Share

Medallion Mark Hughes dah sampai

Selamat pagi di Putrajaya!

Fuh, hari ni merupakan hari kecut perut sedunia untuk pengedar Herbalife. Kenapa? Sebab hari EOM! End Of Month - maknanya segala pembelian untuk bulan ini adalah akan berakhir pada hari ini. Kenapa ramai yang kecut perut? sebab bulan April ni merupakan last untuk qualify pergi Tokyo! Yang dah qualify tu mesti tengah happy, yang belum macam aku ni, memang tengah fight sampai penghabisan!

Doakan ya! 


5 Billion Mark Hughes Medallion

Walaupun benda ni dah lama, tapi sebab aku baru amek Medallion tu, nak cite jugak. Haha. Tahun lepas sempena meraikan sale Herbalife cecah 5 Billion, Herbalife International perkenalkan Mark Hughes Medallion. Caranya yang distributor Herbalife ni kena buat sale lebih kurang 3000vp (RM 11 ribu camtu) untuk 3 bulan berturut-turut. so 3000 vp x 3. Aku antara yang layak. wahaa!


erk, actually aku buat sale lebih dari 3k vp kot tiap2 bulan :p


Volume points = How many people we help

Benda ni agak lama baru aku paham. Dah pergi extravaganza baru paham. Jualan yang kita buat tu sebenarnya bukan tandanya kita kuat menjual, TAK. Tapi sebenarnya tanda BANYAK MANA ORANG YANG KITA SUDAH TOLONG. Tolong dari segi dapatkan kesihatan, dapatkan berat ideal dieorang balik. Sebab tu kalau yang dah buat Herbalife Full Time macam aku ni 3000 vp tu tak dapat buat, memang aku tak buat kerjalah tu, tak tolong orang dengan banyaklah tu!

Nantilah aku cerita lebih pasal Volume points ni. Takleh nak tulis panjang-panjang, harinikan EOM :) 


pss : esok dah balik ke Kelantan. yuhuu!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Siaran Astro percuma 10 hari - 27 April hingga 6 Mei

Sekarang ni, bermula hari ini (27 April 2012) hinggalah 10 hari akan datang (6 Mei 2012) astro bagi lebih 130 channel yang ditawarkan dalam pakejnya secara PERCUMA. Wah, memang best habislah. Lagi best kalau astro first pun bagi free :p


Ini adalah sebagai tanda penghargaan Astro kepada semua pelanggannya kerana memenangi anugerah baru-baru ini. So, korang yang ada Astro kat rumah tu, bolehlah pulun habis-habisan. Yang subscribe untuk pakej PVR, bleh record sampai pengsan :)


Selamat menonton!


pss : eh, apsal post pendek je ni? jeng jeng jeng 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Ramalan : 26 May bubar parliman, 9 Jun pilihanraya?

Tadi masa bukak booth, duduk berbual-bual dengan pak cik-pak cik yang begitu obses nak berpilihanraya ni. Aku nak cakap pasal kesihatan, dia duk berbual pasal politik. Layan je lah. Korang tahu apa katanya? Pilihanraya tahun depan! wahaha. pak cik ohh pak cikk



Prediction

Sekarang ni orang duk ramal pilihanraya akan diadakan pada hujung bulan 5 atau awal bulan 6. Banyaklah faktor kenapa dipilih tarikh tu. Betul atau tidak, sama-sama kita tunggu. Sekarang ni yang paling banyak teka 26 May bubar parliman, 9 Jun pilihanraya! Tapi yang peliknya, tak pilihanraya pun dah banyak bendera-bendera dipasang! Dah macam suasana berpilihanraya dah. Nampak sangat nak dekat dah tu kan?

Korang dah bersedia ke belum? Nak pangkah siapa?

Walau siapa pun yang memerintah, kita sama-samalah doakan Malaysia bertambah maju dan yang paling penting negara kita selalu dilindungi-Nya. Bagi yang layak mengundi, sama-sama jalankan tanggungjawab kita. 

pss : PM kita datang Kelantan 5hb May, nanti aku tanya dia eh. wahaha

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wordless Wednessday : Demonstrasi jalanan


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wordless Wednessday : 1st EXTRAVAGANZA #Herbalife


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kurang 90 hari untuk Ramadhan

Pejam celik pejam celik, Ramadhan dah semakin nak hampir. Rasa sekejap sangat, rasa semalam baru pergi beli cendol untuk dibawak berbuka puasa, rasa semalam baru pergi berterawikh, rasa semalam baru tawar menawar untuk juadah berbuka. fuhh, masa semakin cepat eh?



InsyaAllah, kalau bulan tu kelihatan, Ramadhan kali ni jatuh pada hari Jumaat, 20 Julai 2012. Kurang dari 90 hari lagi kita akan berpuasa. Yahuuu!!!



Moga-moga kita sempat dipertemukan dengan Ramadhan kali ini. 

Aktiviti di sepanjang bulan Ramadhan

InsyaAllah, dengan izinNya, aku akan tulis entry-entry yang berilmu sepanjang bulan Ramadhan nanti. Tahun lepas plan nak buat video, last-last dua video je mampu dibuat. haa, mungkin jiwa lebih sesuai dengan menulis, tahun ni kita menulis je lah. So, kepada kawan-kawan blog yang lain, jom kita start menulis benda-benda berilmu untuk pembaca-pembaca kita!

Dan kepada korang yang sedang mencari 'Coach' untuk menurunkan berat badan secara elok di bulan puasa ini, boleh isi maklumat kat bawah ni.


pss : tak sabar-sabar nak beramadhan ni. Ramadhan terakhir sebagai single, lepas ni bukak puasa dengan isteri pulak :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

KLMU – Ada game dan hadiah yang BEST!

Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) sekarang ni tengah buat promosi yang sangat menarik untuk kemasukan pelajar baru bulan March dan Jun. Apa yang menarik mengenai promosi mereka kali ini adalah ia berbentuk 'online game' Hadiah yang ditawarkan pun – tersangatlah menarik! Jom kita main! 



  • Start dan teruskan je permainan – spin2 – tekan pedal - jawab soalan- tamat!


  • Isi maklumat diri dan tekan submit Basically korang berpeluang menang hadiah menarik, iPhone4s, Samsung Galaxy (W), an iPod (nano) atau Sony MP3 Player/Recorder jika korang berjaya tamatkan game ni dalam usia yang paling muda. 


Aku dah main – malang usia 58 baru berjaya tamatkan permainan kalau korang bleh tamatkan permainan sebelum usia 58, kire lagi hebat dari aku lah tu :p 

Apa dia KLMU? 

Salah sebuah kolej universiti di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1991 lagi. Sekarang ni mereka tawarkan program dalam diploma dan juga degree. Sebanyak 7 fakulti mereka tawarkan sekarang. Nak maklumat lebih, boleh lawati mereka di www.discoveru.com.my atau melalui perkhidmatan SMS : KLMU DBG NAME STATE to 36600 

RM 1000 Biasiswa ditawarkan 

Sekarang ni IPTS memang berlumba-lumba untuk menarik kemasukan pelajar baru ke tempat mereka. Istimewanya KLMU ni bagi yang register awal, layak untuk dapat biasiswa RM 1000 dari mereka. Menarikkan? Jadi kepada yang diluar sana yang tengah mencari nak masuk IPT mana untuk sambung belajar selepas SPM ni, boleh usha program yang mereka tawarkan dan registerlah awal-awal untuk dapat biasiswa tu 

Orite, itu saja. Jangan lupa main game tu. Tengok korang retired usia berapa =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Its My Birthday

Hari ni 20 april. hari apa ya kawan-kawan? haaa, hari ni besday aku. haha. super excited sebab dah cecah angka 24 dah umur ni. wah, rasa sangat tua dah. Bangun pagi tadi bukak facebook, ramai betul kawan-kawan kat sana yang wish. terima kasih banyak-banyak. ingat korang kat aku ya?hehe. bukak twitter, ada kawan-kawan kat sana yang wish jugak, wah, terima kasih banyak-banyak

Entry pagi pertama diusia 24 tahun ni, nak tulis sesuatulah. harapanlah orang kata :p

Nak jadi muslim yang lagi berkualiti

Entah kenapalah aku sekarang rasa hubungan aku dengan Allah jauh je. Mungkin terlalu sibuk buatkan aku lupa perkara penting - jaga hubungan dengan dia! Solat selalu lewat, nak ke masjid pun rasa berat, puasa - pergh dah lama tinggal! Alhamdulillah aku masih diberi nyawa sampai sekarang, memandangkan hari ni hari jumaat, aku ajak jom kita renew syahadah - ikrar kita dengan Allah supaya kita mati nanti sebagai muslim yang sejati.

Nak jadi anak yang lagi berkualiti
Sekarang ni mak aku tak berapa nak sihat. Plan nak blanje die pergi ke Tokyo ataupun buat umrah sama-sama. tapi sekarang ni dengan keuzuran macam tu, aku tak rasa dia boleh nak bergerak sangat. Apa yang boleh dibuat, nak sihatkan mak aku! Doa-doalah ya supaya mak aku bertambah sihat. insyaAllah aku nak berbakti kepada dia selagi aku diberi kudrat 4 kerat tulang ni.

Nak jadi Herbalifer yang lagi berkualiti
Sepanjang tahun lepas memang sangat lambat aku grow dalam bisnes. Hanya satu pangkat je naik. Benda ni terjadi sebab aku sendiri. huuu. panas je hati tengok kawan-kawan yang lagi muda dari aku dalam Herbalife ni go to next level. Takpelah, u get what u deserve, kannn? so sekarang ni, memang akan pergi lagi laju, nak kejar GET Team, nak pergi Millionaire Team Retreat, dan diberi keizanan dia, nak ke LA tahun depan untuk Summit! memang kena kerja kuat!

Nak jadi encik tunang yang bakal jadi suami yang lagi berkualiti
aha, dengan izin Dia, tahun ni adalah tahun terakhir bergelar bujang. waha! Minggu lepas dah selamat bertunang, insyaAllah tahun ni akan kahwin :) Nak bergelar suami ni bukan benda mudah, banyak benda yang kena tengok. Harap-harap, hubungan ni akan sampai ke penghujung. Doa-doalah ya :)

Oraite, itu sahaja. Lepas ni nak kena muhasabah balik target yang aku buat pada umur 23 tahun - tahun lepas banyak mana jadi dan banyak mana yang tak jadi. huhu. Kepada semua kawan, tak kira yang kita kenal atau kita tak pernah jumpa yang wish, terima kasih banyak-banyak. Doalah supaya aku jadi orang yang lagi berkualiti. aminnnnn

pss : celebrate sorang-sorang je depan laptop. xpe, dah tua katakan :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Harga Herbalife naik esok, apa perlu kita buat?

18hb April 2012, secara rasmi semua produk Herbalife akan naik 2.5% Ini termasuklah produk Inner dan Outer Herbalife - semua berlaku kenaikan 2.5% Untuk download harga terbaru Herbalife, boleh download kat sini. Jadi, 17hb adalah tarikh terakhir sebelum harga Herbalife naik

Kenapa naik?

Memang setiap 3 tahun sekali produk Herbalife akan naik harga. Dulu agak banyak jugak naik tapi kali ni hanya 2.5%. oklah tu. harga minyak naik, harga santan naik, harga gula pun naik, takkan harga Herbalife maintain saja kan? pelik bin ajaib jugak tu

Apa perlu buat?

Jadi, ada beberapa perkara yang kita perlu buat yang kat sini aku akan listkan kepada korang untuk menjadikan bisnes korang lagi untung



1) Yang belum memulakan produk

Bagi yang belum memulakan produk, tapi masih ragu-ragu untuk memulakannya, SEKARANG adalah masa yang terbaik untuk korang beli Herbalife. Macam mana nak beli, call joe - 0169640972 Tak payah risau Herbalife ni jadi ke tak sebab ada 30 days money guarentee, tak puas hati, boleh pulang balik. rugi apa kan? dan bila korang tengok orang sekeliling korang yang dah turun/naik banyak dengan produk Herbalife, dan korang memang tengah tunggu masa nak beli tapi tak tahu bila, SEKARANG adalah masanya. Pakej yang mana aku terangkan kat bawah

Turun berat badan (valid untuk 30 hari, sebelum 18hb 4 2012)
  • Healthy Breakfast : formula 1 = RM 163.08
  • Pakej biasa : 2 formula 1 + 1 tea mix = RM 454.68
  • Pakej VIP : 2 formula 1 + 1 formula 3 + 1 tea mix 100g = RM 665.28


Naik berat (valid untuk 30 hari)
call untuk pakej yang disediakan 

Bagi yang tak tahu nak dapatkan pakej yang mana satu, call je terus aku dan aku akan suggest pakej yang sesuai. Aku dah coach ramai orang kat luar sana melalui internet dan kalau korang nak join family Herbalife Joegrimjow, u r most welcome. calling2 saja ya :)


BERITA BAIK!

Korang kena tahu yang Herbalife ada offer diskaun 35% 42% sehinggalah 50%. Memang sangat murah sebenarnya Herbalife ni. SEKARANG adalah masa terbaik untuk korang upgrade kepada next level. kalau sebelum ni distributor je, upgrade ke 35% atau 42% ataupun terus ambil yang 50% terus. wahaa, jimat sangat banyak ok. harga naik pun celik mata pun tak rasa apa-apa. nak tahu macam mana nak dapatkan diskaun yang banyak ni, call saja ya



2) Yang dah beli dan masih dalam program

Bagi korang yang dah makan Herbalife, SEKARANG adalah masa terbaik untuk repeat order. Simpan dulu at least 1 month stock untuk korang. Korang akan jimat lebih kurang RM 7-15 jika beli sekarang compare bila harga naik. apa lagi, beli sekarang!


3) Yang buat Herbalife secara part time atau full time

Bagi yang buat bisnes Herbalife secara part time atau full time, SEKARANG adalah masa terbaik untuk korang beli produk untuk simpanan untuk dijual. Tapi jangan beli banyak sangat sampai tak terjual sudah, tengok kelajuan korang, dan paling penting bajet korang. Orang Herbalife ni gaji masuk 15hb lepas, bolehlah shopping sakan ya? heh, jom shopping.


Oraite, itu sahaja pilihan yang aku sempat listkan. Yang penting buat keputusan. Nak baca kisah aku turun 12kg dalam Herbalife boleh klik sini, nak tengok bukti kawan aku yang dah naik berat badan boleh klik sini, nak tengok pasangan suami isteri yang dah berjaya turun berat boleh klik sini. haaa, penat korang nak klik semua link tu. haha, bukti dah ada semua dah, tunggu apa lagi kan? jom consume SHOPPING HERBALIFE sekarang =)

pss : call joe (0169640972) atau email joegrimjow@gmail.com untuk sebarang pertanyaan/pembelian


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Berkat bakal ayah mertua

eh, korang tau tak yang aku dah bertunang? haha. best ok bertunang ni, nantilah buat entry pasal tunang tu, gambar semua kemudian aku letak, sebab sehari 2 ni memang sibuk dengan urusan luar. gambar bertunang pun tak sempat nak tengok semua lagi. see, betapa sibuknya aku. baik sibuk sebelum kawin kan, lepas kawin boleh luang masa lebih sikit dengan isteri kan? haha. ok gatal

Actually aku nak bgtau kat korang, sekarang ni nestle tengah adakan contest. wait-wait, ni bukan contest yang susah, sebab guess what, dengan 1 entry aku menang RM 200. so, ni bukan sponsored post ke apa, cuma nak ajak korang join sama. 


Aku masuk kategori tweet. so hadiah pun paling rendah la, RM 200 je. ada lagi kategori buat video, tulis cerita, gambar dan last yang aku masuk, kategori tweet. aku tweet tu sebab gatal-gatal semangat nak bertunang, mana tau dapat menang. haaa, RM 200 free orang bagi, kita ambik je la kan. contest ni diadakan selama setahun, start bulan 2 lepas sampailah bulan 12 nanti. akan ada pemenang mingguan. sebab aku rasa tak ramai lagi yang tahu pasal contest ni, sebab tu peluang nak menang tu mudah. 


ringkas cerita, korang nak duit free, joinlah contest dieorang. klik sini ya, bacalah sendiri dan sertailah mana yang korang rasa berkenan. kalau korang menang, duit tu kongsi2 sikit okeh. waha!


pss : banyak benda nak tulis ni, kan best kalau satu hari ada 50 jam! 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Friday 13th hari yang tidak bernasib baik?

Ada satu movie friday 13th yang aku tak berkesempatan lagi untuk tengok. Sebelum ni memang tak tahu menahu pasal 13hb pada hari jumaat ni sehinggalah pagi ni aku baca kat wikiepedia pasal benda ni. haha. terima kasih kepada wikipedia



'Bad Luck Day'

Pada 13hb setiap hari jumaat merupakan hari yang tidak bernasib baik. Erk, ini bukan kenyataan dari aku, tapi ia adalah kepercayaan mereka. Kenapa ia dipanggil hari tidak bernasib baik? sebab ia malang berganda! Malang berganda?
  • 13 adalah angka yang 'tidak lengkap' dan dipercayai tidak bernasib baik. Kalau angka 12, ia merupakan angka yang lengkap, 12 jam di jam, 12 bulan untuk setahun dan banyak lagi yang menyebabkan ia adalah lengkap - jadi angka 13 adalah tidak lengkap dan tidak bernasib baik
  • Hari jumaat pulak dikatakan hari yang paling tidak bernasib baik dalam seminggu. Nabi isa di salib pada hari jumaat, kepercayaan BLACK FRIDAY yang berkaitan dengan market crush dan banyak sebab lagi dan korang boleh cari sendiri
Jadi, 13th Friday dikatakan hari yang malang!

Pendapat aku?

Haaaa, tak perlu nak percaya dengan benda mengarut macam ni. Angka 13 tu mungkinlah ada sebab kenapa digelar 'incomplete numbers' tapi yang hari Jumaat tu, bagi kita Jumaat atau friday ni merupakan penghulu segala hari. Pahala pun berganda-ganda pada hari ini. Dan banyak peristiwa penting berlaku pada hari jumaat. Sajalah ni propaganda dieorang untuk jadikan jumaat adalah hari yang malang, lepas tu saja nak kelirukan kita letak angka 13. pastu kita somborono percaya. agaga

Tapi korang jangan terkejut, orang yang percaya dengan kepercayaan 13th Friday ni cecah 20 juta kat US saja. Pada hari ini, ramai yang takut untuk keluar rumah, nak tempah flight pun takut terhempas, nak bawak kereta takut excident, market kat pasaran pun banyak yang tidak buat proses jual beli dan macam-macam lagilah. Ini membuatkan kerugian sehingga 900 juta pada hari tersebut!

haaa, propaganda yang merugikan :)

Okeh, selamat berjumaat kepada semua, hari ni ada kawan yang kawin, orang Herbalife sibuk untuk ke Zero2Hero esok, ada jugak yang nak ke Sungai Petani esok. eh? wahaha. Apa pun korang buat, mulakanlah dengan Bismillah - semoga hari kalian diberkati!


pss : antara kerja dengan urusan peribadi. pandai-pandailah uruskannya


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Itu pilihan kita

Semalam masa aku balik dari Kelab di Wakaf Che Yeh, sedang sibuk shopping baju, ternampak seorang akak ni yang sedang meminta sedekah. rasa hiba pun ada. tengok sendiri gambarnya


Kalau korang tengok betul-betul, akak ni takde tangan yang sempurna. sampai siku lebih-lebih sikit je. Kaki masih ada. Nak ambik gambar kat depan, kata kat orang pulak kan? ambik gambar sipi2 je lah. Dulu memang aku sangat pantang bagi sedekah kat orang yang minta sedekah, setelah ditipu bulat-bulat oleh pakcik buta yang mintak sedekah rupa2nya pakcik tu tak buta, memang aku dah tak pernah bagi sedekah kat peminta sedekah ni. Tapi sejak aku dengar satu perkongsian dari press team dari indonesia, tanggapan aku berubah

'Itu rezeki dia'

Kata dia, duit yang kita ada ni bukannya milik kita. ia milik Allah. Mungkin masa kita tengah ada duit, peminta sedekah datang sentuh kita minta sedekah, atau kita terjumpa dengan orang macam mak cik ni yang sedang minta sedekah kat jalan, hulurkanlah walau sedikit - sebab kita ditemukan dengan dia pasti ada sebabnya. dia tak ikhlas, ada sindiket ke, itu lain kira. yang penting kita ikhlas hulurkan bantuan

another story


Kalau korang ke pasar payang, mesti jumpa dengan kak kamariah ni. penjual keropok! orangnya baik, takde kaki takde tangan, hanya gunakan kerusi roda elektrik untuk bergerak. Aku jumpa dia pertama kali masa di STS di Terengganu. Ingatkan pengguna macam orang lain, rupa-rupanya dia pun buat bisnes Herbalife jugak. Dah jadi World Team dah pun! Memang hebat!

Nak dikira dari segi kesusahan dan kekurangan dia, jauh sangat bagi yang sempurna anggota badan macam kita ni untuk berjaya berbanding dengan dia. Tapi itulah, pilihan tu berada di tangan kita. Kalau pilihan kita untuk tidak melakukan, memang kita takkan lakukan


Pilihan kita

Aku bukan nak kutuk akak yang minta sedekah tu dan agongkan kak kamariah yang buat Herbalife ni, tapi itu pilihan mereka masing-masing. Kita ketepikan akak berdua kat atas ni, kita tengok diri kita. Kalau aku nak bandingkan dengan kawan-kawan sebaya aku sekarang, rasa sangat-sangat bersyukur dengan apa yang dah aku ada sekarang. Aku ada tanya kawan satu sekolah rendah dengan aku dulu, saving kat bank takde sesen kurap pun. Dan umur dah cecah 20 tahun masih mengharap duit mak bapak lagi. 

Perlukan berbangga diri?

Tak, tak payah nak berbangga, cuma rasa bersyukur dengan pilihan yang kita sudah buat diawalnya sekarang ni dah membuahkan hasil. Tapi kalau nak dibandingkan dengan ramai lagi kenalan aku yang sama baya tapi sekarang ni ada dah bergelar jutawan, dikenali ramai sebab perwatakan mereka, memang jauh sangat aku dengan mereka. Perlu rendah diri? tak perlu. apa yang perlu aku buat, selalu keluar dari zon selesa aku dan kerja lagi dan lagi dan lagi.

jadi kawan, adakah dah bersedia buat pilihan dalam hidup? atau dah buat, tapi rasa tak selesa-selesa lagi, masih tak terlambat untuk mencipta masa depan yang lebih cerah. WE DESERVE THAT!

pss : esok ke Kuala Lumpur lagi!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Musim blogger dapat anak

Anak adalah antara anugerah yang paling tidak ternilai bagi setiap orang yang mendirikan rumah tangga - ok, sungguh skima pembuka entry ni. Tapi betul kan, dapat anak adalah antara detik yang paling best dalam hidup ni. Nak pelihara, nak beli pampers, nak beli susu, nak berjaga malam tu lain kiralah - ramai orang kata tak berapa nak seronok - tapi saat dapat anak ni memang sungguh best. ooh, aku tak sabar nak tunggu detik ini


Musim blogger dapat anak

Nak ucapkan tahniah kepada 2 orang kawan blog aku yang baru saja dapat anak baru-baru ni. Memang tahupun melalui facebook + blog dieorang dapat anak ni, sebab masa agak sempit, tak berkesempatan untuk pergi menjenguk, maka entry blog je lah sebagai penghargaan. jiwa blogger katakan :)

Ben Ashaari - anak pertama!


Dah la dapat anak, dapat anak pertama lagi tu, memang bestlah! tahniah ben yang kini selamat bergelar bapa. Siapa dah nama anak, qhalif? aha, semoga jadi gagah perkasa macam ayah dia jugak. bleh baca entry dia dengan anak dia kat sini. Ben dulu pernah tolong aku tolak kereta kancil kat Putrajaya, bleh baca entry ni. Nanti anak dia besar kelak, jadi baik macam ayah dia jugak. insyaAllah, tahniah ben!


Eyriqazz - anak kedua



kejap, apsal muka bapak dia yang lebih ni? haha. nak tengok gambar putera 1st bro eyriqazz, bleh klik sini. mata sepet lepas ni boleh kalahkan pelakon jepun besar kelak. waha! si anak ini merupakan anak kedua dia, pernah jumpa anak pertama dia, siap menang contest lagi sempena besday anak pertama dia ( happy birthday untuk alisya ) dan anak kedua ni tak berkesempatan lagi. Nanti bila ada masa nak kena jumpa ni. Tahniah bro eyriqazz sebab sekarang ni dah ada sepasang - sorang lelaki sorang perempuan. semoga anak jadi penyeri dalam hidup. insyaAllah


Kawan blog

Actually kawan blog dengan mana-mana kawan ni sama je. yang uniknya cara jumpa tu di laman maya dulu, barulah jumpa realiti. Aku perasan kebelakangan ni, jarang berjumpa dengan blogger-blogger, mungkin sebab aku sendiri sibuk atau memang sekarang ni kurang ada aktiviti blogger yang dibuat. haaa, 2 2 kot :) Lepas ni harapnya boleh jumpa dengan dieorang lagi, boleh mengumpat-ngumpat versi blogger lagi, boleh usik-usik buat skandal blogger lagi - oohh, rindunya zaman itu!


pss : esok nak pergi timbang-timbang budak2 USM. waha!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Sikap awal

Pagi jumaat yang indah! Like betul-betul indah. Sekarang aku berada di Putrajaya, kalau Messi jadi pemain terbaik FIFA untuk tiga tahun berturut-turut, aku pulak sehebat Messi, berhujung minggu di Putrajaya 3 kali berturut-turut! Huh, kerja punya pasal kan?

Orite, sebab dah lama tak menulis kat blog ni, hari ni aku nak menulis sesuatu benda yang bermakna sikit. At least korang yang 'terperangkap' kat blog aku pada hari jumaat ni dapat sesuatu dan sebar-sebarkanlah ia untuk kita jadi orang yang bertambah berkualiti. Acececeh


Kisah penjual laptop

Ada dua orang jurujual laptop, satu jenama Apple dan satu lagi jenama Acer. Sebelum apa-apa, ini cerita rekaan ok. Aku tak dapat apa-apa royalti daripada kedua-dua syarikat ni. Memandangkan kedua-dua brand ni aku pernah guna, sebab tu pakai tu :)



2 orang jurujual ni dihantar ke sebuah kampung yang mana diketahui oleh sumber bahawa penduduk kampung tu betul-betul berada. Jenis banyak duit. Tapi malangnya, kesemua penduduk kampung tu buta IT, jadi, tiada seorang pun yang pernah menggunakan laptop

Penjual Acer tu telefon bosnya dan bagitau 'Bos, kita kena balik, takde seorang pun kat kampung sini yang pakai laptop, macam mana nak jual?'

Sebaliknya penjual Apple tu telefon bosnya dan bagitau 'Bos, hantar 100 lagi laptop, takde sorang pun kat sini yang pakai laptop, pasaran sungguh luas'


Actually dalam hidup ni, sikap kita di awal akan pengaruhi hasilnya lebih dari segala yang lain. Setuju? Macam kisah diatas, dah sah-sah yang penjual Acer tu takkan dapat jual sebijik pun laptop mereka. Sebaliknya, penjual Apple tadi mungkin dapat jual, atau mungkin tak dapat jual. Probabiliti 50-50.

Pandangan awal kita untuk melihat sesuatu benda tu sangat penting!


1 batu bawah 4 minit

Pada awal 1900an, ramai ahli sukan dan jurulatih sukan mengakui bahawa tiada pelari yang dapat berlari 1 batu dibawah 4 minit. Ianya mustahil untuk dilakukan. Sehinggalah pada tahun 1954, ada seorang pelari British yang bernama Roger Bannister yakin yang dia mampu menamatkan larian itu dibawah 4 minit. Nak jadi yang pertama katakan. Akhirnya, dia berjaya menghabiskan larian 1 batu dalam masa 3 minit dan 59.4 saat. Tak lama kemudian, seorang pelari lain juga menghabiskan larian 1 batu dibawah 4 minit. Sekarang ni, kalau kita tengok rata-rata pemenang yang menghabiskan larian 1 batu adalah dibawah 4 minit

Ini salah satu lagi powernya sikap awal kita – ia mengubah segalanya!

Sebelum aku berhenti menaip untuk entry ini, just nak share dengan korang pengalaman peribadi. Ada waktu yang kadang-kadang kita kena percayakan gerak hati berbanding otak kita. Statement ni mungkin kontroversi, tapi percayalah, aku dah alaminya, berfikir terlalu 'lama dan dalam' tak dapat buahkan apa-apa hasil pun. Last-last tarik diri pada awalnya lagi

Sama kes aku nak ngorat lisa hari tu, macam tak boleh je, last-last dia kawin dengan yusry dah. Ok saja buat lawak :p

Apa-apa pun, trust me, kita semua lebih hebat dari apa yang kita fikirkan. Cuma kena explode je. Orite, semoga bermanfaat. BTW, 2 cerita ni aku dapat dari buku 'the complete 101 collection' dari John C Maxwell. Sebuah buku yang best untuk dibaca. Menghadap internet lama sangat duk komen-komen status orang, baik baca buku ye dak? Waha!


Pss : bulan ni kan... bulan ni kan... saya nak...... saya nak.... jeng jeng jeng :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wordless Wednesday : Bersih 3.0


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Bagaimana mahu menghadapi bos yang gatal di pejabat?

Bos adalah gelaran kepada majikan kita. Bagi yang makan gaji, boslah yang membayar gaji kita. Ada sesetengah company, bos memang baik. Kalau kita buat kerja elok, gaji dibayar pun elok. Siap bagi kata-kata semangat lagi. Bagi bos macam ni, kita sama-sama doakan supaya company dia bertambah maju

Tapi malangnya, ramai bos-bos kat luar sana memang sikap tak berapa nak elok. Jenis yang bagi gaji lewat tu ok lah, bagi gaji sikit.... urm ok lagi tapi bos yang jenis menggatal ni memang tak boleh blah! okeh, antara contoh-contoh ayat menggatal adalah

'u suka makan pisang tak? I ada pisang yang best tau'
'tak payah la bos bos, berencik-encik dengan I, panggi abang je. Ok?'
'mula dari hari ni, I will call u sayang ok. Ok sayang? Between us je, ngeee'

Kejadian ni banyak terjadi kepada gadis-gadis diluar sana. Jadi gadis-gadis, abang joe nak bagi tips sikit macam mana nak hadapi bos yang gatal ni!




Pakai pakaian yang sopan

Bos ni die takkan menggatal tanpa sebarangan. Kalau dah pakai sexy ke pejabat, lepas tu bos ganggu korang, janganlah salahkan 100% kat bos. Korang tu kena elak pakai-pakaian sexy mexy ni. Cuba cari pakaian sopan. Nak bersolek pun, jangan bersolek bagai macam nak pergi kawin, ala kadar sudah. Okeh?


Selalu bersama dengan officemate yang lain

Ada je waktu terluang, luangkanlah masa dengan officemate yang lain. Lunch pun, sebelum bos ajak pergi lunch sama-sama, bgtau dah janji dengan kawan office lain untuk makan sama-sama. Bos ni kalau die tengok kite kurang je bergaul dengan orang lain, jenis pendiam je, memang naiklah bulu dia akan usha dan kacau sampai dapat!


Cakap direct dengan bos

Cara ni adalah paling effective sekali. Dah tak tahan dengan perangai bos yang suka menggatal, terus direct cakap dengan bos. 'Bos, saya dah tak tahan dengan bos yang suka mengganggu saya. Boleh tak jangan usik saya dan kita nak bincang pun bincang soal pejabat je. Boleh?' walaupun cara ini adalah cara terbaik, tapi kemungkinan besar untuk dibuang pun sangat tinggi. wahaha


Simpan bukti untuk digunakan dikemudian hari

Ada dapat terima msg menggatal dari bos? Ajak makan sama-sama. Ajak tengok wayang hujung minggu. Pergi hotel?? wahaha, simpan semua msg ni, die guna bbm ke whatsapps ke, prnt scrn semua tu. Nanti boleh guna untuk ugut dia dikemudian hari. Haha.


Tapi biasanya, bos yang menggatal ni kadang-kadang bini ok je. Siap rela lagi kalau jadi ada madu. Heh, jadi, bukti-bukti ni jangan digunakan untuk ugut kat bini, guna bukti-bukti ni untuk tunjuk kat pihak berwajib. Katakanlah kena pecat ke, haa, masa ni ugut nak serah bukti yang bos menggatal kat pihak berwajib, konfem tak jadi nak kena pecat. haha


Tunjuk gambar bf korang

Ok, ini idea lama. Korang tunjukkan gambar bf korang kat bos korang tu. Tapi, bos ni apa kisah korang ada bf ke takde bf, bini orang pun die kalau tengok korang tu sexy dia akan menggatal jugak. Kan? Jadi, korang kena inovasi sikit idea tu. Nak tunjuk gambar, kasi tunjuk gambar macam kat bawah ni!






agak-agak bos lari tak? haha


pss : hari ni ada orang lose 2.4kg in just 7 days. huhu, saya happy =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW