nama saya mohd faridzul asyraf b mat arifin.... boleh panggil saya asyraf...
mohd faridzul asyraf b mat arifin
lamb rib... aaahhh (part2)
Rhythm lagu ni yang kena dengan jiwa. jadi boleh klik youtube bawah ni sambil membaca entry bawah ini. ooh..aahhh
nota kaki : kisah rekaan, hehe
lamb rib... oohhh (part 1)
sebut lamb rib ni, kecur air liurku mengingatkannya. dulu semasa ke manchester pertama kali (memang jakun habis la masa tu) ada dua benda yang student malaysia akan buat di manchester kalau baru sampai ke manchester sana
satu
melawat ke stadium old trafford
dua
makan lam rib!
kisah lam rib lagi
ok ok, fokus pada lamb rib. sebab tajuk pun lamb rib kan? hurmm, nak cerita apa ya, layan je la pagi-pagi ni (sini pon dah pukul 1 lebih...)
tujukan lagu ini pada semua gadis-gadis, kalau rumate dan rakan office anda pun gadis, dieorang pun termasuk sama ek
terutama kepada gadis ni, gadis ni jugak, gadis ni pon ye jugak, dan yang gadis ni, gadis ni pon, banyaknya gadis gadis ni ye jugak;-)
nota kaki : maaf ya, maafkan ya... jangan marah-marah....
terkejut BERUK tengok
tadi pagi ada terima msg dari inbox
dari kakak sulong di australia
(raya haji ni dia balik..jeles jeles!)
msg tu ada video ni
tengok kejap....
terkejut beruk aku tengok!!
tapi tengok berulang-ulang
dah tahu trick dia ape..
hehe
ni ha, pasal disqus komen
sapa yang tahu buat?
ku dah try buat
tapi last last
akan keluar benda ni...
tulun
tulun
tulun
dulu jard selalu tolong
kali ni sapa nak tolong??
nota kaki : nak pergi main bowling, sapa nak ikut??
harga DUIT
ada - masa, kekuatan
takde - duit
dewasa
ada - duit, kekuatan
takde - masa
tua
ada - masa, duit
takde - kekuatan
psss...bangga dengan kebanyakan senior dari sini yang begitu kuat dalam aktiviti menyumbang ni. tabik springg kat korang!!
nota kaki : pernah dengar dari 'sumbody' yang saidina uthman (jutawan islam) akan belanjakan semua untung perniagaannya pada hari itu selewat-lewatnya petang itu jugak untuk jalan allah. AKU? nak bagi 10 pound kat masjid tiap2 minggu pun berat...
about me
nota kaki : aku baca 2 3 kali sebelum di post...nyata diri ini puas. sorry lah kalau bosan ;-)
Revolusi blog mendadak... Baik atau buruk?
Damn!!
Tadi baru tutup desktop, skrg tengah baring atas katil, ye la, da pukul 1 lebey da ni, waktu nak tido, tapi still nak tulis entry.... Entry tentang blog
Walaupun desktop da tutup dan memang malas nak bukak balik, so skrg menaip pakai iphone. Beli la i phone untuk kesenangan berblog :)
Ok, part tajuk
Tadi luang agak banyak masa di laman maya. Penat main paintball tadi masih terasa, jadi baru je post pasal entry painball kejapppp tadi. Banyak pergi bloghopping dan dapat rasa ada perbezaan berblog skrg
Entah la kawan-kawan
Ramai blogger skrg dah mula berblog cara serius, maksud serius tu nak dapatkan duit la kan. Banyak cara dibuat untuk naikkan traffic yang ku belajar tadi. Thx u for sharing
Revolusi menaikkan traffic ini la buat ku runsing. Memang tujuanku menulis entry untuk berkongsi, maksud kongsi adalah orang BACA. Ku takut kebanyakkan blogger untuk naikkan traffic masing-masing sampai sudah hilang kemanisan berblog
Dah mula tinggal jejak tanpa baca
Dah mula buat entry lusyah2
Dah mula mahu aibkan org
Part 3 tu xbest. Aku akui sangat meminati bacaan diari org yg menulis pasal apa yang dia buat. Ada la certain people yang ku baca kan, nak baca semua, ingat komputer ke apa otak ni? Tapi skrg da ramai yang mengejar mahu naikkan traffic masing2 sampai da lupa tujuan asal berblog
Tak salah dan memang betul
Bagi yang mahu cari duit pakai internet, memang ini satu peluang besar. Sebab internet malaysia memang lembap(sapa stuju angkat tangan!!) dan akan tiba satu masa internet malaysia akan secepat negara maju lain, orang akan gunakan internet di mana-mana saja! Dan blog adalah adalah salah satu pasarannya!! Nak jadi pioneer, bermula la skrg!!
Pasal nuffnang ni ( nanti buat entry khas la) setelah lama dengan advertlets dan hanya dapat 30 ringgit je, ku tuka ke nuffnang plak. Dlu xde gliteri lagi, tapi bila da dapat gliteri ni, tngok semalam dah 7 ringgit. Dlu memang tak yakin duit ni dapat ke x, tapi dah sepet duk tunjuk duit dia ritu cecah ribuan, baru la nak caya. So?? Klik klik la nuffnang aku =)
Cuma pesanan
Nak naikkan traffic blog ni banyak caranya dan aku sendiri tak explore lebih lagi. Kalau da explore, mesti ebook ku tulis nanti ( poyo nak buat ebook, hosting pon xtau pape!) jangan lah taksub sangat sehingga norma norma blog itu hilang
Jadi professional blog ok
Aku dan kamu yang membaca
Tapi
Kalau semua pro, sapa nak jadi amato??
Kadang-kadang banyak tapi ni tak best. Hehe. Ok lah kawan-kawan, mau tido dah! Harap boleh shate sumthg dengan korang
Tinggallah komen sebab ku suka baca komen anda,entry bawah ni pon baru tau, jangn tak baca plak entry bawah die, saja menggedik menggatal nak type entry baru lagi
Motif gambar?( diambil smbil tido atas katil)
- tempatku study, semak tanda buat keje ye mak
- beg man u kat bawah carpet.. Kesian kan? Hehe
- vacuum? Aku suami pembersih. Kekeke!
Nota kaki : joegrimjow.com pun akan mengalami transformasi selepas ini.... Nantikan!!
- Posted using BlogPress from my iPhone
si jakun SEXY nak cerita pasal paintball
semua gambar dicilok dari facebook kawan... tuan adil n wannie
TAKDE sexy POOON!!
hehe, mesti geramkan sebab tak jumpa plak gambar yang sexy. ada, tapi untuk insan tertentu je la;-) saja terpanggil terbaca entry cik lumut (ooh, hutangmu kain tudung tak dibagi lagi, sapa suruh belajar jauh2!) klik untuk entry tu. menarik jugak sebab berani. ye la, mesti ramai blogger yang terasa termasuk diri ini. sama-sama muhasabah
ada yang mungkin kita tak nampak tapi orang lain nampak
tu lah antara kegunaan orang lain dalam hidup ni... kan?
nota kaki : nak letak gambar kaki yang lebam lebam ditembak, tapi disebabkan bulu kaki banyak, tak jadi letak...bahaya ooohhh
dulu 7 kini 8
sekarang dah beza 8 jam dengan malaysia
dulu 7 jam
semakin susah la nak call orang sana
ishhh
setiap ahad di akhir bulan oktober
masa akan diubah ke belakang sejam
jadi petang ni
maghrib masuk pukul 4.51
awal??
jom puasa ;-)
bercakap pasal facebook
facebook xelok kalau kita dah addicted
macam video ni cakap
takpun awek comey ni cakap
tapi banyak banyak
suka lagu ni ;-)
dulu memang mahu gunakan facebook untuk kenalan yang kenal sahaja. tapi sebab ramai kenalan di malaysia takde lagi buat account facebook, proses untuk itu menjadi tak betul. last-last ramai jugak yang kawan tak dikenali menjadi kawan!
sekarang ni dah ramai yang buat dah. baru terbuka hati nak buat kot. jadi, boleh la contact mereka dengan cara ni. bayangkan ada kawan tadika pun boleh jumpa balik di facebook (cerita benar) moral? gunalah nama betul di facebook. baru senang orang nak mencari. blog?? samaran pun takpe ;-)
facebook tu tak salah
yang salah orang yang addicted sangat
24/7 duk depan lappy dan online facebook
tapi
kalau kalau dah ramai addicted
macam mana ya hukumnya pula?
nota kaki : mungkin masa korang baca ni aku tengah menembak-nembak ;-)
raya @ smsa part 2
part 1 kat sini...(klik klik)
kali ni part2 pula ;-)
buat video!!
1st shoot
ok ok
2nd shoot
kacau je
3rd time
and finally
jadi jugeee
tahun depan nak raya kat sini la
motif??
nak buat salam perantauan
lalala~
nota kaki : esok main paintball...berperang!!
setelah 350 minit berfacebook
ini bukan drama
atau gimik
memang betul
semalam
dan sampai sekarang
kira-kira dah 350 minit aku berFACEBOOK
kemaruk facebook?
no lah!!
kenapa online 350 minit semalam?
sebab 350 event
promotekan 350 kat semua orang
huhu
menjadi spammer terhandal
350 adalah international event, yang mana hampir 179 buah negara mengambil tempat untuk membuat sesuatu berkaitan dengan 350. 350 mewakili nombor 'particle' dalam karbon dioksida yang di cadangkan oleh saintis dan sekarang nombor itu sudah melebihi 387! sebagai persatuan malaysia, kami ambil inisiatif untuk anjurkan juga walaupun jauh di negara sendiri
ingat orang malaysia malas??
kalau perasan nota kaki banyak tulis 350 350. ini lah dia 350. cuma rasa runsing anjurkan program seumpama ini yang kurang akan menarik minat pelajar malaysia. tambahan pula, cuaca yang tidak menentu yang mana hujan agak lebat pada waktu event berlangsung
tetapi
BIG THUMB-UP yang datang. 34 orang semuanya. hehe, satu lagi nak cukup 35. 32 melayu dan 2 orang mexico. ok la tu, permulaan yang bagus untuk pelajar malaysia bergiat dalam aktiviti macam ni. terima kasih yang datang dan harap sokong lagi event seumpama ini berlangsung ;-)
nota kaki : jagalah alam sekitar ;-)
kecut perut jadi..?
ramai tak tahu yang aku merupakan penuajak
penuajak handalan di kmm
(penuajak=penulis sajak)
aku mendapat no2 dalam pertandingan menulis puisi merdeka
no 2 dari 4 orang yang masuk
ok la tu!
~~~~
bangun pagi terbayang muka kamo
nak mandi terbayang muka kamo
dah buka paip perigi terbayang muka kamo
tengah gosok gigi terbayang muka kamo
adakah ini dinamakan cinta?
kunci rumah terbayang muka kamo
coklat dikunyah dan dimamah terbayang muka kamo
jumpa mat saleh terbayang muka kamo
belajar dalam church terbayang muka kamo
adakah ini dinamakan rindu?
belajar dengan tekun terbayang muka kamo
tulis dengan pen terbayang muka kamo
baca dengan rajin terbayang muka kamo
sampai tido dalam kelas pun terbayang muka kamo
adakah ini dinamakan kasih?
cinta
rindu
kasih
3 elemen yang bisa buat orang terpesona
sampai mengagungkan dunia yang fana
sampai mana boleh bertahan?
kapel
clash
kapel balik
brake up plak
jom declare
i ada orang lain dah
i sayang u
ku tak perlukan perempuan
hei!
Salah siapa kalau bukan ibu bapa
masih ingat lagi cite akan imam joegrimjow?
kalau tak ingat kena la ingat-ingatkan
dengar talk dari orang hebat ni banyak input yang dapat ;-)
nota kaki : 350 350 350
mencari sifu yang macho@comel
semalam ada terfikir nak ubah rumah. bukan apa, terinstall satu application yang tak boleh nak di delete, menyemak di blog jadi terpaksa ubah layout baru.
tuu laaa
jangan duk mandai-mandai nak ubah, nanti jadi macam ni. banyak masa diambil sebab nak cari rumah yang baru ni, hasilnya rumah hijau inilah yang dapat. lalala~
kejap je
aku bercadang nak ambik satu lay out yang memang dah takkan ubah-ubah dah. da sampai masanya untuk ada satu rumah tetap. asyik pindah randah je, tak profesional langsung. dan lay out macam ni walaupun sejuk mata memandang, takkan jadi rumah stabilku. huhu
mencari dan meraba-raba
disini nak cari, sesiapa yang PRO dan HEBAT dalam membuat website, untuk menjadi cikgu padaku. hehe, zaman maju dah ni, murid plak yang cari cikgu. sesiapa yang memenuhi kriteria-kriteria di bawah, boleh la offerkan diri ok
kriteria-kriteria
1) rasanya diri professional dalam berblog@website
2) mahir dalam html html ni. xtml ke apa bendanya. dan sebarang tml tml lagi
3) pro dalam hosting hosting (nak beli hosting sebab orang duk sibuk pakai hosting, tapi tak tahu ape pekdah dia)
4) peramah dan tak mudah melenting bila ditanya
5) memang hobi ajar orang pasal internet ni
6) pernah ajar orang, kire bonus
7) kalau anda perempuan dan rasa comel, juga bonus (lalala~)
sebab aku pun sebuk dan tak banyak nak luangkan masa (kalau banyak masa dah lama dah beli ebook belajar sendiri) jadi proses belajarnya macam ni
ok la kan, nak bagi banyak-banyak tak mampu oden. kalau kerja kat pizza pun yang lepas spm, dapat 6 ringgit je sejam, ku offer rm 10 sejam ni, ok la kot. yang berminat, boleh emailkan kepadaku, joegrimjow@gmail.com. detail kita boleh bincang kat email ek. huhu
aku seorang anak murid yang bagus. jadi jangan risau sapa-sapa nak jadi sifuku, ku takkan cepat merajuk. cuma nanti janganlah marah-marah, nanti ku menangis takde sapa nak pujuk (gila gedik!)
cintai kaki dan tangan
tenseeeeennnnnnnnnnnn!!!
lalu ku mengarang cerita ;-)
setelah 7 tahun
setelah afghanistan dilupuhkan, nasib negara itu yang tidak mendapat sokongan negara islam yang lain, menjadi padang jarak padang terkukur sahaja. richard telah diizinkan untuk pulang ke kampung halamannya. sebelum dia balik, dia telah menalefon ibu bapanya di chicago
-di translate dalam bahasa melayu...lalala~
'hello mom'
'hello.. sapa ni?'
'richard...'
'ya ampunnn, anak mama yang mama kasihi. anak mama ni sihat?'
'sihat, perang dah habis'
'bagus-bagus. bila balik? tak sabar mak nak masak ayam belanda-seberat-12kg ni kat anak mak. suka kan makan semua tu?'
'hurmm. minggu depan kot'
'wahh, tak sabar mak nak jumpa dengan kamu richard'
'tapi mama, richard nak bawak kawan richard balik sama'
'kawan? bawak la. mak takde hal punya'
'tapi kawan richard ni kakinya kudung, tangannya pun dah takde satu. dia kawan richard. richard nak bawak dia tinggal bersama dengan kita. boleh mama?'
'richard.....'
'napa mama?'
'tak payah la ajak dia tinggal sama dengan kita'
'kenapa?'
'orang macam tu takleh tinggal bersama dengan orang normal macam kita. menjadi beban kepada kita. richard tak paham sebab richard tak dewasa lagi. nanti kalau dia tinggal bersama kita, kita kena jaga dia, bagi dia makan hari-hari. susah richard... jangan ek. suruh kawan richard yang lain jaga dia.'
tanpa menjawab, richard memutuskan talian. dia cukup hampa...
setelah seminggu
richard didapati telah membunuh diri.dia terjun dari bangunan 13 tingkat. ibu bapa richard yang terkejut mendengar berita itu terus ke kem askar untuk mengesahkan mayat. dengan perasaan hiba, ibu richard mengecam, memang sah itu mayat richard. apa lagi. memang menangis bukan kepalang ibu richard!!
baru perasan
tangan kanan richard telah kudung. begitu juga dengan kakinya, tiada sebelah. rupa-rupanya, richard tak mahu pulang ke rumah disebabkan tak mahu jadi beban kepada ibunya.kawan yang dimaksudkannya juga adalah dirinya sendiri..
orang cacat?
hanya simpati.
orang cacat juga perlukan cinta, bukan simpati...
sebab?
dia pun manusia.
dan bagilah mereka kasih sayang
bukan simpati semata-mata
pak buaya, pak tenggiling dan pak belalang
idea dari email
nota kaki : 350 350 350!!
supervisor itu
sigh~~~
tadi ada jumpa dengan supervisor
3rd year memang kritikal
sebab projek pemberat dia cukup banyak
menyumbang suku kepada markah tahun ni
nak tak nak kena score projek
apa kaitan dengan supervisor?
dialah yang akan marking report kita!
dapat supervisor perempuan
mak cik de souza
lalala~
Mula-mula
'you did a god job in literature review'
'thank you'
'but.......'
dah but tu, panjang lebar plak mistake yang dibuat
kena berdikari
saya bukan mak kamu
saya nak tengok progress kamu
ni kamu tahu tak?
ni kamu paham tak?
apa maksud nanotube?
apa maksud ni
apa maksud tu
sigh~~~
satu patah je puji
lepas tu terus kena tegur kaww kaww punya!
moral??
jangan thank you awal sangat ;-(
berkenaan projek
tahun ni projek CNTFET
carbon nanotube field effect transistor
(ada gaya engineer tak? hehe)
memang kena ada basic semiconductor yang cukup hebat
analogi
tak cukup dengan asas semiconductor sahaja
kena ada basic lain juga
sebab benda ni begitu detail
maklumla... nano katakan
pengetahuan aku dalam bidang ni
macam nak buat basikal
tapi hanya playar je aku tahu
sigh~~
tapi orang cakap
zaman masa belajar ni paling best
so
kena enjoy jugak
susah mana pun
hidup jangan tertekan
nanti diri jadi gila
;-)
nota kaki : supevisor asyik duk cakap pasal anak dia, nak jodohkan aku dengan anak dia ke ape?