelah dapat berat badan ideal dia, control makan, amalkan kehidupan sihat, sampai sekarang berat dia tak naik-naik. Tapi, ada yang dah dapat berat badan ideal, stop amek Herbalife dan kembali kepada kehidupan dulu, pagi roti canai atau nasi lemak, tengahari KFC atau McD, malam nasi dengan 3 jenis lauk lain, memang akan naiklah!

Jadi, korang jangan takut, stop consume Herbalife, memang berat korang tak kan naik kalau korang pandai jaga. Masalahnya, nak jaga tu yang susah tu. Mana nak cari kalori rendah tapi kaya nutrisi. Memang Herbalife la jawabnya ;)


Ko masih minum Herbalife lagi ke joe? Sampai bila nak stop?

Ya, dah hampir 4 tahun lebih aku consume Herbalife. Bila nak berhenti? Memang takkan berhenti untuk selama-lamanya! Sekarang aku just amek waktu pagi, sekarang ni mak aku pon turut minum sama-sama dengan aku. Pagi-pagi dulu sibuk cari nasi berlauk, sekarang dah tak payah. Duit minyak tak payah keluar, duit nasi berlauk dah jimat. Korang bleh rasa sendiri, minum Herbalife ni sebenarnya duit korang akan lebih jimat =)


********


Berita baik untuk orang Kelantan!

Esok - 19hb 11, 2011 aku dah jemput seorang Medical Doctor dari Kuala Lumpur untuk bagi penerangan lebih terperinci pasal produk ni. Kalau korang nak tahu lebih detail, macam mana produk Herbalife ni dan bagaimana nak mulakan perniagaan ni di Kelantan, bolehlah datang esok kat Hotel Grand River View. Memang dari A sampai Z korang bleh tahulah, dari mulut doktor lagi tu!



Aku kenal Dr Khadijah ni dah lama. Dulu dia pun berbadan besar jugak. See, doktor pon kalau tak amalkan gaya hidup sihat memang berat pun akan naik. Dengan bantuan Herbalife, dia berjaya menurunkan berat badan dia. sekarang umo dah separuh abad dah tapi kalau korang tengok macam kakak-kakak je rupanya. hehe. Dia dah bantu ramai turunkan berat pesakit dia, so esok adalah paling tepatlah untuk orang Kelantan datang untuk belajar. Kat Hotel Grand River View - tepi sungai Kelantan. Terbuka untuk semua, datang jangan tak datang =)

Jumpa esok, woho!!


pss : best ok dah turun berat badan ni

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tanggungjawab menjadi BELIA di Malaysia

Belia di Malaysia dikategorikan yang berumur 18 hingga 40. Termasuk dalam lingkungan umur ni, tahniah, korang adalah belia! Untung berada di Malaysia, kerajaan kita memang prihatin dengan belia di negara ni. Banyak peruntukan diberi untuk memperkasakan belia-belia di negara kita. Peruntukan bukan sahaja dari segi wang ringgit, malahan bantuan latihan demi latihan juga diberi. Untungkan?


Tanggungjawab menjadi belia

Pemimpin di negara kita sudah pasti akan bertukar tangan bila sampai masanya nanti. Siapa yang akan menjadi pemimpin yang akan mencorakkan negara kita terus menjadi negara maju - KITALAH! Justeru, tak kira apa latar belakang kita, masih belajar, bekerja di sektor kerajaan, swasta, kerja sendiri, bisnes, free lancer atau apa pun kita - menjadi tanggungjawab kita untuk mensiap siagakan diri menjadi rakyat yang menyumbang kepada negaranya


Sistem E-Belia

Kemajuan dunia teknologi sekarang sememangnya tidak seharusnya kita meremehkan kepentingannya. Amat penting untuk setiap perinci maklumat dapat kita peroleh. Persoalan dapat atau tidak mungkin sudah tidak relevan dengan dunia maju sekarang, persoalan CEPAT atau LAMBAT itu lagi penting! Jadi, untuk tidak menjadi belia yang sentiasa lambat menerima info dari kerajaan atau mana-mana agensi, sistem E-Belia diwujudkan!


Klik gambar untuk mendaftar


Aku dah daftar, tak sampai 2 minit isi semuanya. Make sure bila dah lengkap, korang simpan kata laluan tu.


Gunakan kemudahan E-Belia

Dengan adanya sistem E-Belia ini pihak Kerajaan terutamanya pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dapat mengenalpasti segala kekurangan yang perlu diperbaiki bagi memantapkan lagi pembangunan belia di Malaysia mengikut cita rasa belia masa kini-CITARASA KITALAH. Sistem ini adalah amat penting bagi membantu belia menyuarakan kehendak dan keperluan mereka melalui Pendaftaran Profil. Serius cukup cepat nak daftar tu

Apa lagi, jom daftar sekarang!! (klik pautan ni untuk daftar)


*********


Sebelum korang tengok bola Malaysia lawan Indonesia malam ni, bolehlah join contest ni. Ada beberapa jam lagi sebelum contest ni tamat. Untuk join, baca syarat kat bawah ni. senang je
  • Tulis satu entry mengenai e-belia, tajuk dan cara penyampaian adalah bebas
  • Hantarkan email kepada itym2007@yahoo.com untuk menyatakan anda menyertai contest ini dengan menyertakan butir-butir sepeerti beriku , Nama, No kad pengenalan, No telefon dan link post contest.
  • Setelah anda mengahantar butir penyertaan di email itym2007@yahoo.com anda haruslah postkan link entry anda di facebook SENYAP bagi tujuan penilaian, facebook SENYAP boleh di lawati di link berikut (SENYAP Group)
  • Banner ni kena letak kat sidebar blog

Info pasal contest kat website ni



Selamat menulis entry dan selamat menjadi BELIA =)


pss : Tahu ni pun dari blog cikgu dahlia tadi. Nak tengok contoh lain, bleh usha entry ni

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW