Rakyat Malaysia ni cukup prihatin kalau bab soal makanan menjadi pertanyaan mengenai halal atau haram. Walhal kalau merokok dah sah-sah keluar fatwa bahawasanya haram, kita boleh pejam mata je tengok buat bodoh. Tapi kalau muncul bab soal makanan, huh, melenting habis. eh eh, ni bukannya nak cakap yang tak penting bab soal makanan halal atau haram, cuma janganlah 'pilih kasih'. ok, mukaddimah awal
Tutti Fruitti
Aku antara peminat tegar Tutti Fruitti. errrr, takdelah tegar mana, setakat ni baru 2 kali je menjejakkan kaki ke kedai sana. dua-dua di Kelantan. Pertama kali yang membuatkan aku terkejut beruk - sebab bayar RM 20 ++ utk satu cup di depan Taman Perbendaharaan Tengku Anis dan kali kedua semasa di depan Mydin Kubang Kerian. Jujur aku cakap, tak terlintas pun soal halal ke tidak tutti fruitti ni sebelum ni, sebab dah ramai orang beragama islam yang makan, aku pun dah anggap benda tu dah halal. ok, satu tabiat yang tidak sihat dan tidak patut dicontohi
Halal atau tidak Tutti Fruitti ni?
Soal halal atau tidak produk Tutti Fruitti ni timbul 2 hari lepas selepas kawan aku cakap yang Tutti Fruitti ni adalah TIDAK HALAL. Aku agak terkejut jugak dan tanya dimanakah sumber yang dia dapat. Dia kata facebook. Ok, bukan nak rendahkan sumber di facebook, tapi biasalah banyak betul tipu daya di facebook ni. Untuk sahkan sama ada halal atau tidak Tutti Fruitti ni, aku bertanya kepada pihak Jakim
takde respon :(
Jadi, aku pergi check dengan direktori kat website dieorang, memang syarikat ni tak pernah dikeluarkan sijil halal pun. ce tengok bawah ni
korang boleh check sendiri kat sini
Ok, dah mula musykil dah disitu, aku try bukak website Tutti Fruitti. jeng jeng jeng
website dieorang tengah update pulak
Teruskan siasatan
Last, aku pergi ke page facebook mereka. aceh, dari facebook soalan ini muncul dan tak sangka dari facebook jugak jawapan itu muncul. waha!
Rupa-rupanya permohonan sijil Halal mereka masih lagi dalam proses oleh pihak JAKIM. Adakah ia bermakna Tutti Fruitti ni tak halal? Tak tak, tak semestinya tak diluluskan tu tak halal, kata mereka masih dalam proses, so kita tunggu jelah penjelasan dari mereka apabila sijil tu dah diperoleh dari JAKIM.
2 badan yang diiktiraf oleh JAKIM
Tapi kata mereka, sudah mendapat sijil halal dari ISA - Islamic Services of Amarica - salah satu dari 2 badan di US yang diperakui oleh JAKIM - satu lagi IFANCA - jadi boleh kita katakan mereka ni halal lah. sama kes kita beli beras Halal kat US, memang dah sah halal kat sana, kita nak bawak balik Malaysia, ia masih sama. kes yang sama. cuma sekarang ni bukan soal beras, tapi soal yang lebih besar. Soal yang memang ramai dah pergi makan termasuk aku. huhu. Aku harap email aku berbalas dua tiga hari ni kita tunggu jelah update daripada mereka.