Share

Benarkah zikir tarian dibenarkan di Malaysia?

Semalam heboh 2 isu. Isu pertama pasal salib. Isu ni taknak komen sebab bodoh sangat nak komen dan tak mahu sel-sel otak aku putus nak hadam berita bodoh tu. Isu kedua mengenai zikir tarian yang dibenarkan di Malaysia. Ok, isu ni nak komen

Heboh apabila ada surat khabar melaporkan mengenai MFK (Majlis Fatwa Kebangsaan) yang membenarkan zikir tarian di negara ini. Ramai tak senang duduk dan pelbagai reaksi muncul. Ini adalah keratan akhbarnya


Tak tahulah ini kerja siapa, tapi aku rasa keratan akhbar ni dah diedit. Banyak tujuan, nak jatuhkan Majlis Fatwa Kebangsaan atau nak jatuhkan kredibiliti media. Kalaulah (IF) benar ada keratan akhbar ni, memang kena samanlah akhbar tu keluarkan berita palsu begini

Tapi nasib baik, MAZA cepat keluarkan reaksi dalam status FB terbarunya


Zikir Menari dan Kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK)
Pagi ini saya dihujani soalan bertalu-talu berhubung dengan kenyataan Pengerusi MFK tentang mengharuskan zikir menari, hubungan golongan habib dengan tarekat Naqsyanbadi Haqqani dan lain-lain. Kenyataan itu dibuat selepas mesyuarat MFK semalam yang saya juga salah seorang anggotanya. Di sini saya ingin menjelaskan hal berikut;
1. Saya hadir dalam mesyuarat semalam 20hb April 2015 selaku ahli MFK dari awal sehingga akhir tanpa keluar walaupun sejenak.
2. Mesyuarat semalam hanya memutus dua isu sahaja iaitu tentang kedudukan mangsa MH370 dan isu mereka yang terlibat dengan IS.
3. Tiada sebarang keputusan ataupun perbincangan mendalam tentang zikir menari dan hubungan habaib dengan tarekat Nasyabandi Haqqani.
4. Bahkan ada anggota fatwa dari Pantai Timur yang mengingatkan tentang hubungan golongan tertentu dengan tarekat Haqqani, lirik yang menyanggahi syariat serta meminta pihak JAKIM agar mengelakkan hadir dalam majlis-majlis seperti itu. Pihak JAKIM juga memaklumkan mereka tidak pernah hadir.
5. Namun, satu perbincangan rasmi untuk keputusan rasmi sama sekali TIDAK berlaku semalam.
6. Saya ingin mengandaikan mungkin pihak MEDIA tersalah lapor, ataupun itu hanya pendapat peribadi.
7. Buat rakyat Perlis khususnya, dan Malaysia umumnya, selaku anggota MFK saya menafikan terlibat dalam membuat keputusan yang membolehkan zikir menari seperti itu. Bahkan pendapat saya seiras dengan kertas kajian SS Mufti Wilayah. Demikian kenyataan yang pernah dibuat oleh Ketua Pengarah JAKIM, juga pendapat yang disuarakan oleh SS Mufti Trengganu. (link)
Actually dah keluar beberapa kenyataan yang TIDAK MEMBENARKAN ZIKIR TARIAN BERLEBIHAN ini cumanya orang terlepas pandang. Mungkin MFK kena keluarkan kenyataan cepat-cepat sebelum ramai rakyat kita yang sememangnya ramai lagi yang jahil ilmu agama ni tahu hukum hakam semua. Mungkin benda ni 'belum parah' tapi bagi aku baik keluarkan kenyataan rasmi daripada menunggu dah jadi parah seterusnya jadi barah!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

5 hadith palsu popular bulan Rejab

Alhamdulillah, dah masuk bulan Rejab dah kita. Esok Isnin dan 1 Rejab, memang elok untuk kita berpuasa. Kebiasaannya memang apabila nak masuk bulan Rejab sehinggalah Syaaban nanti akan ada banyak lembaran-lembaran serta poster-poster yang dipasang mengingatkan kita mengenai kebaikan bulan Rejab dan Syaaban ni. Memang niat bertujuan baik tapi kena ingat, jika kita buat dustaan terhadap Nabi SAW dosa besar kita



Maksud dustaan tu, apabila kita sebarkan hadith palsu!

Terlalu banyak dan luangkanlah ke mana-mana masjid untuk belajar secara lebih mendalam, kat sini aku akan senaraikan yang popular-popular agar takdelah tangan tu PANTAS SANGAT share dengan kawan-kawan. Walaupun niat nak 'mengingatkan' tapi sandaran kepada Nabi memang dosa tersangatlah besar!

1) Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. 

Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i. 

Memang dari sekolah rendah lagi dengar 'hadith' ni. Memang tak sangka ia adalah palsu. Actually pernah dengar kat khutbah Jumaat lagi perihal ni memang kena berhati-hati supaya tak terjadi lepas ni


2) Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. 
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib. 
Kita memang digalakkan untuk berpuasa tapi apabila kita percaya puasa 3 hari dapat ini puasa sebulan dapat tu, itu dah jadi bahaya dah. Lagi bahaya kita sebarkan petikan ni untuk kononnya mengajak orang lain turut berpuasa. 



3) Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat 


Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati. 

Rejab memang maksudnya Agung. Berlaku peristiwa Isra' Mikraj yang mana Ulama bersepakat berlaku pada 27 Rejab. Masalahnya ramai yang mereka-reka keagungan bulan Rejab sehingga keluar hadith-hadith seperti diatas. Ada yang terlampau melampau tu sehingga lebih mulia dari bulan Ramadhan pun ada

4) Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir

Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati. 
Rejab juga merupakan bulan yang mulia, antara 4 bulan yang Haram selain Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Menurut Al-Qardawi, tiada solat sunat atau zikir khas untuk bulan Rejab. Apa yang perlu kita buat perbanyakkan puasa + sedekah + solat sunat seperti bulan-bulan yang lain. Menjadi parah apabila bulan lain tak buat tapi tunggu bulan Rejab Syaaban dan Ramadhan je nak buat


5) Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? 

Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.

Masa aku kecik-kecik dulu memang kat kampung ni siap buat macam kenduri lagi kalau masuk Rejab ni. Lepas tu pakak duk solat sunat macam nak solat tarawikh dah. Sekarang ni aku rasa 'budaya' ni masih ada (kat kampung aku dah takde dah) dan menjadi tanggungjawab kita untuk menegur.Nak kenduri ke, nak ajak orang makan ke no problem, tapi ingat jangan kata itu daripada Nabi. Dosa besar ohhh


PSS : esok selain 1Rejab juga 20 April. 20 April tu tarikh apa ya??? hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Bagi RM 10 ribu pun takkan pakai baju melayu ni masa raya

Tak tahulah sama ada aku ni dah ketinggalan zaman dengan dunia fesyen ataupun dunia fesyen ni gerak terlalu laju, serius terkejut dengan rekaan terbaru baju melayu hipster ni yang dah jadi viral di facebook. Haa baju kat bawah ni



Serius kalau korang bagi RM10 ribu dan suruh aku pakai masa raya aku tak mahu!

errr... kalau lebih RM 10 ribu kita fikir dulu. haha

Fesyen dan Islam

Actually aku tak arif sangat fesyen dengan Islam (komen apa yang tahu saja), tapi yang aku tahu fesyen pakaian lelaki perlulah 

  • menutup aurat
  • tidak jarang
  • tidak ketat
  • bukan dari sutera/emas
  • tak menyerupai perempuan
Mungkin kalau kita tengok kat gambar semua tu ok (kecuali ketat, ke mana aku je nampak ketat tu) tapi ada satu lagi yang kita kena careful iaitu adab. Haah, adab melayu gitu. Serius kalau aku pakai pakaian tu bawak pergi solat kat masjid mesti ramai yang mintak sign autograf yang tak selesa. Mungkin belajar kat oversea boleh la pakai macam tu sebab mereka pun tak pernah nampak 'real baju melayu' macam mana tapi kat negara kita ni, jauh bebeno simpangnya tu

Yang aku pelik - ramai yang kata ok dan nak beli! haaa, serius aku rasa diri ni dah tua!

Yang ni lagi luar biasa...


Korang nampak pisang kat mana? haha


pss : baju2 semua ni available kat zalora. gambar ambil kat page zeyzamry

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Nasi 'belauk' RM3 dan kisah jangan duduk diam

Kat Kelantan ni, sarapan pagi yang popular adalah Shake Herbalife. Ok nampak bebenar tipunya. Paling popular adalah nasi 'belauk'. Belauk datang daripada perkataan berlauk dan paling famous adalah gulai ayam dan gulai kuning ikan kering. Nasi Air Dingin antara jenama yang popular serata Kelantan malahan orang luar menyukainya.

Banyak dijual dengan harga RM3.50!


Kisah harga Nasi Belauk

Actually aku ni memang bukan penggemar nasi untuk dimakan pada waktu pagi, sebab tu lambat sikit update harga nasi-nasi ni. Masa aku sekolah rendah (15 tahun dulu) nasi belauk ni boleh dibeli dengan harga 80 sen atau RM1. Kira RM 1 ni mewah lah. Tapi mak aku cerita, nasi belauk zaman dia (40 tahun dulu) hanya 20 sen atau 30 sen. Beza tu!



Masa sekolah menengah (10 tahun dulu), kebanyakan nasi belauk ni dijual RM 1 untuk gulai ikan dan RM 1.20 ke RM 1.50 untuk gulai Ayam. Masa tu boleh dikatakan affordable lagilah sebab tu ramai menjadikan nasi belauk ni menu utama makanan pagi


Apabila nasi belauk RM 2

3 ke 5 tahun lepas aku perasan trend orang jual nasi makan pagi ni dah cecah RM 2. Ikan atau ayam sama je. Ni bukan kes kat bandar, ni kes kampung sekalipun ramai yang macam takde rasa effect dengan kenaikan sampai macam tu. Ada sesetengah tempat dijual RM2.50 tu standard dah. Pak sdara aku ada yang buka gerai nasi belauk ni dan aku rasa kedai dia antara yang paling lama bertahan dengan harga RM2. Tahun lepas pun walaupun orang lain dah mula jual lebih RM 2 dia still jual dengan harga RM 2

Semalam sebab dah lama tak pergi ke kedai dia, nasi belauk ayam RM3 :(

Aku macam keanakan tanya kat mak aku

'mi, mahal la keda pok mudo, 3 ya so nasi bukuh'


mak aku jawab

'muroh doh tu, tempat lain 4 ya ado'


Meningkat dengan mendadak

Actually ni antara kisah bagaimana cepatnya nilai duit kita susut. Aku cerita panjang lebar tu hal nasi belauk, belum cerita choki2, gula2 kopiko, air tin dan jutaan barang lagi - memang duit kita dah semakin susut nilainya.

Sadis dengan nilai wang kita susut di negara sendiri tak seteruk sadisnya nilai wang kita susut dinegara orang!

Jangan duduk diam

Ada 2 pilihan yang boleh kita buat dan amalkan. KURANGKAN BELANJAWAN atau TAMBAH PENDAPATAN. Sekarang ni aku rasa pilihan kurangkan belanjawan dan tak releven, sebabnya nak kurang macam mana sebab dah habis kurang dah. Pilihan yang ada adalah tambah pendapatan dan bila tambah pendapatan ni ramailah orang kita (baca bangsa melayu) yang cukup anti dan katanya nak ambil kesempatan la tuuuu

Tapi aku rasa golongan macam ni dah semakin kurang, sekarang baru semua nak intai-intai dan berjinak dalam bisnes. Jual kerepek la, jual tudung la, jual palazo la, jual itu jual ini semua nak jual dah asalkan dapat tambah pendapatan. 

Kalau dulu buat bisnes untuk suka-suka sekarang ni buat bisnes untuk tambah simpanan!


Aku bagi contoh seorang kenalan - doktor pakar gaji RM9k sebulan tapi buat bisnes jual tudung. Dalam hati mungkin kita kata 'buat suka-suka je tu' tapi kalau tanya dia, memang dengan gaji tu tak boleh nak ada simpanan, kena buat bisnes jugak. 

Aku rasa korang pun ada kenalan yang korang kenal dan itulah realitinya sekarang


Persoalannya : kita golongan yang dah buat bisnes @ masih memerhati mana yang patut diceburi?

Kalau korang termasuk golongan kedua aku suggest jangan perhati2 sangat. Buat je bisnes apa-apa. Tips paling mudah nak buat bisnes ni

  • Ceburi bidang modal kecil. 
  • Pinjaman bank : mulakan bisnes NO nak besarkan bisnes YES
  • Baca buku bisnes, tambah kawan yang dah berbisnes. hadiri seminar bisnes
  • Peringkat permulaan bisnes tak berkembang OK kalau pembangunan diri tak berkembang TAK OK
  • Anggap diri aset terpenting dalam bisnes

Kalau kat facebook korang boleh 'berkawan' dengan orang-orang ni untuk tambah ilmu FREE
Banyak lagi dan korang boleh cari kat facebook tu.

Dah sampai masanya untuk kita TIDAK DUDUK DiAM. sampai masanya untuk kita tambah sumber pendapatan. Rezeki Allah tu ada kat mana-mana, kita jangan perlekeh dah gunakan ruang otak kita untuk fikir keburukan orang, bisnes orang. Gunakan ruang tu untuk fikir bagaimana untuk cari rezeki lebih untuk hadapi hidup yang dah semakin 'parah' ni


pss : Nanti aku sambung bisnes yang aku sedang buat sekarang ni (selain Herbalife)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kisah budak tingkatan 3 yang berjaya menipu penduduk Malaysia

Yusrim Karim mungkin merupakan nama yang akan menjadi igauan ngeri pihak media lepas ni. Mana taknya, KISAH HEBAT dia menang 50K USD daripada google telah mendapat liputan yang menyeluruh di portal media. Kat bawah ni daripada The Sun (belum tarik balik lagi artikel tu, haha) banyak lagi kalau korang google akan nampak


KOTA KINABALU: A teenager’s app for an Internet-based messaging service that can provide instantaneous language translation has caught the attention of online giant Google.
Yusrim Karim, 15, submitted his app – Coker Chat, which he has been quietly developing for about five months – to Google Ideas late last year.
He said a few weeks later, a Google Ideas official contacted him via e-mail and, describing his software as fantastic, offered him a chance to work on a US$36mil (RM133.14mil) project or US$50,000 (RM184,910) cash.
Actually aku ada jugak baca headline kat timeline tapi tak tergerak nak klik nak baca, just dalam hati - wah hebat budak ni. Tup tup hari ni dah keluar yang mana 'kemengannya' tu tiada kaitan dengan pihak google pun dan ia hanya PRANK sempena APRIL FOOL daripada dia. Dia tu baca budak tingkatan 3 :) Actually kalau baca pun memang ada unsur penipuan tu takkan la budak tu ambil 36 juta tapi ambil yang 50K je. haha. siasatlah dulu bang oiiii

Mudahnya kena tipu



Actually walaupun aku ni sangat pantang dengan april fool april fool ni, tapi sebalik kisah ini kita boleh lihat betapa mudahnya media kita menyampaikan berita palsu. Sepatutnya sebagai pengamal media, kena siasat dulu betul ke tidak bukannya main taram je buat cerita supaya ramai orang baca. Budak ni walaupun 'menipu' tapi bagi aku genius sebab bagi buka mata kat media supaya lepas ni CHECK FAKTA sebelum nak publish apa-apa

pss : nasib la yang mengharap PM kita buat April Fool untuk GST tak kesampaian... last2 kena april fool dengan budak ni. hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Emak tak boleh masuk dewan graduasi anak sebab pakai seluar dan baju

Jadi, ada kes hangat (tak hangat manalah sebab sibuk dengan GST lagi) mengenai seorang perempuan Sarawak yang datang jauh untuk hadiri upacara graduasi anak end up tak boleh masuk dewan (atau kena 'halau?') sebab tak mematuhi etika pemakaian

Kisah sebenar tak tahu, ye lah maksud kisah sebenar tu bagaimana emak tu dilayan suruh keluar dewan dengan paksaan ke, tak bagi masuk dengan muka bengis ke atau cakap elok-elok yang tak boleh masuk sebab tak mematuhi dress code. Jadi kita komen apa yang aku tahu ajelah


Pernah belajar di UITM

Sebab aku pernah belajar kat UiTM selama 2 bulan, memang dress code ni antara yang agak skima lah kat sana. Ada kes saman lagi pun ada. Tapi sebab aku ni jenis yang mematuhi undang2 (ceh!) tak pernah kena saman. Tapi member aku pernah kena, tambah-tambah lagi masa kat sekolah dulu tak kisah sangat dengan pakaian-pakaian ni. hehe


Salah ke?

Bagi akulah, setiap undang-undang tu dibuat adalah sebabnya. Yang membuat undang2 pula tu manusia pasti ada cacat celanya. Tapi sebab kita tertakluk pada undang2 tu maka kita raikan ajelah. Adalah tu benda yang kita tak nampak yang mereka nampak (konon) Kalau tak suka, guna saluran yang betul buat aduan. Tak suka lagi, buat demo! eh bukan demo, pindah tempat. good idea? hehe


Isu dress code graduasi




Kalau tengok baju mak cik ni, bagi aku oklah kan sopan apa. Tapi dah ada dress code yang kena patuhi, kenalah patuhi. Dalam hal ni aku salahkan kepada si anak sebab tak bagitau. Nasib baik dia comel jadi tak boleh nak kutuk lebih-lebih (haha) Apa salahnya bagitau betul-betul kat mak kena pakai ini kena pakai itu. Kena 'halau' sekalipun, cuba cari baju yang sesuai, tak pun pinjam 'baju sesuai' tu dengan kawan ke atau beli. 

Tapi mungkin sebab 'hangin' jadi tak boleh nak praktikkan ilmu penyelesaian masalah tu yang tak jadi macam tu tu. mungkinlah.. yang pihak UITM pun harap-harap guna bahasa eloklah bagitau yang tak boleh masuk sebab salah code. Masa kat UK dulu ada satu tournment chess buat kat gereja memang siap-siap kena pesan pakaian apa yang tak boleh pakai, so kita hormatilah tempat orang. kan?

Alright, ulasan ringkas. Harap diterima. hehe. Ada benda yang aku tak tahu boleh tinggal kat ruangan komen bawah ni

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW