Semalam heboh 2 isu. Isu pertama pasal salib. Isu ni taknak komen sebab bodoh sangat nak komen dan tak mahu sel-sel otak aku putus nak hadam berita bodoh tu. Isu kedua mengenai zikir tarian yang dibenarkan di Malaysia. Ok, isu ni nak komen
Heboh apabila ada surat khabar melaporkan mengenai MFK (Majlis Fatwa Kebangsaan) yang membenarkan zikir tarian di negara ini. Ramai tak senang duduk dan pelbagai reaksi muncul. Ini adalah keratan akhbarnya
Tak tahulah ini kerja siapa, tapi aku rasa keratan akhbar ni dah diedit. Banyak tujuan, nak jatuhkan Majlis Fatwa Kebangsaan atau nak jatuhkan kredibiliti media. Kalaulah (IF) benar ada keratan akhbar ni, memang kena samanlah akhbar tu keluarkan berita palsu begini
Tapi nasib baik, MAZA cepat keluarkan reaksi dalam status FB terbarunya
Zikir Menari dan Kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK)Pagi ini saya dihujani soalan bertalu-talu berhubung dengan kenyataan Pengerusi MFK tentang mengharuskan zikir menari, hubungan golongan habib dengan tarekat Naqsyanbadi Haqqani dan lain-lain. Kenyataan itu dibuat selepas mesyuarat MFK semalam yang saya juga salah seorang anggotanya. Di sini saya ingin menjelaskan hal berikut;1. Saya hadir dalam mesyuarat semalam 20hb April 2015 selaku ahli MFK dari awal sehingga akhir tanpa keluar walaupun sejenak.2. Mesyuarat semalam hanya memutus dua isu sahaja iaitu tentang kedudukan mangsa MH370 dan isu mereka yang terlibat dengan IS.3. Tiada sebarang keputusan ataupun perbincangan mendalam tentang zikir menari dan hubungan habaib dengan tarekat Nasyabandi Haqqani.4. Bahkan ada anggota fatwa dari Pantai Timur yang mengingatkan tentang hubungan golongan tertentu dengan tarekat Haqqani, lirik yang menyanggahi syariat serta meminta pihak JAKIM agar mengelakkan hadir dalam majlis-majlis seperti itu. Pihak JAKIM juga memaklumkan mereka tidak pernah hadir.5. Namun, satu perbincangan rasmi untuk keputusan rasmi sama sekali TIDAK berlaku semalam.6. Saya ingin mengandaikan mungkin pihak MEDIA tersalah lapor, ataupun itu hanya pendapat peribadi.7. Buat rakyat Perlis khususnya, dan Malaysia umumnya, selaku anggota MFK saya menafikan terlibat dalam membuat keputusan yang membolehkan zikir menari seperti itu. Bahkan pendapat saya seiras dengan kertas kajian SS Mufti Wilayah. Demikian kenyataan yang pernah dibuat oleh Ketua Pengarah JAKIM, juga pendapat yang disuarakan oleh SS Mufti Trengganu. (link)
Actually dah keluar beberapa kenyataan yang TIDAK MEMBENARKAN ZIKIR TARIAN BERLEBIHAN ini cumanya orang terlepas pandang. Mungkin MFK kena keluarkan kenyataan cepat-cepat sebelum ramai rakyat kita yang sememangnya ramai lagi yang jahil ilmu agama ni tahu hukum hakam semua. Mungkin benda ni 'belum parah' tapi bagi aku baik keluarkan kenyataan rasmi daripada menunggu dah jadi parah seterusnya jadi barah!